Anda di halaman 1dari 57

CTU085: TASAWWUR ISLAM

TOPIK 9

ADAB DAN ETIKA PROFESIONALISME

ADAB DAN ETIKA PEMAKANAN,


PAKAIAN & PERGAULAN
HASIL PEMBELAJARAN

1. Pelajar-pelajar dapat mengamalkan nilai kepatuhan


terhadap ajaran Islam.

2. Pelajar-pelajar dapat mempamerkan nilai kesedaran


untuk menjauhi perkara-perkara haram dalam agama.
ADAB DAN
ETIKA

Pemakana
Pakaian Pergaulan
n
ADAB DAN ETIKA PEMAKANAN
KONSEP PEMAKANAN YANG
HALAL DAN BAIK

 Islam menuntut supaya memakan makanan yang


bersih baik dan halal.
 Bersih, baik dan halal bertujuan untuk kesihatan
dan kekuatan jasmani.
al-Quran menjelaskan:

ُ ِ ۟ ُ ‫ٱ‬ ْ ‫مُك‬ ْ ِ َ ِ ۟ ُ ‫لُك‬ ۟ ِ ‫ذَّل‬‫ٱ‬


ْ ‫ا من ط ِ ّيبَٰ ت َما َر َزقنَٰ َو شك ُروا هَّلِل ِإ ن كنمُت‬$‫يَٰ َٓأهُّي َا َين َءا َمنُوا و‬
ْ
َ ‫اَّي ُه تَ ْع ُب ُد‬
‫ون‬
‫ِإ‬
Maksudnya: “Wahai orang yang beriman! Makanlah dari
benda-benda yang baik (yang halal) yang telah kami berikan
kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul
kamu beribadat kepadaNya.”
(al-Baqarah 2:172)
Makanan
tayyibat

Suci dan Tidak jijik Berkhasiat


Halal
bersih (khabaith) (berzat)
3 PRINSIP UTAMA DALAM MENENTUKAN HALAL DAN
HARAM MAKANAN DALAM ISLAM

• Semua jenis haiwan yang dimakan oleh bangsa Arab.


1
• Segala jenis binatang buas yang diharamkan ialah binatang
buas yang mempunyai gigi taring (nabun) yang kuat untuk
2 digunakan bagi menangkap atau memburu mangsanya.

• Haram memakan semua jenis haiwan yang disunatkan


bunuh.
3
1. Semua jenis haiwan yang hidup di dalam lautan.
- halal dan harus memakannya
Sabda Nabi SAW :
ُ‫ ال ِح ُّل َم ْيتَتُه‬،ُ‫ُه َو الطَّ ُهو ُر َماُؤ ه‬
“Air laut itu suci lagi menyucikan dan halal
bangkainya”.
Prinsip Pertama: -Menurut fuqaha, maksud tangkapan laut ialah
Semua jenis semua jenis haiwan yang ditangkap daripada laut.
haiwan yang - Ikan yang hanyut dipermukaan air selepas ia mati
selama mana ia tidak rosak dan busuk dibolehkan
dimakan dan untuk dimakan
dianggap baik
oleh bangsa Arab.

2. Binatang ternakan (al-an’am).


- Kategori al-an’am ialah haiwan ternakan yang
melazimi memakan tumbuhan seperti; unta, lembu,
kambing, kuda, lembu liar (seladang), kuda belang,
kijang, arnab dan lain-lain yang dimakan oleh
bangsa Arab.
1.Gigi taring (nabun)
Prinsip Kedua:
Segala jenis binatang
buas yang diharamkan.

2. Berkuku tajam
1. GIGI TARING (NABUN)
 Menangkap atau memburu mangsanya menggunakan gigi taring.

Siba’ iaitu semua jenis haiwan yang menangkap buruannya (mangsa)


dengan menggunakan taring.

 Menurut Imam Abu Hanifah bahawa tiap-tiap binatang yang makan


daging (karnivor) adalah binatang buas.

 Menurut Imam al-Syafi’e bahawa jenis binatang buas ialah binatang


yang menyerang manusia.

 Sekiranya taring (nabun) binatang lemah dan bukan untuk menangkap


mangsanya tidak diharamkan.
Dubuk – Aardwolf ???
2. BERKUKU TAJAM
 Semua jenis burung atau haiwan berkuku tajam dan kuat
untuk mencakar atau menyambar mangsanya serta boleh
mencederakan adalah haram.
 Burung atau binatang yang termasuk dalam kategori berkuku
tajam ialah nasr (burung helang), uqab (rajawali atau hering)
dll.
Syarak telah mengharamkan manusia memakan haiwan yang
bertaring dan berkuku tajam kerana:
1. Ia termasuk dalam kategori binatang buas
2. Disebabkan sifat buasnya itu maka ia akan memakan
bangkai.
3. Kategori binatang yang kotor dan jijik (khaba’ith).
Prinsip Ketiga: Kerana bahaya,
Haiwan yang sunat beracun dan
dibunuh. memudaratkan
Ular, kala jengking, burung gagak, burung helang, tikus, lipan,
lipas, nyamuk dan lain-lain.

“Lima jenis binatang yang semuanya fasiq (liar, tiada faedah


dan merosakkan) dan boleh dibunuh walaupun di tanah
haram iaitu burung gagak, burung helang, kala jengking,
tikus dan anjing liar.” (Riwayat al-Bukhari)
Sesuatu makanan dikategorikan haram dalam islam
kerana mempunyai ciri-ciri berikut:

1. Kerana Jijik & Kotor 2. Kerana Fasiq


- Diistilahkan dalam al-Quran dengan - Kategori fasiq ialah binatang yang
perkataan rijsun. disembelih kerana selain Allah –
- Kategori rijsun ialah bangkai, darah contohnya disembelih untuk berhala
mengalir, daging khinzir, arak dan lain- atau ritual penyembahan agama.
lain. - Binatang yang disembelih oleh orang
- Menurut Ibnu Abbas, darah yang bukan Islam adalah fasiq.
diharamkan hanya darah yang
mengalir.
- Daging khinzir diharamkan kerana ia
adalah binatang yang kotor dan
memakan benda-benda kotor.
- Daging babi mengandungi cacing pita
yang sangat bahaya kepada manusia.
Minuman Yang
Diharamkan

Sesuatu yang
Sesuatu yang Sesuatu yang
boleh
najis memabukkan
memudaratkan
1. Kotor dan najis.

Hikmah diharamkan 2. Bahaya kepada manusia.


minum darah yang
mengalir
3. Perbuatan orang Arab
Jahiliyah

4. berlawanan dengan fitrah


KEADAAN DARURAT (TERPAKSA)
Dikecualikan daripada hukum haram yang umum.

Dihalalkan memakan bangkai dan semua jenis haiwan yang


diharamkan memakannya (kecuali yang beracun).

Sekadar untuk menghilangkan rasa lapar dan menyelamatkan


nyawa.

Firman Allah SWT: Maksudnya: “…. maka sesiapa yang terpaksa


kerana kelaparan (memakan benda-benda yang diharamkan)
sedang ia tidak cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah
ia memakannya), kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun,
lagi Maha Mengasihani.” (al-Ma’idah 5: 3)
• Makanan yang disarankan oleh
syarak supaya tidak memakannya.
• memakan makanan yang makruh
Makanan Yang tidaklah menjadi haram atau
Makruh berdosa.
• makanan yang berbau seperti
petai, jering, durian.

• Syubhah bermaksud meragukan


atau tidak jelas.
• Meragukan dari segi kehalalannya
Makanan Yang sama ada makanan itu halal atau
Syubhah haram.
• Makanan yang syubhah hendaklah
dijauhi.
ADAB DAN ETIKA PAKAIAN DAN
PERHIASAN
Tujuan Manusia
Berpakaian

Islam mewajibkan manusia


untuk berpakaian dan Menutup aurat daripada
mengharuskan berhias dilihat oleh orang lain
dengan kadarnya.
 Islam telah menghalalkan serta menuntut manusia
berpakaian dan berhias.

 Rasulullah SAW bersabda: Maksudnya: Allah SWT itu indah


dan suka kepada keindahan.

 Menurut Ibnu Abbas, pakaian perhiasan ialah setiap yang


jelas kelihatan seperti pakaian, barang perhiasan yang dipakai
dan dihamparkan.

 Syariat Islam melarang keras manusia daripada membuka


aurat.
BEBERAPA PERKARA YANG
BERKAITAN DENGAN
PAKAIAN DAN PERHIASAN
HUKUM LELAKI MEMAKAI EMAS &
SUTERA:
Haram bagi lelaki memakai emas dan sutera,
seperti sabda Nabi SAW:

“Rasulullah SAW telah mengambil sutera lalu


diletakkan di sebelah kanan, dan mengambil emas
lalu diletakkan di sebelah kiri. Kemudian baginda
bersabda: “Sesungguhnya kedua-dua ini haram
bagi lelaki umatku”. (Riwayat Abu Dawud)

Dalam keadaan darurat maka dibolehkan lelaki


memakai sutera.

