Anda di halaman 1dari 19

TEORI KAUNSELING KERJAYA

KULIAH 2
TEORI PERKEMBANGAN KERJAYA

2
TEORI GINZBERG (1951)

 Menurut Ginzberg, faktor nilai keadaan sebenar persekitaran, atribut psikologi,


peluang pendidikan dan pencapaian memberi kesan kepada proses pemilihan kerjaya.
 Ketetapan proses pemilihan ini berkesudahan dengan satu persetujuan apabila
individu mencari kesesuaian antara minat, kebolehan, nilai dan dunia pekerjaan.

3
3 PERINGKAT TEORI GINZBERG

(1) Peringkat Fantasi (6-11 tahun)


 Peringkat ini pemilihan kerjaya kanak-kanak adalah berorientasikan permainan dan
banyak dipengaruhi oleh orang dewasa yang signifikan dalah hidupnya tanpa
memahami keadaan reality.
 Seseorang kanak-kanak percaya ia boleh buat apa sahaja kerja yang diberikan
kepadanya. Keperluan dan tarikan dipindahkan kepada pemilihan kerja.

4
(2) Peringkat Percubaan (11 hingga 18 tahun)
 Pada peringkat ini, minat dan kebolehan dinilai untuk membuat pemilihan. Pilihan yang dibuat adalah
tidak tetap kerana faktor sebenar tidak diberi perhatian.
(a) Peringkat minat (11 hingga 13 tahun): pada peringkat ini minat menjadi asas utama membuat
pilihan, walaupun terdapat kesedaran bahawa kebolehan adalah mustahak.
(b) Peringkat kebolehan (13 hingga 14 tahun): selepas peringkat minat, remaja mula memasukkan
kebolehan dalam perancangannya. Pengetahuan remaja tentang kebolehan mereka adalah
tidak lengkap dan pilihan yang dibuat sentiasa berubah atau tidak serius.

5
(c) Peringkat nilai (15 hingga 16 tahun): aspek nilai dititikberatkan dalam proses pemilihan dan ini
menjadi keutamaan selepas minat dan kebolehan.
(d) Peringkat peralihan (sekitar 17 tahun): pada tahap ini individu sedar apa yang dipilih samada
memberi kesan kepada dirinya atau tidak pada masa hadapan.

6
(3) Peringkat Realistik (17 tahun hingga awal dewasa)
(a) peringkat penjelajahan bermula. Pemilihan sesuatu pekerjaan disemak dengan teliti sebelum
keputusan dibuat.
(b) peringkat kebolehan. Pada masa ini individu menunjukkan kebolehan membuat pemilihan dan
aspek kompromi adalah mustahak.
(c) peringkat penentuan. Pada peringkat ini, individu mempunyai pemilihan yang sudah dihadkan
dan mengambil langkah melaksanakan pilihannya.

7
 Ringkasnya teori Ginzberg menyatakan bahawa terdapat 3 kemungkinan yang ada bagi individu yang
dalam proses membuat pemilihan kerjaya;
 Proses membuat pilihan kerjaya tidak terhad kepada jangka waktu tertentu sahaj malah berterusan
selagi seseorang individu itu berada dalam dunia pekerjaan.
 Penekanan terhadap pemilihan pekerjaan, peluang pekerjaan seseorang dan pekerjaan yang dilakukan
oleh generasi muda yang berumur 21 sehingga 25 tahun tidak memadai.
 Seseorang individu sering bertukar-tukar keinginan pekerjaan mengikut keadaan individu itu sendiri.

8
TEORI DONALD SUPER (1951)
 Teori Super dalah rentetan daripada teori Ginzberg. Pembentukan teori Super melibatkan
perkembangan kerjaya secara kronologi iaitu daripada peringkat kanak-kanak, remaja, dewasa,
sehinggalah peringkat tua.
 Dalam teori Super, seseorang itu dibolehkan membuat pilihan kerja sesuai dengan konsep kendiri dan
jiwa mereka.
 Menurut Super (1957) kaunseling kerjaya adalah satu proses yang membantu individu mengembang
dan menerima suatu gambaran lengkap tentang diri dan peranannya dalam dunia pekerjaan. Bantuan
ini bertujuan untuk menukarkan gambaran yang diberi menjadi suatu reality demi memberi kepuasan
kepada diri dan faedah kepada masyarakat.

9
PENDEKATAN TEORI SUPER (CIRI-CIRI)

 Manusia dilahirkan berbeza-beza dari segi kebolehan, nilai, trait personaliti dan konsep kendiri.
 Ciri yang ada pada individu itu sesuai dengan kebolehan individu itu sendiri.
 Seseorang individu boleh bekerja lebih daripada satu profesion bergantung kepada kemampuannya.
 Individu bertambah cekap dengan bertambahnya masa dan pengalaman.
 Proses perubahan ini terbahagi kepada lima iaitu pertumbuhan, penerokaan, pengukuhan,
pengekalan dan penurunan.

10
 Pilihan kerjaya seseorang itu ditentukan oleh beberapa faktor;
a) Sosioekonomi ibu bapa adalah faktor sangat penting kepada individu pada peringkat awal.
b) Kebolehan mental jugak menjadi faktor penting bagi kejayaan akademik individu. Kebolehan ini juga
menentukan peluang pekerjaan yang terbuka kepadanya.
c) Ciri personaliti, iaitu keupayaan mental, kemahiran pendidikan, ciri perwatakan dan pengalaman
pekerjaan.
d) Peluang pekerjaan.

