Anda di halaman 1dari 14

BACHELOR OF HUMAN RESOURCE MANAGEMENT WITH HONOURS

JANUARI / 2021

ABPG2203

PENGENALAN KEPADA KAUNSELING

NO. MATRIKULASI : 850428145640001


NO. KAD PENGENALAN : 850428145640
NO. TELEFON : 0143303523
E-MEL : untuk_fatin@icloud.com

PUSAT PEMBELAJARAN : BANGI LEARNING CENTRE


ARAHAN
 Jangan menyalin soalan dan arahan tugasan dalam jawapan anda.
 Sediakan jawapan tugasan anda mengikut susunan KRITERIA PENILAIAN
(ASSESSMENT CRITERIA) seperti tertunjuk dalam RUBRIK. Jika RUBRIK TIDAK
dibekalkan, ikut arahan/garispanduan yang ditetapkan oleh Open University Malaysia
(OUM) bagi tugasan kursus berkenaan.
 Tugasan anda hendaklah mematuhi bilangan patah perkataan seperti di
dalam arahan soalan tugasan dan TIDAK termasuk rujukan.
 Taipkan jawapan anda dengan menggunakan saiz fon 12 Times New Roman dan
langkau baris 1.5.
 Tunjukkan bilangan perkataan di hujung tugasan anda.
 Jadual dan gambar rajah jika ada, hendaklah menunjukkan tajuk yang wajar.
 Senaraikan secara berasingan, rujukan/referensi dalam muka surat APENDIKS.
< ABPG2203>

Bahagian A

Kaunseling

Di Malaysia, kaunseling masih dianggap sebagai satu bidang baru jika dibandingkan dengan
perkembangan dan tahap kemajuannya di negara-negara barat. Kaunseling bukanlah
menasihat atau meminta nasihat walaupun dalam mata kasarnya ianya banyak memberi
nasihat. Kaunseling adalah satu proses perhubungan membantu dengan cara yang sistematik
dan berasaskan prinsip psikologi. Kaunseling juga adalah salah satu cabang daripada
psikologi. Seperti mana yang kita tahu, perkhidmatan kaunseling ini telah dijalankan oleh
kaunselor professional dengan tujuan untuk membantu perkembangan dan penyesuaian
peribadi pesakit yang baik dan menyeluruh. Pertemuan kaunselor dan pesakit adalah secara
sukarela dan berterusan atau sepanjang hayat yang berlandaskan Etika Kaunseling. Namun
kaunselor tidak akan sama sekali untuk memberikan jawapan secara lansung kepada pesakit
dan pesakit itu akan sendiri membuat keputusan yang terbaik dengan bantuan daripada
kaunselor.
Oleh kerana itulah, kaunseling bukanlah penasihat, hubungan kaunseling adalah berbentuk
dua hala. Kaunselor tugasnya adalah akan cuba memahami dengan mendengar dan memberi
layanan serta akan berinteraksi dengan baik, manakala klien memperihalkan masalah mereka
dan cuba memahami dan akan mengambil Tindakan untuk menguruskan masalah itu.

Definisi Kaunseling
Dari sudut definisinya, kaunseling mempunyai banyak pengertian. Krumboltz telah
menyatakan kaunseling merupakan aktiviti yang berlandaskan kepada etika-etika tertentu
yang memerlukan kepada pelan-pelan Tindakan yang dirangka Bersama klien untuk
mencapai penyelesaian terhadap permasalahan yang dihadapi. Sehubungan itu, proses
kaunseling adalah suatu proses yang berstruktur serta bermatlamat yang dijalankan dengan
semangat Kerjasama serta komitmen yang padu kaunselor dan klien.
Kaunseling boleh didefinasikan juga sebagai satu interaksi yang berlaku diantara dua
individu yang digelarkan sebagai kaunselor dan klien, ianya berlaku didalam ‘setting’
professional, dan dimulakan dan dikekalkan sebagai salah satu cara untuk membantu
perubahan tingkah laku
(Perpinsky,H&Pepinsky,P1953:3).

1
< ABPG2203>

Kenyataan dari tokoh Good ( dalam Sipora Sipon dan Wan Anor Wan Sulaiman 2002 ) pula
menyatakan bahawa kaunseling sebagai bantuan dalam menyelesaikan masalah daripada
perubahan seorang individu yang dilakukan oleh pembantu yang benar-benar berpengetahuan
dan berkebolehan sehinggalah seseorang itu boleh membuat satu keputusan dengan baik.
Bagi memahami dengan lebih jelas lagi mengenai definisi kaunseling, definisi daripada 2
tokoh iaitu Patterson (1995) dan Corey (1977). Patterson, mendefinisikan kaunseling adalah
salah satu proses interaktif dengan cara melalui satu perhubungan yang unik diantara
kaunselor dan klien yang mengarah kepada perubahan klien didalam asoek tingkah laku,
kepercayaan dan kemahiran dalam membuat keputusan. Corey jugak amat menekankan
mengenai proses di mana seorang pesakit akan diberi peluang untuk menerokai aspek diri dan
kehidupannya yang akan menimbulkan masalah kepada dirinya.
Bagi pendapat Krumboltz ( George & Cristiani, 1990 ) pula mengertikan kaunseling ini
merangkumi aktiviti-aktiviti yang beratika yang dilakukan oleh kaunselor dalam usaha
membantu klien dengan melibatkan diri dengan jenis tingkah laku yang akan menghasilkan
penyelesaian kepada masalah klien. Ahli psikologi juga berpendapat bahawa kaunseling
sebagai satu proses di mana kaunselor menolong klien membuat interprestasi fakta yang
berkaitan dengan pemilihan, perancangan atau penyesuaian yang perlu dibuat.
( Smith,G.E.,1955: 6).
Burks dan Stefflre pula menyatakan bahawa kaunseling ialah hubungan professional di antara
kaunselor yang terlatih dengan klien. Hubungan ini berlaku biasanya di antara dua orang atau
dalam keadaan tertentu dan ianya melibatkan lebih daripada dua orang. Rekabentuk
kaunseling sebenarnya boleh membantu klien untuk memahami kehidupannya serta boleh
mempelajari sesuatu dalam membuat keputusan sendiri berdasarkan pilihan-pilihan yang
bermakna dan berasaskan maklumat.
Bagi Suradi Salim pula, kaunseling merupakan hubungan peribadi yang bersemuka diantara
kaunselor dan klien. Melalui hubungan ini,kaunselor dengan menggunakan kemahiran
khususnya dengan menyediakan satu situasi dan suasana, apabila klien seseorang yang
normal dibantu dengan seorang yang normal dibantu untuk memahami diri beliau, memahami
situasi semasa serta juga berkemungkinan situasi masa hadapan supaya dia boleh untuk
menggunakan sifat-sifat keperibadian dan potensi dengan cara yang memuaskan dirinya.
Perkara ini disokong oleh Gibson dan Mitchell yang menegaskan bahawa kaunseling
merupakan hubungan bantuan yang berpusat kepada perkembangan dan pertumbuhan
seseorang serta penyesuaian dengan dirinya dan kehendak-kehendaknya dalam

2
< ABPG2203>

menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. Oleh itu, kaunseling merupakan kemahiran
individu lain yang memerlukan pertolongan secara professional dalam perkara yang berkait
rapat dengan urusan kehidupan.
Meneliti kepada definisi-definisi di atas,kita dapat simpulkan bahawa beberapa konsep asas
yang diamalkan dalam kaunseling iaitu :
 Konsep menolong dengan menggunakan kemahiran lisan dan mendengar.
 Konsep pembelajaran untuk memahami diri sendiri, proses mencari punca masalah
dan cara penyelesaian serta memperolehi celik akal supaya setiap individu dapat
berfungsi dengan sepenuhnya.
 Konsep perubahan tingkah laku tanpa melibatkan unsur-unsur paksaan atau
mempengaruhi klien.

Sebagai rumusan, kaunseling adalah proses pertolongan yang profesional yang bertujuan
membantu individu memahami dirinya dan alam sekelilingnya.
Pekerja pada zaman kini,amatlah memerlukan kaunselling yang naik, tidak kiralah samaada
bekerja disektor kerajaan, swasta mahupun yang bekerja sendiri. Keperluan terhadap
pentingnya peranan dan fungsi kaunseling tidak boleh dinafikan lagi.(Mansur,1998).
Tambahan pula, pada alaf baru ini, pekerja dipelbagai peringkat baik diperingkat pengurusan
atasan, pertengahan mahupun diperingkat bawahan menghadapi pelbagai masalah dalam
pekerjaan. Diantara masalah-masalah yang sering dihadapi oleh pekerja masalah stress,
hubungan majikan dan pekerja, prestasi pekerjaan yang merosot, low self asteem dan
kegagalan atau kurang berkeyakinan dalam komunikasi. Justeru itu, masalah-masalah inilah
yang menyebabkan seseorang pekerja itu memerlukan bantuan dari segi rawatan kaunseling
didalam sesebuah organisasi. Para pengkaji telah mencadangkan sesuatu bentuk terapi
kaunseling perlu dilaksanakan secara berkesan untuk merawat pekerja yang mengalami
masalah-masalah tersebut. Antara fungsi dan keperluan kaunseling yang perlu ditekankan
terhadap pekerja di sector organisasi ialah kaedah rawatan mendiagnosis masalah pekerja,
rawatan yang memberi peluang pekerja untuk meluahkan perasaan, rawatan menbantu
pekerja untuk berfikir dengan matang dan tidak dikuasai dengan emosi, rawatan untuk
memberi nasihat, rawatan menyokong dan menenangkan pekerja, kemahiran bagi
mempertingkatkan komunikasi di dalam organisasi dan latihan motivasi bagi pekerja. Dengan
adanya rawatan yang sedemikian, pihak majikan di sektor kerajaan dan di sector swasta pada
alaf baru ini, dapat mengaplikasikan asas kemahiran kaunseling dalam sesebuah organisasi
bertujuan untuk membantu permasalahan pekerja, memperbaiki hubungan antara pekerja dan
3
< ABPG2203>

majikan serta bagi mempertingkatkan usaha produktiviti organisasi seiring dengan kemajuan
pembangunan sumber manusia.
Di antara contoh bagi perkhidmatan kaunseling yang dilakukan dalam kaunseling organisasi
ini adalah:
MENYOKONG DAN MENENANGKAN PEKERJA
Apabila seseorang menghadapi masalah yang tidak dijangka,ia akan terkejut dan mengalami
tekanan jiwa yang mendalam.Ini menyebabkan ia hilang keyakinan diri dan berasa dirinya
tidak berharga terutama terhadap seseorang yang rapat hubungan dengannya yang telah
menyebabkan tekanan tersebut.Jika masalah ini didiamkan,tekanan jiwa itu akan menjadi
bertambah buruk dan mengakibatkan tersebut menghadapi masalah sampingan lain hinggalah
pada suatu hari didapatinya ia tidak dapat berbuat apa-apa lagi kerana kehilangan
tenaga.Seorang pengurus yang peka dapat membantu dengan memberi individu berkenaan
semangat dan sokongan agar ia mendapat kembali kekuatan untuk terus hidup.Berbincang
dan mendengar masalahnya dapat menenangkan fikiran individu berkenaan,malah
memberinya peluang untuk mengumpul tenaga dan kekuatan untuk menghadapi cabaran
itu.Di samping itu,ia juga dapat sokongan dan panduan untuk mengambil tindakan yang
sesuai dan mendapat peneguhan bila-bila diperlukan,terutama apabila sesuatu tindakan itu
telah dijalankan.Misalnya,seorang pengurus boleh memberi kata-kata perangsang
seperti,”Saya nampak awak telah berjaya mengatasi masalah sekolah anak awak.Saya
gembira melihat awak senyum kembali.” atau “Saya yakin awak berupaya menghadapi
masalah ini,cuma awak belum sedar tentang keupayaan diri awak itu.InsyaAllah awak akan
berjaya. Walaubagaimanapun,pengurus haruslah sedar bahawa kata-kata sokongan yang
terlalu awal boleh menyebabkan seseorang itu berasa tidak begitu percaya,bahkan ia akan
berasa seolah-olah pengurus ingin mengetepikan sahaja masalahnya.Mereka tahu bahawa
pengurus tidak faham apakah sebenarnya masalah yang dihadapi dan kata-kata sokongan
hanyalah merupakan pemyedap hati.Oleh itu,pengurus haruslah berhati-hati menggunakan
fungsi ini dan memberi peluang seluas-luasnya kepada pekerja tersebut untuk meluahkan
perasaan terlebih dahulu sehingga ia berasa lega.Kadang-kadang kata-kata sokongan ini
hanya berfungsi pada masa pengurus berinteraksi denhfan pekerja itu tetapi apabila aia keluar
dari pejabat pengurus,ia akan berasa tertekan kembali kerana masalahnya masih belum
diatasi. Dengan ini,pertolongan sebenar tidak diberi dan pekerja tersebut masih lagi keliru
tentang apa yang berlaku dalam pertemuannya denga pengurus tadi.Sebaliknya,jika seorang
pekerja itu mempunyai keupayaan menghadapi kesulitan,kata-kata sokongan daripada

4
< ABPG2203>

pengurus dapat memberinya kekuatan dan semangat untuk cuba mengatasi masalah kerana ia
tahu pengurus akan menykong tindakan yang diambil. Memberi kata-kata sokongan dengan
tujuan memberi peransang dan semangat memang tidak boleh dielakkan dalam interaksi
seharian.Walaupun teknik ini mempunyai keistimewaannya,ia berkesan digunakan pada
sesuatu masa dan keadaan tertentu dan tidak digunakan sewenang-wenangnya.Kata-kata
sokongan ini boleh meninggalkan kesan terutama kepada individu yang hampir patah
semangat.Ia juga menjadi sebagai penggalak.Misalnya,jika seorang yang kecewa
ditinggalkan kekasih,masih lagi bersugul,walaupun ia telah menceritakan perasaannya,kata-
kata sokongan seperti ,”Masa akan menyembuhkan luka hatimu itu,”merupakan nasihat dan
ingatan.Walaubagaimanapun,kata-kata sokongan yang tidak jujur tidak akan
membantu,malah merosakkan individu yang terlibat.Misalnya,seorang yang tidak begitu
mahir membuat kerja,tidak ditegur dengan jujur malah diberi kata-kata sokongan
seperti,”Awak boleh buat,bagus itu!”tidak membantu individu tersebut memperbaiki diri.
MEMBERI NASIHAT
Ada yang mengatakan bahawa kaunseling adalah proses memberi nasihat. Seseorang yang
sedang menghadapi masalah memang mencari-cari seorang lain yang boleh memberinya
nasihat supaya masalahnya dapat diatasi dengan seberapa segera,bahkan ia berharap
kaunselor itu yang menyelesaikan masalahnya.Nasihat boleh menjadi salah satu fungsi
kaunseling tetapi nasihat haruslah diberi secara tidak langsung dan individu yang bermasalah
diberi peluang untuk mencurahkan perasaan, menjelajah perasaan dan akhirnya berbincang
mengenai strategi mengatasinya.Jika nasihat diberi secara langsung dengan meminta individu
terlibat mengikutinya, mungkin menimbulkan masalah kemudian terutama apabila nasihat itu
tidak memberi hasil seperti yang diharapkan.Individu itu boleh menuduh pengurus
bertanggungjawab menyebabkan ia gagal dengan mengikut nasihatnya.Ia dengan sendirinya
menolak tanggungjawab untuk mencari sendiri penyelesaian dan dengan mudah menuduh
orang lain yang bersalah.Keupayaan menasihati seseorang yang bermasalah memerlukan
kemahiran yang mendalam dalam mengukur dan menilai masalah individu itu,dan
mengemukakan langkah penyelesaian yang baik.Pada hakikatnya,pengurus tidak berupaya
menyelami apa yang berlaku dan masalah sebenar yang tersembunyi,apatah lagi mengarah
individu tersebut supaya mengikuti apa yang disuruh kerana pada anggapannya nasihatnyalah
yang paling sesuai.Ini menimbulkan persoalan adakah pengurus benar-benar faham akan
masalah yang dihadapi oleh pekerja tersebut.Sebagai manusia biasa kita tidak akan dapat
membaca dengan tepat apa yang difikirkan atau apa yang dirasai orang lain. Perhubungan

5
< ABPG2203>

memberi nasihat merupakan perhubungan di antara orang yang lebih tahu atau bijak dengan
seorang yang rendah taraf atau mempunyai masalah,seolah-olah orang yang memberi nasihat
itu serba mengetahui.Selain daripada itu,perhubungan seperti ini menggalakkan tabiat saling
bergantung di antara pengurus dengan pekerja kerana kerana pekerja sentiasa menunggu
pengurus memberi nasihat dan petunjuk tentang apa yang harus dilakukan apabila mereka
menemui jalan buntu.Pekerja enggan berusaha untuk berfikir dan mencari penyelesaian
sendiri kerana menunggu pengurus memberi nasihat dahulu.Pengurus seolah-olah menjadi
ibu atau bapa yang memberi nasihat kepada anak-anak kerana mereka dianggap masih
mentah lagi.Walaupun nasihat tidak begitu digalakkan di dalam proses kaunseling, ia masih
lagi digunakan,bahkan dituntut oleh orang yang bermasalah.Kadang-kadang individu tersebut
berasa tidak puas jika pengurus tidak menasihatinya dan menganggap seolah-olah pengurus
tidak mengambil berat.Pada pengurus atau penyelia pula,memberi nasihat adalah jalan paling
mudah dan paling cepat serta tidak membuang masa berbincang dengan panjang lebar.Dalam
sesi kaunseling,memberi nasihat secara mengarah eloklah diletakkan walaupun mudah dan
senang melakukannya.
Fungsi perkhidmatan kaunseling organisasi di alaf ke-21 memainkan peranan yang sangat
penting di dalam meningkatkan kualiti pekerja secara total. Malah apabila seseorang
pengurus cekap dan mahir menggunakan pendekatan-pendekatan kaunseling yang
dikenalpasti, produktiviti sumber manusia akan berjaya dioptimakan. Akhirnya pihak
majikan dan pekerja akan mencapai satu tahap “menang lawan menang” situasi (win-win
situation) yang meningkatkan kemajuan negara.
Bahagian B
1.Kaunselor mestilah mempunyai ciri-ciri yang profesional dalam mengendalikan kes. Dalam
menjalankan kes, proses kaunseling yang berkesan telah dikenalpasti mempunyai kaitan
dengan sifat-sifat kaunselor yang memiliki kemahiran-kemahiran kaunseling.
Perhubungan kaunselor tidak dapat dipisahkan daripada ciri-ciri personaliti kaunselor yang
merupakan gaya dan tahap kefungsian kaunselor iaitu mesra, jujur, menerima tanpa syarat
dan berempati.
1.Mesra
Sifat mesra seorang kaunselor akan dapat dirasakan oleh klien apabila klien menunjukkan
tanda-tanda seperti tidak malu untuk bersuara, selesa dan rasa diterima oleh kaunselor. Sifat
mesra yang ditunjukkan oleh kaunselor memudahkan klien untuk meluahkan masalah yang
dihadapi oleh klien.

6
< ABPG2203>

2.Jujur
Kaunselor juga mestilah mempunyai sifat yang jujur dalam perhubungan dengan klien.
Antara sifat jujur yang perlu ditonjolkan oleh kaunselor ialah bersifat natural, terbuka,
spontan, tidak defensif dan konsisten. Kaunselor juga dapat berkongsi aksi dan reaki dari segi
mental dan emosi dan tidak teragak-agak untuk memberi maklum balas terhadap masalah
yang dihadapi oleh klien.
3.Menerima Tanpa Syarat
Penerimaan tanpa syarat kaunselor terhadap klien bermaksud kaunselor menerima diri klien
yang sebenarnya. Kaunselor perlulah melayan klien sebagai manusia yang bermaruah dan
unik walaupun klien datang dengan masalah yang negatif. Kaunselor tidak boleh memandang
serong atau berfikiran negatif terhadap kliennya.
4.Berempati
Kanselor mestilah mempunyai sifat empati dalam setiap masalah yang dihadapi oleh klien
tetapi bukannya sifat simpati. Sifat empati menunjukkan kebolehan kaunselor untuk
memasuki ruang rujuk atau dunia klien dan turut membenarkan kaunselor mengalami proses
mental dan emosi yang dialami oleh klien.
5.Kaunselor Sebagai Fasilitator
Menurut Carl Rogers (1957) terdapat beberapa keadaan untuk memperkembangkan diri klien
iaitu kongruen yang bermaksud konsisten dan ketulenan dalam hubungan, penerimaan tanpa
syarat terhadap klien, pemahaman empati terhadap ruang rujuk klien dan usaha
berkomunikasi untuk memahami.
Tambahan pula, kaunselor mestilah mempunyai sifat keterbukaan dalam sesi pehubungan
dengan klien. Hal ini demikian kerana ia dapat menggalakkan klien untuk bebas meluahkan
pemikiran dan perasaan yang dihadapinya. Kaunselor hanya perlu mendedahkan diri klien
dalam mencapai pada tahap kefungsian yang diinginkan. Kaunselor juga mestilah
mempunyai kebolehan dalam memperkasakan klien. Hubungan ini dapat diwujudkan dengan
berasaskan hubungan kepercayaan antara kaunselor dan klien, koloborasi dan berkongsi
tenaga dalam sama-sama menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh klien. Kaunselor juga
harus fokus kepada kekuatan dalaman klien dan keyakinan bahawa klien mampu memilih
kehidupan yang positif.
Di samping itu, kaunselor bertanggungjawab dalam melahirkan idea, memberikan reaksi atau
sokongan selaras dengan kehendak klien. Kaunselor juga mestilah bertingkahlaku secara
etika dengan dapat mengimbangi antara kebajikan klien dan harapan sosial. Namun dalam

7
< ABPG2203>

setiap idea yang dicetuskan oleh kaunselor, klien yang bertanggungjawab dalam membuat
keputusan yang telah dipilih olehnya.
6.Unik
Kauselor yang baik juga merupakan seorang individu yang unik dalam profesion menolong
orang lain yang menghadapi masalah yang memerlukan bantuan. Individu ini mempunyai
kekuatan dan keupayaan dalam menarik perhatian orang lain dalam mempercayainya dan
yakin akan dirinya. Mengikut The Assosiation Of Counselor And Supervision (2007)
menjalankan kajian dan mengenalpasti enam ciri asas yang perlu dimiliki oleh kaunselor.
Antara ciri-ciri tersebut adalah seperti berikut :
Kepercayaan kepada setiap indiviu iaitu kaunselor harus mempercayai dan tidak
mempertikaikan atau membantah apa yang diperkatakan oleh klien. Komitmen kepada nilai
kemanusiaan iaitu kaunselor mestilah mempunyai sifat kemanusiaan serta menunjukkannya
kepada klien. Sifat kemanusiaan ini dapat ditonjolkan melalui sikap mengambil berat
terhadap permasalahan yang dihadapi oleh klien serta menumpukan perhatian kepada
klien.Kaunselor haruslah memahami dirinya sendiri dahulu sebelum memahami orang lain
atau pun klien. Hal ini penting untuk memudahkan kaunselor untuk memahami diri orang lain
dalam sesi kaunseling.
7.Kaunselor mestilah komitmen terhadap professional.
Manakala menurut Combs el at (1994), telah mengkaji dan memberikan pendapat beliau
mengenai sifat yang perlu ada pada seorang kaunselor dalam menjadi seorang kauselor yang
berkesan. Kaunselor yang berkesan akan menganggap orang lain berkeupayaan dalam
menyelesaikan masalahnya sendiri dan boleh menangani masalah yang dihadapi, kaunselor
menganggap orang lain boleh diharap, mesra dan berguna. Selain itu, mereka juga suka
bersama-sama orang lain berbanding bersama objek atau alat.

8. Tidak Menghukum
Seorang kaunselor yang baikdan berkesan tidak boleh menghukum kerana hukuman
meninggalkan kesan negative dan menyakitkan sama adadari segi fizikal seperti
mencederakan anggotan badan mahupun emosi seperti menimbulkan rasa
marah,dendam,takut dan rendah diri terhadap seseorang. Sebaliknya melatih atau
membinbing merupakan cara yang paling terbaik untuk mendidik seseorang kerana ia akan
meninggalkan kesan positif yang berpanjangan.

8
< ABPG2203>

9. Menyimpan Rahsia klien Dengan Baik.


Setiap maklumat yang dikongsikan didalam sesi kaunseling mestilah dirahsiakan, kecuali
dengan merahsiakan maklumat tersebut, ia juga boleh memudaratkan. Hubungan yang dibina
atas dasar saling hormat menghormati dan saling percaya mempercayai boleh dihancurkan
oleh sikap tidak menjaga rahsia.
10.Yakin Dan Bersedia
Sifat yakin diri boleh menyebabkan orang lain akan lebih menghormati diri sebagai seorang
kaunselor yang baik dan juga sentiasa bersedia untuk memberikan pertolongan terhadap
orang laintanpa mengira bangsa dan agama.
2.Sebagai kaunselor kita perlu mengakui bahawa masa beredar dan zaman berubah, teknologi
semakin canggih dari yang hanya berfokus kepada menggantikan kekuatan fizikal kini
kepada mencabar minda dan pemikiran manusia. Inovasi dan kreativiti manusia tetap
berkembang. Bidang kaunseling juga merupakan bidang yang melalui proses pengembangan
(developmental process). Kita sebagi kaunselor harus memikirkan dan seterusnya mencipta
kaedah bagaimana kita dapat meningkatkan perkhidmatan untuk kebaikan diri kita dan juga
klien. Kaunselor juga perlu lebih kehadapan dalam menguasai teknologi apabila berhadapan
dengan persekitaran dan klien. Kita perlu menguasai teknologi, bukan kita dikuasai oleh
teknologi.
A.Konflik Personal
Sebagai seorang manusia, kaunselor sememangnya tidak dapat lari daripada isu atau masalah
peribadi di dalam kehidupan mereka. Malahan sesetengah daripada masalah ini, masih belum
dapat dihadapi ataudiselesaikan oleh kaunselor itu sendiri. Justeru itu, adalah amat penting
bagi kaunselor untuk sentiasa peka dan mempunyai kesedaran kendiri dalam mengenalpasti
isu-isu tersebut apatah lagi jika ianya boleh menjejaskan kemampuan mereka untuk
mengendalikan sesi kaunseling.Ini boleh mempengaruhi serta menghalang kaunselor
daripada memberi perkhidmatan kaunseling yang sewajarnya serta terbaik kepada klien.
B. Transference Serta Counter Transference
Tranference merupakan keadaan di mana klien meletakkan perasaan yang pernah mereka
alami terhadap seseorang yang signifikasikan di dalam kehidupan mereka kepada kaunselor.
Perasaan yang timbul ini boleh bersifat sayang, marah atau benci yang mewujudkan
perhubungan yang tidak realistik di dalam sesi kaunseling. Counter transference pula
merupakan keadaan sebaliknya di mana kaunselor yang mengalami tindakbalas emosi
terhadap klien mereka. Oleh itu, boleh dikatakan klien memindahkan emosi dan perasaannya

9
< ABPG2203>

kepada individu yang sedang mendengar percakapannya dan menggambarkan individu


tersebut adalahorang yang dibenci atau disukainya. Perkara ini boleh menjejaskan penilaian
kaunselor terhadap masalah serta diri klien yang mungkin akan menjadi penghalang mereka
untuk membantu klien.
C. Stress Dalam Amalan Kaunselor
Tidak dapat dinafikan bahawa kaunseling merupakan satu kerjaya yang mencabar. Ini boleh
menyebabkan kaunselor mengalami stress di dalam diri mereka. ramai kaunselor yang begitu
bersemangat untuk menceburi kerjaya ini. Mereka beranggapan bahawa kerjaya ini akan
memberikan kepuasan diri yang sepenuhnya kerana mereka berpeluang membantu insan-
insan yang mengalami masalah dalam kehidupan mereka. Seperti mana yang telah diketahui,
sesi kaunseling merupakan satu proses dimana klien akan mendedahkan segala isu atau
konfik yang dialami oleh mereka secara mendalam dan peribadi. Kaunselor yang juga
bertindak sebagai tempat meluahkan perasaan berkemungkinan akan turut sama begitu
tersentuh oleh penderitaan yang ditanggung oleh klien tersebut. Proses ini boleh
menyebabkan kaunselor mengaitkannya dengan pengalaman hidup mereka sendiri terutama
sekali jika berlakunya konflik personal atau counter transference yang disebabkan oleh
“unfinished business” yang boleh menyebabkan luka lama berdarah kembali. Justeru itu,
adalah amat penting bagi seorang kaunselor untuk mengetahui dan mengenalpasti tahap stress
yang mereka alami agar ianya tidak mengganggu kesihataan mental dan fizikal mereka
kerana dikhuatiri boleh menjejaskan kaunselor secara personal dan professional.
D.Isu Silang Budaya
Isu budaya sesuatu masyarakat menjadi suatu isu yang penting dan tidak dapat dipandang
ringan. Situasi ini merupakan cabaran bagi kaunselor. Seperti dimalaysia, mereka perlu
memahami budaya masyarakat yang ada dan kewujudan budaya baru. Perkara ini boleh
menimbulkan masalah silang budaya, contohnya kaunselor melayu tetapi kliennya berbangsa
cina atau india. Kaunselor perlu berhati-hati dengan setiap perkataannya kerana kepelbagaian
budaya yang unik di malaysia ini sangat menarik dan perlu difahamii dengan teliti supaya
kaunselor tidak tersalah memberi tafsiran dan pandangan yang boleh menjejaskan padangan
budaya klien.
E. Isu Tanpa Permit
Dalam profesionalisme dan etika seseorang yang memberikan perkhidmatan kaunseling
kepada orang awam tanpa permit adalah tidak sah. Organisasi seperti ini harus diambil
tindakan undang-undang dengan segera supaya orang awam tidak lagi menjadi mangsa.

10
< ABPG2203>

Menurut En. Lee Chee Jiang (Kaunselor berdaftar dan Perakuan Amalan (Malaysia) beliau
menyatakan bahawa sehingga kini hanya terdapat kira-kira 492 orang yang berdaftar sebagai
kaunselor berdaftar di Lembaga Kaunselor Malaysia. Namun tidak dapat dinafikan bahawa
terdapat golongan yang tidak berdaftar dengan Lembaga Kaunseling Malaysia dan tidak
memiliki Perakuan amalan mempunyai kemahiran yang tinggi dalam usaha mengamalkan
amalan kaunseling.Isu ini timbul disebabkan pelaksanaan Akta Kaunselor 1998 pada baru-
baru ini. Menurut Ibrahim Ahmad (2001) perkhidmatan bimbingan mula diperkenalkan
dalam system persekolahan negara sekitar tahun 1960-an. Pada masa ketika itu masyarakat
mula sedar akan kepentingan perkhidmatan kaunseling dan mula menubuhkan pelbagai badan
yang berkaitan dengan perkhidmatan kaunseling.
F. Cabaran Ilmu.
Kaunselor perlu meningkatkan ilmu pengetahuan di dalam bidang yang berkaitan dengan
perkhidmatan dan pelaksanaan kaunseling, termasuk kaedah, pendekatan, teori dan teknik.
Kaunselor juga perlu menimba dan mendalami ilmu dalam bidang teknologi terkini yang
boleh dimanafaat dengan perkhidmatan kaunseling.
G. Cabaran Sikap.
Sikap perlu diubah kepada yang lebih baik dan bermanafaat. Sikap dan ciri-ciri professional
kaunselor perlu menjadi pakaian di dalam diri kaunselor. Berintergriti dan akauntabiliti
terhadap profesion perlu dititik beratkan. Sikap yang konservatif terhadap bidang
perkhidmatan kaunseling perlu diubah. Kaunselor perlu mempunyai sikap terbuka dan
berlapang dada dan lebih pragmatik terhadap perkembangan terbaharu dari aspek
perkhidmatan kaunseling dan juga teknologi.
H. Cabaran Sikap.
Sikap perlu diubah kepada yang lebih baik dan bermanafaat. Sikap dan ciri-ciri professional
kaunselor perlu menjadi pakaian di dalam diri kaunselor. Berintergriti dan akauntabiliti
terhadap profesion perlu dititik beratkan. Sikap yang konservatif terhadap bidang
perkhidmatan kaunseling perlu diubah. Kaunselor perlu mempunyai sikap terbuka dan
berlapang dada dan lebih pragmatik terhadap perkembangan terbaharu dari aspek
perkhidmatan kaunseling dan juga teknologi.
I. Cabaran Kesihatan Mental
Fakta tentang kesihatan mental juga merupakan aspek yang perlu diberi fokus oleh kaunselor.
Fakta ini akan memberikan gambaran bahawa tugas kaunselor masih diperlukan pada
peringkat awal individu itu berada dibangku sekolah hinggalah berakhirnya usia.

11
< ABPG2203>

J. Konflik Personal
Sebagaiseorang manusia, kaunselor sememangnya tidak dapat lari daripada isu atau masalah
peribadi di dalam kehidupan mereka. Malahan sesetengah daripada masalah ini, masih belum
dapat dihadapi atau diselesaikan oleh kaunselor itu sendiri. Justeru itu, adalah amat penting
bagi kaunselor untuk sentiasa peka dan mempunyai kesedaran kendiri dalam mengenalpasti
isu-isu tersebut apatah lagi jika ianya boleh menjejaskan kemampuan mereka untuk
mengendalikan sesi kaunseling. Ini boleh mempengaruhi serta menghalang kaunselor
daripada memberi perkhidmatan kaunseling yang sewajarnya serta terbaik kepada klien.

Kesimpulan
Kaunseling adalah proses pertolongan yang professional yang bertujuan membantu individu
memahami dirinya dan persekitarannya. Aplikasi Psikologi dan Kajian Kes Kaunseling yang
dikongsikan ini hanya sebahagian daripada pelbagai kes yang pernah dikendalikan dalam sesi
kaunseling. Teknik-Teknik yang dikongsikan juga adalah teknik-teknik kemahiran asas
menolong. Oleh yang demikian, dicadangkan agar berjumpa dengan Kaunselor untuk
mendapatkan bantuan selanjutnya.

(3546 patah perkataan)

12

Anda mungkin juga menyukai