Anda di halaman 1dari 4

Bincangkan faktor-faktor kemunculan gerakan nasionalisme di mesir

abad ke-20M

Pendahuluan

Mesir pada awal abad ke-20 berada di bawah naungan empayar Turki
Uthmaniyah,namun pengaruh British di mesir sangat kuat.
British mula berkuasa di Mesir sejak 1882 hingga 1918 iaitu sehingga tamatnya
perang dunia pertama. selepas itu,pihak british mula melonggarkan sedikit
cengkamannya ke atas pentadbiran dalam negeri mesir,namun mereka tetap
melindungi kepentingan ekonomi mereka di mesir.
Dengan melantik seorang konsul jeneral,iaitu Lord Cromer,british seolah-olah
memerintah mesir pada ketika itu. Jentera pentadbiran tradisional di bawah
kepimpinan Khedif,iaitu wakil pemerintah empayar Turki Uthmaniyah,namun
pemerintah mesir hanyalah seperti boneka untuk mengawal penduduk tempatan
sahaja.
Dalam banyak hal, penduduk tempatan ditindas sehinggakan membawa kepada
semangat anti-british dan pengaruh kuasa asing.
Isi-isi penting

Pengaruh agama

Melihatkan cara british di mesir yang cuba untuk membaratkan masyarakat


mesir serta menjauhkan agama islam daripada tertegak di mesir,muncul
golongan rerformis islam menentang pihak british.pergerakan ini dinamakan
Ikhwanul Muslimin yang ditubuhkan oleh sheikh Hassan al-Banna.
Sebagai sebuah pergerakan islam,Ikhwanul Muslimin cuba menegakkan kembali
islam di mesir berlandaskan ajaran al-quran dan sunnah rasulullah s.a.w dan
menolak modenisme yang berbentuk sekular yang telah meresap masuk dalam
masyarakat mesir ketika itu.
Gerakan ikhwanul muslimin menggunakan pengaruh agama dengan
menyedarkan umat islam mesir untuk berjihad dengan membersihkan diri
daripada amalan syirik,khurafat dan sebagainya serta berbalik kepada islam.
Ikhwanul muslimin semakin bimbang apabila wujud golongan cerdik pandai islam
yang terpengaruh dengan gaya pemikiran barat.
Antaranya termasuklah syaikh ali abdul raziq yang menulis buku berjudul islam
dan dasar-dasar pemerintahan.beliau menyokong tindakan Mustafa kamal
Ataturk kerana memisahkan antara agama dengan politik.
Ali menegaskan bahawa islam tidak mewajibkan umatnya mendirikan Negara
bahkan adanya khalifah islam itu akan membawa bencana kepada umatnya.

Peranan bahasa dan kesusasteraan

Boutros ghali seorang berbangsa Qibti iaitu penduduk asal mesir yang
memegang jawatan sebagai hakim telah dibunuh pada tahun 1910 selepas
menandatangani perjanjian pemerintahan bersama sudan.
Pembunuhan beliau berkait rapat dengan keengganan beliau mendesak parlimen
mesir bagi memberikan konsesi terusan suez yang lebih kepada pihak british.
Kematian beliau diabadikan oleh penyajak ahmad shawqi dan hafiz Ibrahim yang
diterbitkan dalam al-muayyaddan al-liwa.sajak-sajak ini menjadi pemangkin
semangat nasionalisme dalam kalangan penduduk tempatan.
Golongan modenis islam yang dipelopori oleh rasyid rida sangat lantang
memperjuangkan bahasa arab mesir dan mereka meminta agar bahasa tersebut
digunakan sebagai bahasa rasmi dalam urusan kerajaan menggantikan bahasa
inggeris dan bahasa perancis.dengan cara ini ,dapat mengikis rasa hormat
kepada penjajah sedikit demi sedikit.
Pengaruh kewartawanan

Surat khabar ataupun bidang kewartawanan turut meniup semangat


nasionalisme dalam kalangan penduduk mesir yang rata-rata beragama islam
ketika itu.
Penulisan rasyid rida melalui akhbar salafiya banyak membuka minda rakyat
mesir pada waktu itu.rasyid rida merupakan orang kanan kepada Muhammad
abduh,dan penulisannya banyak menyentuh soal modenisasi islam.
Rasyid rida menyemarakkan semangat nasionalisme dalam penulisan beliau
dengan menyalahkan dan menganggap penjajah yang membuatkan umat islam
mundur.beliau dan pendukung modenisasi islam cuba menegakkan warisan dan
keperibadian arab terutamanya bahasa arab mesir iaitu lanjah misriyah.
Penulis wanita juga giat memperjuangkan hak mereka seperti malak hifni nasif
yang menggunakan nama pena bahithat al-badiya.beliau membincangkan isu
pendidikan dan peranan wanita secara terbuka dalam penulisannya dan
mesejnya sampai kepada masyarakat terutama golongan intelektual.
Peranan pendidikan

British mengabaikan pendidikan sekolah tajaan kerajaan di mesir walaupun


mereka mampu membiayainya.hal ini memberi kesan kepada golongan muslim
di mesir untuk membaiki taraf kehidupan mereka.lebih teruk lagi,kesemua
jawatan kerajaan diisi oleh golongan berpendidikan yang berasal daripada
keluarga berada.
Titik perubahan yang menimbulkan rasa tidak puas hati penduduk apabila
banyak jawatan kerajaan diisi oleh pegawai dari Britain yang kurang

berkelayakan daripada diberikan kepada penduduk tempatan,dan gaji yang


diberikan adalah tinggi berbanding gaji yang diberikan kepada penduduk
tempatan.
Pada tahun 1908,rakyat mesir dipimpin oleh menteri pendidikan dan beberapa
tokoh nasionalis terkenal cuba menubuhkan sebuah university swasta mereka
sendiri.selepas melihat usaha mereka ini,barulah kerajaan mula mengambil
berat tentang penubuhan universiti ini.
Peranan pendidikan tidak dapat disangkal menyumbang kepada gerakan
nasionalisme di mesir terutamanya lulusan dari sekolah undang-undang.ramai
daripada bijak pandai berhujah serta bercita-cita tinggi menyertai sekolah
undang-undang.
Graduan ini telah terdedah dengan nilai politik dan kebudayaan barat semasa
tempoh pembelajaran mereka.selain itu,mereka juga disuntik sikap anti-british
melalui guru-guru mereka yang berbangsa perancis.
Guru-guru ini merupakan saki-baki daripada pendidik perancis yang masih
berkhidmat di mesir,dan mereka masih berdendam dengan british yang
berkomplot dengan empayar Turki Uthmaniyah untuk merampas mesir dari
perancis.
Peranan golongan intelektual

Golongan intelektual dalam meniup semangat nasionalis menentang kuasa barat


di mesir terbahagi kepada dua,iaitu golongan ulama dan golongan intelektual
berorientasikan barat.
Antara tokoh intelektual yang muncul dari bidang undang-undang ialah Mustafa
kamil dan mohammed farid.mustafa kamil cukup terkenal dalam kalangan
masyarakat mesir kerana sikapnya yang keras dalam menentang british.
Beliau menyokong nasionalisme sekular seperti yang berlaku di dunia barat,dan
cuba meraih sokongan daripada golongan intelektual daripada keturunan
qibti.cita-cita Mustafa kamil adalah untuk merebut kemerdekaan daripada british
dan menubuhkan sebuah kerajaan berparlimen ala-barat.
Sheikh Hassan al-banna telah mempelopori golongan intelektual islam untuk
bangkit menetang british melalui penubuhan ikhwanul muslimin.pertubuhan ini
merupakan sebuah organisasi yang teratur dan mempunyai cawangan di seluruh
mesir.
Melalui ikhwanul muslimin,sheikh Hassan al-banna melaksanakan programprogram keislaman yang komprehensif untuk membetulkan akidah umat islam di
mesir dengan tujuan untuk membina sebuah kerajaan islam.
Golongan intelektual daripada kalangan pegawai tentera mesir memberikan
sumbangan yang cukup besar dalam gerakan nasionalisme mesir.ini terbukti
apabila golongan pegawai-pegawai tentera berketurunan Fellahin bangkit
menetang british dan pemerintahan khedif dari empayar Turki Uthmaniyah yang
suda korup.
Pengaruh luar

Pengaruh luar paling besar yang berjaya membuatkan penduduk mesir bangkit
melawan kuasa asing ialah perang dunia pertama.
Para petani di mesir dikerah secara paksa oleh british untuk meninggalkan
ladang-ladang mereka dan menyertai perang dunia pertama dengan membantu
pertubuhan palang merah dan menjadi kuli kepada tentera british di
palestin,Gallipoli serta perancis.
Banyak nyawa rakyat mesir terkorban dalam peperangan yang tidak mereka
pinta ini.
Kesimpulan :

Gabungan faktor-faktor yang dibincangkan


nasionalisme di mesir pada abad ke-20m.

tadi

menimbulkan

gerakan

Bagaimanapun faktor pengaruh agama,peranan golongan intelektual,dan


peranan pendidikan memberi sumbangan yang ketara terhadap gerakan
nasionalisme di negara sungai Nil.

Anda mungkin juga menyukai