Anda di halaman 1dari 6

TEORI DONALD E.

SUPER
TEORI PERKEMBANGAN KERJAYA SUPER

1.0 PERINGKAT PERKEMBANGAN KERJAYA


1.1 Peringkat Pertumbuhan
Peringkat ini berlaku antara umur 0-14 tahun. Pada waktu ini , individu dirujuk kepada
perkembangan fizikal dan psikologikalnya. Pada peringkat ini , individu dikatakan
membentuk sikap dan makanisme tingkah lakunya yang akan menjadi kompenan
penting dalam konsep kendiri untuk hidup seterusnya.Dalam pada itu, pengalaman akan
memberikan latar belakang pengetahuan terhadap dunia pekerjaan yang akhirnya akan
digunakan untuk membuat pemilihan terakhir (Sidek Mohd Noah. 2002:99).
Pada peringkat ini bermula apabila individu mendapat kesedaran bahawa
perkerjaan ialah suatu aspek dalam kehidupan. Hal ini bermula pada peringkat fantasi
dengan pemilihan yang ditunjukkan selalunya tidak realistik dan berhubung rapat
dengan cara hidup bermain-main. Sebagai contoh anak-anak ingin menjadi
angkasawan, superman, batman dan idola-idola yang difikirkan popular, gagah, menarik,
pandai, menawan hati perempuan atau lelaki dan sebagainya. Pemilihan seperti ini
dilihat sebagai kabur, bersifat sementara dan tidak begitu bererti bagi individu pada
jangka masa panjang (Sidek Mohd Noah. 2002:99-100).
Tambahan lagi, menurut Mohamed Sharif Mustaffa dan Roslee Ahmad (2010:
18) individu membentuk konsep kendiri melalui pengaruh keluarga dan persekitaran
sekolah. Pada masaa ini kanak-kanak membentuk kehendak dan fantasi yang nyata,
minat dan kebolehan yang ketara sekali. Mereka juga berani menceburkan diri dalam
aktiviti sosial. Super telah memperincikan kepada tiga bahagian pada peringkat
pertumbuhan iaitu :
a) Fantasi (4 sehingga 10 tahun): Kehendak adalah dominan dan peranan yang
dimainkan dalam fantasi adalah penting.
b) Minat (11 sehingga 12 tahun) : Suka dan gemar adalah penentuan aspirasi dan aktiviti
yang utama.
c) Keupayaan (13 sehingga 14 tahun): Remaja mula membuat pertimbangan antara
kehendak dengan kemampuan diri mereka.

Sharf (2010: 223-224) menyatakan penyataan Super (1955) dalam bukunya


bahawa , Stages of adolescent career development arise from the stages of curiosity
and fantasies in childhood. Super believed that at about 7 years old, children ceased to
make fantasy choice and instead tend to base their choice on interests. In particular,
Super observed that many choices of young boys are related in some way to their
fathers careers. Starting around the age of 8 years old, development of interest begins
to replace occupational fantasies. At the age at 11 years old, children develop a sense of
their capacities , a view a ability to master certain skills .At 11 years old also , the ability
to judge their competencies was limited but beginning to become to become more
important to them. 11-14 years old more likely to accurately assess their own abilities
than they would have been able to two years before.

1.2 Peringkat Penerokaan


Pada peringkat ini berlaku antara umur 15 sehingga 24 tahun. Pada peringkat ini
terbahagi kepada dua fas iaitu tentetif dan realistic. Pada fasa tentatif, ketika dalam
penerokaan, individu mula menyempitkan pemilihannyakepada beberapa kemungkinan.
Perkara ini disebabkan oleh beberapa ketidak pastian tentang keupayaan, latihan yang
disediakan, peluang pekerjaan, senarai pemilihan yang mungkin juga terhad dan sempit
(Sidek Mohd Noah. 2002:100).
Pada fasa realistik pula, masih dalam peringkat penerokaan , individu akan lebih
menyempitkan pemilihan kerjayanya kepada pekerjaan yang boleh dicapai olehnya dan
dapat pula memberikan kesempatan atau peluang-peluang yang baik dan dirasakan
lebih mustahak kepadanya (Sidek Mohd Noah. 2002:100).
Menurut Mohamed Sharif Mustaffa dan Roslee Ahmad (2010: 18), pada
peringkat ini super menyatakan bahawa individu cuba mendapatkan banyak maklumat
tentang kerjaya di sekolah, meneroka jenis kerjaya, membuat kerja sambilan pada masa
lapang dan menilai semula kemampuan diri dari segi percubaan peranan. Pada
peringkat ini, individu telah mengenalpasti dan membuat satu pilihan kerjaya yang tepat
dan dibahgikan kepada tiga iaitu:
a) Pemilihan cadangan (15 sehingga 17 tahun): kehendak, minat, kebolehan, nilai dan
peluang diambil kira. Pemilihan cadangan akan diambil kira dan dicuba dalam fantasi,
perbincangan, kursus, kerja dan sebagainya.
b) Peralihan (18 sehingga 21 tahun) : Remaja mula mengambil kira faktor reality ketika
memasuki alam pekerjaan , cuba mendapatkan latihan dan pendidikan dan mula
mencari konsep-konsep kendiri.
c) Percubaan (22 sehingga 24 tahun)
1.3 Peringkat Pengukuhan
Peringkat ini berlaku antara umur 25 sehingga 44 tahun. Peringkat ini pula terbahagi
kepada dua fasa iaitu fasa percubaan dan fasa stabil. Pada fasa percubaan, individu
mula memperlihatkan hubungan antara penemuan awal dengan pengalaman bekerja.
Pada masa ini individu mula mencuba, meninjau dan menilai untuk memastikan
pemilihan dan keputusan yang dibuat pada peringkat penerokaan boleh direalisasikan
(Sidek Mohd Noah. 2002:100).
Pada peringkat ini, individu mungkin sudah menjawat jawatan satu perkerjaan
dengan satu perasaan bahawa ia pasti akan menukar kerjayanya jika kerjayanya itu
tidak bersesuaian. Secara beransur-ansur, individu mula menimba pengalaman dan
bertambah cekap dan akhirnya menjadi fasa stabil. Dari sinilah , aspek perkerjaan
dibawa ke dalam konsep kendirinya dan pekerjaan itu kemudiannya diterima sebagai
sesuatu yang memberikan kepuasan dalam hidupnya. Bgai sesetengah orang, tahun-
tahun inilah yang merupakan tahun yang paling kreatif bagi dirinya (Sidek Mohd Noah.
2002:100).
Menurut Mohamed Sharif Mustaffa dan Roslee Ahmad (2010: 19), pada
peringkat ini , individu sudah mempunyai pekerjaan tetap dan sesuai. Pada peringkat ini
juga individu menjalankan usaha untuk mendapatkan jawatan tetap dalam bidang
pekerjaannya. Berikut ialah bahagian peringkat pengekalan atau kemantapan:
a) Bahagian percubaan (25 sehingga 30 tahun) : Bidang pekerjaan yang dipilih mungkin
tidak sesuai, satu atau dua pertukaran dibuat untuk mencari pekerjaan yang sesuai atau
terdapat kerja yang dirasakan tidak sesuai.
b) Kestabilan (31-44 tahun) : Corak kerjaya dirasakan jelas, beberapa usaha dibuat
untuk mendapatkan kestabilan dan membentuk tempat kerja yang selamat.
1.4 Peringkat Pengekalan atau pemeliharaan
Peringakt ini berlaku antara umur 45 hingga 64. Peringkat ini dicirikan dengan individu
cuba berusaha untuk meneruskan dan membaiki situasi pekerjaannya. Disebabkan
pekerjaan dan konsep kendirinya mempunyai hubungan yang erat, maka perubahan
dan penyesuaian akan terus berlaku. Individu akan meneruskan situasi kerja yang dapat
memberikan kepuasan yang lebih kepada dirinya. Individu juga akan melihat kembali
atau mengubah keadaan atau aspek yang tidak menyeronokkan atau menyakitkan
dirinya. Walaubagaimanapun hal ini tidaklah sampai terus mengeluarkan individu
tersebut dari dunia pekerjaannya (Sidek Mohd Noah. 2002:100).
Menurut Mohamed Sharif Mustaffa dan Roslee Ahmad (2010: 19), Di peringkat
ini, perkerjaan menjadi serius, beberapa usaha dibuat untuk menuju ke arah
kemantapan. Kerja asas telah dibuat, proses penyesuaian ini mengikut garisan
pemantapan bagi memperbaiki kedudukan dalam pekerjaan.
1.5 Peringkat Penurunan
Pada peringkat in berlaku apabila individu berumur 65 tahu ke atas. Peringkat in
dikaitkan dengan waktu hamper pencen atau bersara dengan penekanan individu pada
kerja, berfokus kepada melaksanakan tugasnya dengan output yang minimum.
Disebabkan kekuatan daya fizikal dan mental menurun, aktiviti kerja mula bertukar dari
ataske bawah. Langkah dan cara bekerja mula tersangkut-sangkut, tugas mula berubah
atau bentuk kerja mula bertukar bagi menyesuaikan kebolehan-kebolehan yang mula
menunjukkan penurunan (Sidek Mohd Noah. 2002:101).
Menurut Mohamed Sharif Mustaffa dan Roslee Ahmad (2010: 19) kebolehan
fizikal dan mental mula berkurangan. Seterusnya peranan baru dibentuk. Pada mulanya
terdapat beberapa penglibatan yang terpilih kemudian sebagai pemerhati sahaja.
Penurunan berlaku semasa seseorang bersara sepenuhnya dan kadangkala berlaku
pada akhir waktu peringkat kemantapan. Langkah dan cara bekerja mula tersangkut,
tugas mula berdalih atau bentuk kerja mula ditukarkan bagi menyamakan dengan
kebolehan penurunan.Namun, ramai juga yang menyambung kerja sambilan atau
menggantikan kerja sepenuh masa.Penetapan had umur menyebabkan berlaku
perubahan pada diri individu. Perubahan ini mungkin tidak sama antara seorang individu
dengan seorang individu lain.
Peringkat-peringkat perkembangan Super ini membentuk satu rangka untuk
tingkah laku dan sikap kerjaya yang dinyatakan menerusi lima aktiviti yang kemudiannya
dikenali sebagai tugas-tugas perkembangan kerjaya. Peringkat ini dapat dinyatakan
seperti di bawah.

Tugas tugas umur Sifat-sifat umum


perkembangan kerjaya
Kristalisasi 14-18 Tahun Dalam proses membentuk satu matlamat umum
kerjaya menerusi sumber-sumber kesedaran, minat,
nilai-nilai dan merancang kerjaya yang
dikehendakinya.
pengkhususan 18-21 Tahun Dalam masa bergerak dari pemilihan cadangan-
cadangan kerjaya kepada pemilihan satu kerjaya
tertentu.
Pelaksanaan 21-24 Tahun Dalam masa memenuhi latihan kerjaya yang dibuat
dan terus memasuki bidang kerjaya
kestabilan 24-35 Tahun Dalam masa penetapan pemilihan kerjaya oleh
pengalaman kerjanya yang sebenar dan
menggunakan bakat untuk menunjukkan pemilihan
kerjaya itu suatu yang paling tepat.
Pengukuhan > 35 Tahun Dalam masa memperkenalkannya ke dalam kerjaya
yang berlanjutan status , dan senioriti.

2.0 CORAK PELANGI KERJAYA KEHIDUPAN


Super (1980) memerihalkan rajah pelangi kerjaya kehidupan. Rajah grafik dua dimensi
ini membentangkan satu dimensi membujur jangka hayat yang dikenali sebagai
maxicycle dan sejajar dengan peringkat kehidupan utama iaitu minicycles . Dengan
rajah tersebut menekankan perbezaan peranan yang dimainkan oleh setiap individu
semasa jangka hayatnya dan pengaruh peranan-peranan ini terhadap gaya hidup serta
kerjaya. Peranan tipikal bagi kebanyakan orang termasuklah kanak-kanak, pelajar,
warganegara, pekerja, pasangan, pembuat rumah, ibu bapa dan individu yang sudah
pencen. Peranan - peranan ini menekankan aspek sepanjang hayat perkembangan
kerjaya (Sidek Mohd Noah. 2002:103 dan Zunker 2006:58).
Shaf, S. R. (2010: 253) juga menjelaskan penyataan super dalam bukunya
Super rainbow shows how the roles may very within the lifetime of an individual. Each
arc represents a role in life. The thinker the shaded area more important. Super and
Nevill (1986) explain The Person portrayed in this rainbow finished college at the age
22, went at once to work, married at age 26, became parents at age 27, intermittently
attended school school part time until returning full time at age 47,suffered the loss of
parents at age 57, retired at 67, was widowed at 78, and died at age 81.
Demikian itu, corak pelangi kehidupan ini sangat penting dalam menetapkan
peringkat umur dengan konsep kendiri klien yang perlu dicapai. Kerjaya yang tidak
sesuai dengan peringkat umur perlu dinilai semula dan mencari ruang-ruang yang perlu
diterokai agar pencapaian konsep kendiri dalam kerjaya dapat dicapai sesuai dengan
peringkat umur klien.
3.0 PINTU GERBANG PENENTU KERJAYA
Super(1990) telah membangunkan Model Archway kerana beliau mahu
menggambarkan dengan lebih jelas faktor-faktor biologi, psikologi, dan sosio-ekonomi
dalam pilihan kerjaya dan pembangunan. Tiang kanan dan kiri Model Archway
mencerminkan asas biografi dan geografi perkembangan manusia. Lajur masyarakat
pada tiang geografi mencerminkan pembolehubah seperti keluarga, sekolah, rakan
sebaya, ekonomi, pasaran kerja dan dasar sosial. Lajur personaliti pada tiang biografi
mencerminkan pembolehubah seperti nilai, minat , kecerdasan, kebolehan am dan asas.
Ia berperanan membawa konsep kendiri, pembelajaran sosial dan membuat
keputusan (Sidek Mohd Noah. 2002:103 dan Zunker 2006:58-59).

RUMUSAN

Teori perkembangan super merupakan teori yang paling komprehensif. Super menjadi
pengasas kepada model perkembangan kerjaya tetapi akhirnya menghasilkan teori yang
berkaitan dengan peranan hidup manusia. Elemen seperti konsep kendiri , kematangan
kerjaya dan nilai pekerjaan itu sendiri dipercayai membentuk suatu teori yang lebih
komprehensif. Antara sumbangan besar super yang boleh dimanfaatkan oleh
masyarakat sejagat iaitu kewujudan alat ukur Career Development Inventory (CDI) iaitu
bertujuan menilai unsur-unsur tertentu yang berkaitan dengan kematangan kerjaya
dan Guided Career Exploration ( GCE) pula digunakan. Justeru, teori super sangat
sesuai untuk diaplikasikan pada setiap peringkat umur dan menjadi suatu panduan yang
khusus kepada para kaunselor untuk mengenali kerjaya setiap peringkat umur mengikut
konsep kendiri klien dengan lebih tetap dan efektif.

RUJUKAN
Mohamed Sharif Mustaffa & Roslee Ahmad. (2010). Bimbingan dan kerjaya:konsep
dan amalan kontemporari. Universiti teknologi Malaysia.
Noraini Ismail. (2015). Pendidikan Kerjaya KKC 6023. Tanjung Malim: Universiti
Pendidikan Sultan Idris.
Sharf, S. R. (2010). Applying career development theory to counseling (5th Ed.).
Belmont,CA. Brooks / Cole.
Sidek Mohd Noah. (2002). Perkembangan kerjaya: teori dan praktis. Universiti Putra
Malaysia: Serdang.
Zunker, V.G. (2006). Career counselling : A holistic approach. (7th Ed.). Belmont,CA. :
Brooks / Cole.

Anda mungkin juga menyukai