Anda di halaman 1dari 1

Modernisasi bukan Westernisasi.

Di dalam kalangan masyarakat dan pemimpin melayu, pemahaman tentang modernisasi dan
westernisasi masih lemah lagi-lagi generasi millenial. Bagi pemimpin atau ahli politik dan
generasi millenial modernisasi adalah 'two sides of a same coin' dengan westernisasi.
Masalah kekeliruan ini pernah ditimbulkan oleh Samuel P Huntington dalam buku beliau Clash of
Civilization. Modernisasi adalah satu perubahan dari masyarakat tradisional kepada masyarakat
modern. Malah timbul pelbagai tesis berkenaan perubahan sosial akibat dari modernisasi
contohnya teori 'divisions of labour' oleh Emilie Durkheim, teori Max Weber, Marquis de
Condorcet dan sebagainya.
Akan tetapi modernisasi dan westernisasi hendaklah dipisahkan kepada dua entiti yang berbeza.
Satu berkenaan kemajuan industri dan ekonomi dan westernisasi pula adalah hegemoni
culture/budaya, ideologi, peradaban dan identiti barat.
Jepun mengalami fasa modernisasi yang pantas semenjak zaman 'industrialization' dan berjaya
membuktikan bahawa modernisasi tidak memerlukan pembawakkan westernisasi dan budaya
kerja barat dan mereka berjaya mencipta hala tuju mereka sendiri.
Turki pula antara contoh kontra kepada Jepun apabila menganggap westernisasi adalah jalan
modernisasi yang baik apabila mereka kehilangan identiti asal mereka, kehilangan nilai asal
mereka dan digantikan dengan nasionalisma dan ruh negara nation-state.
Di Malaysia perkara ini semakin hari semakin jelas bahawa pemimpin dan ahli politik yang tidak
berilmu atau mempunyai
jiwa 'colonializibility' iaitu jiwa mudah dijajah seperti yang disebut oleh Malek Bennabi, yang
begitu terpesona dengan peradaban barat sehingga memilih untuk mengambil peradaban barat
sebagai unsur utama pembinaan negara.
Maka tidak hairan apabila pemimpin dan masyarakat mula menjadikan hiburan dan budaya luar
menjadi keutamaan diatas nama kebaikan ekonomi, kemajuan palsu dan kepuasan nafsu
(hedonism). Ini bertentangan sama sekali dengan kebahagiaan yang dijadikan teras didalam
peradaban Islam malah peradaban Melayu.
Bagi peradaban Islam, kemajuan merupakan satu pelengkap kepada perubahan sosial yang
berpaksikan tawhid, dan mempunyai matlamat dan ciri-ciri yang tersendiri. Di dalam Islam,
kemajuan ekonomi merupakan cebisan dari pelbagai lagi kemajuan bukan penanda aras bagi
kemajuan. Malah modernisasi didalam Islam melihat rasional dan sains itu tidak terpisah dari
Islam itu sendiri berbeza dengan modernisasi yang dipegang peradaban lain, barat terutamanya,
rasional dan sains sepatutnya berada di kedudukan yang berbeza dari agama dan agama itu
tidak bermanfaat buat rational dan sains. Ekonomi bagi peradaban lain merupakan penanda aras
bagi modernisasi.
Maka secara mudahnya, sepatutnya masyarakat, golongan millenial khususnya dan ahli politik
Melayu sepatutnya mempunyai ilmu, nilai dan identiti berpaksikan peradaban Islam dan bukan
memilih untuk menjadikan westernisasi sebagai cara memodernisasi negara. Kaca mata kita
berbeza, cara hidup kita berbeza, ideologi kita berbeza maka seharusnya kita melakar peradaban
kita berasaskan Islam kita, bukan memilih westernisasi sebagai jalannya.
Wallahualam.

Amirul Asyraf

Research Executive, Zaaba Institute of Leadership

Anda mungkin juga menyukai