Anda di halaman 1dari 12

PENDAHULUAN

Akidah dari segi bahasa bermaksud simpulan iman atau pengangan yang kukuh atau
satu keyakinan yang menjadi pegangan yang kuat manakal dari segi istilah pula
bererti kepercayaan yang pasti dan keputusan yang muktamat tidak bercampur dengan syak
atau keraguan pada seseorang yang berakidah sama ada akidah yang betul atau sebaliknya
berdasarkan dalil nakli dan akli.Akidah telah menjadi asas utama bagi binaan Islam, seperti
pengakuan Islamnya seseorang itu yang dimulakan dengan pengakuan syahadatayn ‘Tidak
ada Ilah yang berhak diibadati selain Allah l dan Muhammad adalah rasul-Nya’. Rasulullah n
telah bersabda:

ْ ‫ّللا يوحَّد ن ْ أ على خ ْمسة على اْ ِِل‬


‫سَالم اِم‬ َّ ‫الصَالةِ و َِإقاِم‬
َّ َّ ِ‫صي كاة‬
ِ‫الز و َِإيتاء‬ ِ ‫و‬

ِ ‫و ْالح‬
‫ج رمضان‬

Maksudnya: ‘Islam ditegakkan di atas lima perkara iaitu mengesakan Allah, mendirikan
sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa pada bulan Ramadan dan mengerjakan Haji’
(Diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam Sahihnya, Kitab al-Iman, jld 1, hlm 9-10, hadith no. 8).

Akidah Islam ialah kepercayaan dan keyakinan terhadap Allah sebagai rabb dan ilah
serta beriman dengan nama-namaNya dan segala sifat-sifatNya juga beriman dengan adanya
malaikat, kitab-kitab, para Rasul, Hari Akhirat dan beriman dengan taqdir Allah sama ada baik
atau buruk termasuk juga segala apa yang dating dari Allah. Seterusnya patuh dan taat pada
segala ajaran dan petunjuknya. Oleh itu, akidah Islam ialah keimanan dan keyakinan terhadap
Allah dan RasulNya serta apa yang dibawa oleh Rasul dan dilaksanakan dalam kehidupan

Ilmu akidah pula ialah ilmu yang membicarakan perkara-perkara yang berhubungkait
dengan kepercayaan dan keyakinan terhadap Allah S.W.T. Akidah yang betul ialah
kepercayaan yang berlandaskan kepada dalil Al-Quran dan As-Sunnah seperti keyakinan
terhadap kewujudan Allah S.W.T . Antara ciri akidah yang betul keimanan dan keyakinan yang
teguh tentang kewujudan Allah S.W.T, kepercayaan yang berlandaskan Al-Quran dan sunnah
Rasullah S.A.W dan menjauhkan diri daripada perkara yang boleh merosakkan akidah.

Asas akidah bergantung kepada dua sumber iaitu Al- Quran dan Hadis Nabawi.
Al – Quran yang dijadikan sebagai sumber asas akidah dijadikan rujukan dan panduan melalui
segala undang – undang syariah dan panduan di dalamnya. Hadis Nabawi pula merupakan
perbuatan , perkataan , pengakuan dan sifat- sifat Rasulullah S.A.W yang menjadi ikutan dan
pedoman umat islam sejak awal kewujudan islam.

1
1.0 PENYELEWENGAN AKIDAH

Penyelewengan akidah bermaksud peruahan yang dilakukan oleh manusia sendiri dalam
syariat yang telah diperundagkan dengan jelas oleh Allah S.W.T melalui para rasul.
Pelbagai bentuk penyelewengan yang boleh didapati masa kini yang berpunca daripada
kelemahan iman , tidak memahami konsep sebenar akidah islam dan kurangnya
pegangan islam dalam diri.

