Anda di halaman 1dari 20

TUGASAN ANALISIS LITERATUR:

AYAT AL-QURAN KAITAN


PENDIDIKAN

SUMBER-SUMBER PENDIDIKAN
ISLAM

GGGC 6423

GGGC 6423

NAMA : HAFIDZAH BINTI SAFFEEN


NO MATRIC : P101329
PENSYARAH : DR KHADIJAH BINTI ABDUL RAZAK

1
KURSUS PENGAJIAN ISLAM

TAGHRIB DAN TARHIB: SATU AYAT METODE PENDIDIKAN DI DALAM-AL-


QURAN

1.0 PENDAHULUAN

Pendidikan merupakan persoalan yang penting sejak mula manusia diciptakan hinggalah saat ini
dan akan terus diperkatakan sehingga akhirat kelak. Hal ini kerana lahirnya manusia dalam
keadaan tidak mengetahui apa-apa dan pendidikanlah yang menjadikan manusia seorang yang
beruntung di dunia dan di akhirat atau sebaliknya. Sekiranya jiwa tersebut diisi dengan perkara-
perkara yang baik, maka ia akan menjadi asas yang baik kepada anak didik tersebut dan apabila
asas didikan yang tidak baik maka terhasillah generasi anak didik yang jauh tersimpang dari
landasan pendidikan yang sebenar mengikut acuan al-Quran dan as-Sunnah.

Pendidikan merupakan wasilah yang penting dalam peradaban manusia. Dengan


pendidikan yang betul mampu memandu arah kehidupan manusia dengan lebih baik, sistematik
dan aman. Kajian juga banyak menunjukkan pendekatan dakwah teladan baik diguna pakai
dalam bidang pendidikan di pelbagai institusi dalam membentuk keperibadian Muslim mengikut
acuan Islam sebenar. Kajian pendekatan dakwah targhib dan tarhib menunjukkan perkembangan
positif dalam aspek pendidikan, mendorong perubahan dari sudut keperibadian dan memperbaiki
kesilapan dan kejahilan lampau remaja (Siti Aziah 2014; Jawiah Hj Dakir et al. 2009; Sharifah
Norshah 2009).

Melihatkan kepada senario pendidikan hari ini yang sering kali dikritik dan dipersoal oleh
beberapa pihak kerana kegagalannya membentuk khasnya anak murid yang berakhlak baik

2
amnya masyarakat Islam yang mulia, maka di sinilah keperluan dan kepentingan kepada merujuk
kembali kepada asas didikan Islam iaitu berpandukan ayat di dalam al-Quran dan As-Sunnah
yang Rasulullah janjikan umatnya tidak akan sesat

2.0 AYAT AL-QURAN BERKAITAN METHOD TAGHRIB DAN TARHIB

    


    
:Maksudnya

13. Sesungguhnya orang-orang yang banyak berbakti benar-benar berada dalam syurga yang
penuh kenikmatan,

14. dan Sesungguhnya orang-orang yang durhaka benar-benar berada dalam neraka.

(Surah Al-Infitaar (82): ayat 13-14)

Pendekatan targhib dan tarhib menggunakan peneguhan positif dan negatif iaitu
pembalasan yang baik dengan nikmat syurga dan pembalasan yang buruk dengan azab neraka.
al-Quran dan Sunnah menggunakan kedua-dua jenis peneguhan ini untuk mempengaruhi
sasaran.

Kajian dan panduan terhadap ayat al-Quran ini yang boleh dijadikan asas pendidikan. Ia
meliputi aspek-aspek pendidikan seperti pendidikan aqidah, akhlak, fizikal, mental, emosi, dan
sosial, di samping yang berkaitan kaedah-kaedah pendidikan seperti kaedah contoh teladan yang
baik, kaedah disiplin, kaedah ancaman dan sebagainya. Sebagai hamba Allah s.w.t, al-Quran as-
Sunnah mesti dijadikan asas dalam membentuk kaedah-kaedah pendidikan bagi anak didik.
Sekiranya di teliti dengan mendalam, di dalam ayat-ayat al-Quran terkandung hikmah dan
pengajaran berkaitan kaedah-kaedah pendidikan. Allah mendidik manusia melalui kalamNya.
Ada yang berbentuk sindiran, teguran secara langsung dengan cara keras mahupun lembut,
pertanyaan, janji-janji balasan baik dan buruk, serta pelbagai cara lagi.

3
R. Muhammad Zaini(2005) telah membuat kajian tentang pendidikan Islam menurut al-
Quran yang menjurus kepada pendidikan Islam secara umum. Disertasi beliau berjudul
“Pendidikan Islam Menurut Perspektif al-Quran : Kajian Terhadap Surah al-‘Alaq Ayat 1 – 5”
dikemukakan bagi memenuhi keperluan bagi Ijazah Sarjana Usuluddin dari Universiti Malaya.
Kajian ini dilakukan mengenai surah al-‘Alaq ayat 1 hingga 5 merangkumi pengertian, sejarah
penurunannya, kaitannya dengan ayat yang sebelum serta kandungan isi dan pengajaran yang
terdapat dalam surah tersebut. Kajian terhadap beberapa maksud daripada ayat 1 hingga 5
tersebut serta kaitannya dengan pendidikan Islam. Sebelum mendalami surah al-‘Alaq, kajian
dilakukan terhadap pengertian al-Quran dan pendidikan, kandungan-kandungan pendidikan di
dalam al-Quran, maksud pendidikan yang terdapat di dalam al-Quran, pendidikan Islam menurut
perspektif al- Quran, pendidikan Islam yang syumul serta perbahasan mengenai penyelesaian al-
Quran terhadap masalah-masalah pendidikan. Kajian tersebut merupakan kajian berkenaan
pendidikan di dalam al-Quran, namun, kajian tersebut hanya memberi fokus kepada surah
al-‘Alaq dan asas pendidikan dikupas secara umum tanpa memberi fokus kepada sebarang
peringkat usia.

3.0 TERJEMAHAN AYAT

َ ‫) َوإِنَّ ا ْلفُ َّج‬13( ‫يم‬


ٍ ‫ار لَفِي َج ِح‬
)14( ‫يم‬ َ ‫إِنَّ اأْل َ ْب‬
ٍ ‫رار لَفِي نَ ِع‬

Sesungguhnya orang-orang yang banyak berbakti benar-benar berada dalam surga yang penuh
kenikmatan, dan sesungguhnya orang-orang yang durhaka benar-benar berada dalam neraka.

3.1 MENURUT TAFSIR IBNU KATHIR

Allah Swt. berfirman, menceritakan apa yang dialami oleh orang-orang yang berbakti, yaitu
mendapat kenikmatan yang berlimpah. Demikian itu karena mereka taat kepada Allah dan tidak
berbuat kedurhakaan terhadap-Nya.

4
Ibnu Asakir telah meriwayatkan di dalam biografi Musa ibnu Muhammad, dari Hisyam
ibnu Ammar, dari Isa ibnu Yunus ibnu Abu Ishaq, dari Ubaidillah ibnu Muharib, dari Ibnu
Umar, dari Nabi Saw. yang telah bersabda:

"‫ار أِل َنَّ ُه ْم َبروا اآْل بَا َء َواأْل َ ْبنَا َء‬


َ ‫س َّما ُه ُم هَّللا ُ اأْل َ ْب َر‬
َ ‫"إِنَّ َما‬

Sesungguhnya Allah menamai mereka dengan sebutan abrar, karena mereka berbuat baik
kepada orang-orang tuanya dan juga kepada anak-anaknya.

Kemudian Allah menyebutkan apa yang dialami oleh orang-orang yang durhaka, iaitu
dimasukkan ke dalam neraka Jahim dan mendapat azab yang kekal.

3.2 MENURUT TAFSIR FI ZILALIL QURAN

Ayat ini menjelaskan tentang kesudahan bagi orang-orang yang taat dan kesudahan bagi orang-
orang yang derhaka setelah di adakan hisab yang di dasarkan di atas catatan dan laporan yang di
tulis para malaikat selaku penulis-penulis yang mulia.

Balasan orang-orang yang taat berakhir kedalam syurga manakala balasan orang yang
derhaka ke dalam neraka. Ia merupakan satu kesudahan yang tetap dan satu akibat yang pasti
bahawa orang-orang yang taat itu akan berakhir ke dalam syurga dan orang-orang derhaka akan
berakhir ke dalam neraka.

Orang-orang yang taat adalah orang-orang yang melakukan amalan-amalan yang baik
hingga menjadi suatu kebiasaannya atau menjadi satu sifat yang tidak tanggal darinya. Amalan-
amalan yang baik ialah amalan-amalan kebajikan umumnya iaitu satu sifat yang selaras dengan
sifat kemuliaan dan insaniyah manusia.

Sementara dalam kelompok orang-orang yang menderhaka yang bertentangan dengan


kelompok ini terdapat sifat-sifat biadab, sifat tidak malu melakukan dosa dan maksiat dan hanya
neraka sahaja yang layak dengan orang-orang yang mempunyai sifat-sifat yang derhaka ini.
Kemudian Al-Quran menerangkan dengan jelas kelompok yang derhaka ini di dalam neraka.

5
3.3 TERJEMAHAN DEFINISI DALAM PERKATAAN BAHASA ARAB

Kalimah al-targhib berasal daripada perkataan Bahasa Arab iaitu kata nama yang diambil
daripada kata kerja ‫ رغب‬. Kalimah ‫ رغب‬telah disebut sebanyak lapan kali di dalam al-Quran
dalam pelbagai bentuk iaitu fi’el mudhori’ marfu’ (‫ )تزغبىن‬dan, (‫ )رغبا‬hal , (‫ )فارغب‬fi’el amar
mabni, (‫ )يزغبىا‬fi’el mudhori’ mansub, (‫ )يزغب‬khabar muqaddam(‫ )راغب‬serta khabar )‫َّان (راغبىن‬.
Berdasarkan terjemahan ayat bagi kalimah tersebut, ia membawa maksud suka, membenci,
mengasihi, gemar, ingin atau harapan.

Al-tarhib juga berasal daripada perkataan bahasa Arab iaitu kata nama yang diambil
daripada kata kerja ‫ رهب‬yang bererti takut atau gerun. Kalimah ‫ رهب‬telah disebut sebanyak dua
belas kali dalam pelbagai bentuk iaitu fi’el mudhori’ marfu’ ( ‫)يرهبىن‬, fi’el amar mabni (‫) فارهبىن‬,
fi’el mudhori’ marfu’ ‫) )ترهبون‬, fi’el madhi mabni ( ‫)استرهبىوهم‬, majrur (‫)الرهب‬, tamyis (‫) رهبة‬,
ma’tuf (‫)رهبا‬, ( ‫) الرهبان‬, (‫) رهبانا‬, (‫ ) رهبأيهم‬dan (‫) رهبانية‬.

4.0 KONSEP DEFINISI PENDIDIKAN SECARA TAGHRIB DAN TARHIB

Pendidikan berasal dari kata akar didik yang membawa maksud pelihara, jaga (dengan hati-hati)
dan ajar. Manakala pendidikan pula didefinisikan oleh Kamus Dewan sebagai perihal mendidik,
didikan, latihan dan ajaran. Para ilmuan samada Islam mahupun Barat telah mentakrifkan
pendidikan dengan pelbagai takrifan.

Dalam Bahasa Arab pendidikan boleh diertikan sebagai ta‘lim, tarbiyah dan ta’dib.
Perakataan ta‘lim bermaksud menjadikan seseorang itu mengetahui tentang sesuatu, bersesuaian
dengan firman Allah s.w.t :Maksudnya :

“Dan Dia mengajarkan kepada Adam nama-nama (benda-benda) dan kegunaannya.”


(al-Baqarah [2] : Ayat 31)

6
Ta‘lim dan tarbiyah merupakan aktiviti akal bukan amali, istilah ta‘lim sebagai maksud
pendidikan kerana ia mencakupi cakupan yang luas, pengertian ta‘lim menekankan kepada
perilaku yang baik. Ia merupakan suatu proses yang diusahakan secara terus menerus semenjak
manusia lahir sehingga tua bahkan sehingga meninggal dunia.

Manakala Syed Qutb(1973) mendefinisikan tarbiyah sebagai usaha pemeliharaan


jasmaniah seseorang individu dan membantunya meningkatkan kematangan mental yang
dicerminkan melalui akhlak yang mulia. Dalam dunia Arab khasnya dan negara umat Islam
amnya, perkataan tarbiyah lebih sering digunakan dan mendapat tempat bagi menggambarkan
pendidikan.

Abdullah Ishak(1995) berpendapat bahawa situasi ini berlaku kerana perkataan tarbiyah
membawa maksud yang luas. Ia tidak hanya terbatas kepada manusia sahaja rmalah merangkumi
ciptaan-ciptaan Allah yang lain yang membawa maksud mendidik, mengajar, memelihara dan
menternak. Beliau juga berpendapat bahawa tarbiyah juga meliputi gambaran mendidik,
membentuk dan memelihara, khususnya kepada manusia, bukan sahaja sejak seseorang itu
dilahirkan bahkan sebelum itu lagi.

Pendidikan atau dalam Bahasa Inggeris disebut education didefinisikan di dalam Oxford
English Reference Dictionary sebagai ‘the act or process of educating or being educated;
systematic instruction, the knowledge gained from this, development of character of mantel
powers, and a stage in or aspect of this’. Ahli falsafah pendidikan Barat, John Dewey (1963)
menyatakan bahawa education bermaksud pemindahan segala sumber-sumber dan pencapaian
-pencapaian daripada sebuah masyarakat yang kompleks. Intipati kepada pendidikan ialah
aktiviti pembentukan dan pembangunan yang berterusan untuk melepaskan seorang kanak-kanak
daripada bergantung kepada orang lain yang membolehkannya berdikari.

Al-Bayanuni (1995) meletakkan targhib dan tarhib serta mengingatkan pahala dan
pembalasan di bawah uslub al-mauizah al-hasanah. Konsep targhib dan tarhib dapat diulas
melalui definisi berikut. Targhib dari segi bahasa berasal daripada kata kerja raghaba.

7
Firman Allah SWT (al-Anbiya 21: 90) yang bermaksud:

“Sesungguhnya mereka sentiasa berlumba-lumba dalam mengerjakan kebaikan


dan sentiasa berdoa kepada Kami dengan penuh harapan serta gerun takut.”

Al-Qaradawi (1989) memberikan maksud taghrib ialah menggalakkan manusia


melaksanakan ibadah kepada Allah Taala, melakukan kebaikan, beramal soleh, berakhlak mulia,
dan melaksanakan segala perkara yang diperintahkan Allah Taala dalam kitab-Nya dan melalui
lidah Rasulullah SAW serta memimpin manusia ke arah tersebut dengan dorongan ingin
mendapatkan apa yang telah dijanjikan Allah Taala daripada balasan yang baik serta limpahan
pahala di dunia dan akhirat.

Menurut al-Asbahani pula (1993) targhib bermaksud dorongan dalam melakukan


kebaikan dan menyukainya serta menerangkan keinginan kepada pahala dalam melaksanakan
perkara sunat dan fardhu. Melalui definisi targhib yang dikemukakan oleh sarjana Islam, dapat
disimpulkan bahawa targhib merupakan satu galakan, dorongan, memberikan kegembiraan dan
juga rangsangan kepada sasaran dakwah dalam pelbagai bentuk penyampaian bersumberkan al-
Quran dan Sunnah.
Dalam aspek pendidikan pula targhib membawa maksud kepada mengajar, membimbing
dan mendidik melakukan sesuatu yang mendorong ke arah kebaikan. Sekiranya melakukan atau
mengikut contoh didikan baik yang di beri akan mendapat balasan dan ganjaran yang baik.

Manakala tarhib dari segi bahasa ialah dari perkataan rahaba, bermaksud menakutkan
orang ramai dari menjauhi diri daripada Allah Taala, mensia-siakan fardu-Nya, cuai dalam
menunaikan hak-hak Allah SWT serta hak-hak hamba-Nya dengan melakukan perkara yang
ditegah Allah Taala daripada perbuatan jahat dan keji dalam apa jua bidang kehidupan. Menarik
manusia supaya tidak melanggar batas-batas Allah dengan cara penggerunan melalui perkara
yang disediakan oleh Allah kepada sesiapa yang menderhakai dan menyalahi manhaj-Nya
dengan azab di dunia dan akhirat (al-Qaradawi 1989).

8
Menurut al-Asbahani (1993) tarhib ialah ancaman diri daripada melakukan perbuatan
yang dilarang, dibenci serta perbuatan yang mengaibkan. Berdasarkan definisi tarhib yang telah
dikemukakan, kesimpulannya tarhib ialah menakutkan, penggerunan, ancaman dan memberikan
peringatan kepada sasaran dakwah terutama tentang balasan dan azab di akhirat kelak.

Dari aspek pendidikan pula tarhib membawa maksud kepada mendidik dan mengajar
sesuatu perkara dengan memberi peneguhan kesan yang negatif daripada akibat melanggar
didikan tersebut. Menyatakan akibat buruk atau kesan yang negatif akan di terima daripada
melakukan perbuatan buruk itu.

Keseluruhan definisi yang diberikan oleh sarjana Islam, jelas bahawa targhib
memberikan maksud dorongan, galakan kepada kebaikan, manakala tarhib pula satu bentuk
ancaman dan peringatan dalam melaksanakan perintah Allah dan juga menjauhi larangan Allah.

Pengkaji berpandangan bahawa definisi yang dikemukakan oleh al-Qaradawi bagi


targhib dan tarhib lebih lengkap dan sesuai dalam aspek pendekatan pendidikan kepada sasaran
anak didik. Motivasi dengan perasaan takut (al-Khauf) dan harapan (al-Raja’) amat penting
dalam membina peradaban dan pendidikan masa kini.

5.0 METODE TAGHRIB DAN TARHIB DALAM PENDIDIKAN

Menurut Syed (2005), targhib dan tarhib terbahagi kepada tiga bahagian iaitu pelbagai
keadaan, pelbagai bentuk kejiwaan dan pelbagai sikap yang diambil. Bentuk targhib dan tarhib
sama ada penyelesaian kepada masalah dan juga bentuk gembira dan ancaman kerana adanya
perkaitan dengan jiwa manusia. Jiwa yang gemarkan kepada kebaikan perlu didorong dengan
targhib manakala jiwa yang gemar kepada kemungkaran perlu disekat dengan amaran serta
menakutkan mereka dengan akibat perbuatan mungkar. Targhib menggesa dan mendorong

9
seseorang supaya melakukan ibadat kerana melalui ibadat boleh menghalang sifat keji dan
mungkar.

Firman Allah SWT (Surah Ali-Imran 3:104) yang bermaksud:

“Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah)
kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala
perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji).
Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.”

Ayat tersebut menunjukkan kecemerlangan dan keistimewaan generasi didikan


Rasulullah SAW. Sabiq (2011) menjelaskan pendekatan Rasulullah SAW dalam kejayaan
baginda dalam mendidik serta menyedarkan minda dan membangkitkan fitrah umatnya iaitu
membawa mereka daripada penyembahan berhala dan kesyirikan kepada keimananan dan
keyakinan. Baginda juga berjaya membentuk dan mendidik satu generasi yang berbangga dengan
iman dan berpegang teguh dengan kebenaran. Di sinilah pentingnya pendekatan pendidikan yang
bersesuaian bagi membentuk sahsiah dan jati diri manusia yang berpendidikan.

Menurut al-Qaradawi (1989), targhib dan tarhib terdiri dari dua asas utama iaitu asas
agama yang bermaksud doktrin ganjaran dan hukuman. Mendapat ganjaran pahala bagi sesiapa
yang beriman kepada-Nya dan beramal serta mentaati perintah Allah. Hukuman diberikan bagi
sesiapa yang berpaling dan melakukan maksiat kepada-Nya. Asas yang kedua pula ialah asas
psikologi yang diiktiraf bagi mereka yang mempercayai agama dan mereka yang menolaknya.
Tidak syak lagi bahawa keinginan dan ketakutan meluas pada diri manusia. Secara semula jadi,
mereka menginginkan apa yang disukai dan takut terhadap apa yang mereka benci (al-Qaradawi
1989). Kedua-dua asas ini membuktikan bahawa pendekatan dakwah targhib dan tarhib
merangkumi aspek spiritual dan psikologi sebagai konsep utamanya. Aspek spiritual dan
psikologi ini amat bersesuaian dalam mendidik kerana dapat menarik individu terbabit kerana
berkait rapat dengan kejiwaan.

10
6.0 PERBEZAAN DAN PERSAMAAN METODE TAGHRIB DAN TARHIB
DENGAN MODUL PENDIDIKAN BARAT

6.1 PERSAMAAN METODE TAGHRIB DAN TAHRIB DENGAN MODUL


PENDIDIKAN BARAT.

Metode taghrib dan tarhib menurut Pendidikan Islam semestinya berasaskan dan bersumberkan
dari Al-Quran dan As-Sunnah, manakala metode Pendidikan barat iaitu peneguhan dan
pengukuhan adalah berasaskan model teori yang muncul dari pelbagai kajian pemikiran dan
Falsafah yang di bina oleh mereka.

Kemunculan teori barat seperti “Skinner Reinforcement Theory” iaitu teori galakkan oleh
B.F Skinner bagi memandu dalam pembentukkan akhlak atau moral masyarakat barat. Bagi
Pendidikan di barat bahawa perihal dan tindak tanduk manusia dapat di ubah dan di manipulasi
ke arah motif yang di kehendaki. Teori ini mendukung bahawa factor utama yang mendorong
manusia untuk melakukan tindakan atau tingkah laku adalah di sebabkan oleh factor ganjaran
dan hukuman. Menurut B.F Skinner (1990), bahawa ganjaran positif akan menggalakkan individi
itu melakukan tindakan yang sesuai dengan motif dan ganjaran. Manakala, peneguhan negative
pula berkaitan dengan meninggalkan perbuatan tersebut bagi mencegah dan mengelakkan
perkara negative dan yang tidak diingini itu berlaku.

Terdapat juga teori oleh Albert Bandura, iaitu teori pembelajaran behaviourisme yang
mengaplikasikan bahawa pembelajaran boleh berlaku dengan proses pemerhatian ataupun role
model. Ianya lebih menekankan seseorang anak didik itu akan dapat membentuk perilaku yang
baik sekiranya peneguhan yang positif di berikan oleh guru dan rakan sekeliling mereka.
Manakala mendapat tingkah laku dan perbuatan yang negatif sekiranya di dedahkan dengan
perbuatan dan tindakan negatif.

11
Menurut teori Gagne pula, bahawa sesuatu tindakan yang positif dan negatif itu
berasaskan oleh rangsangan-rangsangan luar. Rangsangan-rangsangan luar inilah yang di pilih
oleh individu ataupun anak didik tersebut yang menjadi bahan pendorong dan pencetus
rangsangan bagi pembelajaran mereka dan serta bergantung kepada motivasi individu tersebut.
Umumnya bermaksud, motivasi tersebut yang memberi kecenderungan kepada dalam diri
individu untuk mempengaruhi pemikiran dan tingkah laku yang akan di hasilkan. Motivasi
tersebut dapat di rangsang melalui insentif seperti ganjaran positif yang akan menggalakkan
tingkah laku tersebut.

Menurut teori hierarki keperluan Maslow pula, keperluan manusia menjadi asas kepada
motivasi melakukan sesuatu tingkah laku. Baginya, peneguhan dan galakkan yang menjadi arah
kepada motivasi kepada sesuatu perkara dan tingkah laku. Ianya berkaitan dengan peneguhan
positif berupaya ganjaran yang di berikan kepada tingkah laku yang baik dan peneguhan negatif
yang berbentuk celaan, sindiran, amaran dan denda. Ssegala bentuk ganjaran dan hukuman
tersebut merupakan makalah dan asbab kepada motivasi ekstrinsik yang membimbing kepada
tingkah laku.

12
6.2 PERBANDINGAN METODE TAGHRIB DAN TARHIB DENGAN PENEGUHAN
POSITIF DAN NEGATIF (GANJARAN DAN HUKUMAN) MENGIKUT TEORI BARAT

Targhib dan tarhib semestinya berdasarkan wahyu dari Allah iaitu Al-Quran an As-Sunnah.
Segala hokum suruhan dan larangan yang datangnya dari Allah. Sekiranya, suruhan dan larangan
itu tiada di dalam Al-Quran ianya di kaji di dalam nas Al-Hadith dan As-Sunnah. Manakala teori
peneguhan positif dan negatif dari Barat adalah berasaskan falsafah dan pemikiran manusia.
Ianya bersumberkan fikiran akal manusia semta-mata. Fikiran manusia semestinya terbatas dan
tidak ketinggalan dari melakukan kesilapan. Fikiran manusia juga cenderung untuk kebaikan diri
sendiri semta-mata berbanding dengan kemaslahatan ummah dan sejagat.

Konsep taghrib dan tarhib adalah bersifat kekal dan berterusan sehingga akhirat. Sesuatu
perkara yang di suruh dan di larang oleh Allah itu semestinya kekal dan tidak berubah mengikut
kepentingan orang tertentu sehingga hari akhirat. Berbanding dengn teori dari barat yang sentiasa
berubah dan tidak berasaskan kepada sesuatu perkara dan tujuan utama. Ianya boleh berubah
untuk kepentingan tertentu dan tidak semestinya akan kekal sama dengan peringkat awalnya.

Tambahan pula, konsep taghrib dan tahrib adalah bersifat lebih luas dan jauh daripada
apa yang dikerjakan demi duniawi semata-mata. Bagi orang Islam, kehidupan bukan sahaja di
dunia dan ianya lebih meluas ke dunia akhirat. Segala perbuatan yang di dorong dari konsep
taghrib dan tahrib bukanlah berfokuskan kepada kehidupan di dunia semata-mata. Perbandingan
dengan teori dari barat pula adalah, tindakan dan tingkah laku untuk memenuhi keperluan
kehidupan di dunia. Tingkah laku dan perbuatan yang di lakukan tersebut hanya bertujuan untuk
keduniaan semata-mata.

13
Metode taghrib dan tarhib juga bersifat universal, kekal abadi dan menyeluruh. Ianya
tidak memilih kepada golongan tertentu sahaja. Metode ini di tujukan kepada semua tanpa
mengira status, pangkat bagi individua tau golongan tertentu. Bahkan ianya juga di tujukan
kepada semua umat manusia tanpa mengira kedudukan dan zaman. Berdasarkan teori barat pula,
ianya tidak bersifat universal dan kekal abadi bahkan lebih pengkhususan kepada golongan dan
individu tertentu sahaja. Sesetengah hukuman dan ganjaran dari teori barat tidak sesuai kepada
semua golongan dan tempat tertentu.

7.0 FUNGSI TAGHRIB DAN TARHIB DALAM PENDIDIKAN

Pendekatan targhib dan tarhib berperanan dalam memantapkan sahsiah kerana pendekatan ini
merupakan dorongan dan pujukan bagi meningkatkan motivasi diri. Secara semula jadi manusia
memerlukan didikan serta dorongan sama ada dari sudut positif mahupun negatif. Hal ini amat
penting dalam mendidik emosi agar menjadi lebih teguh dan tidak goyah serta mudah
terpengaruh dengan godaan-godaan syaitan dan hawa nafsu. Dorongan dan didikan dari sudut
positif dapat diperolehi melalui galakan, dorongan dan ganjaran, manakala dari sudut negatif
pula boleh didapati daripada sindiran, ancaman dan hukuman, sama ada ia diperolehi dari
Allah mahupun dari masyarakat sekitar.

Zaydan (2013) mengemukakan tujuan targhib dan tarhib dengan membahagikannya


kepada dua bahagian iaitu, targhib bertujuan untuk mencapai keredaan dan rahmat Allah serta
mendapat pahala pada hari akhirat serta memberikan kegembiraan tentang pahala yang akan
diperolehi di hari akhirat. Manakala kebaikan di dunia bagi yang menerimanya. Tujuan tarhib
pula ialah menakutkan manusia tentang kemurkaan Allah serta azab pada hari akhirat dan
menakutkan dengan azab yang pedih serta kesengsaraan di dunia bagi yang menolaknya.

14
Dari aspek pendidikan pula, ia berfungsi sebagai panduan dan pedoman kepada anak-
anak didik. Walaupun kanak-kanak pada fitrahnya suci dan bersih, namun mereka tidak dapat
menerima dan mentafsirkan maklumat tentang kebaikan yang diajarkan kepada mereka ke dalam
kehidupan seharian mereka, selagi tidak melihat pendidiknya mengamalkan kebaikan tersebut.
Persoalan tentang insan yang perlu kanak-kanak contohi bukan menjadi isu kerana insan utama
yang mereka perlu contohi, tidak lain dan tidak bukan adalah nabi Muhammad s.a.w, seterusnya
insan yang paling hampir dengan mereka iaitu ibu bapa mereka, barulah dituruti oleh para guru
dan rakan taulan.

Anak didik memerlukan dorongan, semangat dan pendedahan persekitaran sihat yang
membantunya mempunyai daya kreativiti yang luas. Dengan didikan dan asuhan yang baik,
potensi diri mereka akan berkembang mencapai suatu tahap yang memberangsangkan. Rasa
ingin tahu pada kanak-kanak adalah lebih tinggi. Maka rasa ingin tahu tersebut perlu disalurkan
ke arah yang betul dengan cara yang betul supaya mereka tidak menjadi individu yang mudah
berputus asa. Allah s.w.t sendiri mendorong dan menggalakkan makhluknya beramal dengan
perkara-perkara yang baik, menunaikan tanggungjawab mereka dan menuruti segala perintahnya
dengan mengkhabarkan ganjaran-ganjaran yang bakal mereka perolehi setelah bermujahadah.

Begitu banyak ayat-ayat al-Quran yang memberi galakan kepada umat manusia berupa
balasan balasan yang telah dan bakal diterima oleh orang-orang yang beriman dan beramal soleh.
Secara umum, Allah s.w.t menjanjikan balasan baik terhadap hamba-hambaNya yang beriman,
bertakwa dan beramal soleh. Perkara tersebut berulang kali disebut di dalam al-Quran
membuktikan bahawa kaedah galakan, dorongan dan ganjaran merupakan kaedah asas mendidik
yang bersesuaian dengan jiwa dan fitrah manusia tanpa mengira usia.

15
8.0 KESAN TIDAK MENGAPLIKASIKAN TAGHRIB DAN TARHIB DALAM
PENDIDIKAN

Teori Skinner merupakan contoh teori pendidikan Barat yang ada kelemahannya.
Aplikasi teori tersebut menekankan tingkah laku seseorang individu dibentuk menerusi proses
peneguhan dan hukuman. Kekurangan teori Skinner ini, andaian bahawa motivasi seseorang
meningkat hanya sekiranya diberikan peneguhan. Hal ini bertentangan dengan konsep taghrib
dan tarhib yang perlu di laksanakan secara seimbang dan kedua-dua peneguhan, iaitu peneguhan
yang positif dan peneguhan yang negatif.

‫مسع النيب صىل هللا عليه وسمل رجال يثين عىل رجل ويطريه يف املدحة فقال لقد أهلكمت أو قطعمت ظهر الرجل‬
Maksudnya :

“Rasulullah s.a.w telah mendengar seorang lelaki sedang memuji seorang


lelaki secara berlebih-lebihan, lalu Rasulullah s.a.w segera bersabda: ‘Sesungguhnya
kamu telah menghancurkan atau memotong belakang seorang lelaki’.”
(Sharh Sahih Muslim “Kitab al-Zuhd wa al-Raqa’iq”,no. hadis 35, Kaherah : Maktabah al-
Taufiqiyah, j. 18, h. 121)

Puji-pujian yang berlebihan boleh menghancurkan diri seseorang sebagaimana yang


disebutkan oleh baginda s.a.w dalam hadis di atas, tidak kira usia individu tersebut. Kanak-kanak
mungkin membesar menjadi seorang yang angkuh sekiranya pendidik salah cara dalam memuji
mereka. Keangkuhan boleh merosakkan masa depan mereka sama ada di dunia mahupun di
akhirat kelak. Para pendidik perlu memiliki pengetahuan untuk memberi galakan, dorongan dan
ganjaran pada individu dan dituasi yang tetap agar tindakan mereka dapat memberi kesan yang
positif kepada kanak-kanak tersebut.

Jika ibu bapa tidak memberi dorongan positif, kanak-kanak akan menjadi orang yang
kurang kreatif dalam hidupnya. Dorongan yang sentiasa diberi akan memberi rasa keyakinan
pada diri bahawa dia boleh lakukan sesuatu yang diinginkan (Norhasliza Yusoff, 2007). Pujian,
penghargaan, hadiah dan sebagainya boleh meningkatkan kemungkinan dan kebarangkalian
seseorang kanak-kanak mengulangi sesuatu perbuatan atau sikap mereka (Mok Soon Sang,

16
2004). Justeru, bagi memupuk sesuatu sikap dan sifat, minat belajar dan berakhlak mulia
umpamanya, agar ia berpanjangan, kanak-kanak perlu digalakkan dan didorong melakukannya
dengan pelbagai pujian, perhargaan mahupun hadiah.

Hal ini pula jelas menunjukkan sekiranya didikan yang di beri hanya berbentuk
peneguhan yang negatif sahaja juga tidak elok untuk anak didik. Merka anak didik akan menjadi
tidak kreatif, emosi yang sering terganggu dan takut untuk mencuba melakukan sesuatu
pembelajaran yang baru. Ia mungkin kerana lenteran peneguhan yang negatif menyekat mereka
untuk mencuba pelajari sesuatu perkara yang baru. Mereka risau akan akibat dan kesan atau
ancaman negatif yang akan di terima sekiranya melakukan kesilapan atau kesalahan tersebut.
Ancaman dan hukumun bertujuan untuk menghentikan sesuatu perbuatan dan tingkah laku yang
tidak diingini. Namun sekiranya ia tidak di laksanakan dengan cara seimbang seperti kaedah
targhib dan tarhib akan mengundang masalah yang besar dalam mendidik.

Ancaman dan hukuman bukanlah sesuatu yang disukai oleh para pendidik dan kanak-
kanak sendiri. Walau bagaimanapun, sedikit hukuman yang dikenakan pada waktu-waktu
tertentu banyak manfaatnya kerana sesetengah perlakuan kanak-kanak yang dibiarkan sahaja
boleh mendatangkan bahaya kepada orang lain (Sharifah Alwiah Alsagoff, 1983). Hukuman
yang dilaksanakan untuk kanak-kanak perlulah sesuatu hukuman yang setimpal dan dapat
memberi pengajaran. Para pendidik perlu bertindak bijak dan berhati-hati ketika mengenakan
hukuman kepada kanak-kanak supaya ia bersesuaian dengan kecerdikan, kemampuan dan
kecenderungan kanak-kanak tersebut (Aishah Hassan,1988). Perkara yang amat penting sebelum
melaksanakan sesuatu hukuman adalah menjelaskan kepada kanak-kanak sebab hukuman
tersebut dikenakan ke atas mereka dan bagaimanakah tingkahlaku atau sikap yang baik dan betul
yang diingini, sebagaimana cara yang ditunjukkan oleh Allah dan Rasullulah di dalam al-Quran
dan As-Sunnah.

17
9.0 CONTOH ISU SEMASA AKIBAT MENGABAIKAN TAGHRIB DAN TARHIB

Masalah displin dan salah laku murid khasnya pada hari ini memerlukan satu perubahan
dan penyelesaian yang kembali kepada dasar agama Islam iaitu al-Quran dan al-Hadith bermula
dari pendidikan sejak awal kanak-kanak. Malah kesilapan dalam cara mendidik akan melahirkan
generasi yang rosak dan sukar di bendung serta di didik kerana sejak kecil mereka tidak terdedah
dengan contoh didikan yang baik dan tidak ditegah segala kesilapan-kesilapan mereka.

Contoh isu terbaru kini yang tular di media sosial facebook, di mana seorang ibu telah
datang ke sekolah dan menyerang seorang ustazah kerana mendenda anaknya atas kesilapan
murid tersebut. Lebih menyedihkan lagi apabila ibu iu merasa bangga dengan kelakuan buruk
dan tidak beradab terhadap seorang guru dengan menular video armatur rakamannya yang
sedang marah dan memalukan guru tersebut. Sepatutnya sebagai seorang ibu bapa seharusnya
mendidik anak dengan menunjukkan contoh kelakuan yang baik akan mendapat ganjaran yang
baik. Manakala kelakuan yang uruk akan mendapat balasan buruk. Malah sebaliknya yang terjadi
di mana ibu sendiri yang menunjukkan kelakuan buruk di hadapan anaknya.

