Anda di halaman 1dari 20

SEJARAH 3

PANDUAN MENJAWAB SOALAN SPESIFIK

Soalan 1 : Pengenalan [5 markah]

(a) Jelaskan maksud dan latar belakang nasionalisme

Nasionalisme bermaksud perasaan cinta akan bangsa dan negara. Perasaan i ni akan mencetuskan
gerakan untuk membebaskan tanah air daripada penjajahan. Contohnya pen jajahan British di Tanah
Melayu.

Gerakan nasionalisme merupakan usaha masyarakat tempatan menentang apa sahaja bentuk
penjajahan oleh kuasa luar. Penentangan di dorong oleh hasrat membebaskan negara daripada kuasa
penjajah. Di Malaysia penentangan terhadap British dilakukan oleh pemimpin dan rakyat tempatan sejak
abad ke-19

Gerakan ini bertujuan untuk menjaga kepentingan mereka daripada oleh penjajah. Contohnya sejak
abad ke-19, penentangan telah dilakukan oleh beberapa pemimpin tempatan seperti Dol Said, Dato'
Maharajalela,Rentap dan Mat Salleh. Gerakan nasionalisme secara menyeluruh telah bermula pada awal
abad ke-20.

Soalan 2: Memahami [15 markah]


Soalan 2a: Sebab-sebab/faktor-faktor penentangan
(i) Huraikan sebab-sebab penentangan pemimpin tempatan terhadap British di Tanah Melayu, Sabah
dan Sarawak pada abad ke-19

Antara sebab penentangan masyarakat tempatan terhadap British di Tanah Melayu ialah dasar
penaklukan British. Penentangan terhadap British oleh masyarakat tempatan adalah disebabkan oleh
dasar penaklukan British di daerah mereka seperti di Naning, Pahang, Kelantan, Terengganu, Sarawak
dan Sabah. Dasar penaklukan British terhadap Negeri-Negeri Melayu bertujuan untuk mengukuhkan
kedudukan kuasa politiknya Melalui dasar ini, Penguatkuasaan politik British menjadi luas dan kawasan
itu akan terikat dengan perintah dan peraturannya. Contohnya, Penentangan Dol Said terhadap British
kerana mengambil alih Melaka daripada Belanda. Ini kerana Naning dipaksa menjadi jajahan takluk
British dan membayar ufti.

Selain itu, eksploitasi terhadap ekonomi tempatan menjadi sebab penentangan masyarakat tempatan
terhadap British di Tanah Melayu. Penentangan terhadap British berlaku kerana British ingin menguasai
ekonomi tempatan bagi kepentingannya. Penguasaan ekonomi dilakukan melalui perjanjian yang
dimeterai oleh British dengan pemimpin tempatan. Menerusi perjanjian ini, saudagar dari Negeri-Negeri
Selat dibenarkan menjalankan aktiviti perlombongan dan perdagangan bijih timah. Ini menimbulkan
kemarahan penduduk tempatan terhadap British.

Seterusnya, perlakasanaan pentadbiran Barat terhadap masyarakat tempatan. British memperkenalkan


sistem cukai, undang-undang, dan peraturan-peraturan tanah untuk mendapatkan hasil yang
maksimum. Peraturan British juga bertentangan dengan amalan tradisi masyarakat tempatan.
Contohnya, tanah boleh dibuka mengikut keperluan mereka dan tidak perlu membayar cukai. British
telah memaksa sistem pentadbiran Barat kepada penduduk tempatan. Sebagai contoh, di Terengganu,
penentangan berlaku kerana British menetapkan bahawa setiap tanah yang hendak dibuka oleh
penduduk tempatan mesti mendapat kebenaran British dan tanah dikenakan cukai.

Campur tangan British dalam adat resam tempatan turut membawa kepada penentangan penduduk
tempatan. British telah memaksa penduduk tempatan menerima nilai-nilai British yang amat
bertentangan dengan budaya iaaitu amalan menggunakan orang suruhan. Tindakan Birch telah
ditentang oleh pemimpin dan masyarakat tempatan.

Di samping itu, pembesar tempatan kehilangan kuasa dan pengaruh. Ini kerana British telah mengambil
kawasn pentadbiran mereka. Sebelum penjajahan, kebanyakan pemimpin tempatan telah dilantik oleh
sultan untuk mentadbir kawasan tersebut. Perlantikan ini memberi kuasa untuk kepada mereka untuk
menjaga hal ehwal daerahnya seperti soal pentadbiran, ekonomi dan sosial. Keadaan ini telah
menimbulkan perasaan tidak puas hati dalam kalangan pemimpin tempatan sehingga mendorong
mereka menentang British.

Akhir sekali, kesulitan penduduk tempatan. Penduduk tempatan tertekan dengan pelaksanaan undang-
undang British yang menyulitkan kehidupan mereka. Mereka telah memberi sokongan kepada
penentangan pemimpin tempatan. Kesetiaan kepada pembesar tempatan sebagai ketua turut
mendorong penduduk tempatan memberikan kerjasama dalam menentang British.

Soalan 2b: Faktor-faktor pemangkin / kebangkitan / pencetus semangat nasionalisme


(i) Huraikan faktor-faktor pemangkin nasionalisme sehingga perang dunia kedua

Faktor-faktor pemangkin kebangkitan semangat nasionalisme ialan tindakan Sir Andrew Clarke telah
memperkenalkan sistem politik barat. Ini telah memusnahkan sistem politik tradisional tempatan.
British telah meletakkan seorang residen yang mengambil alih pentabdiran negeri daripada pembesar
tempatan. Para pembesar diberikan pencen dan tempat mereka digantikan oleh peawai British. Bagi
orang tempatan perubahan ini mencabar sistem atau amalan tradisi mereka dan juga menjatuhkan
maruah mereka. Hal ini membangkitkan kebencian penduduk tempatan terhadap British.

Faktor pemangkin seterusnya ialah sistem pendidikan Inggeris dan vernakular Melayu yang
diperkenalkan pada akhir abad ke-19, telah melahirkan golongan intelek melayu yang mampu berfikir
tentang kemajuan bangsanya. Mereka menyedari perlunya sumbangan tenaga dan fikiran mereka untuk
menyedarkan bangsa Melayu. Mereka telah mengguanakan idea baru untuk memajukan diri dan
menolak penjajahan British.

Selain itu, dasar British dalam mentadbir Tanah Melayu telah menggalakkan sesiapa sahaja yang
datang untuk melabur, berniaga, berdagang, bekerja dan menetap di Tanah Melayu. Ramai orang asing
telah datang ke Tanah Melayu dan menetap di sini. Kemasukan orang asing yang berterusan telah
meningkatkan jumlah imigran dan menimbulkan persaingan kepada penduduk tempatan. Mereka
menguasai ekonomi Tanah Melayu dalam bidang perlombongan bijih timah, perladangan getah dan
perniagaan. Orang Melayu mula kekal dengan pertanian padi yang tidak dimajukan oleh British.
Seterusnya, British juga telah membuka bandar baru sebagai pusat pentadbirannya sedangkan orang
Melayu tetap tinggal di kampung-kampung dengan segala kekurangan. Kemajuan ekonomi seperti
perniagaan serta kewujudan prasarana contohnya elektrik, perkhidmatan por, telefon, sekolah, hospital
dan lain-lain telah meningkatkan taraf hidup di bandar. Keadaan ini menjarakkan lagi jurang taraf hidup
antara orang tempatan di luar bandar dengan imigran dan penduduk di bandar. Ternyata, dasar British
telah memundurkan lagi taraf hidup orang Melayu. Hal ini disedari oleh golongan intelek melayu dan
mereka menjadikannya isu gerakan nasionalisme Melayu.

Faktor pendudukan Jepun juga menjadi pemangkin terhadap gerakan nasionalisme di Tanah Melayu.
Pihak Jepun dengan konsep kawasan Kesemakmuran Asia telah menekankan kebebasan Negara-negara
Asia untuk menentukan kemajuan masing-masing. Dengan konsep ini Jepun menggalakkan orang
tempatan berkerjasama dengannya dan berjanji akan memerdekakan mereka. Bagaimanapun
kesengsaraan hidup akibat kekurangan makanan dan ubat-ubatan serta kekejaman pentadbiran Jepun
menyebabkan sebilangan besar penduduk Tanah Melayu membenci penjajahan sama ada oleh kuasa
Barat atau Timur. Bagi mereka semua penjajah tetap zalim dan menekan kehidupan orang tempatan.

Seterusnya, penguasaan Parti Komunis Malaya (PKM) selama 14 hari pada tahun 1945 juga telah
membangkitkan semangat menentang penjajahan dan memulakan penyebaran ideologi komunis. Dalam
tempoh itu, PKM telah menguasai balai-balai polis dan memerintah dengan kejam. Mereka membunuh
dan menangkap sesiapa sahaja yang dianggap sebagai penyokong Jepun. Gerakan ini telah mencetuskan
konflik perkauman. Banyak orang Melayu terbunuh dan rumah mereka dibakar oleh anggota PKM.
Serangan mereka telah dibalas oleh orang Melayu di Perak, Johor, dan Pahang.

Kemunculan mesin cetak telah memberikan kesan kepada penyebaran ilmu pengetahuan dan
mendorong penentangan terhadap British. Perkara ini berlaku kerana melalui buku, akhbar, majalah,
kitab agama dan lain-lain idea menentang penjajah itu dapat disebarkan.

Faktor pemangkin seterusnya ialah Gerakan Pan Islamisme yang telah membangkitkan kesedaran
semangat kebangsaan Tanah Melayu. Gerakan Pan Islamisme merupakan gerakan intelektual Islam
seluruh dunia untuk membangkitkan pemahaman yang lebih progresif terhadap Islam untuk menentang
penjajahan Barat ke atas Negara-negara Islam. Gerakan ini didokong oleh pelajar Islam dari selurug
dunia. Gerakan reformis islam yang dimulakan oleh Syeikh Muhammad Abduh, pensyarah di Universiti
Al-Azhar Mesir telah tersebar luas. Dalam tulisannya beliau telah memberikan kupakan bahawa islam
ialah cara hidup yang menekankan kepentingan dunia dan akhirat, disamping mendorong umatnya
menuju kejayaan. Tulisan Syeikh Muhammad Abduh ini disebarkan dalam majalah al-Manar. Selain itu
gerakan Wahabi yang berlaku di Arab Saudi juga mendesak matlamat sama.

Faktor yang terkhir ialah kesedaran politik serantau yang berlaku di sekitar Asia Tenggara, terutama di
Indonesia turut mendorong kebangkitan nasionalisme di Tanah Melayu, Indonesia yang amat rapat
dengan Tanah Melayu dari segi geografi dan buya telah mempengruhi gerakan nasionalisme di Tanah
Melayu. Kesedaran ini telah melahirkan ramai golongan intelektual. COntohnya, Zaba yang banyak
mengkritik dasar British
Soalan 3: Memahami [30markah]
Soalan 3a: Peristiwa Kebangkitan Pemimpin Tempatan menentang Pentadbiran British

1.0 Tanah Melayu


1.1 Penghulu Dol Said di Naning.

Penjajah Inggeris telah berjaya menduduki Melaka selepas Perjanjian Inggeris-Belanda pada tahun
1824. Pihak British telah mendakwa bahawa Naning merupakan sebahagian daripada wilayah Melaka.
Oleh itu, British menganggap Naning berada dibawah kekuasaan mereka.Oleh itu, Naning terpaksa
membayar cukai ke Melaa iaitu 1/10 daripada hasil yang terdapat di Naning. Selain itu, British juga telah
mengarahkan supaya semua kesalahan-kesalahan jenayah yang berlaku di Naning diselesaikan di Melaka
kerana British menyalahkan tindakan Dol Said yang menyelesaikan kesalahan jenayah di Naning pada
tahun 1828.

Faktor penentangan di oleh Penghulu DOl Said berlaku apabila beliau menolak dakwaan British yang
mengatakan Naning berada di bawah wilayah British. Beliau juga telah menolak tindakan British yang
meletakkan Naning didalam wilayah mereka dengan tidak membayar ufti 1/10 yang dituntut British
kepada Melaka.

Peristiwa penentangan diNanig berlaku apabila tindakan Penghulu DOl Said yang menolak untuk
membayar ufti kepada Melaka telah menyebabkan British menghantar tentera ke Naning untuk
menawan Naning pada tahun 1931. Penghulu Dol Said telah berjaya menewaskan serangan British yang
membawa seramai150 tentera British yang dipimpin oleh Kapten Wylie dalam usaha mereka menawan
Taboh.

Kejayaan Penghulu DOl Said menewaskan tentera British ini kerana Naning telah mendapat bantuan
daripada Yamtuan ALi, Syed Shaba, Penghulu Remai dan Rchat, Dato Kelana Sungai Ujong serta
Penghulu Gemencheh. Pada Jun 1832, British sekali lagi telah menghantar seramai 1200 orang tentera
untuk menawan Naning. British telah berjaya menewaskan Penghulu Dol Said kerana Naning telah
menghadapi serangan ini sendirian dengan tidak dibantu oleh sesiapa. Kekalahan Naning kepada British
telah menyebabkan Penghulu Dol Said terpaksa menyerah diri kepada British pada Febuari 1833. Oleh
itu

1.2 Tok Janggut di Kelantan

Faktor penentangan menentang British di Kelantan oleh Tok Janggut berlaku apabila British
memperkenalkan Sistem Penasihat British di Kelantan. Selan itu, pihak British telah memaksa penduduk
tempatan untuk menrima pakai sistem cukai yang diperkenalkan oleh mereka.

Peristiwa penentangan Tok Janggut di Kelantan bermula apabila beliau telah membantah sistem cukai
yang telah diperkenalkan oleh British. Beliau enggan untuk membayar cukai sebagai tanda bantahan
kepada sistem cukai yang diperkenalkan oleh British namun tindakan beliau tersebut tidak dilayan oleh
Pegawai Daerah Pasir Puteh. Sebaliknya British telah mengarahkan pihak polis untuk menangkap Tok
Janggut tetapi gagal. Pada tahun1915, Tok Janggut bersama-sama dengan Engku Besar Jeram, Tuan
Ahmad, Penghulu Adam, Haji Said, Che Ishak serta rakyat tempatan telah membuat pakatan untuk
menyerang Pasir Puteh. Mereka telah berjaya menawan daerah Pasir Puteh seterusnya membentuk
sebuah kerajaan baru di Pasir Puteh. Kerajaan baru itu diketuai oleh Engku Besar Jeram sebagai raja, Tok
Janggut sebagai Perdana Menteri dan Che Ishak sebagai Pegawai Daerah.

Bagi menawam semuyla Pasir Puteh, British telah menggunakan nama sultan bagi menentang Tok
Janggut. Oleh itu, British telah membawa masuk pasukan tentera daripada NEgeri-Negeri Selat dengan
kapal perang H.M.SCadmus yang telah mendarat di Tumpat Kelantan. British telah memulakan serangan
mereka pada Mei1915 di Saring. Serangan British yang tersusun dan penggunaan senjata yang moden
telah berjaya melumpuhkan perjuangan Tok Janggut dan pengikutnya. Selain itu, Tok Janggut juga telah
terkorban semasa serangan yang dilakakukan oleh British. Mayat beliau telah diarak ke seluruh pecan
Kota Bharu sebelum digantung di pasar dengan kepala di bawah sebagai amaran kepada masyarakat
tempatan supaya jangan berani menentang British.

1.3 Dato Maharajalela di Perak

Penentangan di Perak dipimpin oleh Dato Maharajalela dengan dibantu oleh semua pembesar dan
sultan. Sebab-sebab penentangan ialah residen J.W.W.Brrch memungkiri fungsinya sebagai penasihat
seperti yang terkandung dalam Perjanjian pangkor 1874. Para pembesar menolak system cukai yang
menghapuskan hak mereka. Para pembesar menolak pengguasaan Britishterhadap kawasan mereka
Sebab yang ketiga para pembesar menolak campur tangan British dalam adat resam dan hal ehwal
tempatan. Contoh larangan menggunakan hamba. J.W.W. Birch tidak menghormati sistem sosial
tempatan dan tidak pandai berbahasa Melayu.

Peristiwa penentangan bermula apabila Dato Maharaja Lela bermesyuarat dengan pembesar dan
sultan. Durian Sebatang untuk menentang undang-undang British pada 21 Julai 1875. Dato Maharaja
Lela, Dato Sagor, Pandak Anduk, Seputum telah membunuh J.W.W.Birch pada 2 Nov 1875 di SUngai
Perak, Pasir Salak. Pihak British dengan 500 orang tentera melancarkana serangan terhadap Pasir Salak.
Dato Maharaja lela dan Dato Sagor melarikan diri ke Kota Lama. Pada 20 November 1877 Dato Maharaja
lela, Dato Sagor dan Pandak Lam, Seputum dan Pandak Indut dijatuhkan hukuman gantung. Sultan
Abdullah, Menteri Ngah Ibrahim, Syahbandar dan laksamana telah dibung negeri ke Pulau Seychelles.

1.4 Haji Abdul Rahman Limbong di Terengganu

Haji Abdul Rahman Limbong mengetuai penduduk kampong membersihkan tanah di Kuala Telemong
tanpa menghiraukan peraturan tanah British. Pada Mei 1925, kira-kira 300 -enduduk kampong telah
berkumpul dan membuka tanah milik Tengku Nik Maimunah ibn Sultan Zainal Abidin III. Tindakan ini
telah membimbangkan pihak British. Namun dengan jasa baik Tengku Nik Maimunah, mereka dapat di
suraikan. Kemuncak kemarahan rakyat ialah pada Mei1928, iaitu dengan melakukan serangan
bersenjata terhadap bangunan kerajaan di Kuala Berang. Mereka telah berjaya menwan bangunan
kerajaan tersebut.

Manakala satu kumpulan lagi berkumpul di Kuala Twlwmong bersiap sedia menunggu arahan untuk
menentang British. Dengan mengguakan kuasa dan nama sultan, British menghantar tiga pembesar
untuk menawan semula Kuala Berang serta menangkap dan memburu sesiapa sahaja yang
menghalangnya. Ini memudahkan British menghadapi penentangan rakyat kerana orang Melayu tidak
akan menderhaka kepada sultan. Sepasukan polis seramai 25 orang telah menyerang KUala Telemong
dan berjaya menumpaskan kebangkitan penduduk tempatan dengan membunuh sebelas orang. Haji
Abdul Rahman Limbong telah diserang oleh 50 orang polis yang dibawa dari Singapura. Haji Abdul
Rahman Limbong berjaya di tahan dan telah dibuang negeri ke Makkah

1.5 Dato Bahaman di Pahang

Pada tahun 1888, Dato' Bahaman dan pembesar-pembesar Pahang yang lain bangkit menentang
Residen British pertama diPahang, iaitu J.P.ROdgers. Dato' Bahaman menentang perlaksanaan undang-
undang British yang bertentangan dengan adat resam dan sistem politik tempatan seperti sistem
kehakiman, pungutan hasil tanah, sistem cukai, dan penubuhan pasukan polis luar.

Ini kerana undang-undang tersebut telah menghakis kuasa Dato Bahaman sebagai Orang Kaya Setia
Perkasa Pahlawan Semantan. Dato Bahaman dan rakan-rakannya seperti Tok Gajah dan Iman Rasul telah
bersatu menentang British selama lima tahun.

Siri penentangan Dato Bahaman ialah pada 1890 iaitu menentang pembinaan Balai Polis Lubuk Terua,
Pada 1891-menyerang British kerana menangkap anak buahnya, pada 1892-menyerang dan menawan
semula Lubuk Terua, 1894-Menyerang dan menguasai Kuala Tembeling dan Jeram Ampai. Dan akhir
sekali pada 1895-Akibat tekanan British, Dato'Bahaman berundur ke Kelantan

Dato Bahaman dan rakan-rakan mendapat pelindungan daripada penduduk dan pembesar Terengganu
dan Kelantan Dato'Bahaman kemudiannya menetap di Hulu Kelantan. Manakala Tok Gajah dan
keluarganya menetap di Hulu Terengganu. Pada tahun 1896, Dato Bahaman berpindah ke Bangkok dan
diberikan perlindungan politik oleh Raja Chulalongkorn. Beliau telah menetap di Cheing Mai dan
diberikan wang sara hidup sebanyak 1000 baht. Dato'Bahaman kemudiannya meninggal di sana.

1.6 YamTuan Antah di Negeri Sembilan

Penentangan oleh pembesar tempatan terhadap penguasaan British telah dilakukan oleh Yam Tuan
Antah Sri Menanti dan Dato'Syahbandar Sungai Ujiong, iaitu Abdullah Tunggal. Kedua-duanya telah
menentang kemasukan British di Sungai Ujong. Malah Dato'Syahbandar juga menentang Dato'Kelana
Sungai Ujong, iaitu Syed Abdul Rahman yang mempelawa British untuk campur tangan dalam pertikaian
mereka.

Kedua-dua pemimpin tempatan ini, berebut kawasan sempadan untuk mengenakan cukai kepada
pedagang bijih timah dari Negeri-Negeri Selat. Dengan kerjasama British, Dato'Kelana Syed Abdul
Rahman berjaya mengalahkan Dato'Syahbandar Abdullah Tunggal untuk menguasai Sungai Ujong.
Dato'Syahbandar Abdullah Tunggal terpaksa berundur ke Selangor. Bagaimanapun, beliau kembali
semula ke Sungai Ujong dan menandatangani perjanjian dengan British pada 10 November1874.
Dato'Syahbandar bersetuju melatakkan jawatan dan berhijrah ke Singapura. Dengan tu, Dato'Kelana
Syed Abdul Rahman dapat menguasai seluruh Sungai Ujong tetapi tertakluk di bawah penguasaan
British.

2.0 Sarawak
2.1 Rentap

Rentap pemimpin Iban menentang James Brooke pada tahun 1853 kerana bertindak menghapuskan
orang Iban di Sungai Skrang yang dianggap sebagai lanun. Beliau telah menyerang pasukan James
Brooke di kubu Nanga Skrang bagi menghalang kezaliman James Brooke di daerah tersebut

Rentap dan pengikutnya berjaya mengusir James Brooke tetapi tentera James Brooke telah bertindak
balas dengan membakar kampung mereka. Rentap dan pengikutnya berundur ke Bukit Sadok, namun
sekali lagi mereka diserang oleh James Brooke. Tentera James Brooke berjaya mengalahkan Rentap pada
tahun 1861. Rentap terpaksa berundur ke Ulu Sungai Entabai dan serangannya semakin lemah.

2.2 Linggir

Linggir iaitu pemimpin Iban di Saribas menentang penaklukan James Brooke pada tahun 1849 dengan
menyerang kapal Nemesis dekat Batang lupar. Serangan ini merupakan tindak balas terhadap langkah
James Brooke dan kapten Farquhar menghalang pelayaran mereka di Sungai Saribas. Bagaimanapun,
Linggir dan pengikutnya tewas dalam pertempuran tersebut.

2.3 Syarif Masahor

Penentangan orang Melayu di bawah pimpinan Syarif Masahor dan Datuk Patinggi Abdul Gapur berlaku
kerana mereka menolak penguasaan James Brooke di wilayah mereka, iaitu di Sungai Rajang pada tahun
1857. Hal ini disebabkan mereka kehilangan kuasa memungut cukai dan pengaruh terhadap penduduk
tempatan. Pada tahun 1858, James Brooke telah membina sebuah kubu di Kanowit. Syarif Masahr telah
menyerang kubu tersebut. Beliau dan Datuk Patinggi Abdul Gapur kemudian menyerang James Brooke
di Kuching. Bagaimanapun, tentangan mereka gagal. Syarif Masahor melarikan diri ke Brunei tetapi
beliau telah diserahkan oleh Sultan Brunei kepada British di Singapura. Datuk Pantinggi Abdul Gapur
melarikan diri ke Betawi tetapi beliau berjaya ditahan oleh Belanda dan diserahkan kepada James
Brooke.

3.0 Sabah
3.1 Malleh

Di Sabah, terdapat beberapa penentangan oleh pemimpin tempatan terhadap Syarikat Borneo Utara
British (SBUB). Bagaimanapun, penentangan terbesar telah dilakukan oleh Mat Salleh. Beliau ialah
pemerintah daerah Tambunan dan Sungai Sugut. Namun, pihak SBUB tidak menghiraukan kedudukan
Mat Salleh. Bukan sahaja mereka menduduki kawasan pengarh Mat Salleh, malah mereka turut
melaksanakan sistem cukai kepala dan surat perahu. Pegawai-pegawai syarikat itu uga bersikap kasar
kepada penduduk tempatan.

Mat Salleh telah keSandakan berbincang dengan SBUB pada tahun 1895, tetapi tidak dilayan.
Sebaliknya, gabenor Beaufort telah menyerang dan membakar kampungnya. Mat Salleh terpaksa
melarikan diri. Pada tahun 1897, beliau dan para pengikutnya telah melakukan serangan mengejut
terhadap kubu SBUB di Pulau Gaya. Ekoran itu, SBUB telah menawarkan pelan damai pada Mat Salleh,
iaitu menyerahkan Tambunan kepadanya. Namun, SBUB mungkir janji dan hal ini menyebabkan Mat
Salleh,iaitu menyerang kubu SBUB. Serangan ini dibalas oleh pasukan tentera SBUB dengan menyerang
kubu Mat Salleh. Beliau akhirnya tewas dan meninggal dunia pada 31 Januari 1900.

Soalan 4a: Menganalisis [10 markah]


(i) Buktikan Kejayaan pemimpin tempatan menentang British pada abad ke-19

Penghulu Dol Said


Penghulu Dol Said mengingkari arahan British supaya naning menghantar1/10 hasil sebagai ufti kepada
Melaka.
Penghulu Dol Said Berjaya mengalahkan 150 orang tentera British pimpinan Kapten Wyllie

Dato'Maharaja Lela
Sultan Abdullah dan Dato'Maharaja Lela serta pembesar Perak telah melakukan bantahan terbuka
terhadap campur tangan British di Perak. Dato'Maharajalela juga berjaya membina kubu di Pasir Salak.
Selain itu, kejayaan lain yang lebih besar ialah berjaya membunuh residen British di Perak iaitu
J.W.W.Birch.

Dato'Bahaman
Dato'Bahaman menyerang British kerana menangkap anak buahnya. Dato'Bahaman menyerang dan
berjaya menawan semula Lubuk Terua. Beliau juga berjaya menguasai Kuala Tembeling dan Jeram
Ampai.

Tok Janggut
Kejayaan yang di capai oleh Tok Janggut ialah ketika menentang British di Pasir Puteh dan berjaya
menawan daerah tersebut. Penawanan daerah Pasir Puteh berjaya membentuk sebuah kerajaan di
mana Engku Besar Jeram telah di lantik sebagai Raja, Tok Janggut sebagai Perdana Menteri dan Che
Ishak sebagai pegawai Daerah.

Haji Abdul Rahman Limbong


Haji Abdul Rahman Limbong mengetuai penduduk membersihkan tanah di Kuala Berang tanpa
menghiraukan peraturan tanah British. Beliau juga bersama penduduk tempatan melancarkan
penentangan bersenjata pada tahun 1928. Mereka telah menyerang dan berjaya menduduki bangunan
kerajaan di Kuala Berang.

Rentap
Di Sarawak, Rentap telah menyerang tentera James Brooke di Kubu Nanga Skrang dan berjaya mengusir
James Brooke dari kawasanya.

Mat Salleh
Akhir sekali ialah kejayaan pemimpin Mat Salleh di Sabah, yang melakukan mengejut terhadap Kubu
SBUB di Pulau Gaya. Ini menyebabkan SBUB ter paksa menwarkan pelan damai kepada Mat Salleh
dengan menyerahkan Tambunan kepadanya.

(ii) Jelaskan keberkesanan penentangan pemimpin tempatan terhadap British pada abad ke-19

Keberkesanan penentangan pemimpin tempatan terhadap British pada abad ke-19 ilah kejayaan Dato
Maharajalela menyatukan pembesar dan Dalam peristiwa ini, penduduk Melayu untuk sama-sama
menentang British. Dalam peristiwa ini Sepuntum berjaya membunuh J.W.W.birch dan Kapten Innes
menyebabkan British terpaksa meminta bantuan daripada tentera SHTI di Hong Kong dan India.

Selain itu, Keberkesanan penentangan pemimpin tempatan juga dapat dilihat melalui kejayaan Dol Said
dalam mengalahkan British semasa serangan ke atas Naning pada tahun 1831. Kebijaksanaan Dol Said
mendapatkan bantuan tentera dari Yam Tuan Ali Rembau, Syed Shaban dan Penghulu Remai dapat
mengalahkan tentera British seramai 150 orang.

Di samping itu, perjuagan Tuan Haji Abdul Rahman Limbong juga memperlihatkan keberkesanan pada
tahap awal. Beliau bersama rakyat Telemong telah beberapa kali mengingkari peraturan tanah yang
ditetapkan oleh British. Beliau mengetuai penduduk kampong membuka tanah pada tahun 1922 dan
1925.

Seterusnya, perjuangan Dato Bahaman juga memperlihatkan keberkesanannya kerana berjaya


menyerang British dan menawan semula Lubuk Terua yang telah dikuasai oleh British. Dato Bahaman
dan pengikut juga berjaya menguasai Kuala Tembeling dan Jeram Ampai

(iii) Strategi perjuangan pemimpin tempatan menentang penjajahan British.

Dol Said menggunakan taktik dengan cara mendapatkan bantuan ketenteraan daripada Yam Tuan Ali
dari Rembau, Syed Shaban, Penghulu Remai dan Rechat, Dato, Kelana SUngai Ujung serta Penghulu
Gemencheh telah berjaya mengalahkan 150 orang tentara British.

Rentap menentang penaklukan James Brooke dengan menyerang Kapal Nemesis dekat Batang Lupar.
Syarif Masahor telah menyerang kubu James Brooke di Kanowit. Seterusnya, menyerang James Brooke
di Kuching bersama-sama dengan Datu Patinggi Abdul Gapur.

Mat Salleh telah menggunakan strategi melalui perbincangan tetapi tidak dilayan oleh pihak SBUB. Mat
Salleh dan pengikutnya telah melakukan serangan mengejut terhadap kubu SBUB di Pulau Gaya.

Dato' Maharaja Lela membuat bantahan terbuka terhadap campur tangan British dan mengarahkan
pengikutnya untuk membunuhJ.W.W.Birch di Sungai Perak, Pasir Salak.

Dato'Bahaman menyerang dan menawan semula Lubuk Terua. Kemudian menyerang dan menguasai
Kuala Tembeling dan Jeram Ampai. Engku Besar Jeram, Tuan Ahmad, Penghulu Adam, Haji Said, Che
Ishak dan rakyat tempatan menyerang Pasir Puteh dan berjaya mendudukinya.
Haji ABdul Rahman Limbong mengetahui membersihkan tanah di Kuala Telemong dan tanah milij
tengku Nik Maimunah ibn Sultan Zainal Abidin III.Haji Abdul Rahman Limbong menyerang bangunan
kerajaan di Kuala Berang dan telah berjaya mendudukinya.

(iv) Tindak balas British terhadap kebangkitan pemimpin tempatan

Tindakan British terhadap penentangan di Tanah Melayu ialah, di Naning British telah menghantar
tenteranya untuk menakluki Naning pada tahun1831 tetapi dikalahkan oleh penghulu Dol Said. Pada
akhir tahun 1832, seramai 1200 orang tentera telah dihantar oleh British sekali lagi menyerang Naning
dan berjaya mengalahkan penghulu Dol Said.

Seterusnya di Perak pula, pihak British dengan 500 orang tentera melancarkan serangan terhadap Pasir
Salak dan kawasan yang terlibat. Mereka yang terlibat seperti Dato'Maharaja Lela, Dato'Sagor, Pandak
Lam, Seputum dan Pandak Indut dihukum gantung. Manakala Sultan Ibrahim dibuang negari ke Johor
dan Sultan Abdullah dan yang lain dibuang ke Pulau Seychelles.

