Menurut Nik Jaafar Nik Ismail (1997), Isymam ialah suatu bunyi bacaan yang
wajib memuncungkan dua bibir mulut, isyarat kepada dhammah Nun yang telah
diidghamkan, di samping dengung yang tegas, sebelum menyebut Nun yang kedua.
Mohamad Abd Manaf (2004) menjelaskan Isymam dari segi bahasa ialah
cium. Manakala dari segi istilah sebagaimana yang telah dijelaskan, Isymam
bermaksud memuncungkan dua bibir ke hadapan sejurus selepas mematikan huruf
sebagai isyarat baris dhammah serta dibiarkan sedikit lubang di antara dua bibir
tersebut kerana mengeluarkan nafas tanpa suara. Cara bacaannya ialah Nun yang
berharakat fathah disuarakan antara fathah dan dhammah (mencampurkan bunyi
dhammah dengan bunyi fathah) dengan kedua bibir menonjol ke depan (M.
Abdurrahman H. R, 1991).
i. Harus Isymam bagi semua Imam Al-Qurra’ menghimpunkan dua bibir selepas
dimatikan huruf.
Contohnya: (Surah Al-Fatihah, Ayat 5)
ii. Bacaan Isymam bagi semua Imam Al-Qurra’ menyembunyikan baris antara
baris dan huruf mati. Hanya Imam Abu Ja’far yang membacanya dengan
Idgham semata-mata (Idgham Madhi).
Contohnya: (Surah Yusuf, Ayat 11)
iii. Mencampurkan huruf dengan huruf seperti mencampurkan Shad dengan Zai
seperti bunyi Zha’ bagi Khalaf.
Contohnya: (Surah Al-Fatihah, Ayat 7)
Namun begitu, mengikut riwayat Hafsh, hanya satu tempat sahaja dalam Al-
Quran yang wajib dibaca sama ada secara Isymam atau Raum iaitu pada kalimah
yang terdapat dalam Surah Yusuf ayat 11, Allah s.w.t berfirman:
Maksudnya: “Mereka pun (pergi berjumpa dengan bapa mereka lalu) berkata: Wahai
ayah kami! Mengapa ayah tidak percaya kepada kami tentang Yusuf, padahal
sesungguhnya kami sentiasa tulus ikhlas mengambil berat kepadanya?”
Isymam yang terdapat pada kalimah dapat didengari (beserta suara)
kerana ia terjadi di tengah kalimah.
Tanda berupa intan yang diletakkan sebagai tanda bacaan Imalah dalam Al-
Quran Rasm Uthmani turut diletakkan pada kalimah (Surah Yusuf, Ayat 11)
iaitu di atas antara huruf Mim dan Nun bersabdu bagi menunjukkan bacaan Isymam
(memuncungkan bibir mulut ke hadapan). Isyarat pada pada huruf Nun berbaris
hadapan ( ﺎﻨﻨﻣ ) telah dihazafkan tanda baris hadapannya, kemudian diidghamkan
pada huruf sama jenis berikutnya, di mana tidak dizahirkan bunyi bacaan tanda
hadapannya.
Menurut Abdul Rahman Abdul Ghani (2009), dalam keadaan yang lain,
bacaan Al-Isymam diharuskan apabila seseorang pembaca Al-Quran waqaf pada
sebarang huruf yang berbaris hadapan. Contohnya seperti: