Anda di halaman 1dari 16

IJAZAH SARJANA MUDA PSIKOLOGI DENGAN KEPUJIAN

SEPTEMBER 2021

ABPG1203

HISTORY AND PHILOSOPHY OF PSYCHOLOGY


Isi Kandungan Muka surat

1.0 Pengenalan topik 3

2.0 Autobiografi Willhem Wundt 4-5


2.1 Idea-Idea asas bagi teori Wundt 6-8
2.2 Sumbangan Wundt dalam bidang Psikologi 9-10

3.0 Pengenalan topik 11


3.1 Profil William James 12
3.2 Sumbangan William James dalam bidang Psikologi 13-14

4.0 Kesimpulan 15

5.0 Rujukan 16
1.0 Pengenalan

Psikologi berasal daripada perkataan Greek iaitu ‘Psyche’ yang bermaksud jiwa,
rohani atau mental manakala ‘logos’ bermaksud kajian. Oleh itu psikologi merupakan kajian
mengenai jiwa, rohani dan mental manusia. Menurut William James (1890), psikologi adalah
sains kehidupan mental yang menekankan kepentingan unsur subjektif atau kemanusiaan
yang tidak dapat didaftarkan oleh sistem deria. Dilihat dari segi sejarah pula, psikologi telah
berkembang sejak berabad-abad yang lalu bahkan sebelum masehi. Kajian psikologi
dikatakan bermula di zaman Greek dan ada juga yang mengatakan dari zaman tamadun
Mesir, Parsi, Yunani, China dan India. Kebanyakan kajian yang dilakukan pada ketika itu
berdasarkan kepercayaan berbentuk mistik dan teologikal. Psikologi kontemporari pula
merangkumi pelbagai topik, pemerhatian terhadap tingkah laku manusia serta proses mental
dari tahap saraf ke tahap budaya . Oleh itu, ilmu psikologi moden tidak dapat dipisahkan
antara sejarah dan falsafahnya.

Menurut Plato, manusia tidak perlu mempelajari segala selok belok hidup sebelum dia
mengalaminya sendiri kerana manusia telah dicipta untuk berupaya dan berkebolehan
menangani apa-apa masalah atau tugasan yang diterima. Aristotle pula memberikan suatu
pandangan yang berbeza dari Plato iaitu manusia dilahirkan tanpa apa-apa pengetahuan dan
sistem yang kosong ini akan melalui pengetahuan yang diperolehi daripada persekitarannya
selari dengan peningkatan umur. Disebabkan hal itu, Aristotle menjadi tokoh utama dalam
membangunkan asas-asas sejarah psikologi. Hal ini kerana psikologi Aristotle saling
berkaitan dengan falsafah fikiran, etika dan pemikiran melalui pendekatan empirikal.
Falsafah antara Aristotle dan Plato telah menunjukkan perbezaan di antara pemikiran mereka
namun telah mempengaruhi falsafah psikologi seterusnya mempengaruhi perkembangan
psikologi moden.

Kini, pendapat Aristotle didapati lebih bersifat saintifik dan telah diguna pakai dalam
bidang psikologi moden serta telah melahirkan pelbagai teori dari pakar-pakar psikologi
seperti Wilhem Wundt, Edward B. Techner, Sigmund Freud, Ivan Pavlov dan ramai lagi
untuk melengkapkan ilmu psikologi dan seterusnya memahami lebih lanjut mengenai
perlakuan dan pemikiran manusia. Memasuki abad ke-20, psikologi mula berkembang dalam
pelbagai aliran (school of tought ). Aliran pertama didasarkan oleh Wundt iaitu
Strukturalisme, kemudian muncul aliran-aliran seperti Fungsionalisme, Behaviourisme,
Psikoanalisa, Psikologi Gestalt dan Psikologi Humanistik. Oleh itu, tujuan tugasan ini adalah
untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran analitikal dalam disiplin falsafah dan
psikologi.
2.0 Autobiografi Wilhelm Wundt

Wilhelm Maximilian Wundt dilahirkan pada 16 Ogos 1832 di bandar Nekrau


berhampiran Mannheim, Baden, di Konfederasi Jerman. Beliau merupakan anak keempat
yang terakhir dalam keluarga dan berperanan seperti anak tungal kerana anak pertama dan
kedua meninggal dunia semasa kanak-kanak manakala abangnya tinggal bersama ibu
saudraranya di Heidelberg. Bapa Wundt merupakan seorang paderi Lutheran yang tegas.
Semasa zaman kanak-kanak dan remaja nya, beliau hanya dibenarkan untuk belajar kursus
ketat yang telah ditetapkan, dengan kata lain beliau tiada masa untuk bermain-main atau
malas untuk belajar. Hal ini menjadikan beliau seorang yang serius dan komited dalam
kehidupan namun beliau sering merasa kesepian dan kadang-kadang mendapat hukuman dari
bapanya disebabkan ketidaktaataan.