Di Kelantan pula, British telah menggunakan nama sultan Kelantan bagi membawa masuk pasukan
tentera dari negari selat dengan kapal Perang H.M.S Cadmus yang mendarat di Tumpat dan memulakan
serangan pada bulan Mei1915 di Saring. Tok Janggut terkorban dan mayatnya di arak di seluruh pekan
Kota Bharu sebelum digantung di pasar dalam keadaan kepala ke bawah dan kaki ke atas sebagai
amaran kepada penduduk tempatan yang menentang British.

Tindakan British di Terengganu pula ialah pihak British menggunakan kuasa dan nama sultan
Terengganu dan menghantar tiga orang pembesar untuk menawan semula Kuala Berang dan
menangkap serta memburu sesiapa sahaja yang menghalang mereka. Selain itu, British juga
mengarahkan seramai 25 orang polis menyerang Kuala Telemong dan berjaya mengorbankan seramai
11 orang penentang. Manakala Haji Abdul Rahman Limbong ditangkap dan dibuang ke Makkah.

Bagi menghadapi tentangan di Sarawak, James Brooke telah bertindak membakar kampung Rentap dan
menyerang sekali lagi apabila Rentap berundur ke Bukit Sadok.

Di Sabah pula, Gabenor Beufort telah menyerang dan membakar kampung Mat Salleh apabila beliau
membuat perundingan di Sandakan tentang kedudukannya. Tindak balas di atas serangan Mat Salleh
terhadap kubu SBUB telah menamatkan penentangan terhadap British di Sabah.

Soalan 4b: Menganalisis [10 markah]


(i) Jelaskan keberkesanan peranan pertubuhan dan kesatuan dalam memupuk semangat nasionalisme
di negara ini.

Keberkesanan pertubuhan dalam memupuk semangat nasionalisme di negara ini dapat dilihat melalui
penubuhan Kesatuan Melayu Singapura (KMS) oleh Mohammad Eunos Abdullah. Tujuan penubuhan
KMS ialah menjaga kepentingan sosial ekonomi pendudu Melayu Singapura. Melalui desakannya, beliau
memperoleh sebuah kawasan penempatan khas bagi orang melayu di Singapura.
Selain itu, Persatuan Sahabat Pena Malaya (PASPAM) di tubuhkan oleh S.M Zainal Abidin B.A.
Persatuan ini ditubuhkan dengan tujuan menggalakkan ahli-ahlinya berkenal-kenal dan bertukar-tukar
pendapat bagi memajukan diri sendiri dan bangsa serta menggalakkan perpaduan dan persaudaraan di
kalangan orang Melayu di Semenanjung Tanah Melayu.

Seterusnya, Persatuan Negeri-negeri yang ditubuhkan di Perak, Selangor, Pahangdan Negeri Sembilan.
Persatuan-persatuan ini berjaya menggabungkan tenaga intelektual Melayu untuk membincangkan
nasib orang melayu dalam soal ekonomi. Ini bertujuan untuk menggalakkan perpaduan orang melayu.

Di sampingitu, di negari Sarawak pula, Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak yang telah ditubuhkan
oleh Datu Patinggi Abang Haji Abdullah pada tahun 1939. Persatuan ini ditubuhkan untuk mengeratkan
perpaduan Melayu. Selain itu untuk menggalakkan masyarakat memperolehi pendidikan untuk
kemajuan bangsa. Malahan persatuan ini turut menjaga maruah bangsa dan menegakkan ajaran agama
Islam.

Salah satu lagi keberkesanan dapat dilihat melalui penubuhan Kesatuan Melayu Muda (KMM) pada
tahun 1939. Tokohnya ialah Ibrahim Haji Yaakob dan Mustapha Husein. KMMbertujuan menggalakkan
perpaduan di kalangan pemuda melayu, meningkatkan tahap pendidikan orang melayu, bekerjasama
dengan Jepun menghalau British, menjadi propaganda Jepun dengan membeli Warta Malaya untuk
dijadikan alat propaganda anti-British dan menyediakan kader-kader yang dikenali sebagai tentera
semut untuk menentang British.

Akhir sekali, Kongres Melayu 1939 dan 1940. Tujuan pertubuhan ini membincangkan kemunduran
orang Melayu dalam pendidikan dan layanan pilih kasih British terhadap anak negeri, Resolusi kongres
dengan menggambarkan perpaduan melayu untuk mengatasi permasalahan sosioekonomi dan politik
mereka yang lemah dan akhir sekali orang melayu dapat mengatasi perasaan kenegerian yang
memisahkan mereka selama ini.

(ii) Terangkan kesan gerakan nasionalisme sehingga membawa kepada penyatuan orang Melayu
dalam persatuan.

Kesan gerakan nasionalisme membawa kepada kesan positif dalam penyatuan orang Melayu.
Persatuan Sahabat Pena (PASPAM) antara pertubuhan yang wujud hasil daripada gerakan nasionalisme.
Ditubuhkan pada 1934 yang dipimpin oleh S.M Zainal Abidin. Penubuhannya bertujuan untuk
menggalakkan ahlinya berkenal-kenal dan bertukar-tukar pendapat bagi memajukan diri dan bangsa. Hal
ini secara tidak langsung telah menggalakkan perpaduan dan persaudaraan dikalangan orang Melayu di
seluruh semenanjung Tanah Melayu

Pertubuhan negeri juga telah ditubuhkan di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu seperti di Perak (1937),
Selangor (1938), Negeri Sembilan (1938) dan Pahang (1938). Objektif utama penubuhan persatuan
negeri ini adalah untuk menggabungkan tenaga intelektual Melayu bagi membincangkan nasib orang
Melayu dalam soal ekonomi pendidikan dan perkhidmatan kerajaan.
Di samping itu, kesan dari gerakan nasionalisme juga telah mewujudkan sebuah persatuan separa
politik yang dikenali sebagai Kesatuan Melayu Muda (KMM). Kesatuan ini dipimpin oleh Ibrahim Hj
Yaakob. Objektifnya untuk menggalakkan perpaduan dikalangan pemuda Melayu di seluruh
semenanjung dan meningkatkan tahap pendidikan orang Melayu.

Manakala di Sarawak pula, Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak (1939) telah ditubuhkan Persatuan
ini dipimpin oleh Datu Patinggi Abang Haji Abdiilah. Tujuan penubuhannya adalah untuk mengeratkan
perpaduan Melayu, menggalakkan pendidikan, manjaga budaya dan maruah bangsa serta menegakkan
ajaran agama Islam.

Di Sabah, walaupun kesedaran untuk berpersatuan tidak menonjol tetapi masih terdapat cawangan
Persatuan Sahabat Pena yang bergiat di Jesselton (Kota Kinabalu), Labuan dan Tawau.
Walaubagaimanapun, kegiatannya merip kepada kegiatan persatuasn di Semenanjung. Anggota-
anggotanya terdiri daripada peniaga kecil, pegawai rendah kerajaan dan guru sekolah Melayu.

Soalan 5a: Mengaplikasi [10 markah]


(i) Bagaimanakah kita memanfaatkan perjuangan pemimpin tempatan pada abad ke 19 dalam
memupuk semangat nasionalisme dalam kalangan rakyat Malaysia.

Antara usaha bagi memanfaatkan perjuangan pemimnpin tempatan dalam memupuk semagat
nasionalisme adalah menghayati perjuangan pemimpin tempatan yang sanggup berjuang untuk
kedaulatan negara.

Seterusnya, bagi memanfaatkan perjuangan pemimnpin tempatan dalam memupuk semagat


nasionalisme dengan menghidupkan semula watak-watak mereka melalui filem dan drama agar menjadi
tatatpan rakyat Malaysia hari ini.

Kita juga boleh memanfaatkan perjuangan pemimpin tempatan melalui pameran yang menarik dan
kreatif di muzium yang dilawati untuk menimbulkan kesedaran tentang kehebatan perjuangan
pemimpin tempatan.

Di samping itu, aktiviti penulisan seperti menulis esei bertemakan perjuangan pemimpin tempatan juga
mampu memupuk semangat nasionalisme dalam kalangan rakyat Malaysia. Aktiviti ini sesuai dilakukan
sempena sambutan bulan kemerdekaan yang perlu dibuka penyertaan untuk pelbagai lapisan
masyarakat.

Seterusnya, perjuangan pemimpin tempatan dimanfaatkan untuk memupuk semangat nasionalisme


dengan memuatkan peristiwa berkenaan dalam silibus pembelajaran bagi murid sekolah rendah dan
menengah agar dapat mencontohi keberanian dan kegigihan para pejuang lampau.

Selain itu, kita dapat memupuk semangat nasionalisme dengan mengenali pejuang-pejuang terdahulu
serta menghayati hasil perjuangan mereka dalam membebaskan negara daripada cengkaman penjajah.
Setursnya menghargai jasa-jasa dan pengorbanan para pejuang bangsa terutamanya dalam kalangan
generasi muda.

Dalam pada itu juga, semangat nasionalisme ini dapat dipupuk dengan memelihara keamanan yang
sudah sekian lama dikecapi untuk meneruskan legasi pembangunan negara secara berterusan. Kita uga
wajar mencontohi sikap perjuangan pemimpin tempatan seperti berani dalam mempertahankan hak
walaupun mereka tidak mempunyai senjata yang canggih. Malahan mereka juga tidak mudah putus asa
kerana sentiasa berusaha untuk mempertahankan kedaulatan negara.

Akhirnya, kita hendaklah sentiasa menyedari bahawa pembangunan yang dikecapi sehingga kini tidak
akan tercapai tanpa pengorbanan dan perjuangan tokoh-tokoh terdahulu. Justeru melalui penghayatan
ini kita dapat memupuk semangat cintakan negara.

(ii) Melalui semangat nasionalisme warga Malaysia mampu mempertahankan kedaulatan negara.
Berikan alasan anda.

Semangat nasionalisme yang ada pada warga Malaysia sememangnya mampu mempertahankan
kedaulatan negara, ini kerana semangat nasionalisme akan mengukuhkan jati diri bangsa Malaysia
seterusnya mendorong kepada semangat setia negara yang tinggi dan semangat sanggup berkorban
untuk negara.

Di samping itu, dapat melahirkan waga Malaysia yang tidak mudah terpengaruh dengan agenda anasir
luar dan mengelakkan diri daripada perkara-perkara negatif seperti rasuah, penyalahgunaan dadah dan
pemerdagangan orang.

Selain itu, semangat nasionalisme bukan sahaja memupuk semangat sifat bekerjasama antara rakat
Malaysia yang berbilang kaum dan bersama-sama menjaga maruah bangsa Malaysia yang berdaulat.

Selanjutnya semangat nasionalisme akan mengekalkan perpaduan antara kaum. Perpaduan antara
kaum akan dapat memastikan keamanan negara dan kemajuan yang dirancang akan tercapai.

Selain itu, warga Malaysia yang memiliki semangat nasionalisme akan patuh kepada ajaran agama
masing-masing. Masayarakat yang patuh kepada ajaran agama akan mematuhi undang-undang dan
mudah diuruskan.

Seterusnya warga Malaysia yang mempunyai semangat nasionalisme akan melengkapkan diri dengan
segala ilmu pengetahuan yang berguna dan menguasai pelbagai kemahiran seperti ilumu komputer,
sains dan teknologi Masyarakat berpengetahuan amat diperlukan untuk merealisasikan wawasan
negara.

Soalan 5b: Mengaplikasi [10 markah]


(i) Berdasarkan perhatian anda, jelaskan keberkesanan yang boleh dicapai oleh negara melalui media
massa untuk mengekalkan kedaulatan negara

Media Massa merupakan medium berkesan dalam membantu negara mengekalkan kedaulatan negara.
Buktinya, media messa dapat menyampaikan dasar-dasar kerajaan kepada umum dengan lebih cepat.
Malahan maklumat berkaitan dengan dasar baru kerajaan dapat diperoleh dan di akses dengan lebih
mudah sama ada melalui media sosial, internet mahupun melalui media penyiaran seperti berita dan
hebahan umum.

Di samping itu, media massa juga dapat menyampaikan maklumat dengan tepat kepada umum. Hampir
90% maklumat yang disampaikan melalui media massa adalah sahih dan boleh dipercayai. Oleh yang
demikian, kebanyakan rakyat Malaysia kebanyakkannya bergantung sepenuhnya kepada media massa
untuk mendapatkan berita terkini.

Keberkesanan media massa juga dapat dilihat dalam memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa
perpaduan. Bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pengantar di media massa. Hal ini dapat diliihat
melalui penyampaian berita, rancangan-rangcangan ilmiah dan forum yang kebanyakkannya
disampaikan dengan menggunakan bahasa Melayu. Hal ini sekaligus membantu ke arah perpaduan
kaum di negara ini.

Selain itu, media massa juga merupakan agen perpaduan dan medium penting dalam mengekalkan
keamanan negara. Bukitnya, penyiaran berita yang berkaitan dengan perjuangan tokoh-tokoh
kemerdekaan dapat menyemarakkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat. Mesej
berunsurkan semangat keberanian dan kerjasama juga jelas berjaya disampaikan melalui program-
program radio atau siaran rancangan televisyen.

(ii) Jelaskan ciri-ciri warga Malaysia yang mempunyai semangat nasionalisme yang tinggi.

Antara ciri warga Malaysia yang mempunyai semangat nasionalisme yang tinggi adalah mempunyai
semangat cintakan negara yang kental. Perasaan sayangkan negara diterjemahkan dengan mematuhi
undang-undang negara. Malahan perasaan bangga menjadi warga Negara Malaysia melangkani
semangat perkauman dan kenegerian.

Selain itu, menghormati tokoh-tokoh negarawan yang banyak berjasa sebelum dan selepas
kemederkaan perlu dipupuk sebagai tanda penghargaan kepada mereka. Jasa dan pengorbanan
merenka perlu diingati dan dihargai serta dijadikan sumber inspirasi teutama kepada generasi muda.

Seterusnya, setiap warga Malaysia mesti berpegang teguh dengan prinsip Rukun Negara yang menjadi
panduan kepada semua warga. Nilai agama dan budaya perlu diamalkan demi memperkukuhkan jati diri
sebagai rakyat Malaysia yang baik. Warga Malaysia seharusnya berani, bijak dan yakin dalam sebarang
tindakan demi menjaga nama baik negara sama ada di dalam dan di luar negara.

Di samping itu, mempunyai semangat juang untuk mempertahankan kedaulatan negara daripada
ancaman penceroboh atau anasir asing. Ini penting untuk mengekalkan keharmonian dan kemakmuran
negara.

Warga Malaysia yang mempunyai semangat nasionalisme yang tinggi akan mengutamakan perpaduan
dan sanggup bekerjasama dengan pelbagai kaum untuk memastikan kesejahteraan dan keamanan
negara. Warga Malaysia juga sewajarnya mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan
sebagai melambangkan penyatuan bangsa.

Seterusnya, warga Malaysia juga mesti menguasai pelbagai cabang ilmu pengetahuan seperi teknologi
dan kemahiran ICT untuk menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020. Akhir sekali warga
Malaysia seharusnya mengutamakan pembelian barangan buatan Malaysia sebagai sumbangan dalam
pembangunan ekonomi negara.

Soalan 6: Menilai [10 Markah]


(i)Adakah anda bersetuju bahawa perjuangan pemimpin tempatan tidak berjaya. Berikan hujah anda.

Saya tidak bersetuju dengan pernyataan ini walaupun dari segi perjuangan menentang penjajah itu
gagal namun kesan yang ditinggalkan ekoran penentangan tersebut telah menaikkan semangat
patriotisme yang sangat tinggi dalam kalangan penduduk Tanah Melayu. Contohnya perjuangan Dato'
Maharajalela, Pandak Lam, Pandak Indut, Dato' Sagor dan Seputum sehingga titisan darah terakhir.
Perjuangan mereka telah menunjukkan semangat setia negara yang mendalam kerana sanggup
berkonban untuk bangsa dan tanahair tercinta. Akhirnya kemerdekaan mampu kita perolehi pada 31
Ogos 1957.

Selain itu juga, sifat bekerjasama dan tolong menolong antara pemimpin dengan pengikut dalam
menentang penjajahan British telah menyumbangkan ke arah kejayaan generasi hari ini. Contohnya
kemenangan Dol Said menentang British pada 1831 mendapat bantuan ketenteraan dari Yam Tuan Ali,
Syed Shaban, Penghulu Ramai dan Rechat, Dato Kelana Sungai Ujong serta Penghulu Gemenchah. Sifat
inilah yang akhirnya menjadikan Malasia negara yang aman dan makmur walaupun terdiri daripada
berbidang kaum, agama dan kedudayaan.

Di samping itu, penentangan ini jelas memperlihatkan sikap tidak mudah putus asa. Buktinya
perjuangan sehingga ke titisan darah yang terakhir yang ditunjukkan oleh pejuang tempatan seperti Tok
Janggut, Mat Salleh dan Rentap sebenarnya telah mampu mengugat kedudukan British di Tanah Melayu.
Sikap ini yang telah diaplikasi oleh generasi hari ini mampu melahirkan ramai atlet sukan yang bertaraf
antarabangsa seperti Dato Lee Chong Wei, Pandalela Rinong, Dato Nicol David dan ramai lagi.

Kesabaran perjuangan pemimpin tempatan yang lampau sebenarnya mencetuskan kebimbangan pihak
penjajah yang akhirnya mengakui kehebatan para pemimpin dan kemudian akur untuk membebaskan
Tanah Melayu daripada belenggu penjajahan. Kesabaran ini juga yang diamalkan oleh generasi hari ini
yang akhirnya menjadikan negara Malaysia sebuah negara industri yang akhirnya mampu menghasilkan
kereta nasional yang boleh dipasarkan di luar negara.

Seterusnya, keberanian perjuangan tokoh tempatan telah memberi inspirasi dan mampu melahirkan
ramai pemimpin negara yang mampu bersuara dan mengeluarkan pendapat dalam arena perbincangan
antarabangsa seperti Persidangan PBB. Buktinya keberanian Perdana Menteri kita dalam membela nasib
mangsa yang terlibat dengan kemalangan kapal terbang MH17 yang ditembak jatuh oleh pihak yang
tidak bertanggungjawab. Perdana Menteri lantang untuk membawa mereka yang bersalah ke muka
pengadilan.

(ii) Pada pendapat anda, apakah peranan yang patut dimainkan oleh penulis akhbar bagi
mengekalkan politik yang stabil di Malaysia pada hari ini?

Pada pendapat saya, peranan yang patut dimainkan oleh penulis akhbar bagi mengekalkan politik yang
stabil di Malaysia pada hari ini ialah hanya menyiarkan berita yang benar atau sahih sahaja. Ini penting
supaya rakyat memahami perkembangan semasa politik tanah air yang sebenar.

Seterusnya, penulis akhbar perlu kerap memaparkan isu yang menggalakkan kerjasama dalam
masyarakat. Contohnya, menulis berita mengenai aktiviti gotong-royong dan aktiviti Rukun Tetangga
yang melibatkan pelbagai kaum di negara ini.

Di samping itu, penulis akhbar juga perlu menyediakan ruangan khas untuk memberi kesedaran
tentang kepentingan perpaduan kaum. Hal ini bertujuan untuk memupuk perpaduan kaum yag menjadi
nadi kestabilan politik sehingga hari ini. Contohnya, gambar sukan yang memupuk perasaan muhibbah
antara pelbagai kaum.

Selain itu, penulis akhbar tidak seharusnya menimbulkan isu-isu sensitif yang boleh menyemarak api
perkauman. Sebaliknya penulis boleh membantu mengekalkan politik yang stabil melalui bahasa.
Contohnya, memartabatkan Bahasa Melayu sebagai perhubungan utama di negara Malaysia. Ini kerana
Bahasa Melayu merupakan bahsa kebangsaan dan alat penyatuan antara kaum seperti yang termaktub
dalam perlembagaan 152.

Akhir sekali ialah penulis akhbar perlu berusaha untuk miningkatkan persaan cinta akan bangsa dan
negara terutama dalam kalangan generasi muda. Contohnya menyediakan ruangan Sejarah untuk
mengetahui tentang peristiwa penting negara seperti kemerdekaan dan perjuangan pemimpin
tempatan. Ini penting agar rakyat tidak melupakan sejarah perjuangan negara demi mengekalkan politik
yang stabil di Malaysia pada hari ini.

(iii) Sekiranya anda adalah seorang penulis akhbar, majalah atau novel pada hari ini, apakah tema
penulis yang akan anda pilih untuk menaikkan semangat nasionalisme dalam kalangan rakyat?

Sekiranya saya adalah seorang penulis akhbar, majalah atau novel pada hari ini, tema penulisan yang
akan saya pilih untuk menaikkan semangat nasionalisme kalangan rakyat ialah tema Perpaduan. Ini
kerana Malaysia terkenal sebagai sebuah negara yang terdiri daripada rakyat pelbagai kaum tetapi
mampu hidup dengan aman dan makmur. Sebagai contoh, tema perpaduan yang ditonkolkan melalui
pengamalan Rumah Terbuka oleh kaum-kaum yang menyambut peryaan masing-masing pada setiap
tahun dan diraikan secara bersama dengan rasa gembira. Hal ini pasti akan berjaya menaikkan dan
menyuburkan semangat nasionalisme kalangan rakyat

Seterusnya ialah tema Malaysia Boleh merupakan slogan yang diilhamkan oleh Tun Dr. Mahathir bin
Mahammad. Slogan ini merupakan ciptaan terlung yang berjaya mengikis persepsi orang luar bahawa
Malaysia adalah negara kampung. Pada asalnya, slogan ini dicipta untuk menyuntik semangat atlet
Malaysia dalam arena sukan tetapi slogan ini akhirnya telah berkembang dan berjaya melakukan
trasformasi besar dalam aspek politik, ekonomi dan sosial sehingga dikagumi oleh negara luar.
Contohnya, kejayaan dua orang pendaki negara iaitu Mohandas dan Magendran yang berjaya samapi ke
puncak Gunung Everest kerana semangat Malaysia Boleh! Semangat ini tentunya akan terus menaikkan
semangat nasionalisme kalangan rakyat.

Selain itu, tema Keistimewaan Malaysia. Dalam tema ini, saya akan memaparkan keistimewaan
Malaysia yang mempunyai kepelbagaian etnik dan budaya etnik terutama di Sabah dan Sarawak. Ini
kerana, Sabah dan Sarawak mempunyai lebih 32 etnik yang terdiri daripada pelbagai budaya, makanan
dan adat tradisi. Hal ini pasti menimbulkan semangat kebanggaan kalangan rakyat Malaysia kerana
mempunyai keunikan yang tersendiri.

Seterusnya ialah tema Kejayaan Rakyat Malaysia. Semua kejayaan yang pernah dicipta oleh rakyat
Malaysia akan dikumpulkan dalam 'Malaysia Boof of Record' untuk dijadikan inspirasi oleh generasi pada
hari ini. Contohnya, kejayaan Datuk Sheikh Muzaffar sebagai angkasawan pertama negara dan Datuk
Nicol David sebagai pemain nombor satu dunia dalam sukan Skuasy. Melalui penulisan ini, pastinya akan
menyuntik semangat generasi muda untuk terus melakar kejayaan dan seterusnya menaikkan semangat
nasionalisme kalangan rakyat.

Akhir sekali ialah tema Patriotik. Tema ini mengangkat perjuangan tokoh-tokoh yang sering dilupakan
setiap kali sambutan ulangtahun kemerdekaan negara. Contohnya, perjuangan Tok Janggut di Kelantan,
Rosli Dhobi di Sarawak dan Mat Salleh di Sabah. Melalui tema ini adalah diharapkan generasi pada hari
ini akan sentiasa merasa bersyukur kerana hidup dalam suasana aman damai dan berusaha untuk
menjaga keamanan negara. Untuk itu, semangat nasionalisme harus subur sentiasa dan mekar mewangi
setiap masa demi kedaulatan negara tercinta.

Soalan 7:Menjana Idea(10 markah) 7a.Cabaran dan langkah 7a(i)Jelaskan cabaran yang dihadapi oleh
negara dalam usaha memupuk semangat nasionalisme dalam kalangan rakyat.(5markah) Cabaran
yang dihadapi dalam usaha memupuk semangat nasionalisme adalah kesukaran mengukuhkan
perpaduan di Malaysia kerana kepelbagaian kaum yang terdapat dalam negara.
Selain itu pengaruh luar juga menyebabkan kurangnya semangat nasionalisme dalam kalangan rakyat
kerana mereka lebih tertarik dengan budaya luar berbanding budaya sendiri,

Perkembangan teknologi yang melalaikan juga menyebabkan kurangnya semangat nasionalisme


teutama dalam kalangan remaja.Mereka lebih suka berhibur daripada membaca dan mencari maklumat
berkaitan sejarah negara.

