Anda di halaman 1dari 10

NOTA .

OLEH USTAZ ZARADI SUDIN 0123885106


idarazkba.blogspot.com
idaraz2020@gmail.com

Sejarah Tulisan Jawi

Tulisan jawi mula berkembang di Tanah Melayu sejak kedatangan Islam pada abad 10 menerusi
aktiviti perdagangan Arab yang datang berniaga di kepulauan Melayu. Perkembangan tulisan jawi di Nusantara
adalah seiring dengan penyebaran agama Islam yang menjadi pegangan orang Melayu (Hashim Hj Musa,
1995). Selain menjalankan aktiviti perniagaan, peniaga Arab juga menyebarkan dakwah Islam. Antara kesan
penyebaran dakwah Islamiah ialah penggunaan huruf-huruf Arab sebagai medium untuk berkomunikasi di
Tanah Melayu (Hamdan Abd Rahman,1999). Tulisan yang diperkenalkan kepada penduduk Nusantara adalah
huruf-huruf Arab atau sekarang ini dikenali dengan nama tulisan Jawi. Pada abad ke sebelas hingga ke empat
belas, tulisan jawi digunakan dengan meluas di seluruh Tanah Melayu dan Nusantara (Mohd Alwee Yusoff,
2005). Orang Melayu yang celik huruf pada waktu itu merupakan golongan yang celik jawi.
Berdasarkan sejarah Bahasa Melayu (Kang Yong Seock, 1990) perkataan “Jawi” (‫ )ج اوي‬berasal
daripada bahasa Arab “Jawah” ((‫ج اوة‬. Kemudian, orang Melayu menyelaraskan perkataan-perkataan Arab
tersebut agar sesuai digunakan dalam Bahasa Melayu. Berdasarkan catatan Sejarah Melayu (Hashim Hj Musa,
1999) perkataan Jawi adalah diadaptasikan oleh Bahasa Melayu daripada tulisan Arab. Kemudiannya dibuat
beberapa penyelesaian dan tambahan agar kegunaan tulisan ini menjadi mantap sebagai medium asas
komunikasi bertulis seperti yang kita fahami sekarang ini. Berdasarkan kata adjektif dalam Bahasa Arab,
perkataan Jawah atau Jawi merujuk kepada semua bangsa dan kaum yang menjadi peribumi di Asia Tenggara
malah merangkumi seluruh rumpun bangsa Melayu, Campa, Patani, Aceh, Jawa, Minangkabau, Mandailing,
Sunda, Bugis, Banjar, Lombok, Filipina dan negeri-negeri lain (Mohd Alwee Yusoff, 2005).
Oleh sebab itulah, maka para ulama dari Asia Tenggara sering meletakkan nama al-Jawi sebagai
gelaran, pada hujung nama mereka sekalipun mereka terdiri daripada suku bangsa berlainan seperti Syeikh
Abdul Rauf al-Fansuri al-Jawi, Syeikh Abdul Samad al-Falimbani al-Jawi, Syeikh Daud al-Fatani al-Jawi dan lain-
lain (Ismail Hussein, 1981). Selain itu, kata Jawi digunakan juga untuk ungkapan-ungkapan seperti bahasa Jawi,
masuk Jawi dan bangsa Jawi. Sampai kini orang-orang Vietnam menamakan orang di Kepulauan Nusantara
sebagai orang Jawa (Amat Juhari Moain, 1996). Istilah “tulisan Jawi” hanya dikenali di Malaysia, Singapura,
Thailand Selatan dan Brunei Darussalam dan Sri Lanka (bagi rumpun Melayu). Tulisan jawi di Indonesia
terkenal dengan nama “tulisan Melayu Huruf Arab” atau “tulisan Melayu Arab”.
Penggunaan jawi (atau apa sahaja istilah yang semakna dengannya) digunakan di banyak tempat di
Asia Tenggara. Tulisan Jawi bukan hanya digunakan oleh orang Melayu untuk bahasa Melayu tetapi juga oleh
suku-suku bangsa Melayu yang lain. Antara suku bangsa Melayu yang menggunakannya ialah Campa di Indo-
China, Patani di selatan Thailand, Jawa, Banjar, Bugis, Aceh, Minangkabau, Bengkulu dan juga lain-lain (Lutfi
Abas et. al, 1979). Bagi tulisan Jawa yang menggunakan huruf Arab dikenal dengan nama atau tulisan Pegon,
yang sekarang ini masih dipakai atau digunakan untuk menulis kitab-kitab terutama yang digunakan di
1
pesantren-pesantren atau pondok-pondok pengajian agama di Jawa. Contohnya ialah kitab Tafsir al-Ibriz dan
al-Munjiyat bahasa Jawa (Amat Juhari Moain 1996: 18).

2.2 Tulisan Jawi Dalam Sejarah Bahasa Melayu

Ahli Sejarah menamakan Bahasa Melayu yang dituturkan pada zaman dahulu sebagai Bahasa Melayu kuno dan
perkembangan bahasa itulah yang mewujudkan bahasa Melayu. Para sarjana seperti Swift, Parkinson, Nelson,
Wilson dan lain-lain (Sidek Saniff et.al , 2007) mempercayai bahawa bahasa Melayu kuno itu sudah mempunyai
huruf dan sistem tulisan sejak zaman awal pertumbuhannya (Syed Naquib Al Atas, 1990). Tulisan kuno ini, yang
dipercayai seakan-akan tulisan Rencong seperti yang terdapat di Sumatera dan tulisan Kawi yang terdapat di
Jawa, dikatakan berasal daripada tulisan Kampuchea purba. Tulisan itu tidak dapat kita warisi kerana bahan
yang dijadikan kertas pada zaman itu tidak bertahan lama dan orang-orang dahulu kurang berminat untuk
menyimpannya. Lebih-lebih lagi beberapa malapetaka sejarah seperti pembinasaan secara sengaja telah
dilakukan oleh kalangan istana terhadap segala sesuatu yang berbau Hindu di peringkat awal perkembangan
Islam di kepulauan ini (Hashim Hj Musa, 1999).
Oleh sebab kewujudan huruf dan sistem tulisan bahasa Melayu pada zaman awal pertumbuhannya itu,
sekadar anggapan ahli sejarah, dapat dirumuskan bahawa bahasa Melayu bukan bahasa yang penting tetapi
“hanyalah merupakan satu daripada lebih kurang 200 bahasa dalam kepulauan Melayu sahaja”.
Perkembangan bahasa Melayu kuno dapat dianggap bermula pada abad ketujuh Masehi (Hashim Hj Musa,
1997). Ada empat batu bersurat tinggalan abad ini. Batu bersurat yang pertama, dijumpai di Kedukan Bukit di
kaki Bukit Siguntang, bertarikh 683 Masehi; batu bersurat yang kedua dijumpai di Talang Tuwo, Palembang,
bertarikh 684 Masehi; batu bersurat yang ketiga dijumpai di Karang Brahi, Jambi, bertarikh 686 Masehi; dan
batu bersurat yang keempat ditemukan di Kota Kapur, Bangka, bertarikh 686 Masehi juga. Kesemua batu
bersurat itu tertulis dengan huruf Pali (Pallava) iaitu huruf orang Pallava di selatan India (Hashim Hj Musa,
1992,1992). Bahasa yang terdapat pada batu-batu bersurat itu terlalu jauh berbeza daripada bahasa Melayu
kini. Para sarjana menganggapnya sebagai contoh bahasa Melayu kuno. Sebuah batu bersurat lagi dijumpai di
Gandasuli, Jawa Tengah. Batu bersurat itu ditulis dengan huruf Nagiri. Huruf ini berasal dari utara India dan
mempunyai hubungan rapat dengan agama Buddha. Batu bersurat itu dianggap sebagai penyata “betapa
jauhnya pengaruh bahasa Melayu ketika itu, sehingga sudah sampai ke tengah-tengah Pulau Jawa, satu tempat
yang bahasa daerahnya amat berlainan sama sekali”.

Batu-batu bersurat di atas memperlihatkan bahawa bahasa Melayu kuno menggunakan tulisan yang dibawa
dari India. Batu bersurat bertarikh 1356 Masehi yang ditemukan di Pagar Ruyong dan Batu Bersurat (nisan)
bertarikh 1380 Masehi di Minye Tujuh, Aceh, menunjukkan bahawa tulisan itu mungkin digunakan hingga abad
keempat belas. Catatan pengembara Cina pula, seperti I -Tsing yang pernah singgah di Sriwijaya pada tahun
672 Masehi, serta beberapa bukti sejarah yang lain, menunjukkan wujudnya kata Melayu (Mo-lo-yu) dan
luasnya penggunaan bahasa Melayu kuno sejak abad ketujuh lagi. Oleh sebab hal ini jugalah maka sarjana-
2
sarjana kita berpendapat bahawa bahasa Melayu sudah menjadi bahasa perantaraan (lingua franca) lebih awal
dari kurun ketiga belas. Profesor Ismail Husain membuat kesimpulan:
“Maka dapatlah kita anggap sebagai satu hal yang pasti, bahawa dalam abad ketujuh dan dalam abad-abad
berikutnya, bahasa Melayu sudah dapat dan memang digunakan sebagai bahasa pengantar kebudayaan,
sedang dalam hal-hal tertentu dipergunakan juga bahasa itu untuk keperluan sedemikian di daerah-daerah
yang bukan termasuk daerah bahasa Melayu yang sebenarnya.”

Bagaimanapun, kenyataan di atas tidak menunjukkan kepada kita ketinggian bahasa Melayu ketika
menggunakan huruf yang dibawa dari India itu. Batu Nisan Minye Tujuh yang bertarikh 1380 Masehi dan masih
menggunakan huruf Pallava, mungkin membuktikan bahawa Bahasa Melayu sudah begitu tinggi sehingga
dapat menjadi bahasa penyataan puisi yang halus” tetapi tidaklah sebanding dengan mutu bahasa pada Batu
Bersurat Terengganu, yang 83 tahun lebih awal daripada Batu Nisan Minye Tujuh. Penemuan itu adalah lebih
dekat dengan gaya Bahasa Melayu kini dan kemelayuan bahasanya juga jelas. Sebaliknya, gaya bahasa yang
terdapat pada Batu Nisan Minye Tujuh ialah gaya bahasa pra-Islam. Lebih menarik lagi apabila kita fikirkan
pandangan Profesor Syed Muhammad Naguib al-Attas (1990) yang mengatakan bahawa sebelum Islam tiba di
Kepulauan Melayu, tiada terdapat suatu bahasa umum yang dapat digelar bahasa Melayu. Terdapat pendapat
lain mengatakan orang Melayu sebelum kedatangan Islam dikategorikan sebagai buta huruf. Menurut beliau,
“Bahasa ‘Melayu kuno’ yang difikirkan orang itu sebenarnya tiada dapat dirumuskan sebagai Melayu, kerana
zaman itu nampaknya belum timbul konsep bahasa Melayu. Prasasti-prasasti kala sebelum Islam tiada
memberi kesimpulan yang cukup dan jelas terhadap bentuk sifat bahasa orang Melayu; hanya seolah-olah
tulisan-tulisan yang terpahat padanya, adalah bentuk sifat bahasa campuran bahasa Pali dan lain-lain yang
mungkin pula merupakan bahasa golongan tertentu yang tiada membayangkan bahasa orang sehari-hari. …
Nampaknya besar pula kemungkinan bahawa pada zaman pra-Islam tiada terdapat satu tulisan tunggal, satu
abjad, yang menyatu padu serta dengan kukuhnya mengikat bahasa meliputi golongan-golongan yang dapat
diberi gelaran Melayu.”

Penemuan bahan sejarah ini menjelaskan tentang kedudukan bahasa Melayu serta tulisannya sebelum
kemunculan tulisan jawi. Pertama, bahasa Melayu mula tumbuh pada abad ketujuh Masehi. Kedua, abad
ketujuh hingga abad kedua belas merupakan tahap perkembangannya secara evolusi. Pada tahap ini bahasa
Melayu berkemungkinan menjadi bahasa perantaraan di Kepulauan Melayu tetapi belum dapat menyaingi
bahasa Jawa yang terbukti lebih maju. Walaupun bahasa Melayu belum dapat menyatukan pelbagai bahasa
daerah yang terdapat di Kepulauan ini, bahasa Melayu bermula, secara evolusi, menjadi bahasa ilmu
pengetahuan tetapi belum boleh dianggap sebagai bahasa ilmu pengetahuan yang sebenarnya. Ketiga, bahasa
Melayu menggunakan berbagai-bagai tulisan tetapi belum mempunyai satu sistem tulisan yang praktis (Edwar
Djamaris, (1980) dan Ismail Hussein, (1981).
Kemunculan tulisan jawi membuka lembaran baru dalam sejarah Bahasa Melayu. Sebuah batu bersurat
dijumpai pada tahun 1899 Masihi di Sungai Teresat, kira-kira, 32 kilometer dari muara Sungai Terengganu.
Pada batu itu terpahat huruf Arab-Melayu dianggap tulisan jawi tertua di Asia Tenggara. Batu bersurat itu
3
bertarikh Jumaat, 4 Rejab 702 Hijrah bersamaan dengan 22 Februari 1303 Masihi. Inti batu bersurat itu bertulis
pengumuman sepuluh fasal “syarat undang-undang”. Pengumuman itu dimulakan dengan perisytiharan
supaya semua raja dan orang besar yakin dan berpegang teguh pada agama Islam dan ajaran Rasulullah SAW.
Penemuan ini bermakna, sebelum tahun 1303 Masihi, sekurang-kurangnya di Terengganu, sudah ada orang
yang mengetahui atau boleh membaca tulisan jawi. Perkara inilah dapat dirumuskan bahawa penulisan bahasa
Melayu telah mengalami beberapa perubahan dan menggunakan beberapa jenis huruf yang saling berganti.
Tulisan yang mula dipakai adalah tulisan Pallava yang berasal dari India. Tulisan Pallava ini kemudian
mengalami perubahan. Oleh itu, timbul jenis-jenis tulisan seperti berikut Tulisan Rencong, Tulisan Pallava,
Tulisan Kawi, Tulisan jawi, dan Tulisan Rumi (Hashim Hj Musa, 1996).
Menurut Amat Juhari Moain (1996) tulisan jawi telah digunakan oleh orang Melayu dalam berbagai-
bagai jenis lapangan dan kegiatan penulisan. Bahkan untuk kesenian juga tulisan ini digunakan, iaitu pada seni
khat bagi menghiasi mihrab, di dinding dalam masjid, batu nisan dan seumpamanya. Dalam Sejarah Melayu
(Hashim Musa, 1996) dicatatkan bahawa tulisan jawi telah digunakan untuk perkara berikut:
i. Prasasti atau batu bersurat. Contohnya prasasti Terengganu yang telah ditemui di Sungai
Teresat, Kuala Berang, Hulu Terengganu.
ii. Batu hidup. Tulisan ini terdapat pada batu hidup yang ditemui di Pangkalan Kempas,
Negeri Sembilan.
iii. Batu Nisan. Ini banyak terdapat di berbagai-bagai tempat bekas berdirinya kerajaan-
kerajaan Islam pada zaman silam.
iv. Mata wang, terutama wang emas dan perak. Pada mata wang ini diukir nama raja Melayu
yang memerintah dengan menggunakan tulisan jawi seperti nama Sultan Muzaffar Shah,
Mansur Shah dan lain-lain.
v. Surat kiriman antara raja. Ini banyak dibuat bukan sahaja antara raja Melayu tetapi juga
dengan raja-raja di tempat lain seperti raja Melayu dengan raja Portugal atau raja Inggeris
atau raja-raja lain.
vi. Kitab dan buku. Jenis ini yang paling banyak terdapat sama ada dalam bentuk manuskrip
(bertulisan tangan) atau cap batu.
vii. Surat-surat perjanjian antara raja dan negara di Alam Melayu.
iix. Catatan-catatan pemilikan dan perdagangan terutama di pelabuhan dan kapal-kapal
perdagangan.
ix. Surat khabar dan majalah seperti surat khabar Alamat Lankapuri, Majalah Bustan Arifin,
surat khabar Jawi Peranakan dan majalah al-Imam.
x. Piagam dan teks pemasyhuran. Contohnya seperti tulisan pada teks ciri yang dibacakan
ketika melantik seseorang itu menjadi pembesar.

Hasil catatan tersebut jelas menunjukkan bahawa Tulisan jawi pada waktu itu digunakan dengan
meluas dalam urusan-urusan penting sehingga dianggap satu tulisan yang hebat di kepulauan Tanah Melayu
dan Nusantara. Penggunaan yang meluas itu telah menarik perhatian penulis-penulis tempatan dan luar negeri
4
seperti W.G Shellaber (1925) untuk menulis buku Evolution of Malay Spelling, R.J. Wilkinson dan Winstedt
dengan terbitan Kamus Jawi Melayu-Inggeris (1901,1903, 1913, 1939) yang masih menggunakan versi ejaan
jawi tua. Sehingga kini penyelarasan Tulisan jawi dibuat dari masa ke semasa oleh tokoh tersohor jawi iaitu
Ahmad bin Mathlob atau lebih dikenali sebagai Pak Mathlob. Sumbangan beliau dalam usaha memartabatkan
Tulisan jawi sangat besar memandangkan kerajaan Malaysia kini semakin giat mencari satu alternatif untuk
memulihkan Tulisan jawi sejak daripada peringkat sekolah rendah.

Latar Belakang Jawi


Sistem Tulisan Jawi

Sistem tulisan Jawi yang digunakan sekarang ialah berdasarkan sistem


yang terdapat dalam buku Pedoman Ejaan Jawi yang Disempurnakan
(PEJYD) yang diterbitkan secara rasmi oleh Dewan Bahasa dan Pustaka
(DBP) pada tahun 1986 (edisi kedua 1987; edisi ketiga 1993). Hal ini
dinyatakan dalam Daftar Kata Bahasa Melayu (2005) seperti berikut:

“...Sistem ini merupakan sistem ejaan Jawi yang disempurnakan


atau dimantapkan daripada Kedah Ejaan Jawi yang digunakan
sebelumnya yang berasaskan Kaedah Ejaan Jawi Za’ba (sebagaimana
yang terdapat dalam buku Daftar Ejaan Melayu Jawi-Rumi, 1949).
Pedoman Ejaan Jawi yang Disempurnakan (1986) dihasilkan
daripada rumusan Konvensyen Tulisan Jawi Peringkat Kebangsaan
yang diadakan pada tahun 1984. Hasil Konvensyen tahun 1984 itu
telah diselaraskan dan diperkemas dengan maklumat yang diperoleh
daripada Konvensyen Tulisan Jawi anjuran Pusat Islam, Jabatan
Perdana Menteri, pada tahun 1991 dan Seminar Tulisan Jawi
Peringkat Kebangsaan pada tahun 1993. Semua maklumat tersebut
disemak dan disahkan oleh Jawatankuasa Teknikal Ejaan Jawi Pusat
Islam dan Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1993-1994...”

Terdapat arahan khusus daripada Kementerian Pendidikan Malaysia


yang mengehendaki PEJYD ini digunakan di seluruh negara seperti yang
dinyatakan dalam Petikan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1992 di bawah:

“...Mulai dari tarikh ini (22 Jan. 1992) Pedoman Ejaan Jawi Yang
Disempurnakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (PEJYD) itu
hendaklah digunakan di semua sekolah rendah, sekolah menengah,
maktab-maktab perguruan, di dalam buku teks dan peperiksaan yang
5
dikendalikan oleh Lembaga Peperiksaan dan Majlis Peperiksaan
Malaysia serta dalam semua sektor dan masyarakat di seluruh
negara...”
(Kementerian Pelajaran Malaysia)

Bagaimanapun PEJYD ini kemudiannya digantikan dengan


Pedoman Umum Ejaan Jawi Bahasa Melayu (PUEJBM) yang
disisipkan dalam buku Daftar Kata Bahasa Melayu (2005). Ia
merupakan maklumat terkini tentang sistem ejaan Jawi yang disusun
berdasarkan dokumen-dokumen pedoman ejaan Jawi yang telah
diterbitkan oleh DBP, dan maklumat-maklumat pedoman ejaan Jawi yang
diselaraskan selepas itu, khususnya daripada PEJYD (Edisi ketiga 1993)
dan Daftar Ejaan Rumi-Jawi (1989). Oleh sebab PUEJBM dianggap
sebagai pedoman ejaan Jawi terkini, maka kajian ini akan menjadikan
buku ini sebagai panduan asas.

Oleh sebab PUEJBM adalah lanjutan daripada sistem ejaan Jawi


Za’ba, maka prinsip ejaan Jawi Za’ba perlu diberi perhatian dalam usaha
memantapkan sistem ejaan Jawi sekarang. Pada dasarnya, sistem ejaan
Za’ba ini berasaskan kepada tiga prinsip, iaitu:

i. Ekonomi

Ejaan ini menggunakan seminimum bilangan huruf seperti perkataan


maka, pada, daripada, kepada dan sebagainya.

ii. Kepastian

Ejaan yang menimbulkan kesamaran sebutan, hendaklah diubah


suai ejaannya seperti menambah huruf saksi supaya lebih jelas
bunyinya serta dapat mengurangkan kesamarannya.

iii. Ramai Pengguna

Jika satu perkataan itu terdapat kelainan ejaan dan ramai


penggunanya serta tidak menimbulkan sebarang kesamaran, keduadua
ejaan tersebut boleh diterima pakai.
(Mohd Hussein 2002)
6
Dalam pendahuluan Pedoman Ejaan Jawi Bahasa Melayu
(PEJBM) iaitu penerbitan semula PUEJBM, Ismail dan Manshoor (pnys.)
(2004) menyatakan bahawa sistem ejaan Za’ba ini telah diubah suai
berdasarkan kepada sistem bunyi (fonologi) dan bentuk kata dalam bahasa
Melayu dan telah dipecahkan kepada tiga kelompok ejaan, iaitu:

i. Kata Melayu Jati


ii. Kata serapan Arab
iii. Kata serapan Inggeris dan bahasa asing yang lain

Ketiga-tiga kelompok ini mempunyai sistem ejaan yang tersendiri.


Perbezaan yang agak ketara ialah pada pengejaan kata serapan Arab
yang secara umumnya masih mengekalkan sistem ejaan daripada bahasa
sumber. Bagaimanapun permasalahan homograf yang akan dibincangkan
dalam makalah ini lebih tertumpu kepada ejaan kata Melayu jati
Istilah Jawi

Tulisan jawi mempunyai beberapa istilah yang perlu difahami oleh pembaca untuk mereka mahir dalam perihal
jawi. Antara istilah pada kali ini ialah HOMOGRAF….

Homograf

Homograf merujuk kepada dua kata atau lebih yang sama ejaan tetapi
berlainan maknanya. Homograf juga boleh berlaku serentak dengan
homonim (bunyi sama), misalnya jaga (bangkit) dengan jaga (pengawal
keselamatan) yang sama bunyi dalam sebutan baku. Homograf banyak
berlaku dalam tulisan Jawi kerana sistem tulisan Jawi hanya menggunakan
empat huruf vokal berbanding dengan enam huruf dalam tulisan Rumi.
Bagaimanapun terdapat beberapa cara yang digunakan untuk
mengelakkan homograf berlaku terutama dengan menambah huruf alif
pada bunyi [a].

Penghindaran Bentuk Homograf

Berikut ialah rumusan Ismail Dahaman (1991) tentang penghindaran


bentuk homograf dalam PEJYD.
7
“...Pengejaan kata dasar dwisuku dalam PEJYD telah menampilkan
dua rumusan yang memberi manfaat kepada sistem ejaan Jawi ini
dan penggunaannya dari segi mengurangkan bentuk homograf
dengan tujuan untuk menghindarkan kekeliruan bacaan dan
pengenalan makna kata. Dua rumusan tersebut ialah (i)
penghapusan homograf yang mempertentangkan vokal [a] dengan
pepet; dan (ii) penghapusan homograf yang mempertentangkan
vokal [i] atau [e] dengan diftong [ai], serta yang mempertentangkan
vokal [u] atau [o] dengan diftong [au].

i. … Homograf dihapuskan bagi membezakan bunyi diftong [ai]


dan [au] dengan bunyi vokal [i] atau [e] dan [u] atau [o].
Ditetapkan diftong dieja dengan alif-ya [ai] dan alif-wau [au]
yang dibezakan daripada vokal ya [i] atau [e] dan wau [u] atau
[o]. Contohnya: Homograf yang dieja ‫ ڬولي‬bagi guli dan gulai
dieja semula menjadi: = guli = gulai

ii. Homograf dikurangkan dengan cara membezakan ejaan bagi


kata yang berlainan maknanya, iaitu khusus bagi kes homograf
yang mempertentangkan vokal [a] dengan vokal pepet.
Contohnya: Homograf ‫ لنتيق‬bagi lantik dan lentik dieja semula
menjadi: ‫ = ڬوالي ڬولي‬lantik = lentik
Pengemasan yang dibuat ialah dengan menggunakan huruf alif
sebagai lambang bagi vokal [a] di suku kata tertutup untuk
membezakannya daripada vokal pepet yang tidak dilambangkan
dengan huruf....”

Berdasarkan PEJYD di atas, ejaan bagi mengelakkan homograf


antara diftong dengan vokal amat sesuai dan tidak mengelirukan kerana
ia melibatkan penambahan alif ke atas semua bentuk diftong /ai/ dan
/au/. Namun, ejaan bagi mengelakkan homograf antara perkataan berpola
KaKKV(K) dan K↔KKV(K) seperti lantik dan lentik di atas, masih
mengelirukan kerana ia hanya melibatkan penambahan alif pada
perkataan yang homograf sahaja.

Selain daripada dua bentuk homograf ejaan lazim di atas, terdapat


beberapa bentuk homograf lain yang sering menimbulkan kekeliruan
8
kepada pengguna, iaitu homograf dalam ejaan mengikut hukum kaf dan
ga, lampau hukum luar darlung, dan ejaan tradisi.

i. Homograf dalam hukum kaf dan ga

Hukum kaf dan ga ialah hukum yang melibatkan kata yang berakhir
dengan bunyi /ka/ atau /ga/ dalam bahasa Melayu jati. Huruf kaf dan ga
pada akhir kata tersebut tidak diberi lambang alif melainkan jika berlaku
homograf atau menimbulkan kekeliruan seperti ketiadaan huruf vokal
‫لنتيق النتيق‬

Jawi Rumi Jawi Rumi

beg bega bek beka cek ceka dek deka etik etika lega liga fizik fizika harmonik harmonika
‫بيڬ بيك هرمونيكا‬

pada suku kata praakhir, misalnya teka ( ‫) تكا‬, lega ( ‫) لڬا‬, dan sega ( ‫)سڬا‬
(licin berkilat).

Ejaan ini adalah selaras dengan ejaan lazim bagi perkataan


peta, kena, kera, bela dan sebagainya. Menurut PUEJBM huruf alif
digunakan untuk membezakan kata dwisuku dengan kata ekasuku atau
dua kata yang berbeza maknanya seperti berikut:

Berdasarkan contoh yang dinyatakan dalam PUEJBM di atas,


didapati tidak banyak masalah yang timbul, kecuali pasangan kata lega
– liga kerana kedua-duanya berakhir dengan bunyi /a/.

Kekeliruan ini berlaku kerana kata lega (tunduk) amat jarang digunakan dan tidak
diketahui umum. Selain itu, terdapat juga bentuk homograf yang masih
dikekalkan seperti pasangan kata bank – bangka yang dieja . ‫بڠك‬
Masalah ini dapat diselesaikan jika bank dieja ‫ بڠ ك‬seperti ejaan dalam
Daftar Ejaan Rumi – Jawi (2002), sebagaimana teks dieja ‫ تيك س‬, golf
dieja ‫ ڬول ف‬, tanpa menyambung dua huruf konsonan rangkap akhir kata.

Ejaan sebegini sesuai dengan sistem fonologi bahasa Melayu yang tidak
membenarkan kehadiran konsonan rangkap dalam satu suku kata. Sistem
ejaan kaf dan ga ini perlu dihadkan kepada sistem ejaan kata Melayu

9
jati sahaja. Oleh itu, kaedah ejaan ini tidak termasuk kekecualian
disebabkan masalah homograf seperti di atas, kata serapan seperti giga
yang dieja ‫ ڬيڬا‬, akronim seperti tabika yang dieja ‫ تابيكا‬dan kata nama
khas seperti Afrika yang dieja .‫افریكا‬

Selain itu, Matlob (2003: 90) membezakan ejaan perkataan jaga


dengan dua cara. Perkataan jaga bagi maksud bangkit atau awas dieja
‫ جاڬ‬, tetapi jaga bagi maksud sejenis pekerjaan (pengawal keselamatan)
dieja ‫ جاڬا‬. Bagaimanapun beliau tidak menjelaskan mengapa hal ini
berlaku. Namun begitu, semasa sebutan baku dimansuhkan oleh jemaah
menteri kabinet pada tahun 2000, Matlob berpendapat bahawa sistem
ejaan Jawi yang berdasarkan sebutan baku boleh dikembalikan kepada
bentuk asalnya (Utusan Malaysia, 2 Februari 2000). Ini bermakna
perkataan jaga seharusnya disebut dengan dua cara seperti sebelumnya,
iaitu [ja.g↔] dan [ja.ga], dan ditulis dalam tulisan Jawi dengan dua cara
juga sebagaimana yang telah disarankan oleh Matlob di atas.

ii. Homograf dalam hukum luar darlung

Bagi menjelaskan homograf jenis ini, maka hukum darlung dan luar
darlung perlu dijelaskan terlebih dahulu.

10

Anda mungkin juga menyukai