Anda di halaman 1dari 15

1.

0 Pengenalan

Darsawarsa ini, semakin banyak fahaman dan ajaran yang salah telah berlaku di seluruh dunia.

Fahaman dan ajaran sesat ini mencampurkan antara yang hak dan yang batil, menyebabkan

fahaman ini menjadi satu bentuk fitnah terhadap agama (Yusof Abdillah , 2012). Sekiranya fahaman

dan ajaran yang terpesong ini telah melibatkan individu beragama Islam dalam pengamalan dan

penerimaannya, maka ianya menjadi satu bentuk penyelewengan aqidah oleh individu Muslim

tersebut.

Antara contoh penyelewengan aqidah yang berlaku pada masa ini adalah pengamalan budaya

homoseksual oleh kaum Muslimin. Komuniti yang mengamalkan fahaman ini secara umumnya

digelar sebagai komuniti Lesbian, Gay, Transexual and Bisexual (LGBT). Golongan ini telah

membenarkan apa yang diharamkan oleh agama, iaitu perbuatan seks luar tabi’e. Hakikatnya, gejala

homoseksual di akhir zaman merupakan satu petanda kiamat yang sudah dijangkakan oleh

Rasulullah SAW sejak dahulu lagi (Rohidzir Rais, 2011). Oleh itu, isu ini perlu dicegah dengan sebaik

mungkin oleh seluruh masyarakat Muslim sebelum ianya merebak dengan lebih parah.

2.0 Proses Amalan

Menurut SAMHSA (2005), LGBT merujuk kepada kumpulan-kumpulan seksualiti abnormal yang

terdapat dalam sesebuah komuniti. Lesbian merujuk kepada perempuan yang menyukai perempuan,

manakala gay ialah lelaki yang menyukai lelaki. Biseksual merujuk kepada mereka yang menyukai

kedua-dua jantina, dan transgender pula ialah lelaki yang bertingkah laku seperti perempuan dan

perempuan yang bertingkah laku seperti lelaki. Keempat-empat golongan ini mempunyai perasaan

cinta serta mengadakan hubungan seks dengan kategori-kategori jantina yang telah dinyatakan.

Komuniti ini telah wujud sejak tahun 1870 di negara Barat (American Phsychological Association,

2016), dan bermula tahun itu, bilangan komuniti ini semakin bertambah dan berkembang di seluruh

dunia. Pelbagai demonstrasi dan aktiviti yang telah dijalankan supaya komuniti ini dapat memperoleh

pengiktirafan dari masyarakat umum terhadap seksualiti mereka.

1
Fahaman ini telah meresap dengan sangat pesat di seluruh dunia, hinggakan ada masyarakat

Muslim yang menerima dan menghalalkan amalan homoseksual ini. Kini, terdapat sebuah persatuan

Muslim di United Kingdom (UK) yang memperjuangkan hak komuniti LGBT. Persatuan ini

menggelarkan diri mereka sebagai Imaan, dan mereka dianggotai oleh masyarakat Muslim sendiri.

Persatuan ini diwujudkan pada tahun 1999 di London, UK. Mereka bermatlamat untuk

“memperkenalkan keluasan dan fleksibiliti aqidah Islam, serta memperkenalkan kepelbagaian identiti

dan seksualiti masyarakat LGBT dalam kalangan Muslim.” (Imaan, 2017)

Di Malaysia sendiri, terdapat juga persatuan yang membawa fahaman yang sama iaitu Pelangi

Campaign. Presidennya, Numan Afifi berkata tujuan mereka adalah untuk “menyebarkan kasih

sayang dan menyatupadukan masyarakat.” (Rafa Azmi, 2017).

Hakikatnya, amalan homoseksual merupakan satu perbuatan yang sangat ditegah dalam Islam,

kerana ianya bercanggah dengan perintah yang terkandung dalam Al-Quran. Dalil yang paling jelas

untuk membuktikan pernyataan ini adalah berdasarkan kisah kaum Nabi Luth seperti yang

terkandung dalam Surah Hud dari ayat 77 hingga 83. Pada ayat 82 dan 83 dalam surah ini, Allah

berfirman:

“ Maka tatkala datang azab Kami, Kami jadikan negeri kaum Luth itu yang di atas ke bawah (Kami

terbalikkan), dan Kami hujani mereka dengan batu dari tanah yang terbakar dengan bertubi-tubi.”

