Anda di halaman 1dari 15

SOALAN FIQH IBADAT BERKAITAN DENGAN BERSUCI,

NAJIS, WUDU DAN SENTUHAN ANTARA LELAKI DAN


PEREMPUAN SERTA PANDANGAN KHILAF

SOALAN 1: KENAJISAN ANJING


Para ulama berbeza pandangan tentang kenajisan anjing seperti berikut:

Pertama: Anjing termasuk dalam kumpulan haiwan yang suci, termasuk air liurnya. Inilah
asal mazhab Maliki dan sebahagian riwayat dari ulama Hanafi.  
Dalil mereka:
• Firman Allah SWT:

‫وا ِم َّما َأ ْم َس ْكنَ َعلَ ْي ُك ْم‬


ْ ُ‫ح ُم َكلِّبِينَ تُ َعلِّ ُمونَه َُّن ِم َّما َعلَّ َم ُك ُم هّللا ُ فَ ُكل‬ ُ َ‫يَ ْسَألُونَكَ َما َذا ُأ ِح َّل لَهُ ْم قُلْ ُأ ِح َّل لَ ُك ُم الطَّيِّب‬
ِ ‫ات َو َما َعلَّ ْمتُم ِّمنَ ْال َج َو‬
ِ ‫ار‬
ِ ‫وا هّللا َ ِإ َّن هّللا َ َس ِري ُع ْال ِح َسا‬
‫ب‬ ْ ُ‫ُوا ا ْس َم هّللا ِ َعلَ ْي ِه َواتَّق‬
ْ ‫ َو ْاذ ُكر‬ 

Maksudnya: “Mereka menanyakan kepadamu: "Apakah yang dihalalkan bagi mereka?".


Katakanlah: "Dihalalkan bagimu yang baik-baik dan (buruan yang ditangkap) oleh binatang
buas yang telah kamu ajar dengan melatih nya untuk berburu; kamu mengajarnya menurut
apa yang telah diajarkan Allah kepadamu. Maka makanlah dari apa yang ditangkapnya
untukmu, dan sebutlah nama Allah atas binatang buas itu (waktu melepaskannya). Dan
bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah amat cepat hisab-Nya.” (al-Maidah: 4)
Ayat ini tiada perintah tempat gigitan anjing. Ia menunjukkan kesucian anjing. Di samping
itu terdapat kebenaran melatih anjing sehingga dapat diambil manfaat darinya untuk berburu
dan memakan buruannya. Anjing juga termasuk dalam kumpulan al-Jawarih yang dibenarkan
diambil manfaat dengannya sekalipun tiada dharurah, sekaligus menunjukkan kesuciannya.  

• Hadis Ibn ‘Umar RA, di dalamnya terdapat pernyataan:

َ‫ ولَ ْم يَ ُكونُوا يَ ُر ُّشونَ َش ْيًئا ِمن َذلِك‬- ‫ ﷺ‬- ِ ‫َت ال ِكالبُ تُ ْقبِ ُل وتُ ْدبِ ُر فِي َم ْس ِج ِد َرسُو ِل هَّللا‬
ْ ‫كان‬

Maksudnya:  “Dahulunya anjing-anjing datang dan pergi di masjid Rasulullah SAW, dan
mereka tidak merenjiskan air sedikitpun disebabkan perkara itu.” (al-Bukhari)
Hadis ini menunjukkan kesucian anjing.
• Diriwayatkan daripada ‘Umar dan ‘Amr bin al-‘Ash sampai di sebuah telaga. Lalu ‘Amr bin
al-‘Ash berseru: “Wahai pemilik telaga, apakah siba’ ada datang minum dari telagamu
ini? Kata ‘Umar:

ِ ‫ فَإنّا ن َِر ُد عَلى الس‬،‫ ال تُ ْخبِرْ نا‬،‫ض‬


‫ِّباع وت َِر ُد َعلَيْنا‬ ِ ْ‫ب ال َحو‬
َ ‫صاح‬
ِ ‫يا‬
Maksudnya:  “Wahai pemilik telaga, jangan beritahu kepada kami, kerana kami mendatangi
lebihan binatang buat, dan mereka juga mendatangi lebihan kami.”
Mula ‘Ali al-Qari di dalam Mirqah al-Mafatih Syarh Misykah al-Masabih menyatakan: “Dan
yang azhar dipikul perkataan ‘Umar: “Jangan beritahu kami” menghendaki ketiadaan menjadi
najis (dengan kehadiran binatang buas) dan kekal asal kesucian air tersebut.” (2/457-458)
Anjing ada dari kumpulan al-Siba’.
Dalil-dalil ini dibantah:
• Ayat surah al-Maidah: 4, dijawab dengan mengatakan kewajipan membasuh buruan yang
diburu oleh anjing ada perbezaan pendapat di kalangan ulama mazhab Syafie. Manakala
ulama mazhab Hambali, mewajibkan membasuh tempat mulut anjing (gigitan). Kewajipan
membasuh ini diambil dari dalil yang lain iaitulah hadis yang terdapat perintah membasuh
bekas jilatan anjing. Maka perintah ini diumumkan termasuk apa sahaja yang terkena gigitan
anjing. Jika diterima pandangan sebahagian ulama yang mengatakan tidak perlu dibasuh,
maka ia termasuk dalam perkara ‫معفو عنه‬.
• Hadis Ibn ‘Umar pula menggambarkan apa yang berlaku di zaman awal Islam dan sebelum
datangnya perintah membasuh jilatan anjing. Boleh juga difahami kesan-kesan kehadiran
anjing tersembunyi dan tidak nyata.
Kedua: Anjing adalah haiwan najis mughallazah, termasuk bulu dan air liurnya. Inilah
pandangan ulama mazhab Syafi‘ie dan Hambali. Demikian juga sebahagian ulama Hanafi
dan sebahagian ulama mazhab Maliki seperti Suhnun, Ibn al-Majisyun dan Abu ‘Umar.
Dalil mereka:
• Hadis Abu Hurairah RA berkaitan menyuci bekas dari wulugh al-Kalb. Terdapat beberapa
bentuk pendalilan dari hadis ini:
• Dalam sebahagian riwayat dinyatakan ‫طهور إناء أحدكم‬ di mana lafaz ‫طهور‬ tidak dilakukan
selain ia menunjukkan hadas atau Tidak mungkin ia merujuk kepada bekas, sebaliknya apa-
apa yang berbaki di dalam bekas iaitulah bekas jilatan anjing.
• Dalam riyawat Muslim terdapat perintah mencurahkan baki minuman anjing dari Nabi
SAW: ‫فَ ْلي ُِر ْقه‬. Ini menunjukkan jika air bekas minuman anjing itu suci sudah tentu baginda
tidak akan memerintahkan mencurahnya, kerana perbuatan itu mensia-siakan harta.
• Hadis wulugh al-Kalb berkaitan membersihkan kesan jilatan, jilatan itu dengan lidah di
mulut yang merupakan anggota paling baik (‫)أطيب‬, maka anggota lain adalah lebih aula
dikatakan najis.
Dalil-dalil ini dibantah dengan mengatakan:
Perintah membersihkan atau membasuh tidak semestinya menunjukkan kenajisan. Sebaliknya
adalah li al-Ta‘abbud dan ia dikuatkan dengan penetapan bilangan basuhan sebanyak tujuh
kali, sedangkan menghilangkan najis memadai dengan basuhan kurang dari itu yang dapat
menghilangkan kesannya. Selain itu perintah ini berupa ta‘abbud dikuatkan lagi dengan
terdapat juga perintah menggunakan tanah. Demikian juga lafaz ‫طهور‬ tidak menunjukkan
kenajisan, lebih-lebih lagi untuk difahami ia menunjukkan najis berat, sedangkan najis tahi
dan air kencing adalah lebih berat dari air liur anjing dan ia tidak perlu dibasuh sehingga
tujuh kali.
dalam Mawahib al-Jalil Fi Syarh Mukhtasar Khalil ketika menerangkan maksud basuhan
tujuh kali itu ta‘abbudan menyatakan:

ِ َ‫ور تَ َعبُّ ٌ•د َوهَ َذا ه َُو ْال َم ْشهُو ُر ِم ْن ْال َم ْذه‬
‫ب‬ َ ‫يَ ْعنِي َأ َّن ْال َغس َْل ْال َم ْذ ُك‬
Maksudnya: “iaitulah basuhan tujuh kali itu ta‘abbudan, dan inilah pandangan masyhur dari
mazhab.” (1/177)
Dalam masa yang sama dinasihatkan agar disediakan tempat khas untuk anjing bagi
mengelak ia berkeliaran dan mengotorkan tempat solat. Demikian juga jika dapat dielak dari
anjing pengesan masuk ke dalam rumah atau menggunakan kelengkapan khas seperti sarung
tangan ketika menguruskannya adalah lebih baik bagi keluar dari khilaf.    

SOALAN 2: PANDANGAN KHILAF MENGENAI ISU BELA ANJING


Islam tidak menggalakkan umatnya memelihara anjing sekiranya tiada keperluan ataupun
darurat. Oleh itu seorang muslim harus menjauhi dari memelihara anjing sebagai sebuah hobi
atau tanpa sebarang keperluan yang dibenarkan. Hadis yang menjadi sandaran diriwayatkan
Imam Bukhari dan Muslim, seperti berikut :

ِ َ‫يراط‬
‫ان‬ ٍ َ‫ص ِمن َأ ْج ِر ِه ُك َّل ي‬
َ ِ‫وم ق‬ ُ ُ‫ فَإنَّهُ يَنق‬- ‫اشيَ ٍة‬
ِ ‫أو َم‬
ْ ‫ص ْي ٍد‬ َ ‫ إالَّ َك‬- ‫َمن ا ْقتَنَى َكلبًا‬
َ ‫لب‬
Yang bermaksud : Barangsiapa yang memelihara anjing- melainkan anjing buruan ataupun
bagi pengembalaan kambing- maka akan dikurangkan dari pahala hariannya sebanyak dua
Qirat.1
Allah swt telah berfirman dalam surah Al-Maidah ayat 4 :

