GRU60104
TUGASAN INDIVIDU (TUGASAN 2 : ANALISA BAB PERTAMA)
KUMPULAN KULIAH: M
TAJUK:
PHONE : 012-5096985
PROGRAM : Ijazah Sarjana Pendidikan Matematik Sekolah Rendah
FAKULTI : Fakulti Pembangunan Manusia
NAMA PENSYARAH : DR Muhammad Bazlan bin Mustafa
Ulasan TESIS
https://drive.google.com/file/d/1n5QzXZgq_AqfCJIis_3gm-_OXc7D--kj/view?
usp=sharing
Kajian penyelidik ini bertujuan untuk mengenal pasti amalan penerapan nilai
pendidikan umum oleh guru matematik dalam pengajaran penyelesaian masalah.
Penerapan nilai terlaksana secara tersirat melalui amalan pengajaran dan
pembelajaran bilik darjah. Penyelidik menerangkan nilai yang diterapkan adalah
berkaitan dengan perkembangan diri. Walau bagaimanapun guru-guru telah
menghadapi beberapa kekangan dalam melaksanakan amalan penerapan ini.
Kesimpulannya amalan penerapan nilai pendidikan umum tidak berlaku secara
menyeluruh dalam pengajaran bilik darjah. Penerapan nilai memberi input kepada
para pendidik matematik dan pendidikan di Malaysia bahawa perancangan nilai
merupakan aspek yang penting dalam pengajaran guru.
Pengkaji juga menerangkan menurut kajian Mohd Uzi (2007) didapati bahawa
kesemua guru yang dikaji tidak melaksanakan penerapan nilai pendidikan secara
eksplisit. Kesemua guru yang terlibat dalam kajian menjelaskan tentang penerapan
nilai pendidikan matematik dalam pengajaran hanya setelah ditanya dalam temu
bual pra pengajaran dan pasca pengajaran. Mengikut penyelidik kenyataan kajian
Mohd Uzi (2007) menjelaskan bahawa amalan guru merupakan perkara penting
daIam melaksanakan penerapan nilai di bilik darjah.
Penyelidik kajian ini, berpendapat bahawa keupayaan guru untuk membentuk satu
wawasan yang jeIas tentang penghayatan nilai banyak bergantung kepada
keboIehan guru berfungsi sebagai agen adaptif iaitu individu yang mempunyai daya
ubahsuaian yang tinggi. Bagaimanapun untuk menjadi agcn adaptif daIam konteks
bilik darjah, guru perlu mempunyai pcngetahuan yang cukup luas. Guru perIu
mendaIami tentang nilai pendidikan di samping pengetahuan pcdagogi dan
psikoIogi pendidikan. Pemahaman yang mendalam tentang peranan guru scbagai
agen perubahan dalam usaha meningkatkan kualiti pendidikan matematik sangat
penting. Oleh itu, guru telah menjadi satu tumpuan penting bagi kajian dalam
pendidikan matematik. Penyelidik juga mengutarakan penyataana masalah dalam
GRU60104 ANALISA BAB 1
kajian ini dijalankan oleh penyelidik untuk meneliti persoalan asas seperti yang
berikut:
Daripada penyataan masalah penyelidik, beliau juga ingin tahu kekangan yang
dihadapi oleh golongan guru dalam menerapkan nilai dalam pengajaran
penyelesaian masalah. Berdasarkan tinjauan bacaan penyelidik, didapati guru-guru
masih menghadapi kekeliruan serta kompleks ketika menerapkan nilai sewaktu sesi
pengajaran bilik darjah. Sharifah Norul Akmar (2007), pula telah menjalankan satu
kajian mengenai nilai murni dalam kurikulum matematik sekolah rendah menurut
persepsi guru. Kajian beliau menggunakan soal selidik dan temu bual secara
mendalam. Pengkaji mengenal pasti jenis nilai yang diutamakan oleh guru.
Persoalan kajian penyelidik juga menitikberatkan isu tersebut.
Dalam kajian ini penyeledik erdapat beberapa istilah asas yang digunakan dalam
kajian ini. Tiga istilah tersebut adalah nilai, pengajaran, dan penyelesaian masalah.
i.) Nilai
iii) Pengajaran
GRU60104 ANALISA BAB 1
Kajian penyelidik ini akan memberi beberapa kepentingan. Kajian ini akan
membekalkan maklumat yang lebih mendalam mengenai konsepsi guru tentang
pendidikan nilai. Seterusnya, kajian ini juga akan memberi maklumat tambahan
kepada guru tentang pemahaman dan penghayatan tentang pendidikan nilai yang
GRU60104 ANALISA BAB 1
seharusnya dimiliki oleh seorang guru. Selain itu menerusi kajian ini, guru-guru
dapat menilai tahap pemahaman mereka terhadap pendidikan nilai khasnya ketika
melakukan pengajaran matematik di sekolah. Pengetahuan ini akan membantu
guru dalam menentukan kebolehan dan keupayaan mereka dalam melaksanakan
program pendidikan nilai di sekolah.
Penyelidik juga merumuskan kajian ini membantu guru-guru mengenali jenis nilai
yang diterapkan serta menyedari akan implikasi kepada generasi akan datang.
Selain itu, kajian ini juga akan membantu para pendidik membentuk keyakinan yang
Iebih tinggi apabila mengajar penyelesaian masalah dalam matematik di samping
menerapkan nilai sekali gus mencapai objektifpengajaran dan pembelajaran. Kajian
ini juga akan membantu semua pihak yang terlibat dalam bidang pendidikan sama
ada peringkat sekolah, Pejabat Pelajaran Daerah, Jabatan Pelajaran Negeri, dan
Kementerian Pendidikan dalam memantapkan lagi proses pcngajaran dan
pembelajaran di sekolah khususnya sewaktu merangka dan membina modul
pembelajaran yang lebih menarik dan dinamik mengikut nilai pendidikan yang
digariskan dalam Falsafah Pendidikan Negara.
Kajian ini penting kepada perancang kurikulum dan penggubal dasar pendidikan
kerana dapatan kajian yang akan diperoleh memberi maklum balas tentang
keperluan kursus bagi meningkatkan pemahaman guru mengenai nilai. Kajian ini
juga akan memberi manfaat kepada tenaga pengajar di Institut Pendidikan Guru
Malaysia dan Universiti dalam penambahbaikan struktur kurikulum bagi pelaksana
pendidikan nilai.
Akhirnya, hasil kajian diharapkan akan memberi sumbangan kepada penyelidikan
nilai dalam bidang pendidikan matematik di Malaysia yang masih tidak mencukupi
untuk mendalami aspek nilai dalam pendidikan matematik.
GRU60104 ANALISA BAB 1
Ulasan/Komen Individu
Secara keseluruhannya, kajian ini dapat mencapai objektif yang diketengahkan oleh
penyelidik dalam kajian ini. Selain itu, objektif kajian juga mencapai matlamat
kerana dapat menjawab semua persoalan kajian ini. Abstrak kajian ini juga lengkap
kerana mempunyai penerangan yang jelas mengenai tujuan kajian, metodologi
kajian dan cara menganalisis data. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor-
faktor yang mendorong nilai matematik di kalangan guru.
Dalam kajian penyelidik ini, tinjauan kajian-kajian lepas memberikan impak yang
berkesan dalam persoalan pengkaji ini. Mohd Uzi dan Lim (2007) telah
menjalankan kajian ke atas tiga orang guru matematik dalam mengenal pasti
kekangan dan konflik untuk memupuk nilai dalam pengajaran matematik
mendapati, nilai dalam pengajaran matematik tidak diterapkan secara eksplisit oleh
ketiga-tiga peserta kajian. Guru tersebut hanya menyedari bahawa sebenarnya
mereka telah memupuk nilai dalam pengajaran matematik sccara tidak disedari
apabila mereka ditemu bual oleh pengkaji. Secara umumnya, hasil dari temu bual
yang dijalankan mendapati bahawa ketiga-tiga peserta telah memupuk nilai dalam
GRU60104 ANALISA BAB 1
pengajaran matematik seeara eksplisit dalam tiga kategori iaitu nilai pendidikan
umum, nilai pendidikan matematik dan nilai matematik.
Terdapat juga kajian yang mengkaji kecenderungan guru dan am alan mereka
tentang nilai dalam pengajaran matematik. Kajian yang dibincangkan oleh
penyelidik memberi maklumat asas mengenai makna dan konsep nilai, nilai
pendidikan umum dalam pengajaran matematik berdasarkan fahaman masing-
masing. Kajian lepas telah menjawab banyak soalan yang membabitkan nilai,
Namun begitu, aspek khusus yang melibatkan amalan penerapan nilai pendidikan
umum dalam pengajaran penyelesaian masalah di peringkat sekolah rendah masih
belum dijawab.
Tinjauan Iiteratur menunjukkan keperluan untuk meneliti nilai yang ditcrapkan oleh
guru matematik dalam pengajaran penyelesaian masalah. Dengan kata lain.
penjelasan guru tentang kefahaman nilai, nilai yang dirancang, pelaksanaan
penerapan nilai di bilik darjah boleh memberikan maklumat penting tentang nilai
yang diterapkan oleh seseorang guru ketika mengajar matematik. Selain itu, soalan
kajian yang juga memberikan maklumat sampingan mengenai kekangan yang
dihadapi oleh guru ketika melaksanakan penerapan nilai di bilik darjah. Justeru,
kajian yang berteraskan nilai dalam pendidikan matematik ini dijalankan untuk
menerokai amalan penerapan nilai dalam pengajaran penyelesaian masalah oleh
guru matematik sekolah rendah.
Seperti mana yang diketahui, nilai merupakan perkara yang penting dalam
mencerminkan sifat seseorang. Jadi para pendidik matematik harus mengutamakan
perancangan serta penerapan nilai di bilik darjah. Menerusi kajian ini, didapati
GRU60104 ANALISA BAB 1
bahawa para pendidik masih jauh dari pengertian dan kefahaman nilai khasnya
dalam bidang matematik iaitu nilai pendidikan umum. Para pendidik matematik
perlu mengembangkan kefahaman serta mendalami nilai ini, khasnya dalam tujuh
bidang nilai yang digariskan dalam sukatan pendidikan moral. Kefahaman serta
penerapan tujuh bidang nilai perlu dilaksanakan oleh para pendidik negara kita agar
membantu melahirkan generasi yang mantap untuk negara kita.
Kajian ini juga memberi maklum balas mengenai 'out-put' para pendidik kepada
negara. Jika perkara ini diteruskan, maka 'out-put' iaitu kualiti murid yang dihasilkan
adalah dari aeuan yang bersifat individualistik. Penyelidik inginkan para pendidik
perlu sedar akan kepentingan semua komponen nilai khasnya nilai pendidikan
umum daripada kajian ini. Pengkaji juga percaya hasil kajian ini adalah berguna
kepada para pendidik matematik dan pendidikan keseluruhannya sebagai panduan
supaya memberi sumbangan terhadap pembinaan modal insan yang utuh dan
berguna kepada budaya bangsa negara kita.
Daripada objektif kajian penyelidik ini, Para pendidik harus melengkapkan diri
dengan arus perkembangan pendidikan. Sebagai pendidik yang memikul tugas
dalam melaksanakan agenda negara harus memberi fokus dalam tujuh bidang nilai
yang digariskan bagi melahirkan insan modal yang utuh dan seimbang. Para
pendidik harus sedar wujudnya nilai pendidikan matematik dan nilai matematik
dalam dunia matematik ini. Kedua-dua nilai ini harus dipraktikkan dalam bilik darjah
agar murid-murid merasakan keseronokan ketika mempelajari subjek