Anda di halaman 1dari 8

Hubungan Antara Kemahiran Matematik dan

Kebimbangan Dengan Kemahiran Berfikir Matematik


Murid Tahun Enam
The Relationship between Mathematical Skills and Anxiety with
Mathematical Thinking Skills of Year Six Pupils
Siti Nor Akma Mat Isa1, Siti Mistima Maat2
1 Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, nursna0915@gmail.com
2 Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, sitimistima@ukm.edu.my

ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan antara kemahiran matematik dan kebimbangan dengan
kemahiran berfikir matematik dalam kalangan murid tahun enam. Kemahiran berfikir matematik di ukur
berdasarkan soalan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT). Sampel terdiri daripada 40 orang murid tahun enam
sebuah sekolah di Kelantan. Instrumen kajian terdiri daripada satu set soalan KBAT dan soalan soal selidik.
Data kajian dianalisis dengan menggunakan ujian-t dan ujian korelasi Pearson dengan perisian SPSS versi 23.0.
Keputusan ujian-t menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara kemahiran matematik murid lelaki
dan perempuan dan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap kebimbangan murid lelaki dan
perempuan. Hasil ujian korelasi Pearson mendapati semakin tinggi tahap kemahiran matematik seseorang murid
maka semakin kurang kebimbangannya terhadap matematik. Keputusan ujian korelasi Pearson juga
menunjukkan terdapat hubungan positif antara kemahiran matematik dengan KBAT. Ini menunjukkan bahawa
kemahiran matematik penting dalam peningkatan KBAT murid dalam matematik.
Kata kunci: Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), kemahiran matematik, kebimbangan matematik

ABSTRACT
This study aims to identify the relationship between mathematical skills and anxiety with mathematical thinking
skills among year six pupils. The mathematical thinking skills were measured based on the question of higher
order thinking skills (HOTS). The sample consists of 40 pupils of year six in Kelantan. The research instrument
consists of a set of HOTS questions and questionnaires. The data were analyzed using the t-test and Pearson
correlation test with SPSS version 23.0 software. The t-test showed that there were significant differences
between male and female pupil's mathematical skills and there was no significant difference between the level
of male and female pupils. The results of the Pearson correlation test found that the higher the level of
mathematical skill of a student, the less the anxiety about mathematics. Pearson correlation test results also
showed that there was a positive correlation between mathematical skills and HOTS. This suggests that
mathematical skills are important in improving the pupils thinking skills in mathematics.

Key words: Higher Order Thinking Skills (HOTS), mathematical skills, mathematics anxiety

PENDAHULUAN
Kemahiran berfikir adalah antara aspek yang penting bagi pembangunan murid dalam Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia 2013-2025. Oleh itu, penerapan dan penjanaan kemahiran berfikir iaitu kemahiran berfikir
aras tinggi sangat dititikberatkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran matematik. Kemahiran Berfikir
Aras Tinggi (KBAT) merupakan salah satu kemahiran berfikir yang meliputi kemahiran berfikir kritis,
keupayaan menyelesaikan masalah dan membuat keputusan yang diperlukan oleh pelajar untuk menghadapi
cabaran abad ke-21 dan seterusnya pengaplikasian di alam pekerjaan kelak. Pemikiran kritis adalah suatu
elemen Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) yang penting dalam pengajaran dan pembelajaran yang
memberi impak kepada pencapaian akademik seseorang pelajar. Bagi membolehkan pemikiran dan kemahiran
berfikir seorang pelajar berkembang, pendekatan pembelajaran turut memainkan peranan.
KBAT perlu diberi penekanan dalam pengajaran dan pembelajaran sejak dari sekolah rendah lagi dan guru perlu
memastikan konsep KBAT diintegrasikan semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Kajian
menunjukkan walaupun pendedahan tentang kepentingan kemahiran berfikir telah lama ditekankan di Malaysia
tetapi pengintegrasiannya sebagai strategi pengajaran masih ketinggalan dan murid masih tidak mampu
menjawab soalan beraras tinggi yang memerlukan keupayaan untuk berfikir pada aras tinggi (Rajendran 2001;
Zabani 2012; Abu Bakar 2013).

