Anda di halaman 1dari 3

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA

KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM


TUGASAN PENTAKSIRAN BERTERUSAN
TAHUN AKADEMIK 2023/2024

Program : PPISMP Nama Pelajar :


Kod : PIMK1124 Semester / Tahun : Semester 2 , 2024
Nama Kursus : Sirah Ambilan : Jun 2023
Kumpulan
Nabawiyyah dan Tarikh Islami : PPT1S2.01, PPT1S2.02, PPT1S2.03, PPT1S2.04,
PPT1S2.05, PPT1S2.06, PPT1S2.07,
PPT1S2.08, PPT1S2.09, PPT1S2.10

Tugasan Tarikh Mula Tarikh Hantar


1. Penulisan 18 Jan 2024 24 Feb 2024
2. Persembahan 26 Feb 2024 06 Mac 2024

Hasil Pembelajaran Kursus (HPK):

1. Menilai Ilmu Sirah dari sudut konsep, peristiwa-peristiwa penting sebelum dan
selepas kerasulan Nabi Muhammad SAW (C5, HPP2, KKG2)
2. Menganalisis peristiwa-peristiwa penting dan keunggulan kepimpinan pada zaman
pemerintahan Khulafa’ al- Rasyidin (C4, A3, HPP2, HPP6, KKG2, KMD2)
3. Menilai terhadap pendidikan dan perkembangan ilmu di zaman pemerintahan
kerajaan Islam Umaiyyah, Abbasiyyah dan Uthmaniyyah (C5, A3, HPP2, HPP11,
KKG7, KEP11)

Pentaksiran Berterusan ini bagi menilai hasil pembelajaran 2 dan 3.

Objektif Kerja Kursus:

Pelajar dapat :
1. Menganalisis metodologi kepimpinan yang diguna pakai pada zaman
pemerintahan Khalifah Ali bin Abi Talib dalam menangani konflik perpecahan
berpandukan kepada al Quran dan al Hadis.

2. Menghuraikan peranan khalifah dalam memantapkan perkembangan dan


kegemilangan ilmu serta institusi pendidikan dalam era pemerintahan kerajaan
Islam Abbasiyyah serta sumbangan keilmuan terhadap dunia Islam masa kini
melalui penulisan secara individu.

Pelajar dikehendaki melaksanakan tugasan berikut:

Pemerintahan ‘Ali ibn Abi Talib sebagai Khulafa’ al-Rasyidin yang keempat
mempunyai signifikan yang tersendiri terhadap perkembangan Islam di dunia. Fasa
pentadbiran beliau dipenuhi dengan konflik dan cabaran politik yang pelbagai sehingga

1
mencetuskan fenomena perpecahan dalam politik dan perang saudara. Namun begitu,
konflik tersebut dapat ditangani melalui kebijaksanaan dan ketokohan Saiyidina Ali bin Abi
Talib dalam menangani cabaran tersebut dengan menjadikan al Quran dan al Hadis sebagai
rujukan.

Selain itu, dunia Islam juga mengalami fasa kegemilangan terhadap perkembangan
disiplin keilmuan dan institusi pendidikan dalam peradaban Islam berlaku antara abad ke-8
Masihi hingga ke-13 masihi khususnya di zaman Kerajaan Islam Abbasiyyah. Kegemilangan
ini telah menjadi rujukan kepada negara Barat untuk meningkat kemajuan ilmu.

Berdasarkan kenyataan di atas, pelajar dikehendaki melaksanakan dua tugasan


sebagaimana berikut:

Tugasan 1: Penulisan (40%)

Anda dikehendaki menghuraikan persoalan berdasarkan kepada :

1. Peranan khalifah kerajaan Islam Abbasiyyah dalam memantapkan perkembangan dan


kegemilangan ilmu
2. Perkembangan institusi pendidikan dalam era pemerintahan kerajaan Islam
Abbasiyyah
3. Sumbangan disiplin keilmuan era pemerintahan kerajaan Islam Abbasiyyah terhadap
dunia Islam masa kini
4. Sumber yang dirujuk adalah relevan dangan tugasan.
5. Panjang esei ialah 1500 patah perkataan dan bertaip jawi komputer.

Tugasan 2: Persembahan (10%)

Anda dikehendaki menganalisis tugasan seperti berikut :

1. Metodologi kepimpinan yang diguna pakai dalam pemerintahan era Khalifah Ali bin Abi
Talib dalam menangani konflik perpecahan berpandukan kepada al Quran dan al Hadis
2. Video dan Infografik haruslah mempunyai maklumat yang tepat dan sesuai di samping
visual yang menarik secara infografik .
3. Rekacipta dan rekaletak haruslah kreatif serta menepati kehendak Tugasan 2
Pentaksiran Berterusan yang berkaitan dengan persembahan sebagaimana yang
telah ditetapkan.
4. Tempoh video yang dihasilkan berdurasi selama 8-10 minit.
5. Tugasan ini berhubung kait dengan kursus PIMK1104 Pengantar Ulum al-Quran
dan Ulum al-Hadis dan PIMK 1114 Pengajian Jawi dan Khat bagi memenuhi
inisiatif KPPB.

Arahan Pelaksanaan Tugasan:

1. Tugasan 1 dan 2 adalah tugasan individu.


2. Format penulisan adalah merangkumi perkara-perkara berikut:
• Muka depan hendaklah mengikut templat terkini
• Tugasan hendaklah bertaip komputer
• Font Jawi, saiz huruf 18
• Langkau 1.5 baris
• Rujukan mengikut format APA (American Psychological Association).

2
3. Tugasan ini perlu disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan. Sebarang kelewatan
boleh menjejaskan markah kerja kursus anda.
4. Tugasan 1 membawa markah 40%, manakala Tugasan 2 membawa markah 10%
daripada keseluruhan markah tugasan Pentaksiran Berterusan yang menjadikan
kesemua markah Pentaksiran Berterusan adalah sebanyak 50%.
5. Penulisan akademik dan persembahan harus menunjukkan keaslian, kematangan dan
bermutu ilmiah.
6. Rujukan perlulah daripada pelbagai sumber yang tepat dan memenuhi kehendak
tugasan. Sekurang-kurangnya 5 buah buku rujukan dan jurnal haruslah yang terkini,
iaitu 5 tahun kebelakangan.
7. AMALAN PLAGIAT ADALAH TIDAK DIBENARKAN. Sekiranya terdapat sebarang
unsur plagiarisme, anda boleh digagalkan.

Disediakan Oleh Disemak Oleh

Mauli Azli Kartina


(EN. MOHD MAULI AZLI BIN ABU BAKAR) (DR. KARTINA BINTI TAWANG)
Pensyarah Akademik SME
Jabatan Perancangan, Penyelidikan & Inovasi Jabatan Pendidikan Islam dan Moral

IPG Kampus Pendidikan Islam IPG Kampus Pendidikan Islam

Disahkan Oleh

Paharuddin

(DR. PAHARUDIN BIN ARBAIN)


Ketua Jabatan Pendidikan Islam dan Moral
IPG Kampus Pendidikan Islam

Anda mungkin juga menyukai