Anda di halaman 1dari 21

1.

0 PENGENALAN

Jika di fahami dari segi makna ataupun maksud di sebalik perkataan kolonialisme ini, dapat
diketahui bahawa ianya berasal daripada perkataan Latin colonia yang bererti tanah jajahan.
Oleh itu, kolonialisme adalah satu sistem di mana suatu negara menguasai rakyat dan
sumber negara lain tetapi masih tetap berhubungan dengan negara asal. Tujuan utama
peluasan kuasa ini adalah untuk menguasai kepentingan ekonomi, persaingan antara kuasa-
kuasa besar Eropah dan juga penyebaran agama Kristian. Selain itu, kolonialisme
bermaksud penguasaan sesebuah bangsa ke atas bangsa lain samaada dari sudut politik,
ekonomi mahupun sosial. Corak kolonial Barat yang berlaku dalam masyarakat di Tanah
Melayu berlaku dalam masa yang singkat tetapi meninggalkan kesan yang sangat meluas. Di
samping itu, ianya juga meninggalkan kesan yang sangat besar yang dapat dilihat daripada
corak pemerintahan kesan daripadakedatangan barat. Malahan, kedatangan orang-orang
Eropah ke Tanah Melayu bermula selepas kedatangan Islam dan telah mengubah corak
kehidupan masyarakat Melayu pada ketika itu.Kedatangan Baratbermula pada awal abad ke-
16 dan mencapai kemuncaknya pada pertengahan abad ke-19. Masyarakat Eropah datang
ke Tanah Melayu dalam bentuk kolonialisme dan memperkenalkan ekonomi kapitalisme.
Kedatangan barat membawa satu kebudayaan baharu yang mengubah keperibadian dan
identiti kebudayaan Melayu.Hal ini disebabkan oleh Barat tidak membawa sifat-sifat yang
mengguntungkan rakyat. Kedatangan Inggeris ke Tanah Melayu yang membawa sistem
kapitalisnya dan campur tangan dalam hal ehwal politik dan pentadbiran Tanah Melayu telah
menyebabkan perubahan konflik nilai di antara masyarakat Melayu. Berbanding dengan
Islam, dimana proses pemodenan kebudayaan terhasil daripada proses pengislaman yang
telah mengubah pandangan hidup kepada rasionalisme dan intelektualisme serta seluruh
keperibadian insan. Penjajahan British di Tanah Melayu telah membawa satu perubahan
yang besar terhadap penduduk Tanah Melayu khususnya dari segi sosial. Penyebaran
agama Kristian telah berlaku di rantau ini setelah kedatangan kuasa Barat namun tidaklah
begitu ketara. Di Tanah Melayu, pengaruh peradaban Barat lebih merujuk kepada bidang
material dan banyak mempengaruhi kebudayaan dan institusi-institusi sosial. Namun, ajaran
Islam di Tanah Melayu tetap menjadi pegangan utama masyarakat Melayu. Pengaruh
peradaban Barat dapat dilihat melalui sistem pendidikan, kewujudan masyarakat majmuk,
dan kewujudan bandar-bandar moden. Kesan kolonialisme ke atas Tanah Melayu telah
memberi kesan bukan sahaja dari segi politik dan ekonomi, tetapi juga merangkumi aspek
sosial. Kedatangan Inggeris bukan sahaja memperkenalkan ekonomi kapitalisnya bahkan
menyebabkan pergolakan dan perkembangan baharu manusia di Asia Tenggara.Hal ini juga

1
telah mewujudkan pertembungan budaya antara budaya barat dengan budaya Melayu yang
lebih berteraskan konsep Islam.

2.0 FAKTOR KEDATANGAN BRITISH KE TANAH MELAYU

2.1 SOSIAL

2.1.1 PENYEBARAN AGAMA KRISTIAN

Menjelang abad ke16, 17 dan 18 memperlihatkan telah bermula erakerancakan orang Barat
untuk mencari tanah jajahan yang khususnya di Tanah Melayu. Kekayaan sumber bahan
mentah yang terdapat di Tanah Melayu mendorongkedatangan kapal-kapal penjajah dari
Barat untuk memasuki Selat Melaka. Kedatangan orang barat telah bermula melalui
pengguasaan bangsa Portugis pada 1511 ke atas Kota Melaka, kemudian Belanda 1641 dan
akhirnya British 1786. Kedatangan mereka bermatlamatkan kepada konsep 3G IAITU Gold,
Glory dan Gospel serta mereka juga berusaha untuk menggembangkan agama Kristian.
Orang Portugis membawa mazhab Katolik, orang Belanda pula membawa mazhab Protestan
(Calvinist), dan Inggeris membawa Gereja Kristian (Anglican). Oleh yang demikian, dasar
Belanda yang memusuhi Katolik (Boxer 1965) telah menyebabkan perkembangan ajaran
Katolik terbantut buat sementara waktu.

Walau bagaimanapun, setelah bermulanya pertapakan Inggeris dengan menjejakkan


kaki ke Tanah Melayu telah mendorong kepada mazhab Katolik telah berkembang semula
(Healey 1951). Hal ini dapat dibuktikan melalui penyataan oleh Kosuke Koyama dan Adib
Majul dalam buku beliau iaitu The Crusader Theory yang menyatakan bahawa kedatangan
kuasa-kuasa penjajah dari barat jelas memperlihatkan bahawa keghairahan mereka untuk
menyebarkan agama Kristian. Hal ini disebabkan oleh matlamat mereka yang berpegang
kepada slogan 3G ini iaitu Gospel, Gold dan Glory atau Gun and Ointment.

Penubuhan London Missionary Society (LMS) pada tahun 1795 yang berdasarkan
ajaran Bible: go, therefore, and make disciples of all nation, baptizing them in name of the
Father, and of the son, and the Holy spirit (Matthew 28:19) telah menjadi pendorong utama
dalam melakukan penyebaran agama Kristian di alam Melayu.1 Kehadiran penjajah asing ke
Tanah Melayu juga memang tidak dapat dinafikan, hal ini demikian kerana tujuan mereka
datang ke Tanah Melayu adalah lanjutan daripada peperangan di antara Islam dengan
Kristian yang berlaku di barat dalam era perang salib pada abad ke 11, 12 dan 13 (Ryan
1976dan 1965 ). Semasa British menguasai Tanah Melayu terdapat seorang mubaligh

1 Ghazali Basri, 1999, Gerakan Kristian, Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia, Hlmn 12.

2
Kristian yang bernama J.Moore yang memakai pakaian Melayu yang hidup cara Melayu ini
sebagai muslihat dan bertujuan untuk menarik minat orang-orang Melayu agar masuk
Kristian.2

Para apologetic Kristian mengambil kaedah diplomasi dalam usaha mereka untuk
menyebarkan agama Kristian kepada orang Islam. Keadaan ini dapat dilihat selepas Perang
Dunia Kedua apabila negeri-negeri dibawah penjajahan Barat melepaskan diri daripada
penjajahan politik pada tahun-tahun 60an. The Moslem World, sebuah majalah ilmiah pada
1911 telah mengkaji terhadap pemikiran Islam. John Rauws, seorang mubaligh Kristian
berbangsa Belanda telah menulis pada tahun 1911 dan mencadangkan langkah-langkah
yang perlu diambil untuk menghadapi orang Islam seperti berikut “… the issue is clear,
another battle berween Islam and Christianity must be fought to a finish. The need is for
more workers and more vigorous policy” (The Moslem World 1911). Pengembang agama
Kristian mengakui betapa sukarnya menjalankan dakwah terhadap orang Islam. Oleh itu,
gerakan misionari dirancang agar menggunakan pendekatan psikologi dan sosiologi bagi
menawan hati orang Islam.3

2.2 EKONOMI

2.2.1 MENGEKSPLOITASI EKONOMI

Penjajahan British di Tanah Melayu merupakan sebahagian daripada proses persaingan


antara kuasa Barat untuk menguasai tanah jajahan. Pada peringkat awal penerokaannya ke
dunia luar, terutama sekali di negara-negara sebelah Timur, British menginginkan pasaran
dan pusat-pusat perniagaan yang lebih meluas dan mempunyai sumber bahan mentah yang
banyak. Ekoran daripada bermulanya revolusi perusahaan yang berlaku di Eropah,
keperluan Britain telah berubah kepada bahan-bahan mentah. Bekalan bahan mentah yang
banyak dan berterusan hanya terjamin jika pihak British mempunyai tanah jajahan yang
sesuai dan dapat memperoleh keperluan tersebut. Maka dengan itu, kekayaan yang di miliki
oleh negeri-negeri Melayu telah menarik minat orang barat untuk menguasai sumber
ekonomi Tanah Melayu dengan menjadikan Tanah Melayu sebagai pusat untuk memperolehi
bahan mentah.

Selepas Revolusi Perusahaan, Amerika Syarikat dan Britain merupakan pembeli bijih
timah yang terbesar pada waktu itu. Tanah Melayu yang kaya dengan bijih timah menjadi
semakin penting untuk memenuhi keperluan mereka. Pihak British sedar jika mereka tidak

2Ibid.
3Ibid, Hlmn 40.

3
menguasai Tanah Melayu, kuasa Eropah yang lain akan berbuat demikian.4Pihak penjajah
sedar bahawa usaha untuk mengeksploitasi bahan mentah di Tanah Melayu mungkin akan
tergendala jika penduduknya sedikit dan kekurangan tenaga buruh yang murah serta
kemahiran dalam melakukan kerja-kerja tertentu. Oleh itu mereka telah membawa masuk
buruh dari luar seperti China. Golongan tuan tanah pula telah berubah menjadi golongan
pemodal yang menguasai punca pengeluaran perindustrian.

3.0 SEBELUM KOLONIALISME

Perkataan tradisional biasanya menggambarkan sifat atau keadaan sesuatu masyarakat


sebelum kedatangan penjajah asing dan sebelum munculnya pengaruh modenisasi. Corak
Tradisional juga dapat di fahami dengan mengambil kira segala aspek yang bercorak tradisi
yang di amalkan pada masa lampau. Hal ini dapat juga diertikan sebagai masyarakat Melayu
sebelum tahun 1900 sehingga sebelum tahun kemerdekaan 1957. Pengertian ini bersifat
subjektif kerana terdapat ukuran yang memisahkan di antara tradisional dengan moden
dalam masyarakat Melayu terutama setelah kedatangan Barat. Proses pemodenan jika
dilihat dari sudut kebendaan boleh diukur melalui proses penerimaan cara dan teknologi
barat khususnya selepas Revolusi Industri.

Sehubungan dengan itu, menurut catatan sejarah yang menyatakan bahawa


hubungan dengan orang barat seperti Portugis, Belanda dan Sepanyol di Alam Melayu telah
berlaku lebih awal jika di telusuri secara mendalam. Ekoran daripada itu, telah
menyebabkan pelbagai kesan yang besar berlaku dalam aspek sosial, ekonomi dan juga
politik serta pendidikan yang amat ketara setelah termeterainya Perjanjian Pangkor
1874.Selain itu, perubahannya juga dapat dilihat selepas berlakunya campur tangan British
dalam politik dan juga pemerintahan tradisional masyarakat Melayu. Meskipun begitu,
pemodenan dari segi intelektualisme dan kerohanian sebenarnya telah berlaku setelah
proses pengislaman Alam Melayu mengambil tempat dan menjadi ciri yang baharu dalam
masyarakat tradisional.5

3.1 POLITIK

Sistem politik merujuk kepada suatu bentuk susunan atau peraturan yang berkaitan dengan
pemerintahan sesebuah negara atau hubungannya dengan negara lain. Masyarakat Melayu
tradisional merupakan sekumpulan masyarakat yang hidup dalam kelompok dan

4Ruslan Zainuddin, 2003, Sejarah Malaysia, Kedah: Universiti Utara Malaysia, Hlmn 171-178.
5 A. Aziz Deraman, 2001,Masyarakat dan Kebudayaan Malaysia, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,
Hllmn 89-90.

4
mengamalkan adat resam yang di amalkan secara turun-temurun. Kelompok masyarakat
tradisional ini sangat kecil dan tidak mempunyai ramai kakitangan untuk mentadbir.6

Sistem politik masyarakat Melayu sebelum kedatangan kuasa Barat pada umumnya
bersifat feudal. Sistem ini membahagikan rakyat mengikut susun lapis yang berbentuk
piramid dengan hierarki pemerintahan berdasarkan kepada dua golongan iaitu golongan
yang memerintah dan golongan yang diperintah. Golongan yang memerintah terdiri
daripada raja atau sultan, kaum bangsawan, pembesar, pemimpin agama dan pendeta.
Manakala golongan yang diperintah pula terdiri daripada rakyat biasa, iaitu petani, peniaga
atau pedagang, buruh biasa, buruh mahir dan golongan hamba. Mengikut susunan ini, raja
atau sultan merupakan pemerintah yang tertinggi dalam struktur pemerintahan tradisional.

Semua kuasa berpusat dikuasai oleh golongan pemerintah yang diketuai oleh raja
atau sultan kerana baginda memiliki kuasa tertinggi dalam sistem politik tersebut. Raja atau
sultan dibantu oleh sebilangan besar orang kenamaan berketurunan raja dan bangsawan
dalam politik, adat istiadat, undang-undang, ekonomi dan tentera.

Dalam susunan hierarki pemerintahan ini, rakyat biasa dan golongan hamba berada
pada lapisan yang terakhir. Pembahagian susun lapis masyarakat kepada dua golongan
kelas ini merupakan satu daripada unsur asas dalam struktur politik dan sosial masyarakat
Melayu tradisional yang bercorak feudal. Raja atau sultan menjadi lambang perpaduan dan
berperanan sebagai tempat rujukan (Gullick, 1978:6). Hubungan antara kelas atasan dan
bawahan bersifat timbal balik ataupun dua hala iaitu saling memerlukan antara satu sama
lain. Di samping itu, Sultan juga merupakan lambang kepada agama Islam yang juga
memainkan sebagai Ketua agama Islam bagi Tanah Melayu. Sultan yang memerintah
negeri-negeri Melayu juga berperanan sebagai pemerintah dalam semua aspek termasuklah
dalam politik, ekonomi malahan aspek sosial. Sebelum kedatangan orang Barat,tampuk
pemerintahan di Tanah Melayu di kuasai sepenuhnya oleh Sultan tetapi setelah kedatangan
mereka telah memperkenalkan system ala barat yang mengubah struktur pemerintahan
tradisional kepada system yang baharu.7

6 Ruslan Zainuddin, 2003, Sejarah Malaysia. Kedah: Universiti Utara Malaysia, Hlmn 4-5.
7 Chin Yee Mun, 2010, Kenegaraan Malaysia, Selangor: Pearson Malaysia Sdn.Bhd, Hlmn 5-6

5
3.2 SOSIAL

3.2.1 PENDIDIKAN

Masyarakat Melayu telah sekian lama mempunyai system pendidikan yang tersendiri yang
dianggap klasik dan tradisional. Sistem masyarakat Melayu pada peringkat awal bukanlah
berlandaskan untuk mencapai mobiliti sosial tetapi untuk memenuhi tuntutan keagamaan
dan kerohanian dalam kehidupan beragama. Mengenai sistem pendidikan, perkembangan
ilmu pengetahuan dan pandangan terhadap semesta dibawa oleh ajaran agama Islam yang
membawa perubahan dan pembaharuan kepada peradaban Melayu. Maka dengan itu,
selepas kedatangan pengaruh Islam telah menjadikanistana sebagai tempat untuk
penyebaran ilmu pengetahuan. Institusi-institusi pendidikan samaada secara rasmi atau
tidak rasmi telah wujud antaranya ialah pendidikan di peringkat madrasah, pondok atau
pesantren atau di masjid-masjid dan surau-surau. Hal ini menunjukkan bahawa semua
golongan tanpa mengira kedudukan sosial berpeluang untuk mempelajari ilmu pengetahuan
terutama ajaran Islam.8

Sebelum kedatangan British, kanak-kanak di Tanah Melayu hanya mendapat


pendidikan di sekolah pondok, madrasah, surau, dan masjid. Sistem pengajian yang tertua
adalah sekolah pondok yang menekankan pelajaran pengajaran al-quran dan pendidikan
masyarakat. Sebelum kedatangan pejajah barat, masyarakat melayu hanya memfokuskan
aspek-aspek seperti pembacaan al-quran, mempelajari bahasa Arab, hukum-hukum agama,
kemahiran membaca, mengira dan menulis. Perkataan pondok berasal dari bahasa Arab
yang bermaksud tempat penginapan, tetapi menurut istilah ianya bererti institusi pendidikan
dan pengajaran agama Islam yang dilaksanakan dengan cara tidak formal di Tanah Melayu
pada ketika itu. Sistem pendidikan pondok dipercayai bermula sejak abad ke-17 lagi. Mata
pelajaran yang diajar di Tanah Melayu seperti tauhid, tafsir dan fekah dan lama-kelamaan
sekolah pondok telah berkembang menjadi madrasah. Ulama Islam juga turut
memperkenalkan tulisan Arab kepada penduduk tempatan dan disesuaikan dengan kaedah
sebutan bahasa Melayu maka terbentuklah tulisan Jawi.Golongan mubaligh dan ahli Sufi dari
Asia Barat dan India telah memainkan peranan penting dalam mengajar penduduk tanah
Melayu dalam pelajaran.9

Pondok yang bertindak sebagai institusi Islam membolehkan masyarakat dapat


berinteraksi dengan anggota masyarakat yan lain dan dapat bekerjasama dengan saling

8UniversitiMalaya, 2001,Tamadun Islam dan Tamadun Asia,Kuala Lumpur: Universiti Malaya, Hlmn 168.
9Kassim Thukiman, 2002,Malaysia Perspektif, Sejarah dan Politik, Johor Darul Ta’zim: Universiti Teknologi
Malaysia, Hlmn 50.

6
membantu antara satu sama lain. Hubungan timbal balik antara masyarakat dengan pondok
begitu harmoni dan berterusan yang menyebabkan kedua-duanya saling memberi dan
menertima. Sistem pendidikan pondok memberikan kesan yang sangat besar dalam
kehidupan masyarakat Islam sehingga membolehkan sekolah pondok dapat mmbentuk nilai-
nilai yang baik yang dianuti oleh masyarakat. Dengan pengaruh Tok guru yang begitu besar
dalam kehidupan masyarakat Islam telah menjadikan semua pihak baik orang perseorangan
mahupun badan-badan kemasyarakatan serta tidak terkecuali badan pemerintah bersama-
sama menutut ilmu keagamaan secara sama rata sahaja. Di samping itu,peranan dalam
institusi pendidikan Islam telah membentuk masyarakat Melayu yang mempunyai sifat-sifat
yang terpuji selaras dengan tuntutan Islam.10

3.2.2 STRUKTUR MASYARAKAT

Sebelum abad ke-19, struktur masyarakat tradisional belum lagi dipengaruhi oleh kuasa
British walaupun telah wujud hubungan dengan dunia luar namun struktur masyarakat
masih bersifat tradisional. Portugis yang telah berjaya memasuki Tanah Melayu pada tahun
1511 telah memperkenalkan sistem yang baharu tetapi ianya disesuaikan dengan sistem
masyarakat Melayu dengan pengertian personel sahaja tetapi sistem keseluruhannya tidak
dirombak. Struktur masyarakat tradisional adalah lanjutan daripada corak pemerintahana
Hindu yang mengakibatkan perpecahan dalam struktur masyarakat mengikut kelas iaitu
golongan bangsawan dan golongan rakyat.

Rakyat hidup dalam kelompok di wilayah yang sama selalunya di pesisiran dan
wujud perbezaan sosial di antara rakyat disebabkan oleh faktor kerja, status dan kuasa.
Pembahagian kerja dalam kalangan masyarakat cuba membezakan antara unit sosial itu tadi
manakala status pula memperlihatkan nilai prestij yang berbeza dalam struktur
keseluruhannya. Masyarakat melayu digambarkan dalam satu piramid besar dengan
golongan bangsawan dikedudukan yang teratas bersama pembesar yang lain dan diikuti
oleh golongan yang diperintah. Dalam struktur masyarakat feudal ini, rakyat tidak
mempersoalkan kedudukan politik dan ini menjadikan sistem yang ada di Tanah Melayu
ketika itu stabil.11

Satu perkara yang menarik dalam susun lapis masyarakat Melayu tradisional ialah
wujudnya mobiliti kemasyarakatan seperti yang disebut dalam Sejarah Melayu dan terdapat
dua jenis mobiliti sosial yang berlaku dalam masyarakat iaitu secara mendatar dan

10 Ismail Deraman, 1993, Tamadun Melayu Jilid Dua, Selangor: Dewan Bahasa dan Pustaka, Hllmn 759-760.
11 A. Aziz Deraman, 2001, Masyarakat dan Kebudayaan Malaysia, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,
Hllmn 91-92.

7
menegak. Mobiliti secara mendatar merujuk kepada pergerakan yang berlaku dalam lapisan
masyarakat itu sendiri seperti pertukaran tugasdan pekerjaan tanpa menjejaskan taraf sosial
seseorang dalam kelompok masyarakat, ini bermaksud walaupun fungsi sosial seseorang itu
berubah namun taraf mereka dalam susun lapis masyarakat itu tidak berubah. Sementara
mobiliti secara menegak pula melibatkan pergerakan dari satu taraf masyarakat kepada satu
taraf yang lain. Mobiliti menegak biasanya berlaku apabila seseorang anggota masyarakat
yang bukan sahaja dapat mengubah bentuk dan jenis tugasnya tetapi berpeluang
mengubah taraf sosial dalam masyarakatnya. Mobiliti menegak dalam kalangan rakyat biasa
jarang berlaku. Melalui perkahwinan juga membolehkan seseorang mencapai kelas yang
lebih baik seperti perkahwinan berlaku diantara kerabat diraja lelaki dengan perempuan
biasa.12

3.3 EKONOMI

3.3.1 KEGIATAN SARA DIRI

Masyarakat Melayu tradisional mengamalkan kegiatan ekonomi yang berbentuk sara diri.
Sara diri bermaksud kegiatan ekonomi yang tidak dikendalikan bagi mendapatkan bahan-
bahan makanan dan hasil-hasil lain untuk memenuhi keperluan hidup seharian. Keperluan
ekonomi petani hanya cukup untuk menyara keperluan hidup keluarga dengan menekankan
kepada keperluan asas. Oleh itu, perhatian utama ditumpukan kepada usaha-usaha untuk
mendapatkan sumber makanan (Aziz Khalid, 1997:223-4). Masyarakat mengamalkan cara
pertanian yang simple iaitu dengan menggunakan tenaga binatang dan tenaga manusia
yang terdiri daripada anggota keluarga sendiri.

Masyarakat tradisional tidak memerlukan lebihan yang banyak dan biasanya lebihan
jarang didapati. Mereka juga boleh memperoleh sumber makanan daripada dusun yang
berdekatan dengan kampung halaman. Jika mereka menghendaki barang keperluan yang
lain seperti pakaian dan garam yang tidak mampu dikeluarkan sendiri, mereka boleh
mendapatkan barangan tersebut melalui sistem pertukaran barang (sistem barter) di
kampung sendiri atau dari tempat lain.

Kegiatan ekonomi masyarakat Melayu tradisional juga berhubung rapat dengan


kedudukan petempatan masyarakat itu sendiri. Lazimnya masyarakat Melayu tradisional
mendirikan petempatan berhampiran dengan laut atau di pinggir sungai dan di sekitar
kawasan pedalaman, ekonomi utama ialah pertanian dan perikanan dalam suatu bentuk

12 Ruslan Zainuddin, 2003,Sejarah Malaysia, Kedah: Universiti Utara Malaysia, Hlmn 85.

8
ekonomi peasant.13Orang Melayu juga dikatakan sebagai satu bangsa yang bergantung
hidup kepada kepada sungai dan laut. Mereka menetap di sepanjang sungai yang sesuai
untuk di jadikan penempatan. Hal ini membolehkan mereka memperolehi sumber air dan
sumber makanan daripada laut dengan mencukupi.

Masyarakat Melayu mengusahakan penanaman padi sawah dan padi huma.Selain


daripada itu juga, masyarakat Melayu juga terlibat secara langsung dalam aktiviti
perlombongan yang merupakan aktiviti penting bagi masyarakat Melayu. Orang Melayu
telah lama mengusahakan lombong bijih timah dengan cara mendulang. Kawasan-kawasan
hulu sungai merupakan kawasan perlombongan bijih timah bagi orang Melayu. Bijih timah
dileburkan dan dijadikan jongkong kemudian dihantar ke hilir sungai untuk dijual. Kerja ini
diawasi oleh seorang pembesar daerah. Manakala Sultan pula menerima bahagiannya dalam
bentuk cukai daripada pedagang bijih timah.

Di samping itu, aktiviti perdagangan juga memainkan peranan penting sebagai asas
ekonomi masyarakat Tanah Melayu. Selat Melaka, Selat Sunda, Lombok, Banda, Sulu dan
Jawa telah menjadi laluan kapal-kapal dagang untuk melakukan aktiviti perdagangan. Selat
Melaka merupakan selat yang paling sibuk laluannya sejak abad ketujuh masihi lagi dan
dikatakan pelabuhan Melaka juga setanding dengan Pelabuhan Venice pada suatu ketika
dahulu.14

4.0 KESAN KOLONIALISME-SELEPAS KOLONIALISME

Penjajahan British di Tanah Melayu merupakan sebahagian daripada proses persaingan


kuasa barat untuk menguasai tanah jajahan dan mengeksploitasi kegiatan ekonomidi Asia
Tenggara terutamanya pada abad ke-19.Permintaan yang tinggi terhadap sumber bijih
timah dan getah ekoran daripada revolusi industry yang berlaku mendorng mereka
mendapat bahan mentah tersebut demi untuk memenuhi kemahuan mereka. Lantaran itu,
Britishjuga mengamalkan diplomasi yang sangat berhati-hati dengan Sultan dan pembesar
Melayu untuk mencapai segala hasrat mereka. Namun hakikatnya, mereka sering
menggunakan kaedah diplomasi kapal perang atau cara ugutan dengan mana-mana
pemerintah di Tanah Melayu untuk memenuhi kemahuan mereka, cara dan kaedah ini
bertujuan untuk mengelakkan penentangan khususnya daripada orang Melayu.

13Ruslan Zainuddin, 2003, Sejarah Malaysia, Kedah: Universiti Utara Malaysia, Hlmn 96.
14Rosliha Muhammad, 2000m, Kesan Kolonialisme Ke Atas Peradaban Melayu: Rujukan Khas Kepada Kuasa
Penjajah, http://studentsrepo.um.edu.my/491/6/BAB5.pdf diakses pada 02 Mei 2015.

9
Kedatangan British ke Tanah Melayu bukannya untuk merombak dan
menghapuskan sistem politik tradisional yang terdapat di Tanah Melayu tetapi yang berubah
hanya dari segi kuasa sahaja dimana kuasa Sultan dan pembesar telah berpindah ketangan
Residen namun mereka tidak campur tangan dalam soal agama islam dan adat istiadat.
Dengan kehadiran British, kedudukan raja hanyalah bersifat official ceremony sahaja.
Penjajahan British diTanah Melayu telah meninggalkan implikasi yang mengubah kaca mata
orang Melayu kepada lebih bercorak British samaada dari segi politik, ekonomi dan sosial
serta bidang pendidikan.15

4.0.1 POLITIK

4.0.1.1 PENGENALAN SISTEM RESIDEN

Termeterainya perjanjian Pangkor ini secara tidak langsung telah mengubah sistem poitik
tradisional yang di amalkan selama ini akibat kemasukan unsur-unsur Barat. Di antara 14
fasal yang terdapat dalam perjanjian ini, fasal ke-6 menjadi paling penting kerana ianya
menjadi punca utama perubahan dalam pemerintahan tradisional.

Pelantikan seorang residen untuk membantu dan menasihat sultan dalam semua
urusan pentadbiran secara tidak langsung telah mengubah keseluruhan pemerintahan tradisi
di negeri-negeri Melayu. Sebelum pelantikan residen, sultan merupakan pemerintah tertinggi
dalam institusi pentadbiran negeri dan baginda dibantu oleh pembesar-pembesar di
bawahnya. Kedudukan sultan yang paling tinggi menyebabkan baginda mempunyai kuasa
mutlak dalam segala hal dan bebas membuat dasar negeri tanpa sebarang gangguan. Akan
tetapi setelah wujud sistem residen yang diperkenalkan sebagai penasihat sultan telah
menggugat kedudukan sultan.

Hal ini demikian kerana tugas residen secara ‘Dejure’ adalah menasihat sultan yang
memerintah dalam urusan pentadbiran namun pada hakikatnya lain pula yang berlaku. Hal
ini berdasarkan pada perjanjian tersebut, sultan hendaklah meminta dan mematuhi nasihat
daripada residen British. Hal ini menyebabkan kuasa politik pemerintahan telah berubah
daripada sultan kepada residen dan sultan hanya berkuasa dalam adat istiadat Melayu dan
agama Islam sahaja. Contoh yang dapat dilihat di sini ialah kisah residen British yang
pertama iaitu James Wheeler Woodford Birch (J.W.W.Birch) yang dihantar pada 4 November
1874, telah melanggar institusi Melayu. Birch yang sepatutnya menjadi penasihat sultan
Abdullah telah melanggar peraturan perjanjian dengan cara cuba memusatkan kuasa

15Kassim Thukiman, 2002,Malaysia Perspektif, Sejarah dan Politik, Johor Darul Ta’zim: Universiti Teknologi
Malaysia, Hlmn 73-74.

10
pemerintahan sepenuhnya ke tangan beliau. Segala keputusan di ambil tanpa berunding
dengan sultan Abdullah, malah beliau menggunakan tekanan dan ugutan terhadap sultan
Abdullah bagi mendapatkan tandatangan untuk melaksanakan peraturan-peraturan baru di
Perak sehingga berlakunya pembunuhan J.W.W. Birch di Pasir Salak Perak pada 2 November
1975 dan telah meleraikan perasaan tidak puas hati masyarakat Melayu terhadap institusi
Inggeris.16

Kedatangan Inggeris menemukan dua masyarakat yang berbeza dari segi asas
kemasyarakatan, ekonomi dan politik. Sistem beraja Inggeris tidak boleh disamakan dengan
sistem beraja di Tanah Melayu. Hal ini demikian kerana, di Tanah Melayu raja berkuasa
penuh dan mempunyai kawalan kepimpinan yang kuat. Manakala sistem pemerintahan dan
penyelarasan kekuasaan masyarakat Inggeris adalah lebih kompleks dan dipusatkan
berbanding dengan masyarakat Melayu yang pada masa itu berpecah belah. Pihak Inggeris
mengambil kesempatan ini dengan memperkenalkan sistem pentadbiran yang
mengakibatkan perombakan dan pembentukan pemerintahan yang dipusatkan dan
menentukan sempadan negeri buat pertama kalinya.

Raja yang berkuasa terhadap sesuatu kawasan merupakan individu yang diterima
oleh Inggeris dan sanggup menerima Sistem Residen untuk menasihati mereka dari segi
pemerintahan. Nilai baru dan perubahan dasar yang diperkenalkan oleh Inggeris berhubung
dengan kedudukan sultan ini yang menjadikan raja sebagai lambang Negara sebenarnya
dikuasai oleh penasihat Inggeris dan pegawai-pegawainya. Pembesar yang cuba melawan
akan menerima penentangan Inggeris melalui pertempuran ataupun serangan dan
sesetengah pembesar ditangkap ataupun di buang negeri.

Dalam sistem residen ini, kuasa raja tidak lagi tertumpu pada politik dan ekonomi,
tetapi telah bertukar menjadi kuasa kepada adat resam orang Melayu dan hal ehwal agama
Islam sahaja. Inggeris beranggapan, pemerintahan secara tidak langsung ini sangat baik,
cekap dan akan mengurangkan belanja. Mereka telah memperoleh kerjasama sultan, di
samping mengekalkan hak istimewa mereka dan gaji yang besar. Kerjasama sultan ini
memungkinkan pemerintahan Inggeris tidak ditentang padahal semakin hari kuasa raja
mulai dilucutkan termasuk kuasa ekonomi dan raja hanya menjadi lambang kekuasaan di
Tanah Melayu itu sedangkan Inggeris sudah mulai menguasai sepenuhnya pentadbiran di
Tanah Melayu ketika itu.

16Rosliha Muhammad, 2000, Kesan Kolonialisme Ke Atas Peradaban Melayu: Rujukan Khas Kepada Kuasa
Penjajah, http://studentsrepo.um.edu.my/491/6/BAB5.pdf diakses pada 08 Mei 2015.

11
Birokrasi moden telah diwujudkan dan dianggotai oleh pegawai baharu dengan
residen Inggeris berada di puncaknya. Corak pentadbiran formal ini sangat memerlukan
kakitangan dan pegawai yang patuh pada pemerintah dan harus berbeza daripada
pembesar yang ada disekeliling. Hal ini memperlihatkan keadaan yang tidak bersepadu,
yakni pembesar dapat membantah kuasa raja pada bila-bila masa. Inggeris telah membawa
kakitangannya dari England bagi memenuhi keperluan pentadbirannya sebelum pelantikan
anak negeri dibuat dalam kalangan golongan pembesar bangsawan tradisional yang tidak
menentang campur tangan mereka dalam pentadbiran.17

4.1 SOSIAL

4.1.1 SISTEM PENDIDIKAN

Inggeris memperkenalkan sistem pendidikan baharu yang membekalkan pegawai


pentadbiran kolonial yang kemudiannya menimbulkan golongan baharu dalam masyarakat
yang sebelum ini tidak wujud dalam masyarakat tradisional. Pihak Inggeris membuka
sekolah untuk melatih pegawai rendah anak negeri yang terdidik mengikut cara barat bagi
menjaga kepentingan penjajahan mereka.18 Pada mulanya para pengembang agama
Kristian tidak dibenarkan masuk ke negeri-negeri di Semenanjung kerana takut
menimbulkan kemarahan orang-orang Melayu-Islam dan mereka tidak dibenarkan
mengembangkan agama mereka dalam kalangan orang Melayu.

Justeru itu, merekapun mengalihkan pandangan kepada mengadakan kemudahan-


kemudahan pelajaran untuk anak-anak kaum lain yang lebih tinggal di kota yang baru
didirikan di negeri-negeri naungan dan sekolah-sekolah Inggeris dan sekolah Inggeris anak
negeri didirikan. Salah satu kesan yang timbul, sungguhpun tidak dimaksudkan pada
mulanya telah menyebabkan wujudnya sikap bias kaum tani, maka untuk pelajaran Melayu
ianya dianggap perlu. Keadaan ini mewujudkan jurang yang terpisah antara pelajaran
bahasa Inggeris daripada orang-orang Melayu. Sungguhpun sekolah-sekolah pengembang
agama Kristian bersedia untuk memberikan pelajaran duniawi kepada masyarakat Melayu,
namun ramai ibu bapa tidak bersedia menghantar anak mereka ke sekolah berkenaan
kerana bimbang terpesongnya anak-anak mereka dari didikan agama Islam. Sehingga tahun

17 Kassim Thukiman, 2002,Malaysia Perspektif, Sejarah dan Politik, Johor Darul Ta’zim: Universiti Teknologi
Malaysia, Hlmn 121-122.
18 A. Aziz Deraman, 2001,Masyarakat dan Kebudayaan Malaysia, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,

Hllmn 122.

12
1900 sudah ada 24 buah sekolah Inggeris pelbagai bentuk di negeri-negeri Melayu yang
sekarang dipersekutukan. 19

Pihak Inggeris telah mendirikan sekolah Inggeris yang terbuka kepada semua kaum.
Penang Free School pada tahun 1816 dan kemudian diikuti oleh sebuah lagi sekolah di
Melaka pada tahun 1926, kemudian King Edward VII dibina di Taiping dan Victoria
Institution di Kuala Lumpur. Dalam hal ini, orang Melayu tidak menolak seratus peratus
pendidikan Inggeris, tetapi mereka tidak dapat menghantar anak-anak mereka bersekolah di
bandar kerana mereka tinggal jauh di kampung-kampung. Dengan keadaan seperti ini
jelaslah kepada kita bahawa sistem pendidikan yang diperkenalkan oleh Inggeris di Tanah
Melayu melalui dasar pecah dan perintah. Mereka menentukan pendidikan berdasarkan
peranan ekonomi menurut kumpulan etnik.

Di samping itu, pendidikan di Tanah Melayu berperanan untuk menyebarkan nilai-


nilai asing. Sekolah- sekolah yang dibina oleh penjajah terpisah daripada penduduk peribumi
samaada dari segi bahasa ataupun nilai-nilai kemasyarakatan. Hal ini demikian kerana
kanak-kanak diajar mengunakan kurikulum dari England yang sikitpun tidak berkaitan
dengan Tanah Melayu. Mengembangkan agama Kristian merupakan salah satu peranan
pendidikan Inggeris di Tanah melayu, sekolah-sekolah didirikan oleh mubaligh Kristian.
Setiap pelajar yang menghadiri sekolah diwajibkan bersembahyang di gereja setiap pagi.
Justeru itu, disebabkan sekolah ini mempropagandakan agama Kristian, sudah tentu ianya
diragui oleh orang Melayu yang beragama Islam kerana bimbang anak-anak mereka
terpengaruh dengan ajaran Kristian.

Perkembangan sekolah Inggeris lebih tertumpu di bandar-bandar. Mengikut rