Anda di halaman 1dari 12

TUGASAN 2 2020

GRU60104
TUGASAN INDIVIDU (TUGASAN 2 : PENULISAN TESIS)
KUMPULAN KULIAH: M

TAJUK DESERTASI:

Amalan Penerapan Nilai Pendidlkan Umum Dalam Kalangan


Guru Matematik Sekolah Rendah

NAMA : Shanmugavadivu A/P Varatharaju


NO. K/P : 830821-06-5286
NO. MATRIK : M20192001272
SEMESTER : 1
SESI : 2019/2020
E-MAIL : m20192001272@siswa.upsi.edu.my
TUGASAN 2 2020

PHONE : 012-5096985
PROGRAM : Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Matematik
FAKULTI : Fakulti Pembangunan Manusia
NAMA PENSYARAH : DR Muhammad Bazlan bin Mustafa

Ulasan Jurnal

Sumber Jurnal: Disertasi mod penyelidikan dan kerja kursus ( 2005)

https://drive.google.com/file/d/1n5QzXZgq_AqfCJIis_3gm-_OXc7D--kj/view?
usp=sharing

Tajuk: Amalan Penerapan Nilai Pendidikan Umum Dalam Kalangan Guru


Matematik Sekolah Rendah

Penyelidik: SIVAGAMI SUNDARI AlP THRUVANKADAM

1.0 LATAR BELAKANG KAJIAN

Kajian penyelidik ini bertujuan untuk mengenal pasti amalan penerapan nilai
pendidikan umum oleh guru matematik dalam pengajaran penyelesaian masalah.
Penerapan nilai terlaksana secara tersirat melalui amalan pengajaran dan
pembelajaran bilik darjah. Penyelidik menerangkan nilai yang diterapkan adalah
berkaitan dengan perkembangan diri. Walau bagaimanapun guru-guru telah
menghadapi beberapa kekangan dalam melaksanakan amalan penerapan ini.
Kesimpulannya amalan penerapan nilai pendidikan umum tidak berlaku secara
menyeluruh dalam pengajaran bilik darjah. Penerapan nilai memberi input kepada
para pendidik matematik dan pendidikan di Malaysia bahawa perancangan nilai
merupakan aspek yang penting dalam pengajaran guru.

kajian penyelidik ini memfokuskan kepada amalan penerapan nilai dalam


pengajaran matematik agak kurang di negara kita. Dengan ini kajian ini bertujuan
menerokai dan mendalami amalan penerapan nilai dalam pengajaran penyelesaian
masalah oleh guru matematik sekolab rendah dalam pengajaran di bilik darjah.
Penyelidik menerangkan jgha kajianya memberi kesedaran kepada para pendidik
TUGASAN 2 2020

supaya mendalami dan memahami kesemua bidang pembelajaran yang termaktub


dalam nilai pendidikan umum agar dapat melahirkan modal insan mengikut hasrat
Falsafah Pendidikan Negara.

2.0 PERNYATAAN MASALAH

Dalam bahagian pernyataan masalah, terdapat beberapa aspek yang


diketengahkan oleh penyelidik. Antaranya adalah penyelidik menerangkan guru
sebagai pendidik perlu peka kepada perkembangan pendidikan dan harus
mengubah gaya pengajaran dan pembelajaran mereka ketika berhadapan dengan
murid. Melalui reformasi pendidikan perancangan kurikulum telah dirombak semula
agar memberi peluang yang sama kepada setiap murid bagi mendapat
pengetahuan serta menghayati nilai murni yang diperlukan.

Pengkaji juga menerangkan menurut kajian Mohd Uzi (2007) didapati bahawa
kesemua guru yang dikaji tidak melaksanakan penerapan nilai pendidikan secara
eksplisit. Kesemua guru yang terlibat dalam kajian menjelaskan tentang penerapan
nilai pendidikan matematik dalam pengajaran hanya setelah ditanya dalam temu
bual pra pengajaran dan pasca pengajaran. Mengikut penyelidik kenyataan kajian
Mohd Uzi (2007) menjelaskan bahawa amalan guru merupakan perkara penting
daIam melaksanakan penerapan nilai di bilik darjah.

