Anda di halaman 1dari 49

Tajuk 3

SEMBELIHAN DALAM ISLAM


Pengenalan Sembelihan Dalam Islam

3.0

SINOPSIS
Dalam unit ini, beberapa aspek penting disentuh untuk perbincangan,

khususnya mengenai Konsep, Definisi dan Hukum, Rukun dan Alat Sembelihan,
Hikmah Sembelihan Cara Islam dan Isu-Isu Semasa berkaitan Sembelihan.
3.1

HASIL PEMBELAJARAN

3.1.1 Menjelaskan perkara-perkara asas berkaitan sembelihan yang dibenarkan


dalam Islam.
3.1.2 Menghurai hikmah pensyariatan sembelihan dalam Islam.
3.1.3 Menganalisis isu-isu berhubung dengan sembelihan dalam Islam.
3.2

KERANGKA TAJUK

Konsep dan
Pengertian

Sembilan Dalam Islam

Hukum dan
Hikmah
Sembelihan

Peratutran dan
Rukun

Larangan Ketika
Sembelihan

3.3

ISI KANDUNGAN (SEMBELIHAN DALAM ISLAM)

Syarat Sah
dan Sunat
Sembelihan

3.3.1 Konsep, definisi dan hukum sembelihan


Binatang yang hendak dimakan hendaklah dimatikan terlebih dahulu dengan
cara disembelih. Dengan cara ini, binatang tersebut dapat dimakan dengan selamat.
Sembelihan dalam bahasa Arab disebut sebagai zabihah bererti potong atau belah
manakala dari segi istilah, ia bermaksud menyembelih binatang yang halal dimakan
mengikut lunas-lunas syarak dan syarat-syarat tertentu. Sembelihan bertujuan
menghilangkan nyawa binatang yang halal dimakan dengan menggunakan benda
yang tajam selain kuku, gigi dan tulang dengan tujuan memakan dagingnya.
Sabda Rasulullah sallallahu alayhi wasallam :

Maksudnya:
Sembelihan adalah di antara pangkal dagu dan pangkal leher
(Riwayat Ibnu Abbas)
Hukum sembelihan adalah wajib kecuali ikan dan belalang. Semua binatang
yang halal dimakan hendaklah disembelih terlebih dahulu sebelum dimakan kecuali
ikan dan belalang tidak perlu disembelih.
Firman Allah subhanahu wataala:

Maksudnya:
Maka makanlah dari (sembelihan binatang-binatang halal) yang disebut nama Allah ketika
menyembelihnya, jika betul kamu beriman kepada ayat-ayatNya.
(Surah Al-Anam, 6:118)

Maksudnya:
Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih), dan

darah (yang keluar mengalir), dan daging babi (termasuk semuanya), dan binatang-binatang
yang disembelih kerana yang lain daripada Allah, dan yang mati tercekik, dan yang mati
dipukul, dan yang mati jatuh dari tempat yang tinggi, dan yang mati ditanduk, dan yang mati
dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih (sebelum habis nyawanya)
(Surah Al-Maidah 5:3)
Syariat Islam telah mengecualikan beberapa binatang dari bangkai yang
diharamkan, iaitu ikan, ikan paus dan binatang-binatang laut lain yang
seumpamanya. Ketika Nabi s.a.w. ditanya mengenai laut, baginda s.a.w. bersabda:
Airnya suci lagi menyucikan dan bangkai binatangnya adalah halal, (HR Ahmad &
Ashab al-Sunan).
Allah Taala berfirman yang bermaksud: "Dihalalkan bagi kamu binatang
buruan laut dan makanannya" (al-Maidah. 96). Saidina Umar r.a. berkata, bahawa
buruannya bermaksud binatang yang diburu dan makanannya bermaksud apa
yang dicari. Ibnu Abbas r.a. pula mengatakan: Makanannya bermaksud
bangkainya.
Di dalam Sahih Bukhari dan Muslim menyebutkan, dari Jabir r.a., bahawa
Nabi s.a.w. telah mengutuskan angkatan perang dari kalangan para sahabatnya.
Mereka ini mendapat seekor ikan paus besar yang telah mati (menjadi bangkai).
Mereka memakannya selama 20 hari. Kemudian mereka kembali ke Madinah dan
menceritakannya kepada Rasulullah s.a.w., lalu Baginda s.a.w. bersabda: Makanlah
rezeki yang telah Allah berikan kepada kamu. Berilah kepada kami jika kamu masih
ada lagi. Kemudian salah seorang dari mereka memberikannya kepada baginda
s.a.w. dan dimakannya, (HRBukhari).
Belalang samalah hukumnya seperti bangkai binatang laut. Rasulullah s.a.w.
telah memberi rukhsah (keringanan) memakan bangkai belalang. Kerana belalang
tidak mungkin dapat disembelih. Ibnu Abi Aufa r.a. telah berkata: Kami berperang
bersama Rasulullah s.a.w. sebanyak tujuh peperangan. Kami bersama baginda
s.a.w. memakan belalang. (HR al-Jamaah kecuali Ibnu Majah).
Maka berdasarkan surah al-Maidah ayat 96 di atas, maka hidupan laut
termasuklah ketam, kerang, ikan dan seumpamanya walaupun telah menjadi
bangkai adalah halal dimakan tanpa perlu disembelih terlebih dahulu.

3.3.2

Rukun dan Alat Sembelihan


Sembelihan mempunyai tiga rukun, iaitu:a. Penyembelih
b. Binatang yang disembelih
c. Alat menyembelih
Rukun yang pertama, penyembelih. Bagi menyempurnakan sesuatu

sembelihan, orang yang melakukan sembelihan tersebut perlu memenuhi beberapa


syarat yang tertentu, iaitu:a. Islam samada lelaki atau perempuan atau kanak-kanak yang mumayiz
(perempuan-makruh).
b. Ahli Kitab Yahudi atau Nasrani.
c. Berakal Berfikiran waras.
d. Tidak dalam Ihram Haji.
Rukun yang kedua adalah binatang sembelihan. Binatang yang hendak
disembelih mestilah halal, iaitu semua jenis binatang yang baik dan tidak
mendatangkan mudharat kepada orang yang memakannya seperti ayam, itik, lembu
dan sebagainya. Binatang yang tidak halal dimakan dibahagikan kepada dua
kumpulan, iaitu samada haiwan laut atau haiwan darat.
Semua haiwan darat dihalalkan untuk orang Islam, kecuali seperti berikut:a.
b.
c.

Babi,anjing dan keturunannya.


Haiwan halal yang tidak disembelih mengikut hukum syara.
Haiwan yang bertaring dan menggunakannya untuk mencakar dan
membunuh iaitu haiwan-haiwan buas seperti harimau, beruang, gajah

d.

dan seumpamanya.
Burung yang mempunyai kuku pencakar atau memakan secara

e.

menyambar seperti burung helang, gagak, dan sebagainya.


Haiwan-haiwan yang diperintah oleh Islam membunuhnya, iaitu seperti

f.

tikus, lipan, lipas, kala jengking, dan seumpamanya.


Haiwan yang dilarang oleh Islam membunuhnya, iaitu seperti semut

g.

dan lebah.
Haiwan-haiwan yang dipandang jijik oleh umum, seperti kutu, lalat,
ulat, dan seumpamanya.

h.

Haiwan yang hidup dua alam, iaitu di air dan di darat seperti katak,
buaya, kura-kura, dan sebagainya.

Bagi haiwan laut pula, pada hakikatnya meliputi haiwan yang hidup dalam
air sahaja dan adalah halal bagi orang Islam, kecuali:a.
b.
c.

Semua jenis haiwan laut yang mengandungi racun.


Semua jenis haiwan laut yang boleh memabukkan jika dimakan.
Semua jenis haiwan laut yang boleh mendatangkan kemudharatan
atau bahaya kepada kesihatan manusia.

Rukun yang ketiga pula adalah alat sembelihan. Alat sembelihan yang
hendak digunakan untuk menyembelih binatang perlulah memenuhi syarat-syarat
yang berikut:a.

Alat yang tajam, boleh melukakan dan mengalirkan darah binatang

b.

tersebut seperti pisau, parang dan sebagainya.


Alat itu tidak diperbuat dari gigi, tulang atau kuku.

3.3.3 Kaifiat dan Syarat Sah Sembelihan


Kaifiat sembelihan yang dianjurkan adalah seperti yang berikut:a. Memutuskan HALKUM (saluran pernafasan) dan urat MARIH (saluran
makanan dan minuman) serta kedua-dua urat leher (saluran darah) bagi
binatang yang mudah diselenggarakan untuk sembelihan.
b. Manakala bagi binatang yang tidak dapat disembelih pada lehernya
seperti binatang buruan atau berada dalam keadaan darurat, ia boleh
disembelih pada mana-mana bahagian anggotanya untuk mematikannya
dengan syarat niat menyembelih.
Syarat Sah Sembelihan adalah seperti yang berikut:a.
b.
c.
d.
e.
f.
g.
h.
i.

Hendaklah dilakukan oleh orang Islam.


Hendaklah dengan niat sembelihan.
Hendaklah putus urat halkum dan urat marih.
Hendaklah benda tajam kecuali kuku, gigi dan tulang.
Binatang yang halal dimakan.
Binatang itu masih hidup.
Hendaklah mati sekali sembelihan sahaja.
Tujuan sembelihan kerana Allah SWT bukan dengan tujuan yang lain.
Tidak dalam Ihram haji atau Umrah bagi binatang buruan.

Perkara-perkara sunat ketika menyembelih adalah seperti yang berikut:a.


b.
c.
d.
e.
f.
g.
h.

Membaca bismilah untuk memulakan sembelihan.


Menghadap binatang itu ke arah kiblat.
Membaca selawat ke atas Nabi.
Dibaringkan binatang itu di atas rusuk kirinya.
Menggunakan pisau yang tajam supaya kurang sakitnya.
Memutuskan urat mareh di kiri dan kanan leher supaya segera mati.
Menyembelih dengan segera.
Semasa menyembelih hendaklah dilakukan dengan pantas

dan

cepat.Jangan diputuskan lehernya.


i. Janganlah disiang kulitnya sehingga dia telah mati.
j. Menyembelih sebelah bawah jika lehernya panjang seperti unta dan
menyembelih sebelah atas jika lehernya pendek seperti lembu.
3.3.4 Hikmat Menyembelih Binatang
a.
b.
c.
d.

Supaya menjadikan binatang itu halal dimakan.


Bagi mematikan binatang itu dengan cara yang cepat dan segera.
Supaya tidak menyeksakan binatang itu.
Supaya keluar kuman-kuman penyakit yang ada dalam darah binatang itu
kerana kuman-kuman ini boleh mendatangkan keburukan kepada

e.

kesihatan manusia.
Bagi mematikan binatang itu dengan cara yang sah.

3.3.5 Rumusan
Syariat Islam menetapkan setiap binatang yang hendak dimakan perlu disembelih
bukanlah semata-mata untuk membezakan cara hidup orang-orang Islam, malahan
ia mengandungi hikmah yang tertentu yang menjadikannya sebahagian peraturan
hidup yang indah dan penuh makna. Sebagai umat Islam, kita seharusnya bersyukur
dan cuba menyempurnakan semua peraturan yang ditetapkan oleh Allah SWT,
khususnya dalam perkara-perkara yang berhubung dengan sembelihan binatang ini.
3.4

ISU SEMASA BERKAITAN SEMBELIHAN

Beberapa masalah yang berkaitan dengan sembelihan seperti yang berikut:-

a. Muzakarah Khas Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang
pada 29 Sep 2005 telah membincangkan Kaedah Thoracic Stiking Dalam
Sembelihan

Haiwan.

Muzakarah

Jawatankuasa

Fatwa

Majlis

Kebangsaan telah memutuskan bahawa Kaedah Thoracic Stiking iaitu


prosedur tambahan

yang

digunakan selepas sembelihan

adalah

dibenarkan dan daging haiwan tersebut adalah halal tertakluk kepada


syarat-syarat yang berikut:
i. Telah berlaku sembelihan yang sempurna (iaitu telah putus
keempat-empat urat Mari', halkum dan wadajain;
ii. Kaedah tersebut dijalankan selepas berlaku pendarahan
sempurna(complete

bleding)

atau

selepas

30

saat

penyembelihan berlaku;
iii. Binatang tersebut disahkan mati akibat sembelihan dan kaedah
Thoracic Stiking hanya sekadar membantu mempercepatkan
kematian; dan
iv. Kaedah ini perlu dikawalselia oleh petugas muslim yang
bertauliah.
b. Boleh memakan sembelihan Ahli Kitab dari kalangan Yahudi dan Kristian
dengan dua syarat:i. Penyembelihan

dilakukan

seperti

sembelihan

muslim,

diputuskan urat halqum dan mari sehingga menumpahkan


darah. Jika binatang tersebut mati kerana dijerut atau dikenakan
kejutan elektrik, dibenam ke dalam air atau seumpamanya,
maka binatang tersebut tidak halal dimakan.
ii. Tidak disebut nama selain dari Allah ketika penyembelihan,
seperti nama al-Masih dan seumpamanya. Hal ini berdasarkan
firman Allah SWT:

Mafhumnya: Dan jangan kamu semua makan apa-apa yang
tidak disebut nama Allah ketika menyembelihnya. (al-Anaam:
121)
Di dalam surah lain, Allah SWT berfirman:

Mafhumnya: Hanyasanya yang diharamkan ke atas kamu
semua (umat Islam) adalah bangkai, darah dan daging babi,

demikian juga yang disembelih kerana selain Allah. (alBaqarah: 173)


Berdasarkan penjelasan di atas, maka sesiapa yang berada di Negara
bukan Islam, kebanyakan yang melakukan penyembelihan pula adalah orang
kristian atau Yahudi, maka halal memakan sembelihan mereka. Melainkan jika
diketahui mereka melakukan perkara yang menjadi sembelihan itu haram seperti
menyebut nama selain Allah ketika melakukan sembelihan seperti yang telah
dijelaskan di atas. Jika yang menyembelih itu penyembah berhala, maka HARAM
memakan sembelihan mereka.

TAHUKAH ANDA?
Mengikut kaedah ujian saintifik hari ini membuktikan penyembelihan Islam
adalah yang

terbaik. Seterusnya

menunjukkan Islam amat mementingkan

kebersihan serta kesihatan. Pemilihan makanan yang halal dan bersih adalah
penting dalam memastikan tahap kesihatan sentiasa berada di tahap yang
memuaskan agar memperolehi tenaga yang secukupnya untuk beribadah. Oleh itu
orang Islam perlu menilai dan meneliti sumber pemakanannya agar datang dari
sumber yang halal dan bukan meragukan terutamanya disembelih secara Islam.

Tahniah, kerana anda telah berjaya menamatkan pembelajaran unit


ini dengan jayanya!
.

TUGASAN
Soalan:
Senaraikan nama haiwan dan serangga yang dinyatakan oleh Allah dalam
al-Quran?
Nyatakan hikmah disyariatkan sembelihan cara Islam?
Anda sebagai guru ingin mengadakan kursus amali sembelihan kepada muridmurid anda. Terangkan persediaan perlu dilakukan sebelum mengendalikan kursus
tersebut?
TUGASAN

Tajuk 4

EKONOMI ISLAM
Ekonomi Islam

4.0 SINOPSIS
Islam adalah agama yang menyediakan penduan cara hidup yang universal
dan menyeluruh dalam pelbagai aspek kehidupan. Bukan sekadar garis panduan

dalam bab ibadah khusus seperti solat, puasa dan haji, malah dalam urusan
ekonomi, Islam telah menetapkan beberapa konsep yang umum sebagai panduan
Umat Islam.

Perkataan ekonomi dalam istilah islam diambil daripada perkataan

iqtisad yang bermaksud mengatur urusan dengan berusaha mencapai sasaran yang
tepat, tanpa membazir. Sasaran yang tepat bermakna bukan bersifat individualistik
dengan mengoptimumkan manfaat sosial dan individu secara berhemah. Oleh itu,
setiap lapisan masyarakat turut merasa kenikmatan dan kekayaan ekonomi islam
dengan keupayaan dan kemampuan masing-masing tanpa dianiayai.
Unit ini membincangkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang ekonomi
Islam khususnya dalam urusan sewaan, gadaian, perbankan Islam dan takaful yang
mengikut prinsip-prinsip dan dasar-dasar syariat Islam di samping satu isu semasa
berkaitan.
4.1 HASIL PEMBELAJARAN
4.1.1 Pelajar dapat mengenalpasti bentuk-bentuk kegiatan ekonomi dalam Islam
seperti Sewaan, Gadaian, Perbankan Islam dan Takaful.
4.1.2 Pelajar dapat menghuraikan dalil-dalil daripada al-Quran dan al-Sunnah
berkaitan dengan kegiatan ekonomi dalam Islam.
4.1.3 Pelajar dapat menganalisis isu semasa berkaitan sistem ekonomi Islam.

4.2 KERANGKA TAJUK


Ekonomi Islam

Sewaan

Gadaian

4.3 ISI KANDUNGAN (EKONOMI ISLAM)


4.3.1 Sewa (Ijarah)

Perbankan
Islam

Takaful

Sewa menurut pengertian bahasa ialah upah kepada barang atau sewa
barang. Sewa menurut pengertian Syara pula ialah aqad untuk menyewa manfaat
barang. Dalam pengertian lain ialah pertukararan manfaat dan faedah terhadap
sesuatu benda atau harta sebagai perkhidmatan dan tukaran ganti dengan nilai.
Menurut pengertian istilah yang lebih luas, sewa ialah sesuatu penyerahan
manfaat dan faedah yang tertentu yang dikehendaki oleh orang lain dan boleh
diberikan serta barang tersebut sah di sisi Syara dengan imbuhan dan imbalan
pembayaran tertentu pula oleh penyewa. Sebagai contoh, tidak sah menyewa pokok
untuk tujuan mendapatkan buah.
Hukum Sewa
Kegiatan sewa adalah diharuskan dalam Islam selagi ia tidak bercanggah
dengan syariat Islam. Contohnya, seorang yang mempunyai sebidang tanah telah
menyewakan tanahnya kepada seorang yang bercucuk tanam, manakala penyewa
mesti membayar sewaan seperti yang telah diakadkan di antara mereka. Hukum
sewa adalah harus berdasarkan dalil al-Quran dan Hadith, antaranya ialah:a. Firman Allah SWT dalam Surah az-Zukhruf: 32

Terjemahan ayat:

(Mengapa pemberian Kami itu mereka ingkarkan?) Adakah mereka berkuasa


membahagi-bahagikan (perkara-perkara keruhanian dan keagamaan yang menjadi
sebesar-besar) rahmat Tuhanmu (wahai Muhammad, seolah-olah Kami hanya
berkuasa dalam perkara kebendaan dan keduniaan sahaja? Mereka tidak
ingkarkan): Kami membahagi-bahagikan antara mereka segala keperluan hidup
mereka dalam kehidupan dunia ini, (setengahnya Kami jadikan kaya raya dan

setengahnya miskin menderita) dan juga Kami telah menjadikan darjat setengah
mereka tertinggi dari darjat setengahnya yang lain; (semuanya itu) supaya
sebahagian dari mereka senang mendapat kemudahan menjalankan kehidupannya
dari (bantuan) setengahnya yang lain dan lagi rahmat Tuhanmu (yang meliputi
kebahagiaan dunia dan akhirat) adalah lebih baik dari kebendaan dan keduniaan
semata-mata
yang
mereka
kumpulkan
b. Firman Allah SWT dalam (Surah at-Talaq : 6)

c. Terjemahan ayat:
Tempatkanlah isteri-isteri (yang menjalani idahnya) itu di tempat kediaman kamu
sesuai dengan kemampuan kamu dan janganlah kamu adakan sesuatu yang
menyakiti mereka (di tempat tinggal itu) dengan tujuan hendak menyusahkan
kedudukan mereka (supaya mereka keluar meninggalkan tempat itu) dan jika
mereka berkeadaan sedang mengandung, maka berikanlah kepada mereka
nafkahnya sehingga mereka melahirkan anak yang dikandungnya; kemudian jika
mereka menyusukan anak untuk kamu, maka berikanlah kepada mereka upahnya
dan berundinglah di antara kamu (dalam hal menyusunya) dengan cara yang baik
dan (sebaliknya) jika kamu (dari kedua pihak) mengalami kesulitan, maka bolehlah
perempuan lain menyusukannya.
d. Sabda Nabi SAW bermaksud:Dari Aisyah RA; Rasullullah (SAW) dan Abu Bakar (RA) menyewa seorang
laki-laki dari Bani Dail. Ddia masih memeluk agama para leluhurnya- yang
ditugaskan sebagai penunjuk jalan, Nabi dan Abu Bakar menyerahkan
kendaraan dan perbekalan kepadanya untuk diserahkan kembali setelah
lewat tiga malam di gua Hira (Riwayat Bukhari)
e. Sabda Nabi SAW bermaksud:-