162
PERNYATAAN MASALAH
Masalah murid dalam menguasai kemahiran Matematik merupakan satu isu yang sering dikaitkan dengan murid
sekolah harian di Malaysia dan luar negara (Tarzimah 2011). Keadaan ini mempengaruhi beberapa perkara
seperti pencapaian Matematik yang rendah, aplikasi konsep matematik yang lemah, tahap keupayaan
penyelesaian masalah Matematik yang rendah dan kemahiran berfikir kritis yang lemah (Tarzimah 2010; Syed
Abdul Hakim & Mohini 2010; Marlina & Nurulhuda 2011).
Kemahiran Matematik mestilah merangkumi tiga aspek iaitu menyelesaikan masalah Matematik, mengenalpasti
konsep Matematik dan mengaplikasi kefahaman fakta nombor asas (Rodrigues 2008). Tanpa pemahaman
terhadap konsep Matematik yang kukuh, murid hanya mampu menyelesaikan masalah Matematik mengikut
prosedur, menggunakan algoritma, rumus dan formula Matematik yang mereka pelajari dan ingati. Hal ini akan
menimbulkan masalah kepada murid apabila mereka perlu menyelesaikan masalah Matematik yang melibatkan
kemahiran berfikir aras tinggi. Selain itu, menurut Ibrahim dan Iksan (2017), kegagalan guru untuk menerapkan
KBAT dalam diri pelajar telah memberikan kesan yang serius kepada sistem pendidikan di Malaysia seperti
penurunan pencapaian sains pelajar Malaysia dalam pentaksiran antarabangsa seperti Trends in International
Mathematics and Science Study (TIMSS).
Selain itu, pemikiran kritis boleh dilatih serta dikembangkan kerana pemikiran merupakan kemahiran yang
boleh dibentuk dan dibaiki jika seseorang tahu kaedahnya (Marlina et al. 2010). Namun begitu kebanyakan guru
tidak sedar tentang kemahiran berfikir yang digunakan dalam matematik dan tidak memberi tumpuan kepada
perkembangan daya intelek pelajar. Mereka memberi lebih tumpuan kepada penghafalan dan ingatan kembali
pelbagai konsep, teorem dan formula dalam matematik serta hasil yang akan dicapai oleh pelajar iaitu jawapan
yang tepat dalam menyelesaikan masalah matematik tanpa pelajar memahami konsep dan mengalami proses
menggunakan pengetahuan dan pengalaman sedia ada mereka untuk menyelesaikan masalah atau memahami
konsep yang sedang dihadapi (Noraini 2014). Pembentukan kemahiran berfikir khususnya pemikiran kritis
seharusnya dititikberatkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas (Marlina & Shaharom
2010).
Keyakinan diri dan tahap kebimbangan matematik seseorang murid juga mempunyai kesan terhadap keupayaan
penyelesaian masalah matematik. Kebimbangan adalah perasaan tidak selesa apabila berhadapan dengan soalan
matematik dan cemas ketika menyelesaikan masalah matematik yang turut berkaitan dengan penerimaan dan
andaian individu terhadap kesukaran subjek matematik (Marzita 2002; Ema Farina & Saemah 2017). Tahap
kebimbangan yang tinggi semasa mengambil ujian matematik boleh menyebabkan pelajar mengalami lupaan
terhadap topik yang telah dipelajari (Ema Farina & Saemah 2017). Terdapat juga kajian yang menyatakan
bahawa kebimbangan matematik bermula dari peringkat sekolah rendah lagi (Veloo 2010). Kebimbangan
matematik boleh menyebabkan murid sukar memahami pembelajaran matematik dan seterusnya menjadi punca
penurunan dalam pencapaian matematik. Justeru, kajian ini bertujuan mengkaji hubungan kemahiran matematik,
kebimbangan matematik dalam meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi pelajar dalam matematik dan
cadangan bagi penjanaan pemikiran kritis dan KBAT pelajar dalam matematik

OBJEKTIF KAJIAN
Objektif yang ingin dicapai dalam kajian ini adalah untuk:
1. Mengenal pasti tahap kemahiran matematik, tahap kebimbangan dan tahap KBAT murid tahun enam.
2. Mengenal pasti perbezaan penguasaan kemahiran matematik dan kebimbangan terhadap matematik
murid tahun enam berdasarkan jantina.
3. Mengenal pasti hubungan antara tahap kemahiran matematik dengan kebimbangan terhadap
matematik.
4. Mengenal pasti hubungan antara kemahiran matematik dengan KBAT murid tahun enam.