“Yang diberi tanda oleh Tuhanmu, dan siksaan itu tiadalah jauh dari orang-orang yang zalim.”

2
Melalui dua ayat tersebut, Allah menceritakan bagaimana dahsyatnya azab yang telah

ditimpakan kepada mereka yang mengamalkan amalan homoseksual. Mereka dilontar dengan batu-

batu panas, malah ditimbus ke dalam tanah. Kisah ini merupakan satu bentuk peringatan dari Allah

kepada hambaNya untuk menjauhi amalan terkutuk tersebut. Namun begitu, persatuan Imaan

dengan terang-terangan telah melanggar perintah Allah dimana mereka mempercayai perkara yang

berlawanan dengan Al-Quran itu (amalan homoseksual) sebagai perkara yang baik dan dibolehkan.

Mereka juga menghalalkan amalan homoseksual yang diharamkan dalam Islam (Hafiz Firdaus

Abdullah, 2015).

Walaupun persatuan-persatuan ini telah berkembang dan membawa perubahan signifikan

terhadap peradaban masyarakat hari ini, hakikatnya apa yang dilakukan mereka adalah

bertentangan dengan suruhan agama. Mereka bukan sahaja mengulang kembali amalan terkutuk

kaum Nabi Luth, malahan mereka juga melanggar perintah Allah berkenaan ciptaan manusia yang

dipasangakan dengan jantina yang berlainan seperti yang terkandung dalam ayat berikut:

“Dan bahawasanya Dialah yang menciptakan pasangan lelaki dan perempuan.”

(Al-Najm 53:45)

Perbuatan mereka adalah bertentangan dengan perintah Allah, kerana mereka mengiktiraf

hubungan kelamin dengan jantina sejenis. Apa yang lebih menyedihkan adalah apabila golongan-

golongan ini masih mengakui keislaman mereka namun mereka tetap melanggar hukum Allah.

3
3.0 Perkembangan Amalan

Amalan homoseksual dalam kalangan Muslim telah menular ke Malaysia melalui beberapa

faktor iaitu iman yang lemah, faktor kekurangan kasih sayang dan perhatian ibu bapa serta faktor

media massa yang menyebarkan unsur seksual.

3.1 Iman yang lemah

Faktor pertama yang mendorong penularan amalan homoseksual dalam kalangan

individu Muslim adalah kerana lemahnya iman yang berada dalam hati mereka. Menurut

Muhammad Soleh (2011), iman yang lemah akan menyebabkan seseorang itu mudah

terjerumus dalam kemaksiatan dan melakukan perbuatan haram.

Semakin banyak maksiat yang dilakukan tanpa adanya taubat, semakin nipislah iman

individu tersebut. Kesannya adalah individu ini tidak akan dapat membezakan di antara yang

benar dan salah (Muhammad Soleh , 2011), dan mengganggap amalan homoseksual sebagai

sesuatu yang halal, dan perlu disokong oleh setiap agama.

3.2 Kekurangan kasih sayang dan perhatian ibu bapa

Selain itu, faktor yang mendorong individu Muslim untuk terlibat dengan amalan

homoseksual adalah kerana kekurangan kasih sayang dan perhatian ibu bapa. Menurut Child

Welfare Information Gateway (2015), remaja yang kurang kasih sayang kebiasannya akan

berusaha untuk mendapatkan perhatian dan kasih sayang yang diingini dengan melakukan

tindakan-tindakan tertentu. Oleh itu, remaja ini akan cuba mendapatkan kasih sayang dan

perhatian daripada rakan-rakan sebaya di sekelilingnya. Hal inilah menjadi penyebab kepada

perasaan kasih dan sayang yang berlebihan antara rakan-rakan sehingga mendorong kepada

perbuatan homoseksual dalam kalangan individu Muslim sendiri.

4
3.3 Media massa yang menyebarkan unsur seksual

Faktor yang seterusnya adalah media massa yang menyebarkan unsur seks bebas secara

berleluasa. Menurut Dr Danial Zainal Abidin (2009), pornografi menjadi industri yang sangat

besar pada hari ini. Segala bentuk media massa digunakan bagi menyalurkan adegan-adegan

lucah, samada seks secara normal mahupun abnormal. Beliau juga menyatakan bahawa

unsur seks boleh didapati secara meluas samada dalam rancangan televisyen, lagu-lagu

serta pelbagai laman Internet. Menurut Dawn R. Hobbs dalam Grandoni (2011), 92% daripada

lagu-lagu yang popular dalam carta Billboard (carta muzik terpopular di seluruh dunia) adalah

berkaitan seks. Malahan, kini terdapat juga pelbagai aplikasi yang boleh dimuat turun secara

bebas oleh golongan remaja. Aplikasi ini menyediakan unsur-unsur seks dalam bentuk bahan

bacaan (komik, novel) serta video, malahan aplikasi ini boleh dimuat turun secara percuma

dalam setiap telefon pintar. Hal inilah yang menjadi penyebab individu Muslim terdedah dan

terpengaruh dengan amalan homoseksual.

4.0 Kesan Amalan Kepada Masyarakat

Menurut Yusuf Qaradhawiy (2014), amalan homoseksual yang juga dikenali sebagai

hubungan seks abnormal akan mencemari hak-hak kewanitaan, merosakkan cara hidup serta

memesongkan individu dari sikap berbudi pekerti.

4.1 Mencemari hak-hak kewanitaan

Terdapat banyak kesan negatif yang terhasil dari amalan homoseksual dalam kalangan

Muslim, misalnya amalan ini akan mencemarkan hak-hak kewanitaan yang telah diangkat

tinggi oleh agama.

5
Sebelum kedatangan Islam, kedudukan wanita dalam hierarki sosial adalah sangat

rendah dan hina (Mardiana Mat Ishak, 2013). Golongan wanita hanya dianggap sebagai

golongan kelas kedua, di mana mereka hanya dilayan seperti seorang hamba. Lebih teruk

lagi, wanita juga dianggap sebagai pemuas hawa nafsu lelaki. Kehidupan mereka langsung

tidak terjamin kerana kedudukan mereka tidak pernah dibela atau diberi hak sewajarnya,

malah ditindas, dizalimi dan dihina.

Menurut Safi-ur Rahman (2016), berlakunya amalan pelacuran dan seks bebas

terhadap wanita pada zaman tersebut. Namun, hanya kaum wanitalah yang akan

menanggung aib akibat dari perbuatan seks tersebut. Selain itu, zaman tersebut juga

menyaksikan amalan pembunuhan bayi perempuan secara hidup-hidup. Masyarakat Arab

khususnya mengamalkan amalan ini kerana menganggap bahawa anak perempuan hanya

akan mengundang malu, menyusahkan hidup serta tidak akan mampu melindungi mereka

seperti anak lelaki. Tambahan pula, kaum lelaki juga dibenarkan untuk mengahwini seramai

mana wanita yang diingininya.

Amalan homoseksual dalam kalangan Muslim sebenarnya telah menyebabkan umat

Islam yang mengamalkannya seolah-olah dikembalikan ke zaman sebelum kedatangan

Islam, di mana pada zaman itu, pelacuran dan keruntuhan akhlak berleluasa sebagai amalan

biasa dalam kehidupan sosial mereka (Safi-ur Rahman , 2016). Kedatangan Islam merupakan

satu rahmat yang diberikan Allah untuk semua wanita, kerana menurut Dr Yusuf Al-

Qaradhawiy dalam bukunya “Fatwa Untuk Wanita”, Islam adalah satu-satunya agama yang

berlaku adil, menjaga, memuliakan wanita dan menjaga hak-hak wanita (Yusuf Qaradhawiy,

Fatwa Untuk Wanita, 2014). Namun, sekiranya masyarakat Muslim pada hari ini

mengamalkan amalan homoseksual yang membenarkan hubungan seks abnormal secara

bebas, ianya sama seperti membenarkan amalan pelacuran dan seks bebas yang diamalkan

oleh masyarakat sebelum kedatangan Islam. Perkara ini adalah sangat menyedihkan kerana

mereka telah menidakkan rahmat yang diberi Allah SWT kepada mereka. Tuntasnya, amalan

6
homoseksual sememangnya telah mencemarkan hak-hak kewanitaan yang dipelihara dalam

agama.

4.2 Merosakkan cara hidup

Kesan amalan homoseksual dalam kalangan individu Muslim yang seterusnya adalah

merosakkan cara hidup. Islam menggalakkan pengikutnya untuk mengamalkan gaya hidup

sihat dan menjaga kesihatan dan kekuatan tubuh badan. Hal ini adalah bertepatan dengan

hadis sahih yang dipetik dalam Zuhriah Mohd. Juoi (2008) :

‫ع ۡن َربِيعَةَ ۡب ِن‬
َ ،‫يس‬ َ ‫ َح َّدثَنَا‬:‫ قَ َاَل‬.‫َح َّدثَنَا أَبُو بَ ۡك ِر ۡب ُن أ َ ِبي ش َۡيبَةَ َو ۡاب ُن نُ َم ۡي ٍر‬
َ ‫ع ۡب ُد هللاِ ۡب ُن إِ ۡد ِر‬
‫سو ُل‬ َ ،ِ‫ َع ِن ۡاۡل َ ۡع َرج‬، َ‫ع ۡن ُم َح َّم ِد ۡب ِن يَ ۡحيَ ٰى ۡب ِن َحبَّان‬
ُ ‫ قَا َل َر‬:‫ قَا َل‬،َ ‫ع ۡن أ َ ِبي ُه َر ۡي َرة‬ َ ، َ‫ع ۡث َمان‬ ُ
‫هللاِ ﷺ‬: ( .‫ َوفِي ك ٍُّل َخ ۡي ٌر‬،‫يف‬ َّ ‫هللا ِم َن ۡال ُم ۡؤ ِم ِن ال‬
ِ ‫ض ِع‬ ُّ ‫ي َخ ۡي ٌر َوأ َ َح‬
ِ ‫ب إِلَى‬ ۡ ۡ
ُّ ‫ال ُم ۡؤ ِم ُن القَ ِو‬
‫ لَ ۡو أَنِي‬:‫صابَكَ شَيۡ ٌء فَ ََل تَقُ ۡل‬ ۡ ‫علَ ٰى َما َي ۡنفَعُكَ َو‬
َ َ ‫ َوإِ ۡن أ‬،‫ َو ََل ت َ ۡع َج ۡز‬،ِ‫است َ ِع ۡن بِاهلل‬ َ ‫ص‬ۡ ‫اح ِر‬ ۡ
‫ان‬
ِ ‫ط‬ َ ‫ فَ ِإ َّن لَ ۡو ت َ ۡفتَ ُح‬.‫ َو َما شَا َء فَعَ َل‬.ِ‫ قَد َُر هللا‬:‫ َو ٰلَ ِك ۡن قُ ۡل‬.‫َان َك َذا َو َك َذا‬
َ ‫ع َم َل الش َّۡي‬ َ ‫)فَعَ ۡلتُ ك‬.

“Abu Bakr bin Abu Syaibah dan Ibnu Numair telah menceritakan kepada kami.

Keduanya mengatakan: ‘Abdullah bin Idris menceritakan kepada kami, dari Rabi’ah bin

‘Utsman, dari Muhammad bin Yahya bin Habban, dari Al-A’raj, dari Abu Hurairah r.a., beliau

berkata : Rasulullah SAW bersabda : Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai Allah

Azza wa Jalla daripada Mukmin yang lemah; dan pada keduanya ada kebaikan.

Bersungguh-sungguhlah untuk mendapatkan apa yang bermanfaat bagimu dan mintalah

pertolongan kepada Allah dalam segala urusanmu serta janganlah sekali-kali engkau merasa

lemah. Apabila engkau ditimpa musibah, janganlah engkau berkata ‘Seandainya aku berbuat

demikian, tentu tidak akan begini dan begitu,’ tetapi katakanlah ‘Ini telah ditakdirkan Allah’,

7
dan Allah berbuat apa sahaja yang Dia kehendaki, kerana ucapan ‘kalau’ akan membuka

(pintu) perbuatan syaitan.”

(Hadis Riwayat Muslim)

Amalan seks bebas sebenarnya adalah punca terbesar kepada penyakit-penyakit STD

iaitu sexually – transferred diseases, yang bererti penyakit yang disebarkan melalui seks.

Antara contoh penyakit STD adalah HIV, AIDS, chalmydia, gonorrhea dan syphillis. Kesemua

penyakit ini disebarkan melalui hubungan seks dan boleh berlaku kepada kedua-dua lelaki

dan wanita. Statistik dari Centers for Disease Control and Prevention (CDC) (2014) mendapati

peratusan kes STD telah mengalami peningkatan sejak tahun 2013 hingga 2014.

Penyakit Jumlah kes Kadar peningkatan kes

dilaporkan (2014) (2013 – 2014)

Chalmydia 1,441,789 2.8 %

Gonorrhea 350,062 5.1 %

Syphillis ( peringkat primari


19,999 15.1 %
dan sekundari)

Syphillis (kongenital) 458 27.5 %

Jadual 1: Statistik kes STD oleh CDC

Jelaslah bahawa amalan homoseksual akan menyebabkan kehidupan yang tidak sihat

dan berpenyakit, serta merosakkan cara hidup sihat yang dianjurkan oleh Islam.

4.3 Memesongkan individu dari sikap berbudi pekerti

Kesan amalan homoseksual terhadap individu Muslim juga adalah ianya memesongkan

individu tersebut dari sikap berbudi pekerti. Islam merupakan agama yang lembut dan

8
selamat. Islam melarang penggunaan kekerasan dan keganasan, kecuali jika tujuannya

adalah untuk melindungi diri dari kezaliman.

Namun demikian, amalan homoseksual ini akan mengakibatkan umat Islam menjadi

individu yang kasar dan ganas. Menurut Gavrieli (2013), pornografi yang merupakan salah

satu faktor bagi amalan homoseksual akan menyebabkan seseorang individu tersebut

bersikap kasar dan ganas, kerana adegan-adegan pornografi kebanyakannya mempunyai

unsur keganasan dan kekerasan yang ditampilkan secara implisit dan tidak langsung. Hal ini

akan menyebabkan mereka yang menontonnya, lebih-lebih lagi individu yang kerap

menontonnya sehingga menyebabkan diri terlibat dalam gejala seks abnormal, akan bersikap

kasar dan ganas kerana dipengaruhi oleh adegan-adegan pronografi tersebut.

5.0 Cara Menghapuskan Amalan

5.1 Membantu untuk melaksanakan taubat dengan bersungguh

Langkah pertama dan paling asas untuk mencegah sesuatu kemungkaran adalah

dengan mengingatkan sang pendosa tentang kepentingan bertaubat kepada Allah SWT.

Menurut Adnin Roslan (2015), terdapat 3 rukun asas taubat iaitu perasaan bersalah

terhadap dosa, meminta ampun kepada Allah SWT dan berazam untuk tidak mengulangi

dosa.

Perasaan bersalah yang hadir bila melakukan dosa adalah sangat penting untuk

setiap Muslim yang ingin bertaubat, kerana jika seseorang itu tidak merasa bersalah

sedang dia melakukan dosa besar, itu merupakan petanda hati yang telah mati (Izzat

Roslan, 2016). Oleh itu, individu-individu yang terlibat dengan amalan LGBT ini perlulah

diperingatkan dengan hikmah mengenai kesalahan yang mereka lakukan, supaya mereka

sendiri akan merasa bersalah terhadap dosa mereka. Barulah mereka dapat bertaubat

kepada Allah SWT dan mencegah kemungkaran tersebut dari dalam diri mereka.
9
Hakikatnya, taubat itu sendiri adalah sangat penting untuk setiap umat Rasulullah.

Allah SWT telah menyatakan dalam banyak ayat Al-Quran Karim bahawa pintu taubat

sentiasa terbuka untuk hamba-hambaNya, sehinggalah tiba waktunya kiamat. Apabila

tibanya saat kiamat, maka ketika itu barulah manusia akan benar-benar kehilangan

peluang taubatnya (Terjemahan Al-Quran Al-Karim Rasm Uthmani Dalam Bahasa

Melayu, 2012). Jika difikirkan secara teliti, antara hikmah Allah menangguhkan detik

ketibaan kiamat dan tetap menerima taubat hambaNya sehinggalah ketibaan kiamat yang

sebenar adalah untuk menekankan betapa pentingnya taubat untuk setiap Muslim. Taubat

nasuhalah yang akan membersihkan setiap individu dari dosa-dosa yang dilakukan, serta

menyelamatkan mereka semasa Hari Pengadilan dan Pembalasan nanti. Sudah pasti jika

seseorang Muslim yang terlibat dengan amalan homoseksual yang turut bertaubat dengan

sepenuh hati pasti akan diampuni Allah Yang Maha Pengampun. Malah, Allah Yang Maha

Penyayang pasti akan memakbulkan doa individu tersebut ketika dia berazam untuk tidak

mengulangi dosa homoseksualnya, dengan benar-benar melindunginya daripada amalan

itu.

5.2 Mempunyai kemahiran dan keberanian

Bagi membanteras sesuatu isu penyelewengan aqidah seperti isu penerimaan

terhadap amalan LGBT oleh individu Muslim, perkara seterusnya yang diperlukan adalah

kemahiran dan keberanian untuk mencegah penyelewengan tersebut (Umar Muhammad

Noor, 2013). Kemahiran merujuk kepada ilmu dan kemahiran dakwah berhikmah untuk

menyampaikan ilmu dan peringatan Allah terhadap mereka yang melanggar perintahNya.

Seterusnya, keberanian pula merujuk kepada semangat dan kekuatan hati untuk

melaksanakan konsep “amar makruf nahi munkar.”

10
5.3 Serius untuk membasmi kemungkaran homoseksual

Cadangan lain untuk membanteras isu ini adalah dengan melaksanakan pelaksaan

untuk membasmi amalan ini secara serius. Sebagai contoh, jika ditinjau dari aspek faktor

media massa sebagai penyebab penularan homoseksual dalam kalangan Muslim, maka

langkah yang perlu dilaksanakan adalah dengan menyekat dan menghalang kemasukan

media-media ini ke negara kita. Menurut akhbar Utusan bertarikh 29 Mei 2005, kerajaan

telah memperluaskan penggunaan perisian yang kini digunakan oleh jabatan kerajaan

untuk menyekat akses kepada laman web lucah di Internet ke seluruh negara (Utusan,

2005). Justeru, kerajaan digesa untuk melipat gandakan usaha penyekatan laman lucah

tersebut, dan juga menyekat kemasukan lagu-lagu, aplikasi serta sebarang bentuk bahan

bacaan (aplikasi atas talian ataupun bahan bercetak) yang berunsurkan seks. Dengan itu,

barulah rakyat negara tidak akan dicemari dengan unsur-unsur seksual yang merbahaya

ini.

5.4 Berdamping dengan orang beriman

Langkah seterusnya untuk membanteras amalan homoseksualiti dalam kalangan

Muslim adalah dengan menggalakkan mereka untuk berdamping dengan orang yang

beriman.

‫سا َمةَ ح‬َ ُ ‫يس َوأَبُو أ‬


َ ‫ِهَّللا ب ُْن إِد ِْر‬ َ َ‫ام ٍر ْاۡل َ ْشعَ ِري ق‬
َ ‫اَل َح َّدثَنَا‬
ِ َّ ‫ع ْب ُد‬ ِ ‫ع‬َ ‫ش ْيبَةَ َوأَبُو‬
َ ‫َح َّدثَنَا أَبُو بَ ْك ِر ب ُْن أ َ ِبي‬
َ ُ ‫يس َوأَبُو أ‬
َ ‫سا َمةَ ُكل ُه ْم‬
‫ع ْن‬ َ ‫ار ِك َوا ْب ُن ِإد ِْر‬َ َ‫ب َح َّدثَنَا اب ُْن ا ْل ُمب‬ٍ ‫و َح َّدثَنَا ُم َح َّم ُد ْب ُن ْالعَ ََل ِء أَبُو ُك َر ْي‬
‫سلَّ َم ْال ُمؤْ ِم ُن ِل ْل ُمؤْ ِم ِن‬
َ ‫علَ ْي ِِه َو‬ َّ ‫َصلَّى‬
َ ُ‫ِهَّللا‬ َ ‫ِهَّللا‬ َ ‫ع ْن أَبِي ُمو‬
ُ ‫ قَا َل َر‬: ‫سى قَا َل‬
ِ َّ ‫سو ُل‬ َ َ ‫ع ْن أَبِي ب ُْر َدة‬َ ‫ب َُر ْي ٍد‬
ً ‫ضِهُ بَ ْع‬
‫ضا‬ ُ ‫شد بَ ْع‬ ُ َ‫ان ي‬ِ َ‫َك ْالبُ ْني‬

Maksud:

11
Abu Bakr bin Abu Syaibah dan Abu ‘Amir Al Asy’ari telah menceritakan kepada kami,

keduanya berkata: ‘Abdullah bin Idris dan Abu Usamah telah menceritakan kepada kami;

Demikian juga diriwayatkan dari jalur lainnya: Dan Muhammad bin Al A’laa Abu Kuraib

telah menceritakan kepada kami : Ibnu Al Mubarak telah menceritakan kepada kami dan

Ibnu Idris serta Abu Usamah seluruhnya dari Buraid dari Abu Burdah dari Abu Musa dia

berkata; Rasulullah SAW bersabda: “Orang mukmin dengan mukmin yang lain

bagaikan satu bangunan, satu dengan yang lainnya saling mengukuhkan.'”

(Hadis Riwayat Muslim)

Berdasarkan hadis tersebut dalam Ali Akbar Agil (2014), dapat difahami bahawa

orang-orang Mukmin adalah lebih kuat sekiranya mereka tetap bersama dan saling

menguatkan antara satu sama lain. Oleh itu, bagi mencegah pengamalan homoseksual

dan LGBT dalam kalangan Muslim, orang-orang Muslim sendiri perlu bersatu seperti

bangunan, dan saling mengingati kepada kebenaran. Selain itu, jika individu yang terlibat

dengan amalan homoseksual ini sering berada dalam kumpulan orang-orang yang

beriman, mereka akan terhalang untuk melakukan perbuatan keji tersebut. Malahan,

jemaah yang baik akan sentiasa berpesan-pesan tentang kebenaran ilmu Allah, misalnya

mengenai hukum homoseksualiti dalam Islam, serta akibat mengubah hukum Allah dari

yang haram kepada yang halal atau sebaliknya.

5.5 Mengamalkan amalan berpuasa

Cadangan seterusnya untuk mengatasi isu pengamalan homoseksual dalam kalangan

individu Muslim adalah dengan menggalakkan mereka untuk berpuasa. Matlamat puasa

bukanlah sekadar meninggalkan makan dan minum, tetapi fokus berpuasa adalah untuk

melemahkan nafsu yang buruk dan seterusnya mendampingi Allah SWT (Engku Ahmad

Zaki Engku Alwi, 2008). Oleh itu, sekiranya individu Muslim sering berpuasa dan melatih

diri menahan nafsu syahwat seperti nafsu makan, nafsu bermaksiat serta nafsu seksual,

12
pastinya mereka akan dapat menghalang diri dari mendekati amalan seks bebas dan

homoseksual.

6.0 Rumusan

Kesimpulannya, isu LGBT dalam kalangan umat Islam merupakan satu isu penyelewengan

akidah yang sangat membimbangkan. Hal ini akan menyebabkan pelbagai kesan negatif seperti hak-

hak kewanitaan dicemari, merosakkan gaya hidup Islamiah serta menghakis sikap berbudi pekerti

dari dalam diri seseorang Muslim tersebut. Oleh demikian, amalan ini yang merupakan salah satu

dosa besar yang digariskan dalam Al-Quran perlu diatasi sebaik mungkin supaya kemungkaran dan

kejahilan yang berlaku dapat dihapuskan.

13
Rujukan

Adnin Roslan. (2015). Tarbiah Sentap. Selangor: Little Caliph Enterprise.

Ali Akbar Agil. (2014). Tujuh Perumpamaan Orang Mukmin. Didapatkan dari Hidayatullah:
https://www.hidayatullah.com/kajian/oase-iman/read/2014/12/14/35062/tujuh-perumpamaan-
orang-mukmin.html

American Phsychological Association. (2016). History of Lesbian, Gay, Bisexual and Transgender
Social Movements. Didapatkan dari American Phsychological Association:
http://www.apa.org/pi/lgbt/resources/history.aspx

Centers for Disease Control and Prevention. (2014). 2014 Sexually Transmitted Diseases
Surveillance. Didapatkan dari Centers for Disease Control and Prevention:
https://www.cdc.gov/std/stats14/default.htm

Child Welfare Information Gateway. (2015). Understanding the effects of maltreatment on brain
development. Washington, DC: US Department of Health and Human Services, Children's
Bureau.

Danial Zainal Abidin. (2009). Quran Saintifik. Selangor: PTS Millenia Sdn Bhd.

Engku Ahmad Zaki Engku Alwi. (2008). Apa Itu Islam ? Selangor: PTS Islamika.

Gavrieli, R. (2013). Why I Stopped Watching Porn by Ran Gavrieli. Didapatkan dari ELSE - Eye-Level
Sex Education: elsebyrangavrieli.com/about-else-by-ran-gavrieli-eye-level-sex-education

Grandoni, D. (2011, September 9). 92% of Top Ten Billboard Songs Are About Sex. Didapatkan dari
The Atlantic: https://www.theatlantic.com/entertainment/archive/2011/09/92-top-ten-billboard-
songs-are-about-sex/337242/

Hafiz Firdaus Abdullah. (2015). Transgender & Islam. Majalah-i, hlm. 20 - 23.

Imaan. (2017). IS NOW A PRIME OPPORTUNITY TO RESOLVE THE LGBTQI – MUSLIM DIVIDE?
Didapatkan dari Imaan : The UK's Leading LGBTQ Muslim Charity:
https://imaanlondon.wordpress.com/2017/07/16/press-release-is-now-a-prime-opportunity-
to-resolve-the-lgbtqi-muslim-divide%E2%80%A8-%E2%80%A8/

Izzat Roslan. (2016). Otak Blue. Selangor: Kopi Press Sdn Bhd.

Mardiana Mat Ishak. (2013). Super Woman. Selangor: PTS Milenia .

Muhammad Soleh . (2011). Fenomena Lemahnya Iman. Indonesia: Islam House.

Rafa Azmi. (2017). Mengapa Kami Anjur Iftar Gay – Numan Afifi. Didapatkan dari malaysianaccess:
https://malaysianaccess.com/mengapa-kami-anjur-iftar-gay-numan-afifi/
14
Rohidzir Rais. (2011). Khutbah Rasulullah : Wasiat Agung Buat Umat Tercinta. Selangor: PTS
Islamika Sdn Bhd.

Safi-ur Rahman . (2016). Cahaya Abadi : Riwayat Hidup Rasulullah s.a.w. Batu Caves, Selangor: Al-
Hidayah Publication.

SAMHSA NCADI. (2005). Who Is Gay? Didapatkan dari ncadi.samhsa:


http://ncadi.samhsa.gov/features/lgbt/whoisgay.aspx

Terjemahan Al-Quran Al-Karim Rasm Uthmani Dalam Bahasa Melayu. (2012). Selangor: Al-Hidayah
House Of Quran Sdn Bhd.

Umar Muhammad Noor. (2013). Kompas Umat Akhir Zaman : Membina Akhlak Berasaskan Akidah
Hari Pembalasan. Kuala Lumpur: Telaga Biru Sdn Bhd.

Utusan. (2005, Mei 27). Penggunaan perisian sekat laman web lucah diperluas. Didapatkan dari
Utusan Online:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2005&dt=0527&pub=Utusan_Malaysia&sec=M
uka_Hadapan&pg=mh_06.htm

Yusof Abdillah . (2012). Hari Kiamat Sudah Dekat. Selangor: Pustaka Ibnu Katsir.

Yusuf Qaradhawiy. (2014). Fatwa Untuk Wanita. Selangor: PTS Islamika Sdn Bhd.

Yusuf Qaradhawiy. (2014). Fiqh Perkahwinan Halal dan Haram. Kuala Lumpur: Ana Muslim Sdn Bhd.

Zuhriah Mohd. Juoi. (2008). Anak Cemerlang. Selangor: Alaf 21 Sdn Bhd.

15

Anda mungkin juga menyukai