Anda di halaman 1dari 9

MAKANAN

HARAM: Makanan datangnya yang dari

SYUBHAH: sesuatu yang hukum tidak

sumber-sumber HALAL: Makanan yang dari sumber halal dari datangnya sumberyang segi yang haram dari segi syarak dan boleh memudaratkan kesihatan MAKRUH: makanan terlekat busuknya mulut, yang bau di pakaian

diketahui dengan jelas hukum halal dan haramnya.

syarak dan boleh mendatangkan kebaikan kepada kesihatan . Arak, Anjing, Babi, Bangkai, Dadah Ikan, sayursayuran, daging lembu yang disembelih dengan nama Allah

dan tubuh badan

Ayam yang diternak disuntik vaksin yang diperbuat dari Jering, petai ,kerdas. Makanan yang mengandungi gelatin serum babi

Sabda Rasulullah : : : : . . : . )(

Pengajaran hadith:

1. Umat Islam mesti prihatin terhadap makanan dan minuman yang halal 2. Kita wajib menghindari daripada makanan dan minuman yang halal 3. Allah tidak memakbulkan doa hambanya yang mengambil makanan haram

Pengertian makanan yang halal;

Makanan yang datangnya dari sumber-sumber yang halal dari segi syarak dan boleh mendatangkan kebaikan kepada kesihatan .

Ciri-ciri makanan yang halal:

1. Didapati dari sumber yang halal 2. Bahan makanan tersebut halal dimakan 3. Mengandungi protein dan vitamin yang penting kepada kesihatan fizikal dan mental 4. Bahan makanan yang segar dan baru/tidak memudaratkan kesihatan 5. Diperbuat dari bahan-bahan makanan yang baik dan bermutu tinggi 6. Diusahakan oleh orang Islam untuk memastikan ianya halal 7. Berkhasiat dan bersih 8. Disembelih dengan nama Allah

Contoh makanan yang halal:

Ikan, sayur-sayuran, daging lembu yang disembelih dengan nama Allah

Pengertian makanan yang haram;

Makanan yang datangnya dari sumber-sumber yang haram dari segi syarak dan boleh memudaratkan kesihatan .

Jenis makanan yang haram 1) BANGKAI Iaitu haiwan yang mati bukan kerana disembelih atau diburu. Jenis-jenis bangkai adalah seperti berikut: a) Al-Munkhaniqoh: Haiwan yang mati kerana tercekik baik secara sengaja atau tidak. b) Al-Mauqudhah: Haiwan yang mati kerana dipukul dengan alat atau benda keras hingga mati. c) Al-Mutaraddiyah: Haiwan yangg mati kerana jatuh dari tempat tinggi atau jatuh ke dalam telaga sehingga mati. d) An-Nathihah: Haiwan yang mati kerana ditanduk oleh haiwan Walaupun bangkai adalah haram hukumnya tetapi ada juga yang dikecualikan iaitu bangkai ikan dan belalang berdasarkan hadits. Ertinya: Dari Ibnu Umar berkata: " Dihalalkan untuk dua bangkai dan dua darah. Adapun dua bangkai iaitu ikan & belalang, manakala dua darah iaitu hati dan limpa." (Shahih. Lihat takhrijnya dalam Al-Furqan hal 27 edisi 4/Th.11) Rasululah juga pernah ditanya tentang air laut, maka beliau bersabda.

"Ertinya: Laut itu suci airnya dan halal bangkainya" (Shahih. Lihat takhrijnya dalam AlFurqan 26 edisi 3/Th 11) 2) DARAH Iaitu darah yg mengalir sebagaimana dijelaskan dalam ayat lainnya: "Ertinya: Atau darah yg mengalir" (Al-An'Am: 145) Walaupun darah adalah haram, tetapi ada pengecualian iaitu hati dan limpa. Demikian juga sisa-sisa darah yang menempel pada daging atau leher setelah disembelih. 3) DAGING BABI Semua jenis babi, baik peliharaan mahupun liar, jantan mahupun betina. Dan mencakupi seluruh anggota tubuh babi sekalipun minyaknya. Hikmah pengharamannya adalah kerana babi adalah haiwan yang sangat menjijikkan dan mengandungi penyakit yang sangat berbahaya. Oleh karena itu,makanan kesukaan hewan ini adalah barang-barang yg najis & kotor. 4) SEMBELIHAN UNTUK SELAIN ALLAH Setiap haiwan yang disembelih dengan nama selain Allah hukumnya haram. jika seseorang itu menyembelih dengan nama selain Allah seperti berhala dan taghut, maka hasil sembelihannya adalah haram. 5) HAIWAN YANG DITERKAM BINATANG BUAS Haiwan yang diterkam oleh harimau, serigala atau anjing lalu dimakan sebahagiannya kemudian mati kerananya, maka hukumnya adalah haram. 6) BINATANG BUAS BERTARING Hal ini berdasarkan hadith: "Ertinya: Daripada Abu Hurairah daripada Nabi Shallallahu alaihi wa sallam bersabda: "Setiap binatang buas yang bertaring adalah haram dimakan" (Hadits Riwayat Muslim) 7) BURUNG YANG BERKUKU TAJAM Hal ini berdasarkan hadits.

"Ertinya: Daripada Ibnu Abbas berkata: "Rasulullah Shallallahu alaihi wa sallam melarang dari setiap hewan buas yg bertaring & berkuku tajam" (Hadits Riwayat Muslim) 8) KELDAI JINAK Hal ini berdasarkan hadits "Ertinya: Daripada Jabir berkata: "Rasulullah Shallallahu alaihi wa sallam melarang pada perang khaibar dari (makan) daging khimar dan memperbolehkan daging kuda". (Hadits Riwayat Bukhori & Muslim) Dalam hadits di atas terdapat dua masalah: Adapun keledai liar, maka hukumnya halal dengan kesepakatan ulama. 9) AL-JALLALAH Hal ini berdasarkan hadith. "Ertinya: Daripada Ibnu Umar berkata: Rasulullah melarang dari jalalah unta untuk dinaiki". (Hadits Riwayat. Abu Daud dengan sanad shahih) Maksud Al-Jalalah ialah setiap haiwan baik haiwan berkaki empat mahupun berkaki dua yang makanannya adalah kotoran seperti kotoran manusia atau hewan & sejenisnya. Sebab diharamkannya jalalah adalah perubahan bau atau rasa daging atau susunya. 10) HAIWAN YANG DIPERINTAHKAN AGAMA SUPAYA DIBUNUH "Daripada Aisyah berkata: Rasulullah bersabda: Lima haiwan fasik yang perlu dibunuh, baik di tanah halal maupun haram iaitu ular, tikus, anjing hitam." (Hadits Riwayat Muslim & Bukhari dengan lafaz "kala jengking: gantinya "ular") 11) HAIWAN YANG DILARANG UNTUK DIBUNUH "Dari Ibnu Abbas berkata: Rasulullah melarang membunuh 4 jenis haiwan: semut, tebuan, burung hud-hud & burung surad " (Hadits Riwayat Ahmad, Abu Daud, Ibnu Majah, Ibnu Hibban dan disahihkan Baihaqi & Ibnu Hajar dalam At-Talkhis) 12) BINATANG YANG HIDUP DI DUA ALAM Semua makanan adalah halal kecuali apabila ada dalil yang mengharamkannya.

Katak/kodok - hukumnya haram secara mutlak menurut pendapat yang rajih kerana ia termasuk haiwan yang dilarang dibunuh.

Ciri-ciri makanan yang haram:

1. Bahan makanan yang ditegah dalam Islam 2. Diperbuat dari bahan-bahan yang haram 3. Di usahakan oleh orang yang bukan Islam tanpa pengawasan pihak 4. Ia mendatangkan kesan yang bahaya kepada kesihatan 5. Didapati dari sumber yang haram 6. Disembelih tidak dengan nama Allah

Contoh makanan yang haram:

Arak, Anjing, Babi, Bangkai, Dadah

Pengertian makanan makruh

Yang dimaksudkan dengan makruh dimakan iaitu makanan yang terlekat bau busuknya di mulut, pakaian dan tubuh badan, berdasarkan kepada ayat AI-Quran, surah Baqarah. ayat 168.

Ertinya : Wahai manusia, makanlah dari apa yang ada di bumi Allah ini, yang halal dan baik-baik. Janganlah kamu mengikut jejak langkah syaitan kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh kamu yang paling nyata.

Contoh makanan makruh dimakan Jering, petai, atau kerdas. Pengertian makanan syubhah
Definisi : Syubhah ialah sesuatu hukum yang tidak diketahui dengan jelas hukum halal dan haramnya. Jika terdapat sebutir syubhah, yakni keraguan dalam hati kita,maka ianya dianggap haram. Contoh makanan syubhah Ayam yang diternak disuntik vaksin yang diperbuat dari serum babi Makanan yang mengandungi gelatin

Sebab dituntut makan makanan yang baik:

1. Menyihatkan tubuh badan 2. Memelihara kewarasan akal fikiran 3. Meningkatkan imej umat Islam

Sebab diharamkan makanan haram:

1. Mendatangkan penyakit 2. Merosakkan akal fikiran 3. Menjatuhkan imej uman Islam

Hikmat memilih makanan dan minuman yang baik:

1. Menyihatkan tubuh badan 2. Memelihara kewarasan akal dan fikiran 3. Meninggikan imej umat Islam 4. Dimakbulkan dosa

Syarat-syarat makan makanan haram ketika darurat:

1. Jika hanya terdapat makanan yang haram sahaja 2. Makan atau minum sekadar menyelamatkan nyawa 3. Makan atau minum bukan untuk kenyang

Hikmah rukhsah makan dan minum yang haram dalam keadaan darurat:

1. Kewajipan menjaga nyawa sebagai suatu yang berharga 2. Memberi kelonggaran ketika darurat 3. Ajaran Islam mudah dan tidak membebankan

Meningkatkan imej umat Islam Sebab dituntut makan makanan yang baik Sihat tubuh badan Memelihara akal

Mendatangkan penyakit Sebab diharamkan makan makanan haram Rosak akal Menjatuhkan imej umat Islam Sihat rohani dan jasmani Hikmat memilih makanan baik Dimakbulkan dosa

Untuk menyelamatkan nyawa Syarat-syarat makan makanan haram ketika darurat Jika terdapat makan haram sahaja Makan bukan untuk kenyang

Islam mudah dan tidak membebankan Hikmah rukhsah makan makanan haram Sebagai kelonggaran Nyawa sesuatu yang berharga

Anda mungkin juga menyukai