Anda di halaman 1dari 9

‫الرخص ال تناط ابملعاصي‬

RUKHSAH TIDAK BOLEH


DIHUBUNGKAIT DENGAN MAKSIAT
KUMPULAN 1

NAMA AHLI NO. MATRIK

Muhammad Zawawi Bin Dun Ahmad 0192103035

Nabil Bin Rodney 0192103029

Muhammad Firas Aiman Bin Basir 0192103030

Ya Zulkifli 1192102010

Muhamad Shairazi Bin Suhaimi 0191103111

Mochamad Ibnu Rusyd Alfarabi 1192102012

Nama Pensyarah : Ustaz Mohd Shauqi Saiful Suhardi


HURAIAN KAEDAH

‫إن هللا حيب أن تؤتى رخصته كما يكره أن تؤتى معصيته‬


“Sesungguhnya Allah suka jika keringanannya dilaksanakan, sebagaimana Dia benci jika
maksiat dikerjakan.”
(HR.Ibnu Hibban)
kaedah ini bermaksud ruhksah atau keringanan itu tidak dikaitkan dengan maksiat kerana
rukhsah itu dibenarkan disebabkan ada sesuatu yang lain. Adapun jika dikaitkan dengan yang
perbuatan haram atau maksiat maka rukhsah tidak dibenarkan.
RUMUSAN KAEDAH

1. Jika seseorang keluar atau musafir dengan tujuan yang diharuskan


maka ia diberikan rukhsah contohnya harus jama’ dan qasar solat
dan rukhsah-rukhsah lain yang dibenarkan ketika musafir.
2. Keringanan atau rukhsah tidak dibolehkan bagi orang yang
bertujuan melakukan maksiat contohnya seseorang yang
bermusafir untuk pergi mencuri. Maka ia tidak dibenarkan
KAITAN KAEDAH

‫الرخص ال يتعدى هبا مواضعها‬


Maksudnya:Ruhksah itu tidak boleh melampau daripada skop-skopnya.

‫كل طاعة ال تصل إليها إال مبعصية ال جيوز اإلقدام عليها‬


Maksudnya:Setiap ketaatan yang tidak dapat dicapai kepadanya kecuali
dengan melakukan maksiat maka tidak harus melaksanakannya.
HUKUM FURUK
1. Seseorang musafir dengan tujuan hendak berjudi. Kemudian dia
kalah dalam permainan judi dan segala harta dan duitnya habis
ketika itu. Dia dikira berdosa jika memakan bangkai atau daging
babi untuk menyelamatkan dirinya daripada mati kebuluran kerana
dia keluar musafir atas dasar maksiat.
2. seseorang musafir atas dasar kebajikan atau urusan lain yang
diharuskan bersafar namun di pertengahan jalan dia melakukan
maksiat, dia masih dikira musafir atas dasar perkara yang
diharuskan kecuali dia mengubah niatnya kepada tujuan maksiat.
3. Isteri yang musafir atau keluar rumah kerana Nusyuz ( )‫نشوز‬atau
derhaka kepada suaminya maka dia dikira sebagai musafir
maksiat.Sepanjang tempoh musafirnya dia tidak berhak untuk
medapatkan sebarang rukhsah.
PENGECUALIAN DARIPADA KAEDAH

‫وهل يجوز للعاصي بسفره مسح المقيم؟‬


Seseorang yang bermusafir untuk tujuan maksiat,apakah dia boleh menyapu
khuf sebagaimana orang yang bermukim iaitu sehari semalam?
:‫وجهان‬
ada dua pendapat:
‫ألن ذللك جائز بال سفر‬.‫أصحهما نعم‬
Pendapat pertama dia harus berbuat demikian yakni dia boleh menyapu khuf
untuk sehari semalam kerana perkara tersebut sememangnya diharuskan sama
ada ketika musafir ataupun bermukim.Ini adalah pendapat yang kuat.
:‫وجهان‬
ada dua pendapat:

‫ألن ذللك جائز بال سفر‬.‫أصحهما نعم‬


Pendapat pertama dia harus berbuat demikian yakni dia boleh menyapu khuf
untuk sehari semalam kerana perkara tersebut sememangnya diharuskan sama
ada ketika musafir ataupun bermukim.Ini adalah pendapat yang kuat.

.‫كأكل امليتة‬، ‫ تغليظا عليه‬، ‫ال‬:‫والثاين‬


Pendapat kedua tidak harus atau tidak dibenarkan menyapu khuf kerana untuk
membebankannya dan juga menakutkannya sebagaimana dia diharamkan
untuk memakan bangkai ketika kelaparan yang terlampau ketika musafir
dalam tujuan maksiat begitu juga dia tidak dibenarkan untuk menyapu khuf.

SEKIAN DARI KAMI
TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai