Anda di halaman 1dari 19

BAB 10

SAF 120 ASAS FIQH

BAB 10: QURBAN DAN AQIQAH

Penyembelihan

Pengertian Penyembelihan
Penyembelihan dari segi bahasa bererti potong atau belah bagi menghilangkan
nyawa binatang.
Dari segi syarabermaksud menghilangkan nyawa binatang yang halal dimakan
dengan menggunakan alat yang tajam selain dari kuku, gigi, dan tulang untuk
membolehkan haiwan itu halal dimakan oleh orang Islam.

Sabda Rasulullah sallallahu alayhi wasallam :

Maksudnya:
Sembelihan adalah di antara pangkal dagu dan pangkal leher
(Riwayat Ibnu Abbas)

CATATAN:
SAF 120 ASAS FIQH

HUKUM PENYEMBELIHAN
Hukumnya wajib dilakukan ke atas sesuatu haiwan itu untuk membolehkan ia halal
dimakan.
Haiwan yang tidak disembelih mengikut hukum Islam diistilahkan sebagai bangkai
dan najis.
Firman Allah subhanahu wataala:

Maksudnya:
Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih), dan darah
(yang keluar mengalir), dan daging babi (termasuk semuanya), dan binatang-binatang yang
disembelih kerana yang lain daripada Allah, dan yang mati tercekik, dan yang mati dipukul,
dan yang mati jatuh dari tempat yang tinggi, dan yang mati ditanduk, dan yang mati dimakan
binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih (sebelum habis nyawanya) (Surah Al-
Maidah 5:3)

DALIL PENSYARIATAN PENYEMBELIHAN

Firman Allah subhanahu wataala:

Maksudnya:
Maka makanlah dari (sembelihan binatang-binatang halal) yang disebut nama Allah ketika
menyembelihnya, jika betul kamu beriman kepada ayat-ayatNya.
(Surah Al-Anam, 6:118)

Sabda Rasulullah sallallahu alayhi wasallam yang bermaksud:


Sesungguhnya Allah mewajibkan untuk berbuat baik terhadap sesuatu. Oleh kerana itu, jika
kamu membunuh, perbaikkanlah cara membunuhnya, apabila kamu menyembelih maka
perelokkanlah cara penyembelihannya serta tajamkanlah pisaunya dan mudahkanlah
penyembelihannya itu. (Riwayat Muslim)

CATATAN:
SAF 120 ASAS FIQH

RUKUN PENYEMBELIHAN

Penyembelih:
a) Islam sama ada lelaki atau perempuan atau kanak-kanak yang mumayyiz.
b) Ahli kitab, samada Yahudi atau Nasrani.
c) Berakal dan berfikiran waras.
d) Tidak melakukan penyembelihan di dalam ihram haji (bagi binatang buruan).

Binatang Yang Disembelih:


Binatang yang halal itu segala jenis binatang yang baik dan tidak mendatangkan mudharat
kepada orang yang memakannya seperti ayam, itik, lembu dan sebagainya. Binatang yang
tidak halal dimakan dibahagikan kepada dua kumpulan:
a) Haiwan darat. Semua haiwan darat dihalalkan untuk orang Islam, kecuali seperti
berikut:
Babi dan keturunannya.
Anjing.
Haiwan halal yang tidak disembelih mengikut hukum syara
Haiwan yang bertaring dan menggunakannya untuk mencakar dan membunuh iaitu
haiwan-haiwan buas seperti harimau, beruang, gajah dan seumpamanya
Burung yang mempunyai kuku pencakar atau memakan secara menyambar seperti
burung helang, gagak, dan sebagainya.
Haiwan-haiwan yang diperintah oleh Islam membunuhnya, iaitu seperti tikus, lipan,
lipas, kala jengking, dan seumpamanya
Haiwan yang dilarang oleh Islam membunuhnya, iaitu seperti semut dan lebah.
Haiwan-haiwan yang dipandang jijik oleh umum, seperti kutu, lalat, ulat, dan
seumpamanya.
Haiwan yang hidup dua alam, iaitu di air dan di darat seperti katak, buaya, kura-kura,
dan sebagainya.

b) Haiwan Laut. Pada hakikatnya, semua haiwan laut hanya hidup dalam air sahaja dan
adalah halal bagi orang Islam, kecuali:
Semua jenis haiwan laut yang mengandungi racun.
Semua jenis haiwan laut yang boleh memabukkan jika dimakan; dan semua jenis
CATATAN:
SAF 120 ASAS FIQH

haiwan laut yang boleh mendatangkan kemudharatan atau bahaya kepada kesihatan
manusia.

Alat Penyembelihan:
Alat penyembelihan yang hendak digunakan mestilah tajam, boleh melukakan, dan
mengalirkan darah binatang tersebut. Contohnya seperti pisau, parang, dan
sebagainya.
Alat tersebut mestilah tidak boleh diperbuat daripadaa gigi, tulang, atau kuku.

Bahagian Yang Disembelih:


Sembelihan yang sah hendaklah memutuskan halqum (saluran pernafasan) dan mari
(saluran makanan dan minuman) dan memutuskan vena jagular dan arteri karotid. Hukum
memutuskan halkum dan mari adalah wajib manakala memutuskan vena jagular dan arteri
karotid adalah sunat.
Bagi haiwan yang tidak dapat disembelih pada leher kerana sesuatu sebab seperti haiwan
buruan, maka adalah dibolehkan penyembelihan pada mana-mana bahagian anggotanya.
Ini adalah untuk mematikannya dengan syarat niat menyembelih.

SYARAT SAH PENYEMBELIHAN


Syarat sah penyembelihan adalah seperti berikut:
Penyembelihan dilakukan oleh orang Islam atau ahli kitab.
Dilakukan dengan niat menyembelih kerana Allah.
Binatang itu masih hidup ketika disembelih.
Binatang itu adalah halal dimakan.
Menggunakan alat yang tajam selain dari kuku, gigi dan tulang.
Putus halqum dan urat mari dengan sebab penyembelihan.
Mati dengan sekali sembelihan sahaja.
Tidak dilakukan penyembelihan kerana selain dari Allah.
Tidak dilakukan dalam ihram (binatang buruan darat).
Tambahan: Sejajar dengan perkembangan semasa penyembelihan bagi tujuan komersil
mesti dilakukan oleh orang yang mendapat sijil tauliah penyembelihan dari Jabatan Agama
Islam Negeri.

CATATAN:
SAF 120 ASAS FIQH

PERKARA SUNAT SEMASA PENYEMBELIHAN


Membaca basmalah.
Menghadap binatang tersebut ke arah qiblat.
Membaca salawat ke atas Nabi.
Memutuskan dua urat dari kiri dan kanan supaya cepat mati.
Menggunakan pisau yang tajam.
Binatang itu dibaringkan di atas rusuk kiri.
Melakukan penyembelihan dengan segera.

PERKARA MAKRUH SEMASA PENYEMBELIHAN


Mengasah pisau di hadapan binatang yang hendak disembelih.
Menyembelih hingga terputus kepala.
Penyembelihan dilakukan oleh orang perempuan.
HIKMAH PENYEMBELIHAN

Penyembelihan diwajibkan ke atas setiap haiwan yang halal dimakan oleh orang Islam untuk
memastikan sumber yang dimakan dapat memberikan kesan positif pada diri seseorang
muslim itu dari segi mental, fizikal, sikap, atau perwatakan, dan sebagainya.

Sesuatu yang bersumberkan yang haram, buruk dan najis lazimnya akan menghasilkan
sesuatu keburukan yang lain pula. Selain itu, penyembelihan juga dapat memberikan
banyak kebaikan dan hikmat. Antaranya adalah seperti berikut:
Untuk menunjukkan perbezaan yang nyata antara cara orang Islam dan cara orang
kafir dalam soal mematikan haiwan.
Untuk menunjukkan perbezaan daging yang halal dimakan dan yang haram dimakan
oleh orang Islam.
Untuk memastikan haiwan tersebut tidak mengalami kesakitan yang terseksa ketika
disembelih kecuali dalam masa yang singkat.
Agar darah dari dalam haiwan berkenaan dapat mengalir dengan cepat. Ini
seterusnya dapat mengelakkan daripada jangkitan kuman yang mungkin ada dalam
darah haiwan tersebut.
Sebagai meminta keizinan dari Allah subhanahu wataala kerana haiwan dan
manusia adalah makhluk Allah subhanahu wataala yang bernyawa.
CATATAN:
SAF 120 ASAS FIQH

QURBAN

PENGERTIAN QURBAN
1. Dari segi bahasa, qurban bermaksud sesuatu yang dikorbankan kerana Allah
subhanahu wataala.
2. Dari sudut syara, qurban bermaksud menyembelih binatang yang tertentu pada
masa-masa yang tertentu dengan niat mendekatkan diri kepada Allah subhanahu
wataala.

PENSYARIATAN DAN HIKMAHNYA

Qurban telah disyariatkan pada tahun kedua hijrah sama seperti ibadah zakat dan
sembahyang Hari Raya.

Firman Allah subhanahu wataala:


} {

Maksudnya:
Maka kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu dan sembelihlah qurban (sebagai tanda
syukur) (Surah Al-Kauthar 108:2)

Hikmah disyariatkan qurban ialah sebagai tanda bersyukur kepada Allah subhanahu
wataala di atas segala nikmatNya yang berbagai dan juga di atas kekalnya manusia
dari tahun ke tahun.
Ia juga bertujuan menjadi kifarah bagi pelakunya, sama ada disebabkan kesilapan-
kesilapan yang telah dilakukan ataupun dengan sebab kecuaiannya dalam
menunaikan kewajipan di samping memberikan kelegaan kepada keluarga orang
yang berqurban dan juga mereka yang lain.
Qurban tidak memadai dengan menghulurkan nilai harganya, berbeza dengan
ibadah zakat fitrah yang bermaksud memenuhi keperluan golongan fakir, Imam
Ahmad dikatakan menyebut amalan menyembelih qurban adalah lebih afdhal
daripada bersedekah dengan nilai harganya.

CATATAN:
SAF 120 ASAS FIQH

HUKUM MELAKUKAN QURBAN

Hukum melakukan qurban ialah sunnah muakkadah bagi sesiapa yang mampu
melakukannya.

Sabda Nabi Muhammad sallallahu alayhi wasallam yang bermaksud:


Aku diperintahkan agar menyembelih qurban dan ia sunat bagi kamu
(Riwayat Tirmizi)

PEMBAHAGIAN IBADAH QURBAN


Terdapat dua jenis qurban iaitu qurban wajib dan qurban sunat.

Qurban Wajib

Qurban Nazar.

Contohnya apabila seseorang menyebut, Kerana Allah wajib ke atasku berqurban seekor
kambing atau seekor unta ini ataupun dengan menyebut, Aku jadikan kambing ini sebagai
qurban
Sama sahaja hukumnya dalam hal sama ada yang menyebutnya itu seorang yang kaya
ataupun seorang fakir.

Binatang yang dibelikan untuk tujuan qurban oleh seorang fakir. Apabila seorang fakir
membeli seekor kambing dengan niat untuk diqurbankan, maka ia menjadi wajib. Ini kerana
membeli dengan tujuan berqurban oleh seseorang yang tidak wajib melakukannya dikira
wajib kerana perbuatan ini dikira sebagai satu nazar.

