Anda di halaman 1dari 1

Salam sejahtera.

Pengintegrasian KBAt dalam bilik darjah menepati keperluan cabaran Pendidikan abad
ke-21 bagi membentuk generasi yang dinamik dan seimbang dalam semua aspek
kehidupan. Namun pelbagai cabaran dan halangan yang wujud dalam usaha
mengintegrasikan KBAT secara berkesan dalam bilik darjah terutamanya bagi subjek
Matematik. Cabaran dan dan halangan pengintegrasian KBAT dari perspektif guru
Matematik adalah membimbangkan untuk melahirkan generasi yang akan datang.

Menyedari betapa pentingnya kemahiran berfikir aras tinggi dalam generasi yang akan
datang, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia telah memperkenalkan Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2015 (PPPM) pada tahun 2013 sebagai langkah
pertama dalam mentransformasi sistem pendidikan Negara.

Guru merupakan ejen pelaksana yang memikul peranan dan tanggungjawab yang begitu
penting bagi memastikan aspirasi kerajaan tercapai. Walaupun kerajaan telah meranchang
pelbagai strategi dan pendekatan bagi mencapai agenda tersebut, namun peintegrasian
KBAT turut dicabar dengan isu-isu yang boleh menjadi halangan kepada agenda kerajaan.
Dalam memikul tanggungjawab ini guru berhadapan dengan pelbagai cabaran dan
halanganyang menggangu keberkesanan pelaksanaan pengajaran KBAT di dalam
matapelajaran Matematik. Cabaran dan halangan ini boleh dibahagikan kepada beberapa
aspek utama seperti aspek guru, aspek murid, aspek kurikulum dan factor luaran yang lain.

Sebagai langkah untuk memupuk penggunaan KBAT dalam matapelajaran Matematik guru
sebagai pemudahcara untuk melaksanakan pelbagai aktiviti berpusatkan murid,
menyediakan aktiviti yang dapat mencabar minda murid dan penyoalan aras tinggi secara
berperingkat bagi mendorong murid memberi pandangan serta membuat penyelidikan dan
membuat penorakaan secara terancang dan berstruktur.

Bilik darjah merujuk kepada di mana berlakunya pengajaran dan pembelajaran. Murid juga
boleh dipupuk dengan KBAT dalam situasi sebenar seperti semasa lawatan dan projek atau
kerja lapangan. Suasana bilim darjah mestilah ceria dengan paparan hasil murid di dalam
bilik darjah dan aktif dalam pembelajaran. Susun atur bilik darjah berpusatkan murid duduk
dalam kumpulan yang membolehkan murid mudah berinteraksi dan benkongsi. Guru juga
boleh menggunakan bahan sokongan yang dapat meningkatkan pemikiran murid.

Anda mungkin juga menyukai