Dari ibnu Umar RA; Rasulullah (SAW) bersabda; Berilah upah sebelum kering
keringatnya (Riwayat Ibnu Majah)
Rukun Sewaan
Sewa yang dijalankan juga mestilah mempunyai 5 rukun sewa yang berikut:
a. Tuan punya sewa atau orang yang memberi sewa
b. Penyewa
c. Sewa atau nilai
d. Manfaat
e. Sighah, iaitu lafaz ijab dan qabul
Pemberi Sewa dan Syarat Pemberi Sewa
Pemberi sewa merujuk kepada orang yang memiliki manfaat dan manfaatnya
diserahkan kepada penyewa dengan kadar bayaran tertentu. Antara syarat
pemyewa adalah:
a. Baligh
b. Waras
c. Pilihan sendiri
d. Ahli tasarruf
e. Islam dan bukan Islam

Syarat Bayaran Sewa


a. Bayaran hendaklah bersih dari segi syara.
b. Hendaklah boleh dimanfaatkan
c. Boleh diserahkan pada bila-bila masa.

d. Milik sendiri, iaitu boleh diserahkan bayaran sewa itu sama ada
menyerahkannya sendiri atau mewakilkan kepada orang lain.
e. Bayaran itu hendaklah diketahui dan dipersetujui oleh kedua belah pihak

Syarat-Syarat Manfaat
a. Barang yang disewakan hendaklah bernilai dari segi syara dan seimbang
dengan bayaran yang dikenakan. Seperti rumah dan kenderaan.
b. Barang itu boleh diserahkan oleh penyewa. Sebagai contoh; tidak boleh
menyewa barang yang dah dirampas atau kenderaan yang rosak.
c. Tidak boleh menyewa untuk tujuan mendapatkan bukan manfaat, tetapi Ain
barangan itu. Contohnya menyewa binatang kerana hendakkan bulunya, atau
susunya, atau anak dalam kandungannya.
d. Tidak boleh menyewa sesuatu untuk kepentingan orang yang memberi sewa
agar melakukan sesuatu ibadat kepadanya. Seperti mengadakan ibadat
puasa atau sembahyang lalu niatnya ditujukan kepada orang yang memberi
sewa.
e. Barang yang hendak disewaitu hendaklah diketahui jenis, kadar dan sifatnya
Ijab dan Qabul
Ijab dan Qabul bermaksud kedua-dua pihak saling meredai. Antara syarat Ijab dan
Qabul adalah:
a. Ijab diikuti dengan Qabul tanpa diselangi dengan perkataan lain.
b. Ijab dan Qabul didengar oleh orang yang hampir.
c. Ijab dan Qabul sama maksud dan maknanya.
d. Tidak ada taklik atau sebarang syarat.
e. Ijab tidak berubah sebelum ada Qabul.

Sebab-sebab yang membatalkan sewaan


Muamalat sewa itu akan terbatal dengan sebab yang berikut:
a. Berlaku kerosakan kepada barangan yang disewa sebab penyewa atau
terdapat kecacatan lama yang baru diketahui oleh penyewa.
b. Selesai atau memenuhi manfaat yang diakadkan.

Hikmah Sewa dalam Islam


a. Manusia perlu kepada sewa dan keperluan lain yang tidak dimilikinya, seperti
alat cucuk tanam, tanah, dan sebagainya.
b. Pemilik barang dapat memperolehi keuntungan dari sewaan.
c. Dapat mengeratkan hubungan Silaturrahim sesama manusia melalui urusan
sewa.
d. Sesuatu bentuk pertolongan kepada mereka yang berhajat daripada pemilik
barang.

4.3.2 Gadaian (ar-Rahnu)


Pengertian
Gadaian menurut bahasa ialah tahan.
Menurut pengertian istilah pula menjadikan sesuatu barangan sebagai cagaran bagi
sesuatu hutang dan ia akan menjadi bayaran sekiranya tidak dapat dijelaskan
hutang itu nanti
Hukum
Jumhur ulama bersependapat muamalat gadaian adalah diharuskan, baik ketika
seseorang itu bermastautin, bermukim atau dalam keadaan bermusafir. Muamalat
gadaian adalah diharuskan dalam Islam berdasarkan dalil nas al-Quran dan Hadith.

Dalil al-Quran
a. Firman Allah SWT dalam Surah al-Baqarah: 283

Dan jika kamu berada dalam musafir (lalu kamu berhutang atau memberi hutang
yang bertempoh), sedang kamu tidak mendapati jurutulis, maka hendaklah diadakan
barang gadaian untuk dipegang (oleh orang yang memberi hutang). Kemudian kalau
yang memberi hutang percaya kepada yang berhutang (dengan tidak payah
bersurat, saksi dan barang gadaian), maka hendaklah orang (yang berhutang) yang
dipercayai itu menyempurnakan bayaran hutang yang diamanahkan kepadanya,
dan hendaklah dia bertakwa kepada Allah Tuhannya dan janganlah kamu (wahai
orang-orang yang menjadi saksi) menyembunyikan perkara yang dipersaksikan itu
dan sesiapa yang menyembunyikannya, maka sesungguhnya dia adalah orang
yang berdosa hatinya dan (ingatlah), Allah sentiasa Mengetahui akan apa yang
kamu kerjakan.
b. Sabda Nabi SAW bermaksud:"Dari Ibnu Abbas r.a. yang bermaksud ketika Nabi s.a.w. wafat, baju besinya masih
dalam keadaan menjadi tanggungan hutang 20 sha (+ 50 kg) bahan makanan yang
dibelinya untuk nafkah keluarganya"
(Riwayat Tirmidzi)
Rukun Gadaian
a. Pemegang gadai dan penggadai.
b. Barang gadaian.
c. Hutang, iaitu sebab untuk berhutang dan untuk menggadai.

d. Sighah iaitu lafaz ijab dan kabul


Syarat Penggadai dan Pemegang Gadai
Kedua-dua penggadai dan pemegang gadai terikat kepada syarat berikut:
a. Mukallaf
b. Pilihan sendiri
c. Penggadai dan pemegang gadaian adalah harta masing-masing dengan milik
secara sah
Syarat Barang yang Digadai atau Dihutang
a. Yang digadaikan bukanlah manfaat, tetapi ain (barangnya)
b. Mestilah boleh dijual
Syarat Hutang untuk Barang Digadaikan
a. Hutang mestilah mempunyai nilai dan boleh digunakan, seperti wang, emas
dan perak.
b. Jumlah hutang diketahui oleh kedua belah pihak.
c. Hutang itu perlu tetap, tidak berubah nilainya dan tidak bertambah apabila
bayaran dilakukan.
d. Sighah, terdiri daripada ijab dan qabul.
Hikmah Gadaian dalam Islam
a. Pertolongan kepada mereka yang terdesak dan memerlukan.
b. Dapat menjamin wang yang dihutangkan kepada seseorang.
c. Memudahkan orang yang memerlukan hutang mendapatkan wang apabila
terdesak.
d. Lahirnya perasaan kasih sayang dan kasih mesra sesama manusia.
e. Menjaga kemaslahatan manusia ketika mengadakan muamalat gadaian.

4.3.3 Perbankan Islam

Pengertian Perbankan Islam


Perbankan Islam ialah perbankan yang berlandaskan undang-undang Islam
(Syariah), iaitu fiqh muamalat (peraturan Islam dalam transaksi). Kesemua peraturan
dan amalan di dalam fiqh muamalat

berasal dari Al-Quran dan Al-Sunnah dan

sumber undang-undang Islam sekunder yang lain seperti kesepakatan pendapat


oleh ulama mujtahid tentang sesuatu hukum Syariah (ijma), menyamakan perkara
baru yang tiada nas secara analogi (qiyas) dan hasil usaha daripada para mujtahid
dalam merumuskan sesuatu hukum dan nilai melalui kaedah istinbat (ijtihad).
Sejarah Perbankan Islam di Malaysia
Pada asalnya Institusi Bank Islam yang pertama ditubuhkan di Malaysia pada tahun
1983. Selepas sepuluh tahun beroperasi iaitu pada tahun 1993, bank perdagangan,
bank saudagar dan syarikat kewangan menawarkan produk dan perkhidmatan
perbankan Islam di bawah Skim Perbankan Islam (Bank SPI). Oleh itu, Bank SPI ini
perlu memisahkan dana dan aktiviti transaksi perbankan Islam daripada perniagaan
perbankan konvensional.
Pematuhan prinsip Syariah
Bank Islam dan Bank-Bank SPI perlu mewujudkan jawatankuasa Syariah bertujuan
membimbing mengenai hal-hal syariah bagi memastikan fungsi bank adalah
sentiasa mematuhi kehendak syariah Keseragaman dalam pendapat dan amalan
adalah berdasarkan Majlis Penasihat Syariah iaitu badan Syariah tertinggi yang
ditubuhkan di Bank Negara Malaysia. Ahli-Ahli Jawatankuasa Syariah dan Majlis
Penasihat Syariah adalah dilantik daripada kalangan cendikiawan dan pakar Syariah
dalam bidang perbankan dan kewangan Islam.
Konsep Syariah dalam perbankan Islam
Konsep asas Syariah dalam Perbankan Islam meliputi perkara-perkara yang
berikut:-

a. Wadi`ah (Simpanan)
Wadi`ah bermaksud kontrak menyimpan sesuatu barang atau harta sebagai
amanah. Di dalam kontrak ini, pelanggan akan mendepositkan wang tunai atau aset
lain sebagai simpanan di bank. Bank akan menjamin keselamatan barang yang
disimpan oleh pelanggannya. Mekanisme operasi Wadiah ialah pendeposit wang di
bank akan dijamin wang tersebut akan dipulangkan semula.

Pendeposit boleh

mengeluarkan wang pada bila-bila masa. Bank akan mengenakan fi sebagai caj
menjaga deposit pelanggan dan pelanggan dan membayar hibah (hadiah) jika perlu.
Konsep ini lazimnya diguna pakai dalam urusan penyimpanan deposit, khidmat
pemegang amanah dan peti simpanan deposit.
b. Mudarabah (Perkongsian keuntungan)
Mudarabah ialah suatu kontrak perkongsian keuntungan antara dua pihak,
iaitu pemilik modal dan pengusaha. Pemilik modal akan menyediakan dana bagi
pengusaha untuk menjalankan usaha niaga dan mendapat pulangan hasil daripada
jumlah dana yang dilaburkan dalam usaha niaga tersebut berdasarkan nisbah
perkongsian untung yang telah dipersetujui. Prinsip Mudarabah boleh digunakan
dalam operasi perbankan Islam dalam dua cara iaitu antara bank (sebagai
pengusaha) dan pemilik modal dan antara bank (sebagai pemilik modal) dan
pengusaha. Kerugian yang dialami akan ditanggung oleh pemilik modal.
c. Bai Bithaman Ajil BBA (Penjualan dengan harga tertangguh)
Bai Bithaman Ajil merujuk kepada jualan barangan di mana penjual
membayar kepada pembeli harga jualan secara tangguh berserta dengan suatu
margin keuntungan yang dipersetujui, sama ada secara sekali gus atau secara
ansuran.

Mekanisme operasi Bai Bithaman Ajil ialah pelanggan dapatkan

pembiayaan BBA daripada bank dan berjanji akan membeli aset tersebut pada
harga jualan yang telah di termasuk keuntungan.

Bank membeli aset tersebut

daripada pemilik secara tunai. Hak milik aset berpindah tangan kepada bank. Bank
menjual aset itu kepada anda dan menyerahkan hak milik aset kepada anda pada
harga jualan tertangguh yang telah termasuk keuntungan. Pembayaran boleh dibuat
secara tangguh dan ansuran dalam suatu tempoh yang telah dipersetujui.

d. Murabahah (Kos tambah)


Seperti mana BBA, transaksi Murabahah melibatkan penjualan barangan di
antara penjual dan pembeli pada harga jualan yang telah termasuk margin
keuntungan yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak. Bagaimanapun, dalam
Murabahah, penjual mesti memaklumkan kepada pembeli kos sebenar aset dan
margin keuntungan semasa perjanjian jualan dibuat.
e. Musyarakah (Usaha sama)
Dalam konteks perniagaan dan perdagangan, Musyarakah merujuk pada
perkongsian atau usaha sama perniagaan untuk mendapatkan keuntungan.
Keuntungan yang diperoleh akan dikongsi oleh rakan kongsi berdasarkan nisbah
yang dipersetujui yang mungkin tidak sama nisbahnya dengan jumlah pelaburan
yang dibuat oleh rakan kongsi. Bagaimanapun, kerugian yang dialami akan dikongsi
berdasarkan nisbah dana yang dilabur oleh setiap rakan kongsi.
f. Ijarah Thumma Bai (Sewa beli)
Ijarah Thumma Bai lazimnya digunakan dalam membiayai barangan
pengguna terutamanya pembiayaan kenderaan.Terdapat dua kontrak berasingan
yang terlibat: kontrak Ijarah (pajakan/penyewaan) dan kontrak Bai (jual beli).
Kontrak-kontrak tersebut akan dimeterai secara berasingan. Mekanisme operasi
Ijarah Thumma Bai ialah pelanggan memilih kereta yang ingin dibeli. Pelanggan
memohon pembiayaan Ijarah untuk kereta tersebut, membayar deposit kereta dan
berjanji akan memajak kereta tersebut daripada bank setelah bank membeli kereta
tersebut.

Bank menjelaskan pembayaran kereta berkenaan kepada penjual.

Penjual kereta memberi hak milik kereta kepada bank. Bank memajakkan kereta
tersebut kepada pelanggan. Pelanggan akan membayar sewa Ijarah untuk satu
tempoh yang telah ditetapkan. Pada akhir tempoh pajakan, bank menjual kereta
tersebut kepada pelanggan pada harga yang telah dipersetujui.
g. Wakalah (Agensi)

Wakalah merupakan satu kontrak di mana seseorang (prinsipal) melantik


pihak lain bagi bertindak mewakili dirinya (sebagai ejen) untuk melaksanakan tugastugas khusus. Pihak yang menerima tugas itu adalah ejen yang biasanya dibayar fi
atas perkhidmatannya.

Misalnya seorang pelanggan meminta bank membuat

pembayaran kepada pihak lain di bawah syarat-syarat tertentu. Dalam hal ini, bank
ialah ejen yang diberikan kuasa untuk melaksanakan transaksi kewangan bagi pihak
pelanggan dan bank akan dibayar fi atas perkhidmatannya.
h. Qard (Kontrak hutang)
Di bawah Qard, pinjaman diberi untuk satu tempoh yang tetap atas semangat
ihsan dan peminjam hanya perlu membayar balik jumlah pinjaman yang sebenar
sahaja.Walau bagaimanapun, sekiranya peminjam membayar lebih berdasarkan
budi bicaranya (tanpa ikatan perjanjian), ia dianggap sebagai tanda penghargaan
kepada pemberi pinjaman.Contohnya pemberi pinjaman meminjamkan sebanyak
RM5,000 kepada peminjam berdasarkan Qard akan mengharapkan peminjam
memulangkan sebanyak RM5,000 kepadanya kelak pada masa yang dipersetujui.

i. Hibah (Ganjaran)
Hibah merujuk kepada pemberian hadiah secara sukarela sebagai balasan
kepada manfaat yang diterima.

Contohnya dalam simpanan yang beroperasi di

bawah Wadi`ah, bank lazimnya membayar kepada penyimpan Wadi`ah hibah


walaupun pemegang akaun hanya ingin membuat simpanan mereka di bank.
4.3.4 Takaful (Insurans)
Insurans boleh ditakrifkan sebagai satu faedah, iaitu apabila satu kumpulan
manusia berikrar untuk mengumpul tenaga dan sumber bagi mengadakan pakatan
untuk saling bekerjasama apabila ditimpa musibah atau kesusahan.
Amalan Insurans sebegini diharuskan dalam Islam berdasarkan firman Allah SWT
dalam surah al-Maidah ayat 2:-

Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa


dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan
pencerobohan dan bertakwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha
Berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya).
Jenis-Jenis Insurans
a. Insurans Nyawa:
-Memberi perlindungan risiko kepada pemegang polisi ke atas kematian dan hilang
upaya.
-Syarikat insurans juga memberi pinjaman kepada pembeli insurans yang
mencagarkan polisinya.
b. Insurans Am:
-Memberi perlindungan kepada pemegang polisi yang mengalami kerugian harta
atau pendapatan.
Prinsip dan konsep Insurans
a.

Insurans merupakan satu perjanjian bantu-membantu di kalangan


pemegang polisi bagi meringankan kerugian yang ditanggung oleh ahli.

b.

Tiada unsur gharar atau ketidakpastian pada bayaran sumbangan dan


manfaat.

c.

Bertujuan memberi keuntungan yang saksama di kalangan ahli.

d.

Sentiasa menjamin dan melindungi antara satu sama lain daripada


kerugian atau kehilangan akibat ditimpa musibah atau bencana.

e.

Menggunakan konsep tabarru yang bererti menderma.

f.

Mengamalkan

konsep

mudharabah

yang

bermaksud

keuntungan yang telah dipersetujui di dalam perjanjian.

berkongsi

Ciri-Ciri Insurans Islam


Secara amnya insurans atau takaful dalam Islam adalah diharuskan selagi mana
tidak terdapat unsur-unsur berikut:a. Gharar: Iaitu ketidakpastian atau kekaburan, terutamanya jika melibatkan
akad, perjanjian atau kontrak. Sebagai contoh, dalam polisi isurans nyawa,
pemegang polisi bersetuju untuk menjelaskanbayaran tertentu bagi sesuatu
tempoh. Pihak insurans pula bersetuju untuk membayar sejumlah pampasan
tertentu apabila berlaku sesuatu bencana, tetapi syarikat insurans tidak
menjelaskan secara terperinci bagaimanakah pampasan tersebut akan
dihasilkan.
b. Judi: Iaitu apabila pemegang

polisi insurans nyawa meninggal dunia

sebelum perjanjian atau hanya membayar sebahagian daripada premium


yang dijanjikan dan kemudiannya diberikan pampasan yang tidak diketahui
asal-usulnya. Keuntungan daripada perniagaan insurans juga dilihat sebagai
hasil daripada perjudian kerana keuntungan tersebut berpunca dari
penangguhannya. Syarikat insurans boleh mendapat untung atau rugi
disebabkan tuntutan yang bergantung pada nasib.
c. Riba: Iaitu melalui aktiviti pelaburan syarikat di dalam syarikat atau institusi
kewangan yang mengamalkan riba.
4.4

Rumusan

Sebagai kesimpulannya, sistem ekonomi Islam adalah suatu kaedah dalam


perekonomian Islam yang disusun oleh para ulama untuk menjadi asas untuk
memahami dan mengembangkan fiqh Islam tentang kaedah-kaedah bermuamah
dengan sistem yang adil. Kalau tidak wujud sistem ini, ini, maka mesyarakat Islam
terdedah kepada sistem kapitalis yang bersifat menindas dan tidak adil.

4.5

ISU SEMASA DALAM BIDANG FIQH

Saham

Aktiviti spekulasi yang disebut ramai orang itu selalunya bersifat short term. Sama
ada intraday trading, contra trading, daily swing trading dan seterusya. Oleh kerana
aktiviti spekulasi dan kegiatan jual beli di Bursa Malaysia tidak dapat dipisahkan,
maka para ulama telah pun duduk berbincang mengenai isu spekulasi.
Majlis Penasihat Shariah Suruhanjaya Sekuriti (MPS SC), menerusi dua mesyuarat
pada 16-17 Oktober dan 26 November 1997 telah mengesahkan aktiviti spekulasi ini
adalah dibenarkan. Asas utamanya adalah aktiviti spekulasi adalah berbeza dengan
berjudi. Hujah lanjut adalah seperti berikut:

Spekulasi adalah tindakan beli pada harga rendah dan jual pada harga tinggi.
Ambil untung dari perbezaan dua harga itu tadi. Tujuannya untuk
mendapatkan capital gain. Sedangkan itulah cara buat bisnes dalam manamana bidang sekalipun. Bai Muzayadah atau jual beli lelong pun berlaku
aktiviti yang sama. Bai Murabahah juga begitu. Islam tidak melarang
kegiatan ambil untung melalui aktiviti jual beli.

Nabi Muhammad saw sendiri tidak pernah membuat kawalan harga (price
control) termasuk ketika ada orang ramai mengadu harga barang mahal.
Justeru, apabila ada pihak yang untung apabila harga naik maka tu
adalah dibenarkan. Pada masa yang sama, pihak peniaga perlu mengambil
risiko sekiranya membeli pada harga tinggi dan harga kemudiannya jatuh
pula. Apa yang utama adalah tidak ada penipuan dan manipulasi.

Walaupun aktiviti spekulasi dan perjudian nampak macam sama tapi ia tidak
serupa.

MPS

menasihatkan

agar

pelabur

mempunyai

pengetahuan

secukupnya sebelum melakukan sebarang transaksi jual beli saham dan


bukan bertindak seperti seorang kaki judi.

Tahniah, kerana anda telah berjaya menamatkan pembelajaran unit


ini dengan jayanya!
.

TUGASAN

Soalan latihan.
1. Bincangkan istilah-istilah yang telah dipelajari dalam ekonomi Islam.
2.Huraikan dengan terperinci maksud takaful dalam Islam

UNIT 5

PENGURUSAN HARTA PUSAKA DALAM ISLAM

Tajuk 5

PENGURUSAN HARTA PUSAKA DALAM ISLAM


Pengenalan Konsep Harta Pusaka

5.1

SINOPSIS
Dalam unit ini, beberapa aspek penting yang membincangkan mengenai

konsep harta pusaka, pensyariatan harta pusaka di dalam Islam, harta pusaka dan
hak-haknya, harta pusaka yang tidak boleh diwarisi,hak-hak harta pusaka,
pembahagian harta pusaka dan juga prinsip pembahagian pusaka dalam Islam.
5.2.

HASIL PEMBELAJARAN

5.2.1 Menghuraikan konsep pengurusan harta pusaka dalam Islam.


5.2.2 Mengaplikasi teori pembahgian harta pusaka dalam situasi sebenar.
5.2.3 Memahami konsep keadilan pembahagian harta pusaka menurut ajaran Islam.
5.3

KERANGKA TAJUK
Pengurusan Harta Pusaka

Definisi

Sejarah

Prinsip

Sumber

Hukum
Rukun

Syarat

Penghalang dan sebab

dan penyelesaian
hartaPUSAKA DALAM ISLAM)
ISI KANDUNGAN Waris
(PENGURUSAN
HARTA

5.4
5.4.1

Konsep Harta Pusaka (Pewarisan)


Ilmu pewarisan merupakan cabang ilmu yang diturunkan Allah SWT khusus

mi

membincang

akan

persoalan

berkaitan

harta

pusaka

dan

kaedah

pembahagiannya menurut ketetapan syara , dimana ia bertujuan memberi


keadilan, kemaslahatan dan kepentingan kepada ahli-ahli waris yang berhak
mendapat bahagian

dari harta pusaka yang ditinggalkan

oleh si mati. Ilmu

pewarisan juga disebut ilmu mirath, ilmu harta pusaka dan ilmu Faraid.
Pusaka atau al-mirath dari segi bahasa pada makna al-masdar ()
bermaksud al-baqa ( ) iaitu kekal dan perpindahan sesuatu daripada seseorang
kepada seseorang yang lain. Al-mirath pada makna ism maful ( ) pula
bermaksud asal atau baki . Dari segi istilah pula pusaka bermaksud sesuatu yang
ditinggalkan oleh si mati daripada harta benda dan hak-hak yang akan diwarisi oleh
ahli-ahli waris disebabkab kematian pewaris . Ada pendapat yang lain menyatakan
bahawa pusaka atau al-mirath pada istilah ialah perpindahan pemilikan daripada si
mati kepada para warisnya yang masih hidup, sama ada yang ditinggalkan itu
berbentuk harta yang boleh dipindah, harta yang tidak boleh dipindah, ataupun
sesuatu hak yang ditetapkan oleh syarak (seperti hak khiyar dalam jual beli, hak
syufah,

dan

hak

qisas).

Menurut istilah ilmu faraid, harta pusaka juga dikenali sebagai al-tarikah.
Dari segi bahasa, al-tarikah bermaksud segala apa yang ditinggalkan atau
dibiarkan oleh si mati . Manakala definisi al-tarikah dari segi istilah syarak pula
berlaku perselisihan dalam menentukan maknanya. Perselisihan tersebut dapat
dilihat seperti berikut iaitu menurut jumhur fuqaha mendefinisikan al-tarikah ialah
segala sesuatu yang ditinggalkan oleh si mati termasuklah harta benda, hak-hak
kebendaan dan hak-hak yang mempunyai unsur kebendaan ke atas hak-hak
persendirian. Kesemuanya ini akan diwarisi sama ada oleh waris atau bukan
waris .

Para Fuqaha mempunyai takrifan yang berbeza mengenai harta pusaka atau
pewarisan antaranya :
1.

Prof. Dr. Wahbah Az Zuhaili mengatakan bahawa harta pusaka ialah sesuatu

yang ditinggalkan oleh si mati samaada dalam bentuk harta atau hak yang akan
diwarisi oleh waris yang berhak menerimanya selepas kematiannya mengikut hukum
syarak.
2.

Syeikh Muhammad Ali as-Sobuni mendefinisikan harta pusaka bermaksud

perpindahan sesuatu dari seseorang kepada orang lain atau dari satu kaum kepada
kaum yang lain.
3.

Menurut Imam Ramli iaitu ulama mazhab SyafiI di dalam kitab Nihayah Al-

Muhtaj telah mendefinisikan harta pusaka sebagai apa-apa yang ditinggalkan untuk
orang kemudian daripadanya sesuatu hak seperti jenayah, tuduhan zina, atau
ikhtisas, atau mal seperti arak yang telah menjadi cuka setelah matinya, diyat yang
diambil dari pembunuhnya kerana diyat termasuk di dalam miliknya. Begitu juga apa
yang termasuk ke dalam pukatnya yang telah dipasangnya di masa hidupnya.
4. Ibnu Qudamah al-Maqdisi mentakrifkan pewarisan (harta pusaka)

sebagai

pembahagian harta pusaka kepada ahli waris di kalangan ashab al-Furud, al-Asobah
dan Zu- Arham.
5.4.2 Pensyariatan Pusaka Di Dalam Islam
Pensyariatan pusaka di dalam undang-undang pusaka Islam adalah terkandung di
dalam Al-Quran. Ia dapat dilihat di dalam surah an-Nisa ayat 11, 12, 176 yang
dikenali sebagai al-mawarith. Ketiga-tiga ayat tersebut telah menjelaskan secara
terperinci (yang juga merupakan ayat mufassal) tentang pusaka di dalam Islam
termasuklah ahli waris, bahagian-bahagian mereka, dan sebab perwarisan.
Contohnya firman Allah di dalam ayat 11, 12, 176 surah an-Nisa iaitu:

An-Nisa : 11

Maksudnya:
Allah perintahkan kamu mengenai (pembahagian harta pusaka untuk) anak-anak
kamu, iaitu bahagian seorang anak lelaki menyamai bahagian dua orang anak
perempuan. tetapi jika anak-anak perempuan itu lebih dari dua, maka bahagian
mereka ialah dua pertiga dari harta Yang ditinggalkan oleh si mati. dan jika anak
perempuan itu seorang sahaja, maka bahagiannya ialah satu perdua (separuh)
harta itu. dan bagi ibu bapa (si mati), tiap-tiap seorang dari keduanya: satu perenam
dari harta Yang ditinggalkan oleh si mati, jika si mati itu mempunyai anak. tetapi jika
si mati tidak mempunyai anak, sedang Yang mewarisinya hanyalah kedua ibu
bapanya, maka bahagian ibunya ialah satu pertiga. kalau pula si mati itu mempunyai
beberapa orang saudara (adik-beradik), maka bahagian ibunya ialah satu perenam.
(pembahagian itu) ialah sesudah diselesaikan wasiat Yang telah diwasiatkan oleh si
mati, dan sesudah dibayarkan hutangnya. lbu-bapa kamu dan anak-anak kamu,
kamu tidak mengetahui siapa di antaranya Yang lebih dekat serta banyak
manfaatnya kepada kamu (pembahagian harta pusaka dan penentuan bahagian
masing-masing seperti Yang diterangkan itu ialah) ketetapan dari Allah;
Sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana
:
















Annisa :12

Maksudnya:
Dan bagimu (suami-suami) seperdua dari harta yang ditinggalkan oleh isteriisterimu, jika mereka tidak mempunyai anak. jika Isteri-isterimu itu mempunyai anak,

Maka kamu mendapat seperempat dari harta yang ditinggalkannya sesudah


dipenuhi wasiat yang mereka buat atau (dan) seduah dibayar hutangnya. para isteri
memperoleh seperempat harta yang kamu tinggalkan jika kamu tidak mempunyai
anak. jika kamu mempunyai anak, Maka para isteri memperoleh seperdelapan dari
harta yang kamu tinggalkan sesudah dipenuhi wasiat yang kamu buat atau (dan)
sesudah dibayar hutang-hutangmu. jika seseorang mati, baik laki-laki maupun
perempuan yang tidak meninggalkan ayah dan tidak meninggalkan anak, tetapi
mempunyai seorang saudara laki-laki (seibu saja) atau seorang saudara perempuan
(seibu saja), Maka bagi masing-masing dari kedua jenis saudara itu seperenam
harta. tetapi jika Saudara-saudara seibu itu lebih dari seorang, Maka mereka
bersekutu dalam yang sepertiga itu, sesudah dipenuhi wasiat yang dibuat olehnya
atau sesudah dibayar hutangnya dengan tidak memberi mudharat (kepada ahli
waris) . (Allah menetapkan yang demikian itu sebagai) syari'at yang benar-benar
dari Allah, dan Allah Maha mengetahui lagi Maha Penyantun.
Selain daripada nas-nas Al-Quran di atas, terdapat beberapa hadis
Rasulullah S.A.W yang menerangkan tentang waris-waris dan bahagian masingmasing, antaranya hadis daripada Abdullah Ibnu Masud, Rasulullah S.A.W
bersabda
:


:Maksudnya
Bagi seorang anak perempuan 1/2 , seorang anak perempuan kepada anak lelaki
(cucu perempuan) 1/6 dan baki (asabah) itu untuk seorang saudara perempuan
Hadis yang daripada Abdullah Ibnu Abbas, sabda Rasulullah S.A.W:


Maksudnya:
Berikanlah harta pusaka kepada orang-orang yang berhak, sesudah itu bakinya
adalah untuk waris lelaki yang lebih utama .
Di samping itu juga, ijma ulama saling bersepakat mengenai pensyariatan
pusaka. Jika terdapat masalah pembahagian pusaka yang tidak jelas di dalam AlQuran dan As-sunnah, maka ia akan dapat diselesaikan melalui ijma ulama dan
ijtihad mereka. Contohnya seperti tentang kedudukan saudara-saudara yang
mewarisi bersama datuk. Hal ini tidak dijelaskan di dalam Al-Quran dan As-sunnah.
Oleh itu, kebanyakan sahabat-sahabat dan imam-imam mazhab berpendapat
saudara-saudara itu mendapat pusaka secara muqasamah (bersama-sama
mewarisi) dengan datuk. Ini adalah mengikut pendapat Zaid bin Thabit, Umar Al-

Khattab, Ali bin Abi Talib, dan Ibnu Masud. Pendapat tersebut diikuti oleh Imam
Malik,

Al-AuzaI,

Abu

Yusuf,

As-syafiI,

dan

Ahmad

bin

Hanbal.

Di zaman permulaan Islam sebagaimana yang diceritakan oleh Jabir


Radhiallahu 'anhu, bahawa seorang perempuan Uanda) iaitu isteri kepada Sa'ad bin
Al-Ruba'i, datang kepada Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam mengadukan
perihal dua orang anak perempuannya hasil perkongsiannya dengan Sa'ad.
Perempuan Uanda) ini berkata: "Wahai Rasulullah, dua orang ini adalah anak
perempuan Sa'ad bin Al-Ruba'i, bapa mereka telah mati syahid semasa berperang
bersamamu

wahai

Rasulullah

di

Uhud.

Kemudian bapa saudara mereka berdua telah mengambil harta mereka, dia
tidak memberikannya kepada mereka walau sedikitpun dan kedua mereka ini tidak
akan dapat berkahwin tanpa harta." Maka Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam
bersabda: "Allah akan memberi keputusan hukum mengenainya."Tidak berapa lama
kemudian turunlah ayat 11, surah AI-Nisa' yang telah disebutkan sebahagiannya di
atas.
Setelah itu Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam mengirim utusan kepada
bapa saudara kedua anak perempuan itu untuk memaklumkan pesanan Rasulullah
Shallallahu 'alaihi wasallam yang bermaksud: "Berikan kepada dua anak perempuan
Sa'ad 2/3 dan kepada ibunya 1/8, manakala bakinya untukmu." (Hadis Jabir ini
diriwayatkan oleh ahli hadis yang lima kecuali Nasa'i).
Berdasarkan ayat dan hadis Jabir di atas, adalah wajib membahagikan harta
waris mengikut bahagian yang telah ditetapkan dalam fara'idh dan

cara

inilah yang paling baik bagi mencapai keadilan yang sebenar.Setiap yang wajib itu
akan mendapat pahalajika dilakukan dan mendapat seksa jika ditinggalkan.
Sebagaimana yang telah disebutkan bahawa hukum fara'idh hanya
membicarakan harta pusaka yang ditinggalkan oleh orang yang meninggal, maka
yang dikira sebagai harta pusaka ialah semua harta yang dimilikinya secara sah
sehingga dia meninggal.Sebaik saja dia meninggal, semua harta peninggalannya
sudah dikira sebagai hak milik para ahli warisnya.

Tetapi sebelum menjadi milik ahli waris secara sah dan sempurna, ada lima
perkara yang perlu dilakukan, yakni harta waris akan diproses menerusi hukum
fara'idh melalui cara berikut:
(1) Yang mula sekali perlu (bahkan wajib) diperhatikan ialah tentang kedudukan
harta waris itu sendiri daripada segi hak dan kaitannya dengan perkara-perkara lain
seperti zakat, nazar, kaffarah, haji, gadaian, denda hukum, hutang kepada Allah dan
sebagainya.Dengan demikian, jika zakatnya belum dikeluarkan, maka wajib
dikeluarkan. Jika sebahagiannya juga ada diperuntukkan untuk nazar oleh si mati,
maka wajib ditunaikan.
Jika antara harta itu terdapat gadaian juga wajib ia diasingkan. Jika ada hutang
si mati kepada Allah, maka bayarlah hutang itu. Jika semasa hidupnya sudah wajib
dia menunaikan haji, tetapi dia tidak pergi menunaikannya, maka wajib juga
diasingkan untuk keperluan menghajikannya, begitulah seterusnya.
(2) Setelah cara pertama yang di atas dapat disempurnakan, maka baki harta itu
diperuntukkan pula untuk perbelanjaan perlaksanaan fardhu kifayahnya, seperti
membeli kain kafan dan keperluan pengkebumiannya menurut yang selayaknya.
(3) Kemudian bakinya yang masih ada dikeluarkan untuk melunaskan segala
hutangnya kepada orang lain, iaitu hutang yang sabit mengikut pengakuannya
semasa hidup atau yang sabit melalui bukti-bukti yang diperakui kerana hutang itu
wajib dibayar bagi pihak si mati.
(4) Daripada baki harta itu lagi dibayarkan (diasingkan) pula untuk keperluan
wasiatnya jika ada, iaitu tidak lebih daripada 1/3 (sepertiga) daripada baki harta yang
ada setelah perkara-perkara di atas diselesaikan.
Sekiranya dia mewasiatkan semua atau sebahagian hartanya, maka wasiat ini tidak
diterima, tetapi cukup dikeluarkan 1/3 (sepertiga) sahaja untuk wasiatnya itu.
(5) Baki harta yang masih ada selepas empat perkara di atas dilakukan, maka itulah

dia harta waris yang menjadi milik semua ahli waris yang berhak.Itulah juga harta
yang dimaksudkan di dalam hukum faria'id yang wajib dibahagi-bahagikan kepada
semua ahli waris yang berhak, sesuai dengan kadar bahagian masin masing.
(Nihayah AI-Zain ms.281)
5.4.3 HARTA PUSAKA DAN HAK-HAKNYA
1. Menurut Jumhur Fuqaha , antara jenis harta dan hak-hak yang termasuk di
dalam harta pusaka yang boleh diwarisi ialah :
2. Jenis-jenis harta:
i) Harta yang boleh dialih seperti wang ringgit , kereta, barangbarangan dan sebagainya.
ii) Harta yang tidak boleh dialih seperti rumah, kebun, ladang,
kilang dan sebagainyai .
iii) Harta yang seharusya menjadi hak milik si mati tetapi belum
sempat menerimanya.
Contohnya: seseorang berhutang dengan si mati, tetapi belum membayar
hutang tersebut kepadanya, diyat yang wajib diterima oleh waris si mati
disebabkan berlakunya pembunuhan, secara tersalah

atau sengaja dan

dimaafkan oleh keluarga si mati atau bertukar hukuman qisas kepada


pembayaran.
Harta pusaka terbahagi kepada yang boleh diwarisi dan yang tidak boleh
diwarisi.
a. Harta Pusaka yang boleh diwarisi
Adapun pusaka dan jenis-jenis hak yang boleh diwarisi ialah:
i)

Hak-hak yang berbentuk harta atau hak yang bersangkutan dengan

harta si mati. antaranya:


ii).

Hutang puitang si mati, menjadi tanggungjawab ahli waris untuk

melunaskan
iii)
hak

semua hutang puitang si mati.

Hak pemilikan manfaat bersama(Hak al-Irtiqaq) seperti hak minuman,


lalulintas, dan hak saliran. Oleh itu hak-hak bersama ini boleh diwarisi

kerana fizikalnya berbentuk harta.

iv).

Hak pembayaran diyat kepada mangsa jenayah. Oleh itu, sekiranya

penjenayah tersebut mati, maka hak diyat tersebut perlu dilunaskan warisnya.
v) Hak menahan barang gadaian sehingga hutang gadaian

dilunaskan.

Oleh itu sekiranya pemegang gadai meninggal dunia, sedngkan barang


gadaian itu masih belum ditebus, maka ahli warisnya berhak menahan
barang

tersebut

hinggalah

penggadai

melunaskan

hutangnya

dan

mengambil semula barangnya.

2.

Hak-hak yang bentuk harta, di mana ia bersangkutan dengan kehendak dan


keinginan si mati yang bukan bersifat peribadi, antaranya:
a. i.Hak Khiyar dalam proses jual beli, iaitu khiyar syarat, khiyar rukyah,
khiyar tayiin, dn khiyar aib. Namun menurut mazhab Hanafi, hanya
khiyar aib sahaja boleh diwarisi, kerana kecacatan barangan yang dibeli
boleh

mengurangkan nilai harga barangan yang dibeli dan tidak

menyenangkan ahli waris, bahkan si mati juga menginginkan barangan


tersebut dalam keadaan elok dan sempurna, namun dia meninggal
dalam tempoh khiyar.
b. ii. Hak Syufah. Menurut Jumhur Fuqaha, hak Syufah boleh diwarisi
kerana ia bersangkutan dengan hak tanah, atau rumah yang menjadi
hak milik si mati. Namun bagi Mazhab Hanafi hak Syufah tidak boleh
diwarisi kerana ia bersifat peribadi yang lahir dari diri si mati sendiri.
3.

Benda yang berkaitan dengan hak orang lain sebelum si mati meninggal
dunia.
a. Contohnya si mati telah menggadai sesuatu barang kepada pemegang
gadai dan dikira telah berhutang dengannya, maka barang gadaian
tersebut telah menjadi hak pemegang gadai, ketika si mati masih hidup.
Oleh itu jika si mati meninggal dunia sebelum sempat melunaskan
hutang gadaiannya, maka barang gadaian tersebut adalah hak
pemegang gadai.
b. Mengikut Jumhur Fuqaha, brang gadian tersebut adalah harta pusaka
dan boleh diwarisi setelah ditebus kembali. Berbeza dengan Mazhab
Hanafi yang menyatakan barang tersebut tidak dikira sebagai harta

pusaka kerana menjadi hak milik orang lain sebelum si mati menebus
hutangnya.
4.

Hak untuk mengambil manfaat dari sesuatu

yang telah diwasiatkan

kepada penerima wasiat, tetapi penerima tersebut meninggal dunia,


sebelum wasiat dilaksanakan, maka hak tersebut boleh diwarisi

oleh

warisnya secara Jumhur Fuqaha. Namun bagi Mazhab Hanafi hak


mengambil manfaat tersebut bukan dinamakan harta pusaka. Oleh itu , ia
tidak boleh diwarisi.
6.

Manfaat dari harta benda. Contohnya jika seseorang itu telah menyewa
sebuah rumah, lalu dia meninggal dunia selepas beberapa tahun mendiami
tersebut, maka ahli waris boleh meneruskan sewaan tersebut, bahkan tidak
terbatal sewaannya, kerana mengikut Jumhur Fuqaha. manfaat dikira
sebagai harta. Oleh itu ia termasuk harta yang boleh diwarisi.
a. Harta Pusaka yang tidak boleh diwarisi.
b. Menurut Jumhur Fuqaha terdapat beberapa jenis hak yang tidak boleh
diwarisi, bahkan ia dikira hak individu sahaja. iaitu:

1. Hak yang bukan berbentuk harta seperti hak penjagaan ke atas diri. atau
harta seseorang(wilayah), hak hadhanah ibu terhadap anaknya, hak
perwakilan (wakalah ) dan sebagainya. Oleh itu hak-hak ini tidak boleh
diwarisi sekiranya hak-hak ini bersangkutan dengan si mati ketika dia masih
hidup.
2. Hak berbentuk harta di mana ia bersangkutan sifat peribadi si mati sahaja.
Antaranya:
i.

Hak untuk memulang hibah kepada pemberi hibah.Hak ini hany


lahir dari sifat peribadi si mati, maka ia tidak boleh diwarisi, bahkan
akan hibah tersebut akan terbatal dengan kematian si mati.

c. ii.Hak untuk mengguna manfaat dari harta benda yang dimiliki


seseorang seperti menaiki kenderaan seseorang, menggunakan tanah

orang lain untuk tanaman atau menumpang bilik seseorang untuk


didiami. Oleh itu hak-hak seperrti ini tidak boleh diwarisi. jika
penggunanya mati.
d. iii.Hak menangguhkan bayaran hutang. Orang yang berhutang
mempunyai hak untuk menangguhkan atau melewatkan pembayaran
hutangnya dan dikira sebagai hak peribadinya. Kerana mengambil kira
kesempitan hidup yang dialaminya . dan hubungannya dengan pemberi
hutang. Oleh itu jika orang yang memberi hutang itu mati, maka hak
melewatkan pembayaran hutang itu tidak boleh diwarisi oleh waisnya,
bahkan hutang tersebut perlu dilunaskan dengan segera dari harta
peninggalan si mati.
e. Setelah seseorang itu jelas dan diyakini kematiannya, maka harta
pusakanya tidak boleh dibahagikan atau diagih-agihkan kepada ahli
warisnyikan dahulu sebelum diselesaikan terlebih dahulu hak-hak yang
bersangkutan dengan harta pusaka si mati Oleh itu, terdapat empat hak
harta pusaka yang perlu disempurnakan mengikut tertibnya, iaitu :
Pertama : Hak untuk mengurus segala perbelanjaan pengurusan
jenazah si mati
Kedua

: Hak untuk melunaskan dan melangsaikan segala hutang

puitang si mati.
Ketiga

: Hak untuk melaksanakan segala wasiat yang diberikan oleh

si mati sebelum kematiannya.


Keempat : Hak untuk membahagi dan mengagihkan harta pusaka si
mati

kepada ahli waris yang berhak menerimanya.

5.4.4 PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA


Sebelum harta pusaka dibahagikan kepada ahli waris , beberapa perkara di
bawah perlu diambil kira , iaitu :
PERTAMA : RUKUN HARTA PUSAKA
a. Al-muwarrits, iaitu orang yang telah mati dan meninggalkan harta yang berlalih
kepada orang yang masih hidup.
b. Al-mawruts, iaitu harta yang beralih dari orang yang mati kepada yang masih
hidup yang disebut harta warisan.
c. Al-warits, iaitu orang yang berhak menerima harta yang ditinggaIkan oleh yang
mati tersebut yang disebut ahli warits

KEDUA : SYARAT PUSAKA .


a. Pewaris
Pewaris adalah orang yang telah mati dan meninggalkan harta warisan untuk
diwariskan. Untuk dapatnya harta tersebut diwarisi, pewaris itu disyaratkan betul
telah jelas kematianya, atau terdapat yang boleh membuktikan kematiannya
a. Harta Warisan
Yang dimaksud dengan harta warisan adalah harta peningalan orang yang telah
mati yang secara hukum syara' telah berhak dan sah beralih kepada ahli
warisnya. Harta peninggalan itu berhak untuk diwarisi bila telah memenuhi
Syarat-syarat berikut :i.

Harta tersebut adalah milik dari pewaris secara sempurna dalam arti dia
tuan punya dan juga memiliki manfaatnya.

ii.

Harta tersebut telah murni dan terlepas dari terkaitnya hak orang lain di
dalamnya. Untuk maksud memurnikan dan melepaskan keterkaitannya
dengan hakorang lain di dalamnya, ada beberapa kewajipan yang
berkenaan dengan harta tersebut iaitu :

- Biaya penyelenggaraan jenazah pewaris wajib ditanggung oleh ahli waris.


-

Hutang-hutang yang belum dilunasi pewaris sewaktu hidupnya, baik


hutang kepada Allah dalam bentuk kewajipan agama dalam bentuk harta
seperti zakat; atau hutang kepada sesama manusia. Sebagaimaa Allah
menjelaskan dalam surat al-Nisa' ayat 11:

(pembagian yang demikian) adalah setelah mengeluarkan wasiat yang


diwasiatkan dan hutang..
iii.

Wasiat-wasiat yang telah dilakukan oleh pewaris semasa hidupnya dalam


batas yang tidak melebihi sepertiga dari harta yang tinggal setelah biaya
jenaz hutang-hutangnya.

b. Ahli Waris

Ahli waris adalah orang yang berhak menerima harta warisan dari pewaris.
Untuk berhaknya dia menerima harta warisan itu disyaratkan dia masih hidup saat
terjadinya kematian pewaris. Antara yang dapat menerima harta pusaka ialah:
Pembahagian Ahli Waris
Dilihat dari kewujudannnya, Pembahagian ahli waris terbagi kepada:a. Ahli waris nasabiyah, yaitu ahli waris yang hubungan kekeluargaannya
terjadi karena hubungan darah
b. Ahli waris sababiyah, yaitu hubungan kewarisan yang terjadi karena suatu
sebab tertentu, iaitu:
i. Perkawinan yang sah
ii. Memerdekakan hamba sahaya atau karena adanya perjanjian tolong
menolong .
Apabila dilihat dari segi bahagian-bahagian yang diterima mereka, ahli
waris dapat dibahagikan menjadi :

a. Ahli waris ashab al-furudh, yaitu ahli waris yang menerima bagian yang besar
b.

kecilnya telah ditentukan dalam al-Qur'an, seperti 1/2, 1/3 atau 1/6.
Ahli waris ashabah, yaitu ahli waris yang bagian yang diterimanya adalah

sisa setelah harta warisan dibagikan kepada ahli waris ashab al-furudh.
c. Ahli waris Zawi al-arham, yaitu ahli waris yang sesungguhnya memiliki
hubungan darah, akan tetapi menurut ketentuan al-Qur'an, tidak berhak
menerima bagian warisan.
Adapun macam-macam ahli waris ashabah ada tiga macam, iaitu:
a. Asabah bi nafsih (ABN), iaitu ahli waris yang karena kedudukan dirinya
sendiri berhak menerima asabah. Ahli waris ini kelompok ini semuanya lelaki,
b.

kecuali mutiqah (orang perempuan yang memerdekakan hamba sahaya).


Asabah bi al-ghair (ABG), iaitu ahli waris yang menerima bahagian sisa
karena bersama-sama dengannya adaahli waris lain yang telah menerima
bagian sisa. Apabila ahli waris penerima sisa tidak ada, maka ia tetap

c.

menerima bagian tertentu (furud al-muqaddarah).


Asabah maa al-ghair (AMG), iaitu ahli waris yang menerima bagian sisa
karena bersama-sama dengan ahli waris lain yang tidak menerima bagian
sisa. Apabila ahli waris lain tidak ada, maka ia menerima bagian tertentu (alfurud al-muqaddarah).
Ahli Waris Yang Terhijab terdiri daripada bahagian-bahagian berikut:-

a. Hijab nuqsan, iaitu menghalangi yang menyebabkannya, mengurangi bagian


ahli waris yang mahjub, seperti seorang suami, yang seharusnya menerima
bagian , karena bersama anak baik itu laki-laki maupun perempuan,
bagiannya berkurangan menjadi . Ibu yang sedianya menerima bagian 1/3,
karena

bersama

dengan

anak,

atau

saudara

dua

orang

atau

lebih,bterkurangan bahagiannya menjadi 1/6.


b. Hijab Hirman, iaitu menghalangi secara . Akibatnya hak-hak ahli waris yang
tertutup sama sekali dengan adanya ahli waris yang menghalangi. Misalnya,
saudara perempuan sekandung yang pada mulanya berhak menerima bagian
, tetapi karena bersama anak laki-laki, tiada mendapat apa-apa bahagian
sama sekali .

Al-Furud Al-Muqaddarah yang terdapat di dalam al-Quran :


Bagian yang telah ditentukan secara rinci di dalam Al Quran ada 6 yaitu :
Setengah/separuh (1/2 = al-nisf)
Sepertiga

(1/3 = al-sulus)

Seperempat

(1/4 = al-rubu)

Seperenam

(1/6 = al-sudus)

Seperdelapan

(1/8 = al-sumun)

Dua pertiga

(2/3 = al-sulusain)

Berikut ini ialah Bahagian pembagian pusaka dalam Islam :


Apabila pewaris tidak meninggalkan


keturunan

Apabila pewaris ada meninggalkan


keturunan

Apabila pewaris tidak meninggalkan


keturunan.

1/8

Apabila pewaris ada meninggalkan


keturunan

Suami

Isteri

Bapa

1/6

Apabila pewaris ada meninggalkan


keturunan laki-laki

1/6 + Sisa

Apabila pewaris ada meninggalkan


keturunan perempuan

Ashabah

Apabila pewaris tidak meninggalkan


keturunan
Apabila pewaris tidak meninggalkan
keturunan

1/3
4

Apabila pewaris hanya mempunyai 1


orang saudara/saudari

Ibu

Apabila pewaris ada keturunan


1/6

Apabila pewaris mempunyai lebih dari


1 orang saudara/saudari

Anak
Perempuan

Apabila tunggal

2/3

2 orang atau lebih

Ashabah

Apabila bersama anak laki-laki


Anak Laki-laki pewaris

Terhijab oleh

Cucu
Perempuan

2 orang atau lebih anak perempuan


pewaris

Apabila tunggal

2/3

2 orang atau lebih

1/6

Apabila bersama 1 orang anak


perempuan pewaris

Ashabah

Apabila bersama cucu laki-laki


Keturunan pewaris laki-laki

Terhijab oleh
Bapak pewaris

Saudara
perempuan
seibu sebapa

Apabila tunggal

2/3

2 orang atau lebih

Ashabah/ "ABG"

Apabila bersama dengan saudara seibu

Ashabah/"AMG"

Apabila bersama dengan keturunan


pewaris perempuan (anak perempuan
atau cucu perempuan)

Keturunan pewaris laki-laki


Bapak pewaris
Saudara sebapak seibu
Terhijab oleh

Saudara
Perempuan
Sebapa

adik beradik
lelaki dan
perempuan
seibu

Saudari sebapak seibu yang


kedudukannya sebagai "ashabah
(AMG)" bersama keturunan pewaris
perempuan
2 orang orang atau lebih saudari
sebapak seibu

Apabila tunggal

2/3

2 orang atau lebih

1/6

Apabila bersama 1 orang saudari


sebapak seibu

Ashabah/"ABG"

Apabila bersama dengan saudara


sebapak

Ashabah/"AMG"

Apabila bersama dengan keturunan


pewaris perempuan (anak perempuan
atau cucu pewaris)

Terhijab oleh

Keturunan pewaris
Bapak, kakek pewaris

1/6

Apabila tunggal (laki-laki atau


perempuan)

1/3

Lebih dari 1 orang (laki-laki dan


perempuan dibagi sama rata)

10

Terhijab oleh

Bapak

1/6

Apabila pewaris ada meninggalkan


keturunan laki-laki

1/6 + Sisa

Apabila pewaris ada meninggalkan


keturunan perempuan

Ashabah

Apabila pewaris tidak meninggalkan


keturunan

Terhijab oleh

Bapak dan ibu

Terhijab oleh

Ibu

1/6

Sendiri atau lebih (dibagi sama)

Datuk

Nenek dari bapa


11
Nenek dari ibu

Harta Pusaka juga boleh terhalang daripada dibahagikan kepada ahli waris di
atas sekiranya terdapat beberapa halangan syarak. Halangan kewarisan tersebut
adalah sebagai berikut:
a. Halangan disebabkan berbezaa agama
Iaitu apabila orang yang mati beragama Islam dan yang berhak menjadi ahli warisnya
hanyalah orang yang beragama Islam juga. orang bukan Islam tidak berhak untuk
mewarisi harta tersebut . Hal ini dijelaskan dalam hadits Nabi dari Usamah bin Zaid
menurut riwayat yang muttafaq` alaih :
Orang Islam tidak dapatt mewarisi orang kafir dan orang kafir tidak daptat mewarisi
orang islam.
b.Halangan karena pembunuhan
Iaitu seseorang yang membunuh orang yang berhubungan kewarisan dengannya tidak
berhak mewarisi orang yang dibunuhnya itu. Sebaigaimana sabda Nabi dari 'Amru bin
Syueb menurut riwayat al-Nasaei dan Daroquthniy :
Si pembunuh (terhadap pewaris) tidak berhak sama sekali menerima warisan (dari
yang dibunuhnya)

5.4.5 PRINSIP PEMBAHAGIAN PUSAKA DALAM ISLAM


Pembahagian pusaka dalam Islam mempunyai prinsip keadilannya
tersendiri. Antaranya

yang

Keadilan terhadap anak lelaki.


Keadilan terhadap waris-waris perempuan.
Keadilan terhadap dua ibubapa.
Keadilan terhadap suami atau isteri.
Keadilan terhadap waris terdekat.
Keadilan terhadap datuk dan nenek.
Keadilan terhadap janin dalam kandungan.
Keadilan terhadap khunsa.
Keadilan terhadap al-mafqud
Dari sisi yang lain kita melihat bahawa pembahagian harta pusaka dalam
Islam adalah berasaskan asas-asas di bawah ini, iaitu:
Al-Wasatiyyah
Al-Tawazun
Al-Adalah
Al-Ijbar
Perwarisan di kalangan waris terdekat
Penetapan bahagian untuk ahli waris
Ahli waris yang syumul
Hak wanita dan kanak-kanak
Keutamaan kaum kerabat yang lebih hampir
Berlebih kurang kadar antara waris
Bersifat tetap/thabat
5.4.6 Rumusan

Sebagai kesimpulannya, Ilmu Faraid ialah suatu kaedah dalam pembahagian harta
pusaka yang merupakan satu ilmu yang sangat penting dalam Islam. Hari ini
penguasaan ilmu ini sangat terhad di kalangan umat Islam. Hal ini yang
menyebabkan timbulnya banyak masalah timbul ketika pembahagian harta pusaka
di kalangan umat Islam.

PERMASALAHAN DALAM MENYELESAIKAN PUSAKA DI MALAYSIA


Firman Allah S.W.T.:

Maksudnya:
Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan
kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah
kamu semua akan dikembalikan.
(Surah al-Anbiya 21 : 35)
a) Setiap yang hidup akan mati. Begitulah kesudahan hidup manusia di dunia
sebagaimana yang telah ditakdirkan oleh Allah. Apabila jenazah si mati selamat
dikebumikan, tanggungjawab waris-waris seterusnya ialah:
b)

Membahagikan harta peninggalan si mati kepada waris-waris yang berhak

dengan syarat terlebih dahulu.


c)

Menyelesaikan bayaran urusan pengebumian

d)

Menjelaskan hutang-hutang si mati.

e)

Menunaikan wasiatnya jika ada.


Segerakan pembahagian pusaka kerana apabila seseorang itu meninggal

dunia, secara automatik harta kepunyaan si mati berpindah hak kepada waris-waris.
Barang siapa yang mengambil atau memakan harta-harta pusaka tersebut tanpa
persetujuan semua waris yang berhak, mereka boleh terjerumus kepada

penguasaan harta secara haram atau batil, termakan harta anak yatim dan
sebagainya .
Justeru, uruskan harta pusaka dengan sebaik mungkin dan segerakan
pembahagian kepada waris-waris yang berhak berpandukan kepada hukum Faraid.
Tentukan siapakah pemilik sebenar harta pusaka tersebut dan tentukan hak masingmasing.
Mengapa berlakunya kelewatan pembahagian harta pusaka di Malaysia :
1. Salah tanggapan
Terdapat di kalangan masyarakat masih berpegang kepada ungkapan berdosa jika
terlalu awal membahagikan harta pusaka ketika tanah kubur masih merah.

Ini

tanggapan salah. Tiada nas atau dalil. Hanya perbualan dikedai kopi Sepatutnya
segerakan pembahagian kerana selepas kematian, harta si mati menjadi hak waris.
Sayidina Umar r.a. pernah memadamkan pelita seorang sahabatnya yang
meninggal dunia kerana dikhuatiri minyak pelita tersebut habis digunakan tanpa
mendapat persetujuan waris.
2. Menjaga adat
Bimbang untuk bersuara, takut dikatakan tamak / hendakkkan harta. Justeru harta
dibiarkan tanpa pengurusan. Hal ini menyebabkan kelewatan dalam pembahagian
harta pusaka. Sikap seperti ini perlu diubah. Semua patut berfikiran positif.
Menuntut pusaka bukanlah bermakna seseorang itu mempunyai sifat
tomak dan haluba. Akan tetapi ia adalah untuk menuntut hak yang disyariatkan
dalam agama.. Menunaikan tanggungjawab terhadap

agama adalah lebih patut

diutamakan. Kelewatan pembahagian akan menimbulkan fitnah kepada keluarga


dan agama Islam. Dalam adat-adat tertentu

terdapat penafian hak kepada ahli

waris dengan meninggalkan hukum pusaka Islam dan digantikan dengan hukum
adat .Hinggakan wanita diberikan nisbah yang lebih berbanding lelaki..
3. Tiada pengetahuan

Ilmu berkaitan pengurusan dan pembahagian harta pusaka makin diabaikan. Tidak
hairanlah jika kita lihat dewasa ini jika berlaku kematian dan waris perlu melakukan
pembahagian harta pusaka, tidak ramai yang berkebolehan dalam urusan
pembahagian pusaka. Ianya menimbulkan kesukaran

untuk membuat rujukan /

khidmat nasihat.Waris tidak tahu apa yang hendak dilakukan


4. Sikap tidak prihatin
Dengan menganggap penyelesaian pusaka suatu yang remeh temeh, ramai yang
tidak mengambil berat untuk menyelesaikannya. Tidak mengambil peduli tentang
harta pusaka dantidak memberikan kerjasama ketika ada pihak yang berusaha
untuk menyelesaikanya.
Ada juga yang membiarkan harta beku / terbiar / terbengkalai sehingga
ada sesuatu yang menguntungkan seperti berhajat untuk menjualnya, menggadai
atau terlibat dengan pengambilan tanah oleh kerajaan.

5. Menaruh harapan kepada anak sulung


Anak sulung lelaki sewajarnya menggantikan tempat orang tua. Oleh itu sepatutnya
bertanggungjawab

ke

atas

adik-adik

dan

berusaha

menyelesaikan

pusaka.Terkadang anak sulung tidak tahu apa yang patut dilakukan sedangkan
Adik beradik yang takut bersuara, manakala anak sulung tidak cuba mengadakan
perbincangan atau meminta adik-adik menguruskan pembahagian.
Sebenarnya sesiapa juga di kalangan waris boleh menguruskan pembahagian tetapi
adat menghormati anak sulung lebih diutamakan.
6. Tidak mahu harta berpindah kepada orang lain.
Ada yang selesa mendudukki / memilikki / mengusahakan tanah si mati. Sekiranya
dibahagikan, takut kalau waris lain menuntut hak masing-masing. Oleh itu lebih baik
dibiarkan sahaja dengan nama si mati. Ketika waris-waris lain berdiam diri, elok tidak
dibahagi untuk menjaga hubungan mesra di kalangan waris.

Sekiranya tidak mendapat persetujuan semua waris, bermakna seseorang


itu mendudukki, memilikki atau mengusahakan harta pusaka secara batil. Hukumnya
berdosa.
7. Wujud pertelingkahan di kalangan waris
Pusaka tidak diselesaikan kerana waris-waris bertelingkah sesama sendiri samada
sebelum kematian atau selepas kematian. Bagaimana hendak mengadakan
perbincangan sekiranya tidak dapat bersua muka?
8. Tiada persefahaman
Masing-masing dengan pendapat dan kemahuan sendiri. Tiada tolak ansur.
Pentingkan diri. Terdapat kalangan ahli keluarga yang tamak, ingin membolot harta
pusaka untuk diri sendiri. Hal ini menyebabkan timbulnya kelewatan dalam
pembahagian harta pusaka.
Cadangan Penyelesaian Pembahagian Harta Pusaka di Malaysia.
Masalah pembahagian harta pusaka

boleh dielakkan dengan si mati

sebelum kematiannya, menamakan satu badan yang boleh menyelia dan


mengelola pembahagian harta pusaka yang ditinggalkannya. Di Malaysia terdapat
beberapa badan yang boleh diyakini sebagai pemegang amanah kepada harta
pusaka seperi Amanah Raya dan As-Solehen Trusty
Selain itu untuk mengelakkan

persengkatan dikalangan ahli waris si mati

sebelum kematiannya boleh menhibahkan hartanya. Para waris tidak lagi boleh
memprotes pembahagian yang dilakukan, Hal ini pembahagian tersebut dibuat atas
kerelaan si mati semasa hidupnya.
Tahniah, kerana anda telah berjaya menamatkan pembelajaran unit
ini dengan jayanya!
.

TUGASAN
Soalan latihan.:
1. Sebutkan pengertian ilmu Faraid ?
2: Nyatakan Harta Faraid yang boleh diwarisi dan yang tidak
boleh diwarisi ?

Anda mungkin juga menyukai