Anda di halaman 1dari 17

FAKULTI PENDIDIKAN

DIPLOMA PENDIDIKAN LEPASAN IJAZAH (MOD CUTI SEKOLAH)


UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
BANGI

GGGB5683
ASAS KAUNSELING & PENGURUSAN BAKAT

TAJUK TUGASAN:
PENGARUH PENGGUNAAN MEDIA SOSIAL SECARA BERLEBIHAN TERHADAP
KESIHATAN MENTAL DALAM KALANGAN REMAJA.

DISEDIAKAN OLEH:
WAN MUHAMMAD AZIM FIKRI BIN WAN MOHD ABD MALIK (P129167)
AHMAD FUAD SYUKRI BIN MOHD KHALIL (P129385)
MOHD HAFIZUDDIN BIN MAZLAN (P129684)
NIK AFIQAH SYAMIMI BINTI NIK ROSLI (P129439)
NORSYAZWANI AYU SABIHAH BINTI YUSOFF (P129261)

PENSYARAH:
DR ENGKU MARDHIAH
KANDUNGAN

1.0 Pengenalan 2-3

2.0 Isu dan Permasalahan 4-5

3.0 Kajian lepas 6-8

4.0 Perbincangan 9 - 10

5.0 Implikasi dan Cadangan 11 - 12

6.0 Kesimpulan 13

Rujukan 14 - 16

1
1.0 PENGENALAN

Transisi fasa kanak-kanak ke alam dewasa adalah fasa paling kritikal dalam proses
kematangan kognitif, pengurusan emosi dan kesihatan mental untuk golongan remaja. Mereka
mudah tercenderung untuk keliru dan rasa tersisih apabila tidak dapat menyesuaikan diri dengan
baik dalam jaringan sosial. Ia menjadi satu kelaziman untuk remaja bercerita dengan ahli
keluarga dan rakan sebaya yang rapat apabila berdepan masalah. Bagaimanapun, mereka sering
disalahertikan, dipandang remeh, dianggap mengada-ngada atau mereka cerita. Remaja akan
bertindak menyembunyikan kemurungan dan kegelisahan kerana berasa tiada manfaat
meluahkan perasaan. Keakraban sesuatu perhubungan melibatkan emosi yang mendalam antara
remaja dan ahli keluarga boleh menyebabkan keadaan menjadi lebih tegang apabila timbulnya
konflik. Kejadian itu sering berlaku apabila remaja cuba menyampaikan sesuatu yang
bercanggah dengan budaya dan nilai kehidupan keluarga.

Tiada istilah rasmi atau satu definisi tetap tentang kesihatan mental. Perbezaan budaya,
penilaian yang subjektif dan teori professional telah mempengaruhi bagaimana kesihatan mental
ditakrifkan. Kesihatan mental adalah satu keadaan yang sejahtera di mana seseorang individu
menyedari tentang keupayaan diri, dapat mengendalikan tekanan dengan baik, dapat bekerja
secara produktif dan mampu menyumbang kepada masyarakat. Ini bermaksud, kesihatan mental
adalah asas kepada kesejahteraan individu dan kemampuan masyarakat berfungsi secara efektif.
Kesihatan mental adalah ekspresi emosi dan melambangkan keupayaan untuk menyesuaikan diri
dalam pelbagai tekanan dan tuntutan hidup. Walau bagaimanapun, tidak terdapat garis penentu
yang jelas dalam membezakan antara mereka yang mempunyai kesihatan mental yang baik dan
mereka yang tidak. Terdapat banyak tahap dalam kesihatan mental. Tiada seorang individu pun
yang mempunyai semua ciri-ciri kesihatan mental yang baik pada setiap masa. Ia banyak
bergantung kepada faktor individu, sosial dan persekitaran. Kesihatan mental boleh terjejas
disebabkan masalah sosio-ekonomi, pertukaran keadaan persekitaran/sosial secara mendadak,
tekanan di tempat kerja, dan penyakit fizikal. Tidak seperti masalah kesihatan mental, mereka
yang mempunyai penyakit mental pula mengalami suatu keadaaan dimana tahap mental
seseorang itu menyebabkan fungsi seharian individu itu terjejas sama ada dari segi sosial atau
pun pekerjaan. Ia memerlukan rawatan segera terutamanya remaja agar tidak berlarutan sehingga
mereka dewasa.