Wundt menamatkan pengajian di sekolah tinggi pada tahun 1851 dan sehingga
1856 beliau belajar di Tubingen, Berlin. Kemudian beliau melanjutkan pelajaran di Universiti
Heidelberg dalam bidang fisiologi kemudian menamatkan pengajian kedoktoran ubatan.
Beliau seterusnya menjadi pembantu kepada ahli fizik dan pakar fisiologi terkenal iaitu
Professor Hermann von Helmholtz, 1858-1864. Dalam tempoh tersebut, Wundt mula
mempelajari ilmu psikologi dan sentiasa menekankan kaedah eksperimen yang diambil dari
sains semulajadi. Selepas 6 tahun, beliau diberikan jawatan sebagai profesor tambahan dan
meneruskan perkhidmatannya selama 10 tahun. Kuliah Wundt sangat popular dalam
kalangan pelajar di Universiti Heidelberg. Di dalam kuliah pengajaran, beliau telah
menekankan kepentingan hubungan fisiologi antara otak dan minda. Pengetahuan dan
pengalaman Wundt dalam bidang fisiologi merupakan langkah pertama dalam kemunculan
sains baru iaitu psikologi. Oleh itu, beliau digelar sebagai ‘ Bapa Psikologi Moden’ . Kuliah-
kuliah Wundt telah diterbitkan dalam buku Kuliah di fikiran manusia dan haiwan pada tahun
1863.

Wundt merupakan orang pertama yang merujuk dirinya sebagai ahli psikologi.
Beliau mengasaskan sekolah pemikiran pertama yang dikenali sebagai Strukturalisme.
Strukturalisme melibatkan pemecahan dan menganalisis minda ke bahagian yang paling
kecil. Strukturalisme menekankan analisis jumlah keseluruhan pengalaman kehidupan dari
kelahiran sehingga dewasa. Dalam pengalaman tersebut, komponen yang mudah berkaitan
dengan satu sama lain bagi membentuk pengalaman yang lebih kompleks. Strukturalisme
juga mengkaji korelasi ini dengan alam sekitar atau peristiwa fizikal. Strukturalisme
menggunakan kaedah introspeksi melalui laporan diri dan pertanyaan kepada sensasi,emosi
dan perasaan untuk mendapatkan maklumat dalaman seseorang.Walaupun Wundt merupakan
pengasas aliran Strukturalisme, namun beliau tidak pernah menggunakan istilah tersebut
tetapi merujuknya sebagai Voluntarisme. Istilah strukturalisme dicipta oleh salah seorang
pelajar Wundt iaitu Edward B. Techener.
Tahun 1864 merupakan titik tolak kepada penerbitan salah satu karya paling
penting dalam sejarah psikologi iaitu, Prinsip Psikologi Fisiologi. Prinsip ini menekankan
pembinaan psikologi sebagai penyiasatan pengalaman termasuk perasaan, emosi, aksi dan
gagasan sukarela melalui kaedah introspeksi. Willhem Wundt kemudiannya ditawarkan untuk
mengajar logik di Universiti Zurich, Switzerland pada tahun 1874 namun setahun kemudian
beliau kembali ke Jerman dan pada tahun 1875, Wundt menjadi seorang professor di
Universiti Leipziq. Dalam masa 4 tahun, beliau telah mendirikan sebuah makmal psikologi
pertama di dunia. Para saintis dari seluruh pelosok dunia berkumpul di makmal beliau
termasuk Edward Titchener. Hasil dari pembelajaran di makmal Wundt, para pelajar beliau
telah mengasaskan makmal psikologi di University of Pennsylvania, Columbia University,
dan lain-lain.

Wundt tinggal dan bekerja selama 45 tahun di Leipzig. Kemudian beliau


bertugas sebagai rektor pada tahun 1889 (hanya 14 tahun setelah ia bergabung dengan fakulti
falsafah), ahli keselamatan bandar pada tahun 1902, pemidato universiti pada hari peringatan
lima ratus tahun pada 1909, malah bertahan sebagai Professor sehingga tahun 1917 dan
kemudian meninggal di Grossbothen pada 31 Ogos 1920 setelah dua minggu genap berusia
88 tahun (Titchener, 1921: 162-163). Pada tahun-tahun akhir hidup nya, Wundt telah
memfokuskan pada psikologi sosial dan budaya serta telah menulis karya 10 volume asas
Psikologi Sosial dan menyelia saintifik 186 orang pelajar yang mahir dalam pelbagai disiplin
saintifik dan warisan saintifik beliau adalah berjumlah 54000 muka surat dalam bentuk buku
dan artikel. Antara karya cemerlang Wundt ialah Kuliah mengenai psikologi manusia dan
haiwan, Esei, Etika, Kajian fakta dan undang-undang kehidupan moral, Hipnotisme dan
cadangan (1892) dan Pengenalan kepada Psikologi.
2.1 Idea- Idea asas teori Wundt

