Anda di halaman 1dari 3

Penyerapan bahasa arab kedalam bahasa melayu

Sejarah Awal kemasukan bahasa arab ke tanah melayu

Tulisan jawi dan bahasa arab telah bertapak lama di Nusantara semenjak kira-kira
1300M menurut Prof Abdul Jalil Borhan berdasarkan bukti-bukti batu nisan, batu
bersurat. Namun penulisan jawi dan penyerapan kedalam Nusantara dianggarkan
lebih awal kerana untuk penyerapan penulisan dan bahasa arab kedalam bahasa
melayu memerlukan proses yang lama.

Tulisan jawi dan kalimah-kalimah arab ini mula menyerap kedalam bahasa melayu
dengan kedatangan pendagang dan pendakwah islam ke nusantara ini sehingga
banyak unsur islam mempengaruhi bahasa melayu. Tulisan jawi dan bahasa arab ini
bertapak kerana bahasa bagi agama islam adalah bahasa arab dan al-quran yang
berbahasa arab menjadi rujukan orang melayu islam [Abd Jalil : 2012].

Menurut Syed Muhammad Naquib Al-Attas bahawa huruf Jawi adalah campuran dari
huruf-huruf Arab sebanyak 28 huruf dan ditambah pula dengan lima huruf dari
bahasa Parsi dan Berber. Menurut Prof Al Attas lagi, batu bersurat yang dijumpai di
Terengganu bertarikh 702H, bersamaan dengan 1303 Masihi menjadi salah satu
bukti penggunaan tulisan jawi dan penyerapan bahasa arab yang telah bertapak di
tanah melayu

Penggunaan tulisan Arab Melayu ini sama seperti huruf Latin. Tulisan ini mempunyai
37 huruf yang terdiri dari 3 huruf vokal dan 33 konsonan. Abjad arab asalnya hanya
ada 30 abjad. Abjad ini tidak dapat memenuhi kehendak ejaan melayu. Maka
ditambah 5 abjad bagi menunjukkan bunyi-bunyi asli dalam bahasa melayu

Keberadaan dan perkembangan Islam di nusantara menjadikan bahasa arab


sebagai bahasa penting di rantau ini dengan kebolehan berbahasa arab memberikan
kebolehan untuk orang melayu memahami agama islam dengan mendalam. Malah
dengan penulisan jawi yang dikenali sebagai bahasa arab melayu, telah menjadi
bahasa kitab ilmu dan komunikasi di rantau ini semenjak kehadiran islam ke
nusantara.

Penyerapan bahasa arab ke dalam bahasa melayu mempunyai dua prinsip

(i) Istilah agama dikekalkan ejaan , contoh : Kitab – ,‫كتاب‬Nikah – ‫نكاح‬dan


Wudhuk – ‫وضوء‬
(ii) Kata umum diubah ejaan –
‫ = وابق – وباء‬Wabak
‫ = سابون – صابون‬, Sabun
‫= كرتس – قرطاس‬kertas:

Contoh kalimah arab yang diserap kedalam bahasa melayu

1. Muhrim –‫ محريم‬dari kata asal ‫( محرم‬mahram) juga dikekalkan ‫( محرم‬mahram)


2. Fardu – Memfardukan = – ‫ممفرضوكن‬
,‫فرض‬
3. Haji – Menghajikan = ‫حج – مڠحاجيكن‬
4. Fatwa – Memfatwakan = ‫فتوی – ممفتواکن‬
5. Fikir =‫فيکير‬
6. Dakwah = ‫دعوا‬
7. Akad – ‫عقد‬menjadi Ikat – ‫ ايكت‬,
8. Fasakh – ‫فسخ‬menjadi Pisah – , ‫ڤيسه‬

Sejak sistem Ejaan Rumi diperkenalkan untuk menulis bahasa Melayu pada awal
kurun ke 20, dan digunakan dalam sistem pendidikan di Tanah Melayu, kedudukan
tulisan jawi mula mendapat persaingan Keagungan tulisan jawi beransur-ansur
kurang penting tahun demi tahun apabila kerajaan lebih memberikan penekanan
kepada penggunaan tulisan rumi. Akhirnya generasi sekarang banyak yang tidak
memahami tulisan jawi lagi.

Rujukan :
References
Borham, P. D. (2012). TULISAN JAWI: TULISAN SERANTAU. Ucaptama Seminar Tulisan Jawi dan
Teknologi Peringkat Kebangsaaan 2012. Pahang.

HARUN, M. H. (2015). ANALISIS PENGGUNAAN SERAPAN BAHASA ARAB DALAM BAHASA.

Anda mungkin juga menyukai