1.1 CIRI – CIRI PENYELEWENGAN AKIDAH

Penyelewengan akidah yang berlaku mempunyai ciri yang sama . Antaranya adalah
menyekutukan Allah S.W.T dengan mempercayai kuasa lain seain Allah S.W.T ,
menyekutukan Allah dengan mengkompromikan sifat- sifat makhluk, menolak isi
kandungan Al – Quran yang diturunkan oleh Allah S.W.T serta risalah – risalah yang
dibawa oleh perutusan Rasulullah serta sunnahnya dan menolak konsep ketuhanan dan
kehidupan beragama.

1.2 SEBAB - SEBAB BERLAKUNYA PENYELEWENGAN AKIDAH

Punca berlakunya penyelewengan akidah adalah berpunca daripada kesalahfahaman


konsep akidah dalam kehidupan kerana kekurangan pendedahan mengenai konsep
akidah sebenar mahupun ketiadaan keinginan bagi mendalami konsep sebenar akidah
islam. Hingga akhirnya terlahirnya generasi umat islam tanpa asas akidah yang kukuh
mahupun memahami konsep akidah yang lengkap bagi menjalani kehidupan sebagai
seorang muslim. Sebab lain adalah taksub kepada amalan nenek moyang yang diwarisi
turun temurun. Sebagaimana difirmankan AllahSubhanahuwata’ala :

Dan apabila dikatakan kepada mereka: “Ikutilah apa yang Telah diturunkan Allah,” mereka
menjawab: “(Tidak), tetapi kami Hanya mengikuti apa yang Telah kami dapati dari
(perbuatan) nenek moyang kami”. “(Apakah mereka akan mengikuti juga), walaupun nenek
moyang mereka itu tidak mengetahui suatu apapun, dan tidak mendapat petunjuk?”.

(Al – Baqarah : 170)

2
Seterusnya ,mengambil pendapat manusia dalam hal aqidah tanpa mengetahui dalilnya
dan menyelidiki sejauh mana kebenarannya seperti golongan Muktazilah, Jahmiyah dan
lain- lain. Ghuluw atau berlebihan dalam mencintai para wali mahupun orang – orang soleh
sehingga mereka diangkat ke darjat yang tidak sepatutnya dan meyakini mereka seorang
yang luar biasa, mendatangkan rezeki serta menolak bahaya yang sememangnya kuasa
Allah S.W.T dan juga menjadikan para wali itu sebagai perantara antara Allah dan makhluk
– Nya, sehingga sampai pada tingkat penyembahan kepada para wali tersebut dan bukan
penyembahan kepada Allah contohnya mereka bertaqarrub atau menyembah kubur para
wali dan meminta pertolongan. Sebagaimana yang terjadi pada kaum Nabi Nuh terhadap
orang – orang soleh ketika mereka berkata :

Dan mereka berkata: “Jangan sekali-kali kamu meninggalkan (penyembahan) tuhan-tuhan


kamu dan jangan pula sekali-kali kamu meninggalkan (penyembahan) wadd, dan jangan
pula suwwa’, yaghuts, ya’uq dan nasr”. (Nuh : 23).

2.0 BENTUK – BENTUK PENYELEWENGAN AKIDAH

2.1. SYIRIK

Syirik merupakan perbuatan menyekutukan Allah swt dalam apa jua bentuk sama ada
perkataan, pegangan perbuatan dan iktiqad iaitu menjadikan suatu yang lain iaitu makhluk
bernyawa atau tidak sekutu dengan Allah swt.