2
Isu kesihatan mental sering dikaitkan dengan penggunaan media sosial dalam kalangan
remaja. Kepios yang menganalisis data media sosial dan penggunaan internet menyatakan
hampir 27 juta orang atau 78.5 peratus penduduk di Malaysia menggunakan media sosial setakat
Januari 2023. Menurut firma itu, angka berkenaan sedang meningkat (MalaysiaKini, 2023, 29
May). Selain itu, menurut We Are Social and Hootsuite (2022), yang merupakan sebuah firma
pemasaran yang memantau trend digital, mendapati Malaysia merupakan negara ke-6 di dunia
yang merekodkan penggunaan internet tertinggi. Hal ini menunjukkan, rakyat Malaysia
menghabiskan banyak masa dengan melayari media sosial. Hal ini amat membimbangka
terutama di kalangan remaja. Menurut MKN (2023), kajian statistik membuktikan pengaruh
media sosial dalam kalangan remaja meningkatkan tahap kemurungan, kebimbangan dan
tekanan psikologi.

3
2.0 ISU/PERMASALAHAN

Isu atau permasalahan yang terdapat adalah penggunaan media sosial secara tidak
terkawal akan menjejaskan masalah kesihatan mental remaja (Adi, 2020). Media sosial
merupakan ruang untuk manusia berkomunikasi secara lebih pantas dan mudah serta dijadikan
tempat untuk mencari pelbagai informasi serta pengetahuan. Namun, ketagihan media sosial di
kalangan remaja akan memberi impak negatif dan menyebabkan pelbagai masalah kesihatan
mental.

Antara kesan apabila remaja mula ketagihan media sosial adalah kecelaruan jadual tidur.
Remaja biasanya menghabiskan masa yang cukup lama dalam menggunakan media sosial dan
mengakibatkan gangguan terhadap waktu rehat dan tidur remaja sehingga kualiti tidur menjadi
buruk (Kezia, Rina & Ferlan, 2021). Apabila waktu tidur remaja sudah terganggu, remaja akan
menjadi lesu dan tidak bermaya. Impaknya, akan berlaku gangguan memori dan pembelajaran
serta munculnya masalah kesihatan mental seperti kemurungan dan keresahan (I Gede & Stella,
2020).

Selain itu, penggunaan media sosial dengan masa yang lama mendedahkan remaja
dengan buli siber. Menurut Azianura & Mohammad (2019) buli siber merupakan penggunaan
komunikasi yang dilakukan menerusi teknologi bertujuan untuk membuli, mengganggu,
memalukan atau mengugut seseorang melalui perkataan-perkataan yang negatif, penyebaran
maklumat yang tidak benar dan perkongsian gambar atau video yang boleh menjatuhkan imej
seseorang. Kajian yang telah dilakukan oleh Yatiman, Mohd Razimi, Abdul Rahim & Hazalizah
(2020) menyatakan Facebook telah dijadikan medium pilihan pelajar untuk melakukan buli siber
berbanding media sosial yang lain. Budaya buli siber dengan menggunakan kata-kata kesat,
kotor dan kasar sudah semestinya memberi kesan kepada emosi dan fikiran mangsa buli siber
sehingga dapat menjejaskan kesihatan mental mereka (Mohd Mokhtarishah & Hasmadi, 2021).

4
Antara kesan lain juga, perbandingan berterusan dengan individu lain di media sosial
mempengaruhi keyakinan diri remaja. Berdasarkan kajian yang telah dilakukan oleh Rahmawaty,
Tasya & Tiara (2021), mengkaji penggunaan Instagram telah membuatkan kepercayaan diri
remaja menurun. Perbandingan berterusan dengan yang lain menyebabkan tekanan emosi untuk
menampilkan imej yang sempurna dimata rakan-rakan media sosial. Hal ini kerana, apabila
remaja memuatnaik gambar atau video dan terdapat komen-komen yang negatif dan
membandingkan diri mereka menyebabkan mereka merasa kecewa dan nilai diri rendah.
Akhirnya, akan timbul masalah kesihatan seperti kemurungan apabila remaja cuba
mengasingkan diri dari orang lain kerana kurang keyakinan diri untuk berhadapan dengan orang
ramai.

5
3.0 KAJIAN LEPAS

Menurut Nur Hafizza, Aida, Liley & Wan Su (2022), tujuan kajian dilakukan untuk
melihat kesan penggunaan media sosial terhadap kesihatan mental remaja. Menurut kajian
dalaman yang dijalankan oleh pihak Facebook, aplikasi Facebook boleh membahayakan
kesihatan mental remaja. Di Malaysia, laporan dari National Health Morbidity Survey
menunjukkan hampir 424,000 remaja mengalami masalah kesihatan mental berpunca dari
ketagihan media sosial. Penggunaan media sosial secara aktif oleh remaja akan menyebabkan
kemurungan. Menurut Verduyn et. al (2018), penggunaan media sosial secara aktif dengan
sentiasa mengemas kini laman sosial dan memantau kehidupan orang lain tanpa pertukaran
maklumat juga dikaitkan dengan tahap kesejahteraan yang rendah. Selain itu, remaja yang sering
melayari media sosial seperti Facebook, Myspace, Forum dan rangkaian media sosial yang lain
cenderung untuk mencederakan diri sendiri kerana kes buli di alam maya. Menurut Cheung et. al
(2017) juga, didapati remaja di Hong Kong yang mempunyai ketagihan media sosial mempunyai
hubungan positif dengan tekanan dan mengakibatkan masalah kurang keyakinan diri.

Hasil kajian daripada Fazlinda Ab Halim dan Mohammad Siraj Munir (2018), mengkaji
kesan terhadap penggunaan media sosial terhadap tingkah laku sosial dalam kalangan remaja.
Media sosial ini merupakan rangkaian media online yang membolehkan pengguna
berkomunikasi dengan melalui laman sesawang iaitu facebook, twitter, instagram dan banyak.
Menurut Mitchell dan Beard (2010), penggunaan media sosial amat berkadar langsung dengan
ketagihan media sosial dalam kalangan pelajar di mana semakin banyak penggunaan media
sosial, semakin tinggi tahap ketagihan pelajar. Penggunaan media sosial yang berlebihan akan
memberi kesan kepada kehidupan seharian seseorang pengguna. Hasil analisis, pelajar banyak
terdedah kepada video yang tidak bermoral melalui terdedahnya dalam media sosial. Secara
tidak langsung mempengaruhi produktiviti dan kualiti sosial kehidupan seharian dan juga
hubungan antara orang lain. Di samping itu, turut memberi kesan terhadap kesihatan fizikal
kerana masa banyak diluangkan dengan menggunakan media sosial. Hal ini mendorong kepada
kualiti hidup yang tidak sihat kerana tiada aktiviti aktif seperti bersukan dilakukan. Kurangnya
aktiviti sosialisasi akan mengakibatkan kepada kesihatan mental seseorang menjadi lemah.

6
Menurut Kezia Woran, Rina M, Kundre, dan Ferlan A. Pondaag (2020), menjalankan kajian
berkaitan penggunaan media sosial dengan kualiti tidur pada remaja. Dalam penelitian yang
dilakukan, sudah semestinya majoriti pengguna media sosial adalah dalam kalangan remaja.
Menurut Woods & Scoot (2016), remaja dapat dikatakan memasuki tahap kebergantungan
terhadap media sosial, terbukti mereka menghabiskan 54% waktunya untuk online menggunakan
media sosial. Remaja banyak menghabiskan waktu untuk online media sosial, termasuk pada
malam hari. Hal ini juga dapat mengganggu proses tidur, sehingga kualitas serta pola tidur
menjadi buruk, sebagaimana harus tidur tanpa beban pikiran. Pada faktanya, saat akan mulai
tidur, mereka tetap menghiraukan pemberitahuan dari smartphone ataupun masih berkutat
dengan media sosial dalam waktu yang lama sehingga berdampak pada kualiti tidur. Kualiti tidur
adalah ukuran dimana seseorang itu dapat kemudahan dalam memulai tidur dan untuk
mempertahankan tidur, kualiti tidur seseorang dapat digambarkan dengan lama waktu tidur, dan
keluhan-keluhan yang dirasakan saat tidur ataupun sehabis bangun tidur. Kualiti tidur yang baik
akan menghasilkan kesegaran dan kebugaran disaat terbangun, sebaliknya tidur yang tidak cukup
dan baik dapat mengakibatkan berbagai gangguan keseimbangan fisiologi sehingga
mempengaruhi kesihatan kerana waktu tidur yang cukup minimal 7 jam sehari.

Hasil kajian daripada Yatiman, Mohd. Razimi dan Abdul Rahim (2022), kejadian buli siber
adalah merupakan buli yang dilakukan melalui medium media sosial oleh individu ataupun
secara berkumpulan dengan memberi kata- kata negatif atau tingkah laku yang kasar secara
berulang kepada mangsa buli. Tingkah laku buli siber ini dilakukan bertujuan untuk memalukan
dan menakutkan seseorang individu dengan menggunakan laman web sosial dan media sosial.
Berdasarkan kajian, buli siber menjadi salah satu isu yang menjadi-jadi di Malaysia terutama
bermula di peringkat sekolah. Remaja atau generasi muda kini amat bergantung kepada gajet
seperti telefon pintar dan internet dalam kehidupan seharian mereka. Namun begitu, penggunaan
yang berlebihan terhadap teknologi mudah alih ini akan memudaratkan kepada remaja terutama
kepada remaja yang dalam lingkungan 10-17 tahun di mana mereka akan mudah terdedah
kepada buli siber ini yang dapat memberi kesan terhadap mental dan fizikal ini. Oleh itu, remaja
yang menjadi mangsa buli akan mengalami kesan-kesan psikologi daripada kejadian tersebut dan
memberi implikasi negatif terutama dari segi akademik, intergrasi sosial dan penghargaan
kendiri. Tambahan pula, kesan psikologi yang akan dihadapi remaja ini ialah seperti

7
kemurungan, kebimbangan dan tekanan perasaan yang melampau. Hal ini akan kesan lebih teruk
iaitu keinginan untk bunuh diri disebabkan oleh tekanan mental yang melampau. Di samping itu,
impak daripada buli siber ini menjadikan individu itu hilang selera makan dan mengasingkan diri
dari bersosial dengan orang sekeliling (Suriani & Khadijah, 2020). Impak lain yang dapat
dikesan kepada remaja ialah terhadap psikologi, emosi dan fizikal mereka. Hal ini menyebabkan,
remaja ini menjadi stress kerana malu dan dan tertekan dengan situasi sekeliling. Selain itu juga,
dari sudut psikologi pula kebanyakan remaja yang menghadapi masalah buli siber mereka ini
mengalami masalah anxiety, depression yang berlebihan dan insomnia yang teruk (Suriani &
Khadijah, 2020). Oleh itu, ibu bapa perlu mengambil inisiatif bagi mencegah remaja ini dari
terlibat dalam gejala buli siber.

8
4.0 PERBINCANGAN

Kesihatan mental dalam kalangan remaja menjadi isu yang semakin penting dalam
masyarakat pada masa kini. Fenomena ini menimbulkan kebimbangan mengenai faktor-faktor
yang mempengaruhi kesejahteraan mental mereka. Dalam perbincangan ini, kita akan
menghuraikan beberapa faktor penggunaan sosial media yang telah dikenal pasti sebagai
penyumbang utama kepada kesihatan mental dalam kalangan remaja.

