Anda di halaman 1dari 29

ABPD2103

FACULTY OF APPLIED SOCIAL SCIENCES (FASS)

SEMESTER 8 / JANUARI 2018

ABPD2103
PERSONALITY

BACHELOR OF PSYCHOLOGY WITH HONOURS (BPSY)

NO. MATRIKULASI : 910825125987001


NO. KAD PENGENALAN : 910825125987
NO. TELEFON : 019-8180828
E-MEL : safwannaser91@oum.edu.my
PUSAT PEMBELAJARAN : SABAH LEARNING CENTRE

1
ABPD2103

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

SOALAN TUGASAN 3

PENGENALAN 4-6

PELBAGAI KONSEP UTAMA DALAM 7-12


KAJIAN PERSONALITI

PEMERHATIAN PERSONALITI BERDASARKAN 13-17


TIGA PERINGKAT ANALISA

LIMA KESAN PERSONALITI TERHADAP KEHIDUPAN 18-22

SUBJEK YANG DIANALISA

KESIMPULAN 23-24

RUJUKAN 25-27

2
ABPD2103

SOALAN TUGASAN

TUJUAN
Tujuan tugasan adalah untuk mengenal pasti konsep-konsep asas dalam kajian
personaliti, mengaplikasikan tiga peringkat analisa personaliti dan menerangkan
kesan-kesan personaliti terhadap pelbagai aspek kehidupan.

KEPERLUAN
Psikologi personaliti mencari-cari jawapan kepada pelbagai persoalan. Apakah yang
membuatkan seseorang individu itu berbeza daripada individu lain? Dalam situasi
bagaimanakah dan dalam dimensi apakah yang menyebabkan mereka berbeza?
Kenapakah setiap individu berbeza? Sejauh manakah perbezaan di antara individu ini?
Bagaimanakah konsistensi perbezaan di antara individu? Adakah ianya boleh diukur?
Aspek penting dalam eksplorasi ini adalah penilaian kritikal terhadap beberapa teori bagi
membincangkan subjek personaliti. Ada di antara isu-isu yang dibangkitkan ini
bercanggah dan berlawanan manakala ada juga yang sealiran dan lengkap-melengkapi
antara satu sama lain.

Berdasarkan penyataan di atas:


Terangkan pelbagai faktor yang mempengaruhi personaliti,
Perhatikan personaliti seorang sahabat baik atau pasangan anda dan buat analisa
terhadapnya berdasarkan perspektif tiga peringkat analisa- sifat semula jadi manusia,
keunikan individu dan keunikan kumpulan. Berdasarkan itu, tuliskan berkenaan
pemerhatian dan analisis anda.

3
ABPD2103
Berdasarkan analisa terhadap personaliti sahabat/pasangan anda, terangkan
sekurang-kurangnya LIMA (5) kesan personaliti terhadap pelbagai aspek kehidupan
sahabat anda itu.

PENGENALAN
Setiap individu yang wujud di muka bumi ini mempunyai sifat, sikap dan gaya
yang membentuk personaliti tersendiri. Setiap individu mempunyai personaliti yang
berbeza-beza dan tidak ada individu yang benar-benar sama dari segi personalitinya, dan
adakalanya berkongsi beberapa sifat personaliti tertentu dengan individu lain. Personaliti
mewakili perwatakan seseorang individu serta dapat diperhatikan dan dinilai melalui
tingkah laku di dalam situasi yang meliputi segenap hidupnya. Pesonaliti melambangkan
ciri-ciri keperibadian seseorang individu dan sememangnya mencirikan perbezaan
seorang manusia dengan manusia yang lain. Personaliti berasal dan perkataan Inggeris
“​Person​” adalah dua perkataan yang berkait rapat. Secara amnya, personaliti
memperihalkan seseorang individu secara khusus seperti cara individu tersebut berfikir,
berinteraksi, beremosi dan berpersepsi yang membolehkannya dibezakan dengan individu
yang lain. Ringkasnya, personaliti meliputi sifat-sifat fizikal, emosi dan kognitif
seseorang individu. Menurut Cherry, K. (2017), personaliti berasal daripada perkataan
Latin “​Persona​” yang merujuk kepada topeng teater yang digunakan oleh pelakon
bertujuan untuk memberikan perwatakan yang berbeza atau menyembunyikan identiti
sebenar mereka. Alfred Adler menyatakan bahawa personaliti merupakan gaya hidup
seseorang, manakala pandangan Gordon Allport pula menerangkan personaliti adalah
organisasi sistem psikologikal yang dinamik di dalam jiwa seseorang individu. Nathaniel
Gage dan David Berliner mendefinisikan personaliti merupakan segala aspek tingkah
laku manusia yang menggambarkan motif, sikap, pendapat, kepercayaan, pemikiran
kognitif, emosi dan ciri-ciri seseorang individu.

4
ABPD2103
Terdapat tiga objektif utama yang perlu dihuraikan di dalam tugasan ini, iaitu :
Mengenal pasti konsep-konsep asas dalam kajian personaliti.
Mengenal pasti tiga peringkat analisa personaliti.
Menerangkan kesan-kesan personaliti terhadap pelbagai aspek kehidupan.

KONSEP-KONSEP ASAS DALAM KAJIAN PERSONALITI


Konsep asas dalam kajian personaliti digunakan untuk memperjelaskan
konsistensi tingkah laku seseorang individu apabila berada di dalam pelbagai situasi dan
sifat tersendiri personaliti setiap individu semasa berhadapan dengan situasi yang sama.
Konsistensi tingkah laku seseorang individu dapat dijelaskan melalui cara pemikiran
dalam mempengaruhi tingkah lakunya semasa berhadapan dengan sesuatu situasi.
Sebagai contoh, seseorang individu yang mempunyai keperibadian yang pemurah akan
sentiasa bersedekah apabila terjumpa dengan gelandangan di tepi jalan dan memberikan
sedikit wang kepada tabung amal yang terdapat di pusat-pusat kebajikan. Selain itu,
seseorang yang mempunyai perwatakan yang penyabar akan sentiasa bersikap tenang dan
tidak mengikut perasaan apabila berhadapan situasi yang boleh mendatangkan sifat
marah dalam dirinya. Menurut Valsiner, J. (1986), Gordon Allport menyatakan
karakteristik yang menonjol dalam diri seseorang manusia ialah keperibadiannya dan
tiada seseorang pun mempunyai keperibadian yang sama dengannya. Kenyataan tersebut
menjelaskan bahawa setiap individu mempunyai tret personaliti yang tersendiri dan setiap
individu mempunyai cara bertindak balas yang tersendiri dan berbeza-beza dengan
individu lain semasa berhadapan dengan situasi yang sama. Sebagai contoh, dua orang
individu yang mempunyai personaliti yang berbeza berhadapan dengan situasi
terperangkap di dalam lif disebabkan bekalan elektrik yang terputus secara tiba-tiba.
Seorang individu berasa panik lalu menekan kesemua butang nombor lif dan memaksa
pintu lif untuk dibuka bagi menyelamatkan dirinya, manakala seorang lagi individu
mengekalkan perasaan tenang dan cuba menelefon pihak pengurusan bangunan untuk
mendapatkan bantuan.

5
ABPD2103
MENGENAL PASTI TIGA PERINGKAT ANALISA PERSONALITI
Menurut Abel, S. (2017), personaliti seseorang individu dapat dianalisa melalui
tiga peringkat personaliti iaitu : (1) peringkat sifat manusia (seperti semua orang), (2)
peringkat perbezaan individu atau kumpulan (seperti sesetengah orang) dan (3) peringkat
keunikan individu (tidak seperti orang lain). Pada peringkat sifat manusia, tret personaliti
yang ingin diperhatikan dan dianalisa adalah personaliti yang umum serta terdapat pada
semua individu. Sebagai contoh, tret menggunakan bahasa untuk berkomunikasi
merupakan sebahagian daripada sifat manusia. Selain itu, terdapat banyak persamaan
umum antara individu dengan individu lain yang bersifat umum dan mudah difahami.
Persamaan yang terdapat pada peringkat manusia dapat dijelaskan dengan memahami
persamaan umum yang terdapat dalam diri setiap individu. Terdapat perbezaan ketara
dari segi gaya pemikiran dan sifat dari segi perbezaan individu atau kumpulan. Sebagai
contoh, terdapat sesetengah kelompok individu dapat menjalani kehidupan seharian
mereka dengan tenang, manakala terdapat sesetengah kelompok individu yang sentiasa
berada di dalam kebimbangan dan ketakutan. Sesetengah individu berasa yakin dan
bermotivasi dalam melakukan sesuatu perkara, manakala sesetengah individu
teragak-agak dan mempunyai keyakinan yang kurang apabila berhadapan dengan sesuatu
perkara. Kedua-dua contoh tersebut menjelaskan tentang perbezaan individu. Setiap
kumpulan mempunyai perbezaan dari segi tret personaliti sebagaimana setiap individu
berbeza dari segi personaliti masing-masing. Antara contoh perbezaan yang terdapat pada
sesuatu kumpulan dengan kumpulan lain ialah pandangan politik, jarak usia dan budaya.
Pada peringkat ini, perbezaan individu dan kumpulan digunakan untuk menganalisa
personaliti. Pada peringkat keunikan individu pula, personaliti dianalisa sebagai kes
tunggal dan unik kerana tiada dua individu mempunyai persamaan yang benar-benar
serupa. Sebagai contoh, perasaan kasih sayang setiap individu terhadap keluarga atau
pasangannya adalah berbeza-beza kerana dipengaruhi oleh sejarah hubungan mereka
antara satu sama lain.

6
ABPD2103
MENERANGKAN KESAN-KESAN PERSONALITI TERHADAP PELBAGAI
ASPEK KEHIDUPAN
Personaliti merupakan indikator penting dalam kehidupan seseorang individu.
Personaliti yang positif mampu melahirkan individu yang mempunyai nilai-nilai positif
yang melibatkan emosi, kognitif serta tingkah laku dan hal ini seterusnya menyumbang
kepada pelbagai impak positif terhadap diri individu tersebut dan orang lain yang berada
di persekitarannya. Seperti mana yang diketahui, personaliti mempengaruhi bagaimana
cara seseorang individu mengatasi masalah, berinteraksi dengan individu lain dan
mencapai objektif dalam hidupnya. Menurut Jones, S. (2018), salah satu cara untuk
mengawal personaliti dan memastikannya adalah terbaik untuk diri sendiri dan orang lain
ialah melalui memahami kekuatan serta kelemahan yang terdapat pada diri. Dengan
mengetahui kekuatan dan kelemahan yang terdapat pada diri, seseorang individu akan
lebih mudah untuk memastikan keputusan yang baik dalam kehidupan sehariannya.
Sebagai contoh, seseorang yang mempunyai personaliti yang baik dan peramah akan
disenangi oleh individu lain di persekitaran dan begitu juga sebaliknya.
PELBAGAI KONSEP UTAMA DALAM KAJIAN PERSONALITI
Pelbagai pandangan ahli psikologi terhadap asas personaliti bukannya
membeza-bezakan perspektif mana yang betul dan salah, tetapi ianya merupakan
kesinambungan antara domain personaliti yang berlainan. Domain pengetahuan terhadap
personaliti merupakan bidang yang dikaji oleh ahli psikologi untuk mengetahui dan
mempelajari aspek khusus dan unik yang terdapat dalam sifat dan personaliti manusia.
Domain pengetahuan terhadap personaliti menggambarkan sempadan pengetahuan,
kepakaran dan pengkhususan pengkaji dalam mempelajari aspek personaliti. Secara
amnya, personaliti merupakan gabungan daripada aspek yang terdapat di dalam sifat
manusia. Domain pengetahuan terhadap personaliti merupakan kumpulan atau koleksi
pengetahuan tentang aspek personaliti yang tertentu. Ahli psikologi telah
mengkategorikan setiap domain personaliti menggunakan sempadan yang terbentuk
dalam psikologi personaliti. Dengan menggunakan domain pengetahuan terhadap
personaliti, para pengkaji dapat membentuk kaedah untuk menanyakan soalan,

7
ABPD2103
mengumpulkan asas fakta berkaitan personaliti, membangunkan penjelasan teoritikal
yang menyumbang kepada pengetahuan terhadap personaliti dari perspektif setiap
domain. Dengan cara ini, bidang personaliti dapat dikategorikan enam domain
pengetahuan yang berbeza terhadap sifat dan personaliti manusia iaitu : Domain disposisi
(personaliti yang dipengaruhi oleh tret individu sejak lahir dan membesar), Domain
biologikal (faktor semula jadi seperti genetik dan psikofisiologi), Domain intrapsikik
(konflik yang berlaku dalam pemikiran seseorang individu), Domain pengalaman dan
kognitif (melalui pemikiran, perasaan, kemahuan, kepercayaan dan pengalaman subjektif
seseorang individu), Domain budaya dan sosial (melalui posisi budaya dan sosial yang
terdapat di dalam kehidupan seharian) dan Domain pelarasan / penyesuaian (pelarasan
atau penyesuaian yang perlu dilakukan oleh seseorang individu bagi melalui cabaran
dalam kehidupan seharian). Ahli psikologi personaliti yang mengkaji dalam pelbagai
domain sering menggunakan perspektif teori yang berlainan dan memberi tumpuan
kepada fakta yang berbeza terhadap sifat manusia. Akibatnya, ahli psikologi dari domain
yang berbeza adakalanya kelihatan bercanggah antara satu sama lain. Sebagai contoh,
perspektif psikoanalitik Sigmund Freud melihat personaliti terdiri daripada naluri seksual
dan agresif yang tidak rasional, yang akhirnya mendorong kepada aktiviti seseorang
individu, manakala perspektif kognitif personaliti menganggap manusia sebagai “saintis”
yang rasional, dengan tenang berusaha untuk mengantisipasi, meramalkan dan
mengendalikan situasi yang berlaku dalam kehidupan seharian. Oleh itu, personaliti perlu
dilihat melalui gabungan pelbagai perspektif teori untuk mendapat pemahaman secara
menyeluruh.
DOMAIN DISPOSISI
Menurut Gordon, F. (2012), domain disposisi berperanan dalam mengukur dan
mengenal pasti ciri personaliti yang membezakan seseorang individu dengan individu
yang lain. Aspek personaliti yang difokuskan mempunyai ciri yang stabil sepanjang masa
dan konsisten di dalam pelbagai situasi. Domain disposisi meneroka bagaimana
perbezaan antara individu dari segi emosi, perasaan, konsep kendiri, karakteristik
fisiologikal dan mekanisma intrapsikik. Domain ini memberi ahli psikologi personaliti

8
ABPD2103
kaedah memfokuskan interaksi antara individu dan persekitarannya dan membantu
mengembangkan cara baru dalam mengukur karakteristik personaliti dan statistik bagi
menilai kajian personaliti. Selain itu, domain disposisi juga memfokuskan perbezaan
individu yang signifikan dan bagaimana ianya berkembang. Sebagai contoh, sesetengah
individu bersifat peramah dan mudah berkawan, manakala sesetengah individu pula
bersifat pemalu dan suka menyendiri. Kedua-dua individu tersebut menunjukkan sifat
sedemikian pada kebanyakan masa (stabil sepanjang masa) dan menunjukkan sifat
tersebut semasa bekerja dan bersosial (konsisten di dalam pelbagai situasi). Selain itu,
sesetengah individu bersifat mudah tersinggung dan terlalu mengikutkan perasaan,
manakala sesetengah individu bersifat tenang dan tidak mudah mengikut perasaan.
Terdapat banyak cara personaliti seseorang individu dapat dibezakan daripada individu
lain, dan perbezaan tersebut menjadi ciri stabil dan konsisten yang karakteristik yang
ketara dalam tingkah lakunya.
DOMAIN BIOLOGIKAL
Domain biologikal mengkaji faktor berkaitan dengan sistem tubuh yang
mempengaruhi atau dipengaruhi oleh personaliti. Domain ini meliputi elemen fizikal dan
sistem biologikal yang mempengaruhi atau dipengaruhi oleh tingkah laku, pemikiran dan
perasaan seseorang individu. Terdapat tiga bidang yang diperhatikan melalui domain
biologikal iaitu genetik, psikofisiologi dan evolusi. Menurut Abel, S. (2015), elemen
fizikal seperti jenis rambut, warna mata, ketinggian dan bentuk tubuh badan merupakan
personaliti yang dipengaruhi oleh faktor genetik. Selain itu, elemen fizikal juga
mempengaruhi tahap keaktifan, sikap seperti panas baran dan tenang, lebih suka
bersendirian atau berada bersama rakan-rakan. Seterusnya, bidang memberi
kesinambungan antara biologi dan personaliti ialah dalam sistem psikofisiologi, iaitu
fungsi otak dan sistem saraf yang menyumbang kepada personaliti seseorang individu.
Sebagai contoh, terdapat individu yang mempunyai lebih banyak aktiviti pada otak kanan
daripada otak kiri. Berdasarkan bukti kajian, ketidakseimbangan aktiviti pada hemisfera
otak dikaitkan dengan kecenderungan seseorang individu mengalami kemurungan dan
emosi negatif. Dari bidang evolusi pula, sistem tubuh seperti aktiviti otak dan saraf

9
ABPD2103
periferi akan bertindak balas dengan situasi yang sering dilalui oleh seseorang individu
dan akan mempengaruhi personalitinya. Sebagai contoh, seseorang yang sering
menghadapi cabaran dan situasi yang mencemaskan mempunyai aktiviti otak yang lebih
aktif dan merangsang pengeluaran hormon adrenalin dan serotonin dengan kadar lebih
berbanding dengan individu yang mempunyai kehidupan seharian yang tenang. Terdapat
kajian yang membantu ahli psikologi memahami hubungan antara biologikal dan
personaliti seperti ujian terhadap persamaan personaliti pasangan kembar yang tidak
dibesarkan sejak lahir.
DOMAIN INTRAPSIKIK
Domain intrapsikik berfokuskan mekanisma mental personaliti, yang
kebanyakannya bekerja secara luar sedar. Teori yang berkait rapat dengan domain
intrapsikik ialah teori psikoanalisis Sigmund Freud. Sigmund Freud berpendapat
personaliti terbentuk di luar konflik antara keperluan asas kehidupan dan kemahuan
daripada persekitaran. Menurut Jefferson, K. (2014), teori psikoanalisis Sigmund Freud
menerangkan personaliti terbahagi kepada tiga tahap, iaitu id, ego dan superego. Id
merupakan komponen personaliti yang hadir sejak dari lahir dan bersifat primitif dan
mengikut naluri manusia.Sebagai contoh, keperluan untuk memenuhi rasa lapar dan haus
didorong oleh id dengan tindakan mencari makanan dan minuman. Ego merupakan
elemen yang mengawal ego dengan mencari jalan yang realistik bagi memenuhi
keperluan. Sebagai contoh, ego berperanan dalam proses pemikiran sekunder yang
bersifat rasional, realistik dan berorientasikan penyelesaian masalah. Superego pula
menggabungkan nilai moral yang dipelajari daripada persekitaran dengan personaliti
yang mempengaruhi tindakan seseorang individu. Sebagai contoh, superego
mengingatkan perbuatan mencuri adalah salah dan dianggap negatif oleh masyarakat.
Teori ini diasaskan oleh sifat kenalurian manusia yang bercirikan seksual dan dorongan
agresif yang mempengaruhi tindakan seseorang individu. Walaupun andaian asas ini
sering terletak di luar bidang kajian empirikal langsung, penyelidikan yang mendalam
membuktikan motif seksual serta dorongan agresif sangat berpengaruh dan manifestasi
dalam tingkah laku sebenar dapat dikaji secara empirikal. Domain intrapsikik juga

10
ABPD2103
meliputi mekanisma pertahanan seperti penindasan, unjuran dan penafian serta motif
penggabungan, pencapaian dan kekuasaan yang telah dibuktikan melalui kajian.
DOMAIN PENGALAMAN DAN KOGNITIF
Domain pengalaman dan kognitif berdasarkan pengalaman subjektif dan kognitif
seperti pemikiran sedar, perasaan, kepercayaan, kemahuan terhadap diri sendiri dan juga
individu lain. Setiap mekanisma psikologikal yang meliputi pengalaman subjektif adalah
berlainan antara setiap individu. Salah satu komponen domain pengalaman ialah
keperluan dan pemikiran kendiri yang menjelaskan aspek deskriptif bagaimana seseorang
individu melihat dirinya, pengetahuan terhadap diri sendiri, imej diri pada masa lampau
dan masa akan datang. Selain itu, seseorang perlu menilai dirinya melalui kebaikan yang
telah dilakukan sepanjang hidupnya dan juga apakah kepentingan dirinya, seperti ingin
mempunyai keluarga yang bahagia atau mengejar kejayaan dari segi karier dalam hidup.
Menurut Larsen, R. J. (2017), aspek yang berbeza di dalam domain ini ialah matlamat
yang ingin dicapai oleh seseorang. Sesetengah ahli psikologi personaliti melihat sifat
manusia tujuan yang diarahkan oleh matlamat, menekankan pengaruh dalam
mengorganisasikan keperluan asas hidup, seperti keperluan terhadap penggabungan dan
kebolehan dalam mempengaruhi individu lain. Kajian menunjukkan pendekatan peribadi
dilihat melalui perkara dan tugas harian yang dilakukan oleh seseorang individu dalam
mencapai matlamat hidupnya. Sebagai contoh, seseorang individu bekerja dengan rajin
sehingga mendapat jawatan yang baik dalam perjalanan kariernya untuk memperbaiki
taraf hidup dan memberikan keselesaan kepada diri sendiri dan ahli keluarganya.
Seterusnya, antara aspek penting di dalam pengalaman subjektif berkait rapat dengan
emosi seseorang individu. Sebagai contoh, terdapat sesetengah individu yang menjalani
perjalanan kehidupannya dengan perasaan gembira disebabkan keselesaan dan
ketenangan hidup, manakala terdapat sesetengah individu yang kurang bernasib baik dan
terpaksa menjalani perjalanan hidupnya dengan perasaan sedih dan kecewa disebabkan
oleh kegagalan atau kesusahan yang menimpanya.
DOMAIN BUDAYA DAN SOSIAL

11
ABPD2103
Domain budaya dan sosial mengetengahkan personaliti dipengaruhi oleh aspek
budaya dan sosial yang terdapat di persekitaran kehidupan seseorang manusia dan tidak
terhad kepada faktor biologikal sahaja. Dari aspek budaya, personaliti seseorang individu
berbeza disebabkan oleh kepercayaan, nilai, adat dan tradisi kelompok masyarakat yang
dihuninya. Sebagai contoh, budaya masyarakat asli Yanomami di Venezuela sangat
agresif dan berpendapat seseorang individu masih belum mencapai status dewasa
sehinggalah beliau membunuh individu lain, manakala secara kontras, budaya
masyarakat Kung San di Afrika adalah menjalani kehidupan yang aman dan tenang di
mana kelakuan agresif sangat tidak digalakkan dan pelakunya akan dimalukan. Perbezaan
personaliti di antara kedua-dua masyarakat tersebut adalah disebabkan pengaruh budaya
yang diamalkan sejak turun-temurun. Dalam kata lain, pengaruh budaya yang
berbeza-beza akan mencorakkan personaliti yang akan mempengaruhi tingkah laku
seseorang individu. Tingkah laku yang dipaparkan oleh seseorang individu bergantung
kepada norma yang diterima dan digalakkan di dalam kelompok yang dihuninya.
Menurut Ambrose, D. (2013), personaliti juga memainkan peranan dalam membantu
mengekalkan kedudukan dan statusnya dalam kelompok sosialnya. Sebagai contoh,
personaliti dominan atau submisif memberi kesan terhadap kelompok sosial seseorang
individu dalam menyelesaikan konflik yang berlaku dan mempengaruhi serta
memanipulasi individu lain. Selain itu, personaliti introvert dan ekstrovert juga
mempengaruhi bilangan kenalan dan populariti seseorang individu di dalam
kelompoknya. Seterusnya, aspek jantina juga memainkan peranan penting dalam
mempengaruhi personaliti seseorang individu dan pengaruhnya terhadap kelompok sosial
yang dihuninya. Sebagai contoh, golongan wanita yang mempunyai personaliti lembut
dan sopan berbanding lelaki akan diberikan keutamaan di dalam kelompok masyarakat,
seperti menyediakan tempat duduk khas bagi golongan wanita di bas atau kereta api.

DOMAIN PELARASAN / PENYESUAIAN

12
ABPD2103
Domain pelarasan / penyesuaian memfokuskan bagaimana personaliti
mempengaruhi adaptasi, kebolehan menyesuaikan diri dan mengatasi cabaran dan
perubahan yang berlaku di dalam kehidupan. Secara ringkasnya, domain pelarasan /
penyesuaian mengkaji akibat personaliti dalam kehidupan seseorang individu. Terdapat
dua akibat personaliti terhadap kehidupan yang ingin dilihat di dalam domain ini, iaitu
kesihatan fizikal dan kesihatan mental. Menurut Locke, E. (2010), seseorang individu
akan menyesuaikan diri sepanjang kehidupannya berdasarkan keperluan dan interaksi
sosialnya. Namun begitu, pelbagai cabaran dan situasi yang ditempuhi dalam kehidupan
seseorang individu akan membawa kepada perasaan stress yang boleh mengganggu
emosi dan mengubah personalitinya. Kebolehan seseorang dalam mentafsirkan kejadian
dan situasi yang berlaku dapat menangani stress dan mencari jalan yang terbaik dalam
kehidupannya. Dari segi kesihatan mental, personaliti memainkan peranan penting dalam
menilai dan mentafsirkan situasi, dan seterusnya membantu dalam mengadaptasi aliran
kehidupan seseorang individu. Tambahan lagi, sesetengah individu menunjukkan corak
tingkah laku, emosi dan hubungan interpersonal yang menimbulkan impak negatif
kepada diri sendiri dan persekitaran mereka yang membentuk personaliti bermasalah.
Personaliti bermasalah yang tidak ditangani dengan baik akan menyebabkan gangguan
personaliti yang boleh menyumbang kepada penyakit mental seperti kemurungan dan
kecelaruan bipolar. Dari segi kesihatan fizikal pula, personaliti dapat memberi impak
positif dan negatif kepada seseorang individu berdasarkan tabiat serta gaya hidup yang
diamalkannya. Sebagai contoh, seseorang yang mengamalkan pemakanan yang sihat dan
memenuhkan masa lapangnya dengan aktiviti riadah mempunyai taraf kesihatan yang
baik dan mempunyai risiko yang rendah untuk mendapat penyakit kronik seperti
hipertensi, penyakit kardiovaskular dan diabetes.

13
ABPD2103

PEMERHATIAN PERSONALITI BERDASARKAN TIGA PERINGKAT


ANALISA
Subjek bagi pemerhatian personaliti berdasarkan tiga peringkat analisa ialah isteri
saya. Subjek berbangsa Dusun, iaitu etnik peribumi Sabah, berumur 27 tahun dan berasal
dari keluarga yang bertaraf ekonomi sederhana. Beliau seorang penjawat awam dan
bekerja di dalam bidang perubatan sebagai jururawat masyarakat. Saya akan membuat
pemerhatian personaliti mengikut tiga peringkat analisa yang dirumuskan secara
terperinci oleh Henry A. Murray dan Clyde Kluckhohn pada tahun 1948 dalam buku
mereka yang membincangkan tentang budaya dan personaliti. Menurut Revell, W.
(2015), personaliti seseorang individu dapat dianalisa berdasarkan tiga peringkat iaitu
seperti orang lain (peringkat sifat semula jadi manusia), seperti sesetengah orang
(peringkat perbezaan individu dan kumpulan) dan seperti dirinya sendiri (peringkat
keunikan individu). Kaedah dalam memahami perbezaan-perbezaan ini ialah dari
perspektif setiap peringkat, iaitu dalam peringkat sifat semula jadi manusia merujuk
kepada ciri-ciri persamaan yang terdapat pada semua individu yang bersifat universal,
peringkat perbezaan individu dan kumpulan merujuk kepada ciri-ciri yang terdapat pada
sesetengah orang tetapi tidak seperti orang lain, manakala peringkat keunikan individu
merujuk kepada ciri-ciri yang hanya terdapat pada seseorang individu dan tidak terdapat
pada mana-mana orang selain dirinya sendiri.