َ‫س ْكن‬ ِ ‫سَألُونَ َك َما َذا ُأ ِح َّل لَ ُه ْم قُ ْل ُأ ِح َّل لَ ُك ُم الطَّيِّبَاتُ َو َما َعلَّ ْمتُ ْم ِمنَ ا ْل َج َوا ِر‬
َ ‫ح ُم َكلِّبِينَ تُ َعلِّ ُمونَ ُهنَّ ِم َّما َعلَّ َم ُك ُم هَّللا ُ فَ ُكلُوا ِم َّما َأ ْم‬ ْ ‫َي‬
‫ساب‬ َ ‫س ِري ُع ا ْل ِح‬
َ َ ‫س َم هَّللا ِ َعلَ ْي ِه َواتَّقُوا هَّللا َ ِإنَّ هَّللا‬ ْ ‫َعلَ ْي ُك ْم َو ْاذ ُك ُروا ا‬
Yang bermaksud : Mereka menanyakan kepadamu, "Apakah yang dihalalkan bagi mereka?"
Katakanlah, "Dihalalkan bagimu perkara yang baik-baik, dan binatang buas yang telah
kamu melatihnya (untuk berburu); menurut apa yang telah diajarkan Allah kepadamu. Maka
makanlah dari apa yang ditangkapnya untukmu, dan sebutlah nama Allah ke atas buruan
tersebut. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah amat cepat hisab-Nya
Menurut ahli tafsir, yang dimaksudkan dengan binatang buas di dalam ayat ini adalah anjing
pemburu.2 Oleh itu, seperti yang dinyatakan pada hadith di atas, Islam membenarkan
penggunaan anjing sekiranya terdapat keperluan yang tertentu seperti memburu binatang,
menjaga binatang ternakan, menjaga tanaman dan menjaga keamanan rumah atau yang seerti
dengannya dari sudut keselamatan dan keberkesanan. Imam Shafi'i pernah menyatakan:
3
‫شيَ ٍة َأ ْو َما َكانَ فِي َم ْعنَا ُه ْم‬
ِ ‫ث َأ ْو َما‬
ٍ ‫ص ْي ٍد َأ ْو َح ْر‬
َ ‫ب‬
ِ ‫اح‬
ِ ‫ص‬َ ِ‫ َوال يَ ُجو ُز ا ْقتِنَاُؤ هُ ِإال ل‬.
Yang bermaksud: Dan tidak dibenarkan pemeliharaan anjing melainkan bagi seorang
pemburu, pekebun, penternak binatang atau sesiapa yang berada dalam situasi yang serupa
dengan mereka.
Imam Al-Mawardi pula berpendapat:
4
ُ‫ب حكمه ِإال َأنْ يَ ُكونَ ُم ْنتَفَ ًعا بِ ِه فَيَ ُجو ُز ا ْقتِنَاُؤ ه‬
ِ ‫ال يَ ُجو ُز ا ْقتِنَا ُء ا ْل َك ْل‬.
Yang bermaksud: Hukum memelihara anjing adalah tidak dibenarkan, melainkan terdapat
kemanfaatan baginya. Apabila terbukti kemanfaatannya maka dibenarkan pemeliharaan
anjing.
Termasuk antara penggunaan anjing pada zaman kini yang dibenarkan ialah seperti:
penggunaan anjing bagi membantu kerja-kerja yang mencabar bagi pihak keselamatan seperti
mengesan penjenayah, dadah, bahan letupan seperti bom atau periuk api, mengesan mangsa
bencana alam seperti gempa bumi atau tsunami, dan sebagainya. Ini sekaligus menjelaskan
bahawa menyentuh anjing bukanlah satu dosa sepertimana yang mungkin telah difahami oleh
sebahagian anggota masyarakat Islam.

SOALAN 3: KENAJISAN BABI


Walaupun fuqaha sepakat dalam pengharaman memakan daging, lemak dan seluruh anggota
badan babi tetapi mereka berbeza pandangan dalam isu kenajisan babi. Berikut adalah
pandangan  dalam isu kenajisan tubuh badan babi:
Pandangan pertama:
Babi merupakan najis ainiy (keseluruhan jasadnya adalah najis) sama ada ketika hidup atau
setelah ia mati. Ia merupakan pandangan  Jumhur Fuqaha mazhab Hanafi, Syafie dan
Hanbali.[3]Pandangan mereka bersandarkan dalil-dalil berikut:
a)      Allah menyifatkan babi sebagai al-Rijsu dan ia seerti dengan al-Nazasu (najis) dalam
Firman Allah S.W.T:

‫ير فَِإنَّهُ ِرجْ سٌ َأوْ فِ ْسقًا‬


ٍ ‫ط َع ُمهُ ِإال َأ ْن يَ ُكونَ َم ْيتَةً َأوْ َد ًما َم ْسفُوحًا َأوْ لَحْ َم ِخ ْن ِز‬ ْ َ‫طا ِع ٍم ي‬
َ ‫ي ُم َح َّر ًما َعلَى‬ ِ ‫قُلْ ال َأ ِج ُد فِي َما ُأ‬
َّ َ‫وح َي ِإل‬
‫ُأ‬
)١٤٥( ‫ك َغفُو ٌر َر ِحي ٌم‬ ٍ َ‫ِه َّل لِ َغي ِْر هَّللا ِ بِ ِه فَ َم ِن اضْ طُ َّر َغ ْي َر ب‬
َ َّ‫اغ َوال عَا ٍد فَِإ َّن َرب‬
Katakanlah (Wahai Muhammad): “Aku tidak dapati dalam apa yang telah diwahyukan
kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya melainkan kalau
benda itu bangkai, atau darah yang mengalir, atau daging babi – kerana Sesungguhnya ia
adalah kotor – atau sesuatu yang dilakukan secara fasik. (Surah al-An’am:145).
Qias Babi dengan anjing di mana anjing telah qatie’ kenajisannya. Bahkan babi lebih teruk
dari anjing kerana ia tidak boleh dimanfaatkan sama sekali berbanding anjing yang boleh
dimanfaatkan untuk berburu. Maka sewajarnya babi lebih najis berbanding anjing.

Pandangan kedua:
Babi sama seperti keldai, singa dan serigala yang mana jisimnya adalah suci selagi ia
bernyawa, termasuklah badan, air mata, air liur dan peluhnya. Namun apabila ia sudah mati
maka hukumnya hukum bangkai dan ia menjadi najis seperti bangkai binatang yang lain. Ini
merupakan pandangan mazhab Maliki.[4]
(iii)  Menyamak Kulit Babi
Fuqaha berbeza pandangan mengenai kulit babi yang telah disamak, apakah ia menjadi suci
seperti kulit binatang yang lain?