Qurban Sunat
Qurban sunat ialah qurban yang dilakukan oleh seseorang yang berkemampuan
melakukannya sama ada miskin ataupun yang bermusafir, yang tidak berniat nazar atau
membeli dengan tujuan qurban.

CATATAN:
SAF 120 ASAS FIQH

SYARAT-SYARAT QURBAN

Syarat qurban dapat dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu:


1. Syarat Wajib/Sunat Qurban.
2. Syarat Sah Qurban.
3. Syarat Mereka Yang Dituntut Berqurban.

Syarat Wajib/Sunat Qurban


1. Untuk dijadikan ibadah qurban wajib ataupun sunat adalah disyaratkan dia mampu
melaksanakannya.
2. Orang yang dianggap mampu ialah mereka yang mempunyai harga untuk binatang
qurban yang lebih daripada keperluannya dan keperluan mereka yang di bawah
tanggungannya untuk hari raya dan harihari tasyrik kerana inilah tempoh masa bagi
melakukan qurban tersebut.
3. Kedudukannya sama seperti dalam masalah zakat fitrah, mereka mensyaratkan ia
hendaklah merupakan yang lebih daripada keperluan seseorang juga keperluan mereka
yang di bawah tanggungannya pada hari raya puasa dan juga malamnya sahaja.

Syarat Sah Qurban

1. Hendaklah binatang yang diqurbankan itu tidak mempunyai sebarang kecacatan


yang menyebabkan kekurangan kuantiti dagingnya ataupun menyebabkan kemudharatan
terhadap kesihatan. Contohnya cacat yang teruk pada salah satu matanya, berpenyakit
yang teruk, tempang atau kurus yang melampau.
2. Hendaklah qurban itu dalam masa yang tertentu iaitu selepas sembahyang Hari
Raya Haji pada 10 Zulhijjah hingga sebelum terbenam matahari pada akhir Hari Tasyrik iaitu
pada 13 Zulhijjah.
3. Hendaklah disembelih oleh orang Islam.
4. Orang yang berkongsi mengorbankan unta atau lembu tidak lebih dari tujuh orang di
mana masingmasing menyumbang 1/7 bahagian.

CATATAN:
SAF 120 ASAS FIQH

Syarat Mereka Yang Dituntut Berqurban


o Islam.
o Merdeka.
o Aqil Baligh.
o Bermukim atau Musafir.
o Berkemampuan.

WAKTU PELAKSANAAN IBADAH QURBAN

Waktu bagi menyembelih qurban bermula setelah selesai sembahyang Hari Raya dan
bacaan khutbahnya iaitu setelah naik matahari sekadar segalah. Masanya berterusan siang
dan malam sehingga Hari Tasyrik yang akhir iaitu sebelum terbenam matahari pada hari
tersebut. Ini berdasarkan hadis Nabi yang diriwayat oleh Al-Barra bin Azib :
Perkara pertama yang kita mulakan pada hari ini ialah bersembahyang, kemudian kita balik
dan melakukan penyembelihan qurban. Sesiapa yang melakukan demikian maka dia telah
menepati sunnah kami. Sesiapa yang menyembelih sebelum itu, maka ia merupakan daging
yang disediakan untuk ahli keluarganya. Ia tidak dikira sebagai ibadah khas (qurban) ini
sedikit pun.

BINATANG QURBAN
Perbincangan tentang binatang qurban ini meliputi empat perkara :
1. Jenis binatang yang diqurban.
2. Umur binatang qurban.
3. Kadar binatang yang disembelih.
4. Sifatsifat binatang qurban.
5.
1. Jenis Binatang Yang Diqurban
Para ulama sependapat bahawa ibadah qurban tidak sah kecuali dengan menggunakan
binatang anam, iaitu binatang jinak yang berkaki empat seperti unta, lembu dan kerbau,
kambing biribiri dan semua yang termasuk dalam jenisnya, sama ada jantan atau betina.
Oleh itu, tidak sah berqurban dengan menggunakan binatang yang lain daripada binatang
anam ini seperti kerbau liar dan kijang.

CATATAN:
SAF 120 ASAS FIQH

Firman Allah subhanahu wataala:

{ }

Maksudnya:
Dan bagi tiap-tiap satu umat, Kami syariatkan ibadah menyembelih qurban (atau lain-
lainnya) supaya mereka menyebut nama Allah sebagai bersyukur akan pengurniaanNya
kepada mereka: binatang-binatang ternak yang disembelih itu.
(Surah Al-Hajj 22:34)

Tidak terdapat sebarang dalil sama ada yang dinaqalkan daripada Rasulullah sallallahu
alayhi wasallam atau sahabat yang menunjukkan mereka berqurban dengan binatang
selain daripada binatang-binatang ternakan (anam) ini. Oleh kerana qurban merupakan satu
ibadah yang dikaitkan dengan binatang, maka ia hanya ditentukan kepada binatang anam
sahaja sama seperti ibadah zakat.

Adapun binatang yang lebih afdhal diqurban ialah unta diikuti dengan lembu kemudian biri-
biri atau kibasy kemudian kambing. Ini memandangkan kuantiti dagingnya yang lebih
banyak bagi maksud pengagihan yang lebih meluas untuk fakir miskin.

Nabi sallallahu alayhi wasallam juga telah bersabda yang bermaksud:

Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat dengan mandi junub, kemudian dia pergi (ke
Jumaat) maka dia seolah-olah telah berqurban seekor unta. Sesiapa yang pergi pada saat
kedua maka dia seolah-olahnya berqurban dengan seekor lembu. Sesiapa yang pergi pada
saat ketiga maka dia seolah-olah berqurban dengan seekor kibasy yang bertanduk.

CATATAN:
SAF 120 ASAS FIQH

2. Umur Binatang Qurban


Umur binatang yang hendak diqurbankan berbeza-beza mengikut jenis binatang iaitu:

1. Unta disyaratkan telah berumur 5 tahun dan masuk ke umur 6 tahun.


2. Kambing dan lembu disyaratkan telah berumur 2 tahun dan masuk ke umur 3
tahun.
3. Kibasy disyaratkan telah memasuki umur 2 tahun.
4. Bagi anak unta, lembu, kambing dan kibasy yang telah berumur 2 tahun lebih
(yang telah bersalin gigi) harus dijadikan qurban.

3. Kadar Binatang Yang Disembelih

Para fuqaha bersepakat mengatakan bahawa seekor kambing atau kibasy hanya
mencukupi sebagai qurban untuk seorang sahaja. Seekor unta atau lembu pula mencukupi
untuk menjadi qurban bagi tujuh orang. Ini berdasarkan hadith Jabir:
Kami berqurban bersama Rasulullah sallallahu alayhi wasallam semasa di Hudaybiyah
dengan seekor unta atau seekor lembu untuk tujuh orang.

Dalam riwayat Muslim pula menyebut :


Kami keluar bersama Rasulullah sallallahu alayhi wasallam dan kami berniat Haji. Maka
Rasulullah sallallahu alayhi wasallam telah memerintahkan kami supaya berkongsi
mengurbankan seekor unta atau seekor lembu. Setiap tujuh orang berkongsi seekor unta.

4. SifatSifat Binatang Qurban


Sifatsifat binatang qurban sama ada betina atau jantan yang digariskan oleh syara adalah
seperti berikut:
o Terang penglihatannya iaitu tidak buta.
o Tidak cacat seperti kudung kaki, putus ekornya, terpotong hidungnya atau
sebagainya.
o Gemuk, tidak harus pada binatang yang terlalu kurus.
o Ciri-ciri yang afdhal terdapat pada binatang qurban itu:
o Gemuk pada keseluruhan anggotanya.
CATATAN:
SAF 120 ASAS FIQH

o Bertanduk.
o Putih warna bulunya (pada kibasy).
o Jantan.

Sifat yang makruh pada binatang qurban:


o Rabit telinganya.
o Terpotong sedikit bahagian belakang atau depan telinganya.
o Tidak mempunyai tanduk sejak asalnya.
o Patah tanduk sebelah atau keduanya atau pecah bahagian tanduknya.
o Tanggal sebahagian giginya disebabkan tua atau jatuh.
o Kabur penglihatannya.

PERKARA SUNAT KETIKA BERQURBAN

1. Sunat menambat binatang yang hendak diqurbankan itu beberapa hari sebelum
disembelih.
2. Digantung tanda pada binatang yang hendak diqurbankan.
3. Dibawa dengan baik dan ihsan ketika ke tempat penyembelihan.
4. Disunatkan juga orang yang berqurban menyembelihnya.
5. Sunat dihadapkan ke arah qiblat ketika menyembelih qurban.
6. Sunat memilih binatang yang paling gemuk, terelok dan terbesar untuk dijadikan
qurban.
7. Sunat digunakan alat yang paling tajam dan diperbuat daripada besi.
8. Setelah selesai disembelih maka sunat ditunggu sehingga binatang yang disembelih
itu sejuk dan semua anggota tidak bergerak lagi.
9. Sunat bagi mereka yang mahu melakukan qurban tidak bercukur dan tidak
memotong kukunya setelah tiba bulan Zulhijjah sehingga telah selesai berqurban.
10. Binatang qurban sunat dibaringkan di atas rusuk kiri sebelum dilakukan
penyembelihan.
11. Sunat ketika sembelihan qurban dilakukan adalah seperti berikut:
o Membaca basmalah.
o Bersalawat ke atas Nabi Muhammad.
o Binatang diarahkan ke arah qiblat.
CATATAN:
SAF 120 ASAS FIQH

o Bertakbir sebelum atau selepas membaca basmalah.


o Berdoa.

12. Orang yang berqurban hendaklah membaca doa seperti berikut : Ya Allah, ini
adalah nikmat yang datang dariMu dan dengannya aku mohon untuk dapat
mendampingiMu.
13. Sunat wakil yang melakukan sembelihan menyebutkan orang yang mewakilkannya
seperti :Dengan nama Allah dan Engkau Yang Maha Besar, ini daripadaMu dan
untukMu. Terimalah Ya Allah daripada si pulan, si pulan.....

PERKARA MAKRUH KETIKA BERQURBAN

Berlaku kasar kepada binatang yang hendak diqurbankan seperti mengheret atau
memukul semasa membawa ke tempat sembelihan atau seumpamanya.
Memerah susu atau menggunting bulu atau mengambil sebarang faedah dari
binatang yang hendak dijadikan qurban.
Tidak menghadapkan ke arah qiblat semasa sembelihan dilakukan.
Bercukur atau memotong kuku setelah tiba bulan Zulhijjah hingga penyembelihan
qurban selesai dijalankan.
Binatang yang telah dibeli untuk tujuan qurban adalah makruh dijual kerana ia telah
ditentukan untuk qurban.

HUKUM DAGING QURBAN

Qurban yang wajib iaitu yang dinazarkan ataupun yang ditentukan sama ada dengan
menyebut, Ini adalah qurban, maka orang yang berqurban tidak boleh
memakannya. Dia wajib menyedekahkan semuanya sekali.
Anak kepada binatang qurban yang ditentukan juga, perlu disembelih seperti ibunya,
tetapi bezanya ia boleh dimakan kesemuanya oleh tuan yang mengurbankannya
kerana disamakan dengan hukum susu, kerana tuannya harus meminum susu
binatang qurban yang selebih daripada anaknya walaupun perbuatan itu makruh.
Bagi qurban sunat, maka tuannya sunat memakannya, iaitu yang afdhalnya dia
hendaklah memakannya beberapa suap sebagai mengambil berkat.
CATATAN:
SAF 120 ASAS FIQH