Wundt memperkenalkan teori pengetahuan yang dikenali sebagai psikologi


struktur atau strukturalisma. Strukturalisma merupakan kajian berkenaan unsur-unsur
kesedaran. Menurut Wundt, Aliran strukturalisma ialah mempelajari gejala kejiwaan manusia
dan isi jiwa seseorang itu terlebih dahulu. Psikologi strukturalisma mempunyai tiga tujuan
iaitu menggambarkan komponen-komponen kesedaran sebagai elemen dasar,
menggambarkan kombinasi kesedaran sebagai elemen-elemen dasar tersebut dan
menjelaskan hubungan elemen-elemen kesedaran dengan sistem saraf. Idea ini ialah
pengalaman sedar atau pengalaman langsung yang dialami sendiri oleh seseorang dan
dibahagikan kepada elemen asas yang sedar. Hal ini berbeza dengan pengalaman antara yang
diwarnai oleh maklumat yang sedia ada dalam fikiran seperti perhubungan sebelumnya,
keadaan emosi serta motivasi seseorang. Strukturalisma dianggap sebagai fenomena fizikal
yang terdiri daripada struktur kimia yang boleh dibahagikan kepada unsur-unsur asas sedar
bagi mengurangkan pengalaman sedar dalam elemen asas.

Idea atau pemikiran seseorang adalah berdasarkan konteks zaman, latar belakang
pendidikan dan pengaruh sekeliling. Oleh kerana itu, idea Wilhelm Wundt dibahaskan
berdasarkan karyanya berupa buku, artikel, surat, alat bantu mengajar dalam kuliahnya yang
diterjemahkan dalam bahasa Jerman dan dalam bahasa Inggris. Idea Wilhelm Wundt tentang
psikologi ini perlu dibezakan dengan pemikirannya dalam psikologi. Wundt sebagai pengasas
psikologi memiliki projek tersendiri tentang ilmu yang diusahakannya tanpa disedari telah
berfalsafah tentang psikologi. Dengan itu, idea Wundt berkenaan psikologi dapat dirumuskan
sebagai bahagian yangtidak dapat dipisahkan dari bidang kajian falsafah psikologi namun
bebeza dengan psikologi filosofi. Walaupun Wundt sekaligus mengendalikan kedua hal
tersebut, psikologi filisofi adalah berkenaan landasan kerangka konsep keilmuan psikologi,
sedangkan psikologi filosofi berkaitan dengan keadaan semulajadi fenomena subjek yang
diteliti. Idea psikologi Wundt menekankan perkara-perkara seperti :

1. Psikologi sebagai Ilmu eksperimental, iaitu mengenai objek dan kaedah yang sesuai
dengan psikologi
2. Penelitian psikologi terhadap individu terutamanya menfokuskan kepada sensasi dan
kesedaran (consciousness).
3. Kerangka teoretik psikologi eksperimen.
4. Kedudukan psikologi dalam susunan pengetahuan, iaitu kaitan antara hubungan psikologi
dengan ilmu-ilmu lainnya.

Wundt mengidentifikasi fisiologi dengan "psikologi eksperimental" kerana


berpendapat bahawa satu-satunya tujuan psikologi eksperimental adalah memberi deskripsi
yang tepat tentang kesedaran (Titchener, 1921: 164). Oleh itu, Wundt berpendapat psikologi
eksperimental adalah kajian mengenai kesedaran secara langsung yang dibantu oleh protokol
eksperimen ilmu alam. Wundt juga telah mendefinisikan kesedaran sebagai "pengalaman
dalaman" (inner experience) yang merupakan fenomena “kenyataan langsung” (immediately
real) yang membentuk pengalaman, dan bukan di belakang atau di luar kerana subjek
psikologi itu sendiri ditentukan sepenuhnya dan secara eksklusif oleh predikat, dan predikat
ini semata-mata berasal dari pemerhatian langsung dalaman

Inovasi Wundt memperlihatkan penelitian eksperimen fisiologi ke dalam


bidang pengalaman dalaman dengan melengkapi eksperimen ini serangkaian prosedur
psikologi yang tulen. Prosedur-prosedur ini membentuk kaedah 174 Jurnal Falsafah, Vol. 31,
No. 2, Ogos 2021 yang terkenal iaitu kaedah "introspeksi" atau lebih tepatnya "pemerhatian
diri". Psikologi perlu dimulakan dengan pemerhatian diri karena pengalaman "dalaman"
membezakan dirinya dari pengalaman "luaran" berdasarkan pendekatannya (Boring, 1950:
320-321). Wundt berusaha untuk membezakan ideanya tentang pengamatan diri dari
kebanyakan penyokong pandangan psikologi empirikal, yang disebut sebagai "sumber delusi
diri" Wundt (1921: 162) iaitu kepercayaan bahawa seseorang dapat membetulkan
permasalahan secara eksperimen dengan menggunakan sebanyak mungkin proses tak
terduga, proses yang tidak disengajakan seperti menonjolkan diri tanpa sedar. Dengan kata
lain, seseorang dapat memunculkan fenomena kesedaran secara rawak dan berulang yang
ditentukan sebelumnya secara tepat melalui eksperimen, subjek eksperimen dengan
menggunakan pelbagai alatan, dan dalam keadaan makmal yang dipantau.

Wundt berpendapat psikologi tidak tertumpu pada hubungan psikofisik antara


mekanisme somatik atau saraf dan fenomena mental yang ditimbulkan, tetapi hanya dalam
menggambarkan dan mengukur keteraturan psikologi yang dapat dibuktikan oleh eksperimen,
iaitu hubungan sebab akibat teratur dalam domain psikis saja karana dalam hal ini, subjek
yang mengamati bertepatan dengan objek yang diamati, dan hal ini memperlihatkan arah
perhatian pada fenomena ini mengubahnya. Wundt (1921: 165) memandangkan eksperimen
psikologi dengan menyelidiki kesedaran seperti yang dilakukan eksperimen-eksperimen ilmu
alam terhadap fenomena alam. Eksperimen-eksperimen itu tidak meninggalkan kesedaran
pada dirinya sendiri, tetapi memaksanya untuk menjawab pertanyaan-pertanyaan para
eksperimenter, dengan menempatkannya di bawah keadaan-keadaan yang telah diaturkan.

Selain itu, Wundt juga berpandangan psikologi fisiologi berkemungkinan


bergantung kepada kemungkinan pengamatan diri. Pengamatan diri pada gilirannya hanya
berguna secara ilmiah jika urutan fenomena kesedaran dalaman dianggap berada di bawah
prinsip sebab musabab, psikis yang berdikari, kerana jika tidak, maka fenomena ini tidak
akan pernah lebih dari kekacauan yang mustahil bagi sains. Jika fenomena dalaman dapat
ditunjukkan berada di bawah sebab-sebab fisik ilmu-ilmu alam, maka kaedah psikologi khas,
seperti pengamatan diri tidak diperlukan. Wundt menunjukkan fakta bahawa sistem sebab
musabab psikis dapat ditentukan dan tidak dapat dikurangkan menjadi sebab-sebab fisik.
Wundt (1894: 43) menyatakan bahawa "tidak ada hubungan proses-proses fisik yang dapat
mengajarkan pola hubungan antara elemen-elemen psikologi".Fakta ini menurut Wundt
diberikan dalam eksperimen psiko-fisiologi yang dijelaskan membawa kepada prinsip
paralelisme psikofisik.
Idea Wundt bukan sahaja memperluaskan fakta psikologi, tetapi
menafsirkannya dalam penjelasan yang tepat. Kepentingan untuk membangunkan kerangka
tertutup tersebut berbeza dari fisiologi dengan membezakan sebab psikologis dari sebab fisik
pada umumnya kerana psikologi dari ilmu-ilmu alam. Psikologi harus didefinisikan berbeza
dengan dua bidang lain dari penyelidikan ilmiah pertama iaitu ilmu manusia, dan kedua, iaitu
domain falsafah bukan psikologi. Hubungan-hubungan keempat-empat bidang ini (psikologi,
falsafah, ilmu alam, ilmu manusia) tidak dapat dikurangkan, dan bukanlah suatu sistem
metafisik atau ontologi, tetapi hanya salah satu fungsi menerangkan (metodologi yang
sepadan). Mereka tidak memiliki objek yang berbeza, tetapi hanya 176 Jurnal Filosofi, Vol.
31, No. 2, Ogos 2021 mewakili cara untuk menggambarkan perspektif yang tidak dapat
dikurangkan pada objek yang sama, iaitu pengalaman.
2.2 Sumbangan Wundt dalam bidang Psikologi

Wilhelm wundt telah menubuhkan makmal psikologi eksperimen pertama di


Universiti Leipziq, Jerman dengan menggunakan wang nya sendiri. Makmal ini merupakan
permulaan kepada psikologi rasmi bidang sains yang terpisah dari fisiologi dan falsafah.
Penubuhan makmal ini bertujuan untuk kajian psikologi eksperimen malah dengan rasmi
mengambil psikologi dari sub disiplin falsafah dan biologi kepada disiplin saintifik yang unik
dan juga telah menjadikan psikologi sebagai kursus pengajian yang berasingan dengan
kaedah dan persoalannya sendiri. Kemudian, makmal Wundt dinaiktaraf menjadi Institut
Psikologi Eksperimen Moden. Makmal Wundt melakukan penyelidikan dalam tiga bidang
iaitu sensasi dan persepsi, ciri-ciri psikofizik dan masa reaksi.

Makmal Wundt dipenuhi dengan pelajar siswazah dari serata dunia yang
mempunyai minat yang serius dalam psikologi dan menjalankan penyelidikan mengenai
topik-topik menarik dan pelajaran mengenai sains baru yang telah dikembangkan oleh
Wundt. Pada tahun 1876, Wundt mengatur pembinaan instrumen yang sesuai dan
mengumpulkan banyak peralatan seperti taktikoskop, kronoskop, pendulum, alat elektrik,
pemasa dan alat pemetaan deria bagi para siswazah untuk digunakan ketika membuat
penelitian dalam eksperimen mereka. Dianggarkan sebanyak 17000 pelajar menghadiri kuliah
psikologi Wundt dan beratus-ratus lagi sarjana dalam psikologi telah belajar di makmal
psikologinya..

Wunt merupakan pengasas kepada aliran strukturalisma yang didasarkan kepada


kaedah introspeksi iaitu pemerhatian diri, hati nurani seseorang dan perasaan sendiri.
Introspeksi merupakan kaedah penyelidikan psikologi yang terdiri daripada pemerhatian
kepada proses mental sendiri tanpa menggunakan alat atau piawaian.Teknik ini terdiri
daripada latihan individu dengan cara yang paling sistematik dan berobjektif yang mungkin
menganalisis kandungan pemikiran mereka sendiri. Contohnya, di dalam makmal Wundt,
ahli psikologi Jerman telah menggambarkan sebiji epal dari segi ciri-ciri asasnya seperti
sejuk, manis dan rangup. Melalui kaedah introspeksi, setiap pengalaman sedar yang
dinyatakan mesti dijelaskan dalam istilah yang paling asas kerana dengan kaedah ini seorang
penyelidik tidak dapat menerangkan beberapa pengalaman atau objek dengan sendirinya
seperti penerangan berkenaan sebiji epal hanyalah sebagai sebiji epal. Ralat demikian
dikenali sebagai ‘rangsangan rangsangan’.

Melalui kaedah ini juga, Wundt mengkatalogkan sebilangan besar unsur asas yang
sedar di mana secara hipotesisnya digabungkan bagi menggambarkan semua pengalaman
manusia.Kemudian. Wundt mengembangkan introspeksi atau dikenali sebagai ujikaji
pemerhatian diri ini sebagai kajian tingkah laku secara khusus. Wundt juga memberi tumpuan
kepada membuat proses introspeksi sebagai berstruktur dan tepat yang mungkin,. Dalam
kebanyakan kes, responden diminta menjawab dengan mudah ‘ya’ atau ‘tidak’ dan juga
menjawab dengan menekan kekunci telegraf dengan matlamat membuat introspeksi sebagai
saintifik yang mungkin. Namun, kaedah introspeksi Wundt tidak kekal sebagai asas alat asas
eksperimen melepasi awal 1920-an. Wundt beranggapan bahawa subjek itu sebagai kajian
kesedaran manusia dan menggunakan kaedah eksperimen untuk mempelajari proses mental
dalaman.

Sumbangan terbesar Wundt ialah menunjukkan bahawa psikologi merupakan


sains eksperimen yang sah. Pengaruhnya dalam mempromosikan psikologi sebagai sains
adalah sangat besar. Wundt dianggarkan telah menerbitkan 53000 halaman malah cukup
untuk menyimpan perpustakaan yang lengkap. Minatnya mendalam dalam pengukuhan kuasa
diskriminasi deria, penghasilan teori dan metodologi psikofizik, sains hubungan kuantitatif
antara magnitud fizikal dan sensasi telah mendorong Wundt membangunkan perkara asas
bagi skala kecerdasan di mana tugas tertentu dikaitkan secara langsung dengan tahap
kebolehan yang berbeza atau usia mental.. Pada Ketika ini, tugas untuk menentukan umur
mental seseorang adalah berdasarkan salah satu kaedah psikofizikal yang dibangunkan oleh
Wundt untuk menentukan tahap kepekaan seseorang terhadap rangsangan pengsan atau
perbezaan fizikal kecil dalam rangsangan.

Dalam Psikologi Fisiologi Wundt edisi 1893, beliau menerbitkan ‘ teori


perasaan tridimensi’ di mana perasaan diklasifikasikan sebagai menyenangkan, tegang atau
santai, teruja atau tertekan. Bukan itu sahaja, Wundt juga telah menerbitkan karya-karya
seperti Textbook of Human Physiology (Buku teks Fisiologi Manusia) diterbitkan pada tahun
1864, Principles of Physiological Psychology (Prinsip-Prinsip Psikologi Fisiologis), Volume
diterbitkan pada tahun 1874 dan Logik. An Investigation into The Principles of Knowledge
and The Methods of Scientific, diterbitkan pada tahun 1880, Psychological Methods
diterbitkan pada tahun 1883, Ethics diterbitkan pada tahun 1886, System of Philosophy
diterbitkan pada tahun 1889, The Outlines of Psychology diterbitkan pada tahun 1897, serta
On Mental Causality and The Principle of Psycho-Physical Parallelism diterbitkan pada
tahun 1894. (Kim, 2016) yang masih menjadi rujukan sehingga ke hari ini.
3.0 Pengenalan

Psikologi mula berkembang di Amerika pada pertengahan hingga akhir tahun 1800
an. William James muncul sebagai salah satu psikologi utama Amerika pada masa ini dan
menerbitkan buku teks klasiknya, The Principles of Psychology, menubuhkannya sebagai
Bapa Psikologi Amerika. Buku beliau menjadi teks piawai dalam psikologi dan idea-ideanya
menjadi asas bagi aliran pemikiran baru yang dikenali sebagai fungsionalisme. Aliran
fungsionalisme menumpukan cara bagaimana tingkah laku sebenarnya berfungsi untuk
membantu kehidupan individu dalam persekitaran mereka.

Aliran pemikiran ini menggunakan kaedah pemerhatian secara langsung untuk


mengkaji minda dan tingkah laku manusia. Kedua-dua aliran pemikiran awal ini menekankan
kesedaran manusia melalui konsep berbeza. Walaupun ahli struktural berusaha untuk
merobohkan proses mental ke bahagian terkecil mereka, para fungsioner percaya bahawa
kesedaran wujud sebagi proses yang berterusan dan berubah. Walaupun fungsionalisme
dengan pemikiran yang berasingan, ia masih akan mempengaruhi pakar psikologi, teori
pemikiran dan tingkah lakunya.
3.1 Profil William James

William James dilahirkan di New York City dan merupakan anak sulung dari lima
adik beradik. Ayahnya Bernama Henry James manakala ibunya Bernama Mary Walsh. James
mula bertugas sebagai calon pegawai seni di studio William Morris Hunt pada tahun 1858
apabila keluarganya menetap di Newport, Pulau Rhode. Namun beliau kemudiannya
meninggalkan bidang seni tersebut seterusnya tiga tahun kemudian beliau melanjutkan
pelajaran di Lawrence Scientific School yang dikenali hari ini sebagai John A.Paulson School
of Engineering and Applied Science, atau SEAS di Harvard College ( Goodman, 2009 ). Pada
tahun 1864, James mula bergabung dengan Harvard School of Medicine untuk mempelajari
bidang kimia dan anatomi. Sepanjang hidup beliau telah menderita pebagai penyakit fizikal
dan menghidapi pekak nada (Sachs, 2008).

Bukan itu sahaja, beliau juga mengalami neurasthenia iaitu lemah saraf atau sindrom
keletihan kronik, di mana beliau mengalami keletihan, sakit kepala, mudah marah dan
kemurungan. Beliau juga sering mengalami keletihan kronik walaupun dengan sedikit latihan
fizikal atau mental dan disebabkan itu kajian perubatan dan ekspedisi ilmiah di Sungai
Amazon beliau sering tergendala. Namun hal tersebut tidak mengurangkan semangat nya
untuk Berjaya. Beliau akhirnya lulus dalam pengajian perubatan dan bergelar doctor pada
tahun 1869 walaupun beliau tidak pernah menjalani praktikal perubatan (Goodman,2009).

Pengetahuan mendalam James dalam fisiologi membantunya membentuk kerangka


psikologi dan kemudiannya menjadi anggota komuniti Harvard sebagai seorang pelajar dan
kemudian menjadi tokoh instrumental sebagai professor di Harvard. James mengajar kursus
fisiologi dan kursus psikologi pertama di kolej tersebut yang berjudul ‘Hubungan antara
Fisiologi dan Psikologi ‘ di mana beliau membuat makmal demonstrasi psikologi eksperimen
pertamanya. Di Harvard, James tidak hanya mengajar tetapi melakukan penyelidikan makmal
mengenai sensasi dan persepsi pada separuh pertama kariernya dan mengawasi kedoktoran
pertama dalam bidang psikologi serta terlibat dalam perbahasan dengan para sarjana
terkemuka. William James telah bersara pada tahun 1907 dalam bidang akademik dan
memperkenalkan Pragmatisme iaitu satu aliran falsafah yang menekankan kehasilan,
kepenggunaan, serta kepraktikalan sebagai komponen utama kebenaran yang memperincikan
asas-asas falsafah serta pendiriannya mengenai kebenaran, pengetahuan, reality dan agama.
Pandangan falsafah James telah membentuk pendekatan psikologi dan teori psikologi yang
mempengaruhi falsafah yang saling berkaitan
3.2 Sumbangan William James dalam bidang Psikologi

James merupakan yang pertama mengajar kursus psikologi di Amerika


Syarikat (Cherry,2020) . James kemudiannya membentuk kursus psikologi dengan mengajar
banyak pelajar melalui kelasnya yang terus menjadi tokoh sejarah utama. Secara khursus, El
Thorndike iaitu ahli psikologi Behaviourisme yang terkenal, W.E.B Dubois, Gertrude Stein,
dan Teddy Roosevelt adalah semua pelajar James. ( Gibbon,2018; Gooding William, 2017).
James menubuhkan makmal psikologi pertama di Amerika syarikat pada tahun 1875 dan
pelajar kedoktorannya, G. Stanley Hall membuat makmal psikologi eksperimen pertama di
Universiti Johns Hopkins Amerika Syarikat. ( Shiraev, 2014) .

James disenaraikan sebagai ahli psikologi ke 14 yang terkenal pada abad ke 20,
menurut makalah yang ditulis oleh Steven Haggbloom dan rakan-rakannya yang
menganalisis kuantitatif karya ratusan ahli psikologi abad ke 20 ( Haggbloom et all; 2002)
Beliau juga digelar bapa kepada sekolah pemikiran penting iaitu Pragmatism. Beliau juga
menerbitkan buku yang tidak terkira banyaknya dan membuat sejarah dengan pelbagai cara
semasa di Hardvard semuanya berfungsi untuk menunjukkan sumbangannya yang luar biasa
di lapangan. James adalah perintis yang mengilhami banyak orang untuk mengikuti jejaknya,
Tanpanya psikologi tidak akan menjadi seperti kini.

William James telah membuat sumbangan besar kepada psikologi. Beliau


merupakan orang pertama yang menawarkan khusus psikologi di Negara-Negara Terhalang,
dengan membantu mengesahkan sains psikologi sebagai sesuatu yang bernilai belajar. Kerja-
kerja beliau bergerak antara falsafah dan psikologi dan meninggalkan tanda pada kedua-
duanya . Sebagai seorang ahli falsafah, keyakinanya terhadap pragmatism telah membantu
beliau memupuk jalan dalam bidang psikologi dan sebagai ahli psikologi beliau menubuhkan
sekolah fungsionalisme. Selama kariernya , beliau telah menerbitkan compendium dan esei
mengenai psikologi iaitu “ Prinsip-prinsip Psikologi”. Esei beliau mengenai teori dalam
falsafah psikologi membantu mendapatkan posisi yang baik bagi sains psikologi di Amerika.
Kompendium pengetahuan untuk ilmiah untuk intelektual, teks dalam pengajaran dan
pembelajaran

The Principles of Psychology adalah karya komprehensif beliau yang merangkumi


seluruh bidang psikologi kerana ia difahami sehingga penerbitan. Ramai individu yang
bekerja dalam konsep dan teori dalam buku ini untuk menjadi bermaklumat dan menarik.
Psikologi moden telah berula dari tahun 1890 dan penerbita buku Jmaes, tetapi
kecerdasannya masih dihormati dan dibincangkan sehingga hari ini. William James
mengasaskan aliran Pragmatisme. Pragmatisme bermaksud praktikal dan James percaya
bahawa melalui praktikal, perkara-perkara yang bermanfaat membantu kita menuju ke arah
yang betul. Pendekatan ini merupakan pendekatan yang mengesahkan teori sendiri atau orang
lain.
James mengasaskan sekolah fungsionalisme. Sekolah pemikiran dalam psikologi ini
berkembang secara langsung kepada sekolah struktur dan karya Wilhem Wundt.
Fungsionalisme memperngaruhi sekolah utama pemikiran yang masih digunakan hari ini,
seperti kognitif tingkah laku dan tingkah laku sekolah. Fungsionalisme memberi tumpuan
kepada kecenderungan manusia sejagat dan sangat mempengaruhi bagaimana Pendidikan
tersusun. Fungsionalisme dibina di sekitar pendekatan yang lebih sistematik untuk
memahami proses mental dan funsionalisme kemudiannya dikembangkan untuk mencari
kesedaran dan kelakuan.
4.0 Kesimpulan

Psikologi bukanlah sesuatu yang asing di dalam kehidupan manusia. Ianya


ternyata telah lama berada dalam kalangan masyarakat dan telah diamalkan sekian lama sejak
berkembangnya tamadun dunia, namun caranya mempunyai banyak perbezaan. Psikologi
telah berkembang sejak dari zaman Plato dan Aristotle sehinggalah ianya mula digunakan
sebagai panduan kepada ilmu psikologi seterusnya dikembangkan cabang dan pemikiran oleh
ahli- ahli psikologi oleh Edward B. Tichener dan mentornya Willhem Wundt. Mereka adalah
tokoh yang telah membuka pemikiran psikologi dengan menubuhkan makmal yang
menyokong eksperimen yang dilakukan untuk mengkaji tindak tanduk manusia. Psikologi
difahami oleh masyarakat sebagai suatu ilmu di mana pengamalnya dapat membaca fikiran
dan meramal tingkah laku manusia sedangkan ianya adalah merupakan bidang yang mengkaji
perangai dan pemikiran manusia malahan tidak sesekali dilangsungkan dengan ilmu mistik
atau magis. Tidak dapat disangkal lagi bahawa psikologi merupakan satu bidang yang boleh
mengkaji perangai manusia kerana matlamat psikologi adalah memperihal, memahami,
meramal dan mengawal perangai dan pemikiran manusia melalui kaedah-kaedah saintifik
yang digunakan bagi mencatat dan menyokong kajian bagi tujuan ini.

Pakar psikologi menggunakan penyelidikan saintifik untuk lebih memahami


bagaimana orang belajar, mentafsir peristiwa dan membuat keputusan. Mereka kemudian
menerjemahkan pegetahuan itu menjadi Teknik untuk membantu orang membuat pilihan
yang lebih bijak dalam kehidupan seharian mereka. (A.P.A,2017). Bermula dari itu lebih
ramai membuat kajian dan mencari rumusan serta penyelesaian. Berbagai teori ditemukan
dan ianya telah membuka lebih ruang pekerjaan dan penyelesaian di dalam pelbagai industri.
Walaupun gaji mungkin berbeza-beza, Statistik Astronomi Buruh A.S meramalkan
pertumbuhan pesakit psikologi lebih cepat daripada purata. Permintaan untuk ahli psikologi
dijangka berkembang sebanyak 19 peratus menjelang tahun 2024. (Cherry,2016). Pada abad
ke 21 ini, psikologi moden telah mengalami zaman digital dan ahli psikologi serta ahli
falsafah boleh menerbitkan teori-teori untuk dibaca semua melalui pelbagai platform media
massa. Malah dengan kemajuan teknologi pada hari ini, pemikir hebat seperti William James
masih merupakan sumber wawasan yang berdaya maju ditukar antara benua dalam sekelip
mata sahaja. Sumbangan- sumbangan tokoh-tokoh pemikir psikologi merupakan pencetus
kepada asas-asas di mana psikologi masih utuh berdiri sehingga ke hari ini.
5.0 Rujukan

Gibbon, P. (2018). Pemikir yang percaya melakukan: William James dan falsafah
pragmatism. Kemanusiaan, 39.

Goodman, R. (2009). William James. Ensiklopedia falsafah Stanford.

https://docplayer.info/219573734-Prinsip-prinsip-kemunculan-disiplin-ilmiah-dalam-
pemikiran-wilhelm-wundt-tentang-psikologi.html

https://ms.reoveme.com/siapa-bapa-psikologi/

https://ms.sainte-anastasie.org/articles/neuropsicologa/introspeccin-en-psicologa-qu-es-y-
tipos.html

https://https%3a%2f%2fms.sainte- anastasie.org%2farticles%2fneuropsicologa
%2fintrospeccin-en-psicologa-qu-es-y- tipos.html/

https://jurnal.ugm.ac.id/wisdom/article/download/67737/32150

https://may.psychic-parapsychologist.com/origins-psychology-74394

https://https%3a%2f%2fmay.psychic-parapsychologist.com%2forigins-psychology-74394/

https://ms.reoveme.com/asal-usul-psikologi/

https://may.agromassidayu.com/psiholog-vilgelm-vundt-biografiya-otkritiya-i-interesnie-
fakti-read-003787

https://www.scribd.com/document/409381346/Tugas-Kelompok-Aliran-Strukturalisme

https://docplayer.info/219573734-Prinsip-prinsip-kemunculan-disiplin-ilmiah-dalam-
pemikiran-wilhelm-wundt-tentang-psikologi.htm

https://jurnal.ugm.ac.id/wisdom/article/download/67737/32150

https://nizaamir.blogspot.com/2017/08/sejarah-dan-falsafah-psikologi.html

https://ms.lifehackk.com/pragmatism-functionalism

New World Encyclopedia. (2013). Wilhelm Wundt. Retrived from http://


www.newworlddencylopedia.org/p/index.php?title=Wilhem_Wundt&oldid=971872

Wundt, W (1897). Outlines of psychology (C.H. Judd, Trans.). Leipziq, Germany: Wilhem
Engelmann. (Original work published in 1896)

James, W. (2012). The principles of psychology, Volume 1. Newburyport, MA:


Dover

Anda mungkin juga menyukai