Anda di halaman 1dari 14

STQ422 PENGAJARAN AL-QURAN

BAB 1 PENGENALAN ULUM AL-QURAN

PENGERTIAN ULUM AL-QURAN


Ulum : perkataan ulum ( )merupakan lafaz jamak daripada perkataan ilm ().
Al Quran : Pengertian al-Quran pula ditakrifkan sebagai Kalamullah yang bermukjizat yang
diturunkan kepada Nabi Muhammad melalui Malaikat Jibril dalam bahasa arab, diriwayatkan
secara mutawatir dan membacanya dikira sebagai ibadah, bermula dari surah Al-Fatihah
dan berakhir dengan Surah An-Nas.
Ulum Al-Quran adalah segala ilmu yang berkaitan dengan al-Quran. Ilmu yang mengkaji
tentang Al-Quran dan perkara yang berkaitan dengannya seperti sejarah penurunan,
penulisan dan pengumpulan, asbab nuzul, Al-Makki Wal-Madani, Nasikh Mansukh,
peringkat-peringkatnya, kemukjizatannya,perumpamaan-perumpamaan, tertib surah dan
sebagainya.
Perbahasan yang berkaitan dengan Ulum al-Quran secara umumnya meliputi bidang-bidang
berikut iaitu:
1. Ilmu Tafsir dan Tawil

8. Ilmu Nuzul al-Quran

2. Ilmu Irab al-Quran

9. Ilmu Gharib al-Quran

3. Ilmu Qiraat

10. Ilmu Amthal al-Quran

4. Ilmu Nasakh dan Mansukh

11. Ilmu Majaz al-Quran

5. Ilmu Sebab Nuzul

12. Ilmu Abat Muhkamat dan

6. Ilmu Makki dan Madani


7. Ilmu Fadail al-Quran

Mutasyabihat
13. Ilmu Jadal al-Quran
14. Ilmu Aqsam al-Quran

CATATAN:

STQ422 PENGAJARAN AL-QURAN

Menurut Zarqani ulum al quran bemaksud ilmu yang berkenaan dengan Ilmu-ilmu yang
mempelajari

tentang

Al-Quran

itu

sendiri,

sama

ada

dari

segi

penurunannya,

pengumpulannya, pembukuannya, pembacaannya, pentafsirannya, Ijaznya, nasikh dan


mansukhnya dan semua perkara yang berkaitan dengan Al-Quran.
Imam Al-Suyuti pula menegaskan bahawa ulum al quran ialah Suatu bidang dan
ruang lingkup ilmu yang membicarakan tentang al-Quran dari segi penurunannya,
sanadnya, adabnya, maknanya, lafaznya dan lain-lain yang berkaitan dengannya.
Kesimpulannya, ulum al quran merupakan tarkib idhafi ( ) yang boleh
diertikan sebagai sekumpulan ilmu yang berkaitan dengan al quran. Perkataan ilmu
menjadi jamak kepada perkataan ulum kerana ilmu yang berkaitan dengan al quran meliputi
banyak skop. Contohnya ilmu tafsir, ilmu qiraat, ilmu Rasm Uthmani, ilmu ikjaz, ilmu asbab
nuzul, ilmu nasikh mansukh dan sebagainya.

NAMA-NAMA AL-QURAN
AL-QURAN (untuk nabi Muhammad SAW dan umatnya) adalah satu daripada empat kitab
yang mengumpulkan kalamullah. Ia adalah kitab utama dari empat kitab yang wajib
dipercayai yang mana percayakan kitab itu pula merupakan satu daripada rukun iman yang
enam.
Tiga lagi kitab adalah Zabur (untuk nabi dan umat Nabi Daud a.s.), Taurat (untuk nabi dan
umat Musa a.s.) dan Injil (untuk nabi dan umat Isa a.s.).
Jika Nabi Muhammad SAW adalah penghulu bagi sekalian para anbia, maka al-Quran pula
bolehlah dilabelkan sebagai penghulu bagi segala kitab.
Selain namanya al-Quran yang bermaksud 'bacaan' bagi himpunan Kalalamullah, ada
beberapa nama lagi bagi al-Quran yang mana nama al-Quran itu terkandung dalam surah
al-Israk: 88, al-Baqarah: 85, al-Hijr: 87, Thooha: 2, an-Naml: 6, Ahqaaf: 21 dan ad-Dahr: 23.

CATATAN:

STQ422 PENGAJARAN AL-QURAN

Antara nama-nama selain al-Quran ialah:


1. Al-Kitab
Bermaksud buku atau kitab. Firman Allah dalam Surah al-Baqarah ayat ke-2:



Maksudnya: Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang
datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi
orang-orang yang (hendak) bertakwa;

2. Al-Furqan
Bermaksud pembeza. Membezakan perkara yang benar dan salah dengan jelas.
Firman Allah dalam surah al-Furqan ayat 1:




Maksudnya: Maha berkat Tuhan yang menurunkan Al-Furqaan kepada hambaNya
(Muhammad), untuk menjadi peringatan dan amaran bagi seluruh penduduk alam.

3. Az-Zikru
Bermaksud peringatan. Al-Quran merupakan kitab yang memberi peringatan kepada
manusia. Firman Allah dalam surah al-Hijr ayat 9:



Maksudnya: Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran, dan Kamilah yang
memelihara dan menjaganya.

CATATAN:

STQ422 PENGAJARAN AL-QURAN

4. Al-Huda
Bermaksud petunjuk. Al-Quran adalah kitab yang memberi petunjuk kepada seluruh
manusia. Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 185:






Maksudnya: (Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang
padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi
keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan
antara yang benar dengan yang salah.
5. Al-Bayyinah
Bermaksud keterangan. Terdapat ayat-ayat al-Quran yang menjadi keterangan atau
bukti. Firman Allah dalam Surah al-Bayyinah ayat 1:

Maksudnya: Orang-orang yang kafir dari golongan Ahli Kitab dan orang-orang
musyrik tidak akan meninggalkan (agama) mereka sampai datang kepada mereka
bukti yang nyata.

6. As-Syifa
Bermaksud ubat atau penyembuh. Al-Quran merupakan ubat dan penyembuh.
Firman Allah dalam surah Yunus ayat 57:

CATATAN:

STQ422 PENGAJARAN AL-QURAN

Maksudnya: Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu AlQuran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan yang menjadi
penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu, dan juga
menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orangorang yang beriman.
7. Al-Mauizah
Bermaksud nasihat atau pengajaran. Al-Quran disebut juga Al Muizah kerana ia
mengandungi pengajaran atau nasihat.Firman Allah dalam surah Yunus ayat 57:

Maksudnya: Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu AlQuran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan yang menjadi
penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu, dan juga
menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orangorang yang beriman.
8. Al-Hikmah
Bermaksud kebijaksanaan. Al-Quran disebut juga Al-Hikmah kerana segala yang
terkandung di dalamnya adalah kebijaksanaan. Firman Allah dalam surah al-Isra
ayat 39:




Maksudnya: Perintah yang demikian itu ialah sebahagian dari hikmat yang telah
diwahyukan kepadamu (wahai Muhammad) oleh Tuhanmu.
Untuk umat Nabi Muhammad SAW, hanya al-Quran yang boleh dijadikan rujukan mutlak di
samping hadis Rasulullah SAW. Tiada lagi kitab selepas al-Quran.
CATATAN:

STQ422 PENGAJARAN AL-QURAN

Umat Nabi Muhammad SAW tidak boleh merujuk kepada Zabur, Taurat atau Injil untuk
mendapat hukum hakam.
Demikianlah betapa tingginya darjat dan martabat al-Quran. Setiap huruf yang dibaca akan
diganjari 10 kebajikan pada bulan biasa dan jumlahnya akan bertokok berganda-ganda
pada bulan puasa.
Allah SWt mengikrarkan akan memelihara al-Quran sebagaimana firman-Nya bermaksud:
Sesungguhnya Kami telah menurunkan al-Quran, dan sesungguhnya Kami tetap
memeliharanya. (al-Hijr: 9)
Al-Quran mengandungi hal-hal yang berhubungan dengan keimanan, ilmu pengetahuan,
sirah, falsafah, peraturan-peraturan yang mengatur tingkah laku sebagai makhluk individu
atau pun sebagai makhluk sosial, juga tentang kebahagiaan di dunia dan di akhirat.
Dengan kata lain apa yang menjadi keperluan manusia di dunia, di alam barzakh dan di
alam akhirat lengkap terkandung dalam al-Quran. Malah jalan mana yang mesti dipilih untuk
layak ke syurga dan jalan yang boleh menyebabkan kita akan dicampak songsang ke
neraka, ada termuat dalam al-Quran.
Menolak al-Quran bermakna menolak jalan ke syurga dan menempah jalan ke neraka, juga
menolak pengetahuan, sirah falsafah, peraturan-peraturan yang mengatur tingkah laku
sebagai makhluk individu atau pun makhluk sosial dan juga tentang kebahagiaan di dunia
dan akhirat yang pastinya akan membawa padah.
Menolak al-Quran juga bermakna menolak Islam, Allah, rasul-Nya dan juga iman serta
takwa. Tanpa Islam, tanpa iman dan takwa, manusia tidak akan ada apa bezanya dengan
haiwan yang ada otak tetapi tidak berakal, kecuali yang berbeza cuma dalam bentuk paras
rupa sahaja.
Manusia yang tulen Islamnya, yang beriman dan bertakwa adalah yang mesra al-Quran,
akan sentiasa merapatkan diri dengan al-Quran, kecuali pada tempat-tempat yang tidak suci
seperti dalam tandas misalnya.

CATATAN:

STQ422 PENGAJARAN AL-QURAN

BIDANG DAN SKOP PERBAHASAN ILMU ULUM AL-QURAN


Bidang dan skop perbahasan Ulum Al-Quran sangat banyak dan luas. Malah bagi As-Sayuti
berpendapat, ilmu kejuruteraan, ilmu perubatan dan sebagainya adalah termasuk dalam
Ulum Al-Quran.
Abu Bakar al-Arabi dalam kitabnya at-Ta`wil ( )berkata: Ulum Al-Quran berjumlah
77,450 ilmu iaitu satu jumlah empat kali ganda dari kalimat-kalimat Al-Quran, kerana setiap
kalimat itu ada makna zahir dan makna tersirat. Ini hanya bila dikaji kalimatnya sahaja.
Apabila dikaji susunan ayat, maka ilmunya tidak dapat dikira dan diketahui melainkan Allah
sahaja.
Dari pendapat kedua-dua tokoh di atas, jelas bahawa maksud mereka ingin memasukkan
segala ilmu yang disentuh dalam Al-Quran samada secara langsung atau tidak langsung
adalah termasuk dalam kajian Ulum Al-Quran. Sebenarnya Al-Quran adalah kitab hidayah
dan Ijaz ( ) .
Lantaran dua perkara inilah ia diturunkan. Jadi sebarang ilmu yang berkaitan dengan
hidayat dan Ijaz maka ia dianggap sebagai Ulum Al-Quran. Oleh itu, ilmu-ilmu lain seperti
ilmu Alam (Geografi), pertukangan dan semua ilmu yang baru ditemui seperti kejuruteraan
dan matematik, ekonomi dan sosiologi dan lain-lain lagi tidak dianggap sebagai Ulum AlQuran, kerana Al-Quran tidak diturunkan bertujuan membuktikan teori kejuruteraan
misalnya, juga tidak bertujuan memastikan hukum-hukum kejuruteraan dan begitu
sebaliknya kejuruteraan tidak digunakan untuk menerangkan ayat-ayat Al-Quran. Walaupun
Al-Quran ada membuat gesaan dan galakan supaya mempelajari kejuruteraan, tetapi
seruan itu bukanlah boleh dijadikan dalil (bukti) untuk menjadikan kejuruteraan sebagai satu
dari kajian Ulum Al-Quran kerana kejuruteraan bukanlah faktor utama Al-Quran diturunkan.
Faktor utama Al-Quran diturunkan ialah hidayah dan Ijaz.
Kesimpulannya, Ulum Al-Quran ialah satu kajian atau perbahasan yang
berkaitan dengan Al-Quran dari segi penurunan, penyusunan, pengumpulan,
penulisan, bacaan, tafsir, ikjaz, nasikh-mansukh, penjelasan terhadap kekeliruan
atau salah faham terhadap Al-Quran dan sebagainya.

CATATAN:

STQ422 PENGAJARAN AL-QURAN

Ada pun perbahasan berkaitan Ulum Al-Quran secara umumnya meliputi bidang-bidang
berikut, iaitu:
Ilmu Tafsir dan Tawil
Ilmu ini merupakan ilmu yang mula-mula dibincangkan yang mana sejarah kemunculannya
dapat dikesan bermula pada abad ke-2 Hijrah. Ekoran kemunculan ilmu inilah, maka
selepas itu lahir ilmu-ilmu lain yang berkaitan dengan Al-Quran. Ulama yang muncul yang
bertindak mengkaji serta menyusun ilmu Tafsir berasaskan koleksi dan riwayat daripada
sahabat ialah:
(i) Syubah Ibn Al-Hajjaj yang meninggal pada tahun 160 Hijrah.
(ii) Sufyan bin Uyainah yang meninggal pada tahun 198 Hijrah.
(iii) Waqi Al-Jarrah yang meninggal dunia pada tahun 197 Hijrah.
(iv) Ibn Jarir Al-Tabari yang meninggal dunia pada tahun 310 Hijrah. Kitab karangan Ibn
Jarir Al-Tabari ini merupakan salah sebuah kitab yang unggul dan terkenal dan
berkekalan sebagai rujukan penting hingga kini.

Pada peringkat awal perkembangan dan penulisan ilmu Tafsir berlangsung pada abad ke-3
Hijrah, bentuk Tafsir yang muncul dapat dibahagikan kepada dua bentuk:
(a) Al-Tafsir Bi Al-Mathur atau Al-Tafsir Bi Al-Manqul.
(b) Al-Tafsir Bi Al-Rayi atau Al-Tafsir Bi Al Maqul.

Ilmu Irab Al-Quran


Sejarah awal yang dapat dikesan serta orang yang memain peranan sebagai pelopor dan
meletakkan batu asas terhadap perkembangan ilmu yang berkaitan dengan Irab Al-Quran
ialah Saidina Ali bin Abu Talib. Di mana Saidina Ali telah menyarankan dan menyuruh Abu
Aswad Al-Duali yang meninggal dunia pada tahun 69 Hijrah. Saidina Ali telah menyuruh
beliau supaya membuat kaedahkaedah bahasa Arab demi menjaga kesucian dan ketinggian
CATATAN:

STQ422 PENGAJARAN AL-QURAN

bahasa itu. Namun begitu, pada masa itu hingga penghujung abad ke-4 Hijrah masih belum
wujud kitab lengkap dan tersusun yang dihasilkan berkaitan Irab Al-Quran.
Apa yang dapat dikesan, pada abad ke-5 Hijrah telah muncul kitab yang disusun berkaitan
dengan Irab Al-Quran. Antara tokoh terlibat dan kitab yang dihasilkan ialah:
(i) Abu Amar Al-Dani. Beliau telah Berjaya menghasilkan kitab yang berkaitan
dengan Irab berjudul: Al-Taisir Bi Al-Qiraat Al-SabI dan kitab Al- Muhkam Fi AlNuqat.
(ii) Ali bin Ibrahim Ibn Said Al-Khaufi. Beliau menyusun kitab Irab Al-Quran.

Ilmu Qiraat
Orang pertama yang menyusun kitab berkaitan Ilmu Qiraat ialah Abu Ubaid Al-Qasim Ibn
Salam.

Ilmu Nasikh dan Mansukh


Sejarah awal tentang kitab Nasikh dan Masukh yang dapat dikesan ialah bermula abad ke-3
Hijrah. Tokoh ulama yang telah bertanggungjawab menyusun kitab berkaitan dengan Ilmu
Nasikh dan Mansukh ialah Abu Ubaid Al-Qasim Ibn Salam.

Ilmu Sebab Nuzul


Kemunculan ilmu ini bermula pada abad ke-3 Hijrah. Orang yang menjadi pelopor kepada
penyusunan dan pembukuan kitab berkaitan dengan ilmu Asbab Al-Nuzul ialah Ali Ibn AlMadini yang meninggal dunia pada tahun 34 Hijrah.

CATATAN:

STQ422 PENGAJARAN AL-QURAN

Ilmu Makki dan Madani


Ilmu ini dibincangkan secara khusus bermula abad ke-3 Hijrah. Penyusunan ilmu ini
dipelopori oleh Muhammad Ibn Ayyub Al-Darris yang meninggal dunia pada tahun 294
Hijrah.

Ilmu Fadail Al-Quran


Ilmu ini membincangkan tentang kelebihan Al-Quran. Antara tokoh utama yang
membincangkan ilmu ini ialah:
(i) Abu Ubaid Al-Qasim Ibn Salam
(ii) Abu Bakar Muhammad Ibn Al-Qasim Al-Anbari yang meninggal dunia pada tahun
328 Hijrah.Beliau telah menyusun kitab Ajaib Al-Quran.

Ilmu Nuzul Al-Quran


Ilmu ini membincangkan tentang cara-cara dan bentuk serta peringkat penurunan Al-Quran
kepada Nabi.Ilmu ini dipelopori dan dibahaskan oleh Abu Bakar Muhammad Ibn Al-Qasim
Al-Anbari di dalam kitabnya Ajaib Al-Quran.
Antara lain beliau juga telah membincangkan di dalam kitabnya itu tentang penurunan AlQuran dengan Tujuh Huruf, Penulisan Mashaf, Bilangan Surah, Ayat seta Kalimah.

Ilmu Gharib Al-Quran


Ilmu ini dibincangkan secara langsung dan ulama pertama yang menyusun kitab berkaitan
dengan Gharib Al-Quran ialah Abu Bakar Al-Sijistani dalam kitabnya Gharib Al-Quran.Beliau
meninggal dunia pada tahun 330 Hijrah.

Ilmu Amthal Al-Quran


Ilmu ini membicarakan tentang perumpamaan serta perbandingan yang terdapat di dalam
CATATAN:

STQ422 PENGAJARAN AL-QURAN

Al-Quran. Antara tokoh ulama terkemuka yang membicarakan tentang ilmu ini ialah AlMawardi yang meninggal dunia pada tahun 450 Hijrah.

Ilmu Majaz Al-Quran


Ulama yang menjadi pelopor dan menyusun kitab pertama berkaitan ilmu ini ialah Ibn Abd
Al-Salam yang menyusun kitab Majaz Al-Quran. Beliau meninggal dunia pada tahun 665
Hijrah.

Ilmu Ayat Muhkamat dan Mutasyabihat


Ilmu ini muncul secara khusus pada akhir abad ke-7 Hijrah. Ilmu ini membahaskan tentang
ayat-ayat Muhkam dan ayat-ayat Mutasyabih yang terdapat dalam Al-Quran serta
perbezaan antara keduanya menurut gaya Bahasa Arab.

Ilmu Jidal Al-Quran


Ilmu ini muncul pada akhir kurun ke-7 Hijrah. Ilmu ini membincangkan tentang hujah dan
dalil yang digunakan dalam Al-Quran dalam menetapkan sesuatu menurut gaya bahasa
Arab. Ulama yang menjadi pelopor dan penyusunnya ialah Najmuddin Al-Tufi yang
meninggal dunia pada tahun 716 Hijrah.

Ilmu Aqsam Al-Quran


Ilmu ini muncul secara langsung pada penghujung kurun ke-7 Hijrah. Ilmu ini membicarakan
tentang jenis-jenis sumpah Allah yang terdapat di dalam Al- Quran. Ulama pelopor yang
telah menyusun kitab berkaitan dengan Aqsam Al- Quran ialah Ibn Al-Qayyim yang
meninggal dunia pada tahun 752 Hijrah.

CATATAN:

STQ422 PENGAJARAN AL-QURAN

FAEDAH MEMPELAJARI ULUM AL-QURAN

Adapun tujuan dari mempelajari Ulumul Quran adalah:


1.

Dapat menguasai berbagai-bagai bidang ilmu pngetahuan yang terdapat dalam AlQuran.

2.

Menambahkan keyakinan kepada pengkaji Al-Quran bahawa ia merupakan sebuah


kitab suci daripada Allah dan bukannya ciptaan manusia.

3.

Mengetahui sejarah dan perkembangan al-Quran semenjak ia diturunkan sampai


sekarang, di mana jalan penyampaiannya adalah secara mutawatir.

4.

Membantu pengkaji untuk memahami kandungan Al-Quran serta mengeluarkan


hukum daripadanya.

5.

Mempelajari ilmu serta ayat Nasikh dan Mansukh, Asbab Al-Nuzul danperkara yang
berkaitan dengan Al-Quran.

6.

Untuk memahami Kalam Allah atau Al-Quran sebagaimana yang diterangkan oleh
Rasulullah, para sahabat dan tabiin.

7.

Untuk mengetahui metod ahli Tafsir mentafsir Al-Quran.

8.

Mengetahui keistimewaan ahli Tafsir dalam mentafsirkan ayat-ayat Al-Quran.

9.

Agar dapat memahami kalam Allah Aza Wajalla sejalan dengan keterangan yang
dikutip oleh para sahabat dan para tabiin tentang interprestasi mereka terhadap AlQuran

10. Agar mengetahui cara dan gaya yang digunakan oleh para mufassir (ahli tafsir)
dalam menafsirkan Al-Quran dengan disertai penjelasan tentang tokoh-tokoh ahli
tafsir yang ternama serta kelebihan-kelebihannya.
11. Agar mengetahui persyaratan-persyaratan dalam menafsirkan Al-Quran

CATATAN:

STQ422 PENGAJARAN AL-QURAN

BEZA ANTARA AL-QURAN DENGAN HADIS QUDSI


AL-QURAN

HADIS QUDSI

Al-Quran kalam Allah yang diwahyu


kepada Rasulullah S.A.W dengan lafaz
dan ia melemahkan orang arab, dengan
itu pula orang Arab ditentang, tetapi
mereka tidak mampu membuat seperti Alquran kerana Ia adalah mukjizat.

Hadis qudsi adalah kalam Allah,tidak


untuk menentang dan ia bukan satu
mukjizat

Al-Quran tidak dinisbahkankan kecuali


kepada Allah.
Maka dikatakan : Berkata Allah S.W.T
atau Allah S.W.T berfirman

Hadis qudsi, ada yang diriwayatkan


dengan disandarkan kepada Allah,
sehingga nisbah hadis qudsi itu
kepada Allah adalah nisbah
dibuatkan. Maka dikatakan, Allah
telah berfirman.
Dan terkadang pula diriwayatkan
dengan disandarkan kepada
Rasulullah s.a.w. tetapi nisbahnya
adalah nisbah kabar, kerana Nabi
menyampaikan hadis itu dari Allah.
Maka, dikatakan Rasulullah s.a.w
mengatakan apa yang
diriwayatkan dari Allah.

Seluruh isi Alquran dinukilkan secara


mutawatir,
sehingga
kepastiannya
mutlak dan betul-betul tsabit.

Al-Quran adalah dari Allah S.W.T lafaz


dan makna dari Allah S.W.T dan Ia
adalah wahyu juga dari lafaz dan
makna.

CATATAN:

Hadis qudsi kebanyakan adalah


khabar
ahad,
sehingga
kepastiannya masih merupakan
dugaan. Adakalanya hadis itu sahih,
hasan, dan kadang-kadang dhaif.

Manakala Hadis Qudsi maknanya


dari Allah S.W.T tetapi lafaznya
dari Nabi. Dan Ia adalah wahyu dari
makna bukan lafaz.

STQ422 PENGAJARAN AL-QURAN

Membaca Alquran merupakan ibadah,


kerana itu ia dibaca dalam solat.
Maka, bacalah apa yang mudah bagimu
dalam Alquran itu. (Al-Muzamil: 20).

CATATAN:

Hadis qudsi tidak disuruh


membacanya dalam solat.
Allah memberikan pahala membaca
hadis qudsi secara umum saja.
Maka, membaca hadis qudsi tidak
akan memperoleh pahala seperti
yang disebutkan dalam hadis
mengenai membaca Alquran bahawa
pada setiap huruf mendapatkan
sepuluh kebaikan.

Anda mungkin juga menyukai