Manakala sekiranya pakaian tersebut bercampur


antara sutera dan bahan lain, maka perinciannya
adalah seperti berikut:
HUKUM LELAKI MEMAKAI SUTERA
BERCAMPUR DENGAN BAHAN LAIN

Harus memakai
Jika kadar atau menggunakan
(peratus) bahan Jika kadar pakaian yang
sutera lebih Jika kadar (peratus) bahan dijahit dengan
banyak (peratus) bahan sutera sama sutera pada
berbanding bahan lain lebih banyak banyak dengan bahagian-bahagian
lain-maka haram daripada sutera, bahan lain (50-50), tertentu seperti
maka harus lelaki maka harus poket, syarat
lelaki
memakai. (dibenarkan oleh lebarnya tidak
memakainya. lebih daripada
syarak)
empat jari.
Hukum lelaki mamakai cincin suasa (campuran emas dan tembaga) –

https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum/922-irsyad-
al-fatwa-ke-187-hukum-lelaki-memakai-cincin-suasa

http://e-smaf.islam.gov.my/e-smaf/index.php/main/mainv1/fatwa/pr/15923
HUKUM MEMAKAI INAI WARNA HITAM:
 Mengikut mazhab Syafei, haram menggunakan atau
memakai inai (mencelup) warna rambut kepala dan
janggut dengan warna inai hitam bagi lelaki dan wanita.
 Manakala Sunat mewarnakan uban dan rambut dengan
warna yang lain sama ada kuning atau merah.
 Sebab utama larangan mewarnakan rambut dengan
warna hitam ialah - Perbuatan menghitamkan uban
mengandungi unsur-unsur pemalsuan dan mengubah
keadaan yang sebenar.
Rasulullah SAW bersabda:
‫َغيِّرُوا هَ َذا بِ َش ْى ٍء َواجْ تَنِبُوا الس ََّوا َد‬
Maksudnya: “Ubahlah warna uban rambutnya ini dengan
sesuatu dan elakkanlah dari warna hitam.”
(Riwayat Muslim :2102)
 Inilah pendapat mazhab al-Syafie. Adapun di sisi
mazhab Maliki, Hanafi dan Hanabilah, hukum
mewarnakan rambut dengan warna hitam adalah makruh
dan diharuskan semasa perang. Imam Abu Yusuf
daripada Hanafiyyah mengharuskan secara mutlak.
SYARAT MEWARNAKAN RAMBUT:
1. Bahan pewarna tidak daripada bahan haram.
2. Pewarna rambut tidak kalis air – air sampai ke rambut
dan kulit kepala.
3. Pewarna rambut tidak memudaratkan pemakai.
4. Pemilihan warna yang tidak terlampau pelik sehingga
boleh menyamai kaum / golongan yang tidak baik dan
menjatuhkan maruah seseorang.
HUKUM MENYAMBUNG RAMBUT :
 Hukum menyambung rambut adalah haram sama ada bagi lelaki atau wanita.
 Walau apa tujuan sekalipun seperti untuk perhiasan tetap haram.
 Haram menyambung rambut dengan rambut manusia kerana anggota badan manusia atau
juzuk daripada anggota badan manusia adalah sesuatu yang dimuliakan.
Baginda bersabda:

ِ ‫صلَةَ َو ْال ُم ْستَ ْو‬


َ‫صلَة‬ ِ ‫لَ َع َن هَّللا ُ ْال َوا‬
Maksudnya: Allah melaknat orang yang menyambung rambut dan yang minta disambungkan
rambutnya.
(Riwayat al-Bukhari : 5934)
 Isteri dibenarkan menyambung rambut sekiranya disuruh oleh suaminya dengan syarat:
1. Rambut itu bukan dari rambut manusia,
2. Rambut itu bukan daripada benda haram – seperti daripada bahan-bahan biasa seperti
benang dll; maka dibenarkan.
Sila rujuk di sini untuk perincian hukum menyambung rambut:
https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum/2659-isyad-al-fatwa-siri-ke-2
50-hukum-menyambung-bulu-mata-dengan-kaedah-eyelash-extension

http://e-smaf.islam.gov.my/e-smaf/index.php/main/mainv1/fatwa/pr/15865
ADAB DAN ETIKA DALAM PERGAULAN
Adab & Etika

Hubungan dan
Adab-adab
Bergaul dan pergaulan antara
pergaulan dalam
berkomunikasi Muslim & Non
Islam
Muslim
• Pergaulan bermaksud hal
bercampur atau bergaul.
• Bebas bermaksud tidak
Bergaul dan
dihalang atau tidak disekat-
Berkomunikasi
sekat melakukan sesuatu.
• Pergaulan bebas dalam Islam
disebut ikhtilat.

Ikhtilat
Pergaulan atau hubungan secara
bebas melibatkan lelaki dan
perempuan yang ajnabi (boleh Ikhtilat bermaksud pergaulan
dikahwini) sama ada di tempat
sunyi atau di tempat terbuka.
Hukum asal pergaulan
adalah haram.

Majoriti ulama fuqaha,


Hukum asal pergaulan dan ahli hadis.

Larangan berkhalwat dan


musafir tanpa mahram
bagi wanita dll.
Pemakaian Urf dan Maslahah dalam Penentuan
Hukum Pergaulan

Muamalat
Maliyah

Belajar Penyaksian

PENGECUALIAN
DALAM URUSAN
DARURAT &
KEPERLUAN

Melayani Urusan
Tetamu Kerja
ADAB-ADAB PERGAULAN DALAM ISLAM

4. Tidak
2. Tidak keluarkan kata-
melihat kata keji, lucah
1. Tidak 5. Tidak
perempuan atau
bersentuh 3. Memelihara berdua-duaan
atau lelaki menunjukkan
antara aurat dan terutama di
secara tingkah laku yang
perempuan dan kehormatan. tempat sunyi
mengamati dan mendorong
lelaki ajnabi. dan gelap.
menaikkan kepada
syahwat. melakukan
maksiat.
Menjaga Aurat Lelaki Dan
Perempuan Dalam Pergaulan

 Hukum melihat
aurat orang lain  Perkataan aurat menurut bahasa ialah
adalah haram. kekurangan dan sesuatu yang buruk.

 “Seorang lelaki tidak


boleh melihat aurat  Menurut istilah ialah semua anggota
lelaki lain dan begitu badan yang tidak boleh (haram)
juga wanita tidak boleh dinampakkan atau didedahkan kepada
melihat aurat wanita orang lain selain kepada mahramnya.
lain; dan tidak boleh
seorang lelaki dengan
lelaki dalam satu
pakaian dan begitu
juga seorang wanita
dengan wanita dalam
satu pakaian”
(Riwayat Muslim)
 Setiap wanita muslimah wajib menutup kepalanya dengan
tudung serta menutup belahan dadanya termasuk leher,
perhiasan telinga (anting-anting), perhiasan rambut, kalung dan
perhiasan kaki.

 Lelaki muslim dari pusat hingga lutut.

 Aurat wanita sesama wanita non Muslim adalah sama dengan


aurat wanita terhadap lelaki bukan mahram.

 Aurat wanita dalam hubungannya dengan mahram seperti


bapa, bapa saudara, saudara (adik beradik) dan sebagainya ialah
daripada paras pusat hingga lutut.
TABARRUJ
Membuka atau menampakkan sesuatu untuk
dilihat oleh mata.

Menurut istilah syarak, ialah wanita


menampakkan perhiasan kepada lelaki.

Tiga jenis tabarruj yang biasa berlaku dalam


kalangan wanita.
Tiga Jenis Tabarruj Keluar bebas berjalan-jalan di
depan lelaki.

Cara berjalan yang menggoda,


melentok-liuk serta menaikkan
nafsu lelaki.

Mendedahkan bahagian kepala


dari rambut sampai leher
termasuk belahan dada.
CARA MENJAGA TABARRUJ (PERHIASAN)
WANITA MENURUT ISLAM:
Menundukkan pandangan (ghaddul basar) iaitu sifat malu dari megah &
menunjuk.

Tidak bergaul bebas tanpa batas.

Memakai pakaian selari dengan ajaran Islam dan tata sopan akhlak wanita
muslim.

Rasulullah SAW bersabda:


Sesungguhnya termasuk ahli neraka iaitu wanita-wanita yang berpakaian tetapi
telanjang, yang cenderung kepada maksiat dan menarik orang lain untuk berbuat
maksiat. Mereka ini tidak masuk syurga dan tidak akan mencium baunya.
(Riwayat Muslim)
ADAB DAN ISU SEMASA
ISU TRANSGENDER ATAU TRANSEKSUAL
DEFINISI TRANSGENDER

 Lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki


atau dikenali dengan transeksual (transsexual).
 Seorang (lelaki atau perempuan) berperasaan dan berpenampilan
sebagai anggota jantina yang satu lagi dan kadang-kadang menukar
anggota jantinanya melalui pembedahan. (Kamus Dewan)
 Wanita yang menyerupai lelaki pula dikenali juga dengan nama
tomboy atau penkid.
Amalan membawa kepada penukaran jantina benar-benar dilarang
oleh Islam.
Cara percakapan
yang meniru nada
Dalam pakaian dan suara lembut atau
perhiasan seperti suara halus wanita,
memakai gelang cara berjalan
tangan, anting- seperti sengaja
anting, rantai, kononnya supaya
kalung, dsb. dilihat dia benar-
benar seorang
wanita sejati.
Lelaki yang
menyerupai
wanita
Kimia/
Hormon

Naluri sejak
Genetik
kanak-kanak

Faktor
Mendorong
Kurang Transgender
Persekitaran
pengetauan

Akhlak
Biologikal
dan moral
HUKUM TRANSGENDER
Hukum perbuatan lelaki menyerupai wanita dan sebaliknya
adalah haram dan berdosa besar.
Allah dan Rasul melaknat segala jenis perbuatan tersebut.
Pelaku kedua-dua jenis perbuatan tersebut telah melakukan
kemungkaran kerana telah mengubah hakikat penciptaan
Allah SWT.
DALIL PENGHARAMAN TRANSGENDER

Rasulullah SAW mengharamkan serta melaknat perbuatan lelaki


menyerupai wanita dan sebaliknya.

• “Rasulullah SAW telah melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan


wanita yang menyerupai lelaki.”(Riwayat al-Bukhari)
• “Rasulullah SAW mengutuk seorang lelaki yang memakai pakaian
perempuan dan wanita yang memakai pakaian lelaki.”(Riwayat Abu
Dawud)
Pondan ialah istilah bagi lelaki yang berlagak seperti wanita.

Sekiranya pondan mengalami tingkah laku itu sejak lahir maka


dia tidaklah dikira berdosa kerana itu kehendak Allah SWT.

Bagaimanapun dia hendaklah berusaha membuang perangai


pondan tersebut.

Hadis diriwayatkan Ibn Abbas berkata Nabi SAW mengutuk lelaki


yang bersifat perempuan dan sebaliknya, dan baginda bersabda:
“Keluarkan mereka dari rumah kamu.” (Sahih Bukhari)

Seseorang yang dilahirkan khunsa pembedahan diperlukan untuk


mengekalkan alat jantina yang benar-benar berfungsi.
ISU PENYALAHGUNAAN LAMAN SOSIAL DAN APLIKASI
SOSIAL

Penggunaan laman sosial internet ini sebagai


medium untuk mengisi kekosongan waktu.

Penggunaan laman sosial ini memberikan kesan


terhadap gaya hidup masyarakat.

Penggunaan laman sosial meluas dalam kalangan


masyarakat boleh menyebabkan fitnah mudah
disebarkan.
• Tuduhan jahat yang sengaja
dibuat untuk memburuk-
burukkan seseorang.(Kamus
Dewan)
• Fitnah tergolong salah satu jenis
jenayah yang diperkatakan dalam
Definisi Kanun Keseksaan.
• Fitnah dalam penulisan siber
Fitnah dikatakan sebagai, sebarang
tuduhan jahat yang boleh
menjatuhkan reputasi seseorang
menerusi penulisan dan
seterusnya dipaparkan atau
disebarkan dalam sebarang laman
sesawang.
Penggunaan laman sosial juga melahirkan masyarakat yang leka
dan lalai.

Kesan lain ialah tersebarnya pengaruh atau unsur pornografi


daripada Barat ke dalam kehidupan masyarakat.

Kemunculan bahasa slanga atau lebih dikenali sebagai bahasa


rojak juga menghakis kedaulatan Bahasa Melayu.
HUKUM FITNAH
Fitnah merupakan satu perbuatan yang terkutuk dan sangat
dicela oleh mana-mana agama.

“Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu


seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk
menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan
sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab
kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu
menyesali perkara yang kamu lakukan.” (al-Hujurat 49: 6)
Rasulullah SAW juga bersabda: Maksudnya: “Tidak masuk syurga
orang yang suka menyebarkan fitnah.” (Hadis riwayat Bukhari
dan Muslim)

Islam melarang dan mengharamkan dengan keras perbuatan


memfitnah, membuat fitnah dan menyebarkan fitnah.
RUMUSAN
Akhlak adalah buah keimanan yang terletak di dalam lubuk hati
(qalb).

Tanpa akhlak, adab dan etika maka pincanglah iman dan


rosaklah kehidupan.
TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai