Anda di halaman 1dari 22

1.

PENDAHULUAN Matlamat utama pendidikan akidah Islam ialah mendidik manusia supaya mengakui keesaan dan ketunggalan Allah swt sebagai tuhan yang wajib disembah. Tiada sekutu bagiNya. Ini dijelaskan oleh Allah swt dalam firmanNya yang bermaksud :

"Katakanlah (wahai Muhammad) Dia ialah Allah Yang Maha Esa. Allah menjadi tumpuan sekelian makhluk untuk memohon sebarang hajat. Ia tiada beranak dan tidak diperanakkan. Dan tidak ada sesiapa yang setara denganNya" (al-Ikhlas : 1-4) Ayat di atas mendidik manusia supaya mengaku keesaan dan kekuasaan Allah swt. Ayat ini diturunkan di Makkah di awal perkembangan Islam. Oleh kerana akidah merupakan asas kepada kekuatan dan pembinaan Islam sebagai al-Din maka wahyu-wahyu yang terawal yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w menjurus kepada pendidikan Akidah bagi menanam keyakinan yang teguh dalam jiwa manusia tentang keesaan Allah swt. Selama ini, kita seakan-akan telah bertauhid iaitu mengesakan Allah swt. Tetapi, apakah penauhidan itu benar-benar mengakar dalam praktik kehidupan kita? Masih susah memastikannya. 2

Dari sini terlihat, bahawa sebenarnya, telah terjadi pemisahan besar, antara pengesaan kita terhadap Allah s.w.t pada level akidah ketuhanan (tauhid uluhiyah), dengan penauhidan kita terhadap Allah s.w.t dalam susah-senang kehidupan (tauhid Rububiyah). Keduanya ternyata saling mensyaratkan keyakinan kita kepada Allah s.w.t sebagai Tuhan, harus diiringi dengan keyakinan bahawa Allah s.w.t-lah yang mengatur, mengurusi, dan membimbing segenap praktik hidup, mulai dari soal rezeki, karier, jodoh, nasib, cita-cita, dan sebagainya. Jadi, menurut hikmah ini, seorang muslim belum bertauhid, selama ia masih meyakini bahawa kerjanya itulah (bukan Allah swt) yang memberi rezeki. Allah berfirman : Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami memohon pertolongan [Q.S. Al-Fatihah : 5 ] Ayat ini menerangkan pengakuan orang-orang beriman bahawa mereka hanya menyembah Allah dan hanya memohon pertolongan kepada Allah. Meskipun singkat ayat ini menerangkan tentang kedua bentuk tauhid dalam agama Islam, pertama Tauhid Uluhiyyah dan kedua Tauhid Rububiyyah. Tauhid Uluhiyyah ada pada ayat Hanya Engkau-lah yang kami sembah dan Tauhid Rububiyyah ada pada ayat Hanya kepada Engkau-lah kami memohon pertolongan . Ayat ini mengandungi makna bahawa orang-orang beriman adalah orangorang yang mempersembahkan ibadah hanya kepada Allah sahaja, dan apabila memohon pertolongan hanya kepada allah sahaja. Bagi mereka Allah adalah yang dituju di dalam hidup. Apa pun yang dilakukan, dimana pun berada, bila pun masanya, tidak boleh lepas daripada perhubungan dengan Allah, Allah adalah yang sentiasa diingat, dan diharap, disanjung, dan diagong, dicintai, dan dipuji. Sesungguhnya kita datang daripada Allah dan akan kembali kepada Allah. Bererti hidup itu sebenarnya adalah hidup bersama dengan Allah dan kerana Allah.

2. 0

TAUHID ULUHIYYAH DAN TAUHID RUBUBIYYAH. 2.1 Definisi Tauhid Uluhiyyah Tauhid secara bahasanya ialah pengesaan. Mentauhidkan Allah bermakna mengesakan Allah ; iaitu memperakui bahawa Allah adalah Tuhan Yang Maha Esa, tidak ada sekutu bagi-Nya, Dia-lah yang memiliki segala yang ada, Dia-lah yang patut dipuji, Dia-lah Yang Menghidupkan dan Mematikan dan Dia-lah Yang Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu. Tauhid Uluhiyyah ini dikenali juga dengan Tauhid Ubudiyyah. Lawan daripada tauhid adalah syirik. Syirik secara bahasanya bermakna penyekutuan. Mensyirikkan Allah bermakna menyekutukan Allah ; iaitu mempercayai bahawa Allah memiliki sekutu, mempercayai bahawa ada tuhan selain Allah yang memiliki kuasa sama seperti Allah. Syirik di dalam Islam adalah perbuatan yang paling tercela dan pelakunya menanggung dosa yang paling besar, apabila tidak bertaubat maka akan menerima azab yang paling dasyat. Kata Uluhiyyah pula secara bahasanya bermakna Ketuhanan diambil daripada kata Ilaah yang bermakna Tuhan. Ketuhanan yang dimaksudkan oleh kata Uluhiyyah adalah Ketuhanan Allah sebagai Tuhan yang ditujukan ibadah kepadaNya. Maka makna Tauhid Uluhiyyah adalah memperakui Allah dengan pengakuan yanh kukuh bahawa Dia-lah Tuhan Yang Maha Esa yang ditujukan ibadah kepadanya. Ibadah secara bahasanya bermakna tunduk dan patuh.

