Anda di halaman 1dari 50

KURSUS ASAS

SEMBELIHAN HALAL
TARIKH : 29 / 10 / 2022
TEMPAT: MASJID AR-RAHMAN, KG SUNGAI APONG

AHLAN WASAHLAN WA MARHABAN


BIKUM…

SELAMAT DATANG
SEMBELIHAN DALAM
ISLAM
PERKONGSIAN ILMU DAN MAKLUMAT

OLEH:

USTAZ ABDUL RAZAK BIN BAKRI


BIODATA
 NAMA : ABDUL RAZAK BIN BAKRI
 UMUR : 48 TAHUN
 ISTERI : ZULAH BT MOHAMED KARIM
 ANAK : 3 PASANG (3 LELAKI 3 PEREMPUAN)
 KELULUSAN : IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN
ISLAM
 PEKERJAAN : GURU PENOLONG KANAN
PENTADBIRAN
 TEMPAT BERTUGAS : SK SERI MAWAR, SG AIR
TAWAR
 IMAM 3 @ SETIAUSAHA MASJID AR-RAHMAN
 PENYEMBELIH (JEMPUTAN) DI PUSAT SEMBELIHAN
VERTERINAR DAERAH SABAK BERNAM.
SEMBELIHAN…..?

APA?
MENGAPA?
BAGAIMANA?
APAKAH YANG DIMAKSUDKAN
DENGAN SEMBELIHAN?
Pengertian Penyembelihan

 Penyembelihan dari segi bahasa bererti


potong atau belah bagi menghilangkan
nyawa binatang.

 Dari segi syara‘ bermaksud menghilangkan


nyawa binatang yang halal dimakan dengan
menggunakan alat yang tajam selain dari
kuku, gigi, dan tulang untuk membolehkan
haiwan itu halal dimakan oleh orang Islam.
HUKUM PENYEMBELIHAN

 Hukumnya wajib dilakukan ke atas


sesuatu haiwan itu untuk
membolehkan ia halal dimakan.

 Haiwanyang tidak disembelih


mengikut hukum Islam diistilahkan
sebagai bangkai dan najis.
Firman Allah subhanahu wata‘ala:

Maksudnya:
“Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak
disembelih), dan darah (yang keluar mengalir), dan daging babi (termasuk
semuanya), dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain daripada
Allah, dan yang mati tercekik, dan yang mati dipukul, dan yang mati jatuh dari
tempat yang tinggi, dan yang mati ditanduk, dan yang mati dimakan binatang
buas, kecuali yang sempat kamu sembelih (sebelum habis nyawanya)”
 (Surah Al-Ma’idah 5:3)
 DALIL PENSYARI‘ATAN PENYEMBELIHAN

Firman Allah subhanahu wata‘ala:

Maksudnya:
“Maka makanlah dari (sembelihan binatang-
binatang halal) yang disebut nama Allah ketika
menyembelihnya, jika betul kamu beriman
kepada ayat-ayatNya.”
(Surah Al-An‘am, 6:118)
Sabda Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam yang bermaksud:

 “Sesungguhnya Allah mewajibkan


untuk berbuat baik terhadap sesuatu.
Oleh kerana itu, jika kamu membunuh,
perbaikkanlah cara membunuhnya,
apabila kamu menyembelih maka
perelokkanlah cara penyembelihannya
serta tajamkanlah pisaunya dan
mudahkanlah penyembelihannya itu.”
(Riwayat Muslim)
RUKUN PENYEMBELIHAN

1.Penyembelih
2.Binatang Yang Disembelih
3.Alat Penyembelihan:
4.Penyembelihan
(perbuatan menyembelih)
RUKUN PERTAMA
Penyembelih

 a) Islam sama ada lelaki atau perempuan


atau kanak-kanak yang mumayyiz.
 b) Ahli kitab, samada Yahudi atau

Nasrani.
 c) Berakal dan berfikiran waras.
 d) Tidak melakukan penyembelihan di

dalam ihram haji (bagi binatang buruan).


