Anda di halaman 1dari 24

DIPLOMA DALAM PENTADBIRAN AWAM

AM 110

PRINSIP-PRINSIP ASAS ISLAM


CTU 101

TAJUK:
MENANGANI ANCAMAN LIBERALISME DAN SEKULARISME DI
MALAYSIA MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

DISEDIAKAN OLEH:
NAMA NO ID
MUHAMMAD AKMEL ZUREN BIN ROHAIZAD 2022891014
MUHAMMAD AMALFI AUFA BIN ASMADI AFFENDI 2022617212
DANISH DANIAL BIN MOHD ASRON AFFANDI 2022643976
MUHAMMAD ARIS BIN ABDUL MALEK 2022861098
MOHAMMAD HAZIQ BIN MD ZAINOL 2022482726

KELAS: KAM1101C

DISEDIAKAN UNTUK:
UZTAZAH NIK LIYANA BINTI MUSTAPA

TARIKH PENYERAHAN: 18th JANUARI 2023


SENARAI KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN 1
1.1 DEFINISI LIBERALISME 2
1.2 DEFINISI SEKULARISME 3

2.0 SEJARAH KEMASUKAN FAHAMAN LIBERALISME DAN SEKULARISME DI


MALAYSIA 4-5

3.0 BENTUK ATAU CIRI-CIRI LIBERALISME DAN SEKULARISME 6-7

4.0 FAKTOR LIBERALISME DAN SEKULARISME 8


4.1 FAKTOR LIBERALISME 8
4.2 FAKTOR SEKULARISME 9-10

5.0 IMPLIKASI LIBERALISME DAN SEKULARISME 11


5.1 MENDATANGKAN AKIDAH BERCANGGAH 11
5.2 MELEMAHKAN ISLAM MELALUI PENDIDIKAN 12
5.3 MENGGUGAT KELUHURAN AGAMA ISLAM 13

6.0 CARA MENGATASI LIBERALISME DAN SEKULARISME 14


6.1 PENDIDIKAN YANG SEIMBANG DAN BERSEPADU 14-16
6.2 KEMBALI KEPADA AJARAN ISLAM YANG SEBENAR 17
6.3 MENGADAKAN PELBAGAI JENIS AKTIVITI KEAGAMAAN 18

7.0 KESIMPULAN 19

RUJUKAN 20-21
1.0 PENGENALAN
Agama Islam adalah satu anugerah yang dikurniakan Allah SWT kepada kita. Agama
Islam juga meliputi segala aspek dalam kehidupan seharian kita sama ada dalam aspek
kerohanian mahupun sistem kehidupan yang lengkap dan bersepadu. Selain itu, Islam
merupakan agama tinggi dan agung. Hal ini kerana Islam satu-satunya agama yang diakui
dan diterima oleh Allah SWT. Firman Allah SWT yang bermaksud:

"Sesungguhnya agama yang (diredhai) di sisi Allah hanyalah Islam" {al-Imran:19}.

Pada masa yang sama, daripada sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

" Islam itu tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi darinya".

Melalui hal yang demikian, kita tahu agama Islam tidak wajar untuk dibandingkan dengan
agama-agama yang dicipta manusia. (Al-Imran.3:19)

Namun begitu, masih terdapat segelintir masyarakat yang meragui tentang hukum hakam
Islam yang telah termaktub sejak azali lagi. Perkara ini berlaku apabila manusia hanya
mengambil sebahagian tertentu sahaja dan meninggalkan sebahagian perintah yang lain maka
cacatlah Islam mereka. Ajaran Islam ini perlu diamalkan secara keseluruhannya oleh manusia
kerana setiap satu bahagian dengan bahagian yang lain saling berkait rapat.

“Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga”. Peribahasa ini menggambarkan tentang situasi
masyarakat Islam marcapada. Terdapat segelintir manusia yang giat mempersoalkan tentang
hukum hakam islam. Oleh hal yang demikian, maka muncullah fahaman-fahaman baru
seperti liberalisme dan sekularisme. Fahaman ini bermula daripada negara barat dan tersebar
luas ke seluruh pelosok dunia lantas fahaman ini mengandungi pemikiran politik yang luas
dan kaya daripada segi sumber.

Permasalahan yang demikian akan dibincangkan dalam perbincangan kami kali ini
dibawah tajuk “Menangani Ancaman Liberalisme dan Sekularisme di Malaysia Menurut
Perspektif Islam”.

1
1.1 DEFINISI LIBERALISME

Liberal berasal daripada perkataan Latin iaitu liber, liberalis atau liberal yang bermaksud
bebas, tidak terikat, progresif, reformis atau radikal (Oxford Dictionaries 2018). Berfikir
secara liberal bermaksud berfikir secara bebas dan terbuka, bertoleransi, berfikiran luas dan
tidak jumud (tidak terkongkong kepada sesuatu aliran pemikiran). Ia juga disebut sebagai
suatu struktur pemikiran yang mencakupi hampir seluruh aspek kehidupan manusia termasuk
sosial, budaya, politik, pendidikan, ekonomi dan agama (Andian Husaini 2006). Dari
perspektif teologi, liberal bermaksud berfikir untuk bebas daripada kepercayaan tradisi, atau
berfikir bahawa ajaran bersifat tradisi perlu diubah kerana didapati tidak lagi sesuai dengan
pemikiran moden (Oxford Dictionaries 2018). Bagi Angel (2007), seseorang yang liberal
adalah seorang moderat, iaitu bersedia menerima ideologi, budaya dan peradaban Barat serta
bersedia melepaskan diri dari ideologi, budaya dan peradaban yang bertentangan dengan
prinsip-prinsip Barat.

Terma liberal ini menjadi asas kepada liberalisme. Namun, tidak ada satu definisi yang
tepat yang boleh diberi kepada liberalisme ini kerana pemaknaannya berbeza mengikut
konteks dan kecenderungan seseorang individu atau kumpulan. Secara umum, liberalisme
boleh diertikan sebagai seorang individu yang berfahaman liberal, atau seorang yang
berpandangan bebas dan berfahaman demokrasi dalam semua aspek termasuk agama,
ekonomi, ideologi dan politik. Individu yang berfahaman liberal lazimnya percaya bahawa
semua manusia memiliki hak dan kesaksamaan dalam bersuara dan bertindak serta bebas
daripada kekangan agama dan ideologi (Oxford Dictionary of Philosophy 2001).

