Anda di halaman 1dari 10

PERMASALAHAN FIQH - BAB MAKANAN DAN PERUBATAN (1) Haiwan yang boleh dibunuh dan boleh dimakan 2) Boleh

ke sesiapa terang perihal hukum-hakam masalah hubungan manusia dengan h aiwan: 2.1) yang boleh dibunuh (wajib, harus, etc)* --------------------------Haiwan yang boleh dibunuh oleh syara'. Pandangan Imam Syawkani dalam Nailool Awt hor: Syari'at Islam tidak mengemukakan petunjuk dalam masalah ini. Ia kembali ke pada hukum adat dan dasar Islam yang pertama: asal kejadian sesuatu adalah halal dan mubah (harus) kecuali ada dalil-dalil yang qat'iy(putus) padanya. Terdapat hadis Syaikhan, Tirmidhi, an Nasa'iy dar Aisyah RA: (maksud) Ada lima b inatang yang semuanya perosak dan boleh dibunuh di tanah Haram: ghurab (gagak), helang, kalajengking, tikus dan anjing gila. Syawkani berdebat tentang hadis ini: kerana ada ulamak lain yang menambah jenis binatang yang harus dibunuh seperti cicak, ular hitam dan sebagainyanya.. Maka S aywkani berpendapat binatang yang harus dibunuh itu tidak mendapat panduan yang jelas daripada syari'at Islam. Uruf semasa: Mungkin binatang yang harus dibunuh itu sudah hampir pupus; maka su dah tentulah Islam menerima kehendak manusia yang ingin jenis binatang itu dilin dungi dibawah akta perlindungan binatang liar (perhilitan) seperti helang, ular tedung, kalajengking. Yang dilarang membunuhnya: semut, burung hud-hud (belatuk), burung syardh (burun g yang makan serangga), lebah dan katak (Sayyid Sabiq, Vol 2) namun begitu panda ngan Syawkani adalah pandangan yang sangat releven. 2.2) yang boleh dimakan (wajib, sunat, etc)* ----------------------------------------------Dalil umum untuk memakan haiwan: Fatwa Ibn Abbas dan Abu Darda': apa yang dihalalkan Allah adalah halal; apa yang diharamkan-Nya adalah haram; dan yang didiamkan adalah dima'afkan. Haiwan yang boleh dimakan tidak dikasifikasikan oleh feqah sebagai wajib dimakan atau sunat; Ia dikelaskan sebagai harus atau haram dimakan atau rukhsah (diberi kelonggaran) atau makruh; manakala di antara harus dan haram ada yang khilaf (d ipertikaikan): Yang harus (mubah/dibolehkan) 1. Semua s'ea creatures' (haiwan laut) kecuali yang dikenalpasti binatang yang b eracun. Dalil: al Maidah: 96 2. Binatang darat a) al An'am (binatang ternak) lihat dalilan Nahl:5 Unta, lembu,kerbau, selembu, kambing,biri-biri; juga termasuk al an'am ialah lembu liar, unta liar, dan rusa. Haiwan yang rukhsah di makan: 1. ayam dan kaum sejenisnya angsa, itik, ayam kapan dan sebagainyanya dalil: HR Bukhari,Muslim, Tirmidhi, dan Nasa'iy 2. kuda: Dalil: HR Bukhari (Imam Hanafi dan Maliki berpendapat makruh kerana ia adalah haiwan perhiasan dan tunggangan)