Krisis kurangnya komunikasi antara ibu bapa dan anak-anak dapat menyebabkan perasaan
kesepian dan kurangnya sokongan emosi. Remaja memerlukan rasa kepercayaan dan perhatian
dari keluarga mereka untuk membantu mereka mengatasi kesihatan mental yang terjejas. Remaja
akan mudah meluahkan perasaan atau melepaskan kesepian di sosial media. Peranan institusi
keluarga terhadap kesejahteraan psikologi remaja, ibu bapa perlu mewujudkan sokongan sosial
untuk membantu pelajar berhadapan dengan tekanan mental dan emosi. Tanpa sokongan baik
daripada institusi keluarga, rakan-rakan, orang sekeliling remaja berpotensi terdedah kepada
kemurungan, tekanan dan keresahan (Teoh & Rose, 2001). Menurut Zulkefli dan Mustapha
(2016) krisis perceraian yang berlaku dalam institusi keluarga, memberi kesan emosi terhadap
anak-anak yang masih belajar sama ada emosi negatif atau positif. Dalam kajian lain, ibubapa
memainkan peranan untuk menyokong kesihatan mental remaja, antaranya melindungi,
mendampingi, memberikan rasa selesa, melaksanakan komunikasi dua hala yang baik dan
membentuk corak keibubapaan yang baik kepada anak-anak, (Ulfah, 2021).

Kurangnya peranan institusi keluarga dilihat dapat menjadikan penggunaan media sosial
secara tidak terkawal dalam kalangan remaja. Remaja sering terdedah kepada tekanan sosial dan
perbandingan yang tidak realistik melalui platform media sosial. Di saat mereka berterusan
membandingkan gaya hidup mereka dengan apa yang terlihat di media sosial, hal ini dapat
menyebabkan remaja tidak berpuas hati dengan diri sendiri, rasa rendah diri, dan kekhuatiran
mengenai penampilan, prestasi atau kehidupan sosial mereka. Ditambah pula dengan fenomena
Cyberbullying, memperburuk keadaan remaja pada masa kini. Remaja sering merasa tertekan
dan kehilangan privasi serta kebebasan karena tekanan untuk selalu terhubung dengan dunia
maya. Hal ini dapat mempengaruhi kesehatan mental mereka dan membuat mereka merasa
terjebak dalam persekitaran negatif. Hal ini sejajar dengan kajian yang dibuat oleh Nancy J.

9
Karlin, (2022) yang menyatakan remaja generasi Z lebih tinggi tahap ketagihan, kebimbangan,
kemurungan dan harga diri negatif yang berkaitan penggunaan media sosial. Oleh karena itu,
penting bagi remaja untuk menyadari bahwa apa yang terlihat di media sosial tidak selalu
mencerminkan keadaan yang sebenarnya. Mereka perlu meningkatkan kepercayaan diri dan
menerima diri sendiri dengan semua kelebihan dan kekurangan yang dimiliki. Selain itu, penting
juga untuk mengenal batasan dalam penggunaan media sosial dan memiliki waktu untuk berehat,
berinteraksi secara langsung dengan rakan dan keluarga, serta menjaga privasi dan kebebasan
peribadi mereka.

Dengan menyedari faktor ini, adalah penting untuk memberikan sokongan dan
pemahaman kepada remaja dalam menghadapi tekanan mental. Perlu ada pendidikan tentang
penggunaan media sosial yang sihat dan strategi pengurusan stres yang efektif. Selain itu, harus
ada komunikasi terbuka dan sokongan emosi antara ibu bapa dan anak-anak untuk membina
ikatan yang kukuh dalam keluarga. Dengan melakukan ini, kita dapat membantu remaja
mengatasi tekanan mental dan memperkuatkan kesihatan mental mereka.

10
5.0 IMPLIKASI DAN CADANGAN

Implikasi masalah kesihatan mental dalam kalangan remaja khususnya pelajar yang
sedang meningkat dewasa tidak boleh dipandang enteng kerana mereka merupakan generasi
depan yang berharga untuk keluarga, negara dan masyarakat. Antara kesan sekiranya terlalu
lama memendam perasaan hingga menjadi tekanan melampau dan masalah yang dihadapi silih
berganti akan menjadi satu titik buruk dan perlu dicegah dari awal. Tanda-tanda dan gejala
tekanan mental pada remaja adalah seperti kemurungan, berlaku perubahan dalam tidur atau
selera makan terlalu banyak atau terlalu sedikit. Kehilangan minat terhadap perkara-perkara yang
dulu menggembirakan atau menarik, kerap mengasingkan diri dan suka bersendirian sehingga
boleh mencederakan diri. Selain itu, tanda umum berlaku kepada remaja terutamanya adalah
perubahan emosi yang tidak stabil,sensitif dan mudah marah, suka memberontak selain kerap
hilang fokus hingga berlaku penurunan dalam akademik. Oleh itu, dalam konteks islam kesihatan
diri amatlah dititikberatkan terutama mental dan fizikal kerana ia dapat mempengaruhi
kehidupan seharian kita. Dengan kes peratusan tekanan mental dalam kalangan remaja yang
semakin membimbangkan, pelbagai langkah yang boleh dilakukan dan diambil oleh pelbagai
pihak untuk menangani isu depresi dalam kalangan remaja.

Antara langkah bagi mengurangkan masalah kesihatan mental dalam kalangan remaja
yang disebabkan oleh penggunaan media sosial secara berlebihan adalah yang paling utama
haruslah bermula dari rumah. Di rumah, ibu bapa haruslah memantau aktiviti media sosial
anak-anak mereka. Memandangkan media sosial menjadi keperluan utama bagi generasi kini,
melarang mereka dari menggunakan media sosial adalah mustahil untuk dilakukan. Namun
begitu,ibu bapa boleh sentiasa melakukan pemantauan kepada anak-anak mereka. Contoh
melalui aplikasi Youtube, ibu bapa boleh mengawal kandungan youtube kepada anak-anak
melalui perkongsian aplikasi dan mengehadkan waktu penggunaan aplikasi.

Terdapat langkah efektif dengan mengelakkan penggunaan media sosial secara berlebihan
kerana pada masa kini media sosial ibarat maklumat dihujung jari dan tanpa batasan amat
membimbangkan kerana dapat memberi kesan buruk mental seseorang. Terutamanya dalam
kalangan remaja yang baru mengenal dunia dan masih dibawah umur yang sering dilihat kurang
pengalaman hidup dan mengetahui kesan dan akibat sekiranya tidak dibendung. Sebagai contoh

11
membuat postingan di media sosial dan mengundang kecaman oleh penonton. Kesan daripada
kata-kata kecaman yang dilemparkan dapat memberi impak kepada mental seseorang. Dengan
mengurangkan penggunaan media sosial, seperti Instagram, Tiktok, Facebook dan sebagainya
dapat mengelakkan pemikiran negatif apabila ada yang cuba memprovokasi atau melemparkan
kata-kata yang tidak baik sehingga mengeruhkan keadaan. Sebaliknya apabila apa yang kita lihat
atau baca itu sesuatu yang positif, ia dapat meningkatkan keyakinan diri supaya tidak
membandingkan keadaan diri sendiri dengan penipuan alam maya dan kesannya mental pelajar
dapat terjaga.

Selain itu, di sekolah juga pemantauan harus dilakukan oleh guru-guru ketika
melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran menggunakan internet. Nilai-nilai murni
haruslah diterapkan dalam minda pelajar bagi mengelakkan masalah menjadi lebih
membimbangkan. Selain itu juga, mengehadkan penggunaan media sosial juga merupakan salah
satu langkah yang diambil untuk mengatasi masalah ini dengan mengehadkan masa atau
penggunaan komputer. Had penggunaan media sosial wajar dilakukan terutamanya kepada
pelajar bawah umur bagi mengelakkan kerosakan moral dalam kalangan remaja. Di samping itu,
pengehadan penggunaan internet juga boleh membendung golongan bawah umur daripada
melakukan aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah. Penggunaan perisian internet yang dapat
menyekat akses ke laman web yang tidak bermoral juga merupakan salah satu langkah yang
amat efisien dalam usaha membendung masalah ini ibarat pepatah mencegah itu lebih baik dari
mengubati. Pemilihan penggunaan perisian yang betul dan selamat merupakan salah satu cara
paling baik dalam mengelakkan masalah penyalahgunaan media sosial.

12
6.0 KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, banyak kesan yang dapat dilihat terhadap kesihatan mental dalam
kalangan remaja disebabkan oleh penggunaan media sosial secara berlebihan. Kesihatan mental
adalah penting untuk dijaga kerana merangkumi emosi, psikologi dan sosial. Penggunaan media
sosial yang semakin meluas pada masa kini banyak digunakan sebagai platform komunikasi
utama kepada tanpa mengira lapisan umur. Jadi, remaja kini banyak terdedah dengan media
sosial dan memberi kesan terhadap kehidupan mereka. Antaranya, kecelaruan untuk tidur,
terdedahnya kepada buli siber dan menjadikan seseorang itu hilang keyakinan diri. Oleh hal
demikian, remaja haruslah bijak dalam menggunakan media sosial dengan betul dan juga
pantauan daripada ibu bapa perlu diberikan untuk mengawal penggunaan media sosial secara
berlebihan dalam seharian terhadap anak mereka. Oleh itu, media sosial ini banyak memberi
manfaat dan juga keburukan hanya penggunaan haruslah bijak ke arah yang lebih baik.

13
RUJUKAN

Abbas, Nurul Atikah; Jasmi, Kamarul Azmi. 2022. Masalah Kesihatan Mental dalam Kalangan
Remaja. Akademi Tamadun Islam (ATI), Fakulti Sains Sosial dan Ketamadunan (FSSK),
Universiti Teknologi Malaysia (UTM).
https://www.researchgate.net/profile/Kamarul-Azmi-Jasmi/publication/366199642_Masal
ah_Kesihatan_Mental_dalam_Kalangan_Remaja/links/6397271b484e65005b053099/Ma
salah-Kesihatan-Mental-dalam-Kalangan-Remaja.pdf

Ab Halim, F., & Muslaini, M.S.M (2018). Impak Media Sosial Terhadap Tingkah Laku
Pelajar di Kolej Vokasional. Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional, UTHM. Online
Journal of TVET Prractitioners, 3(1).

Adi,S. 2020. Apakah Media Sosial Buruk untuk Kesehatan Mental dan Kesejahteraan? Kajian
Perspektif Remaja. Vol. 2, 41-45.
https://ejournal.alqolam.ac.id/index.php/jurnaltinta/article/view/274/246

Azianura Hani Shaari & Mohammad Rahim Kamaluddin (2019). Buli siber: Ketidaksantunan
Bahasa dan Etika Media Sosial dalam Kalangan Remaja Malaysia.e-Bangi Journal of
Social Sciences and Humanities, 16(6), 1-16.

Fariza Md Sham. 2007. Tekanan Emosi Remaja Islam. Jurnal Islamiyyat,.Jabatan Pengajian
Dakwah dan Kepimpinan Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia.
https://www.academia.edu/download/3279165/jis27-01.pdf

Hussein, E., Daoud, S., Alrabaiah, H., & Badawi, R. 2020. Exploring undergraduate students’
attitudes towards emergency online learning during COVID-19: A case from the UAE.
Children and Youth Services Review, 119(November), 105699.
https://doi.org/10.1016/j.childyouth.2020.105699

14
J.C. Cheung, K.H. Chan, Y.W. Lui, M.S. Tsui, C. Chan. 2018. “Psychological well-being and
adolescents’ internet addiction: A school-based cross-sectional study in Hong Kong,”
Child and Adolescent Social Work Journal, vol 35 (5), pp. 477-87, 2018.

Karsodikromo, Y., Husin, M. R., Razali, A. R., & Hamzah, H. 2020. Buli Siber dalam
Kalangan Murid Sekolah Menengah di Daerah Samarahan, Sarawak.Jurnal Pendidikan
Bitara UPSI,13(2),38-47.https://doi.org/10.37134/bitara.vol13.2.4.2020

Montag, C., & Elhai, J.D. 2020. Discussing digital technology overuse in children and
adolescents during the COVID-19 pandemic and beyond: on the importance of
considering Affective Neuroscience Theory. Addictive Behaviors Reports, 12, 100313.
https://doi.org/10.1016/j.abrep.2020.100313

Nancy J. Karlin, 2022. Impact of Social Media on Mental Health: A Look at Cohort
Differences.https://www.researchgate.net/publication/363109112_Impact_of_Social_Med
ia_on_Mental_Health_A_Look_at_Cohort_Differences

Nurul Riduan, N. A. 2019. Depresi pembunuh senyap remaja Malaysia. Sinar Harian.
https://www.sinarharian.com.my/article/29093/SUARA-SINAR/Analisis-Sinar/Punca
dan Langkah Mengatasi Depresi dalam Kalangan Remaja

Punca Dan Langkah Mengatasi Depresi Dalam Kalangan remaja - researchgate. (n.d.)
https://www.researchgate.net/profile/Kamarul-Azmi-Jasmi/publication/366191799
_Punca_dan_Langkah_Mengatasi_Depresi_dalam_Kalangan_Remaja/links/6396edd3484
e65005b036c62/Punca-dan-Langkah-Mengatasi-Depresi-dalam-Kalangan-Remaja.pdf

P. Verduyn, O. Ybarra, M. Résibois, J. Jonides, E. Kross. 2017. “Do social network sites enhance
or undermine subjective well‐being? A critical review,” Social Issues and Policy Review,
vol. 11 (1), pp. 274-302, 2017.

15
Purnawinadi, I Gede; SALII, Stela. Durasi Penggunaan Media Sosial Dan Insomnia Pada
Remaja. Klabat Journal of Nursing, [S.l.], v. 2, n. 1, p. 37-43, apr. 2020. ISSN
2685-7154.
doi: https://doi.org/10.37771/kjn.v2i1.430.

Suriani, C. A., & Khadijah, A. 2020. Impak Emosi Dalam Kalangan UKM. Pusat Kajian
Manusia dan Masyarakat (PsiTra) Universiti Kebangsaan Malaysia.
https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/364/306

Viner, R. 1999. Putting Stress in Life: Hans Selye and the Making of Stress Theory. Social
Studies of Science, 29(3), 391–410. http://www.jstor.org/stable/285410

Yatiman, K., Mohd, R. H., & Abdul, R. R. 2022. Implikasi Buli Siber, Kemurungan,
Kebimbangan dan Tekanan Terhadap Pencapaian Akademik Murid: Fakulti of Human
Development, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Perak, Malaysia.
https://lamintang.org/journal/index.php/jhass/article/view/439/323

Teoh, H.J. & Rose, P. (2001). Child mental health: Integrating Malaysian needs with

international experiences. In Amber, H. (Ed.), Mental Health in Malaysia: Issues and


Concerns. University Malaya Press.

Ulfah, E. 2021. Peran Keluarga terhadap Kesehatan Mental Remaja di Masa Pandemi.
Prosiding Berkala Psikologi, 3, 14–23.
https://doi.org/http://dx.doi.org/10.30659/psisula.v3i0.18621

Woran, K., Kundre, R. M., & Pondaag, F. A. 2021. Analisis Hubungan Penggunaan Media Sosial
dengan Kualitas Tidur pada Remaja. Jurnal Keperawatan, 8(2), 1–10.
https://doi.org/10.35790/jkp.v8i2.32092

Zulkefli, N., & Mustapha, Z. (2016). Remaja Daripada Ibu Bapa Yang Bercerai Di
Malaysia: Suatu Penelitian Ekspresi Emosi, GEOGRAFIA Online Malaysian Journal
of Society and Space, 9(9), 150–160

16

Anda mungkin juga menyukai