Anda di halaman 1dari 2

Imam Hanbali telah menggunakan teknik- teknik berikut dalam proses pengajaran dan

pembelajarannya:

1) Pengajaran

Pengajaran Imam Ahmad dalam pendekatan perseorangan dapat dibuktikan daripada suasana
majlis ilmu yang dikendalikan olehnya seperti yang dinyatakan dalam buku “ Pokok Pengajaran
Imam- Imam Mazhab hal.269. Antaranya berbunyi; “ Imam Ahmad di dalam pengajarannya,
adakalanya meriwayatkan hadis dan adakalanya memberikan fatwa”. Hal ini jelas membuktikan
bahawa tradisi pengambilan hadis akan melalui proses penghafalan antara pengambil dengan
periwayat, ini sudah semestinya mengambil pendekatan perseorangan.

2) Pengajaran berkumpulan

Manakala dalam pendekatan pengajaran berkumpulan, Imam Ahmad telah menggunakannya


dalam pengajaran di masjid. Pengajaran ini amat sesuai dengan suasana masjid yang terbuka.
Jika masjid boleh menampung jumlah murid yang ramai, maka pendekatan pengajaran
berkumpulan amat sesuai. Ini dikenali sebagai kelas umum atau terbuka.

3) Teknik bercerita

Teknik bercerita untuk mengajar merupakan satu teknik yang telah lama digunakan. Teknik yang
sama juga digunakan oleh Imam Ahmad. Teknik bercerita mudah menarik minat seseorang,
dapat menumpukan perhatian mereka dan pembelajaran dapat berjalan dengan baik. Dengan
itu, pembelajaran dalam keadaan yang ideal penerimaannya akan menjadi lebih kekal. Hal ini
dapat dijelaskan semasa Imam Ahmad menyampaikan hadis, beliau akan menceritakan tentang
rawi- rawinya satu persatu sehingga sampai kepada Rasulullah s.a.w. Hal ini amat penting dalam
pengajaran hadis kerana sifat- sifat perawinya dari segi amalan mereka, thiqah, kuat ingatan dan
lain- lain lagi akan menentukan kesahihan sesuatu hadis.

4) Bersyarah

Bersyarah bukan sahaja sekadar membaca, tetapi memberikan interpretasi dan menghuraikan
idea- idea supaya murid dapat memahaminya. Teknik ini juga digunakan oleh guru- guru yang
masyhur, termasuk nabi- nabi dan golongan bijak pandai. Teknik yang sama juga digunakan oleh
Imam Ahmad dalam pengajarannya. Hal ini dapat dibuktikan dalam buku ‘Pokok Pegangan
Imam- Imam Mazhab dalam Membina Hukum’ halaman 268 yang membentangkan kaedah
pengajaran Imam Ahmad yang dilakukan di masjid. Pengajaran oleh Imam Ahmad di masjid
sudah pasti dalam bentuk kelas terbuka. Imam Ahmad menggunakan teknik bersyarah atau
proses satu hala.

5) Perbincangan

Perbincangan merupakan satu teknik pengajaran yang berlaku antara murid dengan penyeliaan
guru. Teknik ini digunakan oleh Imam Ahmad dalam pengajarannya. Dalam merumuskan sesuatu
pendapat dalam bidang fekah, Imam Ahmad lebih gemar mengadakan perbincangan kerana
beliau menyedari bahawa dalam memahami ilmu fikah antara satu tempat dengan tempat yang
lain amat berbeza, mengikut kesesuaian masa, tempat dan keadaan. Oleh itu terdapat pada
masa itu Fiqh Pasri, Fiqh Kufi, Syami dan lain- lain lagi.
6) Hafalan dan latih tubi

Dalam buku ‘Pokok Pegangan Imam- Imam Mazhab dalam Membina Hukum’, halaman 269
menyatakan; “ Imam Ahmad ini di majlisnya adakala meriwayatkan hadis”. Petikan ini
membuktikan bahawa teknik hafalan dan latih tubi merupakan satu keperluan dalam pengajaran
Imam Ahmad dalam meriwayatkan hadis. Hafalan bermaksud hafalan secara rasional melibatkan
fahaman bermakna tentang prinsip- prinsip yang diperlukan termasuk sepatah demi sepatah.
Antara ciri hafalan adalah:

- Memikirkan

- Mengulang

- Menyebut

Anda mungkin juga menyukai