Penyelidik kajian ini, berpendapat bahawa keupayaan guru untuk membentuk satu
wawasan yang jeIas tentang penghayatan nilai banyak bergantung kepada
keboIehan guru berfungsi sebagai agen adaptif iaitu individu yang mempunyai daya
ubahsuaian yang tinggi. Bagaimanapun untuk menjadi agcn adaptif daIam konteks
bilik darjah, guru perlu mempunyai pcngetahuan yang cukup luas. Guru perIu
mendaIami tentang nilai pendidikan di samping pengetahuan pcdagogi dan
psikoIogi pendidikan. Pemahaman yang mendalam tentang peranan guru scbagai
agen perubahan dalam usaha meningkatkan kualiti pendidikan matematik sangat
penting. Oleh itu, guru telah menjadi satu tumpuan penting bagi kajian dalam
pendidikan matematik. Penyelidik juga mengutarakan penyataana masalah dalam
TUGASAN 2 2020

amalan pengajaran seorang guru dipengaruhi oleh pelbagai faktor seperti


pengetahuan tentang matematik, pengetahuan tentang pengajaran, pengetahuan
tentang pengajaran dan pembelajaran matematik, kurikuIum yang digunakan,
matIamat yang hendak dicapai, suasana sosiobudaya, dan konteks pengajaran dan
pembeJajaran (Speer, 2005).

Daripada kajian-kajian yang lepas (Bishop, FitzSimons, Seah & Clarkson, 2001).
Penyelidik juga menyatakan guru harus fokus kepada nilai yang diamalkan dalam
bilik darjah iaitu sewaktu pengajaran dan pembelajaran matematik. Kajian ini
menunjukkan bahawa pengalaman pendidikan matematik di sekolah
mempengaruhi penerapan nilai dalam kalangan pelajar. Setelah mengkaji kajian-
kajian lepas, penyelidik membuat ulasan masih terdapat kekeliruan mengenai
kefahaman konsep nilai dalam pengajaran matematik. Menurut kajian Sharifah
Norul Akmar (2003), guru masih tidak faham makna nilai dan guru lebih
mementingkan penguasaan konsep dan kemah iran matematik. Didapati guru
masih sukar mengaitkan nilai dalam pengajaran matematik. Beliau berpendapat
bahawa guru perlu memahami apa yang dimaksudkan nilai matematik dan falsafah
matematik di negara ini. Dalam kajian Wan Zah (2005) dan Seah (2003) terdapat
kekeliruan tentang kefahaman guru tentang nilai matematik. Kebanyakan guru yang
dikaji menganggap nilai matematik sebagai nilai murni, nilai intrinsik dan nilai yang
berguna dalam kehidupan.

Setelah mendapat rumusan daripada kajian-kajian lepas, penyelidik berpendapat


keadaan sebegini dianggap bahawa tidak sihat untuk perkembangan pendidikan
matematik di negara Malaysia. Penyataan masalah uang diwujudkan oleh
penyelidik ini dijalankan untuk mengenal pasti amalan penerapan nilai pendidikan
umum dalam guru matematik sekolah rendah.

3.0 Soalan kajian / Objektif kajian


TUGASAN 2 2020

Kurikulum matematik sekolah rendah di Malaysia memberi keutamaan kepada


pembentukan asas ilmu matematik berdasarkan salah satu objektifnya iaitu
menghargai keindahan matematik. Satu bidang yang berkait dengan aspek
menghargai keindahan matematik adalah wujudnya penerapan nilai dalam
pengajaran guru matematik.
Walau bagaimana pun, kajian ini memfokuskan kepada amalan penerapan nilai
dalam pengajaran matematik agak kurang di negara kita. Dengan ini penyelidik
kajian ini bertujuan untuk menerokai dan mendalami amalan penerapan nilai dalam
pengajaran penyelesaian masalah oleh guru matematik sekolab rendah dalam
pengajaran di bilik darjah.

Berdasarkan tujuan kajian yang dinyatakan, kajian ini dijalankan untuk meneliti
persoalan asas seperti yang berikut:

i. Apakah kefahaman guru matematik tahun lima tentang nilai?


ii. Apakah nilai yang dirancang oleb guru matematik tahun lima dalam
pengajaran penyelesaian masalah?
iii. Apakah nilai yang diterapkan oleh guru matematik tahun lima dalam
pengajaran penyelesaian masalah?
iv. Apakah kekangan yang dihadapi oleh guru matematik tahun lima dalam
menerapkan nilai dalam pengajaran penyelesaian masalah?

Daripada persoalan kajian penyelidik ini, penyelidik menitikberatkan beberapa


persoalan dalam kajian ini dan beliau ingin mendapat jawapan kepada
penyelesaian kefahaman guru tentang nilai matematik di kalangan guru. Persoalan
penyelidik memberikan maklumat sampingan mengenai kekangan yang dihadapi
oleh guru ketika melaksanakan penerapan nilai di bilik darjah. Justeru, kajian yang
berteraskan nilai dalam pendidikan matematik ini dijalankan untuk menerokai
amalan penerapan nilai dalam pengajaran penyelesaian masalah oleh guru
matematik sekolah rendah. Di samping dalam penerapan nilai matematik, nilai
harus dirancang oleh guru-guru semasa PdPc. Daripada penyataan masalah
penyelidik, beliau juga ingin tahu kekangan yang dihadapi oleh golongan guru
dalam menerapkan nilai dalam pengajaran penyelesaian masalah.
TUGASAN 2 2020

Berdasarkan tinjauan bacaan penyelidik, didapati guru-guru masih menghadapi


kekeliruan serta kompleks ketika menerapkan nilai sewaktu sesi pengajaran bilik
darjah. Sharifah Norul Akmar (2007), pula telah menjalankan satu kajian mengenai
nilai murni dalam kurikulum matematik sekolah rendah menurut persepsi guru.
Kajian beliau menggunakan soal selidik dan temu bual secara mendalam. Pengkaji
mengenal pasti jenis nilai yang diutamakan oleh guru. Persoalan kajian penyelidik
juga menitikberatkan isu tersebut.

4.0 Definisi kajian

Dalam kajian ini penyeledik erdapat beberapa istilah asas yang digunakan dalam
kajian ini. Tiga istilah tersebut adalah nilai, pengajaran, dan penyelesaian masalah.

i.) Nilai

Di dalam bidang pendidikan, istilah nilai digunakan untuk mewakilkan kriteria


bagi menentukan aras kebaikan, kepentingan, keindahan, kualiti atau
kegunaan sesuatu perkara. Penyelidik juga mendefinisakan konsep nilai
selepas membuat penilitian kajian-kajian mengenai konsep nilai. Seperti
yang dibineangkan, ahli pendidik dan penyelidik menganjurkan pelbagai
definisi yang berbeza bagi konsep nilai, Setiap definisi tersebut mempunyai
kekuatan dan kelemahan tersendiri.
Penyelidik juga menyatakan pendidikan harus melibatkan pertimbangan
tentang nilai oleh sebab pertimbangan itu adalah aktiviti yang teraneang dan
mempunyai tujuan khusus yang melibatkan manusia. Dalam hal ini,
sebarang nilai yang dikembangkan dalam pendidikan matematik perlu diteliti
dengan halus dan harus mempunyai justifikasi yang kukuh. Dalam konteks
kajian ini, nilai merujuk kepada prinsip mahupun pandangan seseorang guru
sebagai kriteria diri sendiri. ia boleh diwakilkan sama ada pegangan positif
ataupun negatif mengenai sesuatu perkara.
TUGASAN 2 2020

ii) Nilai pendidikan umum

Menurut penyelidik nilai pendidikan umum yang diterapkan melalui sistem


pendidikan kita mempunyai ciri ikatan sosial. Nilai pendidikan umum ini
merujuk kepada nilai moral, etika, atau akhlak yang dikembangkan melalui
pendidikan matematik. Nilai tersebut tidak berkaitan secara langsung dengan
pengetahuan matematik (Nik Azis, 2009; Mohd Uzi, 2007). Nilai pendidikan
umum ini bertujuan untuk pemupukan, penghayatan dan amalan nilai mumi
yang terdapat dalam agama. Nilai pendidikan umum merupakan nilai murni
yang digariskan dalam sistem pendidikan kita. Nilai pendidikan umum adalah
nilai yang berkaitan dengan pembentukan tingkah laku dalam kehidupan
seharian.

Penyelidik berpendapat bahawa penerapan nilai ini seringkali diterapkan


secara terbuka dalam am alan pendidikan di bilik darjah. Perlakuan guru
yang menegur murid supaya mengutip sampah yang berada di bawah meja
murid merupakan amalan penerapan nilai kebersihan yang biasa dilakukan
oleh guru ketika berada di bilik darjah. Dalam kajian penyelidik ini, nilai
pendidikan umum merujuk kepada nilai moral, etika, atau akhlak yang
dikembangkan melalui pendidikan matematik. Nilai tersebut tidak berkaitan
dengan secara langsung dengan pengetahuan matematik.

iii) Pengajaran
TUGASAN 2 2020

Mengikut pendapat penyelidik pengajaran membawa maksud satu usaha


yang dilakukan oleh guru untuk membantu murid membina dan
mengembangkan pengetahuan matematik. Pengajaran matematik
merupakan satu aktiviti untuk membimbing murid untuk membina ilmu
matematik melalui proses penyertaan aktif, abstraksi, refleksi,
penghargaan. Pengajaran dalam kajian ini juga merupakan satu
prosedur kerja yang terancang dengan adanya objektif khusus bagi
membantu murid-murid mempelajari sesuatu ilmu. Ia perlu dilakukan
oleh guru dengan sistematik agar murid-murid dapat menerima serta
memahami kandungan pelajaran.

iv) Penyelesaian masalah

Penyelesaian masalah didefinisikan sebagai proses mendapatkan


jawapan atau menggunakan pendekatan baru yang melibatkan lebih
dari satu aplikasi peraturan mudah dan menggunakan strategi tertentu
yang pernah dipelajari (Jerome, 2007). Istilah penyelesaian masalah
merupakan satu langkah yang sistematik dalam mengenal pasti
masalah, mencari hubungan dan menentukan prosedur yang betul dalam
menyelesaikannya. Penyelesaian masalah selalunya melibatkan konsep
pemikiran yang bersifat analisis dan sintesis. Dalam kajian ini,
penyelesaian masalah matematik adalah soalan atau situasi yang pelajar
terima sebagai cabaran dan berusaha mencari jawapan dengan
menggunakan langkah-langkah dan strategi yang sesuai untuk
mendapatkan jawapan dengan betul.

5.0 Kepentingan Kajian

Kajian penyelidik ini akan memberi beberapa kepentingan. Kajian ini akan
membekalkan maklumat yang lebih mendalam mengenai konsepsi guru tentang
pendidikan nilai. Seterusnya, kajian ini juga akan memberi maklumat tambahan
kepada guru tentang pemahaman dan penghayatan tentang pendidikan nilai yang
TUGASAN 2 2020

seharusnya dimiliki oleh seorang guru. Selain itu menerusi kajian ini, guru-guru
dapat menilai tahap pemahaman mereka terhadap pendidikan nilai khasnya ketika
melakukan pengajaran matematik di sekolah. Pengetahuan ini akan membantu
guru dalam menentukan kebolehan dan keupayaan mereka dalam melaksanakan
program pendidikan nilai di sekolah.

Penyelidik juga merumuskan kajian ini membantu guru-guru mengenali jenis nilai
yang diterapkan serta menyedari akan implikasi kepada generasi akan datang.
Selain itu, kajian ini juga akan membantu para pendidik membentuk keyakinan yang
Iebih tinggi apabila mengajar penyelesaian masalah dalam matematik di samping
menerapkan nilai sekali gus mencapai objektifpengajaran dan pembelajaran. Kajian
ini juga akan membantu semua pihak yang terlibat dalam bidang pendidikan sama
ada peringkat sekolah, Pejabat Pelajaran Daerah, Jabatan Pelajaran Negeri, dan
Kementerian Pendidikan dalam memantapkan lagi proses pcngajaran dan
pembelajaran di sekolah khususnya sewaktu merangka dan membina modul
pembelajaran yang lebih menarik dan dinamik mengikut nilai pendidikan yang
digariskan dalam Falsafah Pendidikan Negara.

Kajian ini penting kepada perancang kurikulum dan penggubal dasar pendidikan
kerana dapatan kajian yang akan diperoleh memberi maklum balas tentang
keperluan kursus bagi meningkatkan pemahaman guru mengenai nilai. Kajian ini
juga akan memberi manfaat kepada tenaga pengajar di Institut Pendidikan Guru
Malaysia dan Universiti dalam penambahbaikan struktur kurikulum bagi pelaksana
pendidikan nilai.
Akhirnya, hasil kajian diharapkan akan memberi sumbangan kepada penyelidikan
nilai dalam bidang pendidikan matematik di Malaysia yang masih tidak mencukupi
untuk mendalami aspek nilai dalam pendidikan matematik.
TUGASAN 2 2020

Ulasan/Komen Individu

Secara keseluruhannya, kajian ini dapat mencapai objektif yang diketengahkan oleh
penyelidik dalam kajian ini. Selain itu, objektif kajian juga mencapai matlamat
kerana dapat menjawab semua persoalan kajian ini. Abstrak kajian ini juga lengkap
kerana mempunyai penerangan yang jelas mengenai tujuan kajian, metodologi
kajian dan cara menganalisis data. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor-
faktor yang mendorong nilai matematik di kalangan guru.

Menurut pengkaji, keupayaan murid memahami serta menguasai kandungan


pelajaran banyak bergantung pada strategi pengajaran guru dalam bilik darjah.
Sekiranya strategi kurang berkesan, guru akan merasakan usaha serta
kesungguhan mereka tidak berbaloi. Ini yang menyebabkan guru mudah memberi
alasan bahawa kecetekan kefahaman murid adalah berpunca dari masalah bahasa,
potensi dan sikap murid.

Dalam kajian penyelidik ini, tinjauan kajian-kajian lepas memberikan impak yang
berkesan dalam persoalan pengkaji ini. Mohd Uzi dan Lim (2007) telah
menjalankan kajian ke atas tiga orang guru matematik dalam mengenal pasti
kekangan dan konflik untuk memupuk nilai dalam pengajaran matematik
mendapati, nilai dalam pengajaran matematik tidak diterapkan secara eksplisit oleh
ketiga-tiga peserta kajian. Guru tersebut hanya menyedari bahawa sebenarnya
mereka telah memupuk nilai dalam pengajaran matematik sccara tidak disedari
apabila mereka ditemu bual oleh pengkaji. Secara umumnya, hasil dari temu bual
yang dijalankan mendapati bahawa ketiga-tiga peserta telah memupuk nilai dalam
TUGASAN 2 2020

pengajaran matematik seeara eksplisit dalam tiga kategori iaitu nilai pendidikan
umum, nilai pendidikan matematik dan nilai matematik.

Terdapat juga kajian yang mengkaji kecenderungan guru dan am alan mereka
tentang nilai dalam pengajaran matematik. Kajian yang dibincangkan oleh
penyelidik memberi maklumat asas mengenai makna dan konsep nilai, nilai
pendidikan umum dalam pengajaran matematik berdasarkan fahaman masing-
masing. Kajian lepas telah menjawab banyak soalan yang membabitkan nilai,
Namun begitu, aspek khusus yang melibatkan amalan penerapan nilai pendidikan
umum dalam pengajaran penyelesaian masalah di peringkat sekolah rendah masih
belum dijawab.

Tinjauan Iiteratur menunjukkan keperluan untuk meneliti nilai yang ditcrapkan oleh
guru matematik dalam pengajaran penyelesaian masalah. Dengan kata lain.
penjelasan guru tentang kefahaman nilai, nilai yang dirancang, pelaksanaan
penerapan nilai di bilik darjah boleh memberikan maklumat penting tentang nilai
yang diterapkan oleh seseorang guru ketika mengajar matematik. Selain itu, soalan
kajian yang juga memberikan maklumat sampingan mengenai kekangan yang
dihadapi oleh guru ketika melaksanakan penerapan nilai di bilik darjah. Justeru,
kajian yang berteraskan nilai dalam pendidikan matematik ini dijalankan untuk
menerokai amalan penerapan nilai dalam pengajaran penyelesaian masalah oleh
guru matematik sekolah rendah.

Dalam kajian penyelidik ini, dapatlah merumuskan penerapan nilai merupakan


aspek yang penting yang perlu diikuti oleh semua guru dalam menyampaikan isi
pelajaran kepada murid-murid. Guru-guru perlu mengutamakan aspek ini dalam
merancang nilai ketika menyediakan rekod pengajaran harian. Kini perkara ini
diabaikan oleh para pendidik khasnya ketika membuat persediaan mengajar.

Seperti mana yang diketahui, nilai merupakan perkara yang penting dalam
mencerminkan sifat seseorang. Jadi para pendidik matematik harus mengutamakan
perancangan serta penerapan nilai di bilik darjah. Menerusi kajian ini, didapati
TUGASAN 2 2020

bahawa para pendidik masih jauh dari pengertian dan kefahaman nilai khasnya
dalam bidang matematik iaitu nilai pendidikan umum. Para pendidik matematik
perlu mengembangkan kefahaman serta mendalami nilai ini, khasnya dalam tujuh
bidang nilai yang digariskan dalam sukatan pendidikan moral. Kefahaman serta
penerapan tujuh bidang nilai perlu dilaksanakan oleh para pendidik negara kita agar
membantu melahirkan generasi yang mantap untuk negara kita.

Kajian ini juga memberi maklum balas mengenai 'out-put' para pendidik kepada
negara. Jika perkara ini diteruskan, maka 'out-put' iaitu kualiti murid yang dihasilkan
adalah dari aeuan yang bersifat individualistik. Para pendidik perlu sedar akan
kepentingan semua komponen nilai khasnya nilai pendidikan umum. Pengkaji juga
pereaya hasil kajian ini adalah berguna kepada para pendidik matematik dan
pendidikan keseluruhannya sebagai panduan supaya memberi sumbangan
terhadap pembinaan modal insan yang utuh dan berguna kepada budaya bangsa
negara kita.

Daripada objektif kajian penyelidik ini, Para pendidik harus melengkapkan diri
dengan arus perkembangan pendidikan. Sebagai pendidik yang memikul tugas
dalam melaksanakan agenda negara harus memberi fokus dalam tujuh bidang nilai
yang digariskan bagi melahirkan insan modal yang utuh dan seimbang. Para
pendidik harus sedar wujudnya nilai pendidikan matematik dan nilai matematik
dalam dunia matematik ini. Kedua-dua nilai ini harus dipraktikkan dalam bilik darjah
agar murid-murid merasakan keseronokan ketika mempelajari subjek

Anda mungkin juga menyukai