Pandangan pertama:
Kulit babi tidak menjadi suci dengan menyamaknya dan ia tidak boleh diguna dan
dimanfaatkan sama sekali. Ini merupakan pandangan jumhur fuqaha yang bermazhab Hanafi,
Maliki, Syafie dan Hanbali.[5]
Pandangan kedua:
Kulit babi menjadi suci apabila di samak. Pandangan ini merupakan riwayat dari Abu Yusuf
(Hanafi). Abdul al-Mun’im bin al-Ghars menyatakan bahawa ada pandangan lain dalam
mazhab Maliki yang menyatakan bahawa kulit babi boleh digunakan setelah menyamaknya
samada babi itu disembelih terlebih dahulu atau tidak disembelih.[6]
(iv)  Hukum Bulu Babi
Fuqaha berbeza pandangan mengenai kenajisan bulu babi.
Pandangan pertama:
Bulu babi adalah najis dan tidak boleh dimanfaatkan sama sekali. Ini merupakan pandangan
jumhur Fuqaha. Menurut Mazhab Syafie, apabila bulu babi melekat pada kasut seseorang, ia
tidak perlu disucikan kerana terlalu sedikit dan dimaafkan. Kenajisannya dimaafkan jika
kasut dan bulu itu kering menurut mazhab Hanafi. Menurut mereka kalau salah satu bahagian
basah ketika ia melekat, wajib disucikan tempat melekatnya bulu babi.[7]
Pandangan kedua:
Bulu babi adalah suci. Jika bulu babi digunting atau dicabut ketika babi itu hidup, harus
digunakan untuk tujuan yang bermanfaat seperti membuat berus. Ini kerana bulu bukanlah
tempat letaknya nyawa dan mana-mana tempat yang bukan terletaknya nyawa tidak menjadi
najis ketika ia masih hidup. Walaupun begitu sunat membasuhnya kerana dikhuatiri bulunya
telah terkena najis yang lain.  Adapun apabila bulu babi dicabut setelah ia mati, ia dianggap
tidak suci kerana ia telah bercampur antara bulu dan bangkainya. Ini merupakan pandangan
mazhab Maliki.[8]
Cara menyucikan tempat yang terkena babi:
Pandangan pertama:
Membasuh sebanyak tujuh kali basuhan dan basuhan pertama mesti dicampur dengan tanah.
Ini merupakan pandangan pertama dalam mazhab Syafie dan Hanbali.[9]
Dalil mereka ialah mengqiaskan babi dengan anjing di mana anjing merupakan najis seperti
yang disebut dalam hadis (‫)إذا ولغ الكلب‬, maka babi lebih najis dari anjing kerana keadaannya
lebih buruk daripada anjing.
Pandangan kedua:
Membasuh sehingga hilang kesan babi. Tidak perlu membasuhnya sebanyak tujuh kali atau
menggunakan tanah. Ini merupakan pandangan mazhab Maliki, Hanafi dan pandangan kedua
dalam mazhab Syafie dan Hanbali.[10]
Tarjih
Imam al-Nawawi yang merupakan salah seorang fuqaha dalam mazhab Syafie telah
mentarjih pandangan yang mengatakan bahawa cukup membasuh tempat yang terkena kesan
babi dengan air sehingga hilang kesan tersebut. Pandangan ini kuat dari sudut dalilnya kerana
sesuatu perkara (iaitu membasuh najis babi sebanyak tujuh kali dan basuhan pertama dengan
tanah) tidak diwajibkan sehingga terdapat dalil yang mewajibkannya. Dalil tersebut tidak
wujud. Apatah lagi isu hukum yang dibina atas asas ibadah.[11] Mengqiaskan babi dengan
anjing qias yang tidak tepat kerana hukum kedua-duanya berbeza antaranya dibenarkan orang
Islam memelihara anjing untuk berburu sedangkan babi tidak dibenarkan memeliharanya
sama sekali.
 

SOALAN 4: PANDANGAN SENTUHAN PEREMPUAN BERLAPIK 1


Sepakat ulamak 4 mazhab berdasarkan pendapat yang terpilih, bahawa haram berjabat tangan
antara ajnabi. Ulamak Hanabilah pula berkata, hukum tersebut merangkumi sama ada
bersalaman dengan berlapik ataupun tidak.
Ringkasan pandangan ulamak 4 mazhab seperti berikut:
(1) Mazhab Hanafiyah
Ibn Najim berkata:
“Tidak harus bagi lelaki menyentuh wajah perempuan, tapak tangannya sekalipun tanpa
syahwat kerana ketiadaan darurat.”
(Al-Bahru ar-Ra’iq
(2) Mazhab Malikiyah
Muhammad bin Ahmad berkata:
“Tidak harus bagi lelaki menyentuh wajah seorang perempuan ajnabiyah, begitu juga tapak
tangannya. Maka tidak harus bagi kedua-dua mereka menyentuh tangan masing-masing tanpa
berlapik.”
Saidatina Aisyah berkata:
‫إنما كانت مبايعته صلى هللا عليه وسلم النساء بالكالم‬
“Sesungguhnya Rasulullah S.A.W hanya mengambil bai’ah para wanita melalui ucapan.”
(Manhul Jalil Syarh Mukhtasar Khalil

(3) Mazhab Syafieyah


Imam an-Nawawi berkata:
‫وال يجوز مسها في شيء من ذلك‬
“Dan tidak harus menyentuh wanita pada keadaan-keadaan tersebut iaitu ketika transaksi jual
beli, serah terima barang, dan lain-lain.”
(Al-Majmuk)
Sheikh Waliyuddin al-‘Iraqi berkata:
“Bahawa Rasulullah S.A.W tidak menyentuh tangan wanita selain para isteri Baginda.
Baginda tidak bersalaman ketika membai’ah mereka, juga tidak menyentuh wanita pada
urusan selain bai’ah.
“Jika Nabi pun tidak melakukan perbuatan sedemikian, sedangkan Baginda terjamin
maksum, maka bagi insan selain Rasulullah S.A.W, lebih-lebih lagi aula meninggalkan
perbuatan tersebut.
“Dan berkata fuqaha’ dalam kalangan kami:
“Sesungguhnya diharamkan bersentuhan dengan wanita ajnabiyah sekalipun pada anggota
yang tidak termasuk dalam aurat seperti muka dan tapak tangan. “Oleh itu, pengharaman
bersentuhan antara lelaki dan perempuan lebih kuat berbanding pengharaman melihat wajah
satu sama lain tanpa syahwat.
“Pengharaman ini berkekalan selagi tidak wujud darurat. Jika berlaku darurat, seperti
keperluan rawatan perubatan maka harus bersentuhan apabila tiada perawat sesama jantina.”
(Thorhu at-Tatsrib)
(4) Mazhab Hanabilah
Ibn Muflih berkata:
“Imam Ahmad pernah ditanya soal seorang lelaki yang berjabat tangan dengan wanita. Lalu
beliau berkata:
“Tidak harus, dan beliau sangat menegaskan larangan tersebut.”
“Aku berkata:
‫فيصافحها بثوبه؟‬
“Kalau dia bersalaman dengan bajunya sebagai lapik?”
“Imam Ahmad tetap menjawab: “Tidak.”
(Al-Adab asy-Syar’iyah)
Kesimpulannya, ulamak 4 mazhab telah bersepakat akan pengharaman bersentuhan antara
lelaki dan perempuan melainkan jika ada darurat atau keperluan yang mendesak.
“Tidak.”
(Al-Adab asy-Syar’iyah)
Kesimpulannya, ulamak 4 mazhab telah bersepakat akan pengharaman bersentuhan antara
lelaki dan perempuan melainkan jika ada darurat atau keperluan yang mendesak.

PANDANGAN SENTUHAN PEREMPUAN BERLAPIK 2


DALIL DAN HUJAH
Para ulamak memberikan pandangan yang berbeza dalam menjawab persoalan berkaitan
hukum berjabat tangan dengan wanita ajnabi. Hakikinya kebanyakan mereka menyatakan isu
ini dengan hukum wuduk iaitu samada batal wuduk atau sebaliknya apabila bersentuhan kulit
antara lelaki dengan wanita ajnabi sebagaimana firman Allah S.W.T dalam ayat yang
berkenaan dengan wuduk dan tayamum:
     ‫أولمستم النساء‬                                                  
Maksudnya: Atau kamu bersentuhan dengan perempuan (surah an-nisa’: 43)

PANDANGAN ULAMAK MAZHAB EMPAT


1- Berhubung samada batal wuduk ataupun tidak sekiranya bersentuhan kulit antara seorang
lelaki dengan wanita ajnabi, ulamak mazhab yang empat mempunyai pandangan yang
berbeza. Doktor Wahbah Zuhaili menerusi bukunya al-Fiqh Islami Aaadillatuhu ada
menjelaskan pandangan setiap mazhab berhubung isu ini  sebagaimana keterangan
    i- Mazhab Hanafi: wuduk hanya akan terbatal apabila berlakunya jamak atau   
 seorang lelaki menyentuh perempuan dengan penuh syahwat sehingga dia  merasa ghairah
tanpa sebarang kain antara mereka.
  ii- Ulamak mazhab Maliki: wuduk tidak terbatal dengan memuaskan nafsu melalui
pandangan mata atau khayalan semata-mata walaupundia merasa terangsang atau ghairah
tanpa mengeluarkan air mazi begitu juga tidak batal wuduk dengan menyentuh seorang
kanak-kanak perempuan yang belum memberahikan (belum baligh) atau lelaki yang telah tua.
Disisi mazhab Maliki wuduk hanya akan terbatal berdasarkan syarat-syarat berikut:
a-      Hendaklah orang yang menyentuh itu seorang yang sudah baligh
b-      Orang yang disentuh itu pada kebiasaannya adalah seorang yang memberahikan.
c-      Hendaklah orang yang menyentuh berniat untuk memuaskan nafsunya ataupun dia
merasai nikmat tersebut walaupun tidak berniat sedemikian.
 iii- Mazhab Hanbali: menurut pandangan yang masyhur di kalangan mereka wuduk akan
terbatal dengan menyentuh kulit seorang wanita tanpa berlapik dan disertai dengan nafsu.
Kesimpulannya jumhur ulamak selain daripada mazhab Syafie berpandangan bahawa wuduk
tidak terbatal dengan sebab bersentuhan antara lelaki dengan wanita ajnabi.
iv-   Sebaliknya, mazhab Syafie berpendapat wuduk tanpa tetap terbatal dengan berlakunya
sentuhan antara seorang lelaki dengan wanita ajnabi walaupun orang yang disentuh itu sudah
meniggal dunia. Bersentuhan tanpa alas turut membatalkan wuduk orang yang menyentuh
dan orang yang disentuh walaupun salah seorang daripada mereka adalah orang tua yang
hodoh atau lemah. Bagaimanapun wuduk tidak terbatal dengan menyentuh rambut, gigi dan
kuku atau bersentuhan dengan berlapik.

PANDANGAN SENTUHAN PEREMPUAN BERLAPIK 3


PANDANGAN ULAMAK BERHUBUNG HUKUM BERSALAMAN ANTARA LELAKI
DENGAN WANITA AJNABI.
• Pada dasarnya terdapat pelbagai pendapat ulamak mengenai hukum berjabat tangan dengan
wanita ajnabi. Pada asasnya perbezaan pendapat tersebut turut berhubung kait dengan
perbahasan mereka tentang ayat 43 surah an-Nisa’(‫)أو لمس••تم النس••اء‬ Walaupun begitu tidak
dinafikan majoriti ulamak berpandangan hukum bersalaman dengan wanita ajnabi adalah
dilarang (haram).
• Dr. Yusuf Al-Qardhawi menerusi kitabnya Fatwa Muasirah berpendapat, haram berjabat
tangan dengan wanita jika disertai bersamanya rasa ghairah kepada salah satu pihak samada
lelaki mahupun wanita. Dihukumkan sebagai haram juga sekiranya dengan berjabat tangan
itu diyakini akan membawa kepada fitnah. Ini kerana menjauhi segala perkara yang boleh
menjerumuskan seseorang ke kancah maksiat adalah wajib, apatah lagi jika sebab ataupun
punca ke arahnya adalah jelas dan nyata.
• Walau bagaimanapun dalam soal berjabat tangan dengan wanita tua yang sudah tidak
mempunyai keinginan atau kanak-kanak perempuan kecil yang masih belum mempunyai
keinginan, Al-Qardhawi berpandangan bahawa keringanan diberikan untuk berjabat tangan
ketika itu kerana ia adalah selamat daripada sebarang fitnah. Hukumnya adalah sama jika
bersalaman dengan lelaki tua yang sudah lanjut usianya serta tidak mempunyai keinginan
syahwat. Firman Allah S.W.T dalam (surah An-Nur: 60) :
      ‫ وأن يستعففن‬.‫والقواعد من النساء التى ال يرجون نكاحا فليس عليهن جناح أن يضعن ثيابهن غير متبرجت بزينة‬
‫ خيرلهن وهللا سميع عليم‬.                                                                    
Maksudnya: Dan mana-mana perempuan tua yang telah putus haid, yang tidak mempunyai
harapan berkahwin lagi, maka tidak ada seolahnya mereka meninggalkan pakaian luarnya,
dengan tidak bertujuan mendedahkan perhiasan mereka, dalam pada itu perbuatan mereka
menjaga kehormatan (dengan tidak meninggalkan pakaian luarnya itu adalah lebih baik bagi
mereka) dan ingatlah! Allah amat mendengar, lagi amat mengetahui.
Firman Allah S.W.T: (Surah An-Nur: 31)
‫أو التبعين غير أولى اإلربة من الرجال أو الطفل الذين لم يظهروا على عورت النساء‬
Maksudnya: “……atau orang gaji dan orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak
berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat
perempuan…..”

SOALAN 5: PANDANGAN GOSOK TANGAN KETIKA WUDU’


Ayat di atas ini menjelaskan beberapa anggota yang wajib dibasuh dan disapu dalam wuduk.
Iaitu muka, kedua tangan sehingga ke siku, kepala, serta kaki sehingga ke buku lali. Dua lagi
perkara fardhu dalam wuduk adalah niat dan juga tertib.
Merujuk kepada persoalan yang dikemukakan, isu ini sebenarnya melibatkan perbahasan para
ulama fekah berkenaan hukum menggosok anggota wuduk setelah dikenakan air padanya.
Dalam bahasa arab perbuatan ini disebut sebagai ‫ال••دلك‬. Dari sudut bahasa, ia membawa
maksud : Melalukan tangan kepada anggota. Rujuk Mu’jam Maqayis al-Lughah, Ibn Faris
(2/297).
Dalam mazhab Imam al-Syafi’e, perbuatan menggosok anggota wuduk untuk meratakan air
adalah termasuk dalam kategori perkara-perkara sunat ketika berwuduk. Imam Al-Nawawi
ketika menghuraikan beberapa perkara sunat dan mustahab di dalam berwuduk beliau berkata
:
َ ‫َوَأ ْن يُ َدلِّكَ اَأْل ْع‬
‫ضا َء‬
Maksudnya : Dan seseorang itu menggosok anggota wuduk.
Rujuk Al-Majmu’ Syarah Al-Muhazzab, Al-Nawawi (1/465).
Begitu juga dalam kitab Al-Fiqh al-Manhaji (1/59) menyebutkan bahawa antara perkara sunat
dalam wuduk adalah ‫ الدلك‬ini. Iaitu melalukan tangan ke atas anggota ketika membasuhnya.
Para penulis kitab berhujah menggunakan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah bin
Zaid R.A beliau berkata :
ُ ُ‫ضَأ فَ َج َع َل يَقُو ُل هَ َك َذا يَ ْدل‬
‫ك‬ َّ ‫صلَّى هللاُ َعلَ ْي ِه َو َسلَّ َم ت ََو‬ َّ ِ‫َأ َّن النَّب‬
َ ‫ي‬
Maksudnya : Sesungguhnya Nabi S.A.W berwuduk kemudian baginda melakukan begini,
iaitu baginda menggosok (anggota wuduk).

Riwayat Ahmad (16441)


Keadaan ini juga sama dalam isu mandi junub. Ini kerana, Imam Al-Syafi’e dalam isu
perkara-perkara sunat ke atas mereka yang mandi wajib berkata :

َ ِّ‫َوُأ ِحبُّ لَهُ َأ ْن يُ َدل‬


ُ‫ك َما يَ ْق ِد ُر َعلَ ْي ِه ِم ْن َج َس ِد ِه فَِإ ْن لَ ْم يَ ْف َعلْ َوَأتَى ْال َما ُء َعلَى َج َس ِد ِه َأجْ زَ َأه‬

Maksudnya : Dan aku suka sekiranya dia menggosok kadar yang dia mampu dari bahagian
badannya. Namun sekiranya dia tidak melakukannya dan mengenakan air kepada anggota
tubuhnya maka itu telah mencukupi. Rujuk Al-Umm, Al-Syafi’e (1/57).
Seperti yang kita ketahui, wuduk dan juga mandi wajib keduanya adalah sama dari sudut
keduanya mengangkat hadas. Wuduk mengangkat hadas kecil dan mandi wajib mengangkat
hadas besar. Justeru, keadaannya adalah sama dari sudut selama mana seseorang itu
mengenakan air sahaja kepada anggota badan dan tidak menggosoknya, maka yang demikian
itu telah memadai dan mencukupi.
Penutup
Sebagai kesimpulan kami menyatakan bahawa hukum menggosok anggota wuduk setelah
mengenakan air ke anggota wuduk adalah sunat. Justeru, sekiranya seseorang yang berwuduk
sekadar mengenakan air kepada anggota wuduknya seperti meletakkan tangan atau kaki di
bawah air paip, maka wuduknya adalah sah. Demikian juga sama hukumnya ketika mandi
wajib.
Meskipun begitu, sekiranya tanpa menggosok anggota badan semasa wuduk atau mandi
wajib akan menyebabkan air tidak kena kepada anggota tersebut, maka dalam keadaan ini
hukum menggosok anggota wuduk atau badan tersebut adalah wajib.

SOALAN 6: KHILAF PERKARA BATAL WUDU’


Khilaf (perbezaan pandangan) yang muktabar Mengenai Wudhu
→ Batalkah wuduk bila sentuh perempuan?
pandangan Imam Mazhab
1. Ulama Mazhab Hanafi
- wudhu batal akibat bersentuhan dengan perempuan sewaktu jimak .

2. Ulama Mazhab Maliki dan Hambali


- wuduk batal dengan sebab bersentuhan kulit antara lelaki dan perempuan di saat ada
rasa nikmat atau timbulnya ghairah nafsu.

3. Ulama Mazhab Syafie


- wudhu kedua belah pihak lelaki dan perempuan akan batal dengan hanya terjadi sentuhan
kulit, meskipun tidak timbul nafsu.

Perbincangan:
PERTAMA
Ketiga-tiga mazhab ini (Hanafi, Maliki & Hambali) iaitu Jumhur berpendapat bahawa wudhu
tidak batal yang disebabkan adanya sentuhan di antara lelaki dengan perempuan. Mereka
berhujah dengan dalil berikut :
i. Firman Allah,
"... atau kamu telah menyentuh perempuan..." (an-Nisaa': 43)
- Ulama Mazhab Hanafi berpegang dengan pendapat Ibnu Abbas. Yang di maksudkan
dengan sentuhan adalah Jimak.

ii. Hadith riwayat Aisyah, menyebutkan,


"ketika Rasulullah hendak menunaikan solat, saya pernah duduk di hadapannya seperti
jenazah, hingga apabila hendak witir Rasul menyentuh saya dengan kakinya."
(HR an-Nasa'i. Ibnu Hajar mengatakan bahawa isnadnya shahih- Naulul
Authan, Jilid1/hlm.196)
- Dalam riwayat ini, terdapat bukti yang menunjukkan bahawa menyentuh perempuan tidak
membatalkan wudhu dan juga Rasul menyentuh 'Aisyah tersebut tanpa alas apa pun.
iii. Hadith riwayat Aisyah juga yang menyatakan,
"pada suatu malam, saya mendapati Rasulullah saw tidak ada di atas alas tidur. Lalu saya
mencarinya dan saya memegang telapak kakinya dengan tangan saya pada waktu baginda
berada dalam masjid. Kedua kakinya itu di berdirikan (dalam keadaan sujud) dan baginda
membaca,
' Ya Allah, aku berlindung dengan keridhaan-Mu dari kemurkaan-Mu. Aku berlindung
dengan ampunan-Mu dari siksa-Mu, dan aku berlindung dengan-Mu dari ketidakmampuanku
dalam memuji-Mu sebagaimana Engkau memuji Diri-Mu.'"
"HR Muslim,at-Tirmidzi, dan al-Baihaqi.AT-Tirmidzi menganggap hadith ini SHAHIH,
ibid., dan lihat hadith ini dalam Nashbur Rayah, Jilid I, hlm. 70-75)
- Hadith ini menunjukkan bahawa sentuhan itu tidak menyebabkan bataInya wudhu.
KEDUA
Ulama Mazhab Syafie mengatakan bahawa wudhu tetap batal disebabkan adanya sentuhan
antara seorang lelaki dengan perempuan ajnabi yang bukan mahram, walaupun dia telah mati.
Bersentuhan tanpa alas/penghalang dapat membatalkan wudhu orang yang menyentuh dan
juga wuthu orang yang disentuh, walaupun salah seorang dari mereka adalah orang tua yang
nyanyuk atau orang tua lemah dan meskipun tanpa niat. Namun wudhu tidak batal dengan
menyentuh rambut, gigi dan kuku. Wudhu juga tidak batal jika menyentuhnya dengan
menggunakan alas. Maksud  antara lelaki dan perempuan' = lelaki dan perempuan yang telah
sampai peringkat yang menimbulkan syahwat. mahram = orang yang haram dinikahi dengan
sebab keturunan, penyusuan atau pernikahan (seperti ibu mertua).
Oleh sebab itu, Wudhu tidak batal dengan menyentuh seorang anak lelaki atau perempuan
yang masih kecil dan tidak menimbulkan syahwat pada salah seorang dari mereka, bagi yang
mempunyai tabiat normal. Wuduk juga tidak batal dengan bersentuhan dengan mahram.
Alasan sentuhan boleh membatalkan wudhu adalah kerana ia dapat menimbulkan perasaan
nikmat yang dapat menggerakkan nafsu. Hal seperti ini tidak patut terjadi pada diri orang
yang dalam keadaan suci.
Dalil mereka adalah erti yang sebenarnya dari segi bahasa bagi kata "mulamasah" seperti
yang terdapat dalam firman Allah SWT,
"... atau kamu telah menyentuh perempuan..."(an-Nisaa': 43)
- Hal ini jelas menunjukkan pengertian "mulamasah" adalah sentuhan semata-mata, bukan
jimak. Adapun hadith riwayat Aisyah yang menceritakan perbuatannya yang menyentuh kaki
Rasul → adalah Daif (lemah).
- oleh sebab itu, sentuhan itu diandaikan terjadi dengan alas/penghalang
-atau hukum itu hanya khusus bagi Nabi Muhammad saw saja. Namun andaian ini dianggap
sebagai andaian yang bertentangan dengan zahir nash.

SOALAN 7: KHILAF BASUH UBUN KETIKA WUDU’


1. Mazhab Hanafi
Mazhab Hanafi berpendapat bahwa mengusap kepala ketika wudhu cukup dengan
seperempat dari bagian kepala saja. Yaitu dengan cara mengusap bagian ubun-ubun kepala
misalnya.
Dalam masalah ini, Mazhab Hanafi menggunakan dalil shahih yang diriwayatkan Imam
Muslim dengan sanad yang shahih:
‫ رواه مسلم‬.‫ َو َعلَى ْال ِع َما َم ِة َو َعلَى ْال ُخفَّي ِْن‬،‫َاصيَتِ ِه‬
ِ ‫ضَأ فَ َم َس َح بِن‬
َّ ‫ «ت ََو‬:‫صلَّى هللاُ َعلَ ْي ِه َو َسلَّ َم‬ َّ ِ‫َأنَ النَّب‬.
َ ‫ي‬
Dari Mughiroh bin Syu’bah radhiyallahu 'anhu: Sesungguhnya Nabi SAW Berwudhu
kemudian mengusap ubun-ubunnya dan imamahnya serta khuf. (HR. Muslim

2. Mazhab Maliki.
Mazhab Maliki berpendapat bahwa mengusap kepala ketika wudhu wajib diratakan ke
seluruh kepala. Dalam masalah ini, Madzhab Maliki menggunakan dalil shahih yang
diriwayatkan Imam Bukhari dan Imam Muslim dengan sanad yang shahih:
‫ فأقبل‬,‫ برأسه‬- ‫ صلى هللا عليه وسلم‬- ‫ ومسح‬:‫ قال‬- ‫ في صفة الوضوء‬- ‫ رضي هللا عنه‬- ‫وعن عبد هللا بن يزيد بن عاصم‬
‫ متفق عليه‬.‫بيديه• وأدبر‬.
Dari Abdullah bin Yazid: Nabi SAW mengusap kepalanya mulai dari depan dengan kedua
tangannya sampai ke belakang kepala. (Muttafaqun Alaih)

3. Mazhab Syafi'i
Mazhab Syafi'i berpendapat bahwa mengusap kepala ketika wudhu cukup dengan sebagian
dari kepala saja, walaupun hanya beberapa rambut saja. Dalam masalah ini, Mazhab Syafi'i
menggunakan dalil shahih yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dengan sanad yang shahih:
‫ رواه مسلم‬.‫ َو َعلَى ْال ِع َما َم ِة َو َعلَى ْال ُخفَّي ِْن‬،‫َاصيَتِ ِه‬
ِ ‫ضَأ فَ َم َس َح بِن‬
َّ ‫ «ت ََو‬:‫صلَّى هللاُ َعلَ ْي ِه َو َسلَّ َم‬ َّ ِ‫َأنَ النَّب‬.
َ ‫ي‬
Dari Mughiroh bin Syu'bah radhiyallahu 'anhu: Sesungguhnya Nabi SAW berwudhu
kemudian mengusap ubun-ubunnya dan imamahnya serta khuf. (HR. Muslim)

4. Mazhab Hanbali.
Mazhab Hanbali berpendapat bahwa mengusap kepala ketika wudhu wajib diratakan ke
seluruh kepala. Pendapat Mazhab Hanbali ini sama seperti pendapat Mazhab Maliki.
Dalam masalah ini, Mazhab Hanbali menggunakan dalil shahih yang diriwayatkan oleh Imam
Bukhari dan Imam Muslim dengan sanad yang shahih:
‫ فأقبل‬,‫ برأسه‬- ‫ صلى هللا عليه وسلم‬- ‫ ومسح‬:‫ قال‬- ‫ في صفة الوضوء‬- ‫ رضي هللا عنه‬- ‫وعن عبد هللا بن يزيد بن عاصم‬
‫ متفق عليه‬.‫بيديه• وأدبر‬.
Dari Abdullah bin Yazid: Nabi SAW mengusap kepalanya mulai dari depan dengan kedua
tangannya sampai ke belakang kepala. (Muttafaqun Alaih)

Anda mungkin juga menyukai