Anda di halaman 1dari 59

Gerakan Nasionalisme

Pengenalan
Secara umum, dalam konteks Tanah Melayu, nasionalisme bermaksud perasaan cinta dan taat
setia yang tidak berbelah bahagi kepada tanah air dan ingin membebaskan negara dan bangsa
daripada pengusaan dan cengkaman kuasa asing. Nasionalisme juga ada kaitan dengan “negara”
dan “bangsa”. Nasionalisme pada umumnya bertujuan mewujudkan kebebasan individu dan
negara daripada cengkaman dan kongkongan pemerintah dan kuasa asing. Intipati utama
nasionalisme ialah mewujudkan kebebasan dan maruah seseorang serta membentuk nasib dan
masa depan sesebuah negara dan bangsa. Dengan itu, nasionalisme bergerak ke arah
pembentukan satu identity bangsa yang berbudaya tinggi. Menjelang awal abad ke-20,
kebangkitan nasionalisme semakin meluas di kalangan orang Melayu. Menurut W.R. Roff,
proses perkembangan nasionalisme Melayu dibahagikan kepada 3 tahap yang dipimpin oleh 3
golongan yang mempunyai latar belakang pendidikan yang berlainan, iaitu:
Tahap Tahun Pendidikan
Agama 1906 – 1926 Arab
Sosioekonomi 1926 – 1937 Inggeris
Politik 1937 – 1941 Melayu

Faktor yang mendorong kepada nasionalisme


1. Agama
Pada penghujung abad ke-19 dan awal abad ke-20, masyarakat Melayu terutamanya yang
tinggal di bandar-bandar berasa tidak puas hati dengan keadaan ekonomi, sosial dan politik
mereka. Mereka mulai sedar bahawa kedudukan ekonomi dan sosial terancam sebab adanya
masyarakat dari luar, iaitu kaum imigran seperti Cina dan India. Oleh yang demikian, orang
Melayu sedar bahawa mereka perlu bertindak bagi membawa perkembangan ekonomi dan
sosial ke atas masyarakat mereka supaya tidak lagi mundur dalam bidang tersebut.
Kesedaran ini telah melahirkan kumpulan-kumpulan kecil yang berpengaruh dalam
masyarakat Melayu untuk memperjuangkan kemajuan orang Melayu dalam bidang ekonomi
dan sosial. Kesedaran ini melahirkan 3 golongan di bandar-bandar untuk memperjuangkan
kepentingan masyarakat Melayu pada awal abad ke-20. Antara ketiga-tiga golongan ini,
golongan yang berpendidikan Arab memainkan peranan penting dalam gerakan Pemulihan
Islam di kalangan masyarakat Melayu. Mereka berpendidikan Arab dan melanjutkan
pengajian Islam ke Universiti Al-Azhar di Kaherah, Mesir. Golongan berpendidikan Arab ini
yang mula-mula sekali menyuarakan rasa tidak puas hati mereka terhadap keadaan ekonomi
dan sosial orang Melayu pada masa itu. Mereka dari golongan ini hampir keseluruhannya
memperoleh pelajaran dari Timur Tengah dan terpengaruh dengan gerakan pemulihan yang
berlaku di sana. Golongan ini menerima pelajaran dan inspirasi dari gerakan pemulihan
Islam moden dan gerakan Pan-Islamisme yang diasaskan pada penghujung abad ke-19 dan
awal abad ke-20 oleh Imam Syeikh Muhammad Abduh dan Sayid Jamaluddin al-Afghani.
Di antara penuntut-penuntut Melayu yang membawa pengaruh dari Timur Tengah ialah
Syeikh Muhammad Tahir bin Jalaluddin, Syed Syeikh Ahmad al-Hadi, Haji Abbass
Muhammad Taha dan Syeikh Mohammad Salim al-Kalali. Sekembalinya dari Timur Tengah
khasnya dari Mesir ke tanah air pada awal abad ke-20, mereka telah berkhidmat dalam
jabatan agama di negeri-negeri Melayu. Oleh sebab fahaman mereka berkenaan ajaran
agama Islam baru dan agak berlainan dengan fahaman seperti kepercayaan bidaah dan
All The Best
khurafat yang sedia berakar umbi di negeri-negeri Melayu, mereka mendapat tentangan
daripada golongan ulama tua yang kolok dan ortodoks. Golongan ortodoks ini memusuhi
bukan setakat fahaman baru dalam agama, tetapi juga memusuhi perjuangan nasionalisme
Melayu yang dibawa dan dirancang oleh revolusioner ini. Mengikut revolusioner ini, Islam
memerlukan perubahan dan penafsiran baru dan sesuai untuk menghadapi cabaran dunia
yang menghadapi perkembangan pesat.
2. Bahasa dan kesusasteraan
Akhbar-akhbar tempatan telah memuatkan puisi, cerpen dan novel untuk membangkitkan
semangat kebangsaan.
Puisi Omar Mustaffa yang tersiar dalam Utusan Melayu keluaran 18 Januari 1913
menggesa orang Melayu supaya rajin bekerja dan jangan membiarkan kekayaan diambil
oleh bangsa lain. Selain itu, terdapat juga puisi lain seperti Sedarlah oleh Mahmud Ahmadi,
Semenanjung oleh Harun Aminurashid (1919), Seruan Kebangsaan oleh Melati Pahang
(1937) yang menggesa orang Melayu mencari ilmu dan Serunai Pujangga oleh Anum (1940)
yang menggesa orang Melayu bersikap berani dan sanggup berkorban.
Selain puisi, novel juga dikarangkan untuk membangkitkan semangat kebangsaan.
Antaranya ialah Hikayat Faridah Hanum oleh Syed Syeikh al-Hadi (1925) yang
mencadangkan wanita perlu diberi pendidikan, Melor Kuala Lumpur oleh Harun
Aminurashid (1930), Putera Gunung Tahan oleh Haji Muhammad yang mengecam British
melalui kisah lucu dengan tujuan memupuk semangat cinta akan negara, hidup maju dan
bebas daripada penjajahan dan Anak Mat Lela Gila oleh Ishak Haji Muhammad (1941)
menyeru orang Melayu berjuang mencapai kemajuan.
Cerpen merupakan cerita pendek yang mempunyai masihat. Kebanyakan cerpen
menyeru rakyat bekerja untuk kemajuan dan kemerdekaan negara. Di antara cerpen yang
terkenal ialah Cerita Awang Putat oleh Abdul Rahim Kajai yang menyeru orang Melayu
supaya rajin bekerja; Anak Dibuat Demal, Di Sini Kita Bukannya Orang Dagang dan Siasat
Yang Tiada Diminta yang ditulis oleh Shamsuddin Salleh; Rumah Besar Tiang Sebatang
oleh Ishak Haji Mahmud yang menyeru orang Melayu menbenci dan menentang penjajahan
British. Melalui cerpen yang disiarkan, para pembaca akan mengetahui dasar perjuangan
yang hendak disampaikan.
3. Kewartawanan
Akhbar dan majalah memainkan peranan penting menyedarkan penduduk di Tanah Melayu.
Akhbar berperanan menyalurkan pendapat tokoh-tokoh perjuangan kepada masyarakat.
Tulisan dalam akhbar dan majalah memberikan kesedaran kepada penduduk Tanah Melayu
mengenai kemajuan. Pengaruh dari akhbar dan majalah dapat menyebarkan semangat
kebangsaan di kalangan pembacanya.
a. Al-Imam
Akhbar al-Imam diterbitkan pada 23 Julai 1906 di Singapura. Akhbar ini diterbitkan
oleh golongan kaum muda yang dipimpin oleh Syed Syeikh al-Hadi, Syeikh Tahir
Jalaluddin, Syeikh Muhammad Salim al-Kalali dan Haji Abbass Mohammad Taha.
Matlamat kaum muda ialah menyampaikan pandangan dan fikiran baru mengenai Islam
untuk kemajuan masyarakat. Al-Imam bertujuan membangkitkan kesedaran orang
Melayu mengenai kemunduran dan menggesa mereka berusaha mencapai kemajuan
sosial dan ekonomi. Matlamat al-Imam ialah:
 Membangkitkan kesedaran orang Melayu mengenai kemunduran.
 Menggesa orang Melayu berusaha mencapai kemajuan sosial dan ekonomi.
 Menyeru umat Islam mengubah sikap dan kembali kepada ajaran Islam yang
berasaskan Hadith dan Al-Quran.
All The Best
 Menggesa umat Islam supaya jangan mencampurkan ajaran Islam dengan adat
resam, kepercayaan dan amalan kolot.
 Menyeru umat Islam bersatu memelihara negara daripada dijajah oleh musuh.
 Menyeru umat Islam mengkaji sejarah Islam dan sejarah negara untuk mendapat
pengajaran.
 Mengharapkan umat Islam mengkaji sejarah perkembangan Islam dan sejarah
negara yang maju supaya mendapat kesedaran untuk mencapai kemajuan.
Walaupun al-Imam telah membangkitkan kesedaran masyarakat Melayu tentang
pentingnya kemajuan sosial dan ekonomi tetapi ia tidak dapat mencapai kemajuan yang
cemerlang. Hal ini adalah disebabkan kegiatan mereka mendapat tentangan hebat
daripada majalah keluaran kaum tua seperti Pengasoh (1918-1937). Hasilnya, al-Imam
telah menamatkan penerbitannya pada bulan Disember 1908 selepas diterbitkan
sebanyak 31 keluaran. Perjuangan al-Imam diteruskan oleh Neracha (1910), Tunas
Melayu (1913), al-Islam (1914), al-Ikhwan (1926) dan Saudara (1928).
b. Saudara
Akhbar Saudara diterbitkan pada bulan Julai 1928 oleh Syed Syeikh al-Hadi. Akhbar ini
meneruskan perjuangan kaum muda untuk memajukan masyarakat Islam melalui
pembaharuan. Akhbar ini disokong oleh akhbar al-Ikhwan, Idaran Zaman dan Semangat
Islam. Akhbar ini ditentang pula oleh Lidah Benar dan Suara Benar yang diterbitkan
oleh kaum tua. Pada tahun 1930-an, akhbar Saudara membangkitkan kesedaran politik.
Saudara menyeru umat Islam mempertahankan kebebasan negara. Orang Melayu digesa
berusaha dan menjaga negara daripada dikuasai oleh orang asing. Saudara memulakan
ruangan Sahabat Pena pada 29 September 1934. Ruangan ini kemudian ditukarkan
kepada ruangan Persaudaraan Sahabat Pena. Tujuan ruangan ini ialah untuk
menimbulkan minat membaca dan mengeratkan persaudaraan di kalangan masyarakat
Melayu. Ruangan ini mendapat sambutan yang memuaskan hingga kegiatannya disiasat
oleh polis cawangan khas.
c. Idaran Zaman
Idaran Zaman merupakan suratkhabar kaum muda yang pertama. Ia diterbitkan di Pulau
Pinang pada tahun 1925 dan berlanjutan sehingga tahun 1930. Idaran Zaman diasaskan
dan dikarangkan oleh Mohammad Yunus bin Abdul Hamid, kawan karib Syed Syeikh
al-Hadi. Idaran Zaman ialah suratkhabar mingguan yang menitikberatkan pembaharuan-
pembaharuan agama Islam. Sebarannya agak luas di seluruh Tanah Melayu terutamanya
di negeri-negeri Melayu di Utara dan Barat.
d. Al-Ikhwan
Al-Ikhwan pula diterbitkan dan dikarang oleh Syed Syeikh al-Hadi sendiri. Ia
diterbitkan dari tahun 1926 hingga tahun 1931. Al-Ikhwan benar-benar menyarankan
pembaharuan agama Islam. Ia telah meneruskan perjuangan al-Imam. Al-Ikhwan
mempunyai banyak persamaan dengan al-Imam bukan sahaja dalam cara penulisan dan
isi kandungannya malah hingga menyiarkan beberapa rencana yang pernah tersiar
dalam al-Imam, seperti taksiran al-Quran dan sejarah Islam.
e. Utusan Melayu
Utusan Melayu diterbitkan pada tahun 1939. Pengarangnya yang pertama ialah Rahim
Kajai. Pengarangnya yang terkenal ialah Ishak Haji Muhammad atau dkenali sebagai
Pak Sako. Beliau banyak menulis mengenai orang Melayu di Pahang, Terengganu dan
Kelantan. Beliau menyeru orang Melayu supaya bersatu-padu dan menguatkan
semangat kebangsaan. Akhbar ini menjadi lambing perpaduan dan kegigihan orang
Melayu. Bangsa Melayu diminta berusaha dengan gigih untuk kemajuan. Pendidikan
All The Best
diutamakan demi mencapai kemajuan. Penerbitan akhbar ini diusahakan sepenuhnya
oleh orang Melayu. Orang Melayu diseru menyertai pertubuhan politik untuk
memperjuangkan hak mereka. Ruangan istimewanya melapurkan kegiatan pertubuhan
politik orang Melayu. Penerbitan Utusan Melayu turut menerbitkan 2 akhbar yang lain
iaitu Utusan Zaman dan Mastika.
4. Sistem pendidikan
Sistem pendidikan pada zaman ini juga mendorong kepada perkembangan gerakan
nasionalisme. Sekolah-sekolah agama telah didirikan di Singapura, Melaka dan Pulau
Pinang. Di Negeri-negeri Melayu, sekolah agama didirikan di Teluk Intan (Perak), Kuala
Terengganu dan Muar (Johor). Sekolah agama yang penting di Singapura ialah Madrasah al-
Iqbal al-Islamiyah, di Melaka ialah Madrasah al-Hadi dan di Pulau Pinang ialah Madrasah
al-Masyor. Sistem persekolahan sekolah ini mengikut sistem yang terdapat di Mesir dan di
Barat seperti yang dijalankan di Madrasah al-Iqbal al-Islamiyah di Singapura. Di samping
itu, Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) dan Maktab Melayu Kuala Kangsar juga
bertanggungjawab membangkitkan semangat nasionalisme di kalangan penuntut-penuntut.
MPSI ditubuhkan pada tahun 1922. Ia merupakan institusi latihan guru-guru Melayu bagi
sekolah-sekolah Melayu. MPSI telah menerbitkan majalah-majalah seperti Cendera Mata
(1923) dan majalah Guru (1924) untuk menyalurkan pendapat penuntut maktab ini.
5. Golongan intelektual
Perkembangan pendidikan di Tanah Melayu telah melahirkan satu golongan intelektual
terpelajar. Golongan terpelajar ini telah terpengaruh dengan idea-idea dan falsafah-falsafah
politik seperti demokrasi, liberalisme, sistem parlimen dan perlembagaan serta nasionalisme.
Golongan terpelajar yang dimaksudkan ialah Raja Chulan, Eunos bin Abdullah dan Dato’
Onn bin Jaafar. Mereka diberi peluang berkhidmat dengan kerajaan. Raja Chulan (Raja
Dihilir Perak) yang menjadi ahli Majlis Pusat memperjuangkan hak dan keistimewaan orang
Melayu. Dato’ Onn bin Jaafar dari Johor menerbitkan akhbar Warta Malaya dan Lembaga
Melayu. Akhbar-akhbar ini menyalurkan bidasan dan kritikan yang pedas terhadap
pentadbiran Inggeris. Beliau mengadakan rapat umum untuk menyelar pentadbiran Inggeris.
Selain itu, graduan-graduan dari MPSI telah menubuhkan Persatuan Sastera Melayu (1923)
untuk menggalakkan pertumbuhan sastera Melayu. Karya-karya yang diterbitkan oleh ahli-
ahli persatuan ini telah membangkitkan perasaan nasionalisme di kalangan masyarakat
Melayu. Novel berjudul Melor Kuala Lumpur, hasil karya Harun bin Mohammad Amin
menunjukkan bagaimana orang Melayu boleh maju. Karya-karya sastera ini menumbulkan
perasaan nasionalisme. Pada tahun 1929 dan 1930, Ibrahim Yaacob semasa di MPSI
menubuhkan 2 buah pertubuhan bercorak politik. Pertubuhan-pertubuhan ini ialah “Ikatan
Semenanjung Borneo” dan “Ikatan Pemuda Pelajar”. Ikatan Pemuda Pelajar khususnya
mempunyai tujuan untuk menyebarkan semangat kebangsaan di kalangan orang Melayu
supaya mereka sedar akan nasib buruk bangsa mereka.
6. Pengaruh luar
a. Gerakan Pemulihan Islam di Mesir
Gerakan Pemulihan Islam bermula di Mesir sejak tahun 1850. Gerakan ini dipimpin
oleh Sayid Jamaluddin al-Afghani dan Syeikh Muhammad Abduh. Syeikh Muhammad
Abduh dilahirkan di Mesir pada tahun 1829 dan mendapat ijazah dari Universiti al-
Azhar. Beliau menjadi Mufti Besar dari tahun 1899 hingga beliau meninggal dunia pada
tahun 1905. Matlamat-matlamat Gerakan Pemulihan Islam ialah:
 Memperjuangkan konsep Pan-Islamisme, iaitu penyatuan umat Islam di seluruh
dunia.

All The Best


 Membebaskan agama Islam daripada kepercayaan kolot dan ortodoks yang tiada
kaitannya dengan ajaran Islam yang sebenar.
 Memulihkan agama Islam mengikut ajaran Islam yang terkandung dalam al-Quran
dan Hadith.
 Mencapai kemajuan dalam bidang ekonomi dan sosial mengikut al-Quran dan
Hadith.
 Membebaskan negara Islam dari pengaruh penjajahan Barat.
Konsep Gerakan Pemulihan Islam telah memberi ilham kepada pelajar-pelajar Melayu
yang menuntut di Universiti Al-Azhar, Mesir untuk berjuang di negara sendiri. Pelajar-
pelajar yang berpendidikan Arab dari Mesir pulang ke Tanah Melayu dan menjadi
pelopor Gerakan Islah-Islam. Tokoh-tokoh terkenal ialah Syed Sheikh Ahmad al-Hadi,
Syeikh Tahir Jalaluddin, Syeikh Mohammad Salim al-Kalali dan Haji Abbass bin
Mohammad Taha. Mereka menyebarkan idea-idea Islam-Islamiah atau pemulihan
agama Islam serta konsep Pan-Islamisme di kalangan kaum Melayu menerusi majalah
al-Imam.
b. Gerakan di Turki
 Gerakan Pan-Islam
Perkembangan di Turki mempengaruhi umat Islam di Tanah Melayu. Sultan Turki
dianggap sebagai Khalifah (pemimpin Islam). Gerakan Pan-Islam ialah gerakan
untuk menyatukan umat Islam di dunia di bawah Empayar Turki atau Empayar
Uthmaniyah. Gerakan Pan-Islam mahu menentang penjajahan Barat dan
menghapuskan kepercayaan kuno yang bertentangan dengan ajaran Islam. Empayar
Turki ditubuhkan oleh Usman pada tahun 1300. Ulama Syeikh Haji Wan Ahmad
dari Pattani ingin menyatukan Kelantan dan Pattani. Beliau ingin menentang Siam
dan menubuhkan Kerajaan Islam di bawah naungan Turki tetapi gagal. Pahang
mendapatkan bantuan Turki (1890-an) untuk menghalau British tetapi gagal.
Mehemet Kiamil Bey cuba mengembangkan pengaruh Pan-Islam di Johor tetapi
gagal. Semasa Perang Dunia Pertama, Turki dan Jerman berpakat menentang kuasa
Berikat. Umat Islam di Tanah Melayu sangat menghormati Empayar Turki dan
segala perkembangan di Turki mempengaruhi mereka. Turki mengisytiharkan
peperangan jihad terhadap kuasa Berikat (Amerika Syarikat, Britain dan Perancis).
British cuba menyekat berita dari luar tetapi gagal. Masih ada berita yang sampai
ke Tanah Melayu melalui suratkhabar dan surat peribadi pejuang-pejuang Pan-
Islam. Pejuang Islam di Singapura, iaitu Kassim Ismail Mansur dan Nur Alam Syah
mempengaruhi dasar India yang beragama Islam melancarkan dahagi. Askar-askar
India diberikan keyakinan bahawa pakatan Jerman-Turki akan menang dalam
Perang Dunia Pertama. Pada bulan Februari, askar India melancarkan dahagi di
Singapura, tetapi dapat dihapuskan oleh askar British. Askar-askar India berjaya
membunuh lebih 40 orang British dan hampir berjaya menakluki Singapura.
 Gerakan Khilafat
Pakatan di antara Jerman-Turki tewas dalam Perang Dunia Pertama. British cuba
menguasai Turki. Orang Islam di India membentuk Gerakan Khilafat untuk
mengekalkan kuasa Turki dan sistem Khilafat. Gerakan Khilafat yang ditubuhkan
di Singapura dikawal rapi oleh British.
 Gerakan Turki Muda
Golongan Turki Muda yang dipimpin oleh Mustapha Kamal Attaturk bergerak
untuk memodenkan Turki. Golongan Turki Muda menyebarkan semangat
kebangsaan di Turki. Turki diisytiharkan sebagai Republik pada tahun 1923 dan
All The Best
sistem Khilafat dimansuhkan. Abdul Kadir Adabi mengecam gerakan Turki Muda
kerana memasuhkan sistem Khilafat. Golongan Turki Muda dikatakan tidak
mementingkan agama dan undang-undang Islam dalam perkembangannya. Abdul
Kadir Adabi atau Abdul Kadir bin Ahmad adalah seorang penulis dari Kelantan.
Akhbar Pengasoh, al-Ikhwan dan Saudara turut menyiarkan tentangan terhadap
Turki Muda. Namun demikian, terdapat pandangan yang baik mengenai Turki
Muda, iaitu mereka membangkitkan semangat kebangsaan di Turki, ekonomi Turki
dikuasai semula oleh orang Turki dan bukan oleh orang Yahudi dan Kerajaan Turki
memberikan peluang yang luas kepada rakyat untuk menguasai bidang ekonomi.
Kegiatan Turki Muda memberikan perangsang kepada golongan Kaum Muda di
Tanah Melayu untuk menentang penguasaan British. Kaum Muda di Tanah Melayu
telah menubuhkan Kesatuan Melayu Muda (KMM) pada tahun 1938 untuk bergiat
dalam politik.
c. Pengaruh dari Jepun
Sejak tahun 1868, Jepun muncul sebagai negara yang moden dan kuat. Pemimpin-
pemimpin Meiji seperti Maharaja Mutsushito telah memodenkan negara Jepun. Jepun
mengubahsuai teknologi Barat untuk kegunaannya. Jepun berjaya menewaskan negara
China dalam Perang China-Jepun pada 1894-1895. Pada tahun 1905, Jepun
menewaskan Rusia dalam Perang Rusia-Jepun. Kejayaan Jepun menjadikannya kuasa
baru yang kuat di dunia. Kejayaan tersebut membuktikan bahawa orang Barat dapat
ditewaskan oleh orang Asia. Kejayaan Jepun menjadi pendorong kepada penduduk
Tanah Melayu untuk menentang penjajahan.
d. Pengaruh di Indonesia
 Sarekat Islam
Sarekat Dagang Islam diasaskan oleh Raden Mas Tirtoadisoeryo pada tahun 1909.
Nama Sarekat Dagang Islam ditukar kepada Sarekat Islam pada tahun 1912.
Sarekat Islam ialah parti politik yang pertama di Indonesia. Pemimpin Sarekat
Islam yang terkenal ialah Omar Said Tjokroaminoto dan Agus Salim. Agama Islam
menjadi faktor utama menyatukan orang Islam di Indonesia supaya menentang
penjajah Belanda. Cawangan Sarekat Islam di Johor ditubuhkan oleh Haji Ibrahim
bin Sidin dari Singapura. Cawangan Sarekat Islam di Johor tidak mendapat
sambutan yang memuaskan. Penentangan terhadap British di Terengganu (1928)
dimulakan oleh Syarikatul Islam yang diketuai oleh Sayid Muhammad dari Johor.
Pertubuhan sulit ini berpengaruh kuat di Beserah hingga ke Kemaman. Sayid
Muhammad dipercayai ingin meluaskan cawangan Sarekat Islam di Terengganu.
Pengaruh Sarekat Islam tersebar ke Tanah Melayu pada 1920-an melalui ceramah
dan kelas agama oleh guru-guru agama dari Sumatera. Akhbar Sinaran Zaman dan
Idaran Zaman yang diterbitkan oleh Syed Syeikh al-Hadi menceritakan perjuangan
Sarekat Islam. Syed Syeikh al-Hadi mengambil Mohammad Yunus bin Abdul
Hamid menjadi pengarang di akhbarnya. Mohammad Yunus adalah ahli Sarekat
Islam dan penerbit akhbar Sinaran Zaman di Sumatera.
 Parti Komunis Indonesia (PKI)
PKI diasaskan oleh Semaun, Tan Malaka dan Darsono pada tahun 1920.
Kebanyakan orang Melayu tidak menyertai PKI kerana ajaran komunis yang
bertentangan dengan agama Islam. Ahli-ahli PKI termasuk Tan Malaka cuba
menyebarkan fahaman komunis di Singapura tetapi tidak berhasil. Tan Malaka
berpendapat bahawa orang Melayu sukar dipengaruhi kerana mereka berfahaman

All The Best


konservatif. Sutan Jenin dari Sumatera dapat mengembangkan pengaruh Komunis
di Tanah Melayu pada tahun 1930-an.
 Parti Nasional Indonesia (PNI)
PNI diasaskan oleh Sukarno dan Sartono pada tahun 1927. Pemuda-pemuda
Indonesia memperjuangkan kebebasan mereka melalui tulisan, pergerakan sosial
dan kebudayaan. Pelajar MPSI dipengaruhi oleh perjuangan PNI yang
mengamalkan dasar tidak bekerjasama dengan penjajah. Dasar tidak bekerjasama
ini telah diamalkan oleh pejuang nasionalis di India yang diketuai oleh Mahatma
Gandhi. PNI mengamalkan ideology yang menganjurkan revolusi untuk
menggulingkan kerajaan Belanda. Pengaruh dari luar yang tersebar melalui majalah
dan akhbar dapat membangkitkan semangat kebangsaan di kalangan orang Melayu.
Mereka berjuang untuk memajukan bidang sosial, ekonomi dan politik orang
Melayu. Penduduk Tanah Melayu menguatkan semangat dan bersatu padu untuk
melepaskan diri daripada kuasa penjajah.

Tahap-tahap gerakan nasionalisme


1. Agama (1906-1926)
Pergerakan nasionalisme di Tanah Melayu pada dasarnya dipengaruhi oleh perkembangan
dan perubahan yang berlaku dalam Islam. Perubahan besar tentang pandangan dan fikiran
telah bermula di Mesir dan Turki iaitu pusat pengajian tinggi Islam yang utama ketika itu.
Berbagai-bagai pembaharuan dan pandangan yang lebih moden dan sesuai dengan keadaan
zaman telah dilahirkan di Mesir oleh Sheikh Mohammad Abduh dan Jamaluddin al-Afghani.
Mereka telah melahirkan gerakan Pan-Islamism. Di Turki pula muncul Mustapha Kamal
Attaturk (1880-1936) dan dibawah pimpinannya, negara Turki sedang mengalami proses
pemodenan. Mereka sedar bahawa Islam memerlukan perubahan dan penafsiran baru dan
sesuai untuk menghadapi cabaran dunia yang menghadapi perkembangan pesat.
Di peringkat permulaan, pelajar-pelajar Islam yang melanjutkan pelajaran ke Timur
Tengah telah memainkan peranan penting dalam mewujudkan kesedaran di kalangan orang-
orang Melayu. Pengaruh Pan-Islamism di Mesir dan penodenan negara Turki telah memberi
kesan yang mendalam dalam jiwa pelajar-pelajar Islam dari Tanah Melayu dan juga
Indonesia yang telah menubuhkan persatuan yang diberi nama Perkumpulan Indonesia-
Malaya (Perpindom). Mereka bercita-cita untuk menubuhkan sebuah negara Malaya-
Indonesia yang merdeka dan berdaulat.
Antara pelajar-pelajar Islam terkenal ialah Sheikh Mohammad Tahir Jalaluddin, Syed
Sheikh Ahmad al-Hadi dan Sheikh Muhammad Salim. Sheikh Mohammad Tahir dan Ahmad
al-Hadi pulang ke Tanah Melayu dalam tahun 1904. Mereka terkenal sebagai golongan
terpengaruh dengan ajaran Mohammad Abduh. Mereka yang digelar “Golongan Muda
(Kaum Muda)” telah ditentang oleh “Golongan Tua (Kaum Tua)” yang tidak mahu
menerima pendapat mereka. Kaum Tua telah menuduh Kaum Muda sebagai golongan yang
telah menyeleweng. Pertentangan antara keduanya sampai kemuncaknya hinggakan
beberapa orang pegawai dari Kaum Muda di Negeri-negeri Melayu terpaksa meletak
jawatan lalu berpindah ke Negeri Selat. Ketika ini Kaum Tua mempunyai kedudukan yang
kuat kerana ramai dari mereka telah menjadi mufti dan kadi kerajaan. Dengan menggunakan
pengaruh mereka, tulisan dari Kaum Muda telah dilarang bawa masuk ke negeri-negeri
Melayu seperti yang terjadi kepada majalah al-Manar.
Di Negeri Selat, mereka telah menjalankan kegiatan-kegiatan mereka dengan
mendirikan sekolah agama dan menerbitkan majalah serta akhbar. Antara majalah dan
akhbar yang memuatkan tulisan Kaum Muda ialah al-Imam (1906), Neracha (1911), al-
All The Best
Manar (1914), al-Ikhwan (1926) dan Saudara (1928). Melalui majalah dan akhbar tersebut
terutamanya al-Imam dimasukkan tidak sahaja soal-soal agama malah disentuh perkara
mengenai kemunduran orang Melayu dan pentingnya pelajaran termasuk ilmu pengetahuan
baru.
Perjuangan Kaum Muda ternyata mendapat sokongan kuat dari pelajar Islam yang
masih menuntut di Timur Tengah. Mereka telah menulis dalam majalah Seruan Azhar (1925-
1928) dan Pilihan Timur (1927-1929) termasuk semangat Islam. Tujuan mereka yang utama
ialah mengadakan satu gerakan Pan-Islamism yang bersifat anti penjajah dan penyatuan
Tanah Melayu-Indonesia.
2. Sosioekonomi (1926-1936)
Sungguhpun golongan agama menjadi pendorong kepada gerakan kebangsaan di peringkat
awalnya tetapi pengaruhnya mulai mesorot terutama dalam tahun-tahun 1920-an disebabkan
munculnya pemimpin-pemimpin yang mendapat didikan Melayu dan Inggeris. Mereka
adalah lepasan dari Maktab Melayu Kuala Kangsar yang ditubuhkan dalam tahun 1905 dan
dari Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim yang ditubuhkan dalam tahun 1922.
Selain maktab ini, banyak sekolah lain telah didirikan seperti Penang Free School (1816),
Singapore Free School yang kemudian dikenal sebagai Raffles Institution (1823), Malacca
Free School (1826), St. John Institution di Kuala Lumpur (1905), King Edward VII Medical
College di Singapura (1905) dan Raffles College (1928).
Pemimpin-pemimpin Melayu lulusan MPSI merupakan golongan yang radikal.
Mereka mendapat pengaruh dari perjuangan pemimpin Indonesia dalam meninggikan taraf
ekonomi dan penguasaan politik. Di Indonesia telah didirikan Budi Utomo dalam tahun
1908, Parti Sarekat Islam dalam tahun 1912, Parti Komunis Indonesia dalam tahun 1921 dan
Parti Nasional Indonesia dalam tahun 1927.
Selain itu, pemimpin Melayu mendapat pengajaran dari peristiwa yang berlaku
dalam negeri iaitu pergolakan di kalangan orang Cina. Pada tahun 1927 telah berlaku
perpecahan antara Kuomintang dengan Parti Komunis China. Perpecahan ini telah
menimbulkan pertentangan di kalangan orang Cina termasuk di Tanah Melayu sendiri.
Keadaan ini menyebabkan ramai orang Cina mengubah fikiran untuk menetap di sini dan
menjadikan Tanah Melayu sebagai tanahair mereka. Mereka mula menuntut supaya mereka
diberi hak dan keistimewaan. Peristiwa tersebut telah menyedarkan orang Melayu untuk
mempertahankan kedudukan dan kepentingan mereka.
Kegiatan pemimpin Melayu terutama pelajar MPSI bertambah giat apabila mereka
mempunyai hubungan dengan pemimpin Indonesia dari Parti Komunis Indonesia yang telah
melarikan diri ke Tanah Melayu selepas parti itu gagal melancarkan revolusi bersenjata
dalam tahun 1926-1927. Di antara mereka yang melarikan diri ke Tanah Melayu ialah Tan
Malaka, Alimin, Musso, Semaun, Darsono, Sutan Jenin, Mukhtar Lufti dan lain-lain lagi.
Pengaruh mereka sangat besar kepada perjuangan pemimpin-pemimpin di Tanah Melayu
seperti Ibrahim Yaacob.
MPSI telah meluaskan kegiatannya dengan menubuhkan Ikatan Pemuda Pelajar
(IPP) dalam tahun 1929 dan Ikatan Semenanjung-Borneo (ISB) dalam tahun 1930. Tujuan
penubuhan IPP ialah menyebarkan semangat di kalangan orang Melayu agar mereka sedar
dan insaf akan nasib bangsa. Sementara ISB telah memperjuangkan konsep yang
menyatukan Tanah Melayu dengan Indonesia dalam “Indonesia Raya”. Konsep ini telah
diperjuangkan oleh Ibrahim Yaacob, Hassan Haji Manan dan Yaacob Muhammad Amin.
Gerakan pelajar MPSI telah menimbulkan kebimbangan kepada pemerintah Inggeris.
Kegiatan mereka telah diawasi dan akhirnya pemerintah Inggeris mengambil langkah-
langkah untuk melumpuhkan kegiatan mereka. Pensyarah-pensyarah MPSI yang terlibat
All The Best
dengan gerakan politik telah ditukarkan ke tempat-tempat lain supaya ia tidak dapat
mempengaruhi pelajar-pelajar baru. Selepas tahun 1931, kegiatan politik di MPSI menjadi
lumpuh.
Berbeza dengan pemimpin yang mendapat didikan Barat, mereka lebih bersifat
sederhana dan bekerjasama dengan pemerintah Inggeris. Mereka memperjuangkan
kedudukan orang Melayu dengan menuntut supaya pemerintah Inggeris membaiki taraf
ekonomi orang Melayu, memberi peluang kepada orang Melayu dalam perkhidmatan awam
dan mengikuti pelajaran tinggi di universiti seperti di England. Di antara mereka ialah Raja
Chulan, Dato’ Abdullah Haji Dahah dan Dato’ Onn bin Jaafar.
Raja Chulan dan Dato’ Abdullah adalah anggota Majlis Mesyuarat Persekutuan
(MMP) dan muncul sebagai pejuang kebajian orang Melayu. Dalam MMP, mereka telah
membantah kemasukan orang asing. Dato’ Onn pula dilantik menjadi anggota Dewan
Perundangan Negeri Johor dan telah mendesak supaya diberi jaminan bahawa beliau diberi
kebebasan bersuara dan bertindak demi kebajikan orang Melayu.
Di Singapura usaha-usaha untuk membela nasib orang Melayu telah diperjuangkan
oleh Mohammad Eunos Abdullah, Tengku Abdullah Kadir dan Embuh Suluh. Dalam bulan
Mei 1926, mereka telah menubuhkan Kesatuan Melayu Singapura (KMS). KMS
memperjuangkan kedudukan orang Melayu yang masih mundur dalam semua bidang.
Mohammad Eunos Abdullah menuntut agar kedudukan orang Melayu yang sedikit
bilangannya dilindungi. Perjuangan beliau telah mendapat perhatian dan akhirnya dalam
tahun 1929, pemerintah Inggeris telah menyediakan satu kawasan khas bagi orang Melayu.
Kawasan itu dikenal dengan nama Kampung Melayu.
Penubuhan KMS telah memberi ilham kepada beberapa pemimpin di Negeri-negeri
Melayu dan hasilnya beberapa kesatuan telah ditubuhkan. Di Selangor telah ditubuhkan
Kesatuan Melayu Selangor oleh Raja Sir Iuda, di Pahang ditubuhkan Kesatuan Melayu
Pahang oleh Tengku Muhammad Ibn Sultan Ahmad dan Dato’ Hussein bin Mohammad
Taib, di Negeri Sembilan pula ditubuhkan Kesatuan Melayu Negeri Sembilan oleh Tengku
Mohammad Nasir.
Pengaruh KMS begitu luas sehinggakan cawangannya telah ditubuhkan di Melaka
dan Pulau Pinang dalam tahun 1937. Walau bagaimanapun, sehingga tahun 1937,
perjuangan golongan sederhana itu tidak berasaskan kepada mana-mana pertubuhan politik.
Kegiatan yang bersifat sederhana itu telah mendapat perhatian dari pemerintah Inggeris.
Kesan perjuangan mereka telah terbukti dalam tahun-tahun 1930-an apabila Gabenor Cecil
Clementi Smith merangkap Pesuruhjaya Tinggi Negeri-negeri Melayu Bersekutu,
melaksanakan rancangan desentralisasi yang menunjukkan sikap menyebelahi Negeri-negeri
Melayu dan orang Melayu.
3. Politik (1937-1941)
Pergolakan politik di Indonesia telah memberi perangsang kepada pemimpin-pemimpin
Melayu terutama yang bersifat radikal untuk bergiat lebih aktif. Oleh sebab itu, pada awal
tahun 1938, Ibrahim Yaacub dan Ishak Haji Muhammad dengan bantuan Onan Haji Siraj,
pensyarah Maktab Teknik Kuala Lumpur, serta Mustaffa Haji Hessein, pensyarah Pertanian
Serdang, telah menubuhkan Kesatuan Melayu Muda (KMM) yang merupakan parti politik
Melayu yang radikal. Perjuangan KMM ialah mencapai kemerdekaan bagi Tanah Melayu
dan bersatu dengan Indonesia dalam lengkungan Indonesia-Raya. Ternyata perjuangan
KMM yang terlalu radikal tidak dipersetujui oleh beberapa pemimpin KMM sendiri seperti
Ishak Haji Muhammad. Beliau berpendapat KMM hendaklah lebih memperjuangkan hak
istimewa orang Melayu dalam pentadbiran, pelajaran dan ekonomi supaya orang Melayu
tidak tertindas oleh orang mendatang.
All The Best
Pada 6 Ogos 1939, semua kesatuan Melayu telah mengadakan satu kongres di Kuala
Lumpur dan hasil dari kongres itu telah ditubuhkan sebuah persatuan kebangsaan yang
diberi nama Persatuan Melayu Se-Malaya. Pengerusinya ialah Tengku Ismail bin Tengku
Mohammad Yasin, pemimpin yang terkenal ketika itu. Walau bagaimanapun, persatuan itu
masih bersifat bekerjasama dengan Inggeris dan konservatif. Dalam bulan Disember 1940,
sekali lagi kongres diadakan di Singapura dan turut hadir sekali

Pendudukan Jepun di Tanah Melayu

Pengenalan
Sejak campur tangan British di Negeri-negeri Melayu (NNM) tahun 1824, keamanan, peraturan
serta kestabilan politik telah dapat diwujudkan di Tanah Melayu. Walaupun terdapat kekacauan
seperti Perang Perak (1875), Kebangkitan Pahang (1891-1895), Kebangkitan Tok Janggut di
Kelantan (1911) dan Kebangkitan Haji Abdul Rahman Limbong di Terengganu (1928) tetapi
kekacauan tersebut dianggap peristiwa kecil yang tidak menjejaskan keamanan dan peraturan di
Tanah Melayu. Walau bagaimanapun, menjelang tahun 1940-an, keamanan dan peraturan di
Tanah Melayu telah tergugat akibat daripada serangan Jepun sejak 8 Disember 1941.

Mengapa Jepun menyerang Tanah Melayu


1. Pertambahan penduduk
Sejak awal abad ke-20, berlaku pertambahan penduduk di Jepun yang tidak seimbang
dengan pertambahan tanah pertanian. Pada tahun 1932, penduduk Jepun telah meningkat
sebanyak 70 juta orang. Akibatnya Jepun memerlukan tanah jajahan bagi menampung
penduduk yang berlebihan.
2. Bentuk fizikal negeri Jepun
Bentuk fizikal negeri Jepun yang bergunung-ganang menyebabkan mereka tidak boleh
bergantung sepenuhnya kepada pertanian. Akibatnya, Jepun beralih kepada bidang
perisdustrian. Perindustrian memerlukan bahan mentah dna pasaran. Bagi menjamin bekalan
bahan mentah dan pasaran, Jepun perlu mempunyai tanah jajahan.
3. Kejayaan Rancangan Perindustrian Meiji
Rancangan Perindustrian yang dilaksanakan semenjak pemerintahan Meiji pada tahun 1868
telah mencapai kejayaan. Kejayaan ini mendorong Jepun untuk memperluaskan rancangan
perindustriannya. Bagi menjayakan cita-cita ini, Jepun perlu mempunyai tanah jajahan bagi
menjamin bekalan bahan mentah dan pasaran yang tetap.
4. Fahaman militerisme
Fahaman militerisme telah merebak di kalangan pemimpin Jepun sejak akhir abad ke-19.
Sejak tahun 1932, politik Jepun telah dikuasai oleh golongan tentera apabila mereka
menguasai Diet (parlimen). Fahaman militerisme telah membawa kepada perkembangan
imperialisme. Fahaman militerisme semakin kuat apabila Jeneral Tojo Hideki menjadi
Perdana Menteri Jepun sejak 18 Oktober 1941. Pembesaran angkatan tentera telah
mendorong Jepun untuk menyerang negara-negara Asia terutamanya Asia Tenggara.
Kejayaan Jepun dalam peperangan China-Jepun (1894-1895) dan peperangan Rusia-Jepun
(1904-1905) telah memperlihatkan kebangkitan kuasa Jepun. Kebangkitan ini telah
membimbangkan Kuasa-kuasa Barat (KKB) kerana mereka takut tentera Jepun akan muncul
sebagai kuasa terkuat di Asia dan mencabar kepentingan mereka. Untuk menyekat
All The Best
kebangkitan Jepun KKB telah mengenakan beberapa sekatan ke atas Jepun. Pada Julai 1940,
Amerika Syarikat mengharamkan eksport petroleum dan logam untuk gred I. Beberapa
bulan kemudian, eksport semua jenis logam ke Jepun turut diharamkan. Sekatan ekonomi ini
menjejaskan Rancangan Pembaharuan Jepun khususnya Rancangan Pembesaran Angkatan
Tentera. Pada Julai 1941, asset Jepun di Amerika Syarikat dibekukan. Dalam Persidangan
Washington 21 November 1921, nisbah angkatan laut British, Amerika dan Jepun ditetapkan
sebagai 5:5:3.
5. Kejayaan awal
Kejayaan awal yang dicapai oleh Jepun telah mendorong mereka untuk menjalankan dasar
imperislisme. Di antara kejayaan tersebut ialah kemenangan Jepun dalam Pernag China-
Jepun (1894-1895) dan Perang Rusia-Jepun (1904-1905).
6. Cita-cita Jepun
Kerajaan dan penduduk Jepun bercita-cita supaya mereka mendapat pengiktirafan dunia dan
dianggap setanding dengan kuasa-kuasa Barat. Untuk mencapai matlamat ini, Jepun perlu
mempunyai tanah jajahan seperti yang dimiliki oleh KKB.
7. Alihkan perhatian
Pada tahun 1930-an, berlaku kekacauan politik di Jepun akibat daripada perbalahan di antara
golongan awam dengan tentera. Keadaan ini mendorong pemimpin Jepun untuk
melaksanakan dasar imperialisme bagi mengalihkan perhatian rakyatnya daripada masalah-
masalah dalam negeri.
8. Perang Dunia Kedua
Perang Dunia Kedua di Eropah sejak September 1939 akibat daripada serangan Jerman dan
Itali ke atas negara Eropah seperti Perancis, Belanda, Rusia dan sebagainya. Keadaan ini
mendorong Jepun untuk menyerang negara-negara Asia terutamanya Asia Tenggara kerana
ia yakin KKB tidak mampu untuk mempertahankan tanah jajahan mereka di Asia.
9. Kebangkitan nasionalisme
Sejak awal abad ke-20 berlaku kebangkitan nasionalisme di Asia yang bertujuan untuk
membebaskan negara mereka dari penjajahan Barat. Jepun yakin bahawa kedatangannya
akan mendapat sokongan penduduk tempatan lebih-lebih lagi mereka telah diyakinkan yang
Jepun merupakan pembebas yang akan menyingkirkan KKB dari negara Asia.
10. Peranan Zaibatsu
Kejayaan Rancangan Pembaharuan Meiji telah melahirkan gergasi ekonomi yang dikenali
sebagai zaibatsu. Golongan ini berpengaruh kerana kekayaan mereka dan menjadi
penyokong kuat parti-parti politik. Golongan zaibatsu telah mempengaruhi pemimpin Jepun
untuk melaksanakan dasar imperislisme supaya Jepun akan mempunyai tanah jajahan dan
menjamin bekalan bahan mentah serta pasaran bagi barangan mereka.
11. Perjanjian kerjasama
Perjanjian-perjanjian yang telah ditandatangani oleh Jepun mendorong ia untuk
melaksanakan dasar imperialisme. Pada September 1940, Jepun menandatangani perjanjian
kerjasama dengan Jerman dan Itali. Mengikut perjanjian tersebut Jerman dan Itali akan
menyerang negara Eropah dan Afrika manakala Jepun negara Asia. Pada Disember 1940,
Perjanjian Kerjasama dengan Siam ditandatangani. Dalam perjanjian ini, Siam
membenarkan Jepun membenarkan negaranya sebagai pengkalan untuk menyerang Indo-
China, Tanah Melayu dan Burma. Pada April 1911, Jepun menandatangani Perjanjian
Berkecuali dengan Rusia.
12. Balas dendam
Jepun menyerang Tanah Melayu dengan tujuan untuk membalas dendam terhadap British
dan orang Cina di Tanah Melayu kerana membantu negeri China menentang Jepun semasa
All The Best
perang China-Jepun 1937. Orang Cina di Tanah Melayu telah menjalankan kutipan derma
untuk membantu negeri Chian. Dalam tempoh 1937-1941, sebanyak $146 juta telah
dikumpul oleh orang Cina di Tanah Melayu membantu negeri China menentang Jepun.
Selain itu, terdapat ramai pemuda Cina dihantar ke China dalam usaha untuk menentang
Jepun.
13. Tanah Melayu kaya
Jepun menyerang Tanah Melayu kerana Tanah Melayu kaya dengan bahan mentah yang
diperlukan oleh industrinya seperti bijih timah dan getah. Selain itu, Tanah Melayu boleh
dijadikan pasaran kepada keluaran industri Jepun.
14. Daerah Kemakmuran Bersama
Serangan Jepun ke atas Tanah Melayu merupakan sebahagian daripada rancangan Jepun
untuk mewujudkan “Daerah Kemakmuran Bersama” yang berpusat di Jepun. Negeri-negeri
yang akan digabungkan dalam rancangan ini termasuklah Korea, Manchuria, China, Indo-
China, Siam, Burma, Tanah Melayu, Filipina, India, Indonesia, Australia dan New Zealand.

Kemaraan tentera Jepun


8 Disember 1941 - Kota Bahru
10 Disember 1941 - Jitra
13 Disember 1941 - Alor Setar, Kuala Terengganu
17 Disember 1941 - Pulau Pinang
21 Disember 1941 - Taiping
24 Disember 1941 - Kuala Kangsar
28 Disember 1941 - Ipoh
31 Disember 1941 - Kuantan
7 Januari 1942 - Slim River
11 Januari 1942 - Kuala Lumpur
15 Januari 1942 - Gemas
21 Januari 1942 - Segamat
24 Januari 1942 - Keluang
26 Januari 1942 - Mersing
31 Januari 1942 - Johor Bahru
7-15 Februari 1942 - Singapura

Mengapa Jepun mudah menguasai Tanah Melayu


1. Kesilapan strategi
British menjangka Jepun akan menyerang Tanah Melayu melalui Singapura. Akibat daripada
jangkaan ini, maka kekuatan pertahanan British di Tanah Melayu tertumpu di Singapura,
sedangkan pertahanan belakangnya lemah. Tindakan Jepun menyerang Tanah Melayu
melalui Utara di mana pertahanan British amat lemah menjadi faktor Jepun mudah
menguasai Tanah Melayu.
2. British tidak bersedia
British di Tanah Melayu memang tidak bersedia untuk menghadapi serangan Jepun. Dalam
masa yang sama ia terlibat dalam Perang Dunia Kedua di Eropah menentang Jerman.
Akibatnya kekuatan tentera British terbahagi dua iaitu untuk peperangan di Eropah dan
untuk mempertahankan Tanah Melayu serta tanah jajahan lain seperti Burma dan
sebagainya. Pertahanan Tanah Melayu berdasarkan andaian bantuan dari British akan
diperolehi jika Tanah Melayu diserang. Walau bagaimanapun semasa serangan Jepun,
bantuan dari British tidak diperolehi kerana British sedang menghadapi kesulitan di Eropah.
All The Best
Ia baru sahaja pulih daripada kekalahan di Perancis dan sedang membantu Rusia
menghadapi Jerman.
3. Sokongan tempatan
Sokongan penduduk tempatan juga menjadi faktor memudahkan Jepun menguasai Tanah
Melayu. Kedatangan Jepun mendapat sokongan penduduk tempatan kerana ia dianggap
pembebas yang akan membebaskan Tanah Melayu dari British. Golongan kiri khususnya
Kesatuan Melayu Muda di bawah pimpinan Ibrahim Yaacob telah bekerjasama dengan
Jepun.
4. Kelebihan tentera Jepun
Tentera Jepun lebih terlatih terutamanya dalam peperangan di hutan kerana mendapat latihan
di Indo-China dan Taiwan. Mereka dilatih untuk menghadapi masalah-masalah tropika
seperti cuaca, penyakit dan lain-lain lagi. Malah terdapat di antara mereka yang sudah
berpengalaman dalam perang di negeri Chian. Selain itu, tentera Jepun dipimpin oleh
pegawai-pegawai yang berkebolehan seperti Jeneral Yamashita dan Leftenan Jeneral Tsuji.
Tentera Jepun lebih bersemangat berbanding dengan tentera British. Mereka sanggup
berkorban untuk kepentingan bangsa, negara dan maharaja disamping amat patuh kepada
arahan ketua. Kejayaan-kejayaan awal yang mudah telah menaikkan lagi semangat tentera
Jepun. Akibat daripada semangat yang tinggi inilah, tentera Jepun berjaya mengalahkan
British walaupun bilangan tentera mereka hanya 60000 orang sedangkan tentera British
seramai 130000 orang. Taktik peperangan Jepun dianggap lebih baik dan paktis. Contohnya
penggunaan basikal memudahkan gerakan mereka dari Utara ke Selatan Tanah Melayu.
Kelengkapan perang Jepun dianggap setanding dengan kelengkapan perang British malah
kapal terbang Jepun yang dikenali sebagai “zero fighter” dianggap dua kali ganda lebih baik
dan lebih banyak daripada kapal terbang British.
5. Persediaan Jepun
Walaupun rancangan untuk menyerang Tanah Melayu dibuat pada 1940 tetapi dalam masa 6
bulan sahaja Jepun berjaya memperolehi segala maklumat mengenai pertahanan British di
Tanah Melayu seperti kedudukan pengkalan, bilangan tentera, kelengkapan peralatan dan
sebagainya. Jepun mempunyai rangkaian pengintipan terbaik di Asia ketika itu. Ia
mengetahui kekuatan pertahanan British di Tanah Melayu bertumpu di Singapura manakala
pertahanan belakangnya lemah. Oleh itu, Jepun mengambil keputusan untuk menyerang
Tanah Melayu dari Utara dimana British amat lemah. Jepun juga telah mengetahui lapangan
terbang British yang strategik seperti Alor Setar, Taiping dan Kota Bahru. Langkah awal
yang dijalankan oleh Jepun adalah menguasai lapangan terbang tersebut bagi melumpuhkan
pertahanan udara British. Selain itu, Jepun juga mengetahui 2 barisan tentera yang terkuat di
Tanah Melayu iaitu Jitra dan Slim River.
6. Strategi peperangan
Strategi peperangan Jepun juga menjadi faktor yang memudahkan ia menguasai Tanah
Melayu. Jepun menyerang Tanah Melayu melalui Utara di mana pertahanan British amat
lemah. Ia juga telah menyerang Tanah Melayu pada musim tengkujuh dan British tidak
menyangka Jepun akan menyerang pada masa itu. Dalam usaha melumpuhkan angkatan laut
British, Jepun telah menenggelamkan 2 buha kapal British iaitu Repulse dan Prince of Wales
berhampiran Pulau Tioman pada 10 Disember 1941. Akibatnya British tidak mempunyai
pertahanan laut bagi mempertahankan pantai-pantai Tanah Melayu. Keadaan ini
memudahkan Jepun menyerang dan menguasai pantai-pantai Tanah Melayu. Dalam usaha
untuk melumpuhkan pertahanan udara British, Jepun telah menyerang kapal terbang dan
menguasai lapangan terbang tentera British. Lapangan terbang Alor Setar dikuasai pada 12

All The Best


Disember 1941, Kota Bahru 8 Disember 1941 dan Taiping pada 21 Disember 1941. Keadaan
ini membolehkan Jepun menguasai ruang udara Tanah Melayu.
7. Perjanjian dengan Siam
Perjanjian dengan Siam pada 11 Disember 1940 juga menjadi faktor yang memudahkan
Jepun menguasai Tanah Melayu. Akibat daripada perjanjian ini, Siam membenarkan Jepun
menggunakan negerinya sebagai pengkalan untuk menyerang Tanah Melayu. Oleh itu kita
dapati Jepun mula menyerang Tanah Melayu melalui Siam.
8. Semangat tentera British
Semangat tentera British amat lemah jika dibandingkan dengan tentera Jepun. Kekalahan-
kekalahan awal yang begitu mudah melemahkan lagi semangat tentera British. Tentera
British yang kebanyakan terdiri daripada tentera India bukan sahaja muda tetapi
berpengalaman dalam peperangan. Semangat tentera India kian luntur akibat daripada
peperangan Jepun “Asia untuk Asia” yang menyeru orang India untuk bekerjasama dengan
Jepun bagi membebaskan negeri India dari penjajahan British. Untuk menjayakan
propaganda ini, Jepun telah menggunakan pemimpin buangan India iaitu Subhas Chandra
Boes.
9. Kuasa-kuasa lain
Semasa Jepun menyerang Tanah Melayu, British tidak mendapat bantuan kuasa-kuasa Barat
yang lain kerana mereka terlibat dalam peperangan menentang Jerman dan Itali di Eropah
dan Afrika. Selain itu, KKB lain juga terpaksa mempertahankan tanah jajahan mereka
daripada serangan Jepun. Sebagai contoh, Perancis di Indo-China, Amerika di Filipina dan
Belanda di Indonesia.
10. Penyelarasan
Kejayaan Jepun menguasai Tanah Melayu dengan mudah kerana adanya penyelarasan di
antara angkatan darat, laut dan udara.

Pentadbiran Jepun di Tanah Melayu


Kerajaan Jepun menubuhkan pentadbiran tentera di Tanah Melayu. Pentadbiran Tanah Melayu
dibahagikan dua:
1. Negeri-negeri Selat
Negeri-negeri Selat diperintah oleh seorang Gabenor yang beribu pejabat di Singapura.
Nama Singapura diubah kepada “Syonan” yang bermaksud “Cahaya Selatan”.
2. Negeri-negeri Melayu
Pada bulan Ogos 1943, Negeri-negeri Melayu Utara diserahkan kepada Siam sebagai
balasan kepada Siam yang memberikan laluan untuk memasuki Tanah Melayu. Negeri-
negeri Melayu yang lain dan Sumatera (sehingga April 1943) disatukan. Semenanjung Tanah
Melayu dikenali sebagai “Malai Baru”. Kawasan ini dibahagikan kepada 8 wilayah dan
setiap wilayah diketuai oleh seorang Gabenor Jepun. Gabenor ini menerima arahan dari
Presiden (Gunseikan) yang beribu pejabat di Singapura. Gabenor ini dibantu oleh Majlis
Penasihat Melayu dan Majlis Perundangan. Gabenor menjadi pengerusi majlis-majlis ini dan
Sultan menjadi naib pengerusinya. Majlis Mesyuarat Negeri menjadi sebuah badan
penasihat. Sultan-sultan kekal sebagai ketua negeri masing-masing dan hanya dibenarkan
melaksanakan kuasanya dalam hal ehwal agama Islam dan adat resam Melayu. Jepun juga
menubuhkan 3 jenis pasukan perisikan tentera:
a. Kempeitai
Perisik di kalangan masyarakat untuk mengawal keamanan. Kempeitai sangat kejam
dan telah membunuh ramai orang.
b. Teitikan
All The Best
Pasukan mata-mata gelap yang bertugas mencari orang yang menentang Jepun.
c. Toko
Merisik di seluruh Tanah Melayu.

Dasar Jepun di Tanah Melayu


1. Dasar pemerintahan
Pemerintahan Jepun di Tanah Melayu bermula pada 15 Februari 1942 apabila Leftenan
Jeneral Percival menyerah kalah secara rasmi kepada Jepun. Seterusnya Tanah Melayu
dijadikan sebagai Tanah Jajahan Jepun. Sejak permulaannya, Tanah Melayu telah disatukan
dengan Sumatera atas sebab strategi ketenteraan dan politik. Jepun menganggap Tanah
Melayu dan Sumatera sebagai pusat pergerakan tentera bagi laut-laut di Selatan. Selain itu,
penyatuan ini juga bertujuan untuk mendapat sokongan orang Melayu serta untuk
membangkitkan semangat Pan-Malayan. Sungguhpun begitu, Jepun gagal dalam usahanya
ini kerana ketaatan orang Melayu pada dasarnya adalah terhadap negeri-negeri mereka dan
bukannya terhadap Pan-Malayan. Oleh itu, pada bulan April 1943, Sumatera dipisahkan dari
Tanah Melayu.
2. Dasar perkauman
Dasar Jepun terhadap kaum di Tanah Melayu berbeza-beza kerana setiap kaum mempunyai
kepentingannya sendiri.
a. Orang Melayu
Pihak Jepun ingin mendapat sokongan orang Melayu. Oleh itu, mereka lebih
mengutamakan orang Melayu terutama golongan elit. Ramai orang Melayu dilantik
menjadi Pegawai Daerah. Lebih ramai orang Melayu diambil bekerja dalam
perkhidmatan kerajaan terutamanya dalam bidang pentadbiran awam, polis dan tentera.
Sikap pro-Melayu ini juga bertujuan memastikan orang Melayu tidak bersatu dengan
penduduk Cina menentang pemerintahan Jepun. Dasar pro-Melayu ini diperhebatkan
lagi dengan menggalakkan orang Melayu menubuhkan pertubuhan seperti KERIS untuk
memperjuangkan kemerdekaan. Akan tetapi, orang Melayu tetap membenci Jepun
kerana mengalami penderitaan, kebuluran dan ketakutan.
b. Orang Cina
Layanan orang Jepun terhadap orang Cina sungguh buruk sekali. Hal ini adalah kerana
Jepun mengetahui yang orang Cina membantu perjuangan Kerajaan Nasionalis China
menentang Jepun sejak tahun 1937. Dasar anti-Cina bertambah lagi disebabkan oleh
penglibatan orang Cina dalam MPAJA dan Parti Komunis Malaya yang begitu giat
menentang Jepun. Justeru itu, Jepun telah bersikap kasar dan keras serta melakukan
kezaliman ke atas orang Cina di Tanah Melayu. Walau bagaimanapun, dasar anti-Cina
ini terpaksa diubah dan Jepun bersikap lebih lembut kerana mengalami kekurangan
makanan dan kekalahan dalam peperangan dengan Amerika Syarikat. Pihak Jepun
memerlukan bantuan makanan daripada golongan pedagang Cina dan kerjasama orang
Cina dalam ekonomi. Perubahan dasar itu juga tidak berjaya mengukuhkan
pemerintahan Jepun.
c. Orang India
Jepun berbaik-baik dengan orang India kerana ingin mendapatkan sokongan orang India
dalam usahanya menawan India. Dalam hal ini, Jepun membantu penubuhan Liga
Kemerdekaan India dan Tentera Nasional India serta Kerajaan Buangan India iaitu Azad
Hind di Singapura yang di bawah pimpinan Subhas Chandra Bose. Sungguhpun
demikian, orang India juga tidak terlepas daripada kerahan buruh paksa serta

All The Best


penyeksaan, penderitaan dan kebuluran, pengangguran dan ketakutan sepertimana yang
dialami oleh orang Melayu dan Cina.
3. Dasar ekonomi
Ekonomi urusniaga bebas ditukar kepada ekonomi kawalan. Penanaman padi diutamakan
supaya pengeluaran makanan mencukupi. Rancangan 3 tahun sara diri dijalankan. Padi
Taiwan diperkanalkan untuk penanaman dua kali setahun. Tanaman ubi kayu, sagu dan lada
hitam giat ditanam. Rancangan Jepun untuk menghasilkan tanaman sara diri tidak berjaya.
Pengeluaran barang makanan seperti beras tidak mencukupi. Ekonomi Tanah Melayu
merosot dan menjadi lumpuh kerana:
a. Rancangan ekonomi tidak dapat dijalankan kerana serangan pihak Berikat.
b. Banyak kapal kargo yang menghantar keperluan pertanian diserang oleh pihak Berikat.
c. Perdagangan menjadi lumpuh kerana sekatan ekonomi.
d. Barang keperluan yang diimport berkurangan.
e. Perusahaan timah dan getah telah diabaikan.
Walau bagaimanapun, perusahaan besi dan bauksit menjadi maju sebab ia penting bagi
pembinaan kelengkapan perang. Dari segi matawang, nilai mata wang adalah rendah kerana
pengeluaran wang pokok pisang yang tidak dikawal. Selain itu, pengeluaran barang utama
juga dikawal rapi. Permit juga dikenakan terhadap semua jenis pengangkutan dan
perdagangan. Pihak Jepun juga memaksa nelayan menjual ikan kepada wakil-wakil Jepun.
Pemerintah Jepun juga melaksanakan catuan pembelian beras dimana:
a. Setiap keluarga dihadkan kepada 2 gantang beras sebulan.
b. Pembelian beras mesti menggunakan kupon yang diperolehi daripada Pejabat Kawalan
Makanan di bandar.
Kekurangan makanan dan kadar inflasi yang tinggi menyebabkan penduduk terpaksa
menanam bahan makanan sendiri seperti ubi kayu. Selain itu, penduduk juga membuat gula
daripada nila kelapa, garam dari air laut dan baju dari kulit kayu dan guni.
4. Dasar pendidikan
Jepun berusaha menghapuskan pengaruh Barat dengan melaksanakan rancangan
“Penjepunan”. Kerajaan Jepun mahu mewujudkan sikap taat setia penduduk di Tanah
Melayu terhadap Maharaja Jepun. Langkah-langkah yang dilaksanakan melalui rancangan
“Penjepunan” ialah:
a. Pendidikan Barat dihapuskan dengan mengharamkan penggunaan Bahasa Inggeris dan
mata pelajaran Inggeris.
b. Bahasa Cina diharamkan di sekolah-sekolah Cina.
c. Bahasa Jepun (Nippon-Go) menjadi bahasa pengantar di semua sekolah.
d. Tiap-tiap hari pelajar mesti menyanyi lagi kebangsaan Jepun.
e. Guru, pelajar dan belia diajar bahasa dan kebudayaan Jepun.
f. Kursus bahasa dan minggu bahasa Jepun diadakan.
g. Kelulusan bahasa Jepun penting bagi kenaikan pangkat.
h. Perpustakaan sekolah dilengkapi dengan buku-buku Jepun.
i. Bahasa Jepun digunakan dalam perkhidmatan pos dan telegraf.
j. Pelajaran percuma, cuti perayaan agama dan budaya Jepun diberikan.

Kesan-kesan Pendudukan Jepun

All The Best


Pengenalan
Jepun mula menyerang Tanah Melayu pada 8 Disember 1941 dan dalam tempoh
kira-kira 70 hari ia berjaya menguasai seluruh Tanah Melayu apabila Ketua Turus
Tentera Berikat iaitu Leftenan Jeneral Percival menyerah kalah kepada Panglima
Tentera Jepun iaitu Leftenan Jeneral Yamashita Tomoyuki di Singapura pada 15
Februari 1942. Sejak itu, Tanah Melayu ditadbir oleh pihak tentera Jepun sehingga
15 Ogos 1945. Walaupun pendudukan Jepun hanya selama 3 tahun 6 bulan tetapi ia
telah meninggalkan beberapa kesan sama ada politik, ekonomi mahupun sosial.

Kesan-kesan
1. Politik

Selepas menguasai Tanah Melayu, Jepun menyusun semula pentadbiran dengan meletakkan
Tanah Melayu di bawah pentadbiran tentera yang dikenali sebagai Malaya Military
Administration (MMA) sesuai dengan keadaan peperangan ketika itu. Matlamat utama
MMA ialah untuk memulihkan ketertiban awam, mengeksploitasikan sumber-sumber
penting untuk menampung ekonomi perang dan menjamin bekalan yang cukup bagi
keperluan tenteranya di Tanah Melayu. Dalam menjalankan pentadbiran, MMA dibantu oleh
Polis Rahsia Jepun dan Badan Perisikan Jepun yang dikenali sebagai Kempeitai Tekkikan
dan Toko. Negeri-negeri Selat (NNS) ditadbir secara langsung oleh Jepun manakala sistem
kerajaan di negeri-negeri lain diteruskan dan diletakkan di bawah kawalan langsung seorang
Gabenor Jepun. Majlis Mesyuarat Negeri ditukarkan menjadi Majlis Penasihat. Majoriti
ahlinya adalah orang Jepun dan orang Melayu. Walau bagaimanapun, kuasa sebenar berada
di tangan Jepun. Untuk mendapat sokongan orang Melayu, Jepun mengekalkan institusi
Sultan sebagai pentadbir bersama-sama dengan pihak Jepun.
Pada peringkat awal pendudukan Jepun, Sumatera digabungkan dengan Tanah Melayu di
bawah satu pentadbiran yang berpusat di Singapura yang dikenali sebagai Shonan. Walau
bagaimanapun, penyatuan ini gagal dan Sumatera dipisahkan dari NNM daripada segi
pentadbiran pada tahun 1944.
Pendudukan Jepun telah mengakibatkan kesedaran politik yang
mendalam di kalangan penduduk Tanah Melayu terutamanya orang Melayu. Hal
ini dijelaskan oleh Yoji Akashi dalam bukunya “The Japanese Military
Administration in Malaya”. Anthony Hill dalam bukunya “Division in Malaya”
menegaskan “The Japanese regime and its aftermath awakened for the first
time the political consciousness among the Malay People. They certainly
developed it, leading its solidarity and direction”. Manakala John Fustons dalam
bukunya “Malay Politic in Malaysia” menegaskan yang pendudukan Jepun telah
“politicize the Malay Peasantry to the extent that they were available for mass
mobilization immediately after the war”. Penderitaan yang dialami dan
propaganda Jepun “Asia untuk Asia” telah membangkitkan kesedaran penduduk
tempatan untuk berjuang menuntut kebebasan politik dan kemerdekaan.

Dalam menjalankan pentadbiran Jepun lebih mengutamakan orang


Melayu kerana ia menganggap Tanah Melayu sebagai hak orang Melayu. Dalam
buku yang sama Yoji Akashi menjelaskan “In the early stage of accupation, the

All The Best


MMA was obliged to regard the Malays as the rightful owner of Malaya while the
Chinese and Indian as subordinate races”. Orang Melayu diberi peluang
memegang jawatan-jawatan pentadbiran seperti Pegawai Daerah dan
sebagainya. Dalam Majlis Penasihat bilangan ahli Melayu melebihi bilangan
bangsa-bangsa lain. Sebagai contoh, di Perak 14/20, di Negeri Sembilan 7/12
dan di Pahang 5/9. Pengalaman dalam pentadbiran yang diterima oleh orang
Melayu telah memberi keyakinan diri dan menyedarkan mereka bahawa orang
Melayu mampu mentadbir negeri mereka sendiri.

Dasar Jepun terhadap orang India agak memuaskan kerana ia


mengharapkan sokongan mereka dalam usaha untuk menjayakan rancangan
Jepun untuk menguasai India. Orang India digalakkan bekerjasama dengan
Jepun bagi membebaskan India daripada British. Mereka diminta menganggotai
Tentera Kebangsaan India (MIA) yang ditubuhkan oleh Jepun di Tanah Melayu.
Dengan tujuan mendapatkan sokongan orang India juga, Jepun menubuhkan
Kerajaan India Buangan yang dikenali sebagai Azad Hind di Singapura di bawah
pimpinan Subhas Chandra Bose. Dasar Jepun terhadap orang India telah
menimbulkan masalah dalam usaha untuk mewujudkan semangat kenegaraan
di kalangan orang India di Tanah Melayu.

Dasar orang Jepun terhadap orang Cina amat berbeza daripada dasar
mereka terhadap orang Melayu dan India. Selepas menguasai Tanah Melayu
mereka melakukan pembunuhan beramai-ramai dan lain-lain kezaliman ke atas
orang Cina. Keadaan ini berlaku kerana permusuhan di antara Negeri Jepun dan
Negeri China. Selain itu, Jepun marah kepada orang Cina di Tanah Melayu yang
telah membantu Negeri China semasa Jepun menyerang China 1937. Akibat
daripada tindakan Jepun, ramai orang Cina melarikan diri ke dalam hutan bagi
mengelakkan penindasan Jepun dan seterusnya menganggotai Parti Komunis
Malaya (PKM). Dasar Jepun terhadap orang Cina dan India telah menebalkan lagi
semangat kecinaan dan keindiaan di kalangan orang Cina dan India di Tanah
Melayu.

Kekalahan British dengan begitu mudah telah menjatuhkan maruah


British dan telah melenyapkan “mitos superioriti” yang menganggap kuasa
Barat tidak boleh dikalahkan oleh kuasa Timur. Cara mereka diusir oleh Jepun
serta cara tawanan dilayan telah menjatuhkan lagi maruah British. Kekalahan
British menyedarkan penduduk tempatan bahawa mereka tidak boleh
bergantung kepada British untuk mempertahankan Tanah Melayu. Keadaan ini
menyedarkan penduduk tempatan supaya berusaha sendiri bagi
mempertahankan hak-hak dan kepentingan serta tanah air mereka.

Tindakan Jepun menyerahkan Negeri-negeri Melayu Utara kepada Siam


pada Ogos 1943 menyedarkan penduduk tempatan bahawa Jepun tidak
berminat untuk memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu. Jepun yang
dianggap sebagai pembebas yang akan membebaskan Tanah Melayu juga
merupakan kuasa penjajah. Apa yang berlaku sebenarnya ialah penjajahan
All The Best
British digantikan dengan penjajahan Jepun malah penjajahan Jepun lebih kejam
daripada penjajahan British.

Permusuhan yang timbul dengan orang Cina akibat pendudukan Jepun


telah menyedarkan orang Melayu untuk bangun memperjuangkan hak-hak
kepentingan mereka sebagai bumiputera Tanah Melayu. Jepun dengan
nasionalis-nasionalis Melayu telah menimbulkan lagi semangat nasionalisme.
Jepun memberi sokongan kepada Kesatuan Melayu Muda (KMM) pimpinan
Ibrahim Yaacob. Ia juga telah menubuhkan Pasukan Tentera Sukarela (PETA)
atau Pembela Tanah Air yang lebih dikenali sebagai Giyu Gun di bawah
pimpinan Ibrahim Yaacob. Selepas menduduki Tanah Melayu, Jepun
membebaskan nasionalis-nasionalis yang dipenjarakan oleh British seperti
Ibrahim Yaacob, Ishak Haji Muhammad dan Ahmad Boestamam. Pembebasan
telah membolehkan perjuangan nasionalisme diteruskan.

Pendudukan Jepun telah memberi peluang kepada PKM untuk


berkembang. Ia mula mendapat sokongan ramai terutamanya daripada orang
Cina dan dianggap sebagai pelindung mereka daripada penindasan Jepun.
Apabila Tanah Melayu dikuasai Jepun, anggota-anggota PKM lari ke dalam hutan
untuk meneruskan perjuangan. Mereka telah menyertai Malayan Anti-Japanese
Union (MAJU) yang ditubuhkan oleh British. PKM seterusnya menubuhkan
Tentera Anti Jepun Rakyat Malaya atau Malayan People anti-Japanese Army
(MPAJA). MPAJA mendapat bantuan seperti senjata, makanan, ubat-ubatan dan
latihan daripada pihak Berikat terutamanya Pasukan 136. Pengalaman dalam
peperangan di hutan dan senjata yang diperolehi semasa pendudukan Jepun
amat menguntungkan PKM terutamanya dalam usaha untuk menjayakan
matlamat mereka. Semasa pendudukan Jepun, mereka menyerang hendap
tentera Jepun dan menjalankan pengintipan bagi pihak British. Selepas
pendudukan Jepun, PKM muncul sebagai parti yang kuat dan teratur.
Mengenangkan jasa PKM membantu British menentang Jepun, ia diterima
sebagai parti yang sah sejak tahun 1945. Kegagalan untuk mencapai matlamat
melalui perlembagaan telah mendorong PKM melakukan pemberontakan
bersenjata sejak 16 Jun 1948 bagi menjayakan matlamat mereka menguasai
Tanah Melayu dan seterusnya menubuhkan Republik Komunis Malaya.

Pendudukan Jepun telah mengakibatkan munculnya kesedaran politik


secara berparti dan berpersatuan di kalangan penduduk Tanah Melayu selepas
pendudukan Jepun. Di antara parti-parti yang wujud ialah UMNO, MCA, MIC, API,
AWAS, PKMM, Hizbul Muslimin dan sebagainya.

Idea kemerdekaan juga didapati akibat daripada pendudukan Jepun. Ia


telah berjanji untuk memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu di bawah
lingkungan “Indonesia Raya”. Untuk tujuan tersebut, Kesatuan Rakyat Indonesia
Semenanjung (KRIS) telah ditubuhkan pada Julai 1945. Rundingan telah
diadakan di antara pemimpin Tanah Melayu iaitu Ibrahim Yaacob dan Dr.
Burhanuddin dengan pemimpin Indonesia iaitu Sukarno dan Hatta untuk
All The Best
menjayakan matlamat kemerdekaan bersama. Rundingan diadakan di
Singapura pada 8 Ogos 1945 dan Taiping pada 12 Ogos 1945. Walau
bagaimanapun, KRIS gagal memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu akibat
daripada kekalahan Jepun pada 15 Ogos 1945.

2. Ekonomi

Ekonomi dan taraf hidup rakyat Tanah Melayu mengalami kemerosotan semasa pendudukan
Jepun. Ekonomi Tanah Melayu yang bergantung kepada eksport bijih timah dan getah
mengalami kemerosotan kerana pengeluaran berkurangan akibat peperangan dan juga
kerana dasar “Bumi Hangus” yang diamalkan oleh British dimana mereka telah merosakkan
pokok-pokok getah, kilang-kilang, lombong-lombong dan jentera perlombongan sebelum
beundur dari Tanah Melayu bagi mengekalkannya daripada jatuh ke tangan Jepun. Tanah
Melayu juga telah putus daripada pasaran antarabangsa bijih timah dan getah kerana Jepun
mengharamkan eksport keduanya kecuali Jepun.
Selain itu, Jepun juga mengeksploitasikan sumber-sumber yang diperlukan di negeri
Jepun terutamanya besi dan bauksit. Semasa pendudukan Jepun, Tanah Melayu mengalami
kekurangan barang pengguna khususnya tekstil dan makanan. Pada tahun 1943, Tanah
Melayu hanya menghasilkan 37.5% daripada beras penduduknya. Walaupun Burma yang
banyak menghasilkan beras juga dikuasai oleh Jepun tetapi import beras dari Burma
tergendala kerana masalah peperangan. Beberapa langkah telah dijalankan atas arahan Jepun
bagi menambahkan pengeluaran beras Tanah Melayu. Di antara langkah-langkah tersebut
ialah menggalakkan penanaman padi 2 kali setahun, memperkenalkan benih padi daripada
Taiwan, membuka tanah pertanian baru dan sebagainya. Walau bagaimanapun, pengeluaran
beras Tanah Melayu tetap tidak mencukupi untuk keperluan penduduknya. Akibatnya
penduduk Tanah Melayu terpaksa bergantung kepada tanaman lain seperti jagung, pisang,
ubi kayu dan sebagainya. Semasa Jepun, Tanah Melayu mengalami inflasi kerana
pengedaran wang kertas yang tidak terkawal dan kekurangan barang pengguna terutamanya
makanan. Pada tahun 1945, pengedaran wang kertas di Tanah Melayu berjumlah $4000 juta
sedangkan sebelum pendudukan Jepun pengedaran wang kertas hanya $200 juta.
Kemusnahan sistem perhubungan dan lain-lain infrastruktur yang tidak dibaiki oleh Jepun
telah mengakibatkan kemerosotan ekonomi Tanah Melayu. Walapun Jepun melaksanakan
beberapa industri seperti kilang kasut, tayar dan sebagainya, tetapi ia tidak mencapai
kejayaan.
3. Sosial

Pendudukan Jepun telah menimbulkan pelbagai penderitaan pada rakyat Tanah


Melayu. Kekejaman polis rahsia Jepun khususnya Kempeitai telah menambahkan
lagi penderitaan rakyat Tanah Melayu terutamanya mereka yang anti-Jepun
seperti orang Cina. Ramai orang Cina telah dibunuh dan dizalimi oleh Jepun
menyebabkan mereka lari ke dalam hutan. Mereka tinggal di dalam hutan dan
menanam tanaman makanan untuk keperluan sendiri. Tidakan orang Cina telah
membawa kepada permulaan wujudnya masalah setinggan selepas Perang
Dunia Kedua. Semasa Jepun, terutamanya orang India telah dijadikan buruh
paksa dan dihantar ke sempadan Thai-Burma untuk membina jalan keretapi.
Kekurangan makanan dan penyakit menyebabkan ramai meninggal dunia
sehingga jalan keretapi itu dikenali sebagai “Jalan Keretapi Maut”. Kekurangan
makanan terutamanya beras telah menimbulkan pelbagai penyakit. Di antara
All The Best
penyakit yang banyak membawa maut ialah malaria dan beri-beri. Masalah
penyakit semakin serius kerana kekurangan ubat lebih-lebih lagi bila ubat-ubat
telah dirampas oleh tentera Jepun bagi keperluan mereka di Tanah Melayu.

Pendudukan Jepun telah mengakibatkan wujudnya permusuhan kaum di


antara orang Melayu dengan orang Cina akibat daripada dasar Jepun yang
berbeza kepada kaum-kaum tersebut. Layanan baik Jepun kepada orang Melayu
telah menimbulkan kemarahan orang Cina. Malah Jepun telah mengambil orang
Melayu untuk dijadikan polis dan tentera dimana mereka digunakan oleh Jepun
untuk menentang MPAJA yang terdiri daripada orang Cina. Tindakan orang
Melayu menjadi pengintip Jepun telah menambah lagi kemarahan orang Cina.
Akibatnya selepas pendudukan Jepun, berlaku pergaduhan kaum di antara
orang Melayu dengan orang Cina terutamanya di Perak dan Johor. Pendudukan
Jepun telah menimbulkan semangat rajin dan berdikari di kalangan orang
Melayu seperti menghasilkan barang daripada daun nanas dan gula dari nira
kelapa. Pendudukan Jepun turut menimbulkan kesedaran orang Melayu
terhadap pentingnya pengajaran, dimana selepas perang sekolah-sekolah
Melayu tumbuh dengan pesatnya di seluruh negara.

Malayan Union

Pengenalan
Kekalahan British di Tanah Melayu atas tangan Jepun dalam tempoh yang singkat
menyedarkan British terhadap kelemahan pentadbiran mereka di Tanah Melayu
sebelum perang. Akibat pada Julai 1943, Malayan Planning Unit (MPU) telah
ditubuhkan di London untuk merangka perlembagaan baru yang sesuai dijalankan
di Tanah Melayu selepas tamat perang nanti. Pada 31 Mei 1944, kabinet perang
telah meluluskan syor penyatuan politik Tanah Melayu yang dikemukakan oleh MPU.
Pada 10 Oktober 1945, Setiauaha Pejabat Tanah Jajahan British, George Hall, telah
mengumumkan parlimen mengenai penyatuan politik Tanah Melayu yang dikenali
sebagai Malayan Union (MU). Pada 11 Oktober 1945, Harold MacMichael dihantar ke
Tanah Melayu untuk mendapatkan tandatangan Sultan-sultan bagi mempersetujui
penubuhan MU. Beliau melaksanakan tugasnya dari 18 Oktober hingga 21 Disember
All The Best
1945. Parlimen British telah mengeluarkan “kertas putih” yang mengandungi
cadangan-cadangan MU.

Cadangan-cadangan MU
Cadangan Perlembagaan MU mengandungi 2 fasal utama, iaitu yang berkaitan
dengan pentadbiran dan kerakyatan.
1. Pentadbiran

a. Negeri-negeri Melayu Bersekutu (Perak, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan),


Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu (Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu) dan 2
buah Negeri-negeri Selat (Pulau Pinang dan Melaka) digabungkan sebagai satu unit
politik yang dikenali sebagai MU.
b. Singapura diasingkan dari MU kerana jumlah penduduk Cinanya yang
ramai, kedudukan yang strategik dan taraf pelabuhan bebas. Singapura
menjadi wilayah yang berasingan dan ditadbir oleh seorang Gabenor.

c. Kedudukan Sultan-sultan dikekalkan tetapi kekuasaan serta kewibawaan


mereka dikurangkan. Sultan tidak mempunyai kuasa dalam pentadbiran.
Kuasa Sultan hanya tertumpu dalam hal ehwal agama Islam dan adat resam
Melayu di mana mereka dilantik sebagai Pengerusi Majlis Penasihat Melayu
negeri masing-masing.

d. Majlis Mesyuarat Negeri dikekalkan sebagai badan yang menguruskan hal-


ehwal tempatan tetapi diletakkan di bawah kawalan langsung kerajaan
pusat.

e. MU akan menjadi Tanah Jajahan Mahkota British dengan pemusatan


pentadbiran yang diketuai oleh Gabenor di Kuala Lumpur.

f. Gabenor akan menjalankan pentadbiran dengan bantuan Majlis Mesyuarat


Kerja dan Majlis Perundangan Pusat. Selain itu, Majlis Penasihat juga
ditubuhkan.

g. Seorang Gabenor Jeneral dilantik untuk mengawasi pentadbiran MU,


Singapura dan wilayah Borneo.

2. Kerakyatan

Perlembagaan MU memberi hak dan peluang yang sama kepada semua


warganegara tanpa mengira bangsa dan keturunan. Syarat kerakyatan:

a. Lahir di Tanah Melayu atau Singapura.

b. Tinggal di Tanah Melayu selama 10 tahun daripada tempoh 15 tahun yang


terdahulu sebelum 15 Februari 1942.

c. Lahir di luar Tanah Melayu tetapi ibu atau bapa atau kedua-duanya
warganegara MU.
All The Best
d. Mereka yang tidka layak mengikut syarat atas boleh memohon menjadi
warganegara selepas tinggal di Tanah Melayu selama 5 tahun.

Sebab penubuhan MU
1. Mewujudkan keseragaman dan kecekapan

MU dilaksanakan supaya dapat mewujudkan keseragaman atau kecekapan dalam


pentadbiran di seluruh Tanah Melayu. Sebelum perang, terdapat 3 bentuk pentadbiran yang
tidak seragam, iaitu Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Negeri-negeri Melayu Tidak
Bersekutu dan Negeri-negeri Selat. James V. Allen dalam bukunya “The Malayan Union”
menegaskan bahawa sistem pentadbiran tersebut bukan sahaja janggal tetapi mahal. Sistem
pentadbiran sebelum perang perlu dihapuskan kerana ianya mempunyai banyak kelemahan.
Sekiranya semua negeri digabungkan sebagai satu unit politik, ianya bukan sahaja dapat
mewujudkan keseragaman dan kecekapan dalam pentadbiran, tetapi juga menjimatkan
belanja pentadbiran.
2. Melahirkan semangat cintakan Tanah Melayu

Penubuhan MU bertujuan untuk melahirkan semangat cintakan Tanah Melayu terutamanya


di kalangan orang-orang Cina dan India. Taat setia orang Cina dan India masih lagi ke
negara asal mereka. Diharapkan dengan pemberian kerakyatan yang longgar, orang Cina dan
India akan menumpukan taat setia kepada Tanah Melayu apabila mereka menjadi
warganegara MU.
3. Mengimbangi perkembangan ekonomi

MU juga bertujuan untuk mengimbangi perkembangan ekonomi di seluruh Tanah Melayu.


Sebelum perang, perkembangan ekonomi antara negeri tidak seimbang. Secara umunya,
Negeri-negeri Selat dan Negeri-negeri Melayu Bersekutu lebih maju daripada Negeri-negeri
Melayu Tidak Bersekutu. Sekiranya semua negeri digabungkan sebagai satu unit politik,
ianya akan mengimbangi perkembangan ekonomi di seluruh Tanah Melayu.
4. Persiapan ke arah berkerajaan sendiri

Mengikut British, MU merupakan persiapan Tanah Melayu menuju ke arah berkerajaan


sendiri. Sebelum hasrat ini tercapai pentadbiran yang stabil perlu diwujudkan. Selain itu,
kesedaran nasional perlu ditanam di kalangan penduduk seluruh Tanah Melayu.
5. Meneruskan usaha British

MU juga dilaksanakan bagi meneruskan usaha British untuk menggabungkan semua negeri
di Tanah Melayu sebagai satu unit politik seperti yang dijalankan sebelum Perang Dunia
Kedua. Buktinya: desentralisasi dilaksanakan dengan tujuan mempengaruhi Negeri-negeri
Melayu Tidak Bersekutu menyertai persekutuan.
6. Meneruskan penguasaan politik dan ekonomi

Penubuhan MU akan membolehkan British meneruskan penguasaannya ke atas politik dan


ekonomi Tanah Melayu kerana Malayan Union akan menjadi Tanah Jajahan Mahkota
British.
7. Membalas dendam

All The Best


MU juga dilaksanakan dengan tujuan untuk membalas dendam terhadap orang Melayu
kerana menyokong Jepun. James V. Allen dalam bukunya “The Malayan Union”
menegaskan sejak kekalahan British di tangan Jepun, majoriti pegawai British bersikap anti-
Melayu kerana mereka kecewa dengan tindakan orang Melayu yang bekerjasama dengan
Jepun. Akibatnya, perlembagaan MU amat merugikan orang Melayu, terutamanya yang
berkaitan dengan hak keistimewaan dan kekuasaan serta kewibawaan Sultan.
8. Mengenang jasa

James V. Allen juga mendakwa penubuhan MU bertujuan mengenang jasa orang Cina yang
telah bekerjasama dengan British untuk menentang Jepun. Majoriti orang Cina menjadi
anggota Malayan People Anti-Japanese Army (MPAJA) dan bersama-sama British dalam
usaha mengusir Jepun dari Tanah Melayu. Akibatnya, perlembagaan MU dirangka sebegitu
rupa yang menguntungkan orang Cina yang berkaitan dengan kerakyatan.
9. Menghalang usaha ke arah kemerdekaan

MU dilaksanakan bagi menghalang usaha ke arah kemerdekaan yang diperjuangkan oleh


penduduk Tanah Melayu, terutamanya orang Melayu. Sejak pendudukan Jepun, orang
Melayu telah berusaha untuk mendapatkan kemerdekaan. Usaha mereka akan terhalang
kerana MU akan menjadi Tanah Jajahan Mahkota British.
10. Menyusun strategi pertahanan

Penubuhan MU bertujuan memudahkan British menyusun strategi pertahanan.


Sebelum Perang Dunia Kedua, British mendapati sukar untuk menyusun strategi
pertahanan Tanah Melayu kerana bukan semua negeri ditadbir secara langsung
oleh British. Sekiranya semua negeri digabungkan sebagai satu unit politik,
ianya akan memudahkan British menyusun strategi pertahanan yang berkesan.

Penentangan MU oleh orang Melayu


Pengenalan dan penubuhan MU telah menimbulkan penentangan hebat dari orang
Melayu. Sebabnya:
1. Cara Harold MacMichael mendapatkan tandatangan Sultan-sultan

Orang Melayu tidak bersetuju dengan cara Harold MacMichael mendapatkan tandatangan
Sultan bagi mempersetujui penubuhan MU. Semasa diminta menandatangani persetujuan
tersebut, Sultan-sultan tidak diberitahu cadangan-cadangan yang terkandung dan
perlembagaan MU. Sultan-sultan juga tidak diberi masa cukup untuk meneliti kebaikan dan
keburukan MU. Selain itu, mereka juga tidak dibenarkan berbincang dengan pembesar atau
Majlis Mesyuarat Negeri sebelum menandatangani persetujuan penubuhan MU. Ugutan
Harold MacMichael telah menambahkan kemarahan orang Melayu. Sekiranya mana-mana
Sultan enggan menandatangani persetujuan penubuhan MU, Sultan tersebut akan dianggap
pro-Jepun dan disingkirkan dari takhta. Contoh yang jelas ialah Sultan Badlishah yang diberi
kata dua sama ada menandatangani persetujuan penubuhan MU atau turun dari takhta.
2. Kekuasaan dan kewibawaan Sultan

Penubuhan MU akan menjejaskan kekuasaan dan kewibawaan Sultan. Walaupun kedudukan


Sultan dikekalkan, tetapi kekuasaan dan kewibawaan mereka dikurangkan. Sultan tidak
mempunyai kuasa pentadbiran. Kuasa Sultan hanya tertumpu dalam hal-ehwal Islam dan
All The Best
adat resam Melayu. Malah kuasa Sultan dalam hal-ehwal Islam juga terjejas apabila British
mencadangkan penubuhan Majlis Mesyuarat Agama yang dipengerusikan oleh Gabenor.
Sultan-sultan dianggap sebagai pelindung orang Melayu. Kemerosotan kuasa Sultan bererti
kehilangan kuasa orang Melayu.
3. Hak istimewa

Penubuhan MU akan menghapuskan hak-hak istimewa yang dinikmati oleh orang Melayu
sebagai bumiputera Tanah Melayu kerana perlembagaan MU memberi hak dan peluang
yang sama kepada semua warganegara tanpa mengira bangsa dan keturunan. Orang Melayu
tidak mahu hak istimewa dinikmati oleh orang Cina dan India yang dianggap pendatang
yang menumpang di Tanah Melayu. Penghapusan hak istimewa menyebabkan orang Melayu
bimbang penguasaan ekonomi oleh orang Cina akan bertambah besar dan ini akan
meluaskan jurang ekonomi antara orang Melayu dengan Cina.
4. Hak kerakyatan

Orang Melayu tidak bersetuju dengan syarat kerakyatan yang longgar mengikut prinsip jus
soli. Orang Melayu tidak mahu orang Cina dan India diberi syarat kerakyatan yang longgar
kerana merek masih tidak yakin dengan taat setia orang Cina dan India terhadap Tanah
Melayu. Pemberian taraf kerakyatan yang longgar akan menyebabkan ramai orang Cina dan
India menjadi warganegara Tanah Melayu. Orang Melayu bimbang orang Cina yang
sudahpun menguasai ekonomi akan menguasai politik apabila bilangan mereka melebihi
orang Melayu. Kebimbangan mereka bertambah kerana pada tahun 1947, jumlah Melayu
hanya 49.46% daripada jumlah penduduk Tanah Melayu.
5. Balas dendam

Orang Melayu juga menentang MU kerana mereka menyedari perlembagaan MU


merupakan balas dendam British terhadap orang Melayu kerana menyokong Jepun. James V.
Allen dalam bukunya “The Malayan Union” mendakwa sejak kekalahan British di tangan
Jepun, majoriti pegawai British bersikap anti Melayu kerana kecewa dengan tindakan orang
Melayu bekerjasama dengan Jepun. Akibatnya, perlembagaan MU amat merugikan orang
Melayu, terutamanya yang berkaitan dengan hak istimewa dan kekuasaan serta kewibawaan
Sultan.
6. Masa cemas

MU dilaksanakan pada masa cemas dalam hubungan antara orang Melayu dan Cina akibat
pemerintahan Jepun. Oleh itu, orang Melayu mendakwa perkembangan ini dilaksanakan
dalam suasana anti Melayu dan pro Cina kerana MU merugikan orang Melayu dan
menguntungkan orang Cina.
7. Orang Melayu tidak terlibat

Orang Melayu tidak terlibat dalam merangka perlembagaan MU. Perlembagaan


itu dirancang oleh Pegawai British dalam MPU di London. Pendapat orang
Melayu langsung tidak diminta oleh British semasa mereka merangka
perlembagaan tersebut.

Bentuk penentangan
1. Akhbar
All The Best
Akhbar-akhbar telah memainkan peranan penting dalam membangkitkan penentangan orang
Melayu terhadap MU. Akhbar-akhbar telah mendedahkan keburukan dan kerugian yang
akan dialami oleh orang Melayu jika MU dilaksanakan. Orang Melayu telah diseru supaya
bersatu dalam usaha menentang MU. Orang Melayu juga diseru supaya memulihkan
pertubuhan yang telah wujud dan menubuhkan pertubuhan baru. Pertubuhan-pertubuhan ini
perlu digabungkan bagi menguatkan penentangan orang Melayu terhadap MU. Berita
tentang penentangan orang Melayu dimuatkan dalam akhbar untuk pengetahuan orang-orang
Melayu di seluruh Tanah Melayu. Di antara akhbar-akhbar tersebut ialah Utusan Melayu,
Warta Negara, Majlis dan Pelita Malaya.
2. Kerjasama

Sultan-sultan, pembesar-pembesar dan orang-orang Melayu telah bersatu dan bekerjasama


dalam usaha menentang MU. Mereka telah menulis surat kepada Raja British dan bekas
pegawai British yang pernah berkhidmat di Tanah Melayu memohon sokongan mereka
terhadap perjuangan orang Melayu. Mereka juga mendesak Kerajaan British dan Pejabat
Tanah Jajahan membatalkan rancangan penubuhan MU dan merangka perlembagaan baru
yang sesuai dijalankan di Tanah Melayu khususnya yang dapat melindungi kepentingan
orang Melayu. Bekas pegawai British tersebut telah menulis dalam akhbar di Britain,
terutamanya akhbar Times untuk menyatakan sokongan mereka terhadap perjuangan orang
Melayu. Antara bekas pegawai British tersebut ialah Frank Swettenham, Authur Richard,
Cecil Clementi, Rolland Braddle dan Winstreadt. Orang-orang Melayu telah mengadakan
perarakan dan perhimpunan di semua ibu negeri dan di bandar-bandar lain di Tanah Melayu
untuk menunjukkan bantahan mereka terhadap MU. Sebagai contoh: pada 15 Disember
1945, 10 ribu orang telah berkumpul di hadapan istana di Kota Bahru semasa Harold
MacMichael menemui Sultan untuk mendapatkan tandatangan. Pada 25 Januari 1946,
hampir 5000 orang telah mengadakan perhimpunan di Padang Mahkamah, Alor Setar. Pada
10 Februari 1946, perhimpunan yang dihadiri oleh 15 ribu orang diadakan di Johor Bahru.
Satu perhimpunan raksasa yang dihadiri lebih 50 ribu orang diadakan di Kuala Kangsar pada
10 Mac 1946.
3. Kongres

Hasil dari daya usaha Kesatuan Melayu Selangor dan Dato’ Onn bin Jaafar, Kongres Melayu
Se-Malaya diadakan di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur pada 1-4
Mac 1946. Kongres tersebut dihadiri 107 perwakilan dan 56 pemerhati dari 41 pertubuhan
Melayu di seluruh Tanah Melayu. Kongres tersebut telah mendesak orang Melayu supaya
bersatu dan berusaha untuk menentang MU. Kongres tersebut juga mencadangkan supaya
ditubuhkan sebuah pertubuhan Melayu yang akan dianggotai oleh orang Melayu di seluruh
Tanah Melayu. Pada 29 dan 30 Mac 1946, Kongres Melayu Se-Malaya Kedua diadakan di
Kuala Lumpur bagi membincangkan penubuhan pertubuhan Melayu tersebut. Akibatnya
lahirlah Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu yang lebih dikenali sebagai UMNO dalam
Kongres Melayu Se-Malaya Ketiga di Johor Bahru pada 11 Mei 1946. Dato’ Onn bin Jaafar
dilantik sebagai Presiden UMNO yang pertama.
4. Pemulauan

Walaupun mendapat tentangan orang Melayu, British tetap mahu melaksanakan MU.
Akibatnya, Sultan-sultan, pembesar-pembesar dan orang-orang Melayu telah memulaukan
upacara panubuhan MU dan perlantikan Edward Gent sebagai Gabenor pertama pada 1
April 1946.
5. Perkabungan
All The Best
Selama seminggu sejak penubuhan MU, orang Melayu telah mengadakan perkabungan
untuk menunjukkan betapa sedihnya mereka akibat penubuhan MU. Dalam perkabungan
tersebut, lelaki Melayu memakai songkok yang dililit kain putih manakal wanita Melayu
melilitkan kain putih di lengan baju. Perkabungan orang Melayu mendapat simpati orang
asli. Diberitakan dalam akhbar Pelita Malaya, bertarikh 5 April 1946, orang-orang Sakai di
Ulu Langat telah keluar ke Pekan dengan memakai bunga-bunga kabung.
6. Ahli Melayu

Ahli-ahli Melayu dalam Majlis Penasihat menarik diri untuk menunjukkan


bantahan mereka terhadap MU.

Kesimpulan
Akibat tentangan orang Melayu dan perakuan Edward Gent serta Malcolm
MacDonald, maka British telah menghantar satu perwakilan ahli Parlimen British
yang diketuai oleh L.D. Grammant dan D.R. William untuk meninjau kehendak orang
Melayu. Hasil daripada laporan mereka, British bersetuju membubarkan MU dan
menubuhkan Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948. Persekutuan Tanah
Melayu menjadi lindungan British. Dalam perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu,
hak-hak istimewa orang Melayu dan kekuasaan serta kewibawaan Sultan
dikekalkan. Selain itu, syarat kerakyatan telah diperketatkan.

Persekutuan Tanah Melayu

Pengenalan
Akibat tentangan orang Melayu terhadap Malayan Union (MU) dan perakuan Edward
Gent dan Malcolm MacDonald, maka Kerajaan British telah menghantar satu
perwakilan ahli Parlimen British yang diketuai oleh L.D. Grammant dan D.R. William
untuk meninjau kehendak orang Melayu. Hasil daripada laporan mereka, British
bersetuju membubarkan MU. Pada 25 Julai 1946, Jawatankuasa Kerja telah
ditubuhkan. Ia terdiri daripada 6 pegawai Eropah, 4 wakil Sultan dan 2 wakil UMNO
untuk merangka satu perlembagaan baru yang sesuai dijalankan di Tanah Melayu,
khususnya yang dapat diterima oleh orang Melayu dan British. Pada dasarnya,
matlamat mereka ialah untuk menubuhkan kerajaan pusat yang kukuh, memajukan
ekonomi Tanah Melayu dan menyelesaikan hak istimewa orang Melayu, kekuasaan
serta kewibawaan Sultan dan syarat kerakyatan. Orang-orang bukan Melayu tidak
bersetuju dengan penubuhan Jawatankuasa Kerja kerana mereka bimbang
Jawatankuasa Kerja yang tidak diwakili oleh orang bukan Melayu akan merangka
perlembagaan yang hanya menguntungkan orang Melayu dan merugikan orang
bukan Melayu. Mereka telah mengadakan beberapa halangan bagi mengagalkan
All The Best
tugas Jawatankuasa Kerja. Walaupun mendapat halangan, Jawatankuasa Kerja telah
berjaya mengemukakan laporan mereka pada 11 Disember 1946 yang
mengandungi draf perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu (PTM).

Perkembangan 1946-1948
Penentangan PTM berbeza dari MU terutamanya yang berkaitan dengan hak
istimewa orang Melayu, kekuasaan dan kewibawaan Sultan dan syarat kerakyatan.
Pad 15 Disember 1946, Jawatan Perunding yang terdiri daripada 5 pegawai Eropah,
2 wakil Cina dan 2 wakil India telah ditubuhkan untuk meninjaukan pandangan
orang bukan Melayu terhadap draf perlembagaan Jawatankuasa Kerja.
Jawatankuasa Perunding telah mengemukakan laporan mereka pada 21 Mac 1947
yang mengandungi beberapa pindaan ke atas draf perlembagaan Jawatankuasa
Kerja. Dalam usaha untuk menentang draf perlembagaan tersebut, mereka telah
menubuhkan All Malayan Council of Joint Action (AMCJA) pada 22 Disember 1946.
AMCJA dipimpin oleh Dato’ Tan Cheng Lock sebagai Presiden dan John Eber sebagai
Setiausaha. Antara pertubuhan yang menyertai AMCJA ialah Malayan Democratic
Union, Malayan Indian Congress, Pan-Malayan Federation of Trade Union, Malayan
People Anti-Japanese Ex-Services Comrades Association dan Parti Komunis Malaya.
Mereka telah mengemukakan beberapa cadangan untuk dilaksanakan dalam
perlembagaan baru di Tanah Melayu. Antara cadangan itu ialah:

a. Pernyatuan Tanah Melayu dengan Singapura sebagai satu unit politik.

b. Pemerintahan sendiri akan dijalankan melalui badan perundangan pusat yang


ahlinya dipilih.

c. Kerakyatan yang sama yang memberi hak dan peluang yang sama kepada
semua warganegara tanpa mengira bangsa dan keturunan.

AMCJA telah mendesak supaya British membatalkan semua persetujuan


yang telah dicapai antara British dengan Raja-raja Melayu dan UMNO. Mereka juga
mahu AMCJA diterima sebagai wakil bukan Melayu.
Pada 22 Disember 1947, golongan kiri orang Melayu telah menubuhkan
Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA) untuk menentang draf perlembagaan Jawatankuasa
Kerja. PUTERA dianggotai oleh Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) pimpinan
Dr. Burhannuddin, Angkatan Pemuda Insaf (API) pimpinan Ahmad Boestamam dan
Angkatan Wanita Sedar (AWAS) pimpinan Shamsiah Fakeh. PUTERA juga
mengemukakan beberapa cadangan untuk dilaksanakan dalam perlembagaan baru
Tanah Melayu. Antaranya ialah:

a. Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi Tanah Melayu.

b. Pemerintahan sendiri akan dijalankan di mana hal-ehwal luar dn pertahanan


menjadi tanggungjawab bersama Kerajaan British dengan Kerajaan Tanah
Melayu.
All The Best
c. Perkataan “Melayu” mesti digunakan sebagai rupa bangsa warganegara Tanah
Melayu.

d. Bendera Tanah Melayu mesti mengandungi warna-warna kebangsaan Tanah


Melayu.

Pada 16 Mac 1947, PUTERA telah bergabung dengan AMCJA yang


menguatkan penentangan mereka terhadap draf perlembagaan Jawatankuasa Kerja.
Mereka telah mengemukakan “perlembagaan rakyat” yang merupakan gabungan
cadangan PUTERA dan AMCJA untuk dilaksanakan dalam perlembagaan baru Tanah
Melayu. Mereka juga telah melaksanakan “hartal” di seluruh Tanah Melayu pada 19
Oktober dan 20 Oktober 1947 untuk menunjukkan bantahan mereka terhadap draf
perlembagaan Jawatankuasa Kerja serta menunjukkan kekuatan mereka. Walau
bagaimanapun, British tidak berminat untuk menerima cadangan PUTERA-AMCJA.
British menerima draf perlembagaan Jawatankuasa Kerja yang dijadikan asas
perlembagaan PTM. Pada 21 Januari 1948, Raja-raja Melayu dan wakil Kerajaan
British menandatangani persetujuan penubuhan PTM. Pada 1 Februari 1948, lahirlah
PTM secara rasminya.

Cadangan PTM 1948


1. Sembilan negeri Melayu iaitu Perlis, Kedah, Perak, Selangor, Negeri Sembilan,
Johor, Pahang, Kelantan dan Terengganu dan dua Negeri-negeri Selat iaitu
Melaka dan Pulau Pinang disatukan sebagai satu unit politik yang dikenali
sebagai PTM.

2. Singapura diasingkan dari PTM.

3. PTM menjadi negeri lindungan British.

4. Pentadbiran PTM diketuai oleh Pesuruhjaya Tinggi (PJT).

5. PJT akan menjalankan pentadbiran dengan bantuan Majlis Perundangan


Persekutuan (MPP) dan Majlis Mesyuarat Kerja Persekutuan (MMKP).

6. MPP terdiri daripada 3 anggota ex-officio, 9 Menteri Besar, 2 wakil Melaka dan
Pulau Pinang, 11 ahli rasmi dan 50 ahli tak rasmi yang terdiri daripada 22
Melayu, 14 Cina, 7 Eropah, 5 India, 1 Ceylon dan 1 Serani.

7. MMKP pula terdiri daripada 3 anggota ex-officio, 4 ahli rasmi dan sekurang-
kurangnya 5 atau selebih-lebihnya 7 ahli tak rasmi.

8. Majlis Mesyuarat Raja-raja ditubuhkan dan dianggotai oleh 9 orang Raja


Melayu. Persidangan yang dijalankan akan dipengerusikan oleh salah seorang
dari mereka.

All The Best


9. Kekuasaan dan kewibawaan Sultan ke atas negeri mereka dikekalkan. Sultan-
sultan akan menjalankan pentadbiran mereka dengan bantuan MMN dan MMK
negeri.

10. Kerajaan negeri bertanggungjawab dalam kerajaan tempatan, kesihatan,


pelajaran, tanah dan pertanian.

11. Hak istimewa orang Melayu dikekalkan.

12. Hak kerakyatan:

a. Mereka yang lahir di Tanah Melayu mesti bermastautin selama 8 tahun


dari tempoh 12 tahun yang terdahulu.
b. Mereka yang lahir di luar Tanah Melayu mesti bermastautin selama 15
tahun dari tempoh 20 tahun yang terdahulu.

c. Umur minimum menjadi warganegara ialah 18 tahun.

d. Mereka mesti boleh bertutur dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

e. Mereka diminta bersumpah untuk menentukan taat setia kepada Tanah


Melayu.

Perkembangan 1948-1957
Mengikut perlembagaan PTM 1948, Kerajaan British bersetuju untuk memberi Tanah
Melayu berkerajaan sendiri dan kemerdekaan akan dijalankan beransur-ansur.
British juga bersetuju untuk mengadakan pilihanraya bagi memilih ahli MPP. Walau
bagaimanapun, usaha ke arah tersebut terhalang akibat pemberontakan Parti
Komunis Malaya (PKM) sejak 16 Jun 1948. Apabila keadaan mulai reda, usaha ke
arah tersebut diteruskan. Pada tahun 1951, Sistem Ahli diperkenalkan di mana 9
rakyat tempatan yang menjadi MPP dilantik untuk mengetuai 9 jabatan kerajaan.
Jabatan-jabatan tersebut ialah Hal-ehwal Ekonomi, Hal-ehwal Dalam Negeri,
Kesihatan, Pelajaran, Pertanian dan Perhutanan, Tanah, Galian dan Perhubungan,
Industri dan Hubungan Sosial, Kerja Raya dan Perumahan, Keretapi dan Pos. Antara
mereka ialah Dato’ Onn bin Jaafar mengetuai Jabatan Hal-ehwal Dalam Negeri, Hau
Sek Lee mengetuai Jabatan Kesihatan dan Thuraisingam mengetuai Jabatan
Pelajaran.

Mulai 1951, pilihanraya perbandaran mulai diadakan bagi memilih ahli majlis
perbandaran. Pada 1 Disember 1951, Pilihanraya Perbandaran Pulau Pinang
diadakan untuk memilih 9 orang ahli. Dalam pilihanraya tersebut Parti Radikal Pulau
Pinang memenangi 6 kerusi, Parti Buruh 2 kerusi dan UMNO satu kerusi. Pada 16
Februari 1952, Pilihanraya Perbandaran Kuala Lumpur diadakan untuk memilih12
ahli. Untuk menghadapi pilihanraya tersebut UMNO dan MCA telah bergabung
sebagai Parti Perikatan untuk menghadapi Parti Kemerdekaan Malaya (IMP)
pimpinan Dato’ Onn bin Jaafar yang telah keluar dari UMNO akibat perselisihan
All The Best
dasar. Dalam pilihanraya tersebut, Parti Perikatan UMNO-MCA memenangi 9 kerusi,
IMP 2 kerusi dan bebas 1 kerusi. Akibat kemenangan Parti Perikatan, 2 orang
anggotanya iaitu H.S. Lee dan Dr. Ismail dilantik sebagai Ketua Jabatan Kerajaan
dalam Sistem Ahli. Pada tahun 1953, seorang rakyat tempatan yang menjadi ahli
MPP dilantik menjadi “speaker” menggantikan PJT yang tidak lagi menjadi ahli MPP.
Pada tahun 1953 juga, Parti Perikatan UMNO-MCA telah mendesak supaya British
mengadakan pilihanraya umum bagi memilih ahli-ahli MPP.

Pada tahun 1954, Gerald Templer selaku wakil Kerajaan British telah
mengumumkan MPP akan mempunyai 98 ahli, iaitu 52 dipilih dan 46 dilantik.
Pilihanraya Umum yang pertama akan diadakan pada 27 Julai 1955. Berikutan
dengan pengumuman itu, UMNO dan MCA bergabung pula dengan MIC menjadi
Parti Perikatan yang lebih besar. Antara parti yang bertanding dalam Pilihanraya
Umum Pertama ialah Parti Buruh, Parti Sosialis, Parti Negara, Parti Progresif Rakyat,
Parti Islam Se Tanah Melayu (PAS), Parti Perikatan Melayu Perak dan Parti Perikatan
UMNO-MCA-MIC. Dalam pilihanraya tersebut, Parti Perikatan UMNO-MCA-MIC telah
memenangi 51 kerusi dan PAS 1 kerusi. Hasil dari kemenangan besar Parti
Perikatan, Tanah Melayu telah diberi berkerajaan sendiri di mana Tunku Abdul
Rahman dilantik sebagai Ketua Menteri. Sebuah Jemaah Menteri yang terdiri
daripada 6 Melayu, 3 Cina dan 1 India telah dibentuk. Bagi mempercepatkan
kemerdekaan Tanah Melayu, usaha-usaha telah dijalankan untuk menamatkan
pemberontakan PKM. Hasilnya Rudningan Baling diadakan pada 28 dan 29
Disember 1955. Pihak kerajaan diwakili oleh Tunku Abdul Rahman, Tan Cheng Lock
dan David Marshall. PKM pula diwakili oleh Chin Peng, Cheng Tien dan Rashid
Maidin. Walau bagaimanapun, rundingan tersebut gagal kerana Tunku Abdul
Rahman tidak dapat menerima kehendak Chin Peng yang mahukan PKM diterima
sebagai parti yang sah dan Chin Peng pula tidak dapat menerima kehendak Tunku
Abdul Rahman yang mahukan PKM dibubarkan.

Pada 6 Januari 1956, rombongan kemerdekaan yang diwakili oleh Parti


Perikatan dan diketuai oleh Tunku Abdul Rahman telah berangkat ke England untuk
merundingkan kemerdekaan Tanah Melayu dengan Kerajaan British. Rundingan
yang diadakan dari 18 Januari hingga 8 Februari 1956 dipengerusikan oleh Lord
Lennox Boyd. Hasil dari rundingan tersebut, British bersetuju memberi
kemerdekaan kepada Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957. Bagi merangka
perlembagaan PTM yang merdeka, Suruhanjaya Reid yang diketuai oleh Lord Reid
telah dibentuk. Anggota-anggotanya terdiri daripada hakim-hakim negara
Komanwel, iaitu Ivor Jenning (Britain), William Mackell (Australia), B. Malik (India)
dan Abdul Hamid (Pakistan). Suruhanjaya ini telah mengadakan tinjauan dan
mendapatkan pandangan daripada orang tempatan, pelbagai parti politik,
persatuan dan pertubuhan. Sejumlah 131 memorandum telah diterima. Hasil dari
memorandum ini, Suruhanjaya Reid telah menyusun dan merangka perlembagaan
dan siap pada bulan Mac 1957. Pada 31 Ogos 1957, lahirlah PTM yang merdeka.

All The Best


Perlembagaan PTM 1957
1. PTM yang merdeka mempunyai seorang Raja sebagai ketua negara. Baginda
dikenali sebagai Yang Dipertuan Agong. Baginda akan dipilih di kalangan Raja-
raja Melayu untuk tempoh 5 tahun. Baginda menjadi Raja Berperlembagaan
dengan mengikut nasihat Jemmah Menteri Persekutuan serta Majlis Raja-raja.

2. Majlis Raja-raja dianggotai oleh 9 orang Raja Melayu dan 2 orang Yang
Dipertua dari Melaka dan Pulau Pinang.

3. Nasihat Majlis Raja-raja dikehendaki dalam perlantikan hakim, suruhanjaya


pengundi dan perkhidmatan, kedudukan dan hak istimewa orang Melayu.

4. Kuasa kerajaan terletak atas tangan Parlimen yang mempunyai 2 dewan iaitu
Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Ahli Dewan Rakyat akan dipilih pada setiap 5
tahun. Manakala bagi Dewan Negara, ia terdiri daripada 22 ahli yang dipilih oleh
Dewan Undangan Negeri dan 16 ahli yang dilantik oleh Yang Dipertuan Agong.

5. Di setiap negeri, Sultan atau Gabenor memilih Menteri Besar atau Ketua
Menteri dari parti yang mendapat suara majoriti dalam Dewan Undangan
Negeri.

6. Bidang kuasa bagi kerajaan persekutuan dan negeri akan diselesaikan melalui
Senarai Persekutuan, Senarai Negeri dan Senarai Bersama.

7. Perdana Menteri menjadi ketua pentadbir Negara.

8. Taraf kewarganegaraan:

a. Orang yang lahir dalam PTM pada atau selepas Hari Kemerdekaan.

b. Orang yang berumur 18 tahun ke atas yang dilahirkan di PTM dan telah
bermastautin di situ selama 5 dari 7 tahun serta boleh bertutur Bahasa
Melayu dan mengangkat sumpah taat setia.

c. Orang yang berumur 21 tahun ke atas yang dilahirkan di PTM dan telah
bermastautin di situ selama 8 dari 12 tahun boleh memohon dengan syarat
boleh bertutur dalam Bahasa Melayu dan mengangkat sumpah taat setia.

d. Dwi kewarganegaraan tidak dibenarkan kecuali kewarganegaraan


Komanwel.

9. Hak asasi dijamin.

10. Hak istimewa orang Melayu terjamin.

11. Islam menjadi agama rasmi tetapi semua orang bebas beragama.

12. Bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi.

All The Best


Parti Komunis Malaya

Pengenalan
Ideologi komunis tiba di Tanah Melayu pada tahun1920-an terutamanya di sekitar
tahun 1925. Imigran Cina telah membawa buku-buku dan risalah-risalah mengenai
ajaran komunis dan disebarkan di kalangan orang Cina di Tanah Melayu. Hasil dari
kegiatan mereka, guru-guru dan murid-murid sekolah Cina telah menubuhkan Liga
Belia Komunis di Singapura pada tahun 1926. Sehingga 1927, komunis di Tanah
Melayu bergerak di sebalik Parti Kuomintang (KMT) kerana wujudnya kerjasama
antara Parti Komunis China (PKC) dan KMT di China. Perpecahan KMT-PKC pada
tahun 1927 telah menyebabkan PKC menghantar 5 orang wakilnya ke Tanah
Melayu. Mereka telah berjaya menubuhkan Parti Komunis Nanyang di Singapura
pada tahun 1927. Agen-agen komintern yang tiba di Tanah Melayu pada tahun 1928
telah mencadangkan supaya Parti Komunis Nanyang disusun semula. Pada 6 April
1930, satu persidangan komunis telah diadakan di Singapura dan hasilnya lahirlah
Parti Komunis Malaya (PKM) yang beribu pejabat di Singapura.

1930-1941
PKM telah diarah untuk menyelia gerakan komunis di Thailand dan Indonesia selain
menjalankan kegiatannya di Tanah Melayu. PKM telah diletakkan di bawah Biro
Komunis Antarabangsa Timur Jauh yang berpusat di Shanghai. Sejak ditubuhkan,
PKM terpaksa menjalankan kegiatan mereka secara sulit kerana parti ini
diharamkan disebabkan kegiatan anti-British yang dijalankan dianggap
mengganggu ketenteraman awam.

Sejak 1930 agen-agen komintern mula dihantar ke Tanah Melayu untuk


membantu kegiatan PKM. Pada Jun 1931, seorang agen kanan komintern dari Parsi
iaitu Joseph Dacroux telah tiba di Tanah Melayu. Walau bagaimanapun, beliau telah
ditangkap tidak lama selepas ketibaannya di Singapura. Penangkapan dan
pengakuannya telah mendedahkan maklumat penting mengenai PKM sehingga
menyebabkan ramai anggota dan pemimpin termasuk 14 ahli jawatankuasa PKM
ditangkap. Peristiwa ini telah melemahkan PKM.
Sejak tahun 1932, kegiatan PKM mulai pulih apabila mereka diarah untuk
melatih pemimpin dan anggota baru. Pada 6 Mac 1933 satu mesyuarat
jawatankuasa pusat PKM telah diadakan di Singapura untuk merangka
perlembagaan PKM. Mesyuarat tersebut telah membuat ketetapan bahawa
matlamat utama perjuangan PKM ialah menguasai Tanah Melayu dan menubuhkan
Republik Komunis Malaya. Sejak itu, mereka menjalankan gerakan aktif,
mempengaruhi kesatuan-kesatuan sekerja, sekolah-sekolah Cina dan pertubuhan
Cina. Mereka telah berjaya menimbulkan kegelisahan di kalangan pekerja semasa
All The Best
berlakunya kemelesetan ekonomi 1930-an. Bagi melumpuhkan ekonomi dan politik
Tanah Melayu supaya PKM mudah merampas kuasa, mereka telah mempengaruhi
kesatuan-kesatuan sekerja melakukan permogokan. Akibatnya banyak permogokan
berlaku di Tanah Melayu termasuk Singapura pada 1936-1937. Sebagai contoh, satu
permogokan besar berlaku di lombong bijih timah Batu Arang, Selangor pada 1937
di mana 6000 pekerja telah berjaya merampas lombong tersebut dari pihak
majikan. Berikutan dengan peristiwa permogokan, kerajaan telah mengisytiharkan
Banishment Ordinance pada tahun 1937 yang mengharamkan permogokan.
Akibatnya ramai pemimpin dan anggota PKM ditangkap kerana melanggar undang-
undang tersebut. Mereka ini sama ada dipenjarakan atau dihantar pulang ke China.
Peristiwa ini sekali lagi melemahkan PKM.

Apabia Jepun menyerang China pada tahun 1937, PKM memainkan peranan
penting dalam membangkitkan perasaan anti-Jepun di kalangan orang Cina di Tanah
Melayu. PKM telah menjalankan kutipan derma dan menggalakkan pemuda Cina di
Tanah Melayu kembali ke China untuk menentang Jepun. Akibat dari kegiatan
mereka, PKM mula mendapat sokongan ramai terutamanya daripada orang-ornag
Cina. Buktinya pada tahun 1939, PKM sudah mempunyai anggota berdaftar seramai
37 ribu orang. Semasa Peperangan China-Jepun, PKC telah mengarahkan PKM
menghentikan kegiatan anti-British dan bekerjasama dengan British untuk
menentang Jepun. Arahan ini telah menimbulkan perpecahan di kalangan pemimpin
dan anggota PKM kerana golongan radikal mahu mengambil kesempatan ini
mencapai matlamat menguasai Tanah Melayu dan menubuhkan Republik Komunis
Malaya. Akibatnya, komintern telah mengarahkan Setiausaha Agong Lai Teik
menyatupadukan anggota PKM. Lai Teik telah berjaya meyakinkan mereka bahawa
kerjasama dengan British hanya sebagai muslihat dalam usaha untuk mencapai
matlamat PKM.

1941-1945
Apabila Jepun menyerang Tanah Melayu sikap orang ramai terutamanya orang Cina
terhadap PKM telah berubah. PKM mula mendapat sanjungan dan pengikut yang
ramai kerana PKM dianggap sebagai pelindung orang Cina daripada penindasan
Jepun. Semasa Jepun menguasai Tanah Melayu, anggota PKM telah melarikan diri ke
dalam hutan dan bekerjasama dengan British dengan menyertai Malayan Anti-
Japanese Union (MAJU) yang dianjurkan oleh British. Sebelum Tanah Melayu dikuasai
oleh Jepun, anggota-anggota PKM yang dipenjarakan oleh British telah dibebaskan
oleh British dengan harapan PKM yang anti-Jepun akan bekerjasama dengan British
untuk menentang Jepun. PKM telah menubuhkan pasukan tentera anti-Jepun yang
dikenali sebagai Malayan People Anti-Japanese Army (MPAJA). Mereka mendapat
latihan dan bantuan seperti makanan, senjata dan perubatan dari Pasukan Berikat.
MPAJA juga mengadakan hubungan baik dengan pasukan 136 yang ditubuhkan oleh
British. Henry Miller dalam bukunya “The Jungle War in Malaya” menegaskan

All The Best


terdapat kira-kira 200 anggota PKM mendapat latihan dari British sebelum jatuhnya
Singapura pada 15 Februari 1942. Semasa pendudukan Jepun, PKM melakukan
serangan hendap ke atas tentera Jepun dan menjalankan pengintipan untuk British.
Pengalaman yang diterima semasa pendudukan Jepun amat menguntungkan PKM
terutamanya ke arah menjayakan matlamat perjuangan mereka.

Apabila Jepun menyerah kalah, anggota PKM keluar dari hutan dan
mengambil alih pentadbiran sebelum ketibaan pihak British. Pemerintahan PKM
berlangsung selama 2 minggu dan dikenali sebagai “Bintang Tiga”. Mereka telah
merayakan kekalahan Jepun sebagai kemenangan mereka dan mendakwa
merekalah bertanggungjawab mengalahkan Jepun di Tanah Melayu. Mereka telah
merampas senjata tentera Jepun untuk digunakan dalam perjuangan mereka.
Seterusnya, mereka telah melakukan kekejaman ke atas orang yang enggan
bekerjasama dengan mereka lebih-lebih lagi yang menjadi “tali barut” Jepun. Akibat
tindakan PKM, berlakulah pergaduhan di antara kaum Melayu dengan Cina
terutamanya di Perak dan Johor selepas pemerintahan Jepun.

Apabila British kembali ke Tanah Melayu, mereka telah mengambil alih


pentadbiran dari Bintang Tiga dan MPAJA dibubarkan. Anggota-anggota MPAJA
diminta menyerahkan senjata mereka kepada British. Pada 1 Disember 1945, 6800
anggota MPAJA telah menyerahkan senjata mereka dan dibayar sagu hati sebanyak
$350 seorang. Walau bagaimanapun, dipercayai masih ramai anggota MPAJA yang
tidak menyerahkan senjata kerana mereka tidak yakin dengan dasar British
terhadap PKM.

1945-1948
PKM telah menuntut supaya merek diberi hak dalam pentadbiran. Kerana
mengenangkan jasa PKM bekerjasama dengan British menentang Jepun, PKM telah
diterima sebagai parti yang sah. Sejak itu, PKM mula menubuhkan cawangannya di
seluruh Tanah Melayu untuk menambahkan anggotanya. Sejak tahun 1945, PKM
berusaha mencapai matlamat menguasai Tanah Melayu dan menubuhkan Republik
Komunis Malaya melalui perlembagaan. PKM akan menganjurkan “Gerakan Massa”
untuk memaksa British memberi Tanah Melayu berkerajaan sendiri dan
kemerdekaan. PKM juga menjalankan gerakan secara aktif mempengaruhi parti-
parti politik, kesatuan-kesatuan sekerja, pertubuhan Cina dan sekolah Cina. Untuk
mendapat sokongan pekerja, PKM telah menubuhkan Kesatuan Buruh Am dan untuk
mendapat sokongan belia, PKM menubuhkan Liga Belia Demokratik Baru pada
tahun 1946. Bagi menguasai kesatuan sekerja, PKM telah menubuhkan Kesatuan
Sekerja Pusat, contohnya, PKM yang menubuhkan Pan-Malayan Federation of Trade
Union (PMFTU) telah menguasai semua kesatuan sekerja yang bergabung di bawah
PMFTU. Bagi melumpuhkan ekonomi supaya memudahkan PKM merampas kuasa,
mereka telah mempengaruhi kesatuan sekerja melakukan permogokan. Akibatnya
300 permogokan telah dipengaruhi oleh PKM telah berlaku di Tanah Melayu dan
All The Best
Singapura pada 1946-1947. Bagi menghadapi permogokan tersebut, British telah
melaksanakan undang-undang kesatuan sekerja yang mendorong pemimpin parti
politik supaya tidak menjadi pemimpin kesatuan sekerja. Tindakan tersebut telah
menghancurkan PMFTU yang dikuasai oleh PKM.

Dasar dan Taktik PKM (1945-1954)

Pengenalan
Ideologi komunis tiba di Tanah Melayu pada tahun 1920-an terutamanya di sekitar
tahun 1925. Ideologi ini telah tersebar luas di kalangan orang-orang Cina di Tanah
Melayu. Hasilnya Liga Belia Komunis telah ditubuhkan di Singapura pada tahun
1926. Pada tahun 1927, Parti Komunis Nanyang ditubuhkan dan parti ini telah
dicadangkan supaya disusun semula pada tahun berikutnya. Akibatnya satu
persidangan Komunis telah diadakan di Singapura pada 6 April 1930 dan hasilnya
lahirlah PKM yang beribu pejabat di Singapura. Matlamat PKM ialah menggulingkan
Kerajaan British dan menubuhkan Republik Komunis Malaya di Tanah Melayu. Selain
itu, PKM juga diarah untuk menyelia gerakan komunis di Thailand dan Indonesia.
Sejak ditubuhkan, PKM terpaksa menjalankan kegiatan secara sulit kerana parti ini
diharamkan disebabkan kegiatan anti-British dianggap mengganggu ketenteraman
awam. Kegiatan anti-British telah diberhentikan semasa pendudukan Jepun di Tanah
Melayu. Sebaliknya, PKM telah bekerjasama dengan British untuk menentang Jepun
di Tanah Melayu. Anggota PKM telah melarikan diri ke dalam hutan untuk
menubuhkan MPAJA. Apabila Jepun menyerah kalah dan British kembali ke Tanah
Melayu, PKM menuntut supaya mereka diberi hak dalam pentadbiran. Oleh sebab
mengenang jasa PKM bekerjasama dengan British menentang Jepun, PKM akhirnya
diterima sebagai parti yang sah.

Dasar PKM
1. 1945-1948

Setelah PKM mula diterima sebagai parti yang sah, PKM telah menubuhkan cawangannya
di seluruh Tanah Melayu bagi menambahkan keanggotaannya. Sejak tahun 1945, PKM
berusaha mencapai matlamat menguasai Tanah Melayu dan menubuhkan Republik Komunis
Malaya melalui perlembagaan. Oleh itu, PKM telah menganjurkan “Gerakan Massa” untuk
memaksa British memberi Tanah Melayu berkerajaan sendiri dan kemerdekaan. PKM juga
menjalankan gerakan secara aktif untuk mempengaruhi parti politik, kesatuan sekerja,
sekolah Cina dan pertubuhan Cina.
2. 1948-1954

All The Best


Dalam tahun 1948, PKM memasuki zaman baru kerana ia telah mengambil
keputusan untuk menubuhkan sebuah negara komunis di Tanah Melayu melalui
satu revolusi bersenjata. Faktor-faktor yang menyebabkan perubahan dasar ini
ialah:

a. Kegagalan mencapai matlamat melalui perlembagaan

Beberapa ahli Sejarah berpendapat bahawa pemberontakan PKM meletus


akibat kegagalan polisi perdamaian bersatu. PKM telah gagal untuk
mencapai cita-citanya melalui cara-cara perlembagaan antara tahun 1945-
1948. Justeru itu, PKM terpaksa menggunakan cara-cara lain seperti
kekerasan untuk menggulingkan Kerajaan British di Tanah Melayu.

b. Perubahan pucuk pimpinan

Ahli-ahli Sejarah seperti Noel Barber berpendapat bahawa krisis dalam PKM sendiri
telah mengakibatkan pemberontakan komunis 1948. Pada bulan Mac 1947, Setiausaha
Agung PKM, Lai Teik, telah menghilangkan diri dengan wang parti. Peristiwa ini telah
menyebabkan pucuk pimpinan PKM jatuh ke tangan golongan radikal pimpinan Chin
Peng. Mengikut pendapat Chin Peng, dasar yang lebih aktif perlu dilaksanakan bagi
memulihkan semangat perjuangan komunis.
c. Persidangan di Calcutta

Ahli-ahli Sejarah seperti Harny Miller pula berpendapat keputusan PKM untuk
memberontak adalah dipengaruhi oleh keputusan Kongres Pemuda Komunis Asia yang
diadakan di Calcutta pada 18 dan 19 Februari 1946. Kongres tersebut telah mengarah
parti-parti komunis untuk mengadakan pemberontakan bersenjata bagi mencapai
matlamat mereka.

Taktik PKM
1. 1945-1948

Untuk mencapai matlamat, PKM telah menubuhkan cawangan di seluruh Tanah Melayu,
misalnya PKM telah menubuhkan Kesatuan Buruh Am untuk mendapat sokongan pekerja
dan Liga Belia Demokratik Baru untuk mendapat sokongan belia. Untuk menguasai
kesatuan sekerja, PKM telah menubuhkan Pan-Malayan Federation of Trade Union
(PMFTU) yang berjaya menguasai semua kesatuan sekerja yang bergabung di bawah
PMFTU. Bagi melumpuhkan ekonomi dan memudahkan PKM merampas kuasa, PKM telah
mempengaruhi kesatuan sekerja melakukan permogokan. Akibatnya, 300 permogokan yang
dipengaruhi PKM telah berlaku di Tanah Melayu dan Singapura pada tahun 1946-1947.
PKM juga menceburkan diri dalam kegiatan dan pergerakan politik misalnya PKM telah
menentang rancanagn pembentukan PTM pada tahun 1948. Pada pendapat mereka,
pembentukan PTM sudah pasti menggagalkan rancangan PKM untuk menubuhkan Republik
Komunis Malaya, maka pada 22 Disember 1946, PKM telah menyertai All Malayan Council
of Joint Action (AMCJA) bagi menentang rancangan pembentukan PTM.
2. 1948-1954

All The Best


Bagi mencapai matlamat, PKM telah menubuhkan pasukan tentera anti-British
yang dikenali sebagai Malayan People Anti British Army (MPABA) di bawah
pimpinan pengerusi jawatankuasa pusat tentera PKM iaitu Law Yew. Antara
pemimpin lain ialah Law Lee dan Yeng Kuow. Kebanyakan anggota MPABA terdiri
daripada bekas anggota MPAJA.

PKM juga menggunakan strategi Mao Tze Tung dalam perjuangan mereka.
Mengikut strategi ini, PKM akan menyerang dan menguasai kawasan pedalaman di mana
kawalan Kerajaan British amat lemah. Kawasan ini akan diwujudkan sebagai kawasan bebas
daripada kawalan kerajaan. Dari kawasan ini, PKM akan menyerang dan menguasai bandar-
bandar di sekitarnya dan seterusnya menguasai seluruh Tanah Melayu.
Bagi melumpuhkan ekonomi, PKM mempengaruhi kesatuan sekerja
mengadakan permogokan. Akibatnya permogokan berlaku di Tanah Melayu
termasuk di Singapura pada bulan Mei dan Jun 1948. PKM juga meneruskan
usaha meresapi parti-parti politik, kesatuan sekerja, sekolah Cina dan
pertubuhan Cina.

Dalam keganasan tersebut, PKM telah berjaya membunuh 3 peladang


Eropah di Sungai Siput, Perak. Peristiwa ini telah menyebabkan Darurat
diisytiharkan di seluruh Tanah Melayu pada 17 Jun 1948. Pada 23 Julai 1948,
Undang-undang Darurat dikeluarkan. Undang-undang ini telah mengharamkan
PKM. Akibatnya anggota PKM lari ke dalam hutan untuk meneruskan perjuangan
mereka. Mereka telah menyerang pasukan keselamatan dan orang awam
terutamanya peladang-peladang dan pelombong-pelombong. Mereka juga
memusnahkan sistem perhubungan jalan raya dan jalan keretapi. Dalam usaha
mendapat bantuan, PKM menubuhkan pasukan propaganda “Min Yuan” yang
terdiri daripada setinggan-setinggan Cina yang tinggal di pinggir hutan.

Pada September 1951, satu mesyuarat jawatankuasa pusat PKM diadakan


di Pahang. Apabila menyedari bahawa keganasan yang mereka lakukan
menimbulkan kebencian orang ramai, PKM telah mengubah taktik perjuangan
mereka, iaitu hanya menyerang pasukan keselamatan, orang Eropah, pengintip
dan bekas anggota PKM yang berpaling tadah. Menjelang tahun 1954,
perjuangan PKM mengalami kegagalan.

Sebab PKM Memberontak

Pengenalan
PKM ditubuhkan pada 6 April 1930. Matlamat penubuhannya ialah untuk menguasai
Tanah Melayu dan seterusnya menubuhkan Republik Komunis Malaya. Pada masa
yang sama, PKM juga diarah menyelia gerakan komunis di Thailand dan Indonesia.
All The Best
Sejak ditubuhkan, PKM terpaksa menjalankan kegiatannya secara sulit kerana
kegiatan anti-Britishnya dianggap mengganggu ketenteraman awam. Sebelum
tahun 1941, pertubuhan ini mendapat sambutan dari orang ramai. Semasa
pendudukan Jepun di Tanah Melayu, PKM telah memberhentikan kegiatan anti-
British. Di sebaliknya, PKM bekerjasama dengan British untuk menentang Jepun
dengan menyertai Malayan Anti Japanese Union (MAJU) yang dianjurkan oleh British.
Selain itu, PKM juga menubuhkan pasukan tentera anti-Jepun yang dikenali sebagai
Malayan People Anti-Japanese Army (MPAJA). Setelah Jepun menyerah kalah dan
British kembali ke Tanah Melayu pada tahun 1945, PKM telah diterima sebagai parti
yang sah. Akibatnya, antara tahun 1945-1948, PKM berusaha mencapai matlamat
mereka melalui perlembagaan. Namun usaha PKM tersebut gagal dan kegagalan
tersebut telah menyebabkan PKM melaksanakan pemberontakan bersenjata pada
tahun 1948.

Sebab-sebab PKM memberontak


1. Persidangan di Calcutta

Pada 18 dan 19 Februari 1948, satu persidangan komunis telah diadakan di Calcutta, India.
Persidangan tersebut telah dihadiri oleh perwakilan komunis dari Asia dan Australia. Pihak
PKM telah diwakili oleh Lee Soong. Persidangan tersebut telah membuat ketetapan bahawa
pemberontakan bersenjata mesti dijalankan bagi menjayakan matlamat perjuangan komunis.
Akibatnya PKM mula mengubah dasar mereka dan melakukan pemberontakan bersenjata di
seluruh Tanah Melayu.
2. Kegagalan mencapai matlamat melalui perlembagaan

Sejak tahun 1945, PKM telah diterima sebagai parti yang sah di Tanah Melayu. Sejak itu,
PKM mula berusaha untuk mencapai matlamat mereka melalui perlembagaan. PKM telah
menganjurkan beberapa rancangan dan salah satu daripada rancangan tersebut ialah
rancangan “Barisan Bersatu”. Di bawah rancangan ini, PKM akan bekerjasama dengan
semua pihak. Selain itu, PKM juga menubuhkan cawangan-cawangan di seluruh Tanah
Melayu untuk mendapat sokongan orang ramai, misalnya PKM telah menubuhkan Kesatuan
Buruh Am dan Liga Belia Demokratik Baru untuk mendapat sokongan pekerja dan belia.
Walaupun PKM telah diterima sebagai parti yang sah, tetapi ia masih menghadapi tekanan
dari British, misalnya pada tahun 1937, British telah mengisytiharkan Undang-undang
Kesatuan Sekerja yang melarang pemimpin parti politik menjadi pemimpin kesatuan
sekerja. Akibatnya, PKM gagal mencapai matlamat melalui perlembagaan. Justeru itu, PKM
mula melakukan pemberontakan di seluruh Tanah Melayu.
3. Perubahan pucuk pimpinan

Perubahan pucuk pimpinan PKM telah membawa kepada pemberontakan


bersenjata. Secara amnya, anggota PKM dapat dibahagikan kepada 2 golongan,
iaitu yang bersifat sederhana dan radikal. Golongan sederhana dipimpin oleh Lai
Teik manakala golongan radikal dipimpin oleh Chin Peng. Pada 6 Mei 1947,
suatu mesyuarat jawatankuasa pusat PKM telah diadakan di Singapura. Dalam
mesyuarat itu, Setiausaha Agong PKM, iaitu Lai Teik tidak menghadirkan dirinya
dan hilangkan diri bersama-sama dengan wang parti. Peristiwa ini
All The Best
menyebabkan pucuk pimpinan jatuh ke tangan Chin Peng. Chin Peng
berpendapat bahawa dasar pemberontakan bersenjata adalah penting untuk
mencapai matlamat PKM. Akibatnya tidak berapa lama selepas itu, PKM mula
memberontak.

4. Pengalaman yang menguntungkan

PKM juga mempunyai pengalaman yang menguntungkan mereka ke arah pemberontakan.


Pengalaman tersebut telah diperolehi semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu. Semasa
pendudukan Jepun, PKM telah menubuhkan Malayan People Anti Japanese Army (MPAJA)
dan pasukan ini telah mendapat latihan dan bantuan seperti makanan, pakaian, senjata dan
perubatan dari pasukan Berikat. Henry Miller dalam bukunya “The Jungle War In Malaya”
menegaskan bahawa terdapat kira-kira 200 anggota PKM yang mendapat latihan dari British
sebelum jatuhnya Singapura pada 15 Februari 1942. Selain itu, PKM juga melakukan
serangan hendap ke atas Jepun dan hal ini membolehkan PKM memperolehi pengalaman
dalam perang hutan. Apabila Jepun menyerah kalah pada 15 Ogos 1945, anggota PKM telah
keluar dari hutan dan mengambil alih pentadbiran di Tanah Melayu. Pada masa yang sama,
mereka juga merampas senjata Jepun. Walaupun senjata tersebut kemudiannya diminta serah
balik oleh British, tetapi dipercayai ramai anggota PKM yang tidak berbuat demikian.
Dengan itu, PKM bukan sahaja mempunyai pengalaman, tetapi juga mempunyai senjata
yang mencukupi untuk membolehkan mereka memberontak.
5. Kejayaan parti komunis di negara-negara lain

Kejayaan parti-parti komunis di negara-negara lain telah mendorong PKM melakukan


pemberontakan. Parti-parti komunis tersebut yang mengamalkan dasar pemberontakan telah
berjaya menguasai beberapa kawasan, misalnya Parti Komunis China (PKC) di China telah
berjaya menguasai sebahagian China. Parti Komunis Korea telah berjaya menguasai
sebahagian Korea dan Parti Komunis Vietnam berjaya menguasai sebahagian Vietnam.
6. Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu (PTM)

Penubuhan PTM pada 1 Februari 1948, telah mempercepatkan lagi proses pemberontakan.
Pada dasarnya, PKM menyokong Malayan Union. Maka penubuhan jawatankuasa kerja
pada 25 Julai 1946 telah menimbulkan penentangan PKM. Apabila jawatankuasa kerja
mengemukakan laporan mereka yang mempunyai draf perlembagaan PTM pada 11
Disember 1946, PKM turut menentang draf perlembagaan tersebut. Dalam usaha
penentangan tersebut, PKM telah menyertai All Malayan Council of Joint Action (AMCJA)
pada 22 Disember 1946. Mereka telah melaksanakan hartal di seluruh Tanah Melayu pada
19 Oktober dan 20 Oktober 1947 untuk menunjukkan bantahan mereka terhadap draf
perlembagaan PTM dan menunjukkan kekuatan mereka. Namun bantahan tersebut tidak
dipedulikan oleh British dan PTM telah ditubuhkan secara rasminya pada 1 Februari 1948.
Dengan penubuhan PTM, PKM sedar rancangan mereka untuk menubuhkan Republik
Komunis Malaya telah gagal. Dengan itu, PKM mengubah dasar perjuangan mereka dengan
melakukan pemberontakan.
7. Keputusan Sidang Dleno IV

Pada 17-21 Mac 1948, satu persidangan Dleno IV telah diadakan di Singapura.
Persidangan tersebut telah diwakili oleh Lawrence Sarkey dari Australia.
Persidangan tersebut telah membuat 3 resolusi iaitu:

All The Best


a. Perjuangan kemerdekaan mesti dijalankan melalui Revolusi Rakyat dan
bagi Tanah Melayu, ia mesti dipimpin oleh PKM.

b. Cara perlembagaan merupakan cara menyerah yang tidak akan berjaya


menjayakan matlamat PKM. Cara pemberontakan mesti dijalankan.

c. Disiplin dalam PKM perlu diperketatkan dan imej PKM perlu dipulihkan
berikutan dengan peristiwa Lai Teik yang menghilangkan diri bersama wang
parti.

Langkah-langkah Kerajaan Menghadapi


Pemberontakan PKM

Pengenalan
Parti Komunis Malaya (PKM) ditubuhkan pada 6 April 1930. Matlamat utama
penubuhannya ialah untuk menguasai Tanah Melayu dan seterusnya menubuhkan
Republik Komunis Malaya. Pada masa yang sama, PKM juga diarahkan untuk
menyelia gerakan komunis di Thailand dan Indonesia. Sejak ditubuhkan, PKM
terpaksa menjalankan gerakannya secara sulit kerana kegiatan anti Britishnya
dianggap mengganggu ketenteraman awam. Sebelum 1941, pertubuhan ini kurang
mendapat sambutan orang ramai. Semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu, PKM
telah memberhentikan kegiatan anti British. Sebaliknya, PKM telah bekerjasama
dengan British bagi menentang Jepun dengan menyertai Malayan Anti Japanese
Union (MAJU) yang dianjurkan oleh British. Setelah Jepun menyerah kalah dan
British kembali ke Tanah Melayu, PKM telah diterima sebagai parti yang sah. Sejak
itu, PKM berusaha untuk mencapai matlamat mereka melalui perlembagaan.
Kegagalan usaha tersebut menyebabkan PKM mengubah dasar mereka kepada
pemberontakan pada tahun 1948. akibat dari pemberontakan yang berlaku,
keadaan kucar-kacir telah timbul di Tanah Melayu. Dengan itu, British telah
mengambil beberapa langkah bagi menamatkan pemberontakan PKM.

Langkah-langkah
1. Undang-undang Darurat

Berikutan dengan pembunuhan 3 peladang Eropah di Sungai Siput, Perak pada 16 Jun 1948,
kerajaan telah mengisytiharkan drurat di seluruh Tanah Melayu pada 17 Jun 1948. Undang-
undang Darurat telah dikeluarkan pada 23 Julai 1948 dan diperkemaskan pada Julai 1949.
Mengikut Undang-undang Darurat, kerajaan diberi kuasa untuk menangkap dan menahan
tanpa perbicaraan, mereka yang disyaki terlibat dalam kegiatan PKM. Kerajaan juga diberi
kuasa untuk membuang negeri mereka yang dianggap kehadirannya membahayakan
All The Best
keselamatan Tanah Melayu. Berikutan dengan pengisytiharaan Darurat, PKM diharamkan
dan diikuti dengan pengharaman ke atas parti-parti kiri yang merupakan penyokong kuat
PKM seperti Malayan Democratic Union, API dan AWAS. Sekatan kebebasan juga
diperkenalkan di kawasan-kawasan yang terlibat dengan kegiatan PKM. Penduduk-
penduduk di kawasan ini dikawal oleh pasukan keselamatan dan dikenakan perintah kurung
serta catuan makanan. Akta Pendaftaran mula dilaksanakan yang mewajibkan mereka yang
berumur 12 tahun keatas, memiliki kad pengenalan. Tujuannya ialah memudahkan usaha
mengesan anggota PKM.
Perlaksanaan Undang-undang Darurat telah memberi tamparan terhadap pejuang
PKM. Pada tahun 1949, 6000 orang telah ditangkap dan ditahan kerana disyaki terlibat
dalam kegiatan PKM. Pada tahun 1950, 70000 orang telah dihantar balik ke negeri China.
Pengharaman PKM telah menghalang usaha mereka ke arah mencapai matlamat mengusai
Tanah Melayu dan menubuhkan Republik Komunis Malaya. Pengharaman ke atas parti-parti
kiri menyebabkan PKM kehilangan punca sokongan dan bantuan. Sekatan kebebasan yang
dikenakan menyulitkan kegiatan PKM.
2. Rancangan Briggs

Apabila Harold Briggs menjadi pengarah gerakan menentang PKM sejak 3 April 1950,
beliau menjalankan rancangan penempatan semula. Di bawah rancangan ini, penduduk yang
tinggal di pinggir-pinggir hutan dan dianggap sebagai punca sokongan PKM telah
dipindahkan ke kampung-kampung baru. Kampung-kampung baru ini telah dipagar dan
dikawal rapi oleh pasukan keselamatan. Menjelang tahun 1954, 550000 orang dipindah ke
550 kampung baru. Antara mereka, 86% terdiri daripada orang Cina, 9% orang Melayu, 4%
orang India dan 1% bangsa lain. 84% daripada kampung-kampung baru terletak di Pantai
Barat Semenanjung. Penduduk-penduduk kampung baru juga dikenakan sekatan kebebasan
seperti perintah kurung dan catuan makanan.
Perlaksanaan Rancangan Briggs menyulitkan lagi kegiatan PKM. Mereka yang
dipaksa menyokong PKM telah diberi perlindungan dan yang secara sukarela menyokong
PKM dapat dihalang berbuat demikian. Rancangan Briggs telah melumphkan kegiatan “Min
Yuan”. Akibatnya PKM terputus bekalan makanan, ubat, senjata, pakaian dan sebagainya
menyebabkan mereka terpaksa keluar untuk mendapatkan bekalan. Keadaan ini
menyebabkan mereka terpaksa menghadapi pasukan keselamatan. Walau bagaimanapun,
terdapat juga kampung-kampung baru yang gagal mencapai matlamatnya kerana kawalan
yang tidak rapi membolehkan anggota PKM memasuki kampung baru dan orang ramai
membantu PKM. Oleh sebab kampung baru diwujudkan untuk kepentingan keselamatan dan
bukannya untuk kepentingan ekonomi, maka kerajaan terpaksa mengeluarkan perbelanjaan
yang banyak untuk menyediakan tempat tinggal, makanan, kemudahan kesihatan, bekalan
api dan air dan sebagainya.
3. Pembesaran pasukan keselamatan

Bagi menghadapi pemberontakan PKM, kerajaan mengambil langkah untuk menambahkan


bilangan anggota pasukan keselamatan terutamanya semasa Gerald Templer menjadi
Pesuruhjaya Tinggi sejak Februari 1952. Pemuda-pemuda Tanah Melayu telah digalakkan
untuk mnyertai pasukan keselamatan dan mereka diberi latihan singkat dan dihantar untuk
mengawal tempat-tempat strategic seperti pejabat kerajaan, lombong bijih dan ladang getah.
Menjelang 1954, Tanah Melayu sudah mempunyai 40 ribu tentera, 70 ribu polis dan 200
ribu pengawal kampung. Bilangan tentera yang ramai dapat digunakan untuk menyerang
sarang-sarang persembunyian PKM. Serangan ke atas PKM dibuat melalui darat dan udara.
Pada masa itu, majoriti anggota pasukan keselamatan terdiri daripada orang Melayu, British
All The Best
dan Gurkha. Semasa Gerald Templer, bantuan ketenteraan juga diperolehi dari negara-
negara Komanwel seperti Rhodesia, Britain, India, Australia dan New Zealand. Kerajaan
Tanah Melayu juga telah menandatangani perjanjian dengan Thailand untuk membolehkan
pasukan keselamatan melintasi sempadan dalam usaha memburu PKM.
4. Jawatankuasa Perhubungan Kaum

Pesuruhjaya Tinggi British bagi Asia Tenggara iaitu Malcolm MacDonald telah
mencadangkan supaya diambil langkah-langkah bagi mewujudkan hubungan baik antara
kaum terutamanya antara orang Melayu dan Cina. Beliau menegaskan usaha menetang PKM
tidak akan berjaya selagi hubungan antara kaum runcing. Akibat dari saranan tersebut, pada
1949, pemimpin-pemimpin kaum iaitu Dato’ Onn Bin Jaafar, Tan Cheng Lock dan
Thuraisingam telah menubuhkan Jawatankuasa Perhubungan Kaum. Kerjasama antara kaum
lebih terbukti dengan terbentuknya parti perikatan UMNO-MCA (1952) dan Parti Perikatan
UMNO-MCA-MIC (1954).
5. Malayan Chinese Association (MCA)

Malcolm MacDonald juga mencadangkan supaya ditubuhkan satu pertubuhan sederhana


yang anti komunis untuk orang-orang Cina supaya mereka tidak menaganggap PKM sebagai
parti orang Cina. Akibatnya, MCA ditubuhkan pada 27 Februari 1949 di bawah pimpinan
Tan Cheng Lock sebagai presiden pertama. Orang-orang Cina telah digalakkan untuk
menyertai MCA dan menganggap MCA sebagai parti orang Cina yang akan
memperjuangkan hak-hak dan kepentingan orang Cina.
6. Tolak ansur

Walaupun parti-parti kiri diharamkan, tetapi kerajaan British bertolak ansur dengan
membenarkan parti-parti sederhana yang anti komunis seperti UMNO, MCA dan MIC.
British juga bertolak-ansur dengan menerima tuntutan parti-parti sederhana tersebut.
Buktinya: Pilihanraya Perbandaran Pulau Pinang pada 1 Disember 1951, Pilihanraya
Perbandaran Kuala Lumpur pada 16 Februari 1952. Pilihanraya Umum yang pertama
diadakan pada 27 Julai 1955. Selepas pilihanraya tersebut, Tanah Melayu diberi berkerajaan
sendiri dan seterusnya kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Tolak ansur kerajaan British
memenuhi tuntutan rakyat Melayu telah menyebabkan orang ramai menyokong kerajaan
untuk menentang PKM.
7. Rancangan Gerald Templer

Semasa Gerald Templer menjadi Pesuruhjaya Tinggi, beliau menjalankan rancangan


“kawasan hitam” dan “kawasan putih”. Kawasan hitam ialah kawasan yang terlibat dengan
kegiatan PKM. Penduduk di kawasan ini dikawal rapi oleh pasukan keselmatan dan
dikenakan sekatan kebebasan seperti perintah kurung dan catuan makanan. Kawasan putih
ialah kawasan yang tidak terlibat dengan kegiatan PKM dan penduduk kawasan ini diberi
kebebasan. Akibatnya penduduk di kawasan hitam telah bekerjasama dengan kerajaan untuk
menghapuskan kegiatan PKM di kawasan mereka supaya kawasan mereka akan
diisytiharkan sebagai kawasan putih di mana penduduknya akan diberi kebebasan. Templer
juga melawat kawasan hitam untuk meyakinkan orang ramai terhapap kemampuan kerajaan
untuk menghapuskan pemberontakan PKM. Orang ramai juga digesa supaya tidak
bekerjasama dengan PKM.
8. Kelonggaran syarat kerakyatan

All The Best


Dalam usaha untuk mendapatkan sokongan orang bukan Melayu, terutamanya orang Cina
bagi menghadapi pemberontakan PKM, kerajaan telah mengambil langkah melonggarkan
syarat kerakyatan sejak Februari 1952. Akibatnya seramai 1.2 juta orang Cina dan 180 ribu
orang India menjadi warganegara antara Februari 1952 sehingga 31 Ogos 1957. Tindakan
kerajaan menyebabkan orang Cina dan India bekerjasama dengan kerajaan untuk menentang
PKM.
9. Majlis Perang

Mengikut arahan nombor 1 yang dikeluarkan oleh Harold Briggs bertarikh 16 April 1950,
Majlis Perang Persekutuan (MPP) dan Jawatankuasa Kerja Perang peringkat negeri dan
daerah akan ditubuhkan dalam usaha untuk membanteras pemberontakan PKM. MPP
diketuai oleh Harold Briggs. Anggotanya terdiri daripada Ketua Setiausaha Kerajaan,
komander-komander angkatan darat, laut dan udara serta pesuruhjaya Polis. Jawatankuasa
Kerja Perang peringkat negeri diketuai oleh Menteri Besar dan di peringkat daerah diketuai
oleh pegawai daerah. Anggota-anggota terdiri daripada polis, tentera dan pegawai tadbir.
Tujuannya ialah untuk mewujudkan koordinasi antara semua pihak yang terlibat dalam
usaha menentang PKM.
10. Tawaran pengampunan

Tawaran pengampunan telah dikeluarkan sejak 1949. Anggota-anggota PKM yang menyerah
diri dimaafkan dan dibenarkan kembali ke dalam masyarakat. Tawaran hadiah juga
dikeluarkan kepada mereka yang dapat menunjukkan sarang PKM atau menangkap anggota
PKM. Pada tahun 1954, tawaran hadiah kepada mereka yang dapat menangkap Chin Peng
telah dinaikkan dari $150000 kepada $250000 dan ahli Jawatankuasa Pusat PKM sebanyak
$100 ribu. Semasa Tunku Abdul Rahman menjadi Ketua Menteri dan kemudiannya Perdana
Menteri, tawaran hadiah yang lebih berkesan telah dikeluarkan. Anggota-anggota PKM yang
menyerah diri bukan sahaja dimaafkan dan dibenarkan kembali ke masyarakat, tetapi juga
diberi ganjaran berupa tanah dan wang. Tawaran ini telah menarik perhatian ramai anggota
dan pemimpin PKM menyerah diri, contohnya Hor Lung, pemimpin komunis kawasan
selatan telah dibayar sagu hati $247 ribu apabila beliau keluar menyerah diri bersama-sama
160 orang pengikut. Seorang lagi ialah Kim Cheng, pemimpin komunis kawasan Yong Peng
telah dibayar $150 ribu bila beliau menyerah diri bersama pengikutnya. Pembayaran sagu
hati ini bergantung kepada kedudukan seseorang dalam PKM dan juga anggota yang
menyerah diri bersamanya.
11. Rundingan Baling

Dalam usaha untuk menamatkan pemberontakan PKM, Rundingan Baling telah diadakan
pada 28 dan 29 Disember 1955. Pihak kerajaan diwakili oleh Tunku Abdul Rahman, Tan
Cheng Lock dan David Marshall dan PKM pula diwakili oleh Chin Peng, Chen Tien dan
Rashid Maidin. Walau bagaimanapun, rundingan tersebut gagal kerana Chin Peng tidak
dapat menerima kehendak Tunku Abdul Rahman yang mahukan PKM dibubarkan dan
Tunku Abdul Raham tidak dapat menerima kehendak Chin Peng yang mahukan PKM
diterima sebagai parti yang sah.

Sebab Pemberontakan PKM Gagal

All The Best


Pengenalan
Parti Komunis Malaya (PKM) ditubuhkan pada 6 April 1930. Matlamat utama
penubuhannya ialah untuk mengusai Tanah Melayu dan seterusnya menubuhkan
Republik Komunis Malaya. Pada masa yang sama, PKM juga diarahkan menyelia
gerakan komunis di Thailand dan Indonesia. Sebelum 1941, PKM kurang mendapat
sokongan orang ramai. Semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu, PKM telah
memberhentikan gerakan anti-British. Sebaliknya PKM bekerjasama dengan British
menentang Jepun dengan menyertai Malayan Anti Japanese Union (MAJU) yang
dianjurkan oleh British. Sejak 1945, PKM telah diterima sebagai parti yang sah dan
berusaha mencapai matlamat melalui perlembagaan. Namun usaha ini gagal
menyebabkan sejak Jun 1948, PKM melakukan pemberontakan bersenjata di seluruh
Tanah Melayu. Pemberontakan tersebut juga menemui kegagalan.

Sebab-sebab kegagalan
1. Keganasan

Kegagalan pemberontakan PKM berpunca daripada taktik keganasanya. Sejak Jun 1948,
PKM mulai melakukan pemberontakan bersenjata di seluruh Tanah Melayu. Dalam tempoh
itu, PKM telah melancarkan serangan-serangan ke atas ladang-ladang getah dan lombong-
lombong bijih timah. Serangan-serangan tersebut menyebabkan kehilangan mata pencarian
orang ramai. Oleh itu, PKM bukan sahaja tidak mendapat sokongan ramai, malah
menimbulkan kebencian orang ramai.
2. Tidak mendapat sokongan

Majoriti penduduk di Tanah Melayu tidak menyokong PKM. Hanya sebilangan kecil orang
cina sahaja yang menyokong PKM. Orang Melayu tidak menyokong PKM kerana
menganggap PKM sebagai parti orang cina, lebih-lebih lagi majoriti pemimpin dan anggota
PKM ialah orang cina. Selain itu, orang Melayu juga menganggap pemberontakan PKM
sebagai satu percubaan orang cina untuk merampas kuasa Tanah Melayu. Orang Melayu
juga tidak dapat menerima dasar anti-agama yang diperjuangkan oleh PKM sedangkan
mereka berpegang teguh kepada agama Islam. Pengalaman orang Melayu di bawah
pemerintahan “Bintang Tiga” telah menyebabkan mereka enggan menyokong PKM. Dalam
tempoh pemerintahan tersebut, anggota PKM telah melakukan kekejaman dan tindakan
tersebut telah menimbulkan pergaduhan kaum di Johor dan Perak.
Orang cina tidak menyokong PKM kerana tidak dapat menerima dasar anti agama
yang diperjuangkan. Selain itu, mereka juga tidak menyokong dasar anti kapitalisme kerana
mereka ingin jadi kaya-raya. Pada masa yang sama, kebanyakan orang cina pada masa itu
lebih menumpukan perhatian dalam ekonomi. Mereka tidak begitu berminat terlibat dalam
politik. Di samping itu, kebanyakan cina adalah buta huruf. Ini menyebabkan mereka tidak
memaham ideologi komunis. Akibatnya mereka tidak sokong PKM.
Orang India turut tidak menyokong PKM kerana dasar anti agama. Selain
itu, mereka juga menganggap PKM sebagai parti orang cina. Pada masa itu juga,
orang India lebih menumpukan perhatian mereka terhadap politik di India. Ini
menyebabkan mereka tidak menyokong PKM.

All The Best


3. Keadaan ekonomi dan politik stabil

PKM juga gagal mendapat sokongan yang luas kerana wujudnya keadaan yang stabil di
Tanah Melayu. Keadaan tersebut telah menimbulkan rasa puas hati rakyat terhadap
pemerintahan British. Dengan itu, mereka tidak sokong PKM. Sememangnya komunisme
hanya boleh berkembang dengan pesat sekiranya terdapat kemiskinan dan penderitaan.
4. Kegagalan PKM mendaftar matlamat dan perlembagaan secara publik

PKM gagal mendapat sokongan orang ramai kerana tidak mendaftarkan matlamat dan
perlembagaannya secara publik. Ini menyebabkan orang ramai tidak mengetahui matlamat
dan perlembagaan sebenar PKM. Sebaliknya, PKM dianggap sebuah kongsi gelap kerana ia
telah diharamkan oleh British.
5. Tekanan awal

Sejak ditubuhkan, PKM telah ditekan oleh British. PKM tidakdiberi peluang untuk
berkembang dan diharamkan sejak pertubuhan. Pada 1937, British telah mengisytiharkan
Banishment Ordinance yang mengharamkan permogokan. Akibatnya ramai pemimpin dan
anggota PKM ditangkap. Mereka ini sama ada dipenjarakan atau dihantar pulang ke China.
Pada tahun 1940, kerajaan British memperkenalkan undang-undang kesatuan sekerja.
Undang-undang ini telah melarang pemimpin parti politik menjadi pemimpin kesatuan
sekerja. Ini telah melemahkan PKM kerana pada masa itu, kebanyakan pemimpin kesatuan
sekerja ialah pemimpin PKM. Pada 23 Julai 1948, undang-undang Darurat diisytiharkan.
Sehubungan itu, sekali lagi PKM diharamkan. Akibatnya, pemberontakan PKM menemui
kegagalan.
6. Persaingan dengan Kuomintang (KMT)

Dalam usaha untuk mendapat sokongan orang ramai, PKM menghadapi persaingan yang
hebat dari KMT. PKM ditubuhkan pada tahun 1930. Pada ketika itum cawangan KMT telah
lama wujud di Tanah Melayu. Cawangan KMT yang pertama ditubuhkan pada 18 Disember
1912 di Singapura. Sejak 1913, sudah terdapat banyak cawangan KMT di Tanah Melayu
seperti di Kuala Lumpur, Ipoh, Seremban, Pulau Pinang dan sebagainya. Ini menyebabkan
orang ramai menyokong KMT. Selain itu, dasar yang diperjuangkan oleh KMT juga
disokong oleh orang ramai. Kerajaan KMT di China menganggap orang cina di seberang
laut sebagai warganegara China.
7. Strategi Mao Tze Tung

Dalam pemberontakan yang dilakukan, strategi Mao Tze Tung telah digunakan. Di bawah
strategi ini, PKM akan menerang dan menguasai kawasan pedalaman di mana kawalan
kerajaan pusat amat lemah. Dari kawasan ini, PKM akan menyerang dan menguasai seluruh
Tanah Melayu. Strategi ini telah berjaya di China. Walau bagaimanapun, ia gagal mencapai
matlamatnya di Tanah Melayu kerana ia tidak sesuai.
8. Perpecahan PKM

Kegagalan PKM juga disebabkan oleh perpecahan yang berlaku dalam PKM. Dalam PKM
sendiri, keanggotaannya dibahagikan kepada 2 golongan, iaitu golongan radikal di bawah
pimpinan Chin Peng dan golongan sederhana di bawah Lai Teik. Golongan sederhana
mengamalkan dasar bekerjasama dengan British manakala golongan radikal lebih bersifat
anti-British. Pada 6 Mac 1947, satu mesyuarat jawatankuasa pusat PKM telah diadakan di
Singapura. Dalam mesyuarat itu, Setiausaha Agong PKM, iaitu Lai Teik tidak
All The Best
menghadirinya dan menghilangkan dirinya bersama-sama wang parti. Ini menyebabkan
pucuk pimpinan PKM jatuh ke tangan Chin Peng.
9. Kelemahan pemimpin PKM

Kelemahan pemimpin PKM sendiri menggagalkan pemberontakan yang


dilakukan. Berikutan dengan peristiwa Lai Teik, orang ramai mulai tidak yakin
terhadap PKM. Selain itu, pemimpin PKM mungkin mahir tetapi mereka tidak
dapat menyesuaikan ideologi tersebut dengan keadaan tempatan. Misalnya,
dasar anti agama yang diperjuangkan tidak dapat diterima oleh orang ramai.
Akibatnya, pemberontakan PKM gagal.

10. Bantuan luar

Pemberontakan dianjurkan oleh Comintern dan telah disokong oleh PKC dan Parti Komunis
Rusia (PKR). Dengan itu, PKM mulai melakukan pemberontakan bersenjata sejak Jun 1948.
Sepanjang tempoh pemberontakan, PKM tidak mendapat bantuan langsung dari Comintern,
PKC ataupun PKR. Akibatnya, PKM menghadapi kegagalan dalam pemberontakannya.
11. Langkah kerajaan

Langkah-langkah kerajaan yang diambil untuk mengatasi pemberontakan di Tanah Melayu


telah menggagalkan PKM. Sebab satu langkah yang diambil ialah mengisytiharkan Undang-
undang Darurat pada 23 Julai 1948. Akibatnya, PKM diharamkan dan diikuti parti-parti kiri.
Selain itu, British juga melaksanakan Rancangan Briggs. Di bawah rancangan ini,
penduduk yang tinggal di pinggir hutan dan dianggap sebagai punca penyokong PKM akan
dipindahkan ke kampung baru yang dikawal rapi. Akibatnya, PKM terpaksa keluar dari
hutan untuk mendapat bantuan/bekalan.
British juga membesarkan pasukan tentera di Tanah Melayu. Dengan
bilangan tentera yang ramai tersebut, British dapat menyerang sarang PKM.

Penubuhan MCA pada 27 Februari 1949 telah menyebabkan orang Cina


tidak lagi menganggap PKM sebagai parti orang Cina. Pada masa yang sama,
British juga mula bertolak-ansur dengan penduduk tempatan, misalnya
menerima tuntutan parti sederhana mengadakan pilihanraya. Akibatnya, orang
ramai sokong kerajaan dan menentang PKM.

British turut menubuhkan Majlis Perang Persekutuan dan Jawatankuasa


Kerja Perang di peringkat negeri dan daerah. Kedua-dua pertubuhan ini
bertujuan untuk mewujudkan kordinasi antara semua pihak yang terlibat dalam
usaha menentang PKM. British juga memberi tawaran pengampunan kepada
anggota PKM yang menyerah diri sejak 1949. Di samping itu, tawaran hadiah
juga diberi kepada mereka yang berjaya menangkap Chin Peng. Langkah-
langkah tersebut telah menyebabkan PKM gagal dalam pemberontakan mereka.

Kesan Pemberontakan PKM

All The Best


Pengenalan
Parti Komunis Malaya (PKM) ditubuhkan pada 6 April 1930. matlamat utama
penubuhannya ialah untuk mengusai Tanah Melayu, seterusnya menubuhkan
Republik Komunis Malaya. Pada masa yang sama, PKM juga diarahkan untuk
menyelia gerakan komunis di Thailand dan Indonesia. Sebelum 1941, PKM kurang
mendapat sokongan orang ramai. Semasa pendudukan Jepun, PKM telah
menghentikan kegiatan anti British. Sebaliknya PKM bekerjasama dengan British
untuk menentang Jepun dengan menyertai Malayan Anti Japanese Union (MAJU)
yang dianjurkan oleh British. Sejak 1945, PKM telah mulai berusaha mencapai
matlamatnya melalui perlembagaan. Usaha ini gagal dan menyebabkan PKM
melancarkan pemberontakan di seluruh Tanah Melayu sejak Jun 1948. Namun,
usaha ini juga gagal. Pemberontakan PKM telah membawa kesan kepada
perkembangan politik, ekonomi dan sosial di Tanah Melayu

Kesan-kesan politik
1. Penubuhan MCA
Atas cadangan Malcolm MacDonald, Malayan Chinese Association (MCA) telah
ditubuhkan pada 27 Februari 1949. Tan Cheng Lock menjadi presiden pertama. Orang-orang
cina telah digalakkan untuk menyertai MCA dan menganggap MCA sebagai parti orang cina
yang akan memperjuangkan hak dan kepentingan orang cina.
2. Penubuhan Parti Perikatan

Untuk mengeratkan lagi hubungan antara kaum, Parti Perikatan telah ditubuhkan pada 1952
di mana UMNO telah bergabung dengan MCA. Parti Perikatan UMNO-MCA kemudiannya
bergabung dengan MIC pada 1954 untuk membentuk Parti Perikatan UMNO-MCA-MIC
yang lebih besar.
3. Mempercepatkan kemerdekaan

Dalam usaha untuk mendapatkan sokongan orang ramai, British telah bertolak-ansur dengan
menerima tuntutan parti-parti sederhana, misalnya Pilihanraya Pulau Pinang telah diadakan
pada 1 Disember 1951 dan Pilihanraya Perbandaran Kuala Lumpur diadakan pada 16
Februari 1952. Pilihanraya umum yang pertama diadakan pada 27 Julai 1955. Selepas
pilihanraya itu, Tanah Melayu diberi berkerajaan sendiri dan seterusnya kemerdekaan pada
31 Ogos 1957.
4. Pembesaran pasukan keselamatan

Dalam usaha menghadapi pemberontakan PKM, kerajaan telah menambahkan bilangan


anggota pasukan keselamatan. Pemuda-pemuda Tanah Melayu telah digalakkan untuk
menyertai pasukan keselamatan dan mereka diberi latihan singkat. Menjelang 1954, Tanah
Melayu sudah mempunyai 40 ribu tentera, 70 ribu polis dan 200 ribu pengawal kampung.
5. Pemimpin sederhana

All The Best


Dalam usaha menghadapi pemberontakan PKM, lahirlah parti-parti politik sederhana.
Daripada parti-parti ini, lahirlah pemimpin sederhana seperti Tan Cheng Lock,
Thuraisingam, Tunku Abdul Rahman dan sebagainya. Mereka memainkan peranan yang
penting dalam pentadbiran Tanah Melayu.
6. Undang-undang Darurat

Semasa pemberontakan PKM, Undang-undang Darurat telah diisytiharkan pada 23 Julai


1948 dan diperkenalkan pada Julai 1949. Undang-undang ini telah menjadi asas kepada
penggubalan Akta Keselamatan ISA (terutamanya yang berkaitan dengan penangkapan
tanpa bicara).
7. Melumpuhkan parti kiri

Undang-undang Darurat bukan sahaja mengharamkan PKM, telah juga


mengharamkan parti-parti kiri yang merupakan penyokong PKM seperti Malayan
Democratic Union, AWAS, API dan sebagainya. Akibatnya, ini telah
melumpuhkan parti-parti kiri di Tanah Melayu.

8. PKM diharamkan

Undang-undang Darurat pada 23 Julai 1948 telah mengharamkan PKM. Mengikut undang-
undang ini, kerajaan diberi kuasa untuk menangkap dan menahan tanpa perbicaraan bagi
mereka yang disyaki terlibat dalam kegiatan PKM. Kerajaan juga diberi kuasa untuk
membuang negeri mereka yang dianggap kehadirannya membahayakan keselamatan Tanah
Melayu.
9. Kegiatan politik terbantut

Semasa pemberontakan PKM di Tanah Melayu, parti-parti kiri telah diharamkan. Walaupun
kerajaan membenarkan penubuhan parti-parti sederhana seperti UMNO, MCA dan MIC
tetapi parti-parti ini diawasi oleh kerajaan dan tidak mempunyai kebebasan untuk
berkembang. Akibatnya, kegiatan politik Tanah Melayu terbantut.
10. Kerjasama dengan Siam

Pemberontakan PKM di Tanah Melayu juga membuka jalan kepada Tanah Melayu untuk
mengadakan kerjasama dengan Siam. Pada ketika itu, kerajaan Tanah Melayu telah
menantangani perjanjian dengan Siam untuk membolehkan pasukan keselamatan Tanah
Melayu melintasi sempadan dalam usaha memburu PKM.
11. Dasar luar Tanah Melayu selepas merdeka

Pemberontakan PKM juga mempengaruhi dasar luar Tanah Melayu selepas kemerdekaan.
Selepas merdeka, Tanah Melayu langsung tidak mengadakan hubungan diplomatik dengan
negara komunis. Keadaan ini berterusan sehinggalah tahun 1974 dimana Tun Abdul Razak
yang menjadi Perdana Menteri pada ketika itu telah mengubah dasar tersebut.
12. Perkembangan parti sederhana

Dalam pemberontakan PKM, PKM telah diharamkan oleh British dan ini diikuti
dengan pengharaman parti-parti kiri. Pada masa yang sama penubuhan parti
sederhana dibenarkan. Akibatnya ini telah memberi peluang kepada parti
sederhana berkembang tanpa saingan parti-parti kiri.

All The Best


13. Rundingan Baling

Dalam usaha menamatkan pemberontakan PKM, Rundingan Baling telah diadakan pada 28
dan 29 Disember 1955. Pihak kerajaan diwakili oleh Tunku Abdul Rahman, Tan Cheng
Lock dan David Marshall. Pihak PKM diwakili oleh Chin Peng, Chen Tien dan Rashid
Maidin. Walau bagaimanapun, rundingan ini gagal kerana Chin Peng tidak dapat menerima
kehendak Tunku Abdul Rahamn iaitu membubarkan PKM dan Tunku Abdul Rahman pula
tidak dapat menerima kehendak Chin Peng iaitu mahukan PKM diterima sebagai parti yang
sah.
14. Perubahan pucuk pimpinan UMNO

Pemberontakan PKM turut merintis jalan kepada perubahan pucuk pimpinan UMNO.
Sebelum itu, Dato’ Onn Bin Jaafar ingin membuka UMNO kepada orang bukan Melayu
supaya mereka dapat menyertainya. Namun, cadangan ini ditentang oleh ahli-ahli dalam
UMNO. Akibatnya, Dato’ Onn Bin Jaafar keluar dari UMNO dan menubuhkan parti politik
baru, iaitu Parti Kemerdekaan Malaya (IMP). Sementara di UMNO, pucuk pimpinan
diambil alih oleh Tunku Abdul Rahman.
15. Hubungan rakyat dengan kerajaan

Dalam usaha menghadapi pemberontakan PKM, kerajaan telah menangkap rakyat yang
disyaki. Tindakan ini sedikit sebanyak telah menjejaskan hubungan rakyat dengan kerajaan.

Kesan-kesan ekonomi
1. Perbelanjaan yang banyak
Dalam usaha menghadapi pemberontakan, kerajaan terpaksa membelanjakan satu jumlah
wang yang banyak. Pada masa itu, perbelanjaan harian dianggarkan $150 ribu hingga $1 juta
setiap hari. Menjelang 1954, kerajaan Tanah Melayu telah membelanjakan $100-200 juta.
Pada masa yang sama, kerajaan British telah membelanjakan $500 juta bagi tujuan yang
sama.
2. Pembangunan negara diabaikan

Semasa berlakunya pemberontakan, kerajaan hanya berupaya menumpukan perhatian


mereka untuk mengatasi masalah tersebut. Pada masa yang sama, kerajaan juga terpaksa
memperuntukkan satu jumlah wang yang besar untuk masalah ini. Ini menyebabkan
pembangunan negeri diabaikan kerana tiada perhatian dan peruntukan wang dari kerajaan
pusat.
3. Ekonomi di Tanah Melayu merosot

Pemberontakan PKM telah mengakibatkan ekonomi Tanah Melayu merosot. Sememangnya


ekonomi Tanah Melayu amat bergantung kepada bijih timah dan getah. Namun, semasa
berlakunya pemberontakan PKM sejak Jun 1948, ladang-ladang getah dan lombong bijih
timah dimusnahkan oleh PKM. Akibatnya perusahaan bijih timah dan getah terjejas.
Walaupun terdapat ladang-ladang dan lombong-lombong yang tidak dimusnahkan, tetapi
pekerja-pekerja tidak berani keluar untuk bekerja. Bukti: pada tahun 1948, jumlah sawah
padi yang diusahakan ialah 95 ribu ekar dan pada tahun 1954, hanya 65 ribu ekar sawah
sahaja diusahakan.
4. Hutang negara

All The Best


Sebelum berlakunya pemberontakan, Tanah Melayu merupakan satu kerajaan
yang kaya. Namun, pemberontakan PKM menyebabkan kerajaan terpaksa
membelanjakan satun jumlah wang yang banyak. Akibatnya, kerajaan Tanah
Melayu terpaksa mendapat sumber wang dari luar melalui pinjaman. Ini telah
menyebabkan hutang negara bertambah. Pada tahun 1954, hutang Tanah
Melayu telah mencapai $146 juta.

Kesan-kesan sosial
1. Penubuhan kampung-kampung baru
Akibat pemberontakan yang dilakukan oleh PKM, telah wujudnya banyak kampung baru.
Pada 1954, terdapat 550 buah kampung baru yang menempatkan 550 ribu orang. Pada tahun
1964, terdapat lebih 600 buah kampung bagi menempatkan 660 ribu penduduk. Penduduk-
penduduk kampung baru ini terdiri daripada 86% orang Cina, 9% orang Melayu, 4% orang
India dan 1% bangsa-bangsa lain. Kampung-kampung baru ini kemudiannya mengalami
proses urbanisasi sehingga berkembang menjadi bandar-bandar.
2. Syarat kewarganegaraan

Semasa pemberontakan PKM, kerajaan juga berusaha untuk mendapat sokongan orang
bukan Melayu, terutamanya orang Cina. Akibatnya kerajaan telah mengambil langkah
melonggarkan syarat kerakyatan sejak Februari 1952. Sejak Februari 1952 sehingga 31
Ogos 1957, seramai 1.2 juta orang Cina dan 180 ribu orang India telah menjadi warganegara
Tanah Melayu.
3. Perpecahan kaum

Pemberontakan PKM telah menyebabkan perpecahan kaum antara orang Melayu dan orang
Cina. Orang Melayu menganggap pemberontakan dan keganasan PKM merupakan
percubaan orang Cina untuk merampas Tanah Melayu. Pertempuran yang berlaku antara
pasukan keselamatan yang majoriti terdiri daripada orang Melayu dengan anggota PKM
seolah-olah menggambarkan pertempuran di antara orang Melayu dan orang Cina.
4. Penderitaan

Keganasan melalui pemberontakan yang dilakukan oleh PKM telah menimbulkan


penderitaan kepada rakyat Tanah Melayu. Keganasan PKM menyerang ladang dan lombong
bijih timah memberi penderitaan kepada rakyat dan juga negara. Undang-undang Darurat
menyebabkan ramai lagi yang tidak bersalah ditangkap kerana disyaki.
5. Usaha mengeratkan hubungan kaum

Pada tahun 1949, Jawatankuasa Perhubungan Kaum telah ditubuhkan.


Jawatankuasa ini dipelopori oleh Dato’ Onn bin Jaafar, Tan Cheng Lock dan
Thuraisingam. Jawatankuasa ini ditubuhkan untuk mengeratkan hubungan
antara kaum yakni di kalangan penduduk Tanah Melayu

6. Sistem perhubungan

Jalan raya dan jalan keretapi juga dimusnahkan akibat keganasan yang dilakukan oleh PKM
dalam tempoh pemberontakan mereka.
7. Akta Pendaftaran 1948
All The Best
Pada tahun 1948, Akta Pendaftaran telah diperkenalkan di Tanah Melayu. Menurut akta ini,
penduduk yang berumur 12 tahun ke atas diwajibkan mendaftar untuk mendapatkan kad
pengenalan. Tujuannya untuk memudahkan usaha mengesan anggota PKM.
8. Kesatuan sekerja

Kerajaan Tanah Melayu telah mengeluarkan arahan supaya pemimpin politik tidak diberi
peluang memegang jawatan dalam kesatuan sekerja. Ini bagi mengelakkan pengaruh dan
kawalan PKM di dalam kesatuan itu. Pada masa yang sama, kerajaan juga dapat mengawal
secara langsung kesatuan-kesatuan sekerja ini.
9. Guru

Guru-guru telah dihantar ke England untuk mendapat latihan. Langkah ini


diambil bagi mengelakkan guru-guru ini dipengaruhi oleh fahaman serta
ideology komunis.

Pembentukan Malaysia

Pengenalan
Pada 31 Ogos 1957, Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. Selepas
merdeka, Tunku Abdul Rahman telah mengemukakan cadangan kepada Kerajaan
British supaya Brunei, Sabah dan Sarawak digabungkan dengan Persekutuan Tanah
Melayu menjadi Malaysia. Namun, Kerajaan British menolak cadangan itu kerana
Singapura diketepikan. Sementara itu, Lee Kuan Yew, Ketua Menteri Singapura pada
masa itu juga menyarankan percantuman Singapura dengan Persekutuan Tanah
Melayu. Cadangan Lee Kuan Yew ditolak oleh Tunku Abdul Rahman. Namun begitu,
senario politik yang berlaku di Singapura mengubah sikapnya terhadap saranan Lee
Kuan Yew. Pada 27 Mei 1961, Tunku Abdul Rahman dalam ucapannya di Persidangan
Wartawan-wartawan Luar Negeri di Asia Tenggara di Hotel Adelphi, Singapura
mencadangkan supaya Brunei, Sabah, Sarawak dan Singapura digabungkan dengan
Tanah Melayu membentuk Persekutuan Malaysia. Cadangan ini menimbulkan
pelbagai reaksi. Pada 23 Julai 1961, Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia
(JPPM) ditubuhkan. JPPM memberi peluang kepada pemimpin di Sabah dan Sarawak
untuk mengemukakan pandangan memandangkan mereka masih menentang
gagasan. Akhirnya Sabah dan Sarawak menerima gagasan ini dan menyusun satu
memorandun untuk dihantar kepada Suruhanjaya Cobbold. Suruhanjaya ini
kemudian menjalankan tugasnya iaitu meninjau pandangan rakyat Sabah dan
Sarawak dan membuat syor perlembagaan baru. Kemudian pada Ogos 1962,
Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK) ditubuhkan bagi merangka Perlembagaan
Malaysia. JAK mengeluarkan laporannya pada 27 Februari 1963. Laporan ini
diterima dan diluluskan. Berdasarkan laporan ini, Perjanjian Malaysia ditandatangani
di London pada 9 Julai1963. Pada 16 September 1963, Malaysia diisytiharkan.

All The Best


Sebab pembentukan Malaysia
1. Senario politik di Singapura

Sebab utama penubuhan Malaysia ialah untuk menentang kegiatan komunis yang kian
bertambah di Singapura pada tahun 1950-an. Ejen-ejen komunis telah meresap masuk ke
sekolah Cina dan kesatuan sekerja. Pada tahun 1954, komunis telah menganjurkan satu
permogokan di sebuah syarikat bas. Mogok ini merebak menjadi rusuhan. Selain itu,
komunis juga merampas pucuk pimpinan Parti Tindakan Rakyat (PETIR) yang sejak tahun
1959 menguasai Kerajaan Singapura di bawah pimpinan Lee Kuan Yew. Mereka menjadi
ahli PETIR sehingga menubuhkan satu kumpulan berhaluan kiri dalam PETIR. Pada
mulanya, Lee Kuan Yew berbaik-baik dengan mereka tetapi akhirnya pertelingkahan telah
berlaku. Pertelingkahan ini menyebabkan PETIR kalah dalam pilihanraya kecil pada tahun
1961 iaitu Pilihanraya Hong Lim dan Pilihanraya Anson. Kekalahan PETIR menunjukkan
pengaruh komunis bertambah kuat. Akibatnya, Lee Kuan Yew mengusir golongan berhaluan
kiri ini dari PETIR. Pengaruh komunis turut berkembang sehingga satu parti berhaluan
komunis iaitu Barisan Sosialis dibawah pimpinan Lim Chin Siong ditubuhkan. Tunku Abdul
Rahman bimbang komunis meresap masuk Tanah Melayu. Diharapkan melalui gagasan
Malaysia, hasrat komunis menguasai Singapura gagal yang seterusnya dapat menyekat
kemaraan mereka.
2. Senario politik di Sarawak

Pada tahun 1951, Liga Belia Demokratik Cina Seberang Laut yang berhaluan komunis
ditubuhkan tetapi dibubarkan semasa Darurat. Walau bagaimanapun, satu pertubuhan
komunis sulit iaitu Persatuan Belia Maju Sarawak telah bergerak di kalangan kesatuan
sekerja, pelajar dan petani. Mereka menghasut masyarakat Cina menentang British. Parti
Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) telah dipengaruhi oleh komunis. Lalu, Kerajaan British
melancarkan operasi pisang untuk menyekat pengaruh komunis dalam SUPP tetapi gagal.
Diharap melalui gagasan ini, kestabilan politik yang diperolehi dapat menentang ancaman
komunis.
3. Mengimbangi penduduk

Penubuhan Malaysia juga bertujuan mengimbangi jumlah penduduk. Tunku Abdul Rahman
menjangkakan Sabah, Sarawak dan Brunei kalau digabungkan dengan Tanah Melayu akan
membawa kepada faedah sosial. Penggabungan Tanah Melayu dengan Singapura
menimbulkan masalah ketidakseimbangan kaum. Hal ini disebabkan ¾ daripada penduduk
Singapura berbangsa Cina. Kemasukan Sabah, Sarawak dan Brunei akan mengimbangi
kadar kaum-kaum kerana 70% daripada penduduk Borneo Utara ialah bumiputera.
4. Kemajuan ekonomi bersama

Pembentukan Malaysia membolehkan kelima-lima buah kawasan menikmati kemajuan


ekonomi bersama. Singapura, Brunei dan Tanah Melayu telah mencapai kemajuan ekonomi
yang amat memuaskan, manakala Sabah dan Sarawak ialah negeri yang masih mundur.
Penubuhan Persekutuan Malaysia membolehkan Sabah dan Sarawak dimajukan. Hal ini
bermaksud kekayaan dari kawasan maju akan dipindah ke kawasan mundur untuk
membiayai projek pembangunan.
5. Mempercepatkan proses kemerdekaan

Penubuhan gagasan Malaysia bertujuan mempercepatkan proses kemerdekaan bagi Sabah,


Sarawak, Brunei dan Singapura. British berjanji akan memberi kemerdekaan yang lebih
All The Best
awal sekiranya Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura bergabung dengan Tanah Melayu
bagi membentuk Malaysia. Penggabungan ini juga akan menamatkan penjajahan British di
rantau ini dan menjamin kedaulatan dan keselamatan wilayah-wilayah itu daripada ancaman
kuasa luar.

Reaksi-reaksi negeri terlibat


1. Singapura

Lee Kuan Yew selaku Ketua Mentei Singapura menyokong gagasan ini kerana PETIR dapat
meneruskan kekuasaannya di Singapura, ancaman komunis dapat dikawal, perkembangan
ekonomi Singapura menjadi lebih pesat dan Singapura dapat merdeka dengan lebih awal.
Namun demikian, Barisan Sosialis dan Parti Buruh menentang gagasan ini. Pada 1
September 1962, Lee Kuan Yew telah mengadakan satu pungutan suara bagi mendapatkan
persetujuan rakyat Singapura mengenai penyertaan Singapura dalam Malaysia. Mengikut
keputusan, 71.1% daripada rakyat Singapura menyokong penubuhan Malaysia. Melalui
gagasan Malaysia, taraf pelabuhan bebasnya dikekalkan, Singapura mempunyai kuasa
autonomi dalam bidang kewangan, pendidikan dan perburuhan dan Singapura akan
mendapat 15 kerusi dalam Parlimen Malaysia.
2. Sabah dan Sarawak

Pemimpin di kedua-dua negeri ini amat terperanjat dengan penubuhan Malaysia. Pemimpin-
pemimpin di kedua-dua negeri ini membentuk Barisan Bersatu pada 9 Julai 1961 bagi
menentang gagasan Malaysia. Pemimpin-pemimpin itu termasuk Ong Kee Hui (Pengerusi
SUPP), Temenggung Jugah Anak Berieng (Yang Dipertua Parti Negara Sarawak – PANAS),
Dato’ Mustapha bin Dato’ Harun dan Donald Stephen (ahli tak rasmi Majlis Undangan
Sabah). Mereka menentang gagasan kerana takut Sabah dan Sarawak akan dikuasai oleh
Tanah Melayu. Mereka takut kedudukan politik mereka terjejas. Mereka juga bimbang
keperibadian negeri masing-masing akan hilang. Golongan peniaga Cina pula bimbang
kuasa ekonomi akan dirampas oleh Tanah Melayu dan Singapura. Selain itu, mereka juga
berpendapat Sabah dan Sarawak perlu diberi kemerdekaan dahulu sebelum menyertai
Malaysia. Kaum bumiputera bukan Islam turut menentang gagasan Malaysia. Bantahan
mereka disuarakan melalui Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP), Pertubuhan Kebangsaan
Kadazan Bersatu (UNKO) dan sebagainya. Pemimpin di kesua-dua negeri menganggap
gagasan Malaysia merupakan satu helah untuk meluaskan kuasa Tanah Melayu dan
menggantikan penjajahan British. Pada bulan Jun 1961, Tunku Abdul Rahman berangkat ke
Sabah dan Sarawak dan mendapati rakyat di sana telah salah faham mengenai gagasan
Malaysia. Oleh itu, sebuah persidangan Persatuan Parlimen Komanwel diadakan di
Singapura pada Julai 1961. Beberapa orang daripada Barisan Bersatu telah dihantar oleh
British ke persidangan ini. Mereka membincangkan tentang gagasan Malaysia. Akhirnya,
Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia (JPPM) ditubuhkan untuk mengumpulkan
pendapat Sabah dan Sarawak mengenai gagasan ini. Pada bulan Ogos 1961, Abang Haji
Mustapha (Pengerusi PANAS) menyokong gagasan Malaysia. Kemudian, Donald Stephen
dan Dato’ Mustapha turut menyokong gagasan ini selepas melawat ke Tanah Melayu dan
berunding dengan Tunku Abdul Rahman.
3. Brunei

Sultan Omar Ali Saifudin menyokong gagasan ini tetapi Parti Rakyat Brunei
(PRB) yang dipimpin oleh A.M. Azahari menentangnya. A.M. Azahari menentang
All The Best
gagasan ini kerana Brunei akan menjadi jajahan Malaysia. Beliau mahukan
Brunei merdeka dahulu sebelum menyertai Malaysia. Beliau juga merancang
menggabungkan Brunei, Sabah dan Sarawak menjadi Persekutuan Borneo Utara
di bawah pimpinan Sultan Brunei. PRB menang dalam pilihanraya Majlis Daerah
dan Majlis Undangan yang diadakan pada Ogos dan September 1962.
Kemenangan ini menyakinkan Azahari bahawa rakyat Brunei turut menentang
gagasan Malaysia. Selain itu, Azahari juga merasa dirinya kuat kerana Filipina
dan Indonesia menyokongnya. Dengan keyakinan bahawa gagasan ini akan
gagal, PRB melancarkan pemberontakan bersenjata pada 7 Disember 1962.
Pemberontakannya ditumpaskan oleh Kerajaan Brunei dengan bantuan tentera
dari British dan Tanah Melayu. Azahari melarikan diri ke Filipina dan
mengisytiharkan dirinya sebagai Perdana Menteri dan Sultan Omar Ali Saifudin
sebagai Ketua Kerajaan Persekutuan Borneo Utara. Walaupun pada mulanya
Sultan Brunei menyokong gagasan ini tetapi baginda telah menarik diri pada
Julai 1963 kerana baginda tidak mahu membayar cukai hasil daripada
pengeluaran minyaknya kepada kerajaan pusat Malaysia dalam tempoh 10
tahun. Selain itu, baginda juga tidak berpuas hati kerana diberi kedudukan yang
paling rendah dalam senarai nama Sultan-sultan. Tambahan pula, rakyat Brunei
juga tidak bersetuju menyertai Malaysia.

Proses pembentukan Malaysia


1. Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia (JPPM)

JPPM ditubuhkan pada 23 Julai 1961. Ia dipengerusikan oleh Donald Stephen (anggota
Majlis Undangan Sabah). Anggotanya ialah Tunku Abdul Rahman (Tanah Melayu), Lee
Kuan Yew (Singapura), Dato’ Mustapha Dato’ Harun (Sabah), Temenggung Jugah Anak
Berieng (Sarawak) dan Dato’ Setia Pangeran Ali (Brunei). Tujuan JPPM ialah:
a. Memberitahu orang ramai mengenai Malaysia.

b. Mengumpulkan sambutan mereka terhadap Malaysia.

c. Menyediakan memorandum mengenai cara pembentukan Malaysia.

JPPM telah memberi peluang kepada pemimpin Sabah dan Sarawak mengemukakan
pandangan mengenai gagasan Malaysia. JPPM telah mengadakan 4 mesyuarat di Kota
Kinabalu (21 Ogos 1961), Kuching (18 Disember 1961), Kuala Lumpur (6 Januari 1962)
dan Singapura (1 Februari 1962). Hasil daripada rundingan yang dijalankan. Sarawak
mengeluarkan kertas putih mengenai Malaysia pada 4 Januari 1962 dan Sabah pada 31
Januari 1962. Kemudian, satu memorandum disusun semula dan dihantar kepada
Suruhanjaya Cobbold pada 23 Februari 1962. Kandungan memorandum ini ialah:
a. Perlembagaan Tanah Melayu 1957 menjadi asas perlembagaan Malaysia.

b. Kerajaan Persekutuan berkuasa dalam hubungan luar, pertahanan dan


keselamatan.

c. Islam – agama rasmi tetapi rakyat bebas beragama.


All The Best
d. Bahasa Melayu – bahasa kebangsaan tetapi bahasa lain masih boleh
digunakan.

e. Hak istimewa seperti orang Melayu diberi kepada rakyat pribumi Sabah
dan Sarawak.

f. Sabah, Sarawak berhak mengawal imigrasennya sendiri.

g. Perwakilan Parlimen berasaskan jumlah penduduk dan jumlah luas


kawasan.

Memorandum ini disokong oleh rakyat Sabah, Sarawak, Singapura dan Tanah Melayu.
2. Suruhanjaya Cobbold

Suruhanjaya Cobbold ditubuhkan pada Januari 1962. Ia dipengerusikan oleh Lord Cobbold
(bekas Gabenor Bank of England). Ahli-ahlinya terdiri daripada Sir Anthony Abel dan Sir
David Watherston iaitu wakil British dan Muhammad Ghazalie Shafie dan Dato’ Wong Pow
Nee iaitu wakil Tanah Melayu. Tugas utama suruhanjaya ini ialah:
a. Meninjau pandangan rakyat Sabah dan Sarawak mengenai Malaysia.

b. Membuat syor-syor perlembagaan.

Suruhanjaya ini menjalankan tugasnya dari 19 Februari sehingga 18 April 1962. Sebanyak
50 perjumpaan dengan 690 kumpulan orang ramai diadakan. Selain itu, 2000 atau lebih
memorandum telah diterima. Pada 18 April 1962, laporan disiapkan dan diserahkan kepada
Kerajaan Tanah Melayu dan British pada Jun 1962. Pada 1 Ogos 1962, laporan ini
diumumkan mengenai pandangan rakyat Sabah dan Sarawak:
a. 1/3 menyokong kuat Malaysia

b. 1/3 menyokong dengan syarat

c. 1/3 hendak merdeka dahulu sebelum menyertai Malaysia

Dengan itu, suruhanjaya ini turut menyokong gagasan Malaysia dan mengesyorkan syor-
syor Perlembagaan Malaysia seperti dibawah:
a. Nama persekutuan baru – Malaysia.

b. Perlembagaan Tanah Melayu 1957 menjadi asas Perlembagaan Malaysia.

c. Kedudukan istimewa kaum pribumi Sabah dan Sarawak dijamin.

d. Sabah dan Sarawak berhak memilih Ketua Negeri sendiri.

e. Penduduk pribumi Sabah dan Sarawak dibenarkan berkhidmat dalam


perkhidmatan awam secepat mungkin.

f. Dasar pendidikan, ugama, imigresen, perwakilan Parlimen, kedudukan


bumiputera, kewangan, kewarganegaraan dan perlembagaan negeri di
Sabah dan Sarawak ditentukan oleh Majlis Undangan Negeri masing-
masing.

All The Best


g. Bahasa Melayu – bahasa kebangsaan. Sabah dan Sarawak dibenarkan
menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi sehingga DUN masing-
masing membuat keputusan.

Hampir semua syor diterima oleh British dan diumumkan pada 1 Ogos 1962,
Malaysia akan ditubuhkan pada 31 Ogos 1963. Jawatankuasa Antara Kerajaan
akan ditubuhkan bagi merangka Perlembagaan Malaysia.

3. Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK)

JAK ditubuhkan pada Ogos 1962 untuk merangka Perlembagaan Malaysia.


Pengerusinya ialah Lord Landsdowne dan Timbalan Pengerusinya ialah Tun
Abdul Razak. Anggotanya terdiri daripada wakil British, Tanah Melayu, Sabah
dan Sarawak. Wakil Sabah telah mengemukakan memorandum yang
mengandungi 20 perkara. Antaranya ialah:

a. Agama Islam – agama rasmi persekutuan. Tiada agama rasmi di Sabah.

b. Bahasa Inggeris – bahasa rasmi Sabah; Bahasa Melayu – bahasa


kebangsaan.

c. Imigresen orang asing Sabah di bawah kuasa negeri Sabah.

d. Sistem pendidikan Sabah dikekalkan.

e. Perwakilan Parlimen harus mengambil kira keluasan kawasan dan bilangan


penduduk.

Pemimpin Sarawak tidak mengemukakan memorandum tetapi bersetuju dengan


memorandum yang dikeluarkan oleh Sabah.
27 Februari 1963 JAK mengeluarkan laporan

8 Mac 1963 Dibentangkan di Majlis Negeri Sarawak

13 Mac 1963 Dibentangkan di Sabah.

Kedua-dua negeri menerima laporan ini dan laporan ini seterusnya diluluskan
oleh Parlimen Tanah Melayu dan menjadi Akta Malaysia 1963. Kandungannya
ialah:

a. Agama Islam – agama rasmi kecuali Sabah dan Sarawak.

b. Bahasa Melayu – bahasa rasmi persekutuan.

Bahasa Inggeris – bahasa rasmi Sabah dan Sarawak sehingga 10 tahun selepas Hari
Malaysia apabila Dewan Undangan Negeri Sabah dan Sarawak membuat pindaan.
c. Imigresen Sabah dan Sarawak dibenarkan mengawal sendiri.

d. Sistem pendidikan Sabah dan Sarawak dikekalkan di bawah kerajaan


negeri sehingga Dewan Undangan Negeri kedua-dua negeri ini membuat
pindaan.
All The Best
e. Perwakilan Parlimen – Sabah 16 kerusi, Sarawak 24 kerusi dan Singapura
15 kerusi.

Berdasarkan laporan JAK, Perjanjian Malaysia ditandatangani di London pada 9


Julai 1963. Pada masa ini Brunei menarik diri secara rasminya.

4. Pengisytiharaan Malaysia

Berkenaan dengan penubuhan Malaysia, Filipina dan Indonesia menentang kuat.


Beberapa rundingan telah diadakan antara kedua-dua negara dengan Tanah
Melayu. Akhirnya, MAPHILINDO ditubuhkan. Pemimpin ketiga-tiga negeri
bersetuju meminta Suruhanjaya Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)
untuk meninjau kembali pandangan penduduk Sabah dan Sarawak mengenai
penyertaan mereka ke Malaysia. Suruhanjaya PBB yang diketuai oleh Lawrence
Michaelmore menjalankan tugasnya dari 16 Ogos – 5 September 1963. Oleh itu,
tarikh penubuhan yang ditetapkan terpaksa ditunda. Mengikut laporan PBB,
lebih 70% rakyat Sabah dan Sarawak menyokong Malaysia. Maka pada 16
September 1963, penubuhan Malaysia diisytiharkan secara rasminya.

Penentangan gagasan Malaysia


1. Filipina

Apabila JPPM dan Suruhanjaya Cobbold menunjukkan sokongan kepada penubuhan


Malaysia, Filipina telah menuntut hak ke atas Sabah bagi waris Sultan Sulu pada 22 Jun
1962. Filipina mendakwa Sabah dipajak dan bukan diserahkan kepada Baron Overbeck dan
Alfred Dent pada tahun 1874. Pajakan ini telah dibatalkan pada tahun 1958. Kerajaan British
enggan mengakui kedaulatan Filipina ke atas Sabah. Kerajaan Filipina juga mengemukakan
tuntutan yang sama kepada Tanah Melayu tetapi ditolak. Hubungan diplomatik Filipina-
Tanah Melayu menjadi genting. Walau bagaimanapun, usaha-usaha dijalankan untuk
menyelesaikan persengketaan. Akhirnya, Filipina juga mengiktiraf Persekutuan Malaysia
pada Jun 1966.
2. Indonesia

Pada mulanya, Indonesia mengalu-alukan pembentukan Malaysia. Namun, PKI di


bawah D.N. Aidit menyifatkan ia merupakan satu penjajahan baru yang
mengancam Indonesia. Setelah tercetusnya pemberontakan Brunei, Presiden
Indonesia, Sukarno menerima tekanan hebat dari PKI dan mengubah sikap serta
menentang gagasan Malaysia. Aidit telah melawat ke Tanah Melayu dan
menghasut rakyat dan tentera memberontak. Hubungan Tanah Melayu dengan
Indonesia menjadi renggang. Pada 20 Januari 1963, Dr. Subandrio
mengumumkan dasar konfrontasi terhadap gagasan Malaysia. Kemudian,
Indonesia bersetuju meminta Suruhanjaya PBB bagi meninjau semula
pandangan penduduk Sabah dan Sarawak mengenai Malaysia. Laporan PBB
menunjukkan rakyat Sabah dan Sarawak menyokong Malaysia tetapi Indonesia
enggan mengakui.

All The Best


16 September 1963, Malaysia diisytiharkan secara rasminya. Pada hari ini, Indonesia
melancarkan konfrontasi dan memutuskan hubungan diplomatik dengan Tanah Melayu.
Sebab Indonesia melancarkan konfrontasi ialah:
a. Tekanan PKI ke atas Kerajaan Indonesia.
b. Penubuhan Malaysia menghalang cita-cita Sukarno untuk menubuhkan Indonesia Raya
yang termasuk Sabah, Sarawak dan Tanah Melayu.
c. Sukarno merasa tersinggung kerana tidak diajak berunding mengenai
penubuhan Malaysia.

Pada bulan November 1963, serangan gerila dilancarkan. Tentera Indonesia mendarat di
Pontian, Labis, Muar dan Kota Tinggi. Pengintip-pengintip juga dihantar. Akibatnya:
a. Dato’ Dr. Ismail Abdul Rahman telah meminta bantuan dari PBB dan
membuat bantahan mengenai serangan Indonesia.

b. Pasukan pertahanan tempatan atau askar wataniah ditubuhkan.

c. Britain memberi bantuan tentera.

d. Australia, New Zealand, Canada memberi bantuan senjata.

e. Rundingan sulit dengan pegawai Indonesia bukan komunis diadakan.

f. Dato’ Abdul Razak melawat ke negara Afro-Asia dan Dunia Ketiga untuk
mengikis propaganda Indonesia yang memburuk-burukkan nama Malaysia.

Pada 30 September 1965, gerakan komunis untuk merampas kuasa gagal.


Konfrontasi menjadi berkurangan. Menteri Luar Indonesia, Adam Malik berusaha
menamatkan konfrontasi dan mewujudkan persefahaman dengan Malaysia. Hasrat
menamatkan konfrontasi wujud apabila Suharto menggantukan Sukarno. Hasilnya,
perjanjian damai ditandatangani di Jakarta pada 11 Ogos 1966 selepas Tun Abdul Razak
berunding dengan Adam Malik di Bangkok.

All The Best

Anda mungkin juga menyukai