Anda di halaman 1dari 8

Pembukuan Al-Quran Pada Era

Pemerintahan Khalifah Uthman Bin Affan

1.0 PENGENALAN

Pada zaman Nabi Muhammad SAW, al-Quran bukan berbentuk sebuah kitab seperti
yang ada pada hari ini. Al-Quran merupakan Kalamullah (kata-kata Allah) yang diturunkan
oleh Allah Taala melalui perantaraan malaikat Jibril kepada Nabi Muhammad SAW (Sofian
Effendi, 2022). Pada zaman Nabi Muhammad SAW al-Quran belum lagi dibukukan tetapi
terdapat dua kaedah iaitu menghafal dan menulis. Contohnya seperti Nabi Muhammad dan
para sahabat menghafal al-Quran serta menulis al-Quran di pelbagai benda semula jadi
seperti kulit unta, tulang dan sebagainya yang disimpan rumah masing-masing. Dipetik
daripada kajian Amin Qudah (2009), pada 25 Hijrah, Khalifah Uthman telah tergerak hati
untuk membukukan al-Quran buat kali pertama atas beberapa faktor yang mendorongnya.
Al-Quran pada hari ini dikenali sebagai Rasm Uthmani kerana satu istilah yang diberikan
kepada tulisan Al-Quran yang ditulis oleh Khalifah Uthman (Mohd Yusuf Ahmad, 2000). Oleh
hal yang demikian, kajian ini dilakukan bagi mengkaji tentang pembukuan al-Quran di
zaman Khalifah Uthman dan kesannya kepada umat hari ini.

Rajah 1

Pembukuan al-Quran di zaman Khalifah Uthman Affan


Rajah 2

Al-Quran yang pada hari ini

2.0 FOKUS KAJIAN

Pembukuan merupakan sebuah proses pencatatan yang dilakukan secara teratur


dalam semua jenis data dan informasi tentang sesuatu perkara yang terdiri atas beberapa
faktor (Abd Qadir Umar Usman Al-Hamidy, 2018). Fokus kajian ini adalah untuk mengkaji
tentang pembukuan al-Quran pada zaman Khalifah Uthman. Antara fokus utama dalam
melaksanakan kajian ini ialah untuk memahami faktor-faktor yang mendorong kepada
pembukuan al-Quran. Hal ini kerana sebelum 25 Hijrah al-Quran tidak pernah dibukukan
menjadi sebuah kitab. Selain itu, kajian ini juga bagi mengenal pasti kesan-kesan
pembukuan al-Quran di zaman khalifah Uthman kepada umat Islam di Malaysia. Jadi,
kedua-dua fokus ini adalah untuk mengetahui perkara yang berlaku pada zaman itu dan
impaknya kepada hari ini.

3.0 PERSOALAN KAJIAN

Berdasarkan fokus kajian, penulis merasakan kajian ini perlu menjawab persoalan-
persoalan seperti berikut:

1) Apakah faktor-faktor yang mendorong kepada pembukuan Al-Quran pada zaman Khalifah
Uthman bin Al-Affan?

2) Bagaimanakan pembukuan Al-Quran memberi kesan kepada umat Islam di Malaysia


pada hari ini?
4.0 OBJEKTIF KAJIAN

Berdasarkan persoalan kajian, penulis telah menetapkan beberapa objektif kajian seperti
berikut:

1) Memahami faktor-faktor yang mendorong kepada pembukuan Al-Quran pada zaman


khalifah Uthman.
2) Mengenal pasti kesan-kesan pembukuan Al-Quran pada zaman khalifah Uthman kepada
umat Islam di Malaysia pada hari ini.

5.0 METODOLOGI

-kualitatif

pemerhatian (dokumen)

temu bual (ust Muhammad So’od Bin Chik) (Pensyarah kanan Japim)

-kuantitatif

buku (9)

jurnal (3)

6.0 DAPATAN KAJIAN

6.1 Faktor-Faktor Yang Mendorong Kepada Pembukuan Al-Quran

Faktor utama yang mendorong kepada pembukuan al-Quran adalah kerana berlaku
pengaruh Islam yang telah berkembang luas. Khalifah Uthman dilantik menjadi khalifah
Islam yang ketiga pada tahun 23 Hijrah selepas kewafatan Saidina Umar Al-Khattab wafat.
Pada zaman itu, berlaku penaklukan Islam ke beberapa buah negara sekitarnya dan
kesannya ramai penduduk negara tersebut yang telah memeluk Islam. Islam telah
berkembang ke Afrika Utara di barat sehingga ke Azarbaijan di Timur (Muhammad So’od bin
Chik, 2023). Hal ini bermakna umat Islam telah berkembang dengan pesat sehingga begitu
ramai orang bukan Arab yang telah memeluk Islam. Hal ini mendorong ramai tenaga
pengajar daripada sahabat yang telah dihantar untuk mengajar golongan tersebut membaca
al-Quran. Pada masa yang sama, amalan pembacaan al-Quran menjadi ibadah yang utama
dalam kehidupan mereka sehari-hari. Penduduk-penduduk negara tersebut mempelajari
bacaan al-Quran dengan para sahabat yang masyhur seperti penduduk Damsyik
mempelajari daripada al-Miqdad bin al-Aswad, penduduk Syam mempelajari daripada Ubay
bin Ka’ab, penduduk Kufah mempelajari daripada Abu Musa al-Asyari.

Faktor seterusnya yang mendorong kepada pembukuan al-Quran adalah kerana


berlaku perbezaan bacaan yang sangat ketara antara umat islam dari pelbagai negara dan
mengelakkan perpecahan. Dipetik daripada kajian Abd Rahman Abd Ghani (2008) pada 25
Hijrah, penduduk-penduduk Syam dan Iraq telah keluar untuk memerangi negara Armenia
dan Azebaijan. Salah seorang sahabat yang turut serta dalam peperangan tersebut ialah
Huzayfah al-Yaman. Sebelum berperang, mereka membaca al-Quran secara berkumpulan.
Hal ini menimbulkan berbalahan antara mereka kerana kedua-dua negara tersebut berbeza
dari segi cara bacaan al-Quran. Hal ini berlaku kerana guru di kedua-duanya adalah
berbeza yang menyebabkan cara bacaan juga turut berbeza. Mereka saling mendakwa
bacaan mereka lebih tepat dan saling menghina antara satu sama lain sehinggalah kepada
peringkat saling kafir mengkafirkan antara satu sama lain (Luqman Hakim, 2001). Melihat
kepada peristiwa itu, maka Huzayfah al-Yaman pun segera menghadap Khalifah Uthman
untuk menceritakan keadaan itu dan beliau mendesak agar masalah tersebut segera diatasi
sebelum umat Islam berpecah belah disebabkan perbezaan mereka sebagaimana yang
telah berlaku kepada kaum Yahudi dan Nasrani yang telah berpecah belah (Abdul Hadi
Awang, 2022).

Rajah 3

Petikan kata-kata dari Huzaifah daripada buku Tuan Guru Abdul Hadi Awang

Seterusnya, faktor yang mendorong kepada pembukuan al-Quran adalah kerana


berbeza dari segi susunan mashaf. Pada zaman Abu Bakar, al-Quran telah dikumpulkan
dan disimpan d. Namun, Zaid bin Thabit juga turut menyimpan mashaf yang ditulis sendiri
dan tidak mempunyai susunan yang tertentu bahkan cuma mengumpulkan semua ayat
tersebut semata-mata (Asmawi Ehsan, 1995). Para sahabat lain juga turut menyimpan
mashaf yang mempunyai susunan yang juga berbeza antara satu sama lain yang
menyebabkan timbul lagi masalah yang baru di kalangan umat Islam pada waktu itu. Hal ini
turut menimbulkan kerisauan kepada Khalifah Uthman.

Selain itu, kesatuan bacaan dan perpaduan ummah merupakan faktor kepada
pembukuan al-Quran. Hal ini kerana terdapat satu peristiwa lain daripada kesalahan bacaan
umat Islam pada zaman tersebut. Terdapat beberapa orang guru yang mengajar wajah-
wajah qiraat yang dipelajari oleh kanak-kanak. Oleh kerana qiraat yang mereka gunakan itu
berbeza antara satu sama lain, maka terjadilah perselisihan faham sehingga kepada
peringkat kafir mengkafir antara mereka. Masing-masing daripada mereka telah berkeras
bahawa bacaan mereka yang lebih tepat dan guru mereka yang lebih benar bacaannya.

Faktor-faktor tersebut telah mendorong Khalifah Uthman untuk berijtihad melakukan


sesuatu yang baharu. Pada akhir 24 Hijrah dan awal 25 Hijrah, khalifah Uthman telah
menghimpunkan sahabat-sahabat yang masyhur untuk menyelesaikan masalah tersebut.
Setelah berbincang, mereka mendapat kata sepakat untuk menulis satu mashaf yang
dinamakan sebagai mashaf al-Imam. Khalifah Uthman telah mengumpulkan empat orang
sahabat untuk menyusun mashaf yang akan dijadikan rujukan semua umat Islam. Empat
orang sahabat tersebut ialah Zaid bin Tsabit, Abdullah bin Zubair, Said bin al-Ash,
Abdurrahman Harits bin Hisyam (Meor Aris Meor Hamzah et al., 2017). Dipetik daripada
kajian Musthafa Murad (2007), langkah pertama yang dibuat oleh Khalifah Uthman ialah
menulis surat kepada Hafshah, memintanya agar mengirim mashaf kepadanya. Hafshah
menyimpan mashaf yang dikumpulkan semasa zaman Abu Bakar. Khalifah Uthaman telah
mengarahkan keempat-empat orang sahabat itu untuk menulis al-Quran dalam bahasa
Quraisy. Seterusnya, beberapa lagi mashaf lain yang ditulis berpandukan kepada mashaf al-
Imam untuk dihantar ke 6 buah kota Islam iaitu kepada Kota Syam, Kufah, Basrah, Madinah,
Mekah dan juga kepada Khalifah Uthman. Al-Quran dihantar ke kota-kota tersebut supaya
mashaf ini boleh dijadikan rujukan utama apabila terdapat perselisihan yang berlaku dalam
kaedah pembacaan al-Quran. Izharnya, tindakan bijak daripada khalifah Uthaman ini telah
menyatukan umat Islam pada zamannya.

Rajah 4

Petikan Khalifah Uthman mengarahkan Zaid untuk menulis beberapa al-Quran dan ditulis
dalam Bahasa Quraisy daripada buku Tuan Guru Abdul Hadi Awang
6.2 Kesan Pembukuan Al-Quran Pada Zaman Khalifah Uthman Kepada umat Islam Di
Malaysia Pada Hari ini

Antara kesan pembukuan Al-Quran ialah umat Islam terutamanya di Malaysia pada
hari ini dapat membaca al-Quran dengan tepat. Hal ini kerana tindakan berani dan tepat
yang dibuat oleh Khalifah Uthman untuk membukukan al-Quran dalam satu lahjah iaitu
lahjah Quraisy (Nurhafiza Hamzah et al., 2014). Rasm Uhmani juga merupakan tulisan yang
digunakan untuk memenuhi segala bentuk tanda dan cara bacaan al-Quran ketika
diturunkan dan yang diharuskan. Hal ini akan membantu umat Islam untuk membaca al-
Quran dengan mudah dan tepat. Tindakan berani ini telah menyeragamkan bacaan
sehingga ke hari ini dan sudah tidak timbul isu perselisihan faham tentang bacaan. Jika tidak
diseragamkan bahasa untuk membaca al-Quran sudah pasti umat Islam pada hari ini akan
bercelaru dan tidak tahu untuk membaca dengan cara yang tepat. Oleh itu, tindakan yang
dibuat oleh khalifah tersebut sangat tepat kerana ia bukan sahaja memberi kesan kepada
zamannya tetapi memberi kesan kepada hari ini.
Selain itu, Rasm Uthmani juga merupakan sumber rujukan umat Islam di seluruh dunia
terutamanya Malaysia. Rasm Uthmani ini hanya menulis ayat-ayat al-Quran sahaja dengan
meninggalkan segala bentuk ayat-ayat huraian atau tafsiran di dalam mashaf tersebut.
Rasm Uthamani ini dapat dijadikan rujukan dan panduan umat Islam kerana al-Quran yang
ditulis adalah sangat tepat. Jika al-Quran tidak dibukukan sudah pasti ayat-ayat yang dibaca
pada hari ini akan bercampur aduk dengan huraian dan menyukarkan umat Islam pada hari
ini membuat rujukan. Selain itu, sekiranya al-Quran tidak dibukukan, al-Quran sudah pasti
diajarkan melalui lisan. Perkara ini sudah pasti akan membebankan orang bukan Arab untuk
belajar, memahami serta menghafal secara lisan. Hal ini kerana tidak semua umat Islam di
Malaysia mampu menghafal al-Quran (Muhammad So’od Chik, 2023). Hal ini kerana setiap
orang diberikan anugerah yang berbeza. Bukan semua umat Islam mampu untuk mengingat
dengan hanya mendengar. Selain itu, kandungan ayat-ayatnya lebih tersusun rapi dengan
susunan ayat dan surah seperti yang ada pada hari ini sedangkan pengumpulan sebelum ini
hanya melibatkan penyusunan ayat-ayat sahaja (Muhd Nur Iman, 1998). Hal ini telah
membantu umat Islam pada hari ini untuk membaca dan mentafsirkan al-Quran dengan
tepat. Izharnya, pembukuan al-Quran memberi impak yang sangat besar kepda kepada
sumber rujukan dan pembacaan umat Islam pada hari ini.

7.0 KHULASOH

Kesimpulannya berkat kebijaksanaan Khalifah Uthaman dan para sahabat, Rasm


Uthmani yang dihasilkan ini telah berjaya menyatukan umat Islam pada zamannya serta
memberi impak yang baik sehingga kepada umat Islam pada hari ini. Tanpa mereka sudah
pasti al-Quran tidak akan dibukukan dan umat Islam akan berperang antara satu sama lain
akibat berlaku perselisihan faham mengenai bacaan. Oleh itu, umat Islam pada hari ini perlu
mengkaji tentang sejarah pembukuan al-Quran agar umat Islam akan bersyukur dan
menghargai jasa para sahabat nabi.
RUJUKAN

Abd Rahman Abd Ghani. (2008). Rasm Uthmani: Pelengkap pembacaan al-Quran. Yayasan
Dakwah Islamiah Malaysia.

Abd Qadir Umar Usman Al-Hamidy. (2018). Penulisan al-Quran dengan Rasm Uthmani di
antara Tawqif dan Ijtihad. Journal of Ma’alim al-Quran wa al-Sunnah, 14 (2).
https://oarep.usim.edu.my/jspui/bitstream/123456789/5429/1/Journal%20of
%20Maalim%20alQur%CA%BEan%20wa%20alSunnah_Vol%2014%20No
%202%20%282018%29_Penulisan%20al-Quran%20dengan%20Rasm%20Uthmani
%20di%20antara%20 Tawqif%20dan%20Ijtihad.pdf

Abdul Hadi Awang. (2022). Khalifah Uthman fiqh siasah Khulafa’ Al-Rasyidin. Pustaka
Permata Ummah Sdn Bhd.

Amin Qudah. (2009). Sejarah Khalifah Rasulullah. PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Asmawi Ehsan. (1995). Ulum al-Quran. Pustaka Haji Abdul Majid.

Luqman Hakim. (2001). Siri khalifah-khalifah agung. Sayyidina Uthman bin Affan. Al-
Hidayah.

Nurhafiza Hamzah, Anuar Mustafha, & Halimi M. Khalid. (2014). Asas penulisan dan
pembukuan menurut perspektif islam: Implikasi terhadap dakwah. Prosiding Seminar
Antarabangsa Kelestarian Insan. https://www.researchgate.net/publication/322628448
_ASAS_PENULISAN_DAN_PEMBUKUAN_MENURUT_PERSPEKTIF_ISLAM_IMPLI
KASI_TERHADAP_DAKWAH

Meor Aris Meor Hamzah, Rosly Mohd sani, & Mohd Aminuddin Ab Rahaman. (2017).
Sejarah Islam sehingga daulah Abbasiyah. Sasbadi Sdn. Bhd.

Muhd Nur Iman. (1998). Siri Khafah Rasulullah SAW: Saidina Utsman Ibnu Affan. Darul
Nu’man.

Mohd Yusuf Ahmad. (2000). Sejarah dan kaedah Pendidikan Al-Quran. Universiti Malaya.

Muhammad So’od bin Chik. (2023). Temu bual

Musthafa Murad. (2007). Kisah hidup Uthman bin Affan. Zaman.

Sofian Effendi. (2022). Kajian Historis Penulisan Mushaf al-Quran; Kriteria dan Jumlah
Mushaf. Jurnal Mushaf Uthmani. https://repository.iiq.ac.id/bitstream/123456789/1674/
2/jurnal%20MUSHAF%20USTMANI.pdf

Anda mungkin juga menyukai