Anda di halaman 1dari 2

06-10 November 2011

MASALAH DSPLN MURD D SJKT THRUVALLUVAR


TAMAN AMAN ANAK BUKT, ALOR SETAR.
Oleh
Vasugi a/p Chinnasamy
SJKT Thiruvalluvar
Abstrak
Penyelidikan ini mengkaji tentang masalah disiplin murid di salah sebuah sekolah luar
Bandar,di daerah Kota Setar. Kajian ini merupakan satu kajian kes berbentuk tinjauan
deskriptif.
Subjek kajian terdiri daripada 25 orang murid yang ada rekod salahlaku dari
sekolah yang dikaji. Data dikumpul dengan menggunakan kaedah temubual separa struktur
dengan guru dan murid-murid. Hasil temuduga disokong oleh rekod/penyata rasmi
salahlaku/masalah disiplin bagi tahun 2005 di sekolah yang dikaji. Rekod/penyata rasmi di
sekolah adalah mengikuti kriteria-kriteria yang ditentukan oleh Bahagian Sekolah-sekolah,
Kementerian Pelajaran Malaysia (1988). Data yang diperolehi dianalisis menggunakan
statistik deskriptif dan kualitatif. Hasil kajian menunjukkan berbagai jenis salahlaku berlaku di
sekolah yang dikaji. Pada keseluruhannya, 25 daripada enrolmen 107 orang murid (52
ornag murid Tahap 1 dan 55 orang murid Tahap 2), bersamaan 23.36% pernah melakukan
perbuatan salahlaku sepanjang tahun 2011. Kesemua 25 orang murid yang terlibat dengan
kes salahlaku adalah dari murid-murid Tahap 2, iaitu 45.5% daripada murid-murid Tahap 2.
Tindakan susulan diambil berdasarkan dapatan penyelidikan. Moga-moga hasil kajian ini
sedikit sebanyak dapat membantu para pendidik, pentadbir mahupun pengurus sekolah
untuk merancang strategi/pendekatan dan mengambil tindakan susulan yang sesuai untuk
menangani masalah ini. Seterusnya, diharap hasrat zero-defect masalah disiplin murid
khasnya di sekolah yang dikaji akan menjadi satu reality.




!endahuIuan
Di sekolah, disiplin menjadi satu daya kawalan social bagi mewujudkan suasana yang
tenteram dan keadaan yang teratur agar proses pengajaran dan pembelajaran dapat
berjalan dengan licin dan lancer. Oleh itu, aspek disiplin murid di sekolah haruslah diberi
perhatian berat pihak sekolah dan keluarga seperti saranan Kementerian Pelajaran
Malaysia,1981.
" Disiplin adalah satu aspek kehidupan yang mesti wujud dalam masyarakat. Oleh itu ia
hendaklah mendapat perhatian berat dari semua pihak sama ada di sekolah atau di luar
sekolah. KPM 1981.
Kini, masalah disiplin merupakan satu isu yang menjadi topic hangat sama ada diperkatakan
secara lisan atau dibincangkan melalui pelbagai saluran media. Bermacam-macam jenis
salahlaku dilakukan oleh para murid, dari jenis yang ringan sehinggalah kesalahan-
kesalahan yang berat, seperti menyalahgunakan dadah, merompak, memeras ugut,
merosakkan harta benda sekolah (vandalism), mengancam guru-guru dan murid-murid dan
pelbagai lagi.

Anda mungkin juga menyukai