3. kaldai liar (HR Syaikhan) 4. biawak pasir (dhab);HR Bukhari dan Muslim 5. Belalang (HR Bukhari Muslim) 6. burung-burung kecil Haiwan Khilaf (perselisihan ulamak) 1. Dhab (biawak pasir) 2. Hyena (dhaba'/binatang mirip serigala dan anjing hutan) Madzhab Syafi'iy dan Ibn Hazm mengharuskan; madzhab lain mengharamkan kerana ia binatang buas. 3. Landak Ibn Umar melarang, Imam Hanafi memakruhkan; Maliki dan Syafi'iy: harus , disokong oleh Syawkani dalam Nailool Awthor. 4. Ulat buah dan sayuran. Ibn Qudamah dalam al Mughni mengharuskan tapi elok mem bersihkan terlebih dahulu. 5. Tupai diharuskan oleh Syafi'iyah. Serta banyak lagi binatang yang khilaf yang tidak mampu disenaraikan di sini. Kesimpulan fatwa Ibn Abbas dan ayat 145 surah al An'am adalah panduannya. Haiwan yang Haram dimakan: Ia tidaklah disepakati sebagai haram oleh fuqaha' madhab: 1. HR Muslim dari Ibn Abbas: Ditegah semua yang mempunyai taring daripada binata ng dan semua burung yang bercakar. 2. Imam Malik dalam Muwatta': Memakan semua yang bertaring dari binatang buas ad alah haram. jadi yang bertaring, makan menerkam terdiri daripada haiwan dan buru ng adalah haram. Termasuk srigala, harimau, singa, kucing, manakala burung helan g dan jenisnya Juga haram ialah yang sudah maklum diharamkan oleh syariat iaitu babi dan anjing. Juga diharamkan ialah binatang jalalah; definasinya ialah binatang yang disebunt ukan harus tetapi telah memakan kotoran dan najis seperti ayam kampung, itik, an gsa, lembu kambing biri-biri, dan lain-lain hingga baunya berubah. Binatang ini haramnya sementara, perlu dikuarantin (dikurung dan diberi makanan bersih) kemud ian ia menjadi halal. (sayyid sabiq, Fiqh Sunnah, vol 2) 2.3) apa-apa yang selain di atas. Dharurat mengharuskan yang terlarang. Binatang-binatang yang dilarang memakannya dibolehkan makan demi menjaga nyawa. Dalil: Qur'an: anNisaa' 29. Batas dharurat : Ibn hazmin: 1 hari semalaman Maliki: tiga hari Kadar yang boleh di makan? Hana fi dan Syafi'iy: sekadar untuk terus hidup; Maliki: boleh sampai kenyang. (sumbe r: Fiqh Sunnah)

Persediaan herba mengandungi tanduk rusa boleh dimakan?

On Mon, 19 May 1997 18:39:30 +0800 RezaAlauddeen wrote: Assalamua'alaikum wbh, Kehadapan para netters yang di muliakan, 1. Bolehkah menurut syara' kita makan sejenis persediaan herba yang mengandungi ramuan tanduk rusa didalamnya. The tips of deer horn itu diambil dari rusa yang masih hidup (seperti kita potong kuku ). -------------------------------------------------------------------------Jawapan kita: Tulang dari bangkai, tanduk, bulu, rambut, kuku dan kulit serta apa yang sejenis dengannya adalah suci. Riwayat Bukhari dari AzZuhri: saya dapati orang-orang da ripada ulamak salaf mengambil tulang-tulang bangkai untuk dijadikan sikat dan me njadi minyak. Hr Ibn Munzir dan Ibn Hatim dari Ibn Abbas, halalnya kulit, air ku lit, tulang, rambut dan bulu. dari bangkai. Hukum tanduk rusa sebagai ubat: harus dan halal. Termasuk dalam hal ini, memakan keju yang sari susunya diambil dari lembu yang disembelih oleh orang musyrik pu n adalah halal. Ini adalah amalan para sahabat sewaktu menakluk Iraq, mereka mem akan keju yang dibuat oleh orang majusi. Salman alFarisi juga memakan keju buatan orang Majusi sewaktu menjadi gabnur Ira n di Tehran (Madyan). ------------------------------------------------------------------------2. Bolehkah kita minum sejenis ramuan herba mengandungi 18 jenis bunga yang mela lui proses fermentation secara natural yang akhirnya terhasil sedikit alkohol. -----------------------------------------------------------------------Dr Yusof Qardhawi: arak yang diharamkan ialah arak yang disediakan secara khusus untuk minuman (spt beer, brandy, whisky, vodka) Keujudan alkohol secara tabi'iy dalam proses pembuatan makanan atau minuman adalah harus. Jika ia adalah untuk tujuan perubatan, maka terlebih lagi keharusannya. Dr Abdul karim Zaidan dalam kitabnya: Majmu'ah Buhuth Fiqhiyah: Kandungan alkohol dalam ramuan ubatan adalah harus; ini adalah pandangan Hanafi, Abu Daud Zahiri dan Ibn Hazmin AzZahiri. ----------------------------------------------------------------------------sekian,

Adab makan dan minum Assalamualaikum Hafidzi wrote: Kata Dato' Ust Abd. Kadir Talip (dulunya mufti Wilayah) pula sekarang ini zaman burger. Orang boleh makan sambil berdiri dengan tidak perlu hendak baca doa-doa makan lagi, bismillah pun kadang-kadang terlupa... Wasaz's wrote:

Mengikuti ceramah perdana dari seorang ustaz yang tidak kurang hebatnya dan terk enal di negara ini.. beliau berhenti seketika dari memberikan ceramah lalu menga mbil gelas yang sudah tersedia dan minum sambil berdiri.. Jawapan : Tajuk: Kita perlu memahami hakikat sunnah. Saya melihat banyak saudara-saudara k ita yang menyuarakan masalah adab-adab makan zaman sekarang dan dipadankan denga n sunnah nabawi. Memang benar, ada sunnah nabi yang menganjurkan kita makan deng an tiga jari, menjilat jari sesudah makan, dan sebagainyanya... kemudian ada di kalangan kita yang memahami kesemua ini secara harfiah (lahiriah sahaja); lalu m enganggap kesemua cara makan selain itu mesti dijauhi; ditentang dan dipulaukan. . lalu kita memandang jijik cara makan dengan garfu dan sudu (ala barat) atau de ngan cara chop-stick; ada yang menolak cara makan di atas meja; kerana lebih sun nah makan cara duduk di atas lantai... Kemudian makanminum di tempat yang mana kita mengejar masa seperti adanya semina r di hotel-hotel besar menurut Syaikh Qardhawi dalam kitabnya: Bagaimana mehami Sunnah nabawi menjelaskan kesemua adab-adab yang ditunjukkan oleh Nabi itu hakik atnya ialah satu: menjelaskan perlunya kita bersyukur di atas nikmat Allah SWT b erupa makanan yang terhidang itu. Adakalanya kita perlu memakan menggunakan chopstick bila kita menghadiri makan a la Cina; kita menggunakan sudu dan garfu apabila menghadiri majlis makan ala bar at; kesemua ini tidak salah dan melanggari adab susila Islam.. Kemudian kita menghadiri seminar, selalunya tea-break, kuihmuih dan refreshment hanya dihidang di atas meja dan tidak disediakan kerusi; lagipun peserta adalah ramai.. maka makanminum secara berdiri adalah di ma'afkan; Kefahaman yang beginilah yang perlu kita ada, barulah kita boleh berinteraksi da n hidup bersama umat manusia walaupun di zaman mana sekalipun; Amatlah malang ka lau kita menghadiri seminar antarabangsa, bila kita mengambil sepotong kuih dan minum; lalu duduk bersila di atas lantai kerana menjaga sunnah nabi.. Kita lihat ada orang Islam yang membawa kayu sugi dalam poketnya dan memandang p enggunaan berus gigi dan ubat gigi Colgate sebagai tidak sunnah; sebenarnya peng unaan ubat gigi yang saintifik, ada tartar control kemudian diikuti dengan denta l floss kemudian lawatan berkala ke dentist adalah lebih tepat dan hampir dengan sunnah oral hyangiene. Isu begini sebenarnya remeh-temeh dan berjela-jela dalamnya tidak membuahkan has il dan amal. Sekian, wslm TH

Berkenaan makanan halal/haram Assalamualaikum Any other explaination and eloboration on this issue. Saya sendiri dah lama deng ar mengenai fatwa allahyarham dari Imam Dasrsh tersebut. Tetapi tidak terdapat s atu platform atau forum menerangkan fatwa ini dan penerimaannya di Malaysia atau masyarakat kita khususnya dan dunia umumnya.

-----------------------------------------------------Netters, assalamu'alaykum Oleh kerana ia termasuk dalam perkara fiqh khilafi (perselisihan fiqh), maka ia susah hendak diselesaikan. Namun di Malaysia, kita ada badan berwajib di bawah J AKIM yang bertanggungjawab terhadap logo halal sesuatu makanan dan premis makana n. Maka umat Islam di Malaysia sudah tentu merasa aman untuk mengunjungi premis makanan dan membeli sebarang jenis makanan jika sudah terpampang logo halal JAKI M. Tambahan pula di negara kita pilihan barangan pengguna dan premis makanan ada lah luas sekali. Mana-mana badan research di Malaysia perlulah bertanggungjawab, jika mereka mend apati ada penyelewengan dalam produk seperti menipu penggunaan logo halal, maka mereka kenalah membuat lapuran terus kepada JAKIM, bukan terus menghebahkan kepa da orang awam. Ini barulah betul. Bagi saudara-saudara kita yang berada di Eropah dan USA, jika ia bermadzhab Syaf i'iy sudah tentulah ia tidak bebas memakan makanan Kristian dan Yahudi, tapi jik a ia cuba belajar dan membuka kitab-kitab feqah, maka kita dapati jumhur fuqaha' meringankan dan membuka ruang yang luas terhadap wanita dan makanan mereka. Masalah ini boleh selesai jika kita ingin membuka paradigm kemadzhaban, tapi kal au terus hendak berpegang kepada madzhab tertentu, maka kita akan mendapat kesuk aran dalam makan-minum. sekian THTL

PERMASALAHAN MAKANAN SEMBELIHAN AHLI KITAB AHMAD-NASSER_OSMAN@HP-Malaysia-om2.om.hp.com wrote: Bolehkah Tuan Hassan jelaskan garis panduan makanan ahli kitab dengan membahaska n keadaan-keadaan sekarang terutamanya di US dan di UK. eg. perlukah kita memeri ksa tuan empunya kedai beragama Kristian atau tidak, bagaimanapula jika terdapat pekerja-perkerjanya yang beragama selain daripada Kristian, bagaimana jika maka nan tersebut bersentuhan dengan daging babi, bagaimanapula jika perkakasan yang digunakan bercampur dengan babi dan yang lainnya? ----------------------------------------------------------------------Jawab: Permasalahan di atas antara yang paling banyak dibincangan oleh jaringan msm-net (kerana pelajar-pelajar kita di UK menghadapi dilemma yang sama). Pandangan Qardhawi (Halal dan Haram): Berdasarkan kaedah: Apa yang ghaib bagi kita jangan kita tanyakan. Tidak menjadi kewajipan kepada simuslim untuk bertanyakan hal-hal yang tidak diketahuinya. Ba gaimana cara sembelihannya, disebut nama God atau jesus, menggunakan kuasa letri k atau senapang, penyembelihnya orang bodoh atau fasik, dan sebagainyanya. Dalil: HR Bukhari, satu kaum telah bertanya nabi saw, kami telah diberi daging o leh satu kaum, kami tidak pasti samada disebut nama Allah atau tidak. Maka jawab Nabi,sebutlah nama Allah atasnya dan makanlah.

Berdasarkan hadis ini, fuqaha' mentarjihkan bahawa semua perbuatan dan pengeluar an ahlil kitab adalah dihukumkan sah dan baik, kecuali ada dalil atau lapuran ya ng menunjukkan batalnya perbuatan tersebut. Imam Khatib asySyarbini (kitabnya al Iqna'): Kalaulah orang fasik atau ahli kitab memberitahu dialah yang menyembelih binatan g itu, maka sembelihannya itu dihalalkan. Jika penduduk majoriti sesebuah negara itu terdiri dari kaum ahli kitab melebihi kaum musyrik, maka sembelihan di nege ri itu halal. Risalah panduan Kusza (ustaz Basri Ibrahim), 1997. Jika kita melihat daging yang dibungkus itu tertera cop mohor pengesahan halal, maka daging itu halal dimakan walaupun ia datang dari negara mana sekalipun. Di Malaysia, jika ia sudah disahkan halal oleh JAKIM, maka walaupun ia diimpot d ari India, maka ia adalah halal, dan umat Islam tidak wajib untuk menyelidikinya . Berbalik kepada kes di atas: Adakah wajib diselidiki? Tidak perlu. kecuali ada lapuran dan berita yang diyaki ni sumbernya. Jika kita terserempak atau ternampak khinzir, maka ia sudah pasti tidak halal dan kedai itu mesti dijauhi dan diberitahu kepada umat Islam. Islam itu mudah, apa yang ghaib dari kita, tidak payah ditanyakan. Jalan paling selamat ialah membeli daging dari butcher muslim. Tinggallah yang r agu kepada yang meyakinkan. TH Apakah definisi Ahli Kitab Azmi B M Nor A wrote: Assalamu'alaikum, Berkaitan dengan soalan di bawah: Apakah definasi Ahli Kitab? Apakah mereka masih wujud? How sure are we that the ones who slaughter the animals profess christianity or Jewish religion? Isn't it possible that they are probably atheists? ------------------------------------------------------------Jawab: Inilah adalah bab khilaf fuqaha' dalam mendefinasikan siapa itu ahli kitab. Jumh ur (majoriti) ahli feqah bersependapat, ahli kitab ialah mereka yang menganut ag ama langit yakni Kristian dan Yahudi. Jadi mereka itu ialah yang beragama Kristi an dan Yahudi yang ada sekarang ini di seluruh dunia. Tidak dibedzaakan samaada mereka brmadzhab apa sekalipun. So'al mendefinasikan bangsa ini sesuatu yang tidak pernah sampai kepada konsensu s, misalnya siapakah pribumi asal Malaysia? Adakah orang Asli yang berada di hut an rimba? Bagaimana Melayu yang datang daripada Champa, atau Melayu yang datang daripada pulau-pulau berdekatan? Madzhab Syafi'iy hanya mendefinasikan ahli kitab sebagai keturunan Yahudi dan Or thodoks Kristian dari sekitar Tanah Arab (termasuk Palestin, Iraq, Syria, Lebano