Disamping itu kurang kerjasama pelbagai pihak berwajib dalam mengadakan program-program yang
berunsur patriotisme menyebabkan semangat nasionalisme kurang dihayati.

Akhir sekali wujudnya jurang perbezaan pendidikan seperti memilih sekolah mengikut kelompok kaum
masing-masing.Ini menyebabkan sukar untuk menwujudkan semangat nasionalisme dalam diri pelajar.
7a(ii)Nyatakan langkah-langkah untuk mengatasi cabaran di atas.(5markah)
Langkah-langkah untuk mengatasi cabaran dalam memupuk semangat nasionalisme dalam kalangan
rakyat adalah semua rakyat haruslah mengukuhkan perpaduan dengan menjayakan konsep 1Malaysia
yang dapat menyatupadukan semua kaum dan menwujudkan perpaduan.

Selain itu pihak yang berkenaan contohnya pihak media haruslah menapis pengaruh luar sebelum
disiarkan.Rakyat juga haruslah bijak memilih maklumat yang disampaikan.

Seterusnya ibu bapa haruslah memantau penggunaan teknologi supaya anak-anak hanya mengakses
maklumat yang positif dan bermanfaat .Ini penting supaya anak-anak mempunyai ilmu pengetahuan
tanpa mengenepikan nilai-nilai murni seperti berakhlak mulia dan bertanggungjawab.

Kerajaan wajib meningkatkan kerjasama daripada pelbagai pihak untuk menganjurkan program-
program berunsurkan nasionalisme.Contohnya,Syarahan kemerdekaan dan kuiz kenegaraan.

Akhir sekali menubuhkan sekolah wawasan boleh menaikkan semangat nasionalisme rakyat kerana
pelajar boleh bergaul dan bekerjasama dalam satu sekolah walaupun berlainan kaum.

7b. Sebab dan kesan


7b(i) Jelaskan sebab-sebab semangat nasionalisme semakin luntur dalam kalangan generasi muda
pada hari ini

Semangat nasionalisme semakin luntur dalam kalangan generasi muda hari ini adalah disebabkan
generasi muda kini tidak mempunyai semangat cinta akan tanah air. Nereka juga tidak memahami
maksud sebenar patriotisme. Selain itu, generasi muda juga mudah terpengaruh dengan anasir-anasir
yang negatif dari media massa ataupun internet.

Generasi muda juga terlalu leka dengan lambakan hiburan yang menyeronokkan. Di saming itu,
generasi muda turut terpengaruh dengan budaya asing yang kini semakin berleluasa di negara kita.
Seterusnya, kurang didikan agama dan kesedaran sivik juga menyebabkan semangat nasionalisme
semakin luntur dalam jiwa generasi muda.

Selain itu, sikap suka mementingkan diri sendiri juga antara sebabnya. Tidak dapat dinafikan bahawa
semangat nasionalisme juga semakin luntur kerana generasi muda kini tidak memahami konsep Rukun
Negara. Generasi muda juga kurang menghayati perjuangan tokoh-tokoh tempatan. Seterusnya,
kurang ilmu pengetahuan turut menyebabkan kurangnya semangat nasionalisme dalam diri generasi
muda kini.

7b(ii) Nyatakan kesan yang akan berlaku sekiranya sikap ini tidak dibendung.

Kesan yang akan berlaku sekiranya sikap ini tidak dibendung ialah generasi muda akan berpecah belah.
Selain itu, keamanan dan keharmonian negara juga akan terancam. Seterusnya, lahirnya individu yang
mementingkan diri sendiri.
Di samping itu, generasi muda juga akan hilang jati diri. Seterusnya, minda generasi muda akan mudah
dijajah dan terpengaruh dengan anasir-anasir luar. Gejala sosial dalam kalangan generasi muda turut
meningkat dan sukar dibendung.

Selain itu, perasaan sebagai rakyat Malaysia tidak akan wujud. Generasi muda juga tidak akan
menghormati Rukun Negara. Seterusnya, pertahanan negara juga akan menjadi lemah. Wawasan2020
turut tidak akan tercapai.

Soalan 8: Iktibar / nilai / patriotisme [5 Markah]


Iktibar/Nilai/Unsur Patriotisme yang diperoleh berdasarkan tajuk yang dikaji.

Anara iktibar yang diperoleh ialah kita hendaklah sentiasa menunjukkan kecintaan kepada negara
untuk mengekalkan kedaulatan negara. Selain itu, kita haruslah bekerjasama dalam mencapai matlamat
negara. Kita juga perlu berganding bahu untuk membangunkan negara supaya negara kita setanding
dengan negara-nengara maju. Seterusnya, kita mestilah berani dan tabah menghadapi cabaran. Di
samping itu, kita haruslah setia kepada pemimpin dan berhati-hati dengan orang asing supaya negara
kita tidak lagi dijajah semula.

Antara nilai yang kita perlu amalkan ialah sentiasa menunjukkan semangat kekitaan dan kesamarataan
dalam apa jua tindakan yang dilakukan. Selain itu, kita perlu menunjukkan kerjasama dan hidup saling
hormat-menghormati di antara pelbagai kaum di Malaysia. Kita juga perlu menunjukkan nilai
menghargai dan menghormati agama kaum lain. Kita juga sentiasa saling memahami dan bertoleransi
dalam apa jua perkara yang dilakukan.

Sebagai rakyat Malaysia yang mempunyai unsur patroitik, kita perlu bersifat terbuka dengan
menyokong perubahan dari semasa ke semasa untuk kearah kebaikan. Selain itu, perpaduan harus
diamalkan sepanjang masa supaya keamanan negara dapat dikekalkan. Sebagai rakyat juga, kita perlu
berbangga dengan kejayaan dan keunikan negara yang terdiri daripada pelbagai kaum dan budaya. Akhir
sekali kita juga wajar menunjukkan penghormatan terhadap kepimpinan negara dan sentiasa bersyukur
dengan kemerdekaan Malaysia yang sudah.

soalan 9 : Kesimpulan [5 markah]

Pengetahuan

Antara Pengetahuan yang saya perolehi ialah mengetahui usaha masyarakat tempatan penjajahan oleh
kuasa luar. Penentangan di dorong oleh hasrat membebaskan negara daripada kuasa penjajah. Abad ke-
19 dan abad ke-20 mengetengahkan ramai pemimpin tempatan daripada pelbagai latar belakangan
bangkit menentang penjajah. Perubahan pentadbiran penjajah mendatangkan pelbagai kesulitan
kepada penduduk tempatan. Penjajahan British telah meninggalkan pelbagai impak dalam aspek politik,
ekonomi dan sosial.
Nilai Murni
Antara nilai murni yang dapat diterapkan ialah semangat juang yang kental dalam mempertahankan
tanah air.Selain itu mempertahankan kedaulatan negara dengan memiliki sikap berani menentang
musuh.Disamping itu ,memiliki jati diri yang tinggi agar tidak mudah menerima pengaruh
luar.Selanjutnya tidak mudah berputus asa dengan menunjukkan semangat setia negara yang
tinggi.Akhirnya kesangupan bekorban demi agama,bangsa dan negara dengan mengetepikan
kepentingan diri.
Unsur Patiotik

Antara yang boleh diterapkan dalam diri ialah cinta akan negara atriotik yang tinggi dan berkorban
nyawa.Contohnya penentangan Tok Janggut.Selain itu,bersatu padu dan mempunyai semangat kekitaan
bagi mewujudkan keharmonian negara.

Harapan dan masa depan

Harapan saya agar rakyat Malaysia dapat memperkukuh semangat nasionalisme yang tinggi.Hal ini
juga,supaya dapat pertahan negara daripada campur tangan kuasa asing dan seterusnya dapat
mengekalkan kedaulatan negara.Akhir sekali semoga rakyat Malaysia saling menghormati antara satu
sama lain untuk mewujudkan keamanan

Anda mungkin juga menyukai