Dari sudut politik, liberalisme adalah pemikiran berpusat pada individu yang dianggap
sebagai memiliki hak dalam pemerintahan, termasuk persamaan hak yang dihormati, hak
berekspresi dan bertindak serta bebas dari ikatan-ikatan agama dan ideologi (Blackburn, S.
1996). Dalam konteks sosial, liberalisme diertikan sebagai suatu etika sosial yang membela
kebebasan (liberty) dan persamaan (equality) secara umum (Coady, J. & Huckin, T. 1997).
Liberalisme juga merujuk kepada maksud individu sebagai pencipta dan penentu tindakan.
Dengan maksud, kejayaan dan kegagalan seseorang itu ditentukan oleh tindakan dan
pilihannya sendiri yang memilih tindakan tersebut. Hakikatnya, manusia memiliki kebebasan
dalam hidupnya di mana manusia adalah peribadi yang bebas (Ridha Liberalisme dan
Pemikiran Pemimpin Muslim di Malaysia Aida 2005).

2
Liberalisme daripada perspektif agama bermaksud pemikiran yang cuba membebaskan
Islam daripada sebarang ikatan syarak dengan cara mentafsir, mengolah atau menafikan apa
sahaja dalil syara’ agar bersesuaian dengan pemikiran yang berteraskan falsafah Barat
(Ahmad Yumni. et.al. 2014:4).

1.2 DEFINISI SEKULARISME


Sekularisme daripada sudut bahasa lebih hampir kepada sesuatu yang bersifat keduniaan
serta terpisah daripada nilai-nilai agama. Daripada segi istilah pula, sekularisme adalah
fahaman falsafah yang memisahkan urusan-urusan keduniaan daripada urusan keagamaan
(akhirat). la meninggalkan peranan agama dan Tuhan daripada segala urusan kehidupan
manusia. Dengan lahirnya falsafah sekularisme yang cuba memisahkan aspek keduniaan dan
kerohanian ini, maka munculnya falsafah-falsafah lain yang mula menuntut kebebasan. Tidak
kira kebebasan daripada apa juga aspek sekalipun.

Harvey Cox berpendapat, sekularisasi yang membebaskan manusia daripada didikan


agama ini sememangnya menjadi keharusan untuk dipegangoleh masyarakat Kristian. Ini
kerana, lahirnya sekularisasi juga adalah ekoran daripada Bible itu sendiri. Sememangnya
menjadi tanggungjawab masyarakat Kristian bagi menyokong dan mempertahankan
sekularisme yang menjadi penyokong kepada sekularisasi.

Kerana itu, golongan sekularisme ini meletakkan hak dan kebebasan individu tanpa
campur tangan agama sebagai dasar pegangan. Contohnya, apa yang berlaku di Amerika
Syarikat. Dalam masyarakat sekular ini, agama tidak ditolak sama sekali. Tetapi, agama harus
mengikut kehendak masyarakat. Dalam erti kata lain, corak agama ditentukan oleh kehendak
manusia dan manusia bebas mencorakkannya mengikut cita rasa masing-masing. Oleh kerana
berpegang kepada konsep sekularisasi ini, maka munculnya pelbagai ideologi lain mengikut
kebebasan masing-masing (Ahmad Yumni. et.al. 2014:5).

3
2.0 SEJARAH KEMASUKAN FAHAMAN LIBERALISME DAN SEKULARISME DI
MALAYSIA

LIBERALISME
Liberalisme di Malaysia mempunyai pengaruh dari liberalisme di Indonesia tetapi gerakan
liberalisme di Malaysia tidaklah seberani dan radikal berbanding liberalisme di Indonesia
yang secara terang-terangan menggunakan perkataan liberal di pertubuhan-pertubuhan
mereka seperti Jaringan Islam Liberal (JIL). Liberalisme di Malaysia berpaksikan kepada
perjuangan hak asasi manusia, hak wanita dan juga pertubuhan-pertubuhan yang mendasari
dialog agama seperti Malaysian Consultative Council of Budhism, Christianity, Hinduism,
and Sikhs (MCCBCHS), Sister in Islam (SIS) Institut Kajian Dasar (IKD) dan lain-lain
Petubuhan-Pertubuhan ini juga turut menyumbang kepada perkembangan pluralisme agama
di Malaysia (Ernie, et.al, 2019).

Buktinya, MCCBCHS dan SIS telah menyokong perancangan penubuhan InterFaith


Comission (IFC) dan Artikel 11 manakala IKD pula telah menyokong gerakan Islam liberal
dan pluralisme agama melalui penganjuran program-program yang dianjurkan mereka (Ernie
Elmi 2018). Fahaman Liberalisme ini diwujudkan untuk menyeru ke arah pembukaan pintu
ijtihad dan penyeruan ke arah kefahaman Islam yang terbuka untuk memajukan pemikiran
umat Islam. Namun yang demikian, mereka mempunyai kecenderungan untuk melewati batas
keagamaan apabila mereka menuntut tafsiran Islam yang pelbagai, (pluralis) mempertikai
syariat Allah dan hukum-hukum fiqah dengan hujah rasional serta menolak penguatkuasaan
undang-undang moral agama. (Salleh, 2021).

Terdapat beberapa tokoh-tokoh liberalisme yang cuba mengembangkan fahaman tersebut


di Malaysia. Antaranya ialah Kasim Ahmad, Farish Noor, Syed Akbar Ali, Zainah Anwar,
Reza Shah-Kazemi, Astora Jabat dan Zainudin Idrus. Sementara dalam bentuk pertubuhan
pula Musawah Jemaah al-Quran Malaysia, Sisters in Islam (SIS), Suruhanjaya Antara Agama
atau Inter Faith Commision (IFC), Pertubuhan Pertolongan Wanita atau Women’s Aid
Organisation (WAO) All Women’s Action Society (AWAM) dan The Joint Action Group for
Gender Equality (JAG) (LIBERAL, 2013).

4
SEKULARISME
Sekularisme datang dan menetap di Malaysia melalui kedatangan British. Dalam
perjanjian-perjanjian antara British dan kerajaan-kerajaan di Tanah Melayu iaitu di Pulau
Pinang, Singapura dan Pulau Pangkor, Perak. Satu perkara yang sentiasa dikemukakan secara
tetap oleh British ialah penegasan bahawa mereka hanya mahu mentadbir kerajaan manakala
perkara-perkara berkaitan agama dan adat resam diserahkan dibawah pengawasan sultan
tanpa sebarang campur tangan daripada pihak mereka. Ringkasnya perjanjian-perjanjian
antara British dan kerajaan-kerajaan di Tanah Melayu di lakukan berdasarkan kerangka
sekularisme. Semenjak daripada itu maka bermulalah peranan sultan sebagai ketua agama
negeri. Semenjak daripada itu juga maka bermulalah resapan falsafah sekularisme dalam
segenap kehidupan penduduk Tanah Melayu (Yahkup, 2019).

Sekularisme seterusnya terinstitusi, walaupun tidak setulen sebagaimana yang terdapat di


negera-negara barat, dengan lebih kukuh apabila Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada
31 Ogos 1957 dan seterusnya pembentukan pembentukan negara bangsa Malaysia pada 16
September 1963. Sesungguhnya hakikat penubuhan negara bangsa berdasarkan kerangka
falsafah sekularisme ini tidak dapat dielakkan kerana Malaysia belajar bagaimana cara untuk
bernegara daripada tuan British mereka. Untuk memastikan segalanya berjalan lancar British
sentiasa memastikan anak-anak tempatan yang akan mentadbir negara bangsa baru ini
mestilah terdiri daripada mereka yang telah mendapat pendidikan daripada mereka. Apalagi
falsafah pendidikan yang British ada daripada abad ke-16 sehingga sekarang merupakan
pendidikan yang bertunjangkan falsafah sekularisme. Maka, bukanlah sesuatu yang
menghairankan apabila pentadbiran sosioekonomi-politik Malaysia juga bertunjangkan
falsafah sekularisme yang dibawa dengan sarat dalam kerangka modenisme (Aziz, 2016).

Maka dengan bimbingan bernegara oleh pihak British tersebut bermulalah riwayat hidup
sebuah negara bangsa moden bernama Malaysia yang mahu menghasilkan sistem
masyarakat, politik, ekonomi dan pendidikan berteraskan kemodenan (Aziz, 2016).

5
3.0 BENTUK ATAU CIRI-CIRI LIBERALISME DAN SEKULARISME
Ciri khas kaum liberalis ialah upaya untuk menangkap esensi wahyu; makna wahyu di luar
arti lahiriah dari kata-kata. Mereka bersedia meninggalkan makna lahir dari teks untuk
menemukan makna dalam dari konteks. Secara lebih mendetail, Jalaluddin Rakhmat juga
mencontohkan pokok-pokok pemikiran kaum liberalis dengan mencontohkan pidato Ibrahim
Hosen yang isinya; Pertama, kita harus meninggalkan pemahaman harfīah terhadap al-Qur’ān
dan menggantinya dengan pemahaman berdasarkan semangat dan jiwa al-Qur’ān. Kedua, kita
harus mengambil Sunnah Rasul dari segi jiwanya untuk tasyrī‘ al-aḥkām dan memberikan
keleluasaan sepenuhnya untuk mengembangkan teknik dan pelaksanaan masalah-masalah
keduniawian. Ketiga, kita harus mengganti pendekatan ta‘abbudī terhadap nash-nash dengan
pendekatan ta‘aqqulī. Keempat, kita harus melepaskan diri dari masālik al-‘illah gaya lama
dan mengembangkan perumusan illah hukum yang baru…”

Tertera protoripe yang cukup jelas bahwa dalam tradisi keagamaan Islam, kaum liberalis
Islam dalam memahami ajaran Kitab Suci mencoba mencari pemahaman yang substantif
daripada formalistik. Dengan paradigma ini, maka tidak jarang kaum liberalis Islam
meninggalkan formalitas teks al-Qur’ān. Untuk kepentingan kontekstualisasi teks dengan
semangat jaman, kaum liberalis juga sering menafikan teks-teks Qur’ān, meskipun teks
tersebut tergolong sebagai teks yang qaṭ‘ī (tegas dan jelas).

Banyak contoh-contoh yang dapat kita temukan dari corak pemikiran semacam ini, yang
paling umum misalnya perihal potong tangan untuk si pencuri serta 2 banding satu bagi laki-
laki akan hak waris. Dengan pertimbangan kontekstualitas, kaum liberalis terkadang
menafikan kebenaran formal teks suci ini. Hukum potong tangan misalnya, diganti dengan
hukuman penjara, sementara di sisi lain, bisa jadi si perempuan yang memeroleh harta
warisan 2 banding satu dari laki-laki. Tulisan ini tidak bermaksud untuk memaparkan
permasalahan ikhtilaf yang telah menahun ini, namun cukuplah hal itu sebagai bagian dari
sampel kajian prototipe pemikiran kaum liberalis.

Sekularisme ialah fahaman yang merujuk kepada penafian hal-hal kerohanian, penafian
adanya akhirat, pemisahan antara agama dan nilai kerohanian, kekuasaan sebagai kebebasan
mutlak dan institusi agama hanya khusus untuk urusan ketuhanan semata-mata. Sekularisme
sebagai aliran yang ingin memperbaiki kehidupan dengan cara material, hal keduniaannya
bebas daripada ajaran wahyu, bersifat bebas hasil daripada pemikiran dan pengalaman tanpa
hubungkait dengan Tuhan dan kebahagiaan hidup ditentukan oleh dunia.

6
Secara umumnya, fahaman ini mendokong beberapa prinsip yang mencerminkan dasar ini
iaitu bersifat terasing daripada aspek keagamaan. Sekularime mendokong teori yang pernah
diungkapkan oleh Martin Luther apabila meminta agar tugas pentadbiran diserahkan kepada
“Kaisar” dan membiarkan tugas-tugas agama dikendalikan oleh paderi-paderi di gereja.
Penyisihan agama daripada aspek kehidupan boleh dilihat pada amalan masyarakat dunia hari
ini yang menganggap agama hanyalah sebahagian disiplin atau pun aspek yang setaraf
dengan sejarah, ekonomi, politik dan sebagainya.

Sekularisme melatih para pendokongnya agar mengenepikan hal-hal akhirat dan secara
tidak langsung supaya mencari kehidupan di dunia semata-mata.14Urusan akhirat bagi
mereka adalah perkara kedua yang akan difikirkan di Akhirat nanti. Lantaran itu, sekularisme
membawa penganutnya kepada beberapa ideologi lain yang mementingkan kehidupan dunia
dengan mengenepikan unsur kehidupan agama sebagai masalah individu.Sekularisme juga
memperjuangkan ciri-ciri yang bersifat kebebasan, kebahagiaan dan kebebasan yang tiada
bersempadan. Teori Machievelli merupakan dasar yang dipegang oleh ideologi ini, iaitu
“Ends Justify The Means”, yang bermaksud matlamat menghalalkan cara. Sekularisme juga
menampilkan cirinya yang tidak tetap dan tidak mutlak. Perundangan dan pemerintahan
secara sekular tidak mempunyai teras yang tetap dan mutlak, malah sentiasa berubah-ubah
mengikut kepentingan dan masa tanpa ada sebarang garis panduan yang mutlak.

7
4.0 FAKTOR LIBERALISME DAN SEKULARISME
4.1 FAKTOR LIBERALISME
Pengaruh liberalisme di Malaysia disebabkan oleh perkembangan aliran liberalisme yang
muncul di Indonesia pada masa dahulu. Hal ini kerana kebanyakan liberalisme dari Indonesia
telah berjaya diserap masuk melalui beberapa faktor yang masyarakat islam di negara kita
tidak disedari pada masa itu juga. Terdapat beberapa faktor-faktor penting yang
menyebabkan pengaruh liberalisme tersebar di negara kita sehingga ke hari ini. Antara
faktor-faktor berikut ialah:

4.1.1 Media Massa

Media massa merupakan salah satu faktor yang menyebabkan liberalisme terus
berkembang pesat di negara kita yang aman dan makmur ini.Hal ini demikian kerana media
massa merupakan ejen teknologi masa kini yang membolehkan seseorang individu itu untuk
menyampaikan maklumat atau informasi mereka dengan mudah. Walaupun, informasi
tersebut boleh mendatangkan kesan yang buruk terhadap negara mereka sendiri. Informasi
berkenaan dengan penyebaran liberalisme di Malaysia juga tidak terkecuali daripada faktor
media massa ini. Antara contoh media massa yang terlibat termasuklah Whatsapp, Instagram
dan Facebook. Melalui media massa tersebut, golongan liberalisme juga dapat menyebarkan
fahaman mereka dengan laman web media massa itu seperti
https://www.instagram.com/sisterinislam.my/ dan https://www.facebook.com/officia1SIS/.

4.1.2 Kursus Kepimipinan dan Pengurusan

Kursus-kursus kepimipinan dan pengurusan juga adalah faktor penyebaran pengaruh


Liberalisme. Hal ini kerana terdapat beberapa kursus kepimpinan dan pengurusan tersebut
yang berjaya disebarkan di Malaysia. Sebagai contoh, kursus Emotional Spiritual Qoutient
(ESQ) yang diperkenalkan oleh Arj Ginanjar Agustian. Kursus ini telah tersebar luas di
Malaysia melalui penubuhan beberapa pusat pengajarannya pada tahun 2010.
Walaubagaimanapun, Kursus ESQ kemudiannya diharamkan dengan serta merta oleh Mufti
Wilayah Persekutuan, Wan Zahidi bin Wan Teh pada 17 Jun 2010 apabila dikesan
mempunyai sekurang-kurangnya 10 ciri penyelewengan dan salah satu daripadanya adalah
bersandarkan liberalisme.

8
4.1.3 Tokoh-tokoh Berfahaman Liberalisme

Penyebaran melalui tokoh-tokoh di Malaysia juga turut menjadi faktor kepada kenaikan
fahaman liberalisme. Perkara ini kerana mereka merupakan seseorang yang berintelektual
dan dipercayai di Malaysia. Sebagai contoh, tokoh Malaysia seperti Dato’Sri Anwar Ibrahim.
Namun demikian, dialah antara tokoh yang menganut dan menyebarkan fahaman tersebut.
Tokoh Dato’Sri Anwar Ibrahim telah menyampaikan ceramahnya yang mempunyai unsur
liberal dan pluralisme yang melampau kepada masyarakat dengan bertajuk ‘Religion
Pluralism in a divided world’ di London School of Economics (Mohd Nakhaie Ahmad 2012,
Ismail Mina Ahmad 2012, Muhammad Uthman el Muhammady 2012). Kesannya, fahaman
liberalisme masih ada dalam kalangan masyarakat Malaysia sehingga ke hari ini dan terus
berkembang pesat (Ernie, et.al, 2019).

4.2 FAKTOR SEKULARISME

Pengaruh Sekularisme turut berkembang pesat sebalik Liberalisme di Malaysia. Hal ini
kerana terdapat beberapa faktor penting yang menyebabkan fahaman sekularisme terus
tersebar luas di negara, Malaysia. Antara faktor-faktor yang menyebabkan pengaruh
sekularisme tersebar ialah: -

4.2.1 Agama dan Kepercayaan

Sekularisme mula berkembang di Malaysia apabila agama menjadi hak ekslusif bagi
golongan tertentu. Hal ini demikian kerana sekularisme menentang atau menolak hak
istimewa agama pada masa itu dan ini merupakan salah satu faktor yang menyebabkan
pengaruh sekularisme mula tersebar di kalangan masyarakat Malaysia sehingga ke hari ini.
Terutamanya, masyarakat yang tidak disukai oleh teokrasi. Selain itu, pengaruh sekularisme
juga tersebar disebabkan oleh perlindungan dan sokongan kebebasan beragama yang mereka
ada. Perkara ini membuatkan sesetengah masyarakat berasa tertarik dengan fahaman tersebut
dan akhirnya memegang sekularisme. Impaknya, fahaman sekularisme masih giat disebarkan
sehingga ke hari ini disebabkan oleh kebebasan tersebut walaupun dalam kalangan minoriti
masyarakat Malaysia.

9
4.2.2 Pendidikan

Pendidikan juga merupakan salah satu faktor yang menyebabkan pengaruh sekularisme
tersebar luas di Malaysia. Perkara ini kerana terdapat beberapa kajian yang menunjukkan
sekularisme menggunakan pengetahuan dan informasi sebagai pemboleh ubah untuk
menyebarkan fahaman mereka kepada orang ramai. Contohnya, mereka menggunakan teknik
penulisan untuk mendedahkan fahaman sekularisme kepada publik melalui menyelitkan
unsur-unsur tersebut ke dalam hasil penulisan mereka. Disamping itu, penyebaran
sekularisme melalui pendidikanpun berlaku disebabkan oleh kekuranagan pendidikan islam
dalam kalangan masyarakat Malaysia. Hal ini menyebabkan pengaruh sekularisme agak
mudah untuk menyerap masuk ke dalam minda mereka yang kebanyakannya masih ada
kekeliruan dalam pendidikan islam. Kesannya, pengaruh fahaman sekularisme semakin lama
semakin berkembang di Malaysia sehingga ke hari ini.

4.2.3 Politik dan Undang-undang

Politik dan undang-undang yang ditubuhkan pada masa dahulu turut memainkan peranan
dalam penyebaran pengaruh sekularisme di Malaysia sehingga ke hari ini. Hal ini kerana
terdapat parti politik Malaysia yang telah membawa masuk fahaman sekularisme ke dalam
politiknya bagi sebab-sebab yang tertentu pada masa tersebut. Antaranya termasuklah bagi
mencapai modenisasi dan kepercayaan masyarakat. Sekularisme pada masa dahulu dianggap
sebagai jalan yang effektif bagi sesebuah negara ke arah modenisasi. Oleh itu, parti-parti
politik berikut telah menggunakan sekular dalam politik mereka pada masa itu. Contohnya,
parti politik seperti United Malays National Organisation (UMNO). Impaknya, fahaman
sekularisme bukan sahaja masih tersebar luas dalam kalangan masyarakat,malah ia juga boleh
didapati dalam poltik negara kini (Luqman Zainal Abidin, 2020).

10
5.0 IMPLIKASI LIBERALISME DAN SEKULARISME DI MALAYSIA
5.1 MENDATANGKAN AKIDAH BERCANGGAH
Golongan Liberalisme beranggapan bahawa Undang-Undang Keluarga Islam adalah tidak
adil kepada wanita iaitu isu persamaan gender. Lebih parah lagi, terdapat tuduhan yang
mengatakan agama Islam menindas kaum wanita dengan tidak memberi kebebesan dan
mengongkong Wanita daripada melakukan aktiviti kemsyarakatan.Sebagai contoh,terdapat
NGO seperti Sisters in Islam (SIS) yang berteraskan Islam Liberal berusaha keras menuntuk
hak kesamarataan antara lelaki dan wanita sebagai agenda perjuangan mereka.
Contohnya,SIS adalah antara kumpulan yang lantang menentang poligami secara
keseluruhannya dan pernah melancarkan kempen monogami secara terbuka.Penganut agama
Islam yang mengikuti gerakan ini menyatakan bahawa ijab dan qabul bukan hanya boleh
dilakukan oleh kaum lelaki sahaja, tetapi pihak perempuan jugak boleh melakukannyal.
Perakara ini telah dilakukan oleh golongan muslim liberal di India di mana sebuah
pernikahan telah dilakukan dan Wanita sebagai tuan qadhi serta saksi perkahwinan
tersebut.Selain itu, isu yang dibangkitkan oleh golongan liberalisme ialah lafaz
penceraian.Mereka mengatakan bahawa isteri juga ada ha untuk menceraikan suami dengan
melafazkan cerai secara langsung tanpa menuntut tuntutan cerai di mahkamah. Natijahnya,isu
dalam pewarisan harta pusaka. Hal ini kerana Islam membenarkan lelaki untuk menerima dua
bahagian dalam harta pusaka berbanding Wanita yang mendapat satu bahagian. Oleh itu,bagi
golongan liberalisme hal ini merupakan ketidakadilan dan mereka mahukan hak sama rata
kepada kedua-dua gender. (Ahmad Syafiq Yusof, 2022)

Golongan sekularisme pula membawa kesan kepada akidah apabila mengatakan bahawa
nilai Islam tidak sesuai dengan era dan keadaan moden dalam kalangan masyarakat. Perkara
ini kerana masyarakat moden dilihat semakin menerima nilai sekular dan menjauhkan agama
serta menerima sains sebagai dasar polisi dalam kehidupan dan pemikiran.Ini dilihat sebagai
suatu budaya yang menjajah secara mental kerana ia mencorak dan mengubah dasar sesebuah
masyarakat.Contohnya,sekularisme menyebabkan krisis intelektual dalam masyarakat yang
berpunca dari pendidikan dunia Islam yang tidak efektif menyatukan agama dan akademik di
dalam satu aliran.Kesan sekular ini Oleh itu, kesan ini dapat dikurangkan dengan Islamisasi
Ilmu secara dikaji berterusan diperhalusi agar tidak terikat dengan peradaban moden yang

11
sekular dan mengutamakan sesuatu dengan konsep ilmu islamisasi perlulah berteraskan akal
dan bahasa. (Luqman Zainal Abidin, 2020)

5.2 MELEMAHKAN ISLAM MELALUI PENDIDIKAN

Golongan liberalisme memperjuangkan dan mempertahankan hak-hak asasi manusia.Pada


10 Mac 2019 di Kuala Lumpur diadakan Perarakan Wanita Sedunia telah diadaka secara
besar-besaran dengan dihadiri 1000 orang penyokong golongan LGBT yang bertujuan untuk
mendapat tempat dalam kalangan rakyat seperti rakyat biasa.Selain itu, ideologi LGBT ini
muncul akibat kurang pendidikan dalam kalangan anak-anak muda yang ingin mencuba
perkara baharu.Sebagai gambaran, hubungan cinta sejenis yang mempersoalkan orientasi
seksual diri yang membawa kepada permulaan transgender.Para pemikir Islam Liberal
berpendapat, bahawa tidak ada alas an menolak homoseksual.Bagi mereka, penolakan dan
kritikan terhadap golongan yang bukan heteroseksual oleh golongan muslim harini ini
berdasarkan penafsiran sempit terhadap Islam.Hal ini dengan mereka memberi sokongan
kepada golongan ini dengan menganjurkan usaha-usaha untuk membela nasib dan
mempertahankan hak-hak sivil mereka.Agenda yang diutamakan ialah semua golongan
manusia dalam masyarakat Islam layak diberikan hak sama rata tanpa mengira jenis, fahaman
agama, budaya dan hidup seseorang.Contohnya pembukuan sebuah buku berjudul “Allah,
Liberty & Love” oleh Irshad Manji yang diterbitkan untuk menyokong golongan LGBT.
Oleh itu, sokongan secara terbuka ini membuktikan bahawa pendukung LGBT semakin ramai
dalam Malaysia akan tetapi Berjaya dikawal dibendung oleh pihak berkuasa daripada tersebar
secara meluas. (Ahmad Syafiq Yusof, 2022)

Golongan sekularisme mendatangkan kesan dalam pendidikan sama ada kepada individu,
masyarakat ataupun negara. Hal ini melalui sistem pendidikan barat yang tercemar dengan
sekularisme membentuk individu yang mengejar kekayaan material dan jauh dari ilustrasi
kerohanian.Tambahan pula, pendidikan agama juga diketepikan dengan meletakkan pada
akhir jadual waktu iaitu waktu yang kurang memberi impak kepada pelajar seperti lewat
petang. Sistem dualisme yang menjadikan akademik dan kerohanian dalam dua aliran
berbeza terbenuk setelah ilmu disekularasikan dengan mengikut falsafah barat, Hal ini akan
terus memesong dan menghapuskan agama dari jiwa manusia dan perkara yang paling
bahaya adalah mempengaruhi pemikiran anak muda. Penguasaan ilmu yang dan terbatas
dalam agama dan sains dapat menyebabkan penyelewegan. Oleh itu, fahaman sekularisme

12
ditolak oleh Islam atas dasar terdapat hubungkait dengan ateisme sebagai puncak pada
sekularisme. (Luqman Zainal Abidin, 2020)