PERSOALAN KAJIAN
1. Adakah terdapat perbezaan penguasaan kemahiran matematik murid tahun enam berdasarkan jantina?
2. Adakah terdapat perbezaan kebimbangan terhadap matematik murid tahun enam antara lelaki dan
perempuan?
3. Adakah terdapat hubungan antara kemahiran matematik dengan kebimbangan terhadap matematik
murid tahun enam?
4. Adakah terdapat hubungan di antara kemahiran asas matematik dengan KBAT murid tahun enam?

HIPOTESIS KAJIAN
Terdapat tiga hipotesis kajian yang akan diuji dalam kajian ini. Hipotesis kajian adalah seperti berikut:
H01 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan min kemahiran matematik murid tahun enam berdasarkan
jantina.

163
H02 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan min kebimbangan matematik murid tahun enam berdasarkan
jantina.
H03 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan kemahiran matematik dengan kebimbangan matematik murid
tahun enam.
H04 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan kemahiran matematik dengan KBAT murid tahun enam.

METODOLOGI
Kajian ini adalah berbentuk kuantitatif yang dijalankan secara kajian kes. Kaedah persampelan yang digunakan
adalah persampelan rawak. Sampel kajian ini terdiri daripada 40 orang murid tahun enam di sebuah sekolah
rendah di negeri Kelantan. Dalam kajian ini dua alat kajian digunakan iaitu soal selidik dan satu set ujian
bertulis Matematik (dibina berdasarkan aras kemahiran berfikir aras tinggi Taksonomi Bloom). Soal selidik
yang digunakan dibina berasaskan Garnett (1998) dan Nathan et al. (2002), digunakan untuk mengetahui tahap
kemahiran matematik yang mengandungi 18 item yang menguji konstruk kemahiran fakta nombor, aritmetik,
bahasa matematik, informasi bermatematik dan visual-spatial. Manakala untuk menguji tahap kebimbangan
terhadap matematik mengandungi 12 item. Soal selidik kajian ini menggunakan skala Likert dengan lima pilihan
iaitu pilihan 1 (sangat tidak setuju), pilihan 2 (tidak setuju), pilihan 3 (tidak pasti), pilihan 4 (setuju) dan pilihan
5 (sangat setuju).

Set ujian bertulis Matematik diberi bertujuan menguji tahap kemahiran berfikir aras tinggi murid tahun enam.
Daripada enam soalan, tiga soalan merupakan soalan kemahiran berfikir aras rendah (KBAR) manakala tiga
soalan lagi merupakan soalan KBAT yang merangkumi kemahiran membuat analisis, sintesis dan mencipta.
Penyelidik telah mendapatkan pengesahan item ini daripada 2 orang guru Matematik yang berpengalaman lebih
10 tahun mengajar murid tahun enam. Proses ini dilakukan bagi memastikan item dalam soalan KBAT
mempunyai kesahan kandungan yang tinggi.

Sebelum kajian sebenar dijalankan, soal selidik dan ujian bertulis terlebih dahulu diuji dengan menjalankan
kajian rintis yang telah melibatkan seramai 30 orang murid yang mempunyai ciri-ciri yang sama dengan sampel.
Soal selidik ini mempunyai nilai kebolehpercayaan yang tinggi iaitu dengan nilai Alpha Cronbach 0.886 bagi
soal selidik kebimbangan terhadap matematik dan nilai Alpha Cronbach 0.912 bagi soal selidik tahap kemahiran
matematik.

Bagi menjawab persoalan kajian ini, data dianalisis menggunakan analisis deskriptif yang melibatkan min dan
sisihan piawai manakala analisis inferensi melibatkan ujian-t dan korelasi Pearson. Andaian-andaian statistik
bagi menjalankan ujian inferensi telah dipatuhi dan dipenuhi. Jadual 1 menunjukkan interpretasi skor min yang
digunakan dalam kajian ini.

Jadual 1: Skala interpretasi skor min


Min Interpretasi
1.00 – 1.80 Sangat Rendah
1.81 – 2.60 Rendah
2.61 – 3.40 Sederhana
3.41 – 4.20 Tinggi
4.21 – 5.00 Sangat Tinggi

DAPATAN KAJIAN

Profil Responden

Profil responden yang dikaji dalam kajian ini terdiri daripada dua pemboleh ubah sahaja iaitu jantina dan
keputusan ujian Matematik dalam Percubaan UPSR, seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 2 di bawah.