RUKUN KEDUA
Binatang Yang Disembelih

 Binatang yang halal itu segala


jenis binatang yang baik dan
tidak mendatangkan mudharat
kepada orang yang
memakannya seperti ayam,
itik, lembu dan sebagainya.
Binatang yang tidak halal dimakan
dibahagikan kepada dua kumpulan:
 A)       Haiwan darat. Semua haiwan darat dihalalkan
untuk orang Islam, kecuali seperti berikut:
 Babi dan keturunannya.
 Anjing.
 Haiwan halal yang tidak disembelih mengikut hukum

syara‘
 Haiwan yang bertaring dan menggunakannya untuk

mencakar dan membunuh iaitu haiwan-haiwan buas


seperti harimau, beruang, gajah dan seumpamanya
 Burung yang mempunyai kuku pencakar atau

memakan secara menyambar seperti burung helang,


gagak, dan sebagainya.
Sambungan …..
 Haiwan-haiwan yang diperintah oleh Islam
membunuhnya, iaitu seperti tikus, lipan, lipas,
kala jengking, dan seumpamanya
 Haiwan yang dilarang oleh Islam membunuhnya,
iaitu seperti semut dan lebah.
 Haiwan-haiwan yang dipandang jijik oleh umum,
seperti kutu, lalat, ulat, dan seumpamanya.
 Haiwan yang hidup dua alam, iaitu di air dan di
darat seperti katak, buaya, kura-kura, dan
sebagainya.
Sambungan…
 B)       Haiwan Laut.
 Pada hakikatnya, semua haiwan laut hanya hidup

dalam air sahaja dan adalah halal bagi orang


Islam, kecuali:
 Semua jenis haiwan laut yang mengandungi

racun.
 Semua jenis haiwan laut yang boleh memabukkan

jika dimakan; dan


 semua jenis haiwan laut yang boleh

mendatangkan kemudharatan atau bahaya


kepada kesihatan manusia.
RUKUN KETIGA
Alat Penyembelihan

 Alat penyembelihan yang hendak


digunakan mestilah tajam, boleh
melukakan, dan mengalirkan darah
binatang tersebut. Contohnya seperti
pisau, parang, dan sebagainya.
 Alat tersebut tidak boleh diperbuat

daripada gigi, tulang, atau kuku.


RUKUN KEEMPAT
Penyembelihan (perbuatan menyembelih)
 Disyaratkan penyembelihan itu:
 (i) Memotong seluruh halqum (saluran nafas) dan seluruh mari`
(saluran makanan dan minuman).
 (ii) Niat untuk menyembelih ketika melakukan penyembelihan. Jika
seseorang memegang pisau di tangannya dan terlepas pisau itu
daripada tangannya, lalu terkena leher binatang dan terputus seluruh
halqum dan mari`nya, tidaklah dikira sebagai penyembelihan, kerana
tidak ada niat untuk melakukan penyembelihan, maka tidak halal
memakan daging binatang tersebut.
 (iii) Hendaklah binatang itu mati semata-mata disebabkan oleh
penyembelihan (tidak dilakukan satu perbuatan lain yang boleh
membawa maut kepada binatang itu ketika disembelih).
 Apabila telah cukup segala rukun-rukun dan syarat-syarat
penyembelihan yang tersebut, maka halal binatang itu kecuali
sembelihan yang dimaksudkan kepada selain Allah atau disebutkan
sewaktu menyembelihnya selain nama Allah, walaupun sembelihan itu
mencukupi segala rukun-rukun dan syarat-syarat yang telah
disebutkan. Klik disini
Bahagian Yang Disembelih:
 Sembelihan yang sah hendaklah memutuskan halqum (
saluran pernafasan) dan merih (saluran makanan dan
minuman) dan memutuskan vena jagular dan arteri karotid.

 Hukum memutuskan halkum dan merih adalah wajib


manakala memutuskan vena jagular dan arteri karotid
adalah sunat.

 Bagi haiwan yang tidak dapat disembelih pada leher kerana


sesuatu sebab seperti haiwan buruan, maka adalah
dibolehkan penyembelihan pada mana-mana bahagian
anggotanya. Ini adalah untuk mematikannya dengan syarat
niat menyembelih.
SYARAT SAH PENYEMBELIHAN

 Penyembelihan dilakukan oleh orang Islam atau ahli


kitab.
 Dilakukan dengan niat menyembelih kerana Allah.
 Binatang itu masih hidup ketika disembelih.
 Binatang itu adalah halal dimakan.
 Menggunakan alat yang tajam selain dari kuku, gigi
dan tulang.
 Putus halqum dan urat merih dengan sebab
penyembelihan.
 Mati dengan sekali sembelihan sahaja.
 Tidak dilakukan penyembelihan kerana selain dari
Allah.
Doa Sembelih Haiwan Korban untuk
diri sendiri
PERKARA SUNAT SEMASA PENYEMBELIHAN

 Membaca basmalah.
 Menghadap binatang tersebut ke arah

qiblat.
 Membaca salawat ke atas Nabi.
 Memutuskan dua urat dari kiri dan kanan

supaya cepat mati.


 Menggunakan pisau yang tajam.
 Binatang itu dibaringkan di atas rusuk kiri.
 Melakukan penyembelihan dengan segera.
PERKARA MAKRUH SEMASA PENYEMBELIHAN

 Mengasah pisau di hadapan binatang


yang hendak disembelih.
 Menyembelih hingga terputus kepala.

 Penyembelihan dilakukan tidaK


menghadap ke arah kiblat.
 Mabuk, Gila, kanak-kanak yang

belum mumaiyiz
HIKMAH PENYEMBELIHAN

1.Untuk menunjukkan perbezaan yang nyata antara cara orang


Islam dan cara orang kafir dalam soal mematikan haiwan.
2.Untuk menunjukkan perbezaan daging yang halal dimakan dan
yang haram dimakan oleh orang Islam.
3.Untuk memastikan haiwan tersebut tidak mengalami kesakitan
yang terseksa ketika disembelih kecuali dalam masa yang
singkat.
4.Agar darah dari dalam haiwan berkenaan dapat mengalir dengan
cepat. Ini seterusnya dapat mengelakkan daripada jangkitan
kuman yang mungkin ada dalam darah haiwan tersebut.
5.Sebagai meminta keizinan dari Allah subhanahu wata‘ala kerana
haiwan dan manusia adalah makhluk Allah subhanahu wata‘ala
yang bernyawa.
 
Terdapat 10 perkara atau bahagian organ-organ
binatang yang telah disembelih dengan sempurna
tetapi HARAM dimakan, iaitu:-

1.   Darahnya.
2.   Najis dan kotorannya.
3.   Lendir-lendir selain darah dan najis.
4.   Bagi yang jantan: zakar, buah zakar dan semua organ-organ
kelaminnya.
5.   Bagi yang betina: faraj yang luar, salur faraj dan semua organ-
organ kelaminnya.
6.   Duburnya.
7.   Pundi-pundi kencingnya.
8.   Hempedunya (termasuk sarung dan isinya).
9.   Kulit ari yang nipis di bawah kulit.
10. Kulit yang berpenyakit.
BONUS….!

PETUA – PETUA
MENYEMBELIH
BINATANG…
Petua ini diamalkan oleh Tuan Guru
Hj Hashim Hafizohullah Mudir Pondok Pasir Tumboh*
Petua Menyembelih Binatang

 1. Supaya daging tidak berlemak:

- Ada wudhu’ ketika sembelih binatang.


- Mata pisau disapu terlebih dahulu dengan
minyak yang ada dibahagian hidung kita.
- Hulu pisau dibungkus dengan kertas atau
sebagainya.
- Mata pisau dikilir atau digerakkan dengan
belakang tapak tangan.
LAGI…
 2.Supaya daging binatang menjadi
lembut :
- Mata pisau diletak dekat butir
halkum binatang.
- Kedudukan seluruh badan kita
jangan berbetulan dengan mata pisau.
- Tahan nafas sewaktu hendak
sembelih dan semasa sembelih maka
nafas dilepas secara perlahan-lahan.
‫…‪LAGI‬‬
‫‪‬‬ ‫‪3. Bacaan ketika mahu sembelih binatang‬‬
‫‪supaya daging tidak berbau busuk :‬‬

‫حيم ‪‬‬
‫ِ‬ ‫س ِم هَّللا ِ ال َّر ْح ٰ َم ِن‬
‫ال َّر ِ‬ ‫بِ ْ‬
‫هللاُ َأ ْكبَ ُر هللاُ َأ ْكبَ ُر هللاُ َأ ْكبَ ُر َوهَّلِل ِ َ ْ‬
‫الحم ُد ‪‬‬

‫اللّ ُه َّم َه َذا ِم ْن َك َوِإلَ ْي َك فَتَقَبَّ ْل ِمنَّا َك َما‬


‫تَقَبَّ ْلتَه ُ ‪‬‬

‫سيِّ ِدنَا ُم َح َّم ٍد َعبِ ْي ِد َ‬


‫ك‪‬‬ ‫سيِّ ِدنَا ِإ ْب َرا ِه ْي َم َخلِ ْيلِ َك َو ِمنْ َ‬‫ِمنْ َ‬
‫الجنَّةَ ‪‬‬
‫ضا َك َو َ‬ ‫سَألُ َك ِر َ‬ ‫س ْولِ َك اللّ ُه َّم ِإنِّي َأ ْ‬ ‫َو َر ُ‬
PETUA LAGI…
4. Selesai sembelih binatang
maka sapukan hujung mata
pisau kepada pipi binatang
tadi supaya lalat tidak
datang menghurungi
daging.
LAGI…. DAN LAGI….
 5.
Baca ayat ini supaya
mencukup atau memadai
daging bagi setiap jamuan :

 ‫حيم‬
ِ ِ ‫ال َّر‬ ‫س ِم هَّللا ِ ال َّر ْح ٰ َم ِن‬ْ ِ‫ب‬
 ‫ف‬ ِّ ‫ش ِإيالَفِ ِه ْم ِر ْحلَةَ ال‬
َّ ‫شتَا ِء َوال‬
ِ ِ ‫ص ْي‬ ٍ ‫ف قُ َر ْي‬
ِ َ‫ِإل ْيال‬
LAGI-LAGI PETUA….!
 6.Hembus dan sapu kepada
badan binatang bermula bahu
hingga punggungnya.

 7.Jangan basuh tangan dan mata


pisau sehingga binatang
sembelihan benar-benar telah
mati.
PANTANG LARANG!!!!
*Di antara pantang larang :
Sebaiknya tukang sembelih
tidak menjadi orang yang
memandikan mayat kerana
biasanya boleh membawa
kepada daging menjadi
keras.
BINATANG SEMBELIHAN

KEMBALI…
BINATANG SEMBELIHAN

KEMBALI…
ALAT SEMBELIHAN

teruskan
PISAU LAPAH

KEMBALI…
PERBUATAN MENYEMBELIH
PERBUATAN MENYEMBELIH
PERBUATAN MENYEMBELIH
PERBUATAN MENYEMBELIH

KEMBALI…
GOTONG ROYONG MELAPAH
Jangan jadi begini…!!!

Kembali…
PENCERAMAH
TIDAK BERUPAYA
MENGUBAH ANDA
DALAM CERAMAH
PENDEK INI. HANYA
ANDA YANG MAMPU
MENGUBAH DIRI
ANDA SENDIRI!

Anda mungkin juga menyukai