Ini bersesuaian dengan firman Allah subhanahu wataala:

{

}
Maksudnya: Dengan yang demikian makanlah kamu dari (daging) binatang-binatang
qurban itu dan berilah makan kepada orang yang susah, yang fakir miskin.
(Surah Al-Hajj: 28)

Hadith yang diriwayatkan oleh Al-Bayhaqi pula ada menyebut bahawa Rasulullah
sallallahu alayhi wasallam telah memakan sebahagian daripada hati binatang
qurbannya. Hukum memakan daging qurban pula tidak wajib, ini berdasarkan firman
Allah subhanahu wataala:

}
{

Maksudnya:
Dan Kami jadikan unta (yang dihadiahkan kepada fakir miskin Makkah itu)
sebahagian dari syiar agama Allah untuk kamu; pada menyembelih unta yang
tersebut ada kebaikan bagi kamu. (Surah Al-Hajj, 22:36)

Dalam ayat ini Allah menjelaskan bahawa ia dijadikan untuk kita. Setiap perkara
yang dijadikan untuk manusia, maka dia diberi pilihan sama ada mahu memakannya
atau tidak.

Orang yang berqurban juga boleh menjamu kepada kalangan yang kaya, tetapi tidak
boleh diberi milik kepada mereka. Yang boleh cuma dihantar kepada mereka
sebagai hadiah yang mana mereka tidak akan menjualnya atau sebagainya.

Mengikut pendapat dalam qawl jadid, orang yang berqurban boleh memakan
sebahagian daripada qurbannya. Mengikut qawl qadim pula harus memakan
sebanyak separuh, manakala bakinya hendaklah disedekahkan.

Sebahagian ulama berpendapat daging qurban dibahagikan kepada tiga bahagian


iaitu 1/3 daging disedekahkan dalam keadaan mentah, 1/3 daging dimasak dan

CATATAN:
SAF 120 ASAS FIQH

dibuat jamuan dan 1/3 daging dimakan oleh orang yang berqurban.

Pendapat yang asah pula, adalah wajib bersedekah dengan sebahagian daripada
daging qurban walaupun sedikit kepada orang Islam yang fakir walaupun seorang.
Walaubagaimanapun, yang lebih afdhal hendaklah disedekahkan kesemuanya
kecuali memakannya beberapa suap untuk mengambil keberkatan seperti yang telah
dijelaskan.

Bagi qurban sunat pula, orang yang berqurban boleh sama ada bersedekah dengan
kulit binatang tersebut atau menggunakan sendiri, seperti mana dia harus mengambil
faedah daripada binatang itu semasa hidupnya. Tetapi bersedekah adalah lebih
afdhal. Bagi qurban yang wajib pula, kulit binatang itu wajib disedekahkan.

Qurban juga tidak harus dibawa keluar dari negeri asalnya sebagaimana yang
ditetapkan dalam masalah membawa keluar zakat.

AQIQAH

PENGERTIAN AQIQAH

Aqiqah ialah sembelihan binatang anam yang dilakukan kerana menyambut kanak-kanak
yang baru dilahirkan sebagai tanda kesyukuran kepada Allah subhanahu wataala.

HUKUM MELAKUKAN AQIQAH

Hukum melakukan aqiqah ialah sunnah muakkadah bagi orang yang menanggung sara
hidup kanak-kanak tersebut. Jika anak itu lelaki disunatkan menyembelih dua ekor kambing,
manakala jika anak itu perempuan disunatkan menyembelih seekor kambing. Binatang
seperti lembu, kerbau atau unta boleh dibahagikan kepada tujuh bahagian.

CATATAN:
SAF 120 ASAS FIQH

WAKTU PELAKSANAAN AQIQAH

Waktu melakukan aqiqah adalah dari hari kelahiran kanak-kanak itu sehinggalah ia baligh.
Masa yang paling afdhal untuk melakukan aqiqah adalah pada hari ketujuh kelahiran
kanak-kanak tersebut.

Sabda Rasullullah SAW:

. ,

Maksudnya: "Setiap bayi itu tergadai dengan aqiqahnya. Disembelih untuknya pada hari
ketujuh dan dicukur kepalanya dan diberi nama." (Riwayat Abu Daud)

SYARAT AQIQAH

Berniat aqiqah ketika menyembelih.


Hendaklah binatang tersebut tidak ada cacat yang boleh mengurangkan dagingnya
serta sampai umur.

PERKARA SUNAT SEMASA AQIQAH

Berdoa semasa hendak menyembelih:



... (sebut nama anak)
Maksudnya:
"Dengan nama Allah, Allah Maha Besar. Ya Allah, binatang ini daripada-Mu dan
kembali kepada-Mu, ini aqiqah".

Menyembelih ketika matahari sedang naik.


Daging aqiqah dimasak terlebih dahulu sebelum disedekahkan.
Tidak mematah-matahkan tulang-tulang daripada binatang aqiqah, hanya mencerai-
ceraikan sendi-sendinya.

CATATAN:
SAF 120 ASAS FIQH

Menyedekahkan daging aqiqah kepada fakir miskin.


Memasak daging aqiqah dengan cara gulai manis untuk dihidangkan kepada
tetamu.

PERKARA YANG PERLU DILAKUKAN KETIKA MENYAMBUT KELAHIRAN ANAK

Mengazankan di telinga sebelah kanan anak yang baru lahir.


Membaca iqamah di telinga sebelah kirinya.
Membaca doa di kedua-dua belah telinganya, contohnya membaca surah Al-Ikhlas.
Menyapu lelangit kanak-kanak tersebut dengan benda-benda yang manis seperti
buah tamar atau pisang.
Menamakan kanak-kanak tersebut dengan nama-nama yang baik pada hari ketujuh
kelahirannya.
Mengadakan jamuan dan doa kesyukuran sempena kelahirannya.
Mencukur rambut kanak-kanak tersebut selepas menyembelih aqiqah untuknya.
Memberi sedekah emas atau perak seberat rambut kanak-kanak yang dicukur itu
atau wang yang sama nilai dengan emas atau perak tersebut.
Menyedekahkan daging aqiqah kepada fakir miskin.

HIKMAH AQIQAH

Aqiqah mengandungi beberapa hikmah, antaranya:

Sebagai tanda kesyukuran kita kepada Allah kerana telah mengurniakan anak.
Untuk mengisytiharkan kepada masyarakat umum tentang anugerah yang
dikurniakan oleh Allah.
Untuk memulakan kehidupan anak dengan perkara-perkara kebaikan.
Mengeratkan hubungan silaturrahim antara ahli-ahli masyarakat dengan keluarga
yang dikurniakan anak.
Melahirkan rasa kegembiraan kerana mendapat zuriat yang menepati sunnah
Rasulullah.

CATATAN:
SAF 120 ASAS FIQH

PERBEZAAN ANTARA AQIQAH DAN QURBAN.

Terdapat beberapa perbezaan antara aqiqah dengan qurban:

Aqiqah tidak terikat pada masa tertentu, sedangkan qurban dilakukan pada masa-
masa tertentu, iaitu selepas sembahyang dan khutbah Hari Raya Aidil Adha hingga
13 Zulhijjah.
Daging aqiqah boleh diberi milik kepada orang kaya manakala daging qurban hanya
boleh diberi kepada fakir miskin.
Aqiqah dilakukan sempena menyambut kelahiran anak sebagai tanda kesyukuran
kepada Allah, manakala qurban dilakukan kerana memperingati peristiwa
pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya, Ismail.
Daging qurban sunat disedekahkan secara mentah, sedangkan daging aqiqah sunat
disedekahkan setelah dimasak.

CATATAN:

Anda mungkin juga menyukai