Syirik terbahagi kepada dua jenis iaitu syirik jali (terang - terangan) dan syirik khafi
(tersembunyi). Syirik Jali ialah syirik yang terang, nyata dan besar yang boleh menyebabkan
seseorang itu dianggap jatuh ke tahap kufur. Syirik jali boleh berlaku melalui salah satu
daripada tiga keadaan tersebut iaitu menerusi I’tiqad seperti meraguinatau menafikan
kewujudan Allah swt. Justeru, mana - mana fahaman yang meragui dan menafikan Allah swt
seperti fahamna komunis dan ateis adalah jelas syirik. Menerusi perbuatan atau amalan
tertentu seperti menyembah patung, berhala, batu, pokok , matahari atau objek tertentu.
Perbuatan memuja nasib dan meminta nombor ekor di kubur tertentu juga dianggap syirik
kerana secara terang – terangan menyekutukan Allah swt. Seterusnya,menerusi lidah atau
perkataan contohnya menghalalkan perkara haram dan mengaku keluar dari Islam. Termasuk
juga dalam kategori ini ialah perkataan yang boleh menyebabkan terbatalnya syahadah
seseorang muslim.

Seterusnya, syirik khafi merupakan syirk kecil dan tersembunyi yang menyebabkan hilangnya
pahala seseorang. Syirik ini banyak berkaitan dengan perbuatan riak di dalam beramal

3
ataupun semasa melakukan sesuatu ibadah mahupun perbuatan lain. Perkara ini jelas
disebut di dalam Al Quran melalui firman Allah yang bermaksud :

“Barang siapa yang berharap untuk bertemu dengan Allah (di akhirat kelak), maka hendaklah
ia melakukan amal soleh dan janganlah ia mempersekutukan Allah dengan sesuatu di dalam
ibadatnya.” – (Surah al-Kahfi ayat 110)

Berdasarkan firman Allah di atas , syirik di dalam ibadah ialah menunjuk – nunjuk ketika
beramal atau riak di dalam beribadat. Terdapat pelbagai contoh yang dapat dikaitkan dengan
syirik khafi. Contohnya, apabila seseorang itu berasa riak saat ia melakukan ibadahnya
kepada Allah seperti berasa bangga dan megah yakni riak apabila bersedekah sejumlah wang
yang banyak walhal bersedekah merupakan suatu ibadah yang dimuliakan dan sepatutnya
dikerjakan dengan serendah – rendah dan seikhlas hati serta meyakini hati bahawa rezeki
yang diterima merupakan kurniaan Allah yang perlu dikongsi bersama dan bukanlah sesuatu
perkara yang perlu dibanggakan apabila riak mula terbit dalam hati. Berasa riak tidak
semestinya keluar dari Islam akan tetapi jika sudah tidak ikhlas, melakukan sesuatu bukan
kerana Allah swt misalnya solat kerana riak semata – mata dan tidak ikhlas sama sekali,
kemungkinan menyebabkan perbuatan jatuh kepada syirik besar.

Daripada Anas menyebut bahawa Rasulullah saw pernah bersabda mengenai dosa besar
iaitu mensyirikkan Allah, menderhakai ibu bapa, membunuh nyawa dan memberi kesaksian
palsu. – (Hadis riwayat Muslim) .

Hadis lain, daripada Abu Hurairah, Rasulullah telah menasihatkan para sahabat dan umat
islam supaya menjauhi tujuh perkara yang membinasakan hidup seseorang iaitu mensyirikkan
Allah swt, melakukan perbuatan sihir, membunuh nyawa yang diharamkan oleh Allah swt
kecuali dengan jalan yang benar seperti perang islam dengan orang kafir, memakan harta
anak yatim, memakan riba, lari dari medan perang dan menuduh perempuan mukmin suci
melakukan zina. Oleh itu, perlu diingat sentiasa bahawa setiap perkara terutama sekali ibadah
sebagai umat islam perlulah disandarkan kepada Allah swt satu – satunya tuhan yang Maha
Esa.

4
2.2 AJARAN SESAT

Ajaran sesat dieertikan sebagai sebarang ajaran atau amalan yang dibawa oleh orang – orang
islam ataupun orang bukan islam yang mendakwa bahawa ajaran dan amalan tersebut adalah
ajaran islam atau berdasarkan kepada ajaran islam sedangkan hakikatnya ajarn yang dibawa
secara terang – terangan bertentangan dengan akidah islam yang berdasarkan Al – Quran
dan As – Sunnah serta bertentangan juga dengan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah. Dengan
ini, dapat disimoulkan bahawa ajaran sesat merupakan salah satu bentuk penyelewengan
akidah dan juga syariah islam. Antara ajaran sesat yang dikenalpasti oleh Jabatan Kemajuan
Islam Malaysia ialah seperti ajaran Syiah, Qadyani, Baha’I, Anti Hadis dan juga Al – Arqam.

2.2.1 AJARAN SYIAH

Dalam ajaran ini, terdapatnya ajaran anti – hadis, padanya jua wujud fahaman yang
menganggap para sahabat adlah kafir seperti golongan Khawarij. Terdapat juga kepercayaan
terhadap imam dan ikutan mereka secara ‘ghulu’ seperti yang terdapat dalam ajaran – ajaran
tarikat dan tasawuf yang sesat. Aqidah mereka sama sekali bercanggah dan bertentangan
dengajn ajaran Islam yang suci Antara lain seperti aqidah Tahrif Al – Quran dan aqidah Al
Imamah. Dari segi amalan pula terkandung amalan yang bercanggah dengan islam seperti
Mut’ah, pemujaan kubur- kubur dan juga penerimaan ‘Khumus’ dari pengikut – pengikutnya.
Semua ajaran yang salah di zaman lampau berpunca daripada puak Khawarij dan
Muktazilah. Selain daripada mempunyai buku rujukan yang terlalu banyak tersebar dalam
kalangan mereka , Syiah juga mempunyai jumlah pengikut yang sangat besar dan ajaran ini
makin berkembang akibat keruntuhan akidah umat islam.

2.2.2 AJARAN QADYANI

Ajaran ini muncul di akhir kurun ke 19 Masihi di India selepas mantapnya penjajahan Inggeris
di sana dan hal ini bertujuan untuk memecahbelahkan umat islam dan memadamkan api jihad
yang bersemarak dalam hati umat islam untuk menentang penjajah pada masa itu. Antara
kesesatan dan penyelewengan aqidah golongan Qadyani ialah pengasasnya Mirza Ghulam
Ahmad mendaat wahyu daripada Allah swt, beliau lebih utama daripada sebilangan besar
nabi – nabi dan tidak mustahil dia paling afdhal daripada sekalian nabi, menolak aqidah
‘Khatmim An Nubuwwah’ iaitu Nabi Muhammad saw penyudah sekalian nabi, mengerjakan
haji ke Qadyan, orang yang menziarahi Kubah Putih Nabi Isa (Mirza Ghulam Ahmad)
dijanjikan menyamai orang yang menziarah Kubah Hijau di Madinah, menta’wilkan ayat Al –
Quran sesuai dengan ajaran yang diada-adakan oleh mereka.

5
2.3 KHURAFAT

Pengertian khurafat dalam islam ialah semua cerita sama ada rekaan atau khayalan, jaran-
ajran, patung- patung, adat istiadat, ramalan mahupun pemujaan atau kepercayaan yang
menyimpang dari ajaran Islam. Meskipun akidah Islam mudah difahami, masih ramai umat
islam yang terpengaruh dengan kepercayaan khurafat yang karut belaka yang diwarisi secara
turun – temurun daripada nenek moyang terdahulu walhal amalan khurafat bertentangan
dengan akidah Islam sekali gus menjejaskan iman seseorang, menyebabkan seseorang itu
syirik kepada Allah swt iaitu salah satu dosa yang tidak diampuni oleh Allah swt.

Firman Allah swt bermaksud: “Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik
mempersekutukanNya (dengan sesuatu apa juga), dan akan mengampunkan dosa yang lain
dari itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan syariat-Nya). Dan sesiapa yang
mempersekutukan Allah swt (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya dia telah
melakukan dosa besar.” (Surah al-Nisa’, ayat 48)

Antara ciri amalan khurafat ialah tidak berdasarkan nas – nas syarak (Al – Quran dan hadis
nabi saw), cerita – cerita rekaan , karut dan khayalan, bersumberkan kepada kepercayaan –
kepercayaan lama yang bercanggah dengan islam, menggunakan objek – objek tertentu
seperti kubur, pokok dan sebagainya, mempunyai unsur – unsur negatif dari segi akidah dan
syariah, berbentuk pemujaan atau permohonan kepada makhluk halus. Antara contoh amalan
dan kepercayaan khurafat termasuklah kepercayaan kepada keramat seperti kubur, pokok
kayu atau batu nikmat yang kononya boleh menyembuhkan penyakit, memuja objek tertentu,
nenek moyang, kubur wali keramat dan sebagainya, kepercayaan kepada sial seperti adat
mandi Safar, adat mandi membuang sial, bunyi burung hantu pada waktu malam dan nombor
sial seperti nombor empat, memohon bantuan jin seperti adat memuja kampong, adat
merenjis tepung tawar dan adat main pantai, memuja semangat padi seperti bersemah dan
membuang nacak di sungai dilakukan oleh petani dan nelayan bagi menentukan hal rezeki.
Orang Melayu pada dasarnya kaya dengan warisan pantang larang yang sebahagiannya jelas
bertentangan hukum syarak seperti anak gadis dilarang menyapu pada waktu malam
dikhuatiri menjadi andartu, tidak boleh keluar rumah ketika gagak berbunyi dan adat
melenggang perut. Inilah antara kepercayaan serta amalan khurafat yang masih wujud dalam
setiap sendi masyarakat Islam.

Khurafat melalui kepercayaan Animisme adalah kepercayaan adanya jiwa dan ruh yang dapat
mempengaruhi alam manusia. Unsur – unsur khurafat kepercyaan ini adlah ruh atau anasir
halus mempunyai kekuatan dan kehendak, kesenangan ruh perlu dijaga dan
dipelihara,kepercayaan terhadap ruh orang mati,gunung, sungai, batu dan sebagainya.
Dalam agama Hindu pula, dewa lebih berkuasa, lebih tinggi dan mulia, penyembahan
terhadap dewa lebih umum dan mempunyai perkerjaan – pekerjaan tertentu.

6
“Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang mengada-adakan
sesuatu perkara dalam agama kami, yang tidak termasuk dalam ajaran agama Islam yang
suci, maka apa yang diamalkan itu tertolak (tidak diterima amalan berkenaan oleh Allah SWT
dan tidak diberikan pahala)” – Hadis riwayat Bukhari dan Muslim

TIada tuhan yang berhak disembah selain Allah SWT yang Maha Esa. Ini bermakna
kepercayaan kepada benda yang dijadikan keramat yang dipercayai mempunyai kuasa selain
daripada Allah SWT, bertentangan dengan konsep kepercayaan tauhid kepada Allah swt.
Selain itu, kepercayaan kepada sial juga menjejaskan akidah seseorang dan Rasulullah SAW
melarang keras perbuatan khurafat melalui sabdanya yang bermaksud : “Bukan dari golongan
kami sesiapa yang berasa sial atau meminta diramal kesialannya, ditenung nasib atau
meminta ditenungkan nasibnya, menyihir atau minta disihirkan.” (Hadis riwayat Tabrani).

2.4 BID’AH

Bid’ah merupakan perkara baru yang diada-adakan dalam urusan ibadah dan agama seperti
mencipta bentuk solat baru, mencipta zikir baru dengan kaifiat atau aturan tertentu dan
seumpamanya yang tidak ada contoh atau dalil dari Nabi Muhammad SAW. Namun, bagi
urusan bersifat duniawi ,bukanlah termasuk dalam perkara bid’ah . Bid’ah tidak terjadi dalam
urusan duniawi bahkan Rasulullah SAW pernah bersabda,

“Kalian lebih mengetuai urusan dunia kalian.” – (Hadis riwayat Muslim)

Terdapat dua jenis bid’ah antaranya termasuklah bid’ah qauliyah ‘itiqadiyah dan bid’ah fil
ibadah yang terbahagi kepada bid’ah yang berkaitan dengan perkara – perkara ibadah,
menambah perkara – perkara dalam ibadah dan juga menghapuskan ibadah yang
disyariatkan.

Bid’ah qauliah ‘itiqadiyah merupakan bid’ah perkataan yang keluar daripada keyakinan,
seperti ucapan – ucapan orang Jahmiyah, Mu’tazilah serta semua kelompok – kelompok yang
sesat sekaligus kepercayaan – kepercayaan mereka. Bid’ah fil ibadah pula meruapakan
perkara bid’ah dalam ibadah seperti beribadah kepada Allah SWT dengan apa yang tidak
disyariatkan oleh Allah. Bid’ah ini terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu yang pertama
bid’ah yang berhubungan perkara – perkara . Sebagai contoh,mengerjakan solat atau puasa
yang tidak disyariatkan oleh Allah SWT dan mengadakan hari – hari besar seperti pesta ulang
tahun, kelahiran dan sebagainya. Seterusnya, bid’ah yang bentuknya menambah – nambah
sesuatu dalam ibadah yang telah disyariatkan seperti menambah rakaat kelima dalam solat
Zuhur atau Asar. Bid’ah yang terdapat pada sifat pelaksanaan ibadah. Contohnya,
menunaikan ibadah – ibadah yang tidak disyariatkan seperti membaca zikir – zikir dengan
cara berjemaah dengan suara yang keras. Akhirnya, bid’ah yang bentuknya mengkhususkan

7
ibadah – ibadah yang disyariatkan tapi tidak dikhususkan oleh syariat yang ada, seperti
mengkhususkan hari dan malam nisfu syaa’ban untuk berpuasa dan qiamulail.

Segala bentuk bid’ah dalam agama adalah haram hukumnya dan sesat seperti sabda
Rasulullah SAW yang bermaksud,

“Janganlah kamu sekalian mengada-ngadakan urusan – urusan yang baru, kerana


sesungguhnya mengadakan hal yang baru ialah bid’ah dan setiap bid’ah adalah sesat.” –
Hadis riwayat Abu Daud dan At- Tarmizi )

Hadis diatas menunjukkan bahawa segala perkara bid’ah adlah sesat. Tetapi pengharaman
tersebut bergantung pada bentuk bid’ah itu sendiri. Ada diantaranya yang menyebabkan kafir.

Perkara – perkara bid’ah termasuklah perkara – perkara di dalam ibadat seperti di dalam azan
dan iqamat, solat, puasa, zakat, haji dan umrah, perkara – perkara tambahan dalam ibadah
seperti upah haji, melafazkan ‘Usalli’ di mulut semasa memulakan solat, doa Qunut di dalam
solat Subuh, membaca ayat Al-Quran ketika imam dan membaca dalam solat,berdoa dengan
suara yang kuat. Selain itu, perkara bid’ah yang lain termasuklah kenduri arwah, tahlil,
marhaban, membaca talkin untuk orang mati, membaca yasin dalam kenduri dan lain – lain.
Bid’ah jelas hukumnya haram tetapi dalam bis’ah idhofiyah, dimana amalan yang dilakukan
memiliki landas hukum , maka kita harus bijak melakukannya.

8
2.5 RIDDAH

Pengertian Riddah dari segi Bahasa bermaksud kembai dari meninggalkan sesuatu menuju
ke sesuatu yang lain. Manakala, dari segi syarak pula bermaksud putusnya Islam dengan niat
kufur, mengucapkan kufur atau berbuat kufur seperti sujud pada berhala, sama ada dengan
niat gurauan mahupun dengan sengaja. Riddah merupakan keluar dari Islam baik dengan
perkataan, perbuatan mahupun dengan keyakinan hati. Sebagai contoh, enggan membayar
zakat, puasa, haji kerana mengganggap perkara tersebut tidak wajib dan tidak meyakini Nabi
Muhammad SAW. Perbuatan riddah atau murtad diancam dengan dua hukuman iaitu
hukuman mati atau harta bendanya dirampas. Riddah berlaku melalui pelbagai cara iaitu
melalui ucapan seperti mencaci Rasulullah SAW, Allah SWT atau malaikat - malaikatNya
atau rasulNya ,menagku nabi, mengaku mengetahui alam ghaib dan berdoa atau meminta
pertolongan selain daripada Allah swt. Riddah melalui perbuatan pula seperti menyembah
berhala, perbuatan sujud kepada burung,patung, pohon, batu, membuang Al - Quran di
tempat – tempat yang kotor, mengamalkan sihir. Riddah melalui iktiqad hati pula seperti
kepercayaan bahawa zina, dan riba adalah halal. Orang yang riddah diingatkan supaya
bertaubat. Jika ia bertaubat dan kembali kepada Islam dalam masa tiga hari, maka taubatnya
diterima kemudian ia tidak akan dibunuh tetapi jika ia tidak mahu bertaubat, dia wajib dibunuh.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud,

“ Barangsiapa menggantikan agamanya (murtad) maka bunuhlah ia,” (Hadis riwayat Bukhari
dan Abu Daud)

Orang yang murtad dilarang membelanjakan hartanya dalam tempoh ia diminta bertaubat,
jika ia kembali kepada Islam, harta itu kembali menjadi miliknya, tetapi jika tidak, harta itu akan
menjadi fa’I atau rampasan Baitul Mal setelah ia dibunuh akibat Riddah. Pendapat lain
mengatakan apabila seseorang itu jelas murtad , maka hartanya akan dibelanjakan demi
kemaslahatan umat. Terputusnya hak warisan antara dirinya dengan ahli keluarga dan jikaia
mati dalam keadaan Riddah, jenazahnya tidak akan dimandikan, tidak disolatkan mahupun
dikuburkan di perkuburan orang Islam. Hukuman bunuh bagi riddah bertujuan memberi
amaran bahawa Islam bukanlah agama yang bleh dipermainkan, menghindarkan masyarakat
Islam daripad berpecah- belah dan hidup dalam keadaan huru – hara dan menghalang
daripada berlakunya perkara- perkara yang boleh mencemarkan kesucian Islam itu sendiri.

9
3.0 CARA – CARA MENGATASI MASALAH PENYELEWENGAN AKIDAH

Masalah penyelewengan akidah yang berlaku semakin membimbangkan. Masalah ini


timbu akibat kelemahan diri ataupun ketiadaan aqidah dalam diri, terpedaya atau tunduk
dengan godaan syaitan laknatullah dan terpengaruh tipu daya dunia dan manusia.

Langkah bagi membendung masalah ini adalah, pertama, Iman perlu dijadikan asas iman
yang kukuh dalam diri seseorang muslim. Iman mempunyai ikatan kukuh dengan kualiti
insan. Ia merupakan asas permulaan bagi setiap perilaku, dan tindak – tanduk manusi
yang akan menghasilkan kesempurnaan seseorang yang benar – benar bersyahadah
dengan keimanannya. Oleh itu, Al –Q uran tidak memisahkan antara iman dan amal
seseorang itu. Melalui konsep iman, tunggak kekuatan seseorang muslim akan menjadi
teguh, berupaya melaksanakan perintah Allah, meninggalkan laranganNya dengan hati
yang cekal serta mampu menghindarkan diri daripada belenggu kejahilan dan kesesatan.
Melalaui iman juga, manusia akan terselamat daripada sebarang ancaman sama ada dari
luar mahupun tuntutan nafsu dari dalam diri itu sendiri. Mereka tidak akan tunduk dengan
ancaman – ancaman ini kerana telahpun mempunyai asas dalam diri yang kukuh iaitu
iman.
Seterusnya, usaha membasmi ajaran sesat adalah satu usaha berterusan yang telah
dipelopori oleh generasi awal islam para ulama dan diteruskan oleh pihak berkuasa
agama negara dan negeri sehingga kini. Jika dahulu, para ulama seperti Imam Al –
Ghazali berusaha mempertahankan akidah Islam daripada dipengaruhi pemikiran falsalah
Greek melaui kitabnya Al – Munqiz min Dhalan dan Tuhufatul al – Falasafah, kini undang
– undang bagi membanteras penyelewengan akidah telah digubal. Pemikiran Muktazilah,
Qadariah dan penyelewengan akidah lain yang berlaku dahulu masih lagi berleluasa
dalam masyarakat dalambentuk yang baru. Ha l ini perlu ditangani dengan dakwah dan
penerangan mengenai aidah islam yang sebenar.

Akhirnya, melalui pendekatan yang dimainkan oleh pelbagai pihak. Pihak berkuasa perlu
membasmi kumpulan – kumpulan sesat dan dikenakan hukuman berat agar kejadian
sebegini dapat dikawal. Pihak kerajaan juga boleh mengadakan ceramah – ceramah
berkenaan penyelewenga akidah bagi memberi pendedahan jelas kepada masyarakat
tentang maslah penyelewengan akidah. Selain itu, masyarakat perlu melibatkan diri
dengan aktiviti berfaedah juga menghadiri majlis – majlis ilmu bagi memperbaiki kejahilan
diri. Akhirnya, seseorang muslim itu perlulah menjadikan Al – Quran sebagai satu –
satunya pegangan dan panduan hidup agar tidak mudah terjebak dalam masalah
penyelewengan akidah yang amat berat ini.

10
KESIMPULAN

Penyelewengan akidah sama sekali dilarang dalam ajaran islam. Perbuatan seperti ini
ternyata mampu membuatkan terbatalnya iman seseorang muslim. Perbuatan tidak
bermoral dan salah disisi akidah islam memberikan pelbagai impak negative dalam segala
aspek kehidupan. Selain mampu membawa kepada perpecahan . penyelewengan akidah
juga menjatuhkan maruah agama islam .Perbuatan seperti harus dibanteras dari peringkat
awal agar tidak melibatkan penyertaan dalam skala yang besar dan meyebabkan ianya
tidak boleh lagi dibendung. Pelbagai pihak harus memainkan peranan masing – masing
dalam usaha menangani masalah ini. Akhirnya, setiap muslim perlu berpegang teguh
kepada akidah islam yang sebenar terutama sekali Al- Quran dan Hadis.

11
RUJUKAN

1. Penyelewengan akidah, Nor Amin Sayani bin Zainal, 12 Januari 2010,


http://www.ustaznoramin.com/2010/01/penyelewengan-aqidah.html
2. http://hidayah-islam.blogspot.my/2008/05/penyelewengan-aqidah-isu-masalah-
dan.html
3. https://suarajagat.wordpress.com/2010/07/15/tazkirah-sj-sejarah-penyelewengan-
aqidah-dato-setia-hj-mohd-tamyes-ss-mufti-selangor/
4. http://abdullahdazid.blogspot.my/p/akidah.html
5. http://www.risalahislam.com/2013/10/pengertian-tahayul-bidah-dan-khurafat.html
6. http://badrimuzaffar.blogspot.my/2011/02/apa-itu-riddah.html
7. https://hikmatun.wordpress.com/2007/01/04/penyimpangan-aqidah-dan-cara-cara-
mengatasinya/

12

Anda mungkin juga menyukai