5.3 MENGGUGAT KELUHURAN AGAMA ISLAM

Golongan liberalisme acap kali mempertikaikan institusi agama seperti Jabatan Kemajuan
Islam Malaysia (JAKIM) yang ditubuhkan bagi menggubal dan menyeragamkan undang-
undang syarak.Di samping itu, JAKIM jugak bertindak untuk menyeragamkan pentadbiran
Islam.Selanjutnya, menyelaraskan dan membangunkan pendidikan Islam merupakan antara
peranan JAKIM juga. Kontroversi yang timbul di antara institusi agama dengan golongan
lieralisme ialah golongan liberalism mendakwa penubuhan JAKIM sebagai tidak
berpelembagaan dan perlu dimansuhkan. Isu sedemikian sepatutnya tidak timbul kerana
JAKIM merupakan institusi yang ditubuhkan oleh kerajaan dan mengikut undang-undang
Islam.Golongan fahaman liberalisme ini meganggap undang-undang yang diperuntukkan dan
dimaktubkan telah ketinggalan zaman dan tidak sesuai digunapakai serta mengehadkan batas
umat Islam. Hujah kepada isu ini adalah songsang kerana Islam merupakan agama rasmi dan
diperuntukan dalam Perlembagaan Persekutuan sememangnya memberi manfaat kepada umat
Islam dan kelebihan kepada agama Islam sebagai agama Persekutuan di mana Yang di-
Pertuan Agong sebagai Ketua Agama Negara dan Raja-raja Melayu sebagai Ketua Agama di
Negeri-negeri. Oleh itu, sahih lagi nyata bahawa penubuhan JAKIM mengikut
perlembagaan.Kesinambungannya, pengikut fahaman liberalisme ini semakin berani untuk
memburukkan imej institusi undang-undang syariah, membebaskan umat Islam daripada
ikatan undang-undang kawalan moral yang bertunjangkan agama serta memperjuangkan
kebebasan berfikir secara mutlak dan menghapuskan keluhuran Islam dalam Perlembagaan
Persekutuan. Jika dibiarkan ianya dapat memberi kesan mudarat ke atas rakyat tanpa mengira
kaum dan agama. Makan, negara Malaysia bakal menjadi sebuah negara liberal seperti
Indonesia dalam segi kebebasan dalam keagamaan. (Ahmad Syafiq Yusof, 2022)

Penyokong dan penggerak fahaman sekularisme dapat memberi kesan kepada sesebuah
negara Islam.Namun begitu, di Malaysia juga tidak ketinggalan daripada timbulnya
permasalahan yang dibangkitkan dan diperjuangkan oleh golongan sekularisme secara
kehadapan. Namun, Institusi Keagamaan di Malaysia melarang fahaman ini. Negara
Malaysia sedang menghadapi kekangan dengan fasa pasca-sekularisme di mana struktur

13
organisasi agama tidak lagi dipandang sebagai medium yang tidak sah di dalam kacah politik
tanah air. Contohnya, pendokong dan penggerak Liberation Tigers of Tamil Eelam (LTTE)
yang berkonsepkan sekularisme yang sangat ekstrem dan radikal sehinggakan terdapat
pasukan yang hanya bertujuan membunuh diri demi mencapai hasrat mereka dan begitu juga
Hizbullah pada tahun 1983 yang menjadi rujukan kepada gerakan Islam radikal yang bersifat
sekularisme. Kesimpulannya, gerakan ini memperjuangkan ke arah Islam yang moden dan
bertujuan untuk menimbulkan keraguan dalam diri umat Islam di Malaysia secara amnya dan
dunia Islam secara umum. (Luqman Zainal Abidin, 2020)

6.0 CARA MENGATASI LIBERALISME DAN SEKULARISME

6.1 PENDIDIKAN YANG SEIMBANG DAN BERSEPADU

Seperti yang kita ketahui, Pendidikan di Malaysia masih mempunyai unsur liberalisme dan
sekularisme tidak kira besar mahu pun kecil pengaruhnya. Ini akan menyebabkan terlahirnya
ramai murid atau pelajar yang tidak mempunyai akhlak yang islamik dan berakhlak mulia
walaupun keputusan yang cemerlang dalam pelajaran masing-masing. Oleh itu, pendidikan
yang seimbang dan bersepadu perlulah diterapkan di dalam setiap institusi pendidikan dan
pembelajaran tidak kira segala peringkat sama ada dari peringkat rendah, menengah
sehinggalah ke peringkat institusi tinggi seperti universiti. Persoalannya, mengapakah
pendidikan yang seimbang dan bersepadu perlu dilaksanakan dan diterapkan?

Pendidikan yang seimbang diperlukan untuk memastikan keseimbangan murid dan pelajar
dalam aspek pendidikan, jasmani dan kerohanian. Oleh itu salah satu inisiatif yang dilakukan
oleh kerajaan di Malaysia ialah dengan mengimplimentasikan Pendidikan islam dalam
sekolah rendah dan menengah serta program yang berteraskan keagamaan dan kerohanian di
peringkat tinggi seperti program pembelajaran Fundamentals of Islam (CTU101) di
Universiti Teknologi MARA (UITM).

Pendidikan dalam Islam merangkumi segala aspek kehidupan duniawi mahu pun ukhrawi.
Dalam mendidik manusia, Islam mengambil kira hakikat kejadian manusia yang terdiri
daripada jasmani, akal dan jiwa, tanpa mengabaikan sebarang bahagian. Dengan itu, Islam
mendidik manusia secara menyeluruh - meliputi semua aspek kehidupannya sama ada
jasmani, akal dan jiwa atau kehidupan yang bersifat maddi dan maknawi. Di Malaysia,
matlamat dan hasrat pendidikan itu dapat dilihat dalam pembentukan sebuah falsafah

14
pendidikan kurikulum yang direka adalah selaras dengan maksud Falsafah Pendidikan
Kebangsaan (FPK) dan Falsafah Pendidikan Islam (FPI) iaitu untuk membentuk, membangun
dan mengembangkan potensi individu ke arah pembangunan insan yang seimbang dan
harmonis berlandaskan al-Quran dan al-Sunnah. (Ismail, et.al, 2015).

Kesepaduan dalam pendidikan pula membawa maksud pendidikan yang menyepadukan


ilmu fardhu ain dan ilmu kifayah. Dengan makna lain ilmu fardhu ain merupakan ilmu yang
wajib dipelajari oleh setiap individu. Konsep pendidikan bersepadu menurut adalah
merangkumi keseluruhan ilmu-ilmu pengetahuan iaitu ilmu dunia dan ilmu agama. Daripada
beberapa pengertian di atas, dapat dirumuskan bahawa integrasi pendidikan Islam merupakan
penyepaduan antara ilmu yang bermanfaat iaitu ilmu aqli dengan ilmu naqli. Ilmu aqli dalam
konteks ini merujuk kepada al-Quran dan al-Hadith. Manakala ilmu aqli merangkumi
beberapa ilmu seperti sains teknologi dan sains kemasyarakatan serta sains tabii (Ikwan, et.al
2021).

Objektif pendidikan bersepadu untuk membentuk keseimbangan akhlak dan pembangunan


rohani untuk mencapai ilmu yang menjadi matlamat dalam pencarian ilmu. Hal yang
demikian berlaku kerana konsep ilmu yang hanya bersandarkan rasional (akal), manakala
empirikal dan saintifik gagal menghasilkan manusia yang mempunyai nilai adab dan akhlak
yang tinggi. Pendidikan secara bersepadu mampu mendidik bukan sahaja akal tetapi hati
(spiritual intelligence) manusia untuk mengakui adanya Pencipta dengan penyaksian kepada
bukti kewujudan-Nya melalui pengajian ilmu intelektual (Ikwan, et.al, 2021).

Konsep pendidikan bersepadu berteraskan empat elemen yang penting iaitu; kreativiti
(creativity), refleksi (reflectivity), bekerjasama (reciprocity) dan bertanggungjawab
(responsibility). Elemen-elemen ini menjadi tunjang pembentukan kesepaduan ilmu dari
sudut inovasi dan teknologi iaitu keberjayaan aplikasi pendidkan bersepadu (Maimun Aqsha
2015). Menurut Maimun (2015) dalam membentuk teknologi dan inovasi pendidikan
berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran bersepadu, pemfokusan terhadap empat elemen
ini diperlukan oleh pendidik bagi mencapai matlamat kesepaduan antara kurikulum, strategi,
pendekatan, kaedah pengajaran, teknik pengajaran dan aspek penilaian (Ikwan, et.al, 2021).

Perkataan kreativiti (creativity) yang berasal daripada Barat bermaksud keupayaan


mencipta atau daya cipta. Difahamkan bahawa kreativiti merupakan keupayaan menjana idea
dan pemikiran kreatif untuk menghasilkan kerja pelbagai bentuk dan teknologi. Hal ini
bersesuaian dengan firman Allah bermaksud dalam surah al-An’am, ayat 50, “Adakah sama

15
keadaan orang yang buta dengan orang yang melihat?” Melalui ayat ini, Allah S.W.T
menerangkan bahawa manusia yang berfikiran kreatif akan menghasilkan kerja yang berbeza
dengan orang lain. Daripada ayat ini, umat Islam disarankan untuk mengambil pengajaran
dan kemajuan orang lain bagi memajukan diri, agama bangsa dan negara (Ikwan, et.al, 2021).

Elemen yang kedua ialah elemen refleksi (reflectivity). Elemen ini merupakan cetusan
idea Dewey (1933) yang dikemukan dalam bukunya “How We Think”. Elemen refleksi dari
sudut pandangan Islam merupakan muhasabah diri atau membuat timbal balik. Dalam
pendidikan, elemen ini dapat diterapkan berdasarkan teknologi digital. Konsep elemen ini
akan menghasilkan mutu kerja yang lebih baik dari masa ke semasa. Muhasabah diri dan
kerjaya dalam segala aktiviti dan tindakan akan menjadikan murid dan pelajar sedar bahawa
pentingya sebagai muslim untuk menjadi seorang yang berjaya di dunia dan diakhirat. Justeru
itu, dalam konteks amalan pengajaran dan pembelajaran konsep refleksi ini hendaklah
sentiasa diaplikasikan supaya pensyarah dan pelajar sentiasa memperbaiki hasil kerja
berinovasi dari masa ke semasa (Ikwan, et.al, 2021).

Elemen kerjasama (reciprocity/cooperation) adalah elemen yang ketiga. Pembentukan


kerjasama dalam organisasi dianggap sebagai satu elemen penting untuk menghasilkan
sesuatu inovasi. Elemen ini perlu ditekankan dalam sesebuah organisasi secara bersama-sama
dalam komuniti sepertimana yang disarankan oleh Serdyukov (2017). Dalam pendidikan,
guru tidak boleh bekerja bersendirian tanpa pelajar dan pelajar perlu mempunyai komuniti
dalam membentuk pembelajaran aktif dan proaktif. Kerjasama dengan pelajar sebagai co-
creator selari dengan konsep inovasi hidup. Pendekatan teknologi membantu kerjasama
antara pelbagai pihak dapat diurus dengan cepat dan mudah di mana-mana dan bila-bila masa
sahaja. Daripada kumpulan kerjasama yang dibina akan melahirkan hasil kerja yang baik dan
akan mengelakkan ideologi sekularisme berleluasa dalam pelbagai sektor terutamanya sektor
pendidikan (Ikwan, et.al, 2021).

Elemen yang terakhir iaitu bertanggungjawab (responsibility). Elemen ini didefinisikan


Kamus Dewan edisi keempat (2010) dengan maksud kewajipan yang dipikul oleh seseorang.
Tanggungjawab setiap manusia pada pelbagai cabang iaitu tanggungjawab terhadap pencipta,
manusia dan alam. Manakala bertanggungjawab dalam pendekatan teknologi dilihat melalui
apa-apa yang dilaksanakan melalui aplikasi yang digunakan dan bertanggungjawab pada hasil
kerja (Ikwan, et.al, 2021).

16
Elemen-elemen ini penting disepadukan bagi membangunkan insan agar tidak berlaku
kepincangan kejadian terhadap makhluk ciptaan Allah s.w.t. Dijelaskan oleh Tajul Ariffin
Noordin (1993) bahawa ketidakseimbangan elemen-elemen ini akan membawa kepada
golongan manusia yang pelbagai terutamanya golongan liberalisme dan sekularisme.
Sebaliknya, pendidikan yang hendak dihasilkan melalui ialah satu golongan manusia sahaja
iaitu manusia yang bergelar insan terangkum padanya nilai-nilai murni sama ada aspek
rohani, emosi, jasmani dan pemikirannya. Kesemua elemen inilah yang menjadikan manusia
itu sebaik-baik kejadian (Ikwan, et.al, 2021).

Izharlah, penyeimbangan dan kesepaduan dalam pendidikan merupakan salah satu cara
untuk membendung ideologi liberalisme dan sekularisme daripada tersebar ke masyarakat
terutamanya golongan muda dan belia.

6.2 KEMBALI KEPADA AJARAN ISLAM YANG SEBENAR

Pelbagai kaedah dilakukan bagi mengatasi fahaman ini dari terus membawa bencana dan
mengotorkan kesucian dan kebenaran agama Islam. Antara usaha yang boleh dilakukan
dalam mengatasi dan mendepani ajaran liberalism dan sekularism ialah melalui umat Islam
kembali kepada ajaran Islam yang sebenarnya. Pendekatan ini dapat dilakukan dengan usaha
dan stratergik dakwah yang boleh dilakukan oleh agensi-agensi agama serta pendakwah masa
kini sebagai usaha sama dalam menangani serta menangkis ancaman aliran pemikiran
tersebut sama ada di peringkat bawahan sehinggalah ke peringkat nasional. Hal ini dengan
masyarakat perlulah mempelajari ilmu agama dengan guru-guru agama yang mempunyai
tauliah dan berautoriti. Contohnya, penceramah yang mendapat tauliah daripada Majlis
Agama Islam Negeri masing-masing. Oleh itu, dapatlah dijadikan sebagai benteng daripada
masyarakat Islam terpedaya dengan corak pemikiran liberalism dan sekularism. Natijahnya,
Masyarakat juga perlulah memainkan peranan yang efektif pada agama dan ambil tahu bukan
untuk diri sendiri sahaja malah saling mengingatkan antara sesama umat tentang bahayanya
fahaman ini dan betapa pentingnya untuk kembali dan memahami ajaran Islam yang sebenar.

Firman Allah SWT dalam Surah al-Baqarah, ayat 208 yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam agama Islam secara
kesuluruhan (dengan mematuhi segala hukum hakamnya) dan janganlah kamu menurut jejak

17
langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh bagi manusia yang terang dan nyata”.
(Selangor, 2022)

6.3 MENGADAKAN PELBAGAI JENIS AKTIVITI KEAGAMAAN

Selain itu, cara lain untuk mengatasi masalah liberalisme dan sekularisme di Malaysia
adalah dengan mengadakan sesi ceramah, program agama, forum, dan seminar di dewan atau
tempat beribadat seperti masjid dan surau. Pendekatan seperti berikut dijadikan sebagai usaha
atau kaedah dakwah yang patut dilakukan oleh mana-mana agensi agama atau kerajaan serta
para intelektual di negara ini. Agensi-agensi agama seperti Gabungan Dakwah Malaysia
(GDM), Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dan lain-lain lagi perlu memainkan
peranan yang berat dalam menganjurkan program yang membincangkan tentang masalah-
masalah seperti ancaman liberalisme dan sekularisme dalam Islam. Program yang dianjurkan
perlu terbuka kepada semua peringkat umur supaya dapat meningkatkan lagi kesedaran
tentang perkara-perkara yang boleh menjatuhkan syariat agama Islam. Seterusnya, institusi-
institusi pengajian tinggi juga bertanggungjawab dalam memupuk mahasiswa agar
melibatkan diri secara langsung di dalam program-program keagamaan. Hal ini bertujuan
supaya mahasiswa mendapat pendedahan awal terhadap masalah leberalisme dan sekularisme
yang terdapat di Malaysia. Pendedahan awal yang diberikan kepada mahasiswa dapat
dijadikan sebagai benteng diri supaya dapat mengelak daripada termakan dengan ideologi-
ideologi mereka yang sesat. Sekiranya golongan muda terikut dengan fahaman liberalisme
dan sekularisme ini. Ia akan memberikan impak negatif dalam tempoh masa yang panjang
kerana golongan muda merupakan pewaris kepada kepimpinanan negara yang akan datang.

18
7.0 KESIMPULAN

Melalui kajian kami seperti di atas, kami ingin membuat pengitlakan layar padau mauduk
ini kepada satu topik perdana iaitu menangani ancaman liberal dan sekularisme. Menyedari
hakikat melentur buluh biarlah dari rebungnya, ibu bapa perlu memainkan peranan yang
penting dalam mengindoktrin pucuk-pucuk muda ke arah yang benar. Rentetan daripada
anak-anak yang diibaratkan sebagai kain putih dan ibu bapalah yang akan mencorakkannya.
Hal ini bagi memastikan prinsip amar makruf nahi munkar dalam diri masyarakat dapat
dikukuhkan bermula dari kecil lagi.

Lain daripada itu, setiap masyarakat perlu bersinergi memegang pena untuk mencari solusi
yang terbaik demi membendung polemik ini daripada terus merebak menjadi parah. Sikap
tanggungjawab bersama perlu wujud dalam diri setiap masyarakat bagi memastikan kesatuan
ummah diperkukuh. Setiap individu memainkan peranan yang penting dalam memberi
sumbangan dan menyokong usaha-usaha yang dijalankan oleh pelbagai pihak yang
menyokong dasar bagi membendung ancaman liberal dan sekularisme.

19
RUJUKAN

Ahmad Munawar Ismail. et.al (2019). Liberalisme dan Pemikiran Pemimpin Muslim di
Malaysia. Journal Islamiyyat 41(2) 39 – 49.

Ahmad Yumni Abu Bakar. et.al (2014). Menjawab Islam Liberal.Kuala Lumpur:
Perpustakaan Negara Malaysia.

Aziz, A. (2016). Isu-isu agama dan sekularisme dalam ruang sosio-politik di


Malaysia. Jurnal Geografia, 12(14), 64-69.

Ahmad Syafiq Yusof, S. S. (2022, March). PERANAN PEMIMPIN MUDA ISLAM.


LIBERALISME, 70-72.

Dr. Danial Zainal Abidin. (2003), Kit Kombat Islam untuk Remaja. Pahang: PTS
Publications & Distriburors Sdn. Bhd.

Earnie Elmie Hilmi, Kamarudin Salleh & Nur Farhana Abdul Rahman. 2019. Faktor-
faktor pengaruh penyebaran pluralisme agama di Malaysia. BITARA International Journal of
Civilizational Studies and Human Sciences 2(1):099-110.

7 Jalaluddin Rakhmat, “Tinjauan Kritis atas Sejarah Fiqh: Dari Fiqh al-Khulafa’ al-
Rasyidin Hingga Madzhab Liberalisme,” dalam Budy Munawar-Rachman ed.
Kontekstualisasi Doktrin Islam Dalam Sejarah (Jakarta: Paramadina, 1994), 290.

Jalaluddin Rakhmat, “Tinjauan Kritis atas Sejarah Fiqh, 299

Luqman Zainal Abidin, K. K. (2020, November). Sekularisme, Faktor dan Kesan.


International Journal of Muamalat, 4, 167-169. Retrieved from
https://ijm.unishams.edu.my/images/pdf_file/2020/sub_folder/all_journal_IJM-162-173_-
Sekularisme_Faktor_dan_Kesan.pdf

LIBERAL, M. I. (2013). PENGAJIAN ISLAM DI IPT MALAYSIA DALAM. Jurnal


Hadhari, 5(1), 37-53.

20
Mohd Zaidi Abdullah (2000), Pegangan Sejati Ahli Sunnah Wal Jamaah. Kuala Lumpur:
Syathariah Niaga Sdn Bhd

Salleh, N. M., Haridi, N. H. M., Ismail, A. M., & Noor, M. S. M. (2021). Modus Operandi
Gerakan Liberalisme di Malaysia. International Journal of Interdisciplinary and Strategic
Studies, 2(2), 96-103.

Selangor, M. A. (2022, November 16). Persoalan berkaitan liberalisme. Retrieved from


Portal Rasmi Majlis Agama Islam Selangor: https://www.mais.gov.my/persoalan-berkaitan-
liberalisme/

Tamim Ansary (2014) Sejarah Dunia Dari Sudut Pandang Islam.Terj. Asmadi Zain.
Kajang: JS Adiwarna Publications &Distributors Sdn Bhd.

Yahkup, M. F. M., Abdullahb, N. S., & Zainic, F. H. (2019). Sekularisme dan Kesannya
Terhadap Sistem Pendidikan Negara Malaysia. In Conference Proceedings of International
Seminar on Global Issues (ISGI 2019) (p. 205-212).

https://ijm.unishams.edu.my/images/pdf_file/2020/sub_folder/all_journal_IJM-162-
173_-Sekularisme_Faktor_dan_Kesan.pdf
https://journal.unisza.edu.my/inspire/index.php/inspire/article/view/13/17

21
.

22

Anda mungkin juga menyukai