Anda di halaman 1dari 11

1.

0 Pengenalan

Kerjaya merupakan satu perkara yang perlu difikirkan oleh setiap individu kerana ia
berkaitan dalam kehidupan dan masa hadapan individu dengan bidang kerjaya yang
dipilihnya. Pemilihan kerjaya bemula seawal usia kanak-kanak dengaan persepsi
mereka terhadap pekerjaan dan berkembang ke peringkat remaja dan awal dewasa.

Satu kajian kes telah dijalankan terhadap seorang klien bernama Fawaz
(bukan nama sebenar) yang berusia 20 tahun dan berasal dari Losong, Kuala
Terengganu. Menghabiskan pendidikan di tahap menengah di Sekolah Menengah
Kebangsaan Sultan Ahmad dan seterusnya menyambung pengajian ke peringkat sijil
dalam bidang Akuakultur selama 2 tahun di Kolej Komuniti Bera, Pahang dari tahun
2017 sehingga 2019.

Merupakan anak bongsu dari sepuluh orang adik beradik. Mempunyai ibu
yang berusia 62 tahun dan sudah ketiadaan ayah. Ibunya masih bekerja sebagai
pembuat keropok di salah sebuah kedai keropok di kampung. Setelah tamat pengajian
di Kolej Komuniti, Fawaz bekerja secara sambilan sebagai pembantu restoren di
sebuah outlet makanan terkemuka Malaysia di cawangan Kuala Terengganu.

Tujuan Fawaz bekerja adalah untuk berdikari dan tidak mengharapkan


bantuan kewangan daripada ibunya. Mempunyai impian untuk memiliki penternakan
ikan kerapu bersangkar hibrid sendiri memperkuatkan lagi keazaman Fawaz untuk
bekerja secara sambilan di tempat kerja sekarang demi mengumpul modal. Fawaz
mahu mempunyai perusahaan ikan sendiri kerana tidak mahu bekerja di bawah
majikan yang hanya memberikan gaji yang kecil. Baginya, tidak berbaloi bekerja
teruk, berpanas-panas dan letih, namun hasilnya tidak mencapai tahap kepuasan
dirinya.

Selain untuk mengumpul duit sendiri, Fawaz juga menyatakan bahawa dia
ingin mengambil sebanyak mana pengalaman yang ada dalam dunia pekerjaan
walaupun pekerjaannya sekarang berbeza dengan bidang yang dipelajari. Bagi
Fawaz, pada zaman sekarang, dia tidak boleh memilih pekerjaan, dia akan menerima

1
peluang pekerjaan yang ada selagi ia boleh mendatangkan pendapatan dan memberi
pengalaman padanya.

Dalam tempoh 3 bulan bekerja sambilan, Fawaz mengatakan bahawa dia


perlu untuk mempelajari kemahiran-kemahiran tertentu dan selok belok pekerjaan
dengan cepat. Perkara ini membimbangkan Fawaz. Contohnya, Fawaz perlu
mengambil pesanan dari pelanggan. Dia terpaksa melihat menu untuk menulis
pesanan pelanggan, berbeza dengan pekerja lain yang tidak perlu melihat kepada
menu apabila pelanggan membuat pesanan. Dia takut dimarahi oleh pengurus kerana
mengambil masa yang lama untuk mengambil pesanan pelanggan.

2.0 Isu kerjaya klien

Beberapa isu telah dikenalpasti hasil dari perkongsian yang dibuat oleh Fawaz iaitu,
tawaran gaji yang rendah bagi kerjaya dalam sektor akuakultur. Ini menyebabkan
klien memilih untuk berhenti dari kerja tersebut dan mencari pekerjaan sambilan di
sektor swasta dalam bidang yang lain. Fawaz juga merasakan bahawa kesukaran
memperolehi peluang pekerjaan pada masa kini juga membuatkannya mengambil
keputusan untuk bekerja dalam bidang yang berbeza.

Apabila memasuki bidang pekerjaan yang baru, Fawaz menghadapi isu


dalam mempelajari kemahiran-kemahiran baru dan ianya berbeza dengan apa yang
dipelajari oleh Fawaz di institusi pengajian terdahulu. Fawaz mempunyai masalah
untuk berkomunikasi dan melayan pelanggan yang pelbagai ragam memandangkan
dia bekerja di sebuah restoren makanan yang sentiasa menjaga standard perniagaan
mereka. Fawaz juga tidak fasih berbahasa Inggeris. Keadaan ini menjadikan Fawaz
sedikit takut dan tertekan.