n, Iran, Kristian Koptik di Mesir, Kkristian di Habsyah (zaman Najasyi), mereka ini adalah ahli kitab yang asal. Jika kita memilih ijtihad Syafi'iy, maka kita tidak boleh memakan sembelihan pen ganut Yahudi dan Kristian di UK dan USA; begitu juga penganut Kristian yang asal nya musyrik seperti Cina, India,Jepun atau Korea yang kristian. Sebab itu di Mal aysia, kita umat Melayu tidak memakan sembelihan Cina atau Indian Christians ker ana mengikut pandangan Syafi'iy. Jika kita memilih pandangan jumhur ulamak untuk memakan sembelihan ahli kitab bi la berada di negara mereka. Kita hendaklah mengambil kaedah yang kita bincangkan sebelum ini yaitu, tidak perlu menyelidiki sesuatu yang ghaib daripada kita. Ap abila kita membeli daging di supermarket di UK atau USA, maka kita beli sahaja d an tidak perlu menalifon syarikat daging itu samada binatang itu disembelih atau tidak. Kita tidak dituntut untuk berbuat demikian. Kecuali ada lapuran atau mak lumat yang pasti yang mengatakan bahawa penyembelihnya adalah beragama musyrik a tau tidak beragama. Begitu juga kaedahnya jika kita membeli daging di Malaysia, jika yang menjualnya orang Islam, kita tidak perlu bertanya kepada penjualnya siapakah yang menyembe lih lembu ini. Sebab pertanyaan kita akan menimbulkan implikasi yang berat. Dan apabila kita masuk ke restoren macdonald di USA, maka kita makan aje tanpa berta nya pengurusnya apakah lembu itu disembelih. Perbuatan kita ini dianggap membera t-beratkan tuntutan agama atau melakukan sesuatu yang tidak disyari'atkan. (Jawapan ini adalah rumusan daripada perbincangan yang panjanglebar di masa lalu ) HALAL memakan semua makanan dengan membaca Bismillah? Madzi Mat Lin wrote: dangt;dangt;dangt; TuanHassan Tn-Lah danlt;thtlbpr@telekom.com.mydangt; 03/16/98 10:57pm dangt;dangt;dangt;menyatakan...... Dalil: HR Bukhari, satu kaum telah bertanya nabi saw, kami telah diberi daging o leh satu kaum, kami tidak pasti samada disebut nama Allah atau tidak. Maka jawab Nabi,sebutlah nama Allah atasnya dan makanlah. Saolan saya..... Kalau begitulah kedudukan hadis maka ADAKAH semua daging halal dimakan ya'ani se kadar membaca Bismillah sebelum atau ketika ia disuap kemulut. Ianya tidak mengi ra samada disembelih oleh ahli kitab atau disembelih oleh bukan ahli kitab. Saya dan kawan saya dalam dua kursus yang berasingan ditempat yang tidak ada ahl i kitab mendapati ada segolongan saudara Islam kita yang berpegangan sebegini. Wassalam --------------------------------------------------------Jawab: Hadis di atas bukanlah dalil untuk kita memakan kesemua sembelihan manusia tanpa mengira mereka ahlil kitab atau musyrik. Kalau kita apply hadis ini dalam masya rakat majmu' di Malaysia , maka akan berlakulah kucarkacir terhadap hukum sembel ihan.

Hadis di atas merujuk kepada permasalahan para sahabat yang ragu-ragu terhadap c ara sembelihan satu kaum (ia merujuk kepada ahlil kitab) samaada mereka menyebut nama al Masih (bg Kristian) semasa sembelihan atau Uzair (bagi Yahudi) atau kae dah penyembelihan mereka sama dengan kita . Dalam hal ini ada fuqaha' berpendapa t, dibolehkan memakan sembelihan ahli kitab walaupun mereka mereka menyebut nama alMasih (Jesus) atau Uzair; sebahagian lagi menolaknya. Manakala al Qadhi Ibn A rabi menyebut dibolehkan memakan sembelihan ahlilkitab walaupun mereka menyembel ih bukan cara yang biasa bagi kita. Ia dimakruhkan oleh Maliki. Jadi, hadis di atas ialah cara baginda saw menghilangkan rasa was-was bagi sembe lihan ahlil kitab, samada mereka menyebut God, Jesus atau Uzair, atau mereka men ggunakan cara lain selain menyembelih dileher binatang, maka baginda menyuruh me nyebut asma' Allah keatasnya dan makan. Kata lagi Imam al Qadhi Ibn Arabi, kalaulah wanita ahli kitab kita boleh nikahi (jauh implikasinya daripada makan daging sembelihan mereka) maka hukum sembeliha n mereka lebih ringan lagi berbanding dengan nikahkahwin dengan mereka. Realiti sahabat di zaman RasuluLlah saw ialah mereka selalu bermu'amalah dengan umat Kristian dan Yahudi yang mendiami Palestin,Lebanon, Syria, Iraq dan Utara A rab Saudi. Mereka ada hubungan kekeluargaan, kejiranan, dan sebagai ahli zimmah. Bagi kita yang telah selesa dengan pendapat Syafi'iy, tidak boleh beramal dengan hadis ini di Malaysia, kita kena membeli daging dari butcher muslim dan membeli daging impot yang disahkan oleh Jakim dan ada logo halal serta logo halal antar abangsa jika ia daging impot. Jika kita masuk ke restoren atau outlet makanan segera (KFC, Kenny rogers) pasti kan kedai atau outlets itu telah mendapat sijil halal JAKIM. Tidak boleh kita masuk restoren apek , memesan nasi ayam, lalu membaca bismillah dan makan dengan biasa. Ia menyalahi maksud hadis yang di atas. sekian.. TH

Pandangan Al-Ust Tuan Ibrahim Tuan Man tentang Ahli Kitab Assalamualaikum wrh wbt. Semoga Allah merahmati kita semua. Persoalan makanan sembelihan ahli kitab dan perkahwinan dengan ahli kitab hendak lah dirujuk kepada pandangan yang jelas di kalangan ulamak yang muktabar. dari. Yusof al-Qardhawi banyak menjelaskan hakikat ini dalam kitabnya al-Fatawa : dari . Yusuf al-Qardhawi. Sebaiknya semua pandangan yang ingin dikemukakan hendaklah diteliti, kerana berhati-hati dalam membuat sesuatu hukuman (yang melibatkan hal al dan haram) adalah lebih baik. Kata Imam Malik, Hukum (halal dan haram) adalah hak Allah, maka hendaklah berhati-hati dalam memberikan pandangan - Saya suka m enjadikan ini sebagai suatu kaedah yang LEBIH SELAMAT dalam menghukum. Permasalahan makanan sembelihan ahli kitab, pada PANDANGAN SAYA: SEBAHAGIAN BESAR MASYARAKAT DI BARAT KINI BUKAN LAGI AHLI KITAB, BAHKAN KALAU DI TANYA KEPADA MEREKA MEREKA MENGAKUI BAHAWA MEREKA ADALAH ATHEIS, tidak lagi menj

alankan kehidupan sebagaimana ajaran Kristian atau Yahudi. Istilah ahli kitab ialah pakar (ahli) dalam menghurai kandungan kitab yang menja di pegangan agama mereka (Taurat dan Zabur). Masalah kini mereka bukan sahaja bu kan 'pakar' bahkan membaca kitabpun tidak pernah (sebahagiannya). Penghayatan agama mereka juga terlalu lemah, sehingga perkara yang dilarang dala m agama mereka seperti berzina, meminum arak, mencuri, riba dan lain-lain dilaku kan secara berleluasa. Oleh itu mereka bukan lagi ahli kitab. Masalah ketuhana kepada Isa sebagai 'anak Tuhan, adalah konsep triniti dalam aja ran, hal ini telah dinyatakan oleh Allah dalam al-Qur'an lagi, bahkan sejak zama n sebelum Rasulullah mereka telah bertuhan kepada Jesus. Ini bukan masalah utama yang menyebabkan mereka dikatogerikan sebagai ahli kitab. Hendaklah kita berhati-hati suatu perangcangan sulit mereka (Yahudi dan Kristian ) ialah untuk menyamakan ajaran antara Islam dan agama lain, sehingga akhirnya n ilai-nilai Islam dan pegangan agama Islam menjadi longgar, dan ini memudahkan me reka untuk memesongkan aqidah. Semoga Allah menyelamatkan kita semua, dan memelihara agama ini. Wassalam Ust. Tuan Ibrahim Tuan Man Penjelasan lanjut tentang Ahli Kitab Ahmad Tarmizi wrote: Assalamualaikum, Penjelasan tentang ahli kitab ni agak mengkonfiuskan. Ada yang menyatakan, jika kita mengatakan zaman sekarang susah hendak cari ahli kitab kerana ramai dah ses at, ahli kitab zaman dulu pun sesat juga, so mengikut pandangan ini mengenai pen entuan ahli kitab tetap sama dulu dan sekarang. Yang kita tahu cuma agama mereka kristian atau yahudi, macammana nak tahu yang mereka ni walaupun agama kristian /yahudi tapi tidak boleh dikatakan AHLI KITAB ? -------------------------------------------------------------------Komentar: Sebenarnya tidak ada kekeliruan di sini, apa yang dijelaskan oleh Al Fadhil ust. Tn Ibrahim Tn Man itu hanyalah peringatan sahaja; namun ia hanyalah pandangan pe ribadi beliau. Mengikut Qardhawi (Fatawa Mu'asirat, Vol 2) menjelaskan, gelaran ahli kitab meru juk kepada kaum yang pernah diberi kitab samawi yakni Taurat dan Injil. Gelaran ahli kitab ini tidak pernah dimansuhkan oleh alQur'an hinggalah wafat baginda sa w. Ini menunjukkan selagi umat Yahudi dan Kristian itu tidak secara terang-teran gan murtad daripada agama samawinya dengan menganut agama Timur (hare Rama Hare Krishna, Buddha, animisme, dan lain-lain) atau menjadi atheis (free-thinker); ma ka gelaran ahlil kitab itu kekal hingga hari Kiamat. Jika umat Yahudi dan Kristi an itu fasik, bergelumang dengan dosa zina dan arak, status ahli kitab mereka ke kal sebagaimana fasik dan berdosanya si muslim yang tetap kekal selagi mana mere ka tidak mengisytiharkan murtad. Maka makanan sembelihan muslim yang fasiq adala h halal, dan masih sah solat kita jika berdiri di belakang beliau semasa solah j ama'ah. Menurut Qardhawi lagi rasional kenapa boleh kita makan makanan ahli kitab dan me ngahwini wanitanya ialah menunjukkan betapa rapatnya hubungan kita yang disatuka

n dengan rumpun samawiyat ( perantaran wahyu dan Nabi-nabi yang serumpun daripad a keturunan Ibrahim). Pandangan Imam Syafi'iy dalam mendefinasikan ahlil kitab sudah jelas dan diterim apakai oleh umat Melayu di Malaysia, maka saya menganggap saranan alFadhil Ust T n Ibrahim hanyalah mengukuhkan pandangan Syafi'iy. Umat Melayu sudah diasuh untu k merasa loya menelan makanan yang tidak disediakan oleh orang Islam; maka kalau diberitahu halal memakan sembelihan Yahudi dan kristian, kita masih ragu dan ra sa berat menelan makanan tersebut; berbedza dengan Pak Arab yang dibesarkan dala m madzhab yang longgar terhadap makanan ahlil kitab, maka apabila berada di Erop ah atau USA, mereka tidak menghadapi masalah untuk makan. Bagi saya umat Melayu akan terus keliru dan merasa berat untuk menerima hakikat makanan ahlil kitab adalah halal. Maka saya sarankan kekallah begitu berpegang k epada pandangan Syafi'iy bila berada diseberang laut, jika tidak dapat daging ha lal, carilah ikan, jika tiada ikan, carilah menu vegetarian. Janganlah memandang serong kepada mereka yang berpegang dengan Imam-imam yang longgar dalam bab ini , kerana ia masih dibenarkan dalam ruanglingkup syari'at. sekian TH

Anda mungkin juga menyukai