Anda di halaman 1dari 2

Pendahuluan

Ibn Khaldun pernah menulis didalam magnum opus beliau Kitab Al-‘ibar di bahagian
pertama buku beliau yang lebih dikenali sebagai Al-Muqaddimah (Muqaddimah Ibn
Khaldun) bahawa sejarah merupakan satu kitaran yang berulang atau disebut sebagai “cycle
of history” dimana sejarah tamadun manusia ini merupakan satu peristiwa yang berulang-
ulang.

Begitu juga dengan setiap satu dinasti atau empayar, ia akan mengalami satu kitaran yang
mempunyai 3 peringkat dari awal pembinaan kemudian zaman kegemilangan hingga akhirnya
zaman kehancuran. Perkara ini akan saya jelaskan lebih lanjut didalam bab 1.

Sejarah bersifat penghubung diantara masa silam dan masa hadapan, masa silam dan hari ini.
Malangnya bagi sebahagian umat Islam, sejarah dilihat sebagai satu masa lampau yang hanya
patut berada didalam ingatan atau hanya dakwat diatas kertas-kertas mahupun hanyalah
artifak yang menjadi simpanan di almari juga buku-buku yang disimpan didalam arkib dan
perpustakaan sahaja.

Sejarah penting buat negarawan, ahli politik, ahli ekonomi, pembuat dasar negara dan ilmuan
islam terutamanya ilmuan yang berkecimpung dengan ilmu sains samaada sains sosial atau
sains semula jadi.

Penting bagi umat Islam khususnya pembaca, memahami sejarah terutamanya sejarah
peradaban islam iaitu demi memahami peranan mereka dimasa hadapan untuk pembinaan
peradaban Islam yang kian berada di akhir hayatnya yang sedang menunggu mujaddid atau
pembaharu peradaban islam di era ke-21 ini seperti yang telah berlaku sepanjang zaman
semenjak abad ke 7 setelah kewafatan baginda Rasulullah S.A.W.

Pada tahun 1922, secara rasminya kejatuhan khilafah uthmaniyyah menandakan berakhirnya
kegemilangan peradaban Islam yang pernah berada di puncak sekitar abad ke 6 sehingga lebih
kurang abad ke 16 suatu ketika dahulu. Kejatuhan ini meninggalkan impak yang cukup besar
di dunia islam dengan ‘Caliph’ telah diruntuhkan institusi kuasa ini yang pernah menjadi
penaung atau tempat kebergantungan kerajaan Islam di serata dunia seperti yang berlaku
ketika Kerajaan Melayu Acheh menghantar surat memohon bantuan kepada Sultan Abdul
Hamid II bagi melawan Kerajaan Belanda yang menjajah Kepulauan Acheh.
Kejatuhan ini meninggalkan satu vakuum kuasa yang cukup besar di dunia islam lagi-lagi
dalam menghadapi kolonialisma eropah dan komunisma di dunia Islam tanpa sebarang kuasa
yang mampu membantu melawan. Kolonialisma ini meninggalkan parut yang cukup besar di
dunia islam sehingga mengubah fabrik sosial, kehilangan dan keruntuhan sistem ekonomi
sendiri, keruntuhan institusi kuasa islam dan islam bernegara.

Kolonialisma juga berjaya membawa arus westernisasi di dunia islam yang mana arus ini
mengakibatkan satu “tectonic shift” di dalam pemikiran serta agenda politik umat islam.

Persoalan timbul, apakah masa hadapan peradaban Islam di era ke-21 ini? Apakah isu dan
cabaran peradaban Islam di dunia masa kini?

Di sepanjang dua dekad pertama abad ke-21 ini, pelbagai peristiwa boleh kita lihat

Anda mungkin juga menyukai