Anda di halaman 1dari 21

Pada penghujung abad ke-19 dan pada awal abad ke-20, masyarakat Melayu terutamanya yang tinggal di kawasan

bandar berasa tidak puas hati dengan keadaan ekonomi, sosial, dan politik pada ketika itu.1 Mereka mulai sedar bahawa kedudukan ekonomi dan sosial terancam disebabkan kemasukan masyarakat dari luar seperti kaum imigran orang Cina dan India. Oleh yang demikian, orang Melayu sedar bahawa mereka perlu bertindak bagi membawa perkembangan ekonomi dan sosial ke atas masyarakat Melayu agar tidak tinggal dalam kehidupan yang mundur dan tiada kemajuan tidak seperti bangsa Cina dan India yang tinggal di kawasan bandar. Kesedaran ini melahirkan tiga golongan di bandar-bandar untuk memperjuangkan kepentingan masyarakat Melayu pada awal abad ke-20. Salah satunya adalah golongan yang berpendidikan Arab. Golongan ini memainkan peranan penting dalam gerakan Pemulihan Islam dalam kalangan masyarakat Melayu antaranya ialah Kaum Tuan, Hizbul Muslimin, Kaum Muda (Gerakan Islah) dan Parti Islam Semalaya (Pas). Gerakan Islah merujuk kepada gerakan memperbetulkan pandangan orang Melayu terhadap Islam.2 Gerakan ini dipelopori oleh golongan intelektual yang berpendidikan dari Timur Tengah, antaranya Sheikh Tahir Jalaludin, Syed Sheikh al-Hadi, dan Dr. Burhanuddin al-Helmy dan gerakan ini turut dikenali sebagai Kaum Muda. Selain itu golongan berpendidikan pondok yang dikenali sebagai Kaum Tua juga berperanan dalam mencetuskan kesedaran sosial di Tanah Melayu pada awal abad ke-20. Mereka menggunakan akhbar dan majalah seperti al-Imam, Neracha, Idaran Zaman, dan Pengasuh sebagai saluran untuk menyebarkan gerakan Islah. Golongan-golongan

berpendidikan agama ini turut memainkan peranan dalam memperjuangkan nasionalisme di Tanah Melayu.

2.0

DEFINISI NASIONALISME

SP STAR (2001). Gerakan Nasionalisme. Diperoleh pada April 22, 2013 daripada http://reocities.com/Athens/marathon/9042/nasionalisme.htm
2

Zulkifli Yahya (2003). Sejarah kertas dua. Diperoleh pada April 22, 2013 daripada http://books.google.com.my/books?id=uemOj65WOZMC&pg=PA153&dq=peranan+golongan+berpendidikan+aga ma+dalam+gerakan+awal+nasionalisme+melayu&hl=en&sa=X&ei=h2l1UaOVNMTtrAefl4GYBA&ved=0CC4Q6AEwA A#v=onepage&q=peranan%20golongan%20berpendidikan%20agama%20dalam%20gerakan%20awal%20nasionalis me%20melayu&f=false

Mengikut Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat (2005), nasionalisme ditakrifkan sebagai perasaan cintakan bangsa dan negara sendiri yang mendalam. Selain itu, nasionalisme juga merujuk kepada pergerakan untuk mencapai kebebasan ekonomi dan politik daripada kuasa asing dan semangat kebangsaan. Menurut Ramlah Adam (1998), nasionalisme Tanah Melayu adalah satu gerakan yang bersifat tempatan yang menuju ke arah pembentukan sebuah negara-bangsa. R.I. Rotberg menyatakan bahawa istilah nasionalisme adalah satu kancah

penyalahgunaan dan telah digunakan untuk menggambarkan beraneka jenis keadaan, kedudukan manusia dan corak fikiran.3 Dalam konteks Melayu sebelum merdeka, nasionalisme biasanya digunakan untuk merujuk kepada perjuangan orang Melayu bagi mendapatkan kembali kedudukan unggul dalam negara sendiri.4 Selain itu, nasionalisme juga berkait rapat dengan satu gerakan dan tindak balas rakyat terhadap ketidakadilan pemerintah lebih-lebih lagi penjajah dari segi ekonomi, politik dan sosial sehingga menyebabkan terdapatnya ramai rakyat yang menderita. Hal ini menyebabkan ramai di antara mereka yang bangkit menentang penjajah bagi menuntut keadilan dan pembaharuan dalam semua bidang. Nasionalisme juga merujuk kepada perasaan cinta kepada tanah leluhur. Perasaan ini boleh dilahirkan menerusi tindakan seperti penentangan terhadap penjajah atau boleh juga dilahirkan dengan sentimen kebangsaan seperti menyanyi lagu kebangsaan atau menaikkan bendara negara (Sadaro, 2001).5 Hal ini jelas menunjukkan bahawa perasaan atau kesedaran yang timbul itu merupakan elemen penting sebagai pemangkin ke arah pembentukan sebuah negara bangsa.

3.0
3

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN NASIONALISME


Nasionalisme

R. Suntharalingam, Konsep Nasionalisme: Ke Arah Satu Takrif, dlm. R. Suntharalingam, et.al., Satu Tinjauan Sejarah, Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti, 1985, hlm. 1-2.
4

Khoo Kay Kim, Nasionalisme dan Sastera Sebelum Perang Dunia II,dlm. Dewan Sastera, 14 Ogos 184. hlm. 3; Lihat juga Nasionalisme Dalam Persuratan, Kuala Lumpur: Muzium Negara dan Dewan Bahasa dan Pustaka, 1985, hlm. 145-151.
5

Zulhilmi Piaidi dan Rohani Abd. Ghani, Pendidikan negara bangsa, Pahang: PTS Publications and Distributor Sdn Bhd, 2003, hlm. 39

3.1

AGAMA

Agama merupakan faktor penting yang menyatukan orang Melayu, terutama di peringkat awal kebangkitan kesedaran kebangsaan di Tanah Melayu. Pada penghujung abad ke19 dan awal abad ke-20, masyarakat Melayu terutamanya yang tinggal di bandarbandar berasa tidak puas hati dengan keadaan ekonomi, sosial dan politik. Masyarakat ini mulai sedar bahawa kedudukan ekonomi dan sosial terancam kerana adanya masyarakat luar iaitu kaum migran seperti kaum Cina dan India. Oleh yang demikian, orang Melayu perlu bertindak bagi membawa perkembangan supaya tidak ketinggalan dalam pelbagai bidang jika dibandingkan dengan kaum lain. Kesedaran ini telah melahirkan kumpulan-kumpulan kecil yang berpengaruh untuk memperjuangkan kemajuan masyarakat Melayu dalam bidang ekonomi dan sosial. Kesedaran ini melahirkan tiga golongan di bandar-bandar untuk

memperjuangkan kepentingan masyarakat Melayu pada awal abad ke-20. Salah satunya adalah golongan yang berpendidikan Arab. Golongan ini memainkan peranan penting dalam gerakan Pemulihan Islam dalam kalangan masyarakat Melayu. Golongan berpendidikan Arab ini adalah pelajar yang telah mendapat pendidikan pengajian Islam di Universiti Al-Azhar di Kaherah, Mesir. Golongan berpendidikan Arab ini juga menjadi masyarakat yang pertama dalam menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap keadaan ekonomi dan sosial orang Melayu pada masa itu. Gerakan ini juga bertujuan untuk memberi satu tafsiran baharu kepada agama Islam supaya sesuai dengan peredaran zaman. Hal ini dapat dijelaskan bahawa agama Islam boleh menjadi ubat untuk mengatasi masalah kemunduran umat Islam di seluruh dunia. Kebanyakan dari golongan ini memperoleh pelajaran dari Timur Tengah dan terpengaruh dengan Gerakan Pemulihan yang berlaku di sana. Golongan ini telah menerima pelajaran dan inspirasi dari Gerakan Pemulihan Islam Moden dan Gerakan Pan-Islamisme yang diasaskan pada penghujung abad ke-19 dan awal abad ke-20 oleh Imam Syeikh Muhammad Abduh dan Sayid Jamaluddin al Afghani. Antara penuntutpenuntut Melayu yang membawa pengaruh dari Timur Tengah ialah Syeikh Muhammad Tahir bin Jalaluddin, Syed Syeikh Ahmad al-Hadi, Haji Abbas Muhammad Taha dan Seikh Mohammad Salim al-Kalali. Sebagai contohnya majalah Al-Imam juga telah menunjukkan kemunduran orang-orang Melayu, penguasaan bangsa asing terhadap diri masyarakat Melayu, kemalasan dan kecuaian orang Melayu, kekecohan sesama sendiri serta ketiadaan kemampuan orang Melayu untuk bersatu demi kebaikan bersama.

Selain itu, majalah ini turut menyiarkan tentang Islam tidak menentang ilmu pengetahuan dan kemajuan seperti yang ditunjukkan oleh dunia barat atau sebagaimana yang dituduh oleh musuh-musuhnya. Sebaliknya, dengan benar-benar memahami dan tunduk kepada undang-undang dan semangat Islam itulah sahaja satusatunya jalan mencapai kejayaan dalam perlumbaan masyarakat Melayu dengan penjajah yang memerintah dan memimpin orang Melayu.

3.2

KESEDARAN ORANG MELAYU TENTANG KEMUNDURAN

Faktor kesedaran orang Melayu tentang kemunduran yang dialami juga turut menjadi punca dalaman kebangkitan nasionalisme di Tanah Melayu. Orang Melayu menjadi penduduk pribumi namun begitu masih ketinggalan jauh dalam bidang ekonomi dan sosial. Hal ini kerana kegiatan ekonomi kapitalis dikuasai oleh orang Cina dan pedagang-pedagang Eropah. Kebanyakan ladang getah dan lombong bijih timah dimiliki dan diusahakan oleh orang Eropah. Manakala orang Cina pula menguasai sektor ekonomi di kawasan bandar seperti menjadi peniaga. Keadaan ini mula disedari oleh peniaga-peniaga keturunan Arab yang tinggal di Negeri-negeri Selat terutamanya di Singapura. Dalam bidang pendidikan pula, orang Melayu masih ketinggalan jauh kerana masyarakat ini beranggapan bahawa sistem pendidikan Melayu tidak mempunyai nilai untuk meningkatkan taraf dan kedudukan dalam bidang ekonomi. Orang Melayu mula sedar bahawa perlu mempertahankan hak sendiri di tanah air apabila orang Cina peranakan diberi hak yang sama dengan kaum Melayu daripada kerajaan British. Orang Melayu sedar permintaan orang Cina tersebut akan menggugat kedudukan masyarakat Melayu sebagai penduduk pribumi. Selain itu, rakyat juga menderita di negara sendiri akibat dijajah bangsa asing. Kesengsaraan yang dialami oleh orang-orang Melayu dalam kehidupan seharian yang dialami seharian dan penipuan yang dilakukan Jepun telah mendorong orang-orang Melayu bangun dan mewujudkan organisasi anti-Jepun. Maka wujudlah askar-askar Wataniah dan Force 136. Golongan ini akhirnya menjadi tulang belakang kepada askar Melayu setelah negara mencapai kemerdekaan. Selain itu, pemimpin organisasi ini juga telah menjadi orang-orang terpenting dalam menegakkan nasionalisme Melayu.

3.3

DASAR PENJAJAHAN BARAT

Dasar penjajahan Barat juga telah menimbulkan semangat nasionalisme ke dalam jiwa penduduk Tanah Melayu. Ketika penaklukan British ke atas Tanah Melayu, pihak British telah berpuas hati dengan kaedah pengukuhan kuasa, pengaruh dan kedudukan ekonomi di Tanah Melayu. Pihak British kemudian telah memulakan proses menginstitusikan berbagai-bagai bidang kerajaan yang merangkumi hampir semua aspek kehidupan politik, ekonomi dan sosial. Usaha mencapai tujuan ini paling pesat dilakukan di Negeri-negeri Melayu Bersekutu (NNMB). Akibat daripada keadaan ini, institusi Melayu tradisioanal dan elit Melayu tradisional terpaksa mengambil peranan dalam hal ehwal kerajaan dan pentadbiran. Tambahan pula, pihak British telah mula membawa masuk imigran Cina dan India secara besar-besaran untuk mengekploitasi sumber-sumber ekonomi yang masih belum diterokai oleh masyarakat Melayu dengan sepenuhnya. Keadaan ini menyebabkan kaum pendatang mula menguasai ekonomi di Tanah Melayu. Kaum Melayu mulai sedar bahawa telah ketinggalan dalam pembangunan ekonomi dan sosial yang mana orang bukan Melayu menjadi peserta yang kuat. Langkah-langkah yang diambil oleh pihak British ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan orang Melayu kerana masyarakat Melayu sedar hak sebagai rakyat pribumi sedikit demi sedikit telah diambil oleh pihak pendatang dan kaum penjajah.

3.4

SISTEM PENDIDIKAN

Gerakan nasionalisme semakin bergerak aktif disebabkan berlakunya perkembangan dari segi pendidikan dalam masyarakat Melayu. Pendidikan dijadikan sebagai saluran yang turut memberi sumbangan sehingga menimbulkan kesedaran kepada orang Melayu untuk bangkit menentang penjajahan di Tanah Melayu daripada kuasa asing. Pada awalnya, sistem pendidikan di Tanah Melayu adalah beraliran keagamaan. Sebagai contoh, sekolah agama yang terdapat di Tanah Melayu pada masa itu seperti Sekolah Maahad Ihya Asy-Syariff di Gunung Semanggol, Perak. Pusat pendidikan ini yang dipanggil madrasah telah ditubuhkan pada 15 April 1934 oleh Haji Abu Bakar alBakir yang merupakan salah seorang tokoh ulama yang terkenal pada masa itu. Penubuhan madrasah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk tempatan. Buktinya, menjelang tahun 1939, didapati bilangan pelajar telah meningkat. Bilangan ini jelas membuktikan bahawa masyarakat sudah mempunyai kesedaran betapa perlunya pendidikan untuk memajukan diri dan bangsa.

Walaubagaimanapun, sistem pembelajaran tidak hanya tertumpu kepada bidang agama semata-mata, malah pembelajaran turut menekankan kepada penyediaan latihan perguruan. Maka tidak hairanlah pelajar-pelajar daripada madrasah ini terlibat dalam menerbitkan karya-karya yang berunsurkan semangat nasionalisme dan diterbitkan melalui akhbar-akhbar tempatan seperti Utusan Melayu, Warta Negara, dan Warta Kinta. Selain itu, pelajar juga telah memahami erti kesatuan dan pertubuhan politik. Hal ini secara tidak langsung mendedahkan keinginan penuntut kelahiran madrasah tersebut untuk menyertai kesatuan yang lebih dinamis ke arah

membangunkan agama dan bangsa.

4.0

PERANAN GOLONGAN BERPENDIDIKAN AGAMA 4.1 KAUM TUA

Secara umumnya, Kaum Tua boleh didefinasikan sebagai ulama-ulama muktabar tradisional yang alim, berpengetahuan luas, mempunyai keahlian dalam selok belok agama, menjaga amanah ilmiyah, berpegang kepada pengajian bertalaqqi secara bersanad yang diwarisi daripada Rasulullah, sahabat, para tabien, tabi tabieen sehinggalah sampai ke Tanah Melayu kita. Selain itu juga mereka dikaitkan dengan kitab kuning [lama] kerana mementingkan keaslian sumber yang dipakai betul-betul daripada Ulama Islam terdahulu, tidak diubah sebagaimana yang telah dilakukan oleh kaum Muda [wahhabi]. Sesuai dengan konsep bertalaqqi, ulama-ulama ini

sebagaimana biasanya melihat sirah atau masa lampau [salaf] sebagai sumber inspirasi atau sesuatu yang harus dipertahankan. Justeru itu, pendokong kaum tua ini dilihat seringkali bersikap negatif terhadap pembaharuan dan perubahan. Golongan tradisionalis ini seringkali menganggap bahawa kemunduran umat Islam adalah kerana mereka menjauhkan diri daripada ajaran-ajaran generasi yang lalu, serta memutuskan hubungan tradisi mereka untuk mengikuti arus perubahan iaitu godaan syatian dari Barat. Kaum Tua atau dikenali sebagai 'Khalafi' yang berpegang dengan umum mazhab Syafie pula kurang berhasrat mampu memudahkan untuk orang awam yang lalu dirasakan mereka

kebanyakannya

mengikuti

kaedah

tadi,

mempopularkan cara taqlid sebagai medium penyatuan dalam masyarakat dan juga ibadah, selain menganugerahkan kemudahan buat masyarat yang majoritinya tidak

punyai kemampuan untuk mengkaji secara mendalam hingga ke tahap dalil bagi sesuatu ibadat. Selain itu, mereka juga risau akan munculnya individu yang tidak berkelayakan lalu menggunakan kaedah rujukan dalil tadi sehingga menyeleweng, menurut mereka lebih baik bertaqlid kepada satu mazhab (Syafie) berbanding silap menyeleweng atau lebih baik pegang pendapat ulama syafie dari pegang pendapat sendiri yang amat tidak 'alim. Permulaan kedatangan pengaruh asia barat terhadap alam melayu boleh dikatakan bermula dengan kepulangan mahasiswa melayu dari Makkah. Hasil dari kesinambungan tersebut maka lahirlah sebuah institusi pendidikan iaitu institusi pondok yang memberikan sumbangan terbesar dalam mempamerkan imej dan pengaruh asia barat di bumi melayu. Antara medium atau sumber dakwah Kaum Tua ini adalah Majalah Ikhwan oleh Syeikh Syed Hadi, Majalah Saudara, Kitab Natijah al-Umur oleh syeikh Tahir jalaluddin, Pembela Islam dan al-Lisan oleh Hasan Bandung dan majalah al-Imam oleh syeikh tahir jalaluddin (rujuk hasil penelitian tulisan-tulisan kaum muda dan kaum tua). Sistem dan kaedah yang diterapkan di dalam institusi ini ada persamaan dengan sistem pendidikan yang dilaksanakan dalam kaedah pembelajaran di Masjid alHaram. Perkara ini terus berkembang hingga sampai ke Tanah Melayu seperti Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu. Pendidikan agama mengalami perubahan dan perkembangan baru sebaik sahaja idea pembaharuan (islah) dari asia barat terutamanya Mesir mulai meluas di kalangan masyarakat Islam pada masa itu. Setelah itu, lahirlah sistem madrasah yang lebih sistematik dan lebih formal dari sistem pondok. Kaum Tua [ulama Islam] bersepakat bahawa sumber pensyariatan Islam yang menjadi dustur (perlembagaan) Umat Islam terdapat 4 elemen iaitu AL-QURAN, HADIS, IJMAK ULAMA dan QIYAS AS-SHAHIH. Selain dari itu, mereka menolak keras untuk menentukan segala persoalan Islam berdasarkan pemikiran otak semata-mata, bahkan hujah akal itu hanya boleh digunakan sebagai syahid kepada syara (bukti kebenaran syara). Banyak Fitnah yang dilontarkan kepada golongan mulia ini sehinggakan ada di kalangan Kaum Muda hari ini menuduh mereka sebagai quburiyun (mereka maksudkan penyembah kubur), makan duit anak yatim kerana menghadiri majlis-majlis tahlil, lapar duit si mati sehingga meminta-minta duitnya di perkuburan sambil membaca Al-Quran, memohon hajat dan doa kepada si mayat itu sendiri, menggelarkan mereka sebagi bapak bidah di Tanah Melayu, melabelkan ulamaulama pondok ini sebagai Syiah,

mengkafirkan guru-guru pondok yang tidak mengundi, mengkafirkan mereka yang bertawassul dengan para anbiya dan solihin, mendakwa akidah yang diajar oleh guruguru pondok iaitu kitab yang banyak membicarakan sifat 20 atau 13 sifat sebagai salah dan yang benar hanya pengajian tauhid 3T ( Tauhid Tiga) mereka sahaja, acara maulid yang diamalkan oleh mereka bersama penduduk Islam sebagai bidah melazimkan pelakunya masuk neraka, sesetengahnya sampai mensyirikkan dan mengkafirkan mereka, Menggelarkan penuntut pondok sebagai primitif, dan kuno dan berfikiran jumud, menentang sebarang bentuk tarekat yang diamalkan oleh mereka, dan banyak lagi kesesatan-kesesatan golongan Kaum Muda ini. Gugatan yang berlaku ke atas penganut Mazhab Shafi'i (KAUM TUA) melalui 3 gelombang. Gelombang pertama berlaku pada tahun 20-an dan 30-an pada masa itu gerakan kaum muda cuba mengemukakan idea-idea baru yang berbeza dengan pegangan sedia ada dalam masyarakat Melayu yang berpegang kepada Mazhab Shafi'i. Perkara yang ditimbulkan oleh golongan kaum muda ini menyentuh tentang peranan akal dalam memahami hukum, persoalan-persoalan hukum ikhtilaf dan tentang bid'ah. Gelombang pertama berlakunya gugatan terhadap aliran mazhab Shafi'i ialah pada awal abad ke-20 di mana beberapa orang pelajar yang melanjutkan pelajaran ke Arab Saudi, Mesir dan India telah terpengaruh dengan pemikiran gerakan Islah di sana. Gerakan Islah ini cuba menimbulkan kembali idea ijtihad untuk menyelesai keperluan hukum supaya kembali kepada sumber asal al-Qur'an dan Sunnah. Dengan seruan kepada ijtihad menolak taqlid yang diamalkan dalam masyarakat. Gelombang kedua berlaku antara tahun empat puluhan dan enam puluhan. Gelombang kedua ini adalah sebagai menyambung usaha yang berlaku sebelumnya. Penumpuan kebangkitan pada waktu ini lebih banyak menumpukan kepada persoalanpersoalan khilafiyyah yang lebih khusus sehingga menimbulkan perpecahan di kalangan masyarakat awam terutamanya dalam Parti Islam Setanah Melayu ketika itu yang merasa tertekan dengan keadaan yang berlaku. Timbulnya isu-isu khilafiyyah yang membawa perpecahan di kalangan masyarakat ini menyebabkan satu ijtima' diadakan untuk membuat satu keputusan dalam isu-isu yang dibangkitkan. Akhirnya mereka sepakat memutuskan bahawa persetujuan dicapai terhadap pendirian ulama-ulama beraliran Mazhab Shafi'i dalam isu-isu yang dibangkitkan. Gelombang ketiga pula berlaku dari tahun 70-an sehingga kini yang dipelopori oleh golongan muda yang terdedah kepada pengajian di Saudi dan di Indonesia.

Gelombang yang berlaku ini seolah-olah sebagai menyambung pemikiran dan pendekatan golongan kaum muda sebelumnya. Mereka mempertikai beberapa amalan yang ada dalam masyarakat yang diambil daripada ulama'-ulama' beraliran Mazhab Shafi'i.

4.2 HISBUL MUSLIMIN Hizbul Muslimin ('Hamim') atau Parti Orang Muslimin Malaya (Muslim People's Party of Malaya), merupakan parti Islam yang pertama di Tanah Melayu telah ditubuhkan pada 17 Mac 1948. Hizbul Muslimin juga parti Islam perama di Tanah Melayu yang memperjuangkan kemerdekaan dari penjajahan British. Pada Mac 1947, persidangan Islam se-Malaysia (Pan-Malayan Islamic conference) yang pertama telah diadakan di Madrasah Ma'ahad al-Ehya as-Sharif di Gunung Semanggol, Perak. Perhimpunan yang ditaja oleh Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) di bawah pimpinan Dr. Burhanuddin al-Helmy dianjurkan untuk membincangkan masalah ekonomi yang dihadapi oleh golongan Melayu-Muslim. Ianya bertujuan membawa gerakan-gerakan dan pemikir-pemikir Islam yang lebih aktif secara politik dan progresif di dalam negeri untuk duduk bersama-sama. Hasilnya MATA, Majlis Agama Tertinggi Malaya (Supreme Religious Council) Malaya telah tertubuh. MATA mula menganjurkan perhimpunan dan kegiatan politik bagi aktivis MelayuMuslim untuk berkumpul dan berbincang rancangan untuk masa depan dan keperluan untuk mengerahkan masyarakat umum. Majlis itu juga menganjurkan satu persidangan pada 13 -16 Mac 1948 yang membincangkan isu tempatan dan antarabangsa yang berkenaan dengan masyarakat umum. Peserta-peserta persidangan

merasakan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu, UMNO tidak melakukan apa yang memadai untuk mengemukakan isu mustahak secara umum dan puak konservatifnationalis juga tidak memainkan peranan yang cukup untuk kepentingan MelayuMuslim. Perwakilan UMNO di dalam MATA tidak berpuas-hati dengan nada perbincangan pihak Islamis, yang dirasai terlalu berunsur revolusi dan militan. Perwakilan UMNO telah melaporkan pendapat dan pemerhatian mereka pimpinan mereka menyebabkan pemimpin UMNO Dato' Onn Jaafar mula mengeluarkan amaran mengenai "ancaman bahaya dari gunung", yang merujuk kepada Gunung Semanggol, lokasi pergerakan MATA.

Sejurusnya Parti Orang Muslimin Malaya atau Hizbul Muslimin telah ditubuhkan pada 17 Mac 1948 dipimpini Ustaz Abu Bakar al-Baqir selepas persidangan kedua MATA yang mengisytiharkan supaya MATA diatur-semula sebagai satu parti politik Islam. Dengan penubuhan Hizbul Muslimin, kesemua aktiviti politik telah dipindahkan kepada pertubuhan politik baru itu. MATA pula berperanan sebagai biro hal-ehwal agama parti itu. Walaubagaimanapun, parti politik Islam yang pertama di Malaya ditakdirkan untuk tidak bertahan lama apabila ianya diharamkan oleh

kerajaan Britishdengan

dakwaan

bahawa Hizbul

Muslimin menjalin

hubungan

dengan Parti Komunis Malaya (PKM) yang diharamkan. Ordinan Darurat 1948 yang diluluskan menyebabkan Hizbul Muslimin diharamkan dan dianggap bahaya. Ramai anggota Hizbul Muslimin melepaskan diri mereka dari tindakan British dengan menyertai UMNO. Apabila puak ulamak di dalam UMNO berpecah keluar daripada parti itu, mereka menubuhkan Persatuan Islam Sa-Malaya (Pan-Malayan Islamic Association), dengan singkatan PAS. Pada masa itu, perlembagaan persatuan membenarkan keahlian bertindih di dalam PAS dan UMNO yang menjadikan ramai ahli kedua-dua pertubuhan menganggap diri mereka juga ahli pertubuhan yang lain. Akhirnya, peruntukan keahlian bertindih di dalam perlembagaan parti dibatalkan dan PAS mula muncul sebagai entiti yang tersendiri. Demi kepentingan untuk bertanding di dalam Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955, persatuan itu didaftarsemula sengan nama baru sebagai Pan-Malayan Islamic Party (PMIP). Nama itu ditukar sekali lagi kepada Parti Islam Se-Malaysia (PAS) semasa era presiden Asri Muda pada 1970s. Asas pergerakan Hizbul Muslimin perlu dihadam oleh perjuang-perjuang Islam hari ini. Jika menilai peranan hebat yang Rasulullah SAW dan gerakan Islam di Madinah dan manfaatnya kepada dunia muslim seluruhnya, Hizbul Muslimin bolehlah dianggap sebagai gerakan Islam yang bertanggungjawab mencetuskan kebangkitan Islam di Tanah Melayu khususnya. Hizbul Muslimin bukanlah ancaman malah merupakan cetusan kepada rantai perjuangan Islam yang diasaskan Rasulullah SAW.

4.3 Kaum Muda

Gelombang kesedaran kebangsaan dan politik yang pertama dikatakan telah diterajui oleh golongan agama pada tahun 1906 seperti yang telah dinyatakan oleh W.R. Roff. Pada tahun 1906, jelas menunjukkan kemunculan golongan Al-Iman atau lebih dikenali sebagai Kaum Muda. Golongan ini digelar golongan Al-Iman kerana mereka telah menjadi pengasas kepada kemunculan majalah Al-Iman. Majalah ini telah diterbitkan pada 27 Julai 1906 atas nama pemiliknya, Syeikh Muhammad bin Salim Al-Kalali.6 Majalah Al-Iman ini membawa maksud pemimpin yang bertetapan dengan tujuan mereka untuk memimpin orang Melayu supaya sedar bahawa negara mereka telah dikuasai oleh bangsa asing dan mereka hanya menjadi penurut perintah walaupun berpijak pada bumi sendiri. Matlamat penerbitan majalah Al-Iman sungguh jelas iaitu mengigat mana yang lali dan menjagakan mereka yang tidur dan menunjukkan mana yang sesat7 Kaum Muda ini mempunyai pendidikan Timur Tengah mahupun berpendidikan Melayu seperti Syeikh Muhammad Salim Al-Kalali, Syeikh Mohd. Tahir bin Jalaluddin AlAzhari dan Sayid Syeikh bin Ahmad Al-Hadi. Golongan ini kebanyakannya bukan berdarah Melayu tempatan kecuali Haji Abbas bin Mohd Taha.8 Mereka merupakan Jawi Peranakan namun mereka telah sebati dengan cara hidup orang Melayu di Tanah Melayu. Oleh itu, jelas di sini bahawa mereka telah dimelayukan oleh budaya yang lebih tepat lagi dikenali sebagai bangsa budaya. Kaum Muda ini menyatakan bahawa kemunduran dan kehinaan bangsa Melayu adalah disebabkan oleh kelalaian orang Melayu dengan kehidupan duniawi.9 Oleh itu, Kaum Muda berasa bertanggungjawab untuk menyedarkan orang Melayu walaupun kebanyakan golongan ini bukan berdarah Melayu. Kaum Muda merasakan kelemahan dari aspek keagamaan merupakan masalah utama yang menyebabkan terbantutnya perkembangan kemajuan pendidikan, ekonomi, sosial dan politilk orang Melayu. Kebanyakan orang Melayu tidak mematuhi ajaran agama Islam yang sebenar dan melakukan perbuatan yang ditegah oleh Islam. Oleh itu, Kaum Muda melalui majalahnya cuba menyedarkan Kaum Tua iaitu golongan yang

Abdul Aziz Mat Ton (2006). Pengislahan masyarakat Melayu perbincangan al-Imam (1906-1908). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm 1. 7 Mohammad Redzuan Othman (2005). Islam dan masyarakat Melayu: peranan dan pengaruh Timur Tengah . Kuala Lumpur: Penerbitan Universiti Malaya. hlm 113. 8 Ibid, hlm 113. 9 Abdullah Haji Jaafar (1985). Al-Imam. Dalam Khoo Kay Kim (Ed.). Sejarah masyarakat Melayu moden. Kuala Lumpur: Penerbitan Universiti Malaya. hlm 87.

masih

mencampuradukkan

antara

tradisional

dengan

agama.10

Kaum

Muda

menegaskan bahawa tindakan Kaum Tua telah membawa kepada satu pegangan yang salah sekali gus telah menyebabkan orang Melayu yang keseluruhannya yang merupakan penganut setia Islam sering menyalahtafsirkan ajaran agama pada pengertian yang sebenar. Syed Syeikh Al-Hadi menyatakan amalan khurafat umat Islam dan sikap statis pemimpin agama yang menjadi punca kejatuhan masyarakat Melayu. 11 Tindakan Kaum Muda ini jelas ingin memberi kesedaran kepada orang Melayu bahawa Islam merangkumi semua aspek bukan agama semata-mata, malahan juga aspek ekonomi, politik dan sosial. Kaum Muda menyeru orang Melayu supaya menoleh ke arah Jepun untuk meniliti cara mereka memajukan bangsa dan negaranya.12 Hal ini kerana orang Jepun menerima pembaharuan dari segi politik, ekonomi dan pertahanan namun tidak sedikit pun membelakangkan agamanya. Situasi ini berbeza sekali dengan pandangan orang Melayu yang menolak sepenuhnya tamadun Barat dan menganggap orang Barat sebagai musuh Islam. Apabila agama diasingkan dengan politik, ekonomi dan juga sosial, maka pemikiran dan kemajuan orang Melayu tersekat dalam dunia pembangunan. Golongan agama juga telah memainkan peranan yang penting untuk meyedarkan orang Melayu melalui perubahan dari segi sosial. Perubahan sosial yang pertama telah diperjuangkan oleh Kaum Muda ialah memperjuangkan hak wanita untuk mendapatkan pendidikan. Kaum Muda menyatakan bahawa perubahan dalm pendidikan perlu dilaksanakan dengan memberi pendidikan sekurang-kurangnya sampai darjah tiga untuk wanita dengan memberi pelajaran Al-Quran dan agama supaya mereka menjadi ibu yang boleh mendidik anak-anak.13 Pada tahun 1925, Sayid Syeikh Al-Hadi telah menerbitkan sebuah novel yang bertajuk Hakiyat Faridah Hanum. Hikayat ini telah menegaskan betapa pentingnya pelajaran dan kebebasan wanita kepada masyarakat.14 Selain itu, Kaum Muda dengan secara sengaja telah membandingkan wanita Melayu dengan wanita Amerika. Wamita di Amerika dikatakan berusaha sendiri untuk

11

Abdul Aziz Mat Ton (2006). Pengislahan masyarakat Melayu perbincangan al-Imam (1906-1908). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm 254. 12 Ibid, hlm 87. 13 Abdullah Haji Jaafar (1985). Al-Imam. Dalam Khoo Kay Kim (Ed.). Sejarah masyarakat Melayu moden. Kuala Lumpur: Penerbitan Universiti Malaya. hlm 93. 14 Ibid, hlm 100.

menanggung kehidupan dengan melakukan pelbagai pekerjaan yang selama ini menjadi pekerjaan yang mustahil bagi wanita di Tanah Melayu seperti bekerja dalam syarikatsyarikat, mengangkat batu-bata, membina bangunan dan sebagianya.15 Oleh itu, pendidikan adalah ubat yang paling mujarab untuk menyedarkan wanita tentang peri pentingnya peranan mereka dalam pembangunan masyarakat dan negara. Kaum Muda secara tegasnya telah menyuarakan pandangan mereka tentang kepentingan pendidikan. Ini kerana pendidikan merupakan salah satu medium untuk meninggikan martabat orang Melayu seperti yang telah dinyatakan oleh Syeikh Muhammad Tahir Jalaluddin Al-Falaki.16 Beliau menyatakan bahawa pendidikan ini saling bersangkut paut dengan aspek keagamaan, sosial, politik dan ekonomi orang Melayu. Pembangunan yang telah disediakan oleh pihak British tidak mencukupi untuk orang Melayu kerana pembangunan ini masih memberi keuntungan kepada pihak British itu sendiri. Oleh itu, Kaum Muda memberi penekanan kepada ilmu Sejarah supaya orang Melayu sedar dan mengambil ikhtibar daripada sejarah yang berlaku.17 Kaum Muda menyatakan kurangnya kesedaran pendidikan disebabkan oleh kelalaian raja-raja dan orang-orang besar Melayu yang tidak menyediakan pelajaran untuk rakyatnya menuntut ilmu kerana mereka golongan yang sangat dihormati. Namun, sebaliknya rajaraja dan orang-orang besar lalai dalam kehidupan mereka yang diselubungi dengan kemewahan dan kesenangan. Oleh itu, orang Melayu perlu mementingkan pendidikan supaya tidak ketinggalan di belakang. Haji Muhammad Tahir, seorang guru telah memberi cadangan tentang peringkat persekolahan dan pelajaran bagi anak-anak Melayu. Beliau mencadangkan supaya pendidikan yang diberikan tidak hanya bercorak agama semata-mata, tetapi juga disulami dengan ilmu yang diberikan oleh orang-orang Barat. Di sini Kaum Muda telah memainkan peranan dengan menggesa orang Melayu supaya menyokong cadangan yang dikemukakan oleh Haji Muhammad Tahir dan menyeru mereka menyuarakan kepada pihak Raja-raja Melayu dan Pesuruhjaya Tinggi British agar wang diperuntukkan khas untuk sekolah-sekolah tersebut. Madrasah pertama berjaya didirikan oleh Sayid Syeikh Al-Hadi ialah Madrasah Al-Iqbal Al-Islamiyah di Singapura pada tahun 1908 kemudian mendirikan Madrasah Al-Hadi di bandar Kaba, Melaka pada tahun 1917 dan
15 16

Ibid, hlm 101. Abdullah Haji Jaafar (1985). Al-Imam. Dalam Khoo Kay Kim (Ed.). Sejarah masyarakat Melayu moden. Kuala Lumpur: Penerbitan Universiti Malaya. hlm 416. 17 Ibid, hlm 87.

seterusnya Madrasah Al-Masyur di Pulau Pinang.18 Melalui pendidikan Kaum Muda telah melahirkan ramai tokoh politik seperti Dr. Burhanuddin Al-Helmy, Othman Abdullah dan juga Salmah Mohsin. Kaum Muda juga memberi pendapat mengenai soal pentadbiran. Kaum Muda menyatakan bahawa dengan melatih anak-anak negeri menjadi pentadbir dan menggantikan pegawai-pegawai asing dengan pegawai-pegawai anak negeri maka kemajuan akan segera diperolehi.19 Kaum Muda telah mengambil contoh daripada Turki dan Jepun yang meletakkan bangsa mereka sendiri dalam corak pemerintahan negara. Hal ini jauh berbeza dengan sistem pentadbiran di Tanah Melayu ketika itu. British telah diberi kuasa dalam soal pentadbiran manakala golongan raja-raja dan pembesarpembesar Melayu terasing dan mengasingkan diri daripada rakyat jelata. Selain itu, orang Melayu selalu ketinggalan dalam bidang ekonomi yang dapat diperhatikan melalui petikan, Walaupun sering dikatakan orang Melayu penduduk pribumi negara ini disebut pribumi serta menguasai sistem politik dan pemerintahan negara ini, tetapi dalam bidang ekonomi atau perjuangan merebut nilai kebendaan, meraka tewas kepada golongan imigran.20 Petikan tersebut menunjukkan bahawa orang Melayu gagal menguasai ekonomi di negara sendiri sedangkan golongan pendatang dapat mengaut keuntungan di Tanah Melayu. Nasib orang Melayu seperti melukut di tepi gantang kerana pihak penjajah terus membiarkan orang Melayu dalam sektor pertanian yang tidak mempunyai daya saing pengeluaran dan memberikan pulangan yang tidak stabil. Kaum Muda berharap orang Melayu sedar bahawa mereka telah dipergunakan oleh British untuk kepentingan mereka sendiri. Selain itu, kemasukan penjajah di Tanah Melayu telah membawa sistem pecah dan perintah. Sistem ini telah mewujudkan sistem ekonomi kapitalis yang berbeza dengan corak ekonomi yang diamalkan sebelum kedatangan penjajah iaitu sistem ekonomi tradisi. Ekonomi kapitalis telah menyebabkan masalah kemiskinan di Tanah Melayu terus meningkat dan Kaum Muda menyarankan supaya orang Melayu perlu bersaing dengan imigran lain supaya ekonomi di Tanah Melayu dikuasai oleh orang Melayu sendiri. Oleh itu, jelaslah di sini bahawa golongan agama memainkan peranan yang penting dalam kesedaran kebangsaan dan politik dalam kalangan orang
18

Mohd. Isa Othman (2002). Sejarah Malaysia (1800-1963). Selangor: Utusan Publications dan Distribitors Sdn. Bhd. hlm 231. 19 Abdullah Haji Jaafar (1985). Al-Imam. Dalam Khoo Kay Kim (Ed.). Sejarah masyarakat Melayu moden. Kuala Lumpur: Penerbitan Universiti Malaya. hlm 97. 20 Ibid, hlm 88.

Melayu. Kaum Muda bukan sahaja menyedarkan orang Melayu supaya bangkit menentang pihak kolonial malah bangun dari tidur yang lena untuk terus bersaing dengan imigran di Tanah Melayu. Selain itu, penulisan telah menjadi medium golongan agama untuk menyebarkan kesedaran kebangsaan dan politik orang Melayu. Di sekolah-sekolah juga, akhbar digunakan sebagai alat untuk menyampaikan ilmu kepada pelajar. Ini bermakna akhbar menjadi lidah rasmi orang Melayu untuk menyebarkan pergerakan dan kesedaran berpolitik. Singapura telah menjadi tapak permulaan penulisan. Penerbitan golongan pembaharuan ini telah dimulakan oleh majalah Al-Imam (1906), Neracha (1911), akhbar Idaran Zaman (1925), majalah Al-Ikhwan (1926) dan Saudara (1928).21 Selain daripada akhbar dan majalah, Kaum Muda juga menghasilkan novel-novel yang bertemakan pemikiran baru seperti emansipasi wanita. Contohnya Sayid Syeikh Al-Hadi

menghasilkan novel Hikayat Faridah Hanum, Hikayat Puteri Nurul Ain, Bercinta Buta dan juga Angan-angan Kehidupan. Oleh itu, dengan berlakunya perkembangan dalam bidang penulisan ini membolehkan pembaharuan yang dilakukan oleh Kaum Muda tersebar luas di Tanah Melayu. Jelaslah di sini bahawa golongan agama pada awal kurun ke-20 telah menyebabkan kesedaran kebangsaan wujud untuk memperjuangkan kemerdekaan bangsa daripada terus dijajah. Contohnya Syed Syeikh Al-Hadi dalam tulisannya dalam Al-Ikhwan pada 16 Oktober 1926 yang berbunyi, wahai sekalian AlIkhwan, bagaimanakah sedapnya kita tidur di dalam paluan gelombang yang berpecah ini, di dalam rebut taufan petir halilintar yang membelah akan bukit ini. Tidakkah mengejutkan kamu bunyi gelombang yang berpalu itu?22 hal ini jelas menunjukkan bahawa Syed Syeikh Al-Hadi meminta masyarakat Melayu bangkit dan sedar bahawa negara mereka telah dikuasai oleh kuasa asing. 4.3.1 Tokoh Kaum Muda

Syed Syeikh Al-Hadi Dunia Islam tidak pernah ketandusan tokoh yang berwibawa pada saat umat Islam berada dalam zaman kemunduran. Kedatangan Islam pada abad ke-13 ke Tanah Melayu turut disusuli dengan perkembangan yang melahirkan ribuan tokoh agama yang gigih berjuang menegakkan syiar agama suci itu. Seorang tokoh agama yang tidak
21

Mohd. Isa Othman (2002). Sejarah Malaysia (1800-1963).Kuala Lumpur: Utusan Publications and Distributors. hlm 232. 22 Abdul Samad Idris (1982). 25 Tahun merdeka: kenangan abadi kepada bangsa. Kuala Lumpur: Pustaka Budiman. hlm 27.

asing dalam sejarah perkembangan Islam di Tanah Melayu ialah Syed Syeikh Al-Hadi. Nama penuh Syed Syeikh Al Hadi ialah Syed Syeikh Bin Syed Ahmad Al- Hadi. Syed Syeikh al Hadi merupakan anak kelahiran Kampung Hulu, Melaka. Beliau dilahirkan pada hari Selasa 24 Rejab 1281 H bersamaan 25 Disember 1864. Dalam usia 67 tahun beliau telah meninggal dunia, iaitu pada 20 Februari 1934 bersamaan 6 Zulkaedah 1352 hijrah23.Beliau adalah reformis Islam yang ulung di Tanah Melayu yang memainkan peranan penting dalam memajukan sistem pendidikan negara, khususnya agama Islam. Beliau pernah dilantik menjadi peguam di Mahkamah Syariah Johor Baru kerana jasa dan sumbangan pemikirannya yang progresif amat diperlukan. Beliau memulakan kerjaya sebagai peguam syariah pada usia 42 tahun dan berhenti pada tahun 191624. Seterusnya, beliau menyambung perjuangan sebagai seorang ulama, pendakwah dan penyebar ajaran Islam dengan mendirikan madrasah al hadi di bandar kaba, MelakaPenentangan dan kemarahan golongan tua dan ulama tradisional terhadap kegiatannya itu melumpuhkan kegiatannya di melaka. Beliau di ugut dan akhirnya terpaksa meninggalkan Melaka dengan menyamar dan memakai pakaian perempuan. Tokoh berketurunan Arab ini lahir di Kampung Ulu Melaka pada tahun 1867 ini dikenali sebagai pelopor yang menyalurkan pemikiran dan falsafah perjuangan Kaum Muda. Hasil perjuangan itu, lahirlah sistem pengajian madrasah di Tanah Melayu. Syed Syeikh Al Hadi telah bergandingan dengan kaum muda menggerakkan penerbitan majalah Al-Iman dan Al- ikhwan yang menganjurkan idea-idea progresif dan kontroversial yang membangkitkan polemik sengit di kalangan masyarakat Melayu khususnya di kalangan kaum Muda dan Kaum Tua.25 Sistem pengajian madrasah turut memberi persaingan kepada sistem pendidikan sekular yang diwujudkan oleh penjajah British yang dianggap suatu pendidikan yang berprestij oleh orang kebanyakan.26 Selain itu, beliau juga turut berdakwah menerusi majalah dan surat khabar dalam meluaskan lagi dakwah kepada masyarakat. Majalah sulung yang diterbitkan oleh beliau

23

Sohaimi Abdul Aziz (2003). Syed Syeikh al-Hadi Cendekiawan dan Sasterawan Ulung. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia. 24 Talib Samad (1997). Syed Syeikh al-Hadi: Kehidupan Dan Pandangan Hidupnya Yang Terpancar Dalam Karya Sastera. Pulau Pinang: Seminar Kefahaman Budaya Syed Syeikh al-Hadi: Tokoh Melayu Pulau Pinang

26

Abdul Rahman Haji Ismail (2003). Syed Syeikh al-Hadi: Penggerak Kebangkitan Melayu Abad ke 20-an. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia

adalah pada 22 julai 1906 iaitu majalah al-Iman. Kandungannya menitikberatkan isu dan masalah utama iaitu memperjuangkan Islam berlandaskan Al-Quran dan Hadis. Namun begitu, majalah ini terpaksa dihentikan pengeluarannya pada tahun 1908 kerana mengalami kesulitan kewangan. Selain al-Iman , beliau juga menerbitkan majalah alIkhwan, akhbar Saudara dan juga beberapa buah buku serta novel. Hasil daripada pemikiran kritisnya telah melahirkan pembaharuan dalam pendidikan dan gerakan Islam di Tanah Melayu pada ketika itu. Walaupun pada permulaan perjuangannya, pemikiran Syed Syeikh al-Hadi sukar untuk menembusi nadi pemikiran masyarakat Islam serta mendapat tentangan daripada pelbagai pihak, beliau tetap menguatkan azam bagi menanam serta menyuburkan seruan beliau sehingga bertapak kukuh di seluruh dunia sehingga ke hari ini. Pemikiran yang cuba diterapkan oleh telah berjaya mengubah masyarakat untuk bangkit dari kemunduran serta tidak mengikut cara pemikiran barat.

Syeikh Tahir Jalaluddin Syeikh Tahir Jalaluddin (1860-1965M) dilahirkan pada 7 Disember 1869M di Ampek Angkek Bukit tinggi, Sumatera Barat, Indonesia. Pada masa kecil, Syeikh Tahir Jalalaluddin dikenali dengan nama Muhammad Tahir. Selepas menamatkan pengajian di Mekah dan Mesir, beliau dikenali dengan nama lengkapnya Syeikh Muhammad Tahir Jalaluddin al-Azhari al-Falaki. Dalam perkembangan seterusnya, Syeikh Tahir Jalaluddin juga dikenali juga sebagai pelopor gerakan Kaum Muda, Islah, reformis dan modenis. Sepanjang beliau terlibat dengan gerakan Kaum Muda, beliau juga sering dilemparkan dengan pelbagai tuduhan oleh kelompok ulama Kaum Tua iaitu ulama tradisional seperti cuba membawa ajaran baru, pengikut Qadiani, tidak bermazhab, menolak mazhab ShafiI dan sebagainya. Tuduhan-tuduhan ini masih berterusan hingga kini dan sering diulang semula oleh penulis-penulis baru. Syeikh Tahir Jalaluddin merupakan pencetus pemikiran dan pejuang generasi baru Melayu yang berjuang untuk kesejahteraan ekonomi dan sosial serta kemerdekaan negara. Pada awal abad ke-20 hingga 1940-an wujud akhbar dan majalah seperti Majlis, Majalah Guru, Al-Imam, Warta Malaya, Al-Ikhwan dan Neraca yang menyemarakkan semangat nasionalisme di kalangan masyarakat Melayu. Syeikh Tahir Jalaluddin ialah

pengasas kepada majalah Al-Iman yang memberi pengaruh yang kuat kepada masyarakat tempatan. Pemikiran Syeikh Tahir Jalaluddin sebagai pelopor Kaum Muda, menampakkan beliau menyeru kepada berijtihad, tidak fanatik, dan beramal apabila terdapat orang yang menyokong amalan tersebut. Berbeza dengan Kaum Tua yang lebih cenderung kepada berpegang kepada sesuatu pendapat tanpa membuat penilaian semula terhadap sumber dalil dan cara-cara istinbat hukum dari dalil yang digunakan. Walaupun Syeikh Tahir Jalaluddin agak selektif dan berani mengkritik pendapat dalam mazhab Shafii namun hai ini tidak bermakna beliau tidak berpegang kepada mazhab Shafii, cuma beliau agak kritis dalam menilai sesuatu pendapat yang diutarakan oleh para ulama.

4.4 Tanah

Parti Islam Semalaya (PAS) melayu mempunyai sejarah panjang perjuangan menentang kekufuran dan

penglibatan alim ulama menerima islam pada abad ke 13. Antara episod penentangan yang berlaku ialah Tuan Haji Abdul Rahman Limbong telah memimpin kebangkitan rakyat di Kuala Berang menentang British pada 1922-1928. Beliau akhirnya dibuang negeri di Mekah. Perjuangan di zaman moden pula dipelopori oleh ulama-ulama yang berpendidikan agama di timur tengah, seperti Syed Sheikh Al Hadi. Sheik Tahir Jalaluddin, Salim Al-Kalali dan termmasuk juga pelopor yang mendapat pendidikan di Islam daripada Indo-Pak seperti Dr Burhanuddin Al Helmi. Di awal penubuhannya, parti ini berkembang pesat di negeri Perak terutama di sebelah Perak Utara dan juga di Seberang Perai, Pulau Pinang, memandangkan tempat ini subur dengan sekolah-sekolah agama rakyat dan sekolah pondok. PAS mula dikembangkan di Kelantan iaitu Amaluddin Darus. Seterusnya PAS mula berkembang subur di negeri Kelantan apabila mendapat ssokongan dalam kalangan guru-guru pondok yang mempunyai pengaruh yang besar di kalangan masyarakat negeri itu. Dalam persidangannya di Kepala Batas, Pulau Pinang pada tarikh Januari 1953. Parti itu telah menggariskan matlamat utama perjuangannya iaitu untuk menegakkan sebuah Negara yang merdeka berlandaskan ajaran Islam serta matlamat-matlamat lain. 27

27

Riduan Mohamad Nor (2009). Sejarah dan perkembangan gerakan Islam abad moden

Matlamat PAS ialah berusaha dengan kuat

untuk memperkenalkan kepada

rakyat jelata akan kemerdekaan yang tulen serta menanamkan ke dalam jiwa merekaa semangat kemerdekaan itu sambil menunjukkan cara-cara mencapainya. Matlamat

kedua pula ialah berusaha denga kuatmemperkenakan demokrasi yang sejati dan menyatakn faedah-faedahnya kepada Negara dan umat Islam serta berusaha menanamkan semangat demokrasi ke dalam jiwa masing-masing sambil menunjukkan cara-cara bagi mencapai demokrasi. Ketiga, mengatur dengan kemas cita-cita merdeka PAS dan menjalankan segala tanggung jawab yang berkaitan dengan Agama Islam. Keempat, berikhtiar memperkenalkkan diri PAS sebagai mewakili umat Islam Melayu kepada alam Islamiah dan badan-badan kebajikan Islam seluruh dunia serta membuat perhubungan dengnnya samada dalam perkara kebajikan bagi Malaya khasnya dan dunia amnya. Akhir sekali, berikhtiar melaksanakan hukum-hukum islam. PAS mula menunjukkan perubahan yang besar apabila dipimpin oleh Dr Buthanuddinal Helmi, seorang yang berpendidikan Islam dan mendapat pendedahan politik beliau cukup luas sebelum Malaya merdeka lagi bahkan mengalahkan Tunku Abdul Rahman. Tokoh ini telah beberapa kali mendekam didalam penjara semenjak tahun 1936 hingga 1950 (ditahan berikutan isu Natrah) dan beliau menjelajah keseluru negara bagi memperluaskan PAS.28 Setiap kebangkitan di atas nama Islam sememangnya dikaitkan dengan

peranan mereka walaupun orientalis dan golongan nasionalisme cuba melabelkan mereka sebagai derhaka ataupun sekadar pejuang kebangsaan. Slogan jihad tetap dilaungkan oleh pejuang kebangsaan ini walaupun ianya mungkin kelihatan negatif dalam konteks penaksiran golongan masyarakat yang menyokong British ketika itu. Disebabkan oleh penjajahan mengakibatkan berlakunya kebangkitan oleh golongan Melayu yang beragama Islam. Walaupun kebangkitan awal perjuangan kemerdekaan di atas berlaku secara tidak tersusun dalam bentuk organisasi yang teratur, ia amat menggerunkan penjajah. Penjajah yang dianggap sebagai musuh agama menjadi semangat perjuangan orang Melayu. Ringkasnya amalan Islam yang telah sebati dalam diri mereka merupakan faktor yang utama walaupun tindakan mereka mungkin lebih

28

PAS dan perubahan Kepimpinan dalam buku Sejarah dan Perkembangan Islam Moden

merupakan suatu respon spontan terhadap penjajahan berbanding perorganisasian geraakan islam yang mempunyai matlamat dalam konteks bernegara yang jelas.29

5.0 PENUTUP Kesimpulannya, Golongan muda memainkan peranan yang penting dalam

membangkitkan semangat nasionalisme di Tanah Melayu melalui ideologi-ideologi mereka. Tindakan golongan Muda yang lebih agresif dan terbuka berbanding golongan Tua dapat membuka mata penduduk Tanah Melayu untuk menentang penjajahan British. Selain itu untuk memberi kesedaran terhadap masyarakat Melayu megenai kepentingan pendidikan untuk memaju diri, bangsa, dan negara. Tidak kira kaum lelaki ataupun wanita, pendidikan merupakan antara factor yang dapat membantu masyarakat Melayu untuk lebih berfikiran luas dan mampu berdiri untuk menetang penindasan yang berlaku ke atas masyarakat Melayu dan mengubah nasib seperti mempunyai pekerjaan yang baik tidak kira di kawasan Bandar ataupun di kampung-kampung. Golongan Islah ataupun Kaum Muda memainkan peranan penting dalam mencetuskan kesedaran sosial dalam kalangan orang Melayu. Biarpun idea dan seruan Kaum Muda kerap dikritik oleh Kaum Tua, namun sumbangan kedua-dua golongan ini sebenarnya sangat bermakna kepada masyarakat Melayu di Tanah Melayu ketika itu. Melalui kesedaran keduadua golongan ini, masyarakat Melayu dapat mengubah dan berani untuk berhadapan untuk mendapatkan hak yang sepatutnya mereka peroleh sebagai kaum bumiputera yang sah di Tanah Melayu. Melalui gerakan Islah juga, semangat nasionalisme di Tanah Melayu bermula dan bangkit untuk memperjuangkan hak-hak mereka sebagai orang Melayu.

29

Badlihisham Mohd Nasir (2009). Dinamisme Gerakan Islam dan cabran Semasa. Shah Alam: KARISMA PUBLICATIONS. SDN. BHD

Anda mungkin juga menyukai