Secara istilahnya pula ibadah adalah kepatuhan kepada Allah dengan cara mengikuti perintah-Nya dengan kesukaan dan keikhlasan hati. Umpamanya, Allah memerintahkan kita supaya mendirikan solat, lalu kita pun tunduk dan patuh iaitu kita mengikuti perintah tersebut dengan hati yang suka dan ikhlas, tidak sedikit pun enggan dan merasa terpaksa, maka bererti kita telah beribadah kepada Allah beribadah dengan mendirikan solat. Demikianlah pada perintah-perintah yang lainnya. Inilah yang dinamakan dengan Tauhid Uluhiyyah. Banyak ayat-ayat al-Quran yang menyebut tentang tauhid Uluhiyah ini. Antaranya firman Allah yang bermaksud:


"Tidakkah engkau perhatikan bahawa Allah swt menciptakan langit dan bumi dengan sebenarnya". Jika ia mengkehendaki, kamu dimusnahkanNya dan digantiNya dengan makhluk yang baru". (Ibrahim 14 : 19)

Firman Allah swt lagi yang bermaksud:

"Dia menciptakan beberapa langit tanpa tiang yang kamu lihat, dan Dia mengadakan gunung-ganang di muka bumi supaya jangan ia bergoyang-goyang bersama kamu dan Dia menyebarkan di muka bumi bermacam-macam haiwan. Kami turunkan air hujan dari langit lalu Kami tumbuhkan di muka bumi bermacammacam tumbuhan yang baik". (Luqman 31:10) Dalam beberapa ayat yang lain Allah swt menyebut bahawa orang-orang kafir juga percaya kepada Rububiyah Allah swt dengan mengaku bahawa Allah swt adalah pencipta langit dan bumi. Firman Allah swt yang bermaksud:

"Dan jika kamu bertanya kepada mereka (orang-orang kafir yang menyembah berhala itu) siapa yang menciptakan mereka, nescaya mereka menjawab: Allah swt! maka bagaimanakah mereka dapat dipalingkan". (al-Zukhruf : 87)

Maksud firman Allah swt lagi:

"Dan jika kamu menanyakan kepada mereka : Siapakah yang menurunkan air dari langit lalu menghidupkan dengan air itu bumi sesudah matinya". Tentulah mereka akan menjawab : Allah swt". (al-Ankabut : 63)

2.2

Erti Beriman kepada Tauhid Uluhiyyah Beriman kepada Uluhiyyah Allah bererti beriktikad bahawa hanya Allah berhak disembah, dicintai, dipatuhi, dan ditumpui, untuk meminta. Ini bererti meletakkan seluruh percakapan, perbuatan, dan tingkah laku di atas, petunjuk dan perintah Allah semata-mata. Tauhid Uluhiyyah juga menuntut seseorang meyakini kemutlakan kekuasaan Allah atas segala sesuatu di dalam alam semesta ini. Keyakinan ini menetapkan bahawa hanya Allah berhak untuk membuat hukum dan peraturan bagi seluruh makhluk yang dicipta-Nya. Beriman kepada Tauhid Uluhiyyah bermaksud menolak segala selain Allah dan mengakui serta menghayati sepenuhnya kalimah Lailahaillalah, kerana Tauhid Uluhiyyah inilah, maka Allah telah mengutuskan Rasul-rasulnya-Nya. Pengertian tauhid Uluhiyyah ini ialah mengesakan (Ifrad) Allah dengan ibadah, taat sepenuhnya, tunduk kepada-Nya, tidak menyembah kecuali Ia sahaja, tidak syirik kepada-Nya dengan sesuatu baik di langit atau di bumi. Tauhid (pengesaan) tidak tercapai selagi tauhid Uluhiyyah ini tidak dihimpun sama dengan tauhid Rububiyyah, kerana dengan tauhid Rububiyyah sahaja tidak mencukupi, dan orang-orang Arab Musyirikin telah pun mengakuinya. Oleh itu, mereka adalah bukan Muslim kerana mereka menyekutui Allah sedangkan Allah tidak menurunkan sebarang dalil pun untuk membenarkannya. Mereka menyembah Tuhan-tuhan lain bersama Allah dan menyangka Tuhan-tuhan itu boleh mendampingi mereka dengan Allah sebagai perantaraan (zulfa) yang boleh member pertolongan untuk mereka. Orang-orang Nasrani tidak mengingkari Allah itu Tuhan langit dan bumi tetapi mereka menyekutui-Nya dengan menganggap Al-Masih (Isa) sebagai Tuhan selain Allah. Al-Quran menjelaskan bahawa mereka semua adalah orang-orang kafir, diharamkan masuk syurga dan kekal di dalam neraka.

Sejak dahulu lagi mereka sesat dalam tauhid ini dan menyembah pelbagai tuhan selain Allah. Kaum Nabi Nuh menyembah Wadd, Suwa, Yaghuts, Yauq, dan Nasr. Kaum Nabi Ibrahim menyembah berhala, orang-orang Purba Mesir, menyembah anak lembu, orang Sabak menyembah matahari, golongan Sabiun menyembah bintang, orang-orang Majusi menyembah api, orang-orang Arab menyembah berhala dan batu, orang-orang Nasara, menyembah Al-Masih dan ibunya, serta menyembah ketua agama, dan para pendeta selain Allah. Mereka semua adalah musyrikun (orang-orang yang syirik) kerana mereka tidak mengesakan Allah dalam ibadah.

2.3

Definisi Tauhid Rububiyyah. Kata Rububiyyah pula secara bahasanya bermakna Ketuhanan, diambil daripada kata Rabb yang bermakna Tuhan. Ketuhanan yang dimaksudkan oleh kata Rububiyyah adalah Ketuhanan Allah sebagai Tuhan yang mencipta alam ini, mangaturnya, mentadbirnya, memeliharanya, termasuk diri manusia itu sendiri. Makna Tauhid Rububiyyah adalah memperakui Allah dengan pengakuan yang kukuh bahawa Dia-lah Allah Tuhan Yang Maha Esa yang menciptakan alam ini, mengatur dan mentadbirnya, memelihara dan melindunginya, menghidupkan dan mematikan, mendatangkan manfaat dan menolak mudarat, menyembuhkan dan menguatkan dan menenangkan, menyelamatkan dan membahagiakan. Umpamanya, kita sakit, lalu kita pun memohon pertolongan kepada Allah. Kita berdoa supaya Allah menyembuhkan penyakit yang kita deritai. Sesungguhnya, Allahlah yang menetapkan kita sakit dan Allah pula yang menyembuhkannya. Di samping itu, kita juga berusaha pergi berjumpa doktor 9

dan makan ubat sebagai kepatuhan kepada Allah kerana Allah melarang kita berdiam diri apabila diuji dengan sakit. Inilah yang dinamakan Tauhid Rububiyyah. Di antara ayat al-Quran yang membicarakan tentang Uluhiyyah Allah swt adalah seperti berikut. Firman Allah swt yang bermaksud:


"Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkaulah kami memohon pertolongan" (al-Fatihah : 5) 2.4 Erti Beriman dengan Tauhid Rububiyyah. Beriman kepada tauhid Rububiyyah bererti mempercayai Allah sebagai Rabb atau Pencipta dan Penguasa terhadap sesuatu. Ini juga mengimani bahawa tidak ada saingan dalam Pemerintahan-Nya. Allah adalah pemberi segala-gala dan tidak ada siapa yang dapat melakukan sesuatu kebaikan atau keburukan melainkan dengan izin-Nya. Beriman dengan tauhid Rububiyyah juga bererti beriktikad bahawa Allah ialah Tuhan yang mencipta alam, mentadbir, memilikinya, member rezeki, segala-galanya di bawah pengetahuan, kehendak dan kebijaksanaan-Nya yang tidak terhingga. Fitrah insaniyyah sedi mengenali dan mengakui rububiyyah Allah. Oleh sebab kesan fitrah inilah, walau sejauh mana sekalipun seseorang itu melafazkan keingkarannya 10

terhadap rububiyyah Allah, ketika dalam keadaan yang tersepit ia tetap akan kembali merayu kepada Allah. Jadi tauhid Rububiyyah merupakan pengakuan tegas, mantap, penuh yakin, dan jazam bahawa Allah adalah Tuhan yang Asa, pencipta dan pengatur seluruh perubahan dan peredaran alam. Di atas ketentuan-Nyalah beredarnya cakerawala yang besar dan taburan pasir dan debu di permukaan bumi. Dari keimanan ini, lahir pula tauhid Uluhiyyah dalam bentuk keimanan dan pengakuan bahawa yang wajib disembah hanyalah Allah pencipta alam. Makhluk selain daripada Allah tidak berhak untuk disembah dan ditaati. Sebab itulah dalam ayat-ayat yang berhubung dengan tauhid Uluhiyyah sering terdapat juga tauhid Rububiyah. Tauhid dari jenis ini tiada seorang pun yang memungkirinya kecuali golongan materialis dan ateis yang mengingkari wujudnya wujudnya Allah seperti golongan addabriyyin dahulunya dan golongan komunis pada zaman ini. Demikian juga materialis (athanawiah) mempercayai ala mini mempunyai du tuhan, Tuhan Cahaya, dan Tuhan Gelap. Manakala sebahagian besar orang-orang musyrikin mengakui dan mengiktiraf tauhid Rububiyyah ini. Orang-orang musyrikin mengakui bahawa mereka tetap mengiktiraf ketuhanan Allah bagi ala mini dan urusan pentadbiran-Nya. Sepatutnya keimanan mereka terhadap ketuhanan (Rububiyyah) Allah ini membawa mereka kepada menyembah Allah yang Esa tanpa penyekutuan dalam pengabdian mereka. Malangnya mereka ingkar terhadap tauhid Ilahiyyah dan Uluhiyyah. 3.0 KEPENTINGAN TAUHID ULUHIYYAH DAN TAUHID RUBUBIYYAH DALAM KEHIDUPAN. Tauhid Uluhiyyah dan Tauhid Tububiyyah amat penting sekali di dalam hidup kerana tanpanya hidup ini adalah hambar dan akan menjadi sia-sia, bahkan bukan hanya setakat itu, tanpanya, hidup ini berada dalam kesengsaraan dan akan diseksa. 11

Mengapa demikian ? Sebabnya adalah kerana tujuan hidup manusia adalah untuk mentauhidkan Allah, Allah berfirman : Mafhumnya : Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku.(56) Aku tidak menghendaki rezeki sedikit pun daripada mereka dan Aku tidak menghendaki supaya mereka memberi Aku makan.(57) Sesungguhnya Allah Dialah Maha Pemberi rezeki Yang Mempunyai Kekuatan lagi Sangat Kukuh. [Q.S. AzZuriyyat : 56-58) Ayat ini menerangkan dengan jelas bahawa hidup manusia bukan untuk makan dan minum, berkeluarga dan beranak-pinak, mengejar dunia dan kemasyhuran. Sesungguhnya hidup manusia diciptakan untuk mentauhidkan Allah. Memang kita perlu makan dan minum, berkeluarga dan beranak-pinak, mengejar dunia dan lain sebagainya, tetapi semua itu bukan-lah tujuan. Semua itu hanyalah alat (sarana) untuk sampai kepada tujuan. Tidak ada kebaikan semua itu kalau ia menghalang kita untuk sampai ke tujuan. Maka orang yang bijak tidak akan tergoda dengan mewahnya kenderaan, dengan moleknya jalan, dengan indahnya pemandangan di kiri-kanan, kalau semua itu menghalangnya untuk sampai ke tujuan. Namun kalau semua itu membolehkan untuk lebih cepat sampai ke tujuan maka ia menjadi bernilai dan bermakna. Jadi di saat tujuan hidup tidak tercapai maka gagal-lah di dalam hidup. Kegagalan itu-lah yang membawa kepada kesengsaraan.

Maka di dalam Al-Quran kita menjumpai Allah berulang-kali memperingatkan manusia supaya jangan lalai daripada tujuan ; Allah berfirman : Mafhumnya :Hai manusia, ingatlah akan ni`mat Allah kepadamu. Adakah pencipta selain Allah yang dapat memberikan rezeki kepada kamu dari langit dan bumi? Tidak

12

ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia; maka mengapakah kamu berpaling (dari ketauhidan)? [Q.S. Faathir : 3] Dalam ayat yang lain Allah berfirman : Mafhumnya : Allah-lah yang menjadikan malam untuk kamu supaya kamu berehat padanya; dan menjadikan siang terang benderang. Sesungguhnya Allah benar-benar mempunyai karunia yang dilimpahkan atas manusia, akan tetapi kebanyakan manusia tidak bersyukur.(61) Yang demikian itu adalah Allah, Tuhanmu, Pencipta segala sesuatu, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; maka bagaimanakah kamu dapat dipalingkan?. [Q.S. Ghaafir : 61-62] Orang yang berpaling daripada tujuan hidup maka akan mendapatkan penghidupan yang sempit dan sengsara, di akhirat pula akan menerima azab yang lebih berat dan lebih dahsyat, Allah berfirman : Mafhumnya : Dan sesiapa berpaling dari peringatan-Ku, maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit, dan Kami akan menghimpunkannya pada hari kiamat dalam keadaan buta".(124) Berkatalah ia: "Ya Tuhanku, mengapa Engkau menghimpunkan aku dalam keadaan buta, padahal aku dahulunya adalah seorang yang melihat?"(125) Allah berfirman: "Demikianlah, telah datang kepadamu ayat-ayat Kami, maka kamu melupakannya, dan begitu (pula) pada hari ini kamu pun dilupakan".(126) Dan demikianlah Kami membalas orang yang melampaui batas dan tidak percaya kepada ayat-ayat Tuhannya. Dan sesungguhnya azab di akhirat itu lebih berat dan lebih kekal. [Q.S. Thoha : 124-127)

4.0 HIKMAH DARIPADA MEMAHAMI TAUHID ULUHIYYAH DAN TAUHID RUBUBIYYAH.

13

Kita memahami bahawa kerana tauhid Uluhiyyah inilah maka Allah s.w.t. mengutuskan Rasul-rasul a.s. untuk memimpin umat ke jalan yang betul dan diredai Allah serta memusatkan ibadat hanya kepada Allah sahaja. Mereka yang memahami tauhid ini ialah mereka yang beribadat kepada Allah berdasarkan cinta yang murni sehingga mereka benar-benar tunduk dan patuh kepada yang dicintainya. Mereka bertawakal kepada Allah, percaya kepada kekuasaan-Nya, serta takut dan meminta hanya kepada Allah, bersedia melaksanakan syariat Allah, berakhlak baik sesuai dengan akhlak Rasulullhah s.a.w. Mereka merupakan muslim yang yakin bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan keyakinan yang sedemikian dilahirkan dalam bentuk perkataan, perbuatan, sehingga persaksian lidahnya benar-benar sesuai dengan pengakuan hatinya. Muslim yang memahami hakikat tauhid ini akan bertambah keimanannya dan ilmu pengetahuannya. Mereka sentiasa dianugerahkan nikmat oleh Allah s.w.t. oleh sebab tidak sekali-kali menyembah selain daripada Allah s.w.t. Mereka mengakui serta menyedari diri sebagai hamba Allah yang berkewajipan beribadat menyembah-Nya. Mereka akan mempusakai sifat-sifat yang diberikan Alllah terhadap Rasul-rasul a.s. yang dikurniakan kepadanya sifat ubudiyyah kerana kepada mereka diberikan kehormatan dengan diturunkan wahyu serta diisrakkan serta dimirajkan. Dengan memahami tauhid Rububiyyah ini, mereka akan meletakkan kepimpinan, penguasa, pemelihara, serta penjamin kepada kepentingan umat hanya kepada Allah s.w.t. Mereka meyakini bahawa Allah Tuhan sekalian alam dan tiada Tuhan selain-Nya. Dia yang mencipta, menghidupkan dan mematikan, Maha Kuasa dan Maha Perkasa.

Mereka meyakini bahawa Allah mengatur alam mengikut apa yang dikehendaki-Nya. Tidak ada suatu kekuatan pun yang dapat menghalang kehendak-Nya dan ketentuan-Nya. Dia yang mengatur urusan yang diciptakan-Nya, yang menjamin, memberi nikmat serta 14

segala kepentingan dan keperluan makhluk-Nya. Seterusnya mereka menyerahkan diri kepada Allah s.w.t. 5.0 KESAN TIDAK BERIMAN DENGAN TAUHID ULUHIYYAH DAN TAUHID RUBUBIYYAH. Antara kesan tidak beriman dengan tauhid Uluhiyyah dan tauhid Rububiyyah terhadap individu ialah seseorang individu itu tidak mahu berusaha untuk mendapatkan kesejahteraan hidup di dunia bahkan di akhirat. Selain itu, orang yang tidak beriman ini seringkali mengajak rakan mahupun orang lain melakukan kemungkaran dan larangan-larangan Allah.Di samping itu, mereka juga lalai dan lupa akan Allah dan seringkali melakukan pembohongan. Kesan terhadap masyarakatnya pula ialah kemungkaran akan terus berlaku tanpa dapat dikekang kerana masih wujudnya masyarakat yang tidak beriman terhadap kedua-dua tauhid ini. Tambahan pula, masyarakat yang hidup dalam harmoni dan berkasih sayang antara satu sama lain tidak dapat diwujudkan. Akhirnya, dengan masih ada golongan yang tidak beriman dengan kedua-dua tauhid ini, masalah-masalah gejala sosial akan terus berlaku secara berleluasa. Kesannya pula terhadap negara dapat dilihat dengan runtuhnya institusi sesebuah kerajaan apabila tamadun dan negara cemerlang yang ingin diwujudkan menjadi porak peranda. Kepimpinan sesebuah negara juga tidak berasaskan keadilan dan kebenaran. Oleh yang demikian, negara tidak akan maju dan membangun dari segenap aspek, dan yang paling menyedihkan negara yang kita sanjungi akan dipandang rendah dan hina oleh negara-negara yang lain.

6.0 ISU-ISU BERKAITAN KEDUA-DUA TAUHID DI DALAM MASYARAKAT.


Isu yang kini diperkatakan ialah isu penggunaan nama Allah oleh bukan Islam, khususnya tuntutan Gereja Katholik dalam penerbitan mereka bukanlah isu baru 15

sebenarnya. Bahkan hasil browsing yang telah dibuat menggunakan google, sebenarnya isu ini telah dibahaskan selewat-lewatnya tahun 2007. Malah sebagai respon segera kepada keputusan mahkamah baru-baru ini, beberapa tulisan oleh ilmuwan dan sarjana islam sudah dapat dilihat di laman web. Khususnya hujah berkaitan fiqah, dapat dirujuk tulisan Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman - Larangan Kristian Guna Nama Allah : Ulasan Ringkas http://www.zaharuddin.net/bahasa-articles/larangan-kristian-guna-nama-allah-ulasanringkas.html Rujukan dalam isu ini dapat dibuat kepada persoalan pembahagian tauhid sebagaimana diutarakan oleh Ibnu Qayyim yang mana tauhid dapat dibahaskan dari tiga aspek: tauhid rububiyyah, tauhid uluhiyyah dan tauhid asma' wa al-sifat. Sememangnya jelas bahawa terdapat persamaan dalam konteks tauhid rububiyyah di antara Muslim dan bukan Muslim terutamanya penganut agama samawi yang lain iaitu wujudnya Tuhan yang Mencipta dan Mentadbir alam ini. Dan lebih jelas sebagaimana disebut dalam surah alZukhruf bahawa pengiktirafan dalam konteks ini diberikan kepada hanya kepada Allah. Justeru, apa yang membezakan seorang Muslim dan bukan Muslim adalah dalam konteks tauhid uluhiyyah dan tauhid asma' wa al-sifat.

Di Malaysia, terjemahan Kitab Bible dalam bahasa tempatan menggunakan perkataan "Allah" bagi menggambarkan God the Father walaupun dalam pengucapan seharian mereka lebih gemar menggunakan perkataan "Tuhan", "Lord" atau "God". Dalam terjemahan kitab Bible versi bahasa Melayu contohnya, perkataan "Allah" digunakan sebagai ganti kepada perkataan Bahasa Inggeris "God", dan ini masih lagi diperdebatkan. Impak jangka panjang jika ini dibenarkan adalah sangat besar dari apa yang sesetengah

16

orang jangkakan, kerana terjemahan lain seperti the Pagan gods atau Zeus, King of the God boleh diterjemahkan sebagai allah-allah Pagan juga Zeus, Raja Segala Allah. Perkataan Allah tidak boleh digunakan untuk menggambarkan jamak (banyak) atau melambangkan apa-apa jantina, atau dinamakan untuk apa-apa yang selain dari Tuhan. Asal perkataan Allah dari dua perkataan Arab; (Al-) yang memberi erti khusus dan (-ilaah) memberi erti Tuhan. Bagaimanapun terdapat pendapat yang berbeza dengan menekankan bahawa perkataan "Allah" itu kata khusus dan bukan terbentuk dari "al" dan "ilaah". Sebaikbaik translasi perkataan Allah itu ialah Tuhan yang Esa. Mengikut kepercayaan Islam, Allah ialah Tuhan yang satu, yang disembah oleh umat Islam adalah Tuhan yang sama yang disembah oleh pengikut Yahudi, Nasrani dan seluruh umat manusia sebelum kedatangan Muhammad. Islam menolak penjelmaan Tuhan di dalam rupa bentuk manusia atau sesuatu apa jua pun.

7.0 KESIMPULAN.
Daripada huraian di atas maka nampaklah kepentingan Tauhid Uluhiyyah dan Rububiyyah di dalam hidup. Maka sebagai seorang yang berilmu dalam perkara ini maka hendaklah sentiasa menjaga diri sehingga terselamat daripada sebarang kesempitan dan kesengsaraan, di dunia ini dan di akhirat nanti. 17

Di antara yang mesti diperhatikan dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan Tauhid Uluhiyyah adalah pastikan ibadah yang dilakukan itu tepat dan benar, Allah berfirman : Mafhumnya :Maka tetaplah kamu pada jalan yang benar, sebagaimana diperintahkan kepadamu dan (juga) orang yang telah taubat berserta kamu dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya Dia Maha Melihat apa yang kamu kerjakan. [Q.S. Huud : 112)

Keduanya ialah pastikan ibadah yang dilakukan itu ikhlas dan khusyuk, Allah berfirman : Mafhumnya :Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan ikhlas kepada-Nya dalam (menjalankan) agama dengan lurus, dan supaya mereka mendirikan salat dan menunaikan zakat; dan yang demikian itulah agama yang lurus. [Q.S. Al-Bayyinah : 5)

Ketiganya pula ialah beribadahlah kepada Allah dalam kecintaan dan kesukaan, Allah berfirman : Mafhumnya :Dan di antara manusia ada orang-orang yang menyembah tandingan-tandingan selain Allah; mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah. Adapun orang-orang yang beriman sangat cinta kepada Allah. Dan jika seandainya orang-orang yang berbuat zalim itu mengetahui ketika mereka melihat seksa (pada hari kiamat), bahawa kekuatan itu kepunyaan Allah semuanya dan bahawa Allah amat berat seksaan-Nya (nescaya mereka menyesal). [Q.S. AlBaqoroh : 165) Keempatnya pula ialah berserah diri kepada Allah tanpa keraguan, Allah berfirman : Mafhumnya :Dan sungguh jika kamu bertanya kepada mereka: "Siapakah yang menciptakan langit dan bumi?", nescaya mereka menjawab: "Allah". 18

Katakanlah: "Maka terangkanlah kepadaku tentang apa yang kamu seru selain Allah, jika Allah hendak mendatangkan kemudaratan kepadaku, apakah berhalaberhalamu itu dapat menghilangkan kemudaratan itu, atau jika Allah hendak memberi rahmat kepadaku, apakah mereka dapat menahan rahmatNya? Katakanlah: "Cukuplah Allah bagiku". Kepada-Nyalah bertawakal orang-orang yang berserah diri. [Q.S. Az-Zumar : 38) Dan yang terakhir ialah berharap dan takut kepada Allah Yang Maha Kuasa, Allah berfirman : Mafhumnya :Sesungguhnya orang-orang yang beriman, orang-orang yang berhijrah dan berjihad di jalan Allah, mereka itu mengharapkan rahmat Allah, dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. [Q.S. Al-Baqaroh : 218] Di antara yang mesti diperhatikan dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan Tauhid Rububiyyah adalah : Pastikan dalam meminta hanya kepada Allah, Allah berfirman : Mafhumnya :Berdoa`alah kepada Tuhanmu dengan berendah diri dan suara yang lembut. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas. [Q.S. Al-Araaf : 55) Keduanya pula ialah Pastikan dalam berserah diri hanya kepada Allah, Allah berfirman : Mafhumnya :Katakanlah: "Apakah kita akan menyeru selain daripada Allah, sesuatu yang tidak dapat mendatangkan kemanfa`atan kepada kita dan tidak (pula) mendatangkan kemudaratan kepada kita dan (apakah) kita akan dikembalikan ke belakang, sesudah Allah memberi petunjuk kepada kita, seperti orang yang telah disesatkan oleh syaitan di pesawangan yang menakutkan; dalam keadaan bingung, dia mempunyai kawan-kawan yang memanggilnya kepada jalan yang lurus (dengan mengatakan): "Marilah ikuti kami". Katakanlah: "Sesungguhnya petunjuk Allah itulah

19

(yang sebenarnya) petunjuk; dan kita disuruh agar menyerahkan diri kepada Tuhan semesta alam. [Q.S. Al-Anam : 71] Ketiganya pula ialah pastikan dalam memohon perlindungan hanya kepada Allah, Allah berfirman : Mafhumnya :Dan jika kamu ditimpa sesuatu godaan syaitan, maka berlindunglah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. [Q.S. Al-Araaf : 200] Akhir sekali memuji Allah yang mengatur sekalian alam dengan sempurna, Allah berfirman : Mafhumnya :Maka bagi Allah-lah segala puji, Tuhan langit dan Tuhan bumi, Tuhan semesta alam. [Q.S. Al-Jaatsiyah : 36]

20

BIBLIOGRAFI. a. JURNAL INTERNET.

http://www.tafaqquh.com/index.php?option=com_content&view=article&id=85:kepentingan-tauhid-uluhiyyah-dan-rububiyyah-dalamhidup&catid=36:artikel&Itemid=74 http://syahadah.msd.net.my/index.php? option=com_content&task=view&id=33&Itemid=51 http://www.ilmoe.com/585/pembagian-tauhid-rububiyah-uluhiyah-asma-wasifat.html http://www.angelfire.com/in/elcom98/akidah.htm

b.

BUKU Ustaz Hj. Manshuruddin Batu Bara. Cetakan Ketiga (2001). Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah Ringkasan Tauhid. Kuala Lumpur : Al-Hidayah Publisher

Ahmad b. Mohd. Salleh. Cetakan Ketiga (1995). Pendidikan Islam Dinamika Guru. Selangor : Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Ghazali Darusalam. (2001). Pedagogi Pendidikan Islam. Kuala Lumpur : Utusan Publication & Distributor Sdn. Bhd.

Hamil @ Amir Abdul Hameed., Sukki Othman. (2005). Ulangkaji Total Pendidikan Islam PMR. Selangor : Sasbadi Sdn. Bhd.

Tuan Haji Razali B. Sharif. (2001). Info Efektif PMR Pendidikan Islam. Selangor : InfoDidik Sdn. Bhd.

21

REFLEKSI. Alhamdulillah dan syukur kepada Allah S.W.T kerana saya dapat menyiapkan juga kerja kusus ini yang bagi saya ia nampak mudah tetapi untuk mencari maklumat juga memerlukan jangka masa yang agak lama. Namun demikian, bak kata pepatah, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Tiada yang mustahil dilakukan sekiranya kita berusaha bersungguh-sungguh dalam setiap apa yang kita lakukan. begitu jugalah dalam melaksanakan tugasan yang diberikan. Pertama sekali saya mendapat tajuk ini, saya menganggap tajuk ini mudah kerana saya merasakan yang saya mengetahui serba sedikit mengenainya. Namun, setelah beberapa hari proses penyiapan kerja kursus ini, barulah saya tahu tajuk ini amat merumitkan juga, dan pengetahuan dan ilmu yang saya ada mengenai tauhid Uluhiyyah dan tauhid Rububiyyah ini masih cetek dan saya perlu lebih mengkaji dan mencari maklumat yang lebih padat dan terkini mengenai kedua-dua tauhid ini. Dengan berpandukan maklumat yang saya peroleh melalui internet dan buku-buku rujukan, terdapat banyak cabang-cabang ilmu di dalam tajuk ini. Dengan adanya maklumat yang saya ada dan yang telah saya peroleh melalui pelbagai sumber itu tadi, saya mendapat pengetahuan yang baru mengenai ilmu tauhid ini. Sebagai contohnya, sekiranya sebelum ini saya tidak mengetahui bahawa tauhid-tauhid ini juga berkait dengan isu-isu semasa di dalam masyarakat. Sebagai contohnya isu penggunaan nama Allah dalam kalangan orang bukan Islam, khususnya tuntutan Gereja Katholik dalam penerbitan mereka rupa-rupanya juga berkaitan dengan tauhid Rububiyyah dan Tauhid Uluhiyyah. Ini dapat dilihat jelas bahawa terdapat persamaan dalam konteks tauhid Rububiyyah di antara Muslim dan bukan Muslim terutamanya penganut agama samawi yang lain iaitu wujudnya Tuhan yang mencipta dan mentadbir alam ini. Lebih jelas pula sebagaimana disebut dalam surah al-Zuruf bahawa pengiktirafan dalam konteks ini diberikan kepada hanya Allah. Justeru, apa

22

yang membezakan seorang Muslim dan bukan Muslim adalah dalam konteks tauhid Uluhiyyah. Di sini, saya mendapat satu pengetahuan yang baru yang saya tidak menyangkal mengenainya berlaku di dalam masyarakat kita sebelum ini. Inilah implikasi yang saya peroleh setelah mengkaji dan mencari tahu mengenai kedua-dua tauhid ini. Di dalam konteks pembelajaran pula, saya mendapatkan info tambahan mengenai tauhid ini. Ilmu yang saya dapat mengenai tauhid sebelum ini melalui penyampaian P&P di dalam bilik kuliah dapat saya kembangkan lagi dan saya kini mampu berkongsi ilmu yang saya ada bersama rakan-rakan yang lain. Jika hendak di bandingkan dahulu, ilmu yang saya ada hanyalah sekadar cukup untuk saya menduduki ujian sahaja, tetapi kini ilmu yang saya ada mampu saya aplikasikan di dalam kerja kursus saya yang kini saya bukan lagi bergelar pelajar sekolah menengah bahkan kini saya bergelar pelajar kampus. Konklusinya, setelah menyiapkan kerja kursus ini, saya mampu memperkayakan pembelajaran saya dan mempertingkatkan ilmu pengetahuan yang saya ada. Di harapkan semoga saya mampu mengambil iktibar dari kekurangan yang saya ada di dalam menyiapkan kerja kursus ini dengan menjadikannya sebagai teladan dan satu cabaran dalam usaha saya untuk menyiapkan tugasan lain yang bakal menyusul nanti dengan dengan baik dan berkesan. Mudah-mudahan dan Insyaallah. Akhir kata, wassalam.

23

Anda mungkin juga menyukai