PERINGKAT SIFAT SEMULA JADI MANUSIA


Peringkat pertama analisa personaliti menilai sifat semula jadi manusia secara
umumnya, iaitu tret dan mekanisma personaliti yang menjadi kebiasaan dan didapati pada
semua orang. Menurut Murray dan Kluckhohn (1953), seseorang individu dikatakan
sama seperti orang lain kerana sebahagian daripada ciri personalitinya adalah sama dan
universal kepada semua manusia. Hal ini diperjelaskan melalui ciri umum biologikal
tubuh, persekitaran fizikal, budaya serta kelompok yang dihuni oleh setiap individu. Dari
aspek biologikal, subjek mempunyai perjalanan yang sama seperti setiap manusia lain

14
ABPD2103
yang hidup di muka bumi ini dan perlu menjalani proses perkembangan fizikal yang
penting baginya untuk meneroka persekitaran, kemudian mempelajari kaedah untuk
melindungi diri dari ancaman di sekelilingnya, menghadapi cabaran dan dugaan dalam
hidup dan mencari jalan penyelesaiannya, berkembang dari peringkat bayi kepada
kanak-kanak, remaja dan akhirnya menjadi dewasa. Dari aspek budaya dan sosial pula,
sebagai contoh, hampir semua manusia mempunyai kebolehan bahasa yang berfungsi
sebagai medium untuk berkomunikasi antara satu sama lain. Semua budaya yang terdapat
di dunia ini mempunyai bahasa yang boleh disampaikan melalui pertuturan, penulisan
mahupun isyarat tubuh badan dan hal ini menjadikan bahasa sebagai sesuatu yang
bersifat umum dan universal dalam sifat semula jadi manusia. Subjek menggunakan
bahasa Malaysia dan Inggeris sebagai bahasa pertuturan seharian yang digunakan dan
difahami oleh hampir kesemua penduduk di negara ini. Bahasa Malaysia merupakan
bahasa rasmi di Malaysia dan bahasa Inggeris merupakan bahasa antarabangsa yang
digunakan sebagai bahasa penghubung di seluruh dunia. Subjek mula mempelajari
bahasa Malaysia dan Inggeris secara tidak formal melalui pendidikan daripada ibu
bapanya di rumah sebelum memasuki alam persekolahan di mana bahasa Malaysia dan
Inggeris diajar oleh guru-guru secara formal mengikut sukatan kurikulum yang
ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran. Kesemua sekolah yang terdapat di negara ini
mewajibkan pelajarnya mempelajari serta menguasai bahasa Malaysia dan Inggeris yang
juga merupakan mata pelajaran yang terdapat pada kurikulum asas bermula dari
pra-sekolah sehingga sekolah menengah. Selain itu, subjek juga menguasai bahasa Dusun
yang juga merupakan bahasa ibundanya dan digunakan secara meluasa oleh etnik Dusun
di negeri Sabah. Subjek mempelajari dan menguasai bahasa Dusun melalui pertuturan
harian di antara ahli keluarganya sejak dari usia kanak-kanak. Dari aspek psikologikal
pula, subjek mempunyai kehendak yang sama dengan individu lain iaitu untuk hidup
bersama dengan orang lain yang terdiri daripada ahli keluarga, pasangan hidup,
rakan-rakan dan menjadi sebahagian daripada kelompok sosial. Kehendak untuk berada
di dalam kumpulan individu yang mempunyai fungsi yang kompleks seperti menjaga dan

15
ABPD2103
melindungi antara satu sama lain serta membentuk komuniti bermasyarakat merupakan
naluri dan mekanism umum yang terdapat pada sifat semula jadi manusia.

PERINGKAT PERBEZAAN INDIVIDU DAN KUMPULAN


Peringkat kedua analisa personaliti melihat perbezaan yang terdapat pada individu
dan kelompoknya. Perbezaan individu merujuk kepada ciri personaliti yang terdapat pada
seseorang individu yang juga terdapat pada sesetengah individu lain. Sebagai contoh,
sesetengah individu suka berada di suasana yang meriah seperti menghadiri parti dan
bersuka ria, manakala sesetengah individu suka berada di suasana yang sunyi seperti
berada di rumah yang tenang dan membuat aktiviti seperti membaca buku. Selain itu,
terdapat sesetengah individu tidak berasa gentar melakukan aktiviti yang mencabar dan
berisiko seperti mendaki gunung, menunggang motorsikal berkuasa tinggi dan ​bungee
jumping​, manakala terdapat sesetengah individu mempunyai ketakutan terhadap
perkara-perkara tersebut. Sesetengah individu mempunyai keyakinan yang tinggi dan
dapat menjalani kehidupan yang bebas daripada kebimbangan, manakala terdapat
sesetengah individu yang mempunyai keyakinan yang rendah dan sentiasa dibelenggu
keresahan. Contoh-contoh tersebut menunjukkan dimensi perbezaan individu, yang
menenujukkan setiap individu mempunyai ciri-ciri yang sama seperti individu lain.
Berdasarkan perbezaan individu, subjek mempunyai personaliti ekstrovert yang suka
berinteraksi dengan persekitarannya serta mempunyai ciri-ciri serta sifat peribadi seperti
peramah, mudah berkawan, suka berada di suasana yang meriah, mempunyai keyakinan
diri yang tinggi apabila melakukan sesuatu pekerjaan dan suka melibatkan diri dalam
aktiviti-aktiviti kemasyarakatan yang dianjurkan di tempat kerjanya. Ciri-ciri dan sifat
peribadi tersebut menunjukkan persamaan yang terdapat pada individu lain yang
mempunyai personaliti ekstrovert seperti dirinya. Menurut Cosey, J. (2015), personaliti
juga boleh diperhatikan melalui perbezaan antara kumpulan yang melihat individu yang
berada di sebuah kumpulan mempunyai persamaan dalam ciri-ciri personaliti dan ciri-ciri
personaliti kumpulan tersebut membuatkan mereka berlainan daripada kumpulan yang
lain. Antara kumpulan yang sering dikaji oleh ahli psikologi personaliti ialah kumpulan

16
ABPD2103
yang mempunyai perbezaan dari kategori umur, jantina, agama, budaya, pandangan
politik, kepercayaan dan latar belakang sosio ekonomi. Dari segi perbezaan kumpulan,
subjek berada di dalam kumpulan yang mempunyai latar belakang sosio ekonomi yang
sederhana. Subjek mempunyai pekerjaan berpendapatan sederhana, mempunyai
kehidupan yang selesa dan dapat memenuhi keperluan hidupnya, dapat membantu ahli
keluarga yang lain dari sumber kewangan, mempunyai aset seperti kenderaan sendiri dan
rumah yang dikongsi bersama suami. Selain itu, subjek juga tergolong dalam golongan
kumpulan jantina wanita yang bersifat lemah lembut dan diberikan keutamaan
berbanding lelaki. Hal ini menunjukkan subjek berada di dalam kumpulan yang
mempunyai personaliti yang sama dengannya dan berbeza daripada kumpulan lain.

PERINGKAT KEUNIKAN INDIVIDU


Menurut Cameron, F. (2013), tiada dua individu, walaupun pasangan kembar yang
dibesarkan bersama-sama mempunyai personaliti yang serupa. Hal ini kerana setiap
individu mempunyai ciri personaliti khusus dan peribadi yang tidak dikongsikan dengan
orang lain. Salah satu matlamat kajian dalam psikologi personaliti adalah untuk melihat
keunikan personaliti setiap individu dan menjadikan keunikan tersebut tumpuan yang
dapat membezakannya dengan individu lain. Terdapat perbahasan di dalam bidang
psikologi personaliti yang membincangkan sama ada kajian terhadap seseorang individu
dijalankan secara ​nomothethical iaitu seorang individu yang mempunyai karakteristik
personaliti yang sama dengan individu lain mewakili kumpulannya, atau secara
idiographical ​iaitu secara tunggal dan unik. Kajian ​nomothethical secara amnya
melibatkan perbandingan statistik yang dilakukan kepada individu atau kumpulan yang
memerlukan sampel yang ramai, manakala kajian ​idiographical berfokuskan subjek
tunggal dan membuat pemerhatian prinsip umum yang mempengaruhi kehidupan tunggal
sejajar dengan tempoh masa yang tertentu. Sebagai contoh, kajian ​idiographical Sigmund
Freud mencatat psikobiografi mengenai Leonardo Da Vinci dan Rosenzweig yang
bertujuan untuk menganalisa kesan turutan yang kejadian yang berlaku mempengaruhi
kehidupan seseorang individu dan mengenal pasti kejadian yang dianggap kritikal yang

17
ABPD2103
mempunyai pengaruh yang besar di dalam kehidupan. Kajian-kajian tersebut telah
membuktikan bahawa kaedah ​idiographical lebih mengetengahkan dan menyerlahkan
keunikan personaliti seseorang individu yang membezakannya daripada orang lain.
Berdasarkan pemerhatian terhadap keunikan individu, subjek mempunyai cara yang unik
dan berlainan dalam menunjukkan perasaan gembira dan berkongsi kasih sayang dengan
ahli keluarga iaitu membuat perhimpunan keluarga untuk makan bersama-sama. Subjek
menggunakan cara memasak hidangan kegemarannya dan makan bersama ahli keluarga
untuk meluangkan masa dan menunjukkan rasa sayang kepada mereka. Selain itu, subjek
juga mempunyai cara tersendiri apabila berasa marah atau sedih terhadap sesuatu perkara
dan situasi yang berlaku di dalam hidupnya. Subjek akan mencari ketenangan jiwa
dengan melukis dan mengekspresikan kemarahan atau kesedihan melalui lukisannya.

18
ABPD2103

LIMA KESAN PERSONALITI TERHADAP KEHIDUPAN SUBJEK YANG


DIANALISA
Subjek dapat dilihat sebagai seorang individu yang mempunyai personaliti berciri
ekstrovert melalui analisa terhadap personaliti yang dilakukan terhadapnya. Sebagaimana
yang telah diketahui, personaliti mempengaruhi bagaimana seseorang individu
berhadapan dengan persekitarannya dan impak persekitaran terhadap dirinya. Melalui
pemerhatian dan analisa yang dilakukan, seorang individu yang mempunyai personaliti
ektrovert terbukti dapat menjalani kehidupannya dengan baik dan memberi impak yang
positif dalam pelbagai aspek kehidupan sehariannya. Menurut Connor, E. (2013),
ekstrovert telah diperkenalkan oleh ahli psikologi Carl Jung yang merupakan tret
personaliti berciri mengarahkan tenaga keluar dengan mencari rangsangan daripada
persekitaran sosial, berani dalam menghadapi risiko serta cabaran dan secara amnya
mencari keseronokan daripada persekitaran luaran. Secara semula jadinya, seseorang
individu yang mempunyai personaliti ektrovert akan mengalami pengalaman hidup yang
kaya dengan dengan emosi yang membawa kepada gaya hidup yang lebih bervariasi dan
biasanya berpotensi untuk mempunyai kehidupan yang baik disebabkan oleh jumlah
sosialisasi yang mereka lakukan serta melalui situasi yang dihadapi dalam kehidupan
seharian. Oleh itu, terdapat pelbagai kesan personaliti ekstrovert yang membawa impak

19
ABPD2103
positif terhadap berbagai aspek kehidupan seperti pergaulan sosial, kesihatan diri,
pekerjaan, pemikiran dan pengurusan kehidupan seharian.

PERGAULAN SOSIAL
Dari aspek pergaulan sosial, seseorang individu yang mempunyai personaliti
ekstrovert pada kebiasannya bijak dalam berinteraksi dan mengekalkan hubungan yang
baik antara individu dalam persekitaran sosial mereka. Individu ekstrovert berpendapat
bahawa keperluan untuk berada dalam kumpulan sosial adalah suatu keperluan dan akan
mencari jalan yang terbaik dalam mengekalkan hubungan antara individu dalam
persekitaran sosial mereka. Menurut Mitchell, A. (2014), individu ekstrovert yang
terkenal dengan sikap suka berkawan dan peramah merupakan golongan yang aktif
secara sosial dalam kehidupan seharian dan sering menjalinkan hubungan sosial baru
dengan individu lain di persekitaran mereka pada setiap hari serta berhadapan dengan
situasi yang menjadi sebahagian daripada pengalaman dalam kehidupan. Disebabkan oleh
kecenderungan untuk menjalinkan hubungan sosial yang baru dengan individu lain di
persekitaran mereka pada setiap hari, individu ekstrovert mempunyai pengalaman yang
luas dan mahir dalam mengekalkan suasana sosial yang baik dengan memahami perasaan
individu lain dan peka terhadap keperluan mereka. Individu ekstrovert juga pada
kebiasaannya disenangi oleh persekitaran sosialnya kerana keupayaan mereka dalam
menawan hati dengan gaya pertuturan dan keikhlasan hati mereka dalam membantu
individu lain. Dari aspek pergaulan sosial, subjek yang dianalisa mempunyai hubungan
yang baik dengan individu lain di persekitaran sosialnya disebabkan oleh personalitinya
yang peramah dan mudah mesra. Subjek juga dilihat mempunyai banyak kawan dan
kehadirannya sangat disenangi apabila berada dalam persekitaran sosial di dalam
kehidupan seharian.

KESIHATAN DIRI
Dari aspek kesihatan diri, golongan ekstrovert pada kebiasaannya mempunyai
kesihatan fizikal dan mental yang baik disebabkan oleh emosi yang positif dan gaya

20
ABPD2103
hidup yang aktif diamalkan oleh mereka dalamm kehidupan seharian. Menurut Gentry,
W. D. (2014), individu ekstrovert mempunyai tahap kesihatan diri yang lebih baik
disebabkan oleh keupayaan mereka dalam menangani situasi yang boleh menyebabkan
stress dan kebimbangan dan mencari jalan penyelesaian yang terbaik dalam situasi
tersebut. Stress dan kebimbangan yang berpanjangan berpotensi untuk memberi impak
negatif kepada kesihatan tubuh dengan menjadi penyebab kepada penyakit kronik seperti
hipertensi, penyakit kardiovaskular, gangguan mental dan sebagainya. Individu ekstrovert
dibuktikan lebih bijak dalam menangani punca stress dan masalah yang dihadapi oleh
kehidupan seharian kerana mereka mempunyai lingkungan sosial yang luas dan mudah
untuk mendapatkan bantuan dan sokongan moral dari individu lain seperti ahli keluarga
dan rakan-rakan yang berada di persekitaran mereka. Selain itu, sebuah kajian yang
dilakukan oleh University Of Nottingham di England kepada 121 orang responden telah
menunjukkan bahawa golongan yang mempunyai personaliti ekstrovert dikaitkan dengan
keupayaan yang baik dalam daya tahan terhadap penyakit. Di dalam kajian tersebut, 121
orang responden diarahkan untuk mengisi soal selidik untuk mengetahui tret personaliti
mereka berserta sampel darah untuk dipadankan dengan 19 gen yang berlainan yang
berfungsi dalam respon daya tahan tubuh terhadap patogen yang membawa penyakit.
Hasil kajian menunjukkan golongan ekstrovert mempunyai daya tahan tubuh yang terbaik
dalam melawan penyakit disebabkan oleh sifat semula jadi mereka yang lebih bersosial
dan berhadapan dengan orang ramai di persekitaran. Hal ini berkemungkinan berlaku
dengan pembinaan antibodi semula jadi oleh tubuh disebabkan risiko pendedahan secara
berulang-ulang kepada patogen yang terdapat di persekitaran. Dari segi aspek kesihatan
diri, subjek dapat dilihat mempunyai tahap kesihatan yang baik dan terhindar daripada
risiko penyakit kronik seperti hipertensi dan penyakit kardiovaskular. Hal ini disebabkan
oleh kebolehan subjek dalam menangani isu yang boleh mendatangkan stress dalam
kehidupan sehariannya dan gaya hidupnya yang aktif dengan aktiviti beriadah dan
bersukan pada masa lapang bersama rakan-rakan.

PEKERJAAN

21
ABPD2103
Dari aspek pekerjaan, golongan ekstrovert dilihat mempunyai potensi yang baik
dalam perjalanan karier mereka. Hal ini kerana golongan ekstrovert terkenal dengan
personaliti peramah, menjadi tumpuan di dalam sesuatu situasi, mudah bergaul dan
sentiasa memastikan idea dan pandangan mereka didengari oleh individu lain. Sifat-sifat
tersebut amat berguna dalam menjalankan tugas seharian dengan baik dalam organisasi
yang dianggotai golongan tersebut. Selain itu, individu ekstrovert juga mahir
mengendalikan pelbagai tugas dan tanggungjawab pada masa yang sama serta bijak
berhadapan gabungan persekitaran yang sibuk dengan orang ramai. Menurut Anders, P.
(2013), golongan ekstrovert sangat responsif dengan persekitaran mereka berkaitan
dengan bidang pekerjaan dan mudah untuk beradaptasi dengan persekitaran kerja yang
memerlukan hubungan baik antara pekerja dan klien. Golongan ekstrovert berpotensi
untuk berjaya di bahagian pemasaran, jualan dan komunikasi di sesebuah organisasi
disebabkan oleh kemahiran mereka dalam bergaul dengan kelompok sosial di
persekitaran. Di samping itu, keupayaan golongan tersebut dalam bertindak balas dengan
baik kepada individu lain juga dapat membantu dalam menjalinkan hubungan kerja yang
baik antara majikan, pekerja mahupun pelanggan. Golongan ini mampu menyelesaikan
permasalahan yang terdapat di dalam organisasi dalam tempoh yang singkat dan
seringkali disukai oleh para klien disebabkan kemahiran komunikasi mereka. Personaliti
sebegini juga dapat membantu menenangkan situasi yang tegang, khususnya semasa
berada di dalam mesyuarat dan apabila berhadapan masalah dengan klien. Berdasarkan
pemerhatian dari aspek pekerjaan, subjek dilihat sebagai seorang pekerja yang aktif
dalam tugas harian dan juga sering melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang dianjurkan
oleh jabatannya. Seterusnya, subjek juga mempunyai hubungan yang baik antara rakan
sekerja dan para kliennya disebabkan oleh kemahirannya dalam berkomunikasi dan
menangani isu-isu yang dihadapi semasa bekerja.

PEMIKIRAN
Dari aspek pemikiran, individu ekstrovert sangat bertindak balas kepada ganjaran
dan penghargaan yang bersifat positif kepada diri mereka. Menurut Dreher, B. (2015),

22
ABPD2103
golongan ekstrovert mempunyai kehidupan yang lebih gembira daripada golongan
introvert berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Washington State University
menunjukkan golongan yang mempunyai personaliti ekstrovert menunjukkan perasaan
lebih gembira terhadap tingkah laku dan sikap positif yang berlaku di dalam kehidupan
seharian mereka. Selain itu, golongan ekstrovert juga berfikir dan bertindak balas pada
kadar yang lebih singkat daripada golongan introvert yang melibatkan cara sesuatu
rangsangan diterima dan diproses. Pada golongan ekstrovert, rangsangan yang diterima
memerlukan masa lebih singkat untuk diproses di kawasan tengah otak yang berfungsi
dalam mentafsirkan rangsangan kepada informasi dari organ deria rasa, sentuhan dan
penglihatan, manakala pada golongan introvert, rangsangan yang sama perlu diproses
dengan lebih lama melalui bahagian lobus frontal otak yang bertanggungjawab dalam
fungsi mengingat, merancang dan menyelesaikan masalah. Di samping itu, golongan
ekstrovert juga menganggap serius terhadap pengambilan risiko dalam kehidupan
seharian yang dipengaruhi oleh tahap sensitiviti mereka kepada dopamin, pemancar
neuro yang terdapat di otak dan terdapat peningkatan yang ketara pada dopamin di
bahagian ​amygdala ​dan ​nucleus accumbens di otak semasa seseorang individu berada di
dalam situasi yang tegang dan mencabar. Berdasarkan pemerhatian dari aspek pemikiran,
subjek dapat dianalisa sebagai seorang individu yang bijak dalam menangani
permasalahan dan isu yang berlaku di dalam kehidupan sehariannya. Selain itu, subjek
juga kelihatan ceria dan gembira disebabkan oleh persepsinya yang sentiasa positif
kepada perkara yang berlaku di dalam kehidupan sehariannya.

PENGURUSAN KEHIDUPAN SEHARIAN


Dari aspek pengurusan kehidupan seharian, golongan ekstrovert kelihatan lebih
bermotivasi dan bijak dalam menjalani kehidupan seharian mereka. Menurut Brown, S.
(2017), golongan ekstrovert tidak mudah untuk berasa bosan dengan rutin kehidupan
seharian mereka disebabkan oleh kemahiran untuk merancang dan mempelbagaikan
aktiviti seharian mereka. Mereka akan sentiasa mencari sesuatu aktiviti untuk

23
ABPD2103
menghiburkan diri yang dilakukan dan dikongsi bersama individu di persekitaran.
Sebagai contoh, seseorang individu ekstrovert mempelbagaikan aktiviti sehariannya
dengan mengisi masa lapang dengan aktiviti riadah seperti bersukan, bersiar-siar di
tempat rekreasi atau melakukan aktiviti yang diminati sebagai hobinya untuk
mengelakkan dirinya berasa bosan dengan rutin kehidupan yang sama dan tidak
berubah-ubah. Di samping itu, golongan ekstrovert juga bermotivasi dalam melakukan
tugas seharian mereka. Golongan ini kadangkalanya memberi penghargaan dan ganjaran
kepada diri mereka apabila dapat menyelesaikan sesuatu tugasan dengan melakukan
aktiviti yang disukai, membeli hadiah kepada diri sendiri dan sebagainya. Dengan
menggunakan sistem ganjaran tersebut, setiap aktiviti dan perkara yang dilalui dalam
kehidupan seharian akan kelihatan lebih menarik dan menyeronokkan. Berdasarkan aspek
pengurusan kehidupan seharian, subjek kelihatan bermotivasi dalam melakukan rutin
kehidupannya. Subjek melakukan aktiviti dalam kehidupan sehariannya dengan
bersunggguh-sungguh dan sering mengisi masa lapangnya dengan aktiviti disukainya.