Jadual 2: Profil Responden


Profil Kekerapan Peratus (%)
Jantina Lelaki 21 52.5
Perempuan 19 47.5
Jumlah 40 100.0
Keputusan Matematik A 7 17.5
(Percubaan UPSR) B 5 12.5

164
C 17 42.5
D 7 17.5
E 4 10.0
Jumlah 40 100.0

Taburan bilangan antara murid lelaki dan perempuan secara umum adalah hampir sama. Limitasi yang didapati
daripada kajian ini adalah 100.0% daripada responden berbangsa Melayu. Bagi pencapaian Matematik pula,
seramai 30.0% daripada responden mempunyai pencapaian yang baik (gred A dan B), 42.5% berpencapaian
sederhana (gred C) dan 27.5% berpencapaian rendah.

Analisis Perbezaan Kemahiran Matematik Murid Tahun Enam Berdasarkan Jantina


Ujian t dua sampel tidak bersandar dijalankan untuk menguji perbezaan min kemahiran matematik antara murid
lelaki dengan murid perempuan tahun enam. Keputusan analisis ujian-t adalah seperti dalam Jadual 3 di bawah.
Jadual 3: Perbandingan min kemahiran matematik
Sig.
Jantina N Min SP Dk Nilai t
(2 hujung)
Kemahiran Lelaki 21 3.4529 0.589 38 2.310 0.026
Matematik
Perempuan 19 3.0242 0.583

Melalui ujian-t dua sampel tidak bersandar yang dijalankan, terdapat perbezaan yang signifikan di antara min
kemahiran matematik murid lelaki (min = 3.45, SP = 0.589) dengan murid perempuan (min = 3.02, SP = 0.583)
dengan nilai t(38) = 2.310, p < 0.05. Berdasarkan keputusan di atas, murid lelaki tahun enam mempunyai
penguasaan kemahiran matematik yang lebih baik berbanding murid perempuan tahun enam.

Analisis Perbezaan Kebimbangan TerhadapMatematik Murid Tahun Enam Berdasarkan Jantina


Ujian t dua sampel bebas (tidak bersandar) digunakan untuk menguji perbezaan min kebimbangan terhadap
matematik antara murid lelaki dengan murid perempuan. Keputusan Ujian-t adalah seperti berikut
Jadual 4: Perbandingan min tahap kebimbangan terhadap matematik
Sig.
Jantina N Min SP Dk Nilai t
(2 hujung)
Kebimbangan Lelaki 21 3.5952 0.702 38 0.969 0.339
Matematik
Perempuan 19 3.3684 0.779

Analisis ujian-t sampel bebas menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara min kebimbangan
murid lelaki (min = 3.60, SP = 0.702) dengan murid perempuan (min = 3.37, SP = 0.779) terhadap matematik
dengan nilai t(38) = 0.969, p > 0.05. Keputusan ini menunjukkan kebimbangan murid lelaki dan murid
perempuan terhadap subjek Matematik adalah hampir sama.

Analisis Hubungan Antara Kemahiran Matematik Dengan Kebimbangan Terhadap Matematik

Ujian korelasi Pearson digunakan untuk menentukan hubungan antara kemahiran matematik dengan
kebimbangan murid tahun enam terhadap matematik. Keputusan ujian korelasi Pearson adalah seperti dalam
Jadual 5 di bawah.

Jadual 5: Ujian korelasi Pearson antara kemahiran matematik dengan kebimbangan terhadap matematik

Kebimbangan Matematik
Kemahiran Matematik Korelasi Pearson - 0.618**
Sig. (2 hujung) 0.000
N 40
**. Korelasi adalah signifikan pada aras keyakinan 0.01.

Hasil analisis menggunakan korelasi Pearson menunjukkan terdapat perkaitan yang signifikan antara pemboleh
ubah tahap kemahiran matematik dengan pemboleh ubah tahap kebimbangan (r = - 0.618, p < 0.01). Nilai pekali
korelasi, r = - 0.618 menunjukkan hubungan negatif antara kemahiran matematik dengan kebimbangan adalah
sederhana kuat (Cohen 1988) yang mana semakin tinggi skor kemahiran matematik murid semakin rendah skor
kebimbangan matematik.