Setelah melihat kepincangan yang berlaku, masyarakat ataupun netizen mula


mempersoalkan sistem di sekolah yang mengakibatkan bagaimana keadaan ini boleh berlaku?.
Pelbagai persoalan timbul mempertikaikan sistem pengurusan keluar masuk sekolah yang
mungkin mengundang bahaya, kredibiliti dan autoriti mendidik guru, serta kegagalan ibu bapa
mendidik anak-anak dan seribu satu punca menyebabkan situasi ini berlaku. Lebih menakutkan
dengan wujudnya komuniti yang berbangga dengan realiti kontemporari kerana menurut mereka,
inilah dunia moden bebas dan maju.

Belum di kisahkan lagi segelintir golongan ibu bapa di luar sana yang tidak henti-henti
menyaman guru dan mempersalahkan guru atas tindakan guru yang mendenda murid melakukan
kesalahan. Denda yang tidaklah seberapa dan hanya sekadar untuk mengajar murid tersebut
dengan didikan peneguhan yang negatif sahaja. Melakukan perkara yang tidak baik akan
membawa kepada kesan yang tidak baik.

18
10.0 PENUTUP

Ayat-ayat al-Quran mengandungi pelbagai hikmah yang boleh di teliti dan dikaji untuk dijadikan
panduan dalam menjalani kehidupan seharian terutamanya dalam bidang pendidikan. Kaedah-
kaedah pendidikan secara tidak langsung dalam al-Quran membawa maksud yang jelas dalam
membentangkan perkara-perkara berkaitan pendidikan kanak-kanak. Terdapat banyak ayat-ayat
Al-Quran yang bercorak perumpamaan. Ayat-ayat tersebut bukan sahaja indah dari sudut seni
bahasanya, malah mempunyai nilai pengajaran yang tinggi. Melalui ayat-ayat tersebut, sesuatu
perkara lebih mudah difahami. Manusia lebih suka membandingkan persoalan abstrak dengan
perkara-perkara yang realiti.

Jelas dapat disimpulkan bahawa pendidikan berasaskan sumber Al-Quran adalah sesuatu
yang perlu dalam mendidik anak-anak yang masih kecil terutamanya. Didikan awal yang
berasaskan sumber Al-Quran menjadi tonggak utama dalam pembentukkan sahiah serta peribadi
individu Muslim itu. Al-Quran juga menjadi petunjuk bagi mereka yang bertaqwa dengan
berusaha untuk mematuhi diri dengan perkara yang di suruh oleh Allah dan menjauhi serta
mengelakkan diri melakukan perkara yang di larang oleh Allah.

Menggunakan dan mengamalkan metode Pendidikan taghrib dan tarhib amatlah sesuai
dan patut di amalkan pada kalangan pendidik dan ibu bapa. Ini penting bagi membentuk dan
membina generasi ulul albab di masa hadapan. Generasi muda kinilah yang akan menjadi
khalifah pada masa akan dating dalam membentuk dan mentadbir corak kehidupan yang lebih
baik.

19
RUJUKAN

Abdullah Ishak (1995), Pendidikan Islam dan Pengaruhnya di Malaysia, Kuala Lumpur
: Dewan Bahasa dan Pustaka

Muhammad Qutb (1984), Terj : Drs. Salman Harun, Sistem Pendidikan Islam, Bandung
: PT Alma'arif

Sayyid Qutb (1973), Fi Zila l al-Qur’a n, Beirut : Dar al-Shuruq

John Dewey (1963), Democracy and Education, New York : The Macmillan Company.

R. Muhammad Zaini (2005), Pendidikan Islam Menurut Perspektif al-Qur’an : Kajian


Terhadap Surah al-‘Alaq Ayat 1 – 5, Kuala Lumpur : Universiti Malaya

Norhasliza Yusoff (2007), “5 Langkah Mudah Belajar”, Pa&Ma, bil. 78, Mac 2007, h. 62

Mok Soon Sang (2004), Ilmu Pendidikan untuk KPLI (Sekolah Rendah), Subang Jaya :
Kumpulan Budiman Sdn. Bhd., h. 118

Aishah Hassan (1988), Pendekatan Islam Terhadap Pendidikan Anak-anak, Kuala Lumpur :
Pustaka Salam, h. 255

Sharifah Alwiah Alsagoff (1983), Ilmu Pendidikan : Pedagogi, Kuala Lumpur : Heinemann
Asia, h. 76

Khader bin Ahmad et al. (2010), “Pendekatan al-targhib dan al-tarhib Dalam Membentuk
Remaja dan Belia Cemerlang”, dalam Mustaffa Abdullah et al. (eds.), Kemelut
Peradaban Remaja di Malaysia. Kuala Lumpur: Jabatan al- Quran dan al-Hadith,
Akademi Pengajian Islam.

Yusuf al-Qardawi (1993), al-Muntaqa Min al-Targhib wa al-Tarhib lil Mundhiri, c.1. al-
Mansurah: Dar al-Wafa‟ al-Taba‟ah wa Nasr wa al-Tawzi‟.

Jamil Hashim (1990), “Persoalan Targhib dan Tarhib menurut perspektif „Aqidah Islamiah”,
(Latihan Ilmiah , Fakulti Usuluddin Akademi Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur).

Ahamad Asmadi Sakat et al. (2002), “Perbandingan Antara Teori Motivasi Barat dengan
Metode al-Targhib dan al-Tarhib menurut al-Qur‟an dan al-Sunnah: Pelaksanaannya
dalam konteks Dakwah Serantau” (Kertas Kerja Seminar Antarabangsa Pengajian
Dakwah Malaysia-Indonesia di Medan,Indonesia, 18 Mei 2002).

20

Anda mungkin juga menyukai