KESIMPULAN
Kesimpulannya, personaliti manusia merupakan sesuatu yang kompleks kerana
setiap individu mempunyai gabungan unik personaliti yang membentuk dirinya.
Personaliti ditakrifkan sebagai himpunan pola emosi, pemikiran dan tingkah laku unik
yang dimiliki oleh seseorang individu. Personaliti juga berkait rapat dengan tindakan dan
perlakuan seseorang individu dalam menzahirkan ciri-ciri kawalan dan pemikiran.
Menurut American Psychological Association [APA] (2015), personaliti merujuk kepada
sesuatu kualiti atau keadaan yang terdapat atau sedia wujud di dalam diri seseorang

24
ABPD2103
individu yang melengkapkan dirinya sebagai seorang insan, Personaliti merangkumi
gabungan penyusunan di antara faktor-faktor seperti biologi, psikologi dan sosiologi.
Seseorang individu itu haruslah mempunyai personaliti bagi membolehkan proses
sosialisasi dengan persekitarannya berlaku.
Pembentukan personaliti seseorang individu adalah berbeza-beza domain
pengetahuan terhadap personaliti yang terdiri daripada (1) Domain disposisi yang
menjelaskan pengaruh tret individu sejak lahir dan pembesarannya, (2) Domain psikologi
iaitu faktor semula jadi seperti genetik dan ciri-ciri fizikal, (3) Domain intrapsikik yang
menjelaskan konflik yang berlaku di dalam pemikiran seseorang individu, (4) Domain
pengalaman dan kognitif yang mengetengahkan pemikiran, perasaan, kemahuan,
kepercayaan dan pengalaman yang dilalui oleh setiap individu, (5) Domain budaya dan
sosial iaitu pengaruh budaya dan sosial dalam pembentukan personaliti dan (6) Domain
pelarasan / penyesuaian iaitu penyesuaian personaliti yang perlu dilakukan oleh
seseorang individu di dalam kehidupan sehariannya. Setiap domain tersebut
mempengaruhi pembentukan personaliti seseorang individu dan berbeza-beza mengikut
cara seseorang dibesarkan, budaya yang terdapat di persekitarannya dan
pengalaman-pengalaman hidup yang dilaluinya.
Berdasarkan tiga peringkat analisa personaliti yang dirumuskan oleh Henry A.
Murray dan Clyde Kluckhohn, personaliti seseorang individu dapat dinilai melalui tiga
peringkat iaitu persamaan di peringkat sifat semula jadi manusia, perbezaan individu dan
kumpulan dan keunikan individu tersebut yang tidak terdapat pada orang lain. Hal ini
membuktikan personaliti yang dimiliki oleh setiap individu adalah berbeza-beza dan tiada
antara individu di dunia ini mempunyai personaliti yang serupa secara keseluruhannya.
Setiap peringkat analisa personaliti tersebut menjelaskan tret dan mekanisma personaliti
yang berbeza-beza mengikut individu.
Seseorang individu perlu mahir dalam menyesuaikan personalitinya apabila
berinteraksi dengan individu lain di persekitarannya. Hal ini kerana personaliti yang
ditunjukkan oleh seseorang individu kepada persekitarannya mampu memberi impak

25
ABPD2103
yang positif dan negatif berdasarkan pendapat dan penerimaan individu lain terhadap
personalitinya.

(5672 PATAH PERKATAAN)

RUJUKAN
PENGENALAN

26
ABPD2103
Abel, S. (2017). ​Three Levels Of Personality Analysis​. Dimuat turun dari
https://www.doctorabel.us/personality-psychology/three-levels-of-personality-analys
is.html
Cherry, K. (2017). ​What Is Personality And Why Does It Matter? Dimuat turun dari
https://www.verywellmind.com/what-is-personality-2795416
Jones, S. (2018). ​How Do Your Personality Traits Affect Your Life? Dimuat turun
dari ​https://exploringyourmind.com/personality-traits-affect-life/
Valsiner, J. (1986). ​The Individual Subject And Scientific Psychology. Dimuat turun
dari
https://books.google.com.my/books/about/The_Individual_Subject_and_Scientific_P
s.html?id=pbYNO8wpdqgC&printsec=frontcover&source=kp_read_button&redir_es
c=y#v=onepage&q&f=false

PELBAGAI KONSEP UTAMA DALAM KAJIAN PERSONALITI


Abel, S. (2015). ​The Biological Domain. Dimuat turun dari
https://www.doctorabel.us/personality-psychology/the-biological-domain.html
Ambrose, D. (2013). ​Social-Cultural Domain : Personality Psychology. Dimuat
turun dari
https://www.studocu.com/en/subject/personality-psychology/social-cultural-domain/
Z9S5wLQ7zERt
Erika Locke (2010). ​Adjustment Domain​. Dimuat turun dari
https://prezi.com/kb3np_4x58tr/adjustment-domain/
Gordon, F. (2012). ​Domains Of Knowledge : Where We’ve Been, Where We’re
Going. Dimuat turun dari
http://highered.mheducation.com/sites/0070366055/student_view0/chapter20/chapter
_outline.html
Jefferson, K. (2014). ​The Intrapsychic Domain​. Dimuat turun dari
http://www.researchomatic.com/the-intrapsychic-domain-117860.html

27
ABPD2103
Larsen, R. J. (2017). ​Personality Psychology : Domains Of Knowledge About Human
Nature​. Dimuat turun dari
https://research.utwente.nl/en/publications/personality-psychology-domains-of-know
ledge-about-human-nature
PEMERHATIAN PERSONALITI BERDASARKAN TIGA PERINGKAT
ANALISA
Cameron, F. (2013). ​Personality Psychology​. Dimuat turun dari
http://www.academia.edu/18195817/Personality_Psychology
Cosey, J. (2015). ​Levels Of Personality Analysis​. Dimuat turun dari
http://slideplayer.com/slide/2751880/
Murray, H. A., & Kluckhohn, C. (1953). ​Personality In Nature, Society And Culture​.
Dimuat turun dari ​https://www.panarchy.org/kluckhohn/personality.1953.html
Revell, W. (2015). ​A Model For Personality At Three Levels​. Dimuat turun dari
https://www.sciencedirect.com/science/article/pii/S0092656615000318

LIMA KESAN PERSONALITI TERHADAP KEHIDUPAN SUBJEK YANG


DIANALISA
Anders, P. (2013). ​Introverts And Extroverts : The Advantages Of Having These
Personalities In Your Organization​. Dimuat turun dari
http://mystarjob.com/articles/story.aspx?file=/2013/2/23/mystarjob_careerguide/127
18436&sec=mystarjob_careerguide
Brown, S. (2017). ​Mind : Introverted Vs. Extraverted​. Dimuat turun dari
https://www.16personalities.com/articles/mind-introverted-vs-extraverted
Connor, E. (2013). ​Being An Extrovert : The Good And The Bad​. Dimuat turun dari
http://brainstormpsychology.blogspot.my/2013/06/being-extrovert-ups-and-downs.ht
ml
Dreher, B. (2015). ​Five Hidden Strengths Of Extroverts​. Dimuat turun dari
https://www.rd.com/health/wellness/extrovert-personality-strengths/

28
ABPD2103
Gentry, W. D. (2014). ​The Effects Of Happiness And Positive Emotions. Dimuat turun
dari
http://www.dummies.com/relationships/happiness/the-benefits-of-happiness-and-pos
itive-emotions/
Mitchell, A. (2014). ​Benefits Of Being An Extrovert. Dimuat turun dari
https://www.boldsky.com/insync/pulse/2014/benefits-of-being-an-extrovert-037183.
html

KESIMPULAN
American Psychological Association [APA] (2015). ​Personality​. Dimuat turun dari
http://www.apa.org/topics/personality/

29

Anda mungkin juga menyukai