11
5 PERINGKAT PERKEMBANGAN KERJAYA MENURUT SUPER

 Peringkat Pertumbuhan : 0-14 tahun


 Individu membentuk konsep kendiri melalui pengaruh keluarga dan persekitaran sekolah. Pada masa
kini, kanak-kanak emmbentuk kehendak dan fantasi yang nyata, minat dan kebolehan dengan ketara
sekali.
 Mereka juga berani menceburkan diri dalam aktiviti sosial.
a) Fantasi (4-10 tahun) : kehendak adalah dominan
b) Minat (11-12 tahun) : suka dan gemar adalah penentuan aspirasi dan aktiviti yang utama
c) Keupayaan (13-14 tahun) : remaja akan membuat pertimbangan antara kehendak dengan kemampuan
diri mereka.
12
 Peringkat Penerokaan : 15-24 tahun
 Pada peringkat ini, individu cuba mendapatkan banyak maklumat tentang kerjaya di sekolah,
meneroka jenis kerjaya, membuat kerja sambilan pada masa lapang dan menilai semula kemampuan
diridari segi percubaan peranan.
 Pada peringkat ini, individu telah mengenal pasti dan membuat satu pilihan kerjaya yang tepat dna
dibahagikan kepada;
a) Pemilihan cadangan (15-17 tahun) : kehendak, minat, kebolehan, nilai dan peluang diambil kira.
Pemilihan cadangan akan diambil kira dan dicuba dalam fantasi, perbincangan, kursus, ekrja dan
sabagainya.
b) Peralihan (18-21 tahun) : Remaja mengambil kira faktor realiti ketika memasuki alam pekerjaan,
cuba mendapatkan latihan dan pendidikan dan mula mencari-cari konsep kendiri.
c) Percubaan (22-24 tahun) 13
 Peringkat Pengukuhan : 25-44 tahun
 Peringkat ini individu sudah mempunyai pekerjaan yang tetap dan sesuai. Individu menjalankan usaha
untuk mendapatkan jawatan yang tetap dalam bidang pekerjaannya.
a) Bahagian percubaan (25-30 tahun) : bidang pekerjaan yang dipilih mungkin tidak sesuai, satu atau
dua pertukaran dibuat untuk mencari pekerjaan yang sesuai atau terdapat kerja yang dirasakan tidak
berapa sesuai.
b) Bahagian kestabilan (31-44 tahun) : corak kerjaya yang dirasakan jelas, beberapa usaha dibuat untuk
mendapatkan kestabilan dan membentuk tempat kerja yang selamat.

14
 Peringkat Pengekalan : 45-64 tahun
 Usaha dibuat untuk menuju kearah pemantapan.
 Proses penyesuaian ini mengikut garisan pemantapan bagi memperbaiki kedudukan dalam pekerjaan.

15
 Peringkat Penurunan : 65 tahun ke atas
 Kebolehan fizikal dan mental mula berkurangan, aktiviti pekerjaan bertukar dan akhirnya berhenti.
 Setersunya peranan baru dibentuk.
 Penurunan berlaku semasa seseorang itu bersara sepenuhnya dan kadang kala berlaku pada akhir waktu
peringkat kemantapan.
 Langkah dan cara bekerja mula tersangkut.
 Ramai individu mula bekerja sambilan atau sepenuh masa.
 Oleh sebab adaanya penetapan had umur, maka terdapat perubahan besar berlaku terhadap seseorang.
 Perubahan ini mungkin tidak sama antara seseorang individu dengan seseorang individu yang lain.

16
RUMUSAN TEORI PERKEMBANGAN KERJAYA SUPER

 Manusia adalah berbeza-beza dari segi kebolehan, minat dan personaliti.


 Oleh sebab ciri-ciri ini, individu berkelayakan untuk melakukan beberapa jenis pekerjaan.
 Tiap-tiap pekerjaan memerlukan corak-corak tertentu ciri-ciri kebolehan, minat dan tret-tret personality.
 Pemilihan kerjaya dan kecekapan, situasi tempat individu tinggal dan bekerja serta konsep kendiri individu
berubah mengikut masa dan pengalaman dan kaedah ini menjadikan proses pemilihan dan penyesuaian sebgai satu
proses yang berterusan.
 Corak semulajadi kerjaya iaitu peringkat pekerjaan yang dicapai dan urutannya, kekerapan, serta jangka masa
kerja percubaan dan tetap adalah ditentukan oleh paras sosioekonomi ibubapa, kebolehan mental, ciri-ciri
personaliti dan peluang-peluang yang terdedah kepada individu.

17
 Perkembangan dalam peringkat kehidupan boleh dibimbing sebagiannya dengan mempercepat proses
kematangan, kebolehan dan minat dan sebahagiaannya lagi dengan membantu pengujian reality dan
perkembangan konsep individu.
 Kepuasan kerja dan kepuasan hidup bergantung kepada sejauh mana individu memperoleh jalan keluar yang
mencukupi untuk menyalurkan kebolehannya, minatnya, tret-tret personalitinya serta nilai-nilainya juga
bergantung kepada kemantapan dalam sesuatu jenis pekerjaan, situasi kerja dan cara kehidupan yang
membolehkannya untuk memainkan beberapa peranan.

18
TERIMA KASIH

19

Anda mungkin juga menyukai