2
3.0 Pengkonsepsian isu

Berdasarkan isu Fawaz,dapat dilihat bahawa dia mempunyai keupayaan untuk


menentukan arah tuju dirinya dalam bidang pekerjaan. Menurut Teori Perkembangan
Kerjaya Super, konsep kendiri berkembang melalui pertumbuhan fizikal dan mental,
pemerhatian terhadap pekerjaan, hubungan dengan orang dewasa yang bekerja,
persekitaran dan pengalaman. Dimensi-dimensi ini mewujudkan perbezaan dan
persamaan antara indivdu dan dapat membantu seseorang memilih kerjaya yang
sesuai (Isaacson & Brown, 1993).

Teori ini mula diperkenalkan oleh Donald E. Super pada tahun 1952. Teori
ini ialah kesinambungan daripada Teori Perkembangan Kerjaya Ginzberg yang
diperkenalkan pada tahun 1951. Super turut menjelaskan bahawa dalam
perkembangan kerjaya, individu mengambil kira faktor seperti keperluannya,
kebijaksanaan, minat, nilai sikap, keluarga, rakan sebaya, masyarakat, ekonomi
negara, pasaran buruh dan sekolah.

Walaupun Fawaz masih lagi tidak dapat merealisasikan impiannya untuk


membuka perusahaan ikannya sendiri, dia cuba memulakan langkah untuk
memastikan kerjaya impiannya tercapai dengan mengambil kira apa keperluan yang
perlu dipenuhi untuk mencapainya. Fawaz juga menyedari hakikat bahawa
permintaan terhadap buruh pada masa kini agak terhad, maka dia tidak boleh memilih
pekerjaan berdasarkan minatnya sahaja. Sekiranya dia tidak menyedari hakikat itu,
dia tidak akan berkembang untuk merealisasikan kerjaya pilihannya.

Teori Perkembangan Kerjaya Super juga mengandaikan proses


perkembangan kerjaya seseorang individu bermula daripada peringkat kanak-kanak
berusia empat tahun lagi. Walau bagaimanapun, perkembangan kerjaya seseorang
menurut Teori Perkembangan Kerjaya Super dipengaruhi oleh konsep kendiri
individu itu sendiri (Sidek, 2001; Mohamed Fadhil Che Din & Rose Jacob, 2008).

Dalam pemilihan kerjaya, Super (Ishamumudin Hj. Ismail, 1997) telah


menekankan wujudnya beberapa peringkat perkembangan kerjaya seperti peringkat

3
perkembangan, penerokaan, pemantapan, persaraan dan peringkat menurun seperti
(Rajah 1).

TEORI PERKEMBANGAN KERJAYA SUPER

Peringkat Perkembangan
(0-14 tahun)
(0-14 tahun)
Peringkat Penerokaan
(15-24 tahun)

Peringkat Pemantapan
(25-44 tahun)

Peringkat Persaraan
(45-64 tahun)

Peringkat Penurunan
(65 tahun ke atas)

RAJAH 1

Fawaz berada di peringkat penerokaan di mana dia berada dalam


lingkungan usia 15 hingga 24 tahun. Di peringkat ini, individu akan cuba untuk
bekerja secara sambilan untuk menerokai dunia pekerjaan yang sebenar. Ketika ini
jugalah individu mencari kerjaya yang sesuai dan yang mereka minati. Pada peringkat
ini individu meneroka kekuatan dan kelemahan diri atau meneroka potensi diri
(Supeni, Jusoh, Mohamad, & Ismail, 2010).

Di peringkat penerokaan ini, Fawaz berada di fasa peralihan, perubahan


dari alam persekolahan (fasa tidak tetap) kepada alam pencarian pekerjaan yang
4
sesuai dengan minat dan kebolehan. Oleh yang demikian Fawaz bekerja secara
sambilan untuk merasai pengalaman kerja sebenar. Fawaz mengenali kekuatan yang
ada pada dirinya kerana dia yakin dia mampu untuk mengumpulkan modal yang
secukupnya untuk membuka perusahaan ikannya sendiri dalam jangka masa 5 tahun
dari sekarang.

Dia juga menyedari akan kelemahan dirinya di mana dia tidak mampu
untuk bekerja dalam keadaan yang panas serta memenatkan dan mendapat sejumlah
gaji yang sedikit seperti mana yang telah diceritakan oleh Fawaz. Fawaz telah
membuat penilaian ke atas dirinya, dan memilih untuk tidak meneruskan kerjanya itu
dan beralih kepada kerja sambilan yang menawarkan gaji yang agak lumayan dan
bekerja dalam keadaan yang selesa dan tidak terlalu memenatkan. Dengan kata lain,
individu akan mencari dirinya, memahami dirinya dan akan bertindak mengikut
kemampuan dirinya itu (Sidek, 2001).

Pada fasa peralihan, Fawaz sudah mempunyai pilihan yang lebih spesifik
dan tidak lagi masih mencari bidang apa yang perlu diceburinya. Matlamat Fawaz
sudah semakin jelas, walaupun faktor-faktor persekitarann seperti faktor ganjaran
menjadi alasan kepada Fawaz untuk mencari pekerjaan lain yang berbeza bidang
terlebih dahulu.

Pada masa yang sama, Fawaz mula mengenali dunia pekerjaan yang
sebenar di mana dia telah dapat merasai cabaran-cabaran yang ada untuk
mendapatkan kemahiran-kemahiran yang tertentu dalam pekerjaan yang
dilakukannya sekarang. Antara cabaran pekerjaan yang dihadapi oleh Fawaz adalah
untuk mempelajari kemahiran berkomunikasi dan melayan yang berkesan untuk
memastikan dirinya dapat beradaptasi dengan persekitaran dan skop tugasnya sebagai
pembantu restoren.

5
4.0 Kritikal terhadap isu

Kerjaya merupakan sesuatu yang penting dan amat berkait rapat dengan
perkembangan kehidupan seseorang. Kerjaya juga adalah kerja yang berterusan atau
kesinambungan berkaitan dengan pengalaman dan sikap yang berlaku dalam
kehidupan individu. Oleh itu pemilihan kerjaya yang tepat dan bersesuain dengan
kelulusan, minat dan personaliti diri adalah sangat penting dalam menentukan hala
tuju kehidupan seseorang individu. Faktor-faktor yang menjadi keutamaan pemilihan
kerjaya dalam kalangan remaja atau graduan adalah terdiri dari faktor keluarga,
faktor ganjaran dan faktor kesukaran memperolehi peluang pekerjaan (Suhaila et.al,
2015).

Merujuk kepada isu Fawaz, gaji merupakan faktor utama yang dilihat
olehnya. Faktor ganjaran atau imbuhan merangkumi gaji yang tetap dan berpatutan,
masa kerja yang pendek, kemudahan cuti rehat yang panjang, faedah persaraan,
kemudahan pinjaman dan perubatan. S. Khairani (2004) berpendapat bahawa, skim
perkhidmatan merupakan ganjaran terhadap perkhidmatan yang telah dilaksanakan
oleh setiap pekerja. Semakin baik skim perkhidmatan yang diterima semakin lama
seseorang pekerja itu bertahan.

Terdapat remaja yang memilih sesuatu kerjaya tersebut hanya sebagai batu
loncatan semata-mata untuk mendapatkan pengalaman sebelum mendapat kerja lain
yang lebih lumayan. Setelah menyedari betapa pentingnya gaji, mereka akan
menjadikan faktor ini sebagai satu masalah atau alasan untuk mencari pekerjaan lain.
Mereka merasakan bahawa gaji yang diberikan adalah tidak setimpal dengan kerja
yang mereka lakukan dan jawatan yang disandang sekarang tidak sesuai dengan
kelayakan yang mereka miliki.

Rahman (2007) menyatakan bahawa faktor ganjaran yang sentiasa


menyebabkan orang ramai tidak mendapat kepuasan terhadap kerja yang
dilakukannya. Pemilihan kerjaya di sektor swasta menunjukkan lebih separuh dari
jumlah keseluruhan responden yang berkehendak bekerja di sektor swasta dari sektor
kerajaan selepas mereka graduasi. Ini mungkin disebabkan oleh gaji yang ditawarkan

6
amat tinggi dan bonus tahunan agak lumayan berbanding sektor-sektor lain yang
memberikan kepuasan kerja kepada mereka. Kepuasan kerja merujuk kepada tahap
kesan positif pekerja terhadap pekerjaan dan persekitaran kerja. Hasil kajian lalu
menunjukkan terdapat banyak perkara yang mempengaruhi kepuasan kerja seperti
bayaran, kenaikan pangkat, penyeliaan dan sokongan rakan sekerja, faedah
sampingan, bentuk pekerjaan dan jam bekerja.

Kesukaran memperolehi pekerjaan juga menjadi faktor graduan menceburi


bidang kerja yang tidak selari dengan jurusan pengajian yang mereka perolehi. Isu
yang sama berlaku kepada Fawaz dan menyebabkan klien terpaksa menerima
pekerjaan yang tidak selaras dengan bidang pengajiannya. Sebahagian besar faktor
itu membabitkan graduan sendiri seperti kurang permintaan terhadap bidang
pengajian graduan, kurang kemahiran berkomunikasi serta lemah dalam Bahasa
Inggeris dari segi penulisan dan pertuturan. Selain itu terdapat graduan yang enggan
berhijrah dari kampung halaman dan terlalu memilih tempat bekerja manakala
sebahagian lagi terlalu mengharapkan gaji yang tinggi. Pada masa yang sama juga
kebanyakan majikan menetapkan pengalaman bekerja sebagai satu syarat
pengambilan yang menjadi kekangan terbesar untuk para graduan yang baru tamat
belajar (Laporan Khas Berita Kampus USM, 2011).

Perkembangan pendidikan tinggi dan kerjaya dalam abad ke-21 ini berkisar
tentang perbincangan mengenai pengetahuan, kemahiran dan keupayaan graduan
bagi memenuhi keperluan pasaran pekerjaan. Pendidikan tinggi adalah merujuk
kepada kurikulum standard yang digunapakai untuk menyediakan pelajar dalam
sesuatu tempoh jangka masa latihan yang menekankan pengetahuan dan sesuatu
kemahiran. Sementara keperluan pasaran pekerjaan pula dipengaruhi oleh faktor
ekonomi, sosial dan persaingan. Akhir-akhir ini telah diakui dan disahkan graduan
yang dilahirkan kurang mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan
oleh pasaran pekerjaan (Ishak Yussof, Ismail Rahmah, & Robiah Sidin, 2008). Isu
graduan menganggur dan sedang mencari pekerjaan menjadi hambatan kepada
universiti dan pemain industri untuk sama-sama mencari jalan penyelesaian (Zaini
Ujang, 2009).

7
Ketika graduan mengeluh tidak memperoleh pekerjaan sesuai, 41% majikan
di negara ini berpendapat pekerja mahir amat diperlukan dalam pelbagai sektor.
Menurut kaji selidik Irfan (2009), kebanyakan majikan termasuk 33% pemilik
syarikat di Asia Pasifik mendakwa sukar mencari pekerja untuk mengisi kekosongan
jawatan. Majikan memerlukan pekerja yang berkemahiran dan berkebolehan yang
dapat menaikkan nama syarikat namun ia dikhuatiri sukar diperoleh dalam diri
lepasan graduan sekaligus menyebabkan majikan mencari tenaga mahir lain yang
lebih berpengalaman. Oleh itu, bukan soal tiada pekerja dapat memenuhi sektor
berkenaan tetapi menghadapi masalah mencari pekerja yang sesuai yang dapat
memenuhi semua kriteria menjadi punca.

Melihat senario semasa di Malaysia, masih terdapat kekurangan tenaga


mahir dalam jawatan barisan hadapan (front-line roles) seperti kakitangan pusat
maklumat dan pemasaran terutama yang berlatar belakang teknikal. Ini dipercayai
akibat lambakan graduan kurang kemahiran dalam kerjaya yang sesuai selain lemah
penguasaan Bahasa Inggeris yang semakin mendapat perhatian majikan.. Antara
beberapa kriteria yang perlu diambil kira oleh majikan ialah graduan perlu
menonjolkan diri dengan kualiti yang baik kerana majikan memerlukan pekerja yang
berdaya saing dan dapat memberi kelebihan kepada syarikat (Farihinzul, 2011).

Normah (2016) dalam kajiannya menjelaskan bahawa pelajar perlu


mengembangkan kemahiran pengurusan kerjaya di kolej vokasional, dan pada masa
yang sama, mereka mestilah memperoleh kemahiran pekerjaan apabila mereka lulus
dalam sijil vokasional di Malaysia. Pihak-pihak lain seperti industri, ibu bapa dan
pensyarah di kolej vokasional perlu bekerjasama untuk membina dan membentuk
kemahiran pengurusan diri dan generik pelajar. Ini kerana kemahiran yang dipelajari
melalui aktiviti harian mengenai alam sekitar, tingkah laku, dan mentaliti pelajar
mendorong mereka ketika mereka masih belajar. Pensyarah dan kaunselor perlu
bekerjasama dengan industri dalam memberikan bimbingan dan inspirasi kepada para
pelajar, yang akan membantu mereka memperoleh lebih banyak kemahiran pekerjaan
untuk menjadi pekerja cemerlang.

8
Kemahiran pekerjaan ditakrifkan sebagai satu set pencapaian, pengetahuan
dan sifat peribadi yang membolehkan individu mendapatkan pekerjaan dengan
mudah dan berjaya dalam pekerjaan dipilih oleh mereka (Knight & Yorke, 2004).
Setiap pekerja mesti memiliki elemen penting dalam kemahiran pekerjaan supaya dia
boleh menjadi pekerja serba boleh, mempunyai inisiatif dan kemampuan
menyelesaikan masalah dan menangani tugas yang berbeza. Kebiasaannya,
kemahiran pekerjaan dikaitkan dengan imej peribadi, sikap, tingkah laku, tabiat, dan
cara berkomunikasi dengan orang lain, kemahiran menyelesaikan masalah dan
membuat keputusan, dan menguruskan kebolehan.

Diperkukuhkan lagi dengan dapatan kajian oleh Arshad Ayub (2014)


menjelaskan graduan yang tidak mendapat pekerjaan selepas tamat pengajian adalah
disebabkan oleh masalah kemahiran komunikasi, attitude, kurang keyakinan diri
(Norida et. al., 2014) dan mereka mempunyai tahap kesediaan kerjaya yang rendah.

Jesteru, adalah amat penting bagi remaja yang masih dalam peringkat
penerokaan kerjaya seperti Fawaz untuk mempunyai kemahiran pengurusan diri dan
kemahiran pekerjaan seperti yang disyorkan dalam kebanyakan kajian-kajian lepas.
Kemahiran-kemahiran ini akan memberi tambah nilai dan kualiti pada diri Fawaz
untuk memastikan dia mampu bersaing dan menjadi graduan yang mempunyai nilai
kebolehpasaran dalam industri pekerjaan. Sebagai pembantu restoren yang
memerlukan Fawaz berinteraksi dengan pelanggan, Fawaz perlu mempertingkatkan
kemahiran komunikasinya agar teratur dan yakin. Dia juga boleh memperkasakan
penggunaan bahasa Inggerisnya supaya tidak kekok apabila berhadapan dengan
pelanggan yang berbahasa Inggeris sewaktu menggunakan perkhidmatan yang
dikendalikan oleh Fawaz.

9
5.0 Perancangan penyelesaian terhadap isu

Kesediaan dalam kerjaya perlu bagi setiap individu, lebih-lebih lagi bagi mereka yang
masih dalam fasa penerokaan kerjaya. Downs & Conley (2012) telah mendefinisikan
kesediaan kerjaya sebagai pengetahuan, kemahiran dan strategi pembelajaran dalam
konteks permulaan belajar atau mendapat latihan dalam laluan kerjaya termasuklah
bersedia bekerja, latihan dalam pekerjaan jangkaan asas berkaitan dengan tingkah
laku di tempat kerja dan pengetahuan spesifik. Kesediaan kerjaya merupakan strategi
kognitif seperti kebolehan membuat interpretasi, penyelesaian masalah dan
keupayaan membuat keputusan (Bullock-Yowell et. al., 2013).

Sehubungan dengan itu bagi isu Fawaz, sebagai kaunselor saya akan
meminta Fawaz untuk melihat kembali pengetahuan dan kemahiran yang perlu ada
pada dirinya dalam menangani isunya di tempat kerja sekarang. Mungkin Fawaz
boleh merangkakan atau merancang untuk menghadiri kelas Bahasa Inggeris untuk
membantunya dalam berkomunikasi dengan lebih baik. Pada masa yang sama, ia
dapat meningkatkan keyakinan diri Fawaz untuk berinteraksi dengan pelanggan.
Fawaz juga boleh mengambil insiatif untuk belajar selok belok dan kemahiran dalam
bidang perkhidmatan makanan dari pekerja-pekerja senior yang lain. Fawaz
selebihnya perlu yakin bahawa dia boleh melakukan pekerjaan itu tanpa rasa tertekan.

Fawaz juga perlu mendapatkan maklumat yang lebih jelas tentang bidang
pekerjaan yang diceburinya. Maklumat-maklumat tersebut dapat membantu Fawas
untuk memahami tugas-tugas dengan lebih spesifik yang perlu dilakukan olehnya
terhadap organisasi. Disamping dapat mengurangkan kegusaran Fawaz dalam
menangani rasa gugupnya ketika berhadapan dengan kerenah pelanggan atau pihak
majikan.

10
Rujukan

Suhaila et. al. (2015). Faktor Keluarga, Ganjaran, dan Kesukaran Memperolehi Pekerjaan
Mempengaruhi Kerjaya Yang Diceburi Alumni Kuis, 2015(November), 321–334.

Supeni, I., Jusoh, A. J., Mohamad, Z., & Ismail, Z. (2010). Pola Perkembangan Kerjaya Pelajar
Menurut Perspektif Teori Super, 13, 71–84.

http://www.vodppl.upm.edu.my/

https://www.powershow.com/viewfl/5b4b36

11

Anda mungkin juga menyukai