Anda di halaman 1dari 6

SEJAUHMANAKAH PENGARUH AGAMA MEMBAWA KEPADA KEMUNCULAN

GERAKAN NASIONALISME DI MESIR PADA ABAD KE-19 HINGGA ABAD KE-20 M

Nasionalisme bermaksud perasaan Cinta akan negara, taat setia kepada tanah

air dan membebaskan negara dan bangsa daripada penguasaan kuasa asing

Berjuang membentuk nasib dan masa depan negara mengikut identiti sendiri

Pentadbiran ala Barat yg diperkenalkan oleh British dan penindasan pemimpin

Mesir yang menjadi tali barut british tidak disenangi oleh ulama dan penduduk

Mesir yang majoritinya beragama Islam.Lebih membimbangkan lagi apabila ramai

golongan elit Mesir terpengaruh dengan ideologi sekularisasi dan modenanisasi

Barat yang mengancam syiar Islam dan identiti nasional.

Pengaruh agama merupakan faktor utama berlakunya Gerakan nasionalisme

di Mesir dimana british yang cuba membaratkan dan menjauhkan ajaran Islam

dalam kehidupan masyarakat Mesir. Gerakan nasionalisme berpaksikan agama

dicetuskan oleh Gerakan Pemulihan Islam (Gerakan Islah) yg bermula di Mesir

sejak tahun 1850. Gerakan ini dipimpin oleh Syeikh Jamaluddin A1-Afghani dan

Syeikh Muhammad Abduh Antara matlamat gerakan ini ialah memperjuangkan

penyatuan umat Islam melalui konsep Pan Islamisme dan membebaskan negara

Islam dari pengaruh penjajahan dan idealisme Barat Kristian yang boleh
merosakkan pemikiran Islam. Gerakan ini menggunakan sentimen agama dengan

menyedarkan masyarakat untuk berjihad dengan membersihkan diri daripada

amalan yang bercanggah dengan nilai Islam sebenar yang bersifat progresif,

dinamisme dan komprehensif. Para ulama menyeru masyarakat Mesir berjihad

melawan penjajah Barat dari sudut politik, ekonomi dan keilmuan melalui

semangat Islam.

Setersunya bahasa dan kesasteraan turut menjadi faktor berlakunya

nasionalisme di Mesir.Peristiwa pembunuhan hakim Boutrus Ghali al-Qibti pada

tahun 1910 telah mencetuskan semangat nasionalisme rakyat. Pembunuhan ini

berkait rapat dengan keengganan beliau mendesak Parlimen Mesir menambahkan

konsesi Terusan Suez kepada British. Kematian beliau diabadikan oleh penyajak

Ahmad Shawqi dan Hafiz Ibrahim yang diterbitkan dalam al-Muayyad dan al-

Liwa.Sajak-sajak ini telah menjadi pemangkin semangat nasionalisme dalam

kalangan penduduk tempatan. Begitu juga Hafez Ibrahim juga mula menggunakan

puisi bertemakan antikolonialisme dalam bahasa dialek Arab Mesir bagi

menangani cabaran yang dihadapi oleh negara dalam era moden.Peranan bahasa

dan kesusteraan menjadi pembakar semangat dan menimbulkan kesedaran dalam

kalangan penggerak nasionalisme di Mesir.


Di samping itu,pengaruh kewartawanan melalui penerbitan akhbar telah

membangkitkan semangat nasionalisme dalam kalangan penduduk Mesir. Rakyat

Mesir muta mengenali akhbar pada zaman penjajahan Perancis.Pada akhir abad

ke 19M, dua buah akhbar diterbitkan seperti al-Muqtataf dan al-Muqattam oleh

Faris Nimrj Yaaqub Sarruf dan Shahin Makarious (golongan Kristian Arab).

Muqattam menjadi akhbar harian berpengaruh di Mesir, namun ia dilihat pro

barat walaupun kandungannya menggalakkan perkembangan ilmu moden dan idea

saintifik dalam kalangan masyarakat.Contoh yang lain ialah Bishara Taqla dan

Salim Taqla menerbitkan akhbar al-Ahram pada tahun 1875. Selain itu pada awal

abad ke-20M, penerbitan akhbar semakin rancak berikutan kemunculan parti-

parti politik dan perkembangan gerakan nasionaliosme.Rashid Rida yang menulis

dalam akhbar Salafiya yang telah banyak membuka minda rakyat Mesir. Beliau

merupakan orang kanan kepada Muhammad Abduh dan banyak menulis persoalan

yang menyentuh soal modenisasi Islam. Rashid Rida telah menyemai dan

menyemarakkan semangat nasionalisme dalam penulisan beliau dengan mengkritik

dan menganggap penjajah adalah penyebab kepada kemunduran umat

Islam.Jelaslah bahawa dengan kerancakan dalam penerbitan akhbar telah

mempercapatkan penerimaan masyarakat terhadap gerakan nasionalisme Mesir.


Gerakan nasionalisme turut berpunca dari pergolakan politik di Mesir. Pihak

istana telah bersekongkol dengan penjajah British demi mengekalkan kuasa

manakala Parti Wafd pula terlibat dengan korupsi dan mengutamakan golongan

bangsawan dalam pemerintahan negara. Ini menyebabkan rakyat Mesir semakin

menderita. Gerakan nasionalisme menyeru rakyat Mesir menggulingkan

pemerintah beraja Mesir bersifat pro-Barat, boneka dan autokratik. Reaksi

gerakan nasionalisme ini Berjaya memberi inspirasi kepada masyarakat untuk

berani bersuara dan bangun menentang raja-raja Mesir yang sanggup

menggadaikan negara. Sebagai contoh penindasan ialah British telah mengabaikan

pendidikan kepada rakyat Mesir. Ekonomi juga dikuasai oleh pihak kolonial.Oleh

kerana rakyat tempatan telah ditindas dalam banyak halt maka ini telah

membawa kepada kemunculan semangat nasionalisme.

Akhir sekali,kumpulan tentera berketurunan Fellahin turut terlibat dalam

gerakan nasionalisme menentang British dan pemerintahan Khedif yang

bersekongkol dengan penjajah British.Gerakan pimpinan Kolonel Ahmed Urabi ini

berjuang menuntut kemerdekaan Mesir dari penjajah British. Perjuangan Urabi

dipengaruhi oleh gerakan Islah yang dibawa oleh Syeikh Muhammad Abduh, dan

ianya dikenali sebagai Pemberontakan Urabi 1881-1882. Urabi telah menubuhkan

sebuah pertubuhan sulit dalam tentera Mesir bagi mengatasi masalah


diskriminasi social, kemeleseten ekonomi dan keruntuhan akhlak rakyat Mesir.

Beliau juqa telah menubuhkan sebuah parti iaitu Parti Kebangsaan.Pada peringkat

awal perjuangan, gerakan ini adalah sebuah gerakan anti orang asing iaitu

Perancis, British dan Turki, akan tetapi pada peringkat seterumya gerakan ini

menuntut perubahan dalam pentadbiran dan pemerintaharuan,pasukan Urabi

telah diserang dan dikalahkan oleh British kerana beliau dikatakan mengancam

pendudukan British di Mesir. Walaupun beliau ditangkap,namun perjuangannya

menjadi inspirasi dan diteruskan oleh tokoh nasionalisme Mesir selepasnya.

Kesimpulannya,kemunculan semangat nasionalisme Mesir berkait rapat dengan

kesedaran masyarakat tentang pelbagai kepincangan yang berlaku dalam negara.

Faktor agama, golongan intelektual dan pendidikan telah memberi sumbangan

paling menonjol terhadap gerakan nasionalisme di Mesir

Anda mungkin juga menyukai