165
Analisis Tahap Kemahiran Berfikir

Keputusan analisis tahap kemahiran berfikir dalam kalangan murid tahun enam ditunjukkan dalam jadual di
bawah.

Jadual 6: Tahap Kemahiran Berfikir Murid Tahun Enam


Aras KB Konstruk Frekuensi Peratus (%)
KBAR Mengingat 2 5.0
Memahami 13 32.5
Mengaplikasi 16 40.0
Jumlah 31 77.5
KBAT Menganalisis 7 17.5
Mensintesis 2 5.0
Mencipta 0 0.0
Jumlah 9 22.5

Berdasarkan analisis, hanya 22.5% daripada responden yang mempunyai kemahiran berfikir aras tinggi dan
selebihnya di peringkat kemahiran berfikir aras rendah. Walau bagaimanapun, tiada seorang pun daripada
responden memenuhi ketiga-tiga aras konstruk KBAT iaitu menganalisis, mensintesis dan mencipta.

Bagi menentukan tahap KBAT, kajian ini menggunakan pemarkahan Kmenterian Pendidikan Malaysia (KPM)
seperti dalam Jadual 7. Analisis data kajian dilakukan dengan menganalisis soalan ujian KBAT yang diberikan
kepada murid.

Jadual 7: Aras penentuan tahap KBAT


Aras Nilai Skor
Sangat Rendah 0 – 19
Rendah 20 – 39
Sederhana 40 – 59
Tinggi 60 – 79
Sangat Tinggi 80 – 100

Daripada analisis, didapati hanya 17.5% daripada responden mencapai aras tinggi dalam KBAT dan 5.0% pada
tahap sangat tinggi. Keseluruhannya tahap kemahiran berfikir murid adalah di tahap sederhana (min = 47.50, SP
= 15.81).

Analisis Hubungan Antara Tahap Kemahiran Matematik Dengan KBAT


Hubungan antara tahap kemahiran matematik dengan skor KBAT murid tahun enam ditentukan dengan
menggunakan ujian korelasi Pearson. Keputusan analisis korelasi Pearson adalah seperti berikut:

Jadual 8: Korelasi Kemahiran Matematik dengan Skor KBAT


Skor KBAT
Tahap Kemahiran Matematik Korelasi Pearson 0.330*
Sig. (2 hujung) 0.037
N 40
*. Korelasi adalah signifikan pada aras keyakinan 0.05.

Berdasarkan keputusan dalam Jadual 8, analisis menunjukkan terdapat perkaitan yang signifikan di antara tahap
kemahiran matematik dengan skor KBAT (r = 0.330, p < 0.05). Nilai pekali, r = 0.330 menunjukkan terdapat
hubungan positif yang lemah (Cohen 1988) antara tahap kemahiran matematik dengan KBAT murid tahun enam
iaitu semakin tinggi tahap kemahiran matematik, semakin tinggi KBAT murid.

PERBINCANGAN
Penguasaan kemahiran operasi asas matematik merupakan kunci kejayaan dalam penyelesaian masalah
matematik. Walau bagaimanapun didapati pelajar masih lemah dalam operasi asas matematik (Marlina dan
Nurulhuda 2011). Secara keseluruhannya dapatan kajian menunjukkan bahawa murid lelaki tahun enam
mempunyai penguasaan kemahiran matematik yang lebih baik berbanding murid perempuan tahun enam.

166
Kemahiran matematik murid lelaki tahun enam adalah pada tahap tinggi manakala kemahiran matematik murid
perempuan pada tahap sederhana.

Hasil kajian Gunderson et al. (2012) mendapati bahawa bahawa kemahiran visual-spatial dapat meningkatkan
perkembangan pengetahuan numerik oleh kanak-kanak dengan membantu mereka mendapatkan perwakilan
ruang angka secara linear.

Perbezaan Kebimbangan Matematik Murid Tahun Enam Berdasarkan Jantina


Dapatan kajian menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara min kebimbangan
matematik murid lelaki dan murid perempuan. Kebimbangan matematik murid tahun enam adalah sama iaitu
pada tahap tinggi. Dapatan kajian ini selari dengan dapatan kajian Khalin (2014) yang menunjukkan bahawa
tidak wujud perbezaan yang signifikan dengan t = -0.889, p < 0.05 di antara tahap kebimbangan matematik
pelajar perempuan dengan pelajar lelaki. Namun kajian tersebut menunjukkan bahawa kebimbangan matematik
pelajar berada pada tahap sederhana dengan M = 2.55, SP = 0.72. Kebimbangan matematik yang dialami oleh
murid akan menganggu emosi, minda yang akan menjejaskan prestasi pencapaian matematik mereka. Hal ini
disokong oleh Veloo dan Muhammad (2011) yang menyatakan bahawa kebolehan afektif seseorang pelajar
berfungsi sebagai pencetus ingatan yang secara langsung mempengaruhi kebolehan kognitif yang melibatkan
kemahiran berfikir dan meningkatkan pencapaian matematik.

Hubungan antara Tahap Kemahiran Matematik dengan Kebimbangan Terhadap Matematik


Hasil analisis menggunakan korelasi Pearson menunjukkan terdapat hubungan songsang yang signifikan antara
tahap kemahiran matematik dengan tahap kebimbangan (r = - 0.618, p < 0.01). Kajian ini menunjukkan
hubungan negatif antara kemahiran matematik dengan kebimbangan adalah sederhana kuat yang mana semakin
tinggi skor kemahiran matematik murid semakin rendah skor kebimbangan matematik.

Dapatan ini adalah selari dengan dapatan kajian Veloo dan Muhammad (2011) yang menunjukkan terdapat
korelasi yang negatif antara kebimbangan dengan pencapaian matematik murid. Murid yang mempunyai
kebimbangan matematik yang rendah menunjukkan pencapaian matematik yang tinggi. Selain itu, dapatan ujian
Spearman Rho dalam kajian Khalin (2014) menunjukkan terdapat hubungan songsang yang rendah secara
signifikan antara kebimbangan matematik dengan pencapaian matematik pelajar dengan nilai korelasi r = -
0.237.

Oleh itu adalah penting bagi pendidik menilai atribut afektif pelajar sebelum menilai kebolehan kognitif pelajar
yang secara tidak langsung dapat meningkatkan pencapaian matematik dalam kalangan pelajar (Veloo 2010).
Pengajaran guru yang menarik dan mengambil kira pengetahuan sedia ada pelajar akan menyumbang kepada
peningkatan prestasi pencapaian matematik pelajar (Khalin 2014). Persepsi dan kerisauan ataupun kebimbangan
pelajar terhadap kesukaran penguasaan konsep matematik adalah berkaitan dengan kaedah dan amalan
pengajaran dan pembelajaran dalam kelas matematik (Phang et al. 2014).

Dapatan kajian ini jelas menunjukkan bahawa murid yang mempunyai tahap kemahiran matematik yang tinggi
mempunyai kembimbangan terhadap matematik yang rendah dan sebaliknya. Ini bermakna murid yang
mempunyai kebimbangan yang rendah mempunyai pencapaian yang tinggi dalam matematik pelajar yang
mempunyai kebimbangan yang tinggi mempunyai pencapaian yang rendah dalam matematik dan sebaliknya.

Hubungan Tahap Kemahiran Matematik dengan KBAT


Secara keseluruhannya dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap kemahiran berfikir murid tahun enam adalah
pada aras sederhana. Hasil kajian terhadap hubungan antara kemahiran matematik dengan skor KBAT
mendapati terdapat hubungan positif yang lemah antara tahap kemahiran matematik dengan KBAT murid tahun
enam iaitu semakin tinggi tahap kemahiran matematik, semakin tinggi KBAT murid.

Dapatan kajian ini selari dengan Laporan keputusan TIMSS 2015 menunjukkan walaupun Malaysia mencapai
peningkatan dalam mata pelajaran Matematik, akan tetapi, peratusan pelajar menguasai domain kognitif aplikasi
dan penaakulan masih berada pada tahap rendah dengan peratus masing-masing 35 peratus dan 25 peratus
(KPM 2016). Perkara ini jelas menunjukkan bahawa pelajar masih lemah dalam mengaplikasikan pengetahuan
dan kemahiran serta lemah dalam membuat penaakulan. Hal ini dikatakan berhubung kait dengan kemahiran
matematik dan kemahiran penyelesaian masalah pelajar. Hasil kajian Abdul Razak dan Nor Asmah (2010)
mendapati murid-muridnya hanya menghafal rumus sahaja tanpa memahami konsep matematik yang sebenar.
Seseorang murid yang menguasai konsep akan lebih mudah untuk guru membangunkan dan mengembangkan
kemahiran berfikir aras tingginya dengan menggunakan strategi pengajaran yang berkesan (Sukiman et al. 2012;
Nooriza & Norziati 2015).

167
Manakala, kajian Ibrahim dan Iksan (2017) menunjukkan tahap kesedaran strategi metakognitif dalam kalangan
pelajar aliran sains adalah tinggi manakala penguasaan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) pelajar pula
adalah baik. Selain itu, kajian Nasyimah dan Zamri (2016) mendapati terdapat perbezaan kesediaan yang
signifikan antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan terhadap KBAT dalam pembelajaran KOMSAS.
Kecenderungan dan peningkatan KBAT murid turut berpunca dari strategi pengajaran guru yang menimbulkan
minat murid untuk belajar.

KESIMPULAN
Melalui kajian dan dapatan yang telah dinyatakan, dapat disimpulkan bahawa kemahiran matematik,
kebimbangan matematik dan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) saling berkait dalam meningkatkan prestasi
dalam matematik. Dalam kajian ini telah menunjukkan bahawa murid yang mempunyai kebimbangan yang
rendah terhadap matematik akan mempunyai kemahiran matematik yang tinggi. Manakala murid yang
mempunyai kemahiran matematik yang tinggi turut mempunyai kemahiran berfikir pada aras yang tinggi. Hasil
dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan signifikan antara kemahiran matematik dengan kebimbangan
matematik dan kemahiran matematik dengan KBAT murid tahun enam.

Oleh itu adalah penting bagi pendidik atau guru mengetahui kemahiran matematik dan juga kebimbangan
seseorang murid terhadap matematik bagi mengatasi dan merancang pengajaran dan pembelajaran matematik
yang bermakna. Dengan menguasai, mengaplikasikan dan menggunakan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT)
semasa menyelesaikan masalah matematik, keupayaan dan kemahiran pelajar dalam penyelesaian masalah akan
turut meningkat. Pendekatan pembelajaran dengan penerapan pendidikan abad ke-21 yang sesuai amat penting
dalam proses pengajaran dan pembelajaran matematik bagi memantapkan lagi keupayaan kemahiran berfikir
pelajar. Tambahan pula, penjanaan kemahiran berfikir aras tinggi dapat mempengaruhi penguasaan dan
pencapaian pelajar dalam akademik.

RUJUKAN
Abu Bakar Nordin. (2013). Kurikulum ke arah penghasilan kemahiran berfikiran kritis, kreatif dan inovatif.
JuKu: Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik, 1(1), 10-18.
Abdul Razak Idris & Nor Asmah Salleh. 2010. Pendekatan Pengajaran Yang Digunakan Oleh Guru Sekolah
Menengah Di Daerah Johor Bahru Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik. Pendekatan
Pengajaran Yang Digunakan Oleh Guru Sekolah Menengah Di Daerah Johor Bahru Dalam Pengajaran
Dan Pembelajaran Matematik . pp. 1-7. (Unpublished)
Anderson, L. W. & Krathwohl, David R. (Eds.). 2001. A Taxonomy for Learning, Teaching and Assessing: A
Revision of Bloom’s Taxonomy of Educational Objectives. Allyn & Bacon. Boston: MA Pearson Education
Group.
Esa, S., & Mohamed, N. A. (2017, May). A study of students’ learning styles and mathematics anxiety amongst
form four students in Kerian Perak. In AIP Conference Proceedings (Vol. 1847, No. 1, p. 030002). AIP
Publishing.
Ema Farina Hasme & Saemah Rahman. (2017). Kebimbangan Matematik, Sikap Terhadap Fizik dan
Hubungannya dengan Pencapaian Fizik Pelajar. Seminar on Transdisiplin Education (STEd2017), 164-
172. Fakulti Pendidikan, UKM.
Gunderson, E. A., Ramirez, G., Beilock, S. L., & Levine, S. C. (2012). The relation between spatial skill and
early number knowledge: the role of the linear number line. Developmental psychology, 48(5), 1229.
Ibrahim, N. H., & Iksan, Z. (2017). Strategi metakognitif untuk kemahiran berfikir aras tinggi dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Simposium Pendidikan diPeribadikan: Perspektif Risalah An-Nur
(SPRiN2017)
Khalin, S. Z. (2014). KEBIMBANGAN MATEMATIK DAN HUBUNGANNYA DENGAN PENCAPAIAN
PELAJAR TINGKATAN EMPAT DI DAERAH PERAK TENGAH (Doctoral dissertation, Universiti
Pendidikan Sultan Idris).
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2016). Laporan TIMSS 2015. Bahagian Perancangan dan Penyelidikan
Dasar. Kementerian Pendidikan Malaysia.
Marzita, P. (2002). Factors Associated with Mathematics Anxiety. Malaysia: Penerbitan Universiti Pendidikan
Sultan Idris.

168
Nasyimah Ismail & Zamri Mahamod. (2016). Sikap Dan Kesediaan Pelajar Sekolah Menengah Terhadap
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Dalam Pembelajaran Komsas Bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa
Melayu, 6(2), 59-67.
Nooriza Kassim & Noziati Borhan. (2015). Kemahiran Abad ke-21: Pendekatan Pengajaran Kemahiran Berfikir
Aras Tinggi Dalam Matematik. Isu dan Cabaran dalam Pendidikan Matematik. UKM: Fakulti Pendidikan.
Nooriza Kassim & Effandi Zakaria. (2015). Integrasi Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dalam Pengajaran dan
PembelajaranMatematik: Analisis Keperluan Guru. Persidangan Serantau Siswazah Pendidikan
Noraini Aziz. (2014). Kemahiran Berfikir Kritis Pelajar Matematik Tambahan Sekolah Menengah (Critical
Thinking Skills of Additional Mathematics Secondary School Students). Jurnal Pendidikan Matematik,
2(2), 31-49.
Pallant, J. (2010). SPSS Survival Manual: A step by step guide to data analysis using SPSS 4th Edition.
Australia: Allen & Unwin
Phang, F. A., Abu, M. S., Ali, M. B., & Salleh, S. (2014). Faktor penyumbang kepada kemerosotan penyertaan
pelajar dalam aliran sains: satu analisis sorotan tesis. Sains Humanika, 2(4).
Rajendran. N. S. (2001). Pengajaran kemahiran berfikir aras tinggi: kesediaan guru mengendalikan proses
pengajaran pembelajaran. Kertas Kerja Seminar/ Pameran Projek KBKK: Poster ‘Warisan-Pendidikan-
Wawasan’. Pusat Perkembangan Kurikulum. Kementerian Pendidikan Malaysia
Tarzimah Tambychik & Thamby Subahan Mohd Meerah. (2010). Students’ difficulties in Mathematics
problem-solving: What do they say? Procedia Social and Behavioral Sciences, 8, 142-151.
Syed Abdul Hakim Syed Zainuddin & Mohini Mohamed. 2010. Keupayaan dan Sikap dalam Menyelesaikan
Masalah Matematik Bukan Rutin. Jurnal Teknologi, 53(Sains Sosial): 47–62.
Sukiman Saad, Noor Shah Saad & Mohd Uzi Dollah. 2012. Pengajaran Kemahiran Berfikir: Persepsi dan
Amalan Guru Matematik Semasa Pengajaran dan Pembelajaran di Bilik Darjah. Jurnal Pendidikan Sains
dan Matematik Malaysia, 2(1), 18–36.
Veloo, A., & Muhammad, S. (2011). Hubungan Sikap, Kebimbangan Dan Tabiat Pembelajaran Dengan
Pencapaian Matematik Tambahan. Journal of Educators & Education/Jurnal Pendidik dan Pendidikan, 26.
Veloo, Arsaythamby (2010) Hubungan Di Antara Orientasi Pembelajaran Matematik (Opm) Dengan
Pencapaian Matematik (The Relationship Between Study Orientation In Mathematics (Som) And
Mathematic Achievement). The Asia Pacific Journal of Educators and Education (formerly known as
Journal of Educators and Education), 25 (1). pp. 1-19. ISSN 2289-9057
Zabani Darus. (2012). Status Pencapaian Pelajar dalam TIMSS dan PISA: Satu refleksi. Kementerian Pelajaran
Malaysia.
Zakaria, E., & Nordin, N. M. (2008). The Effects of Mathematics Anxiety on Matriculation Students as Related
to Motivation and Achievement. Eurasia Journal of Mathematics, Science & Technology Education, 4(1).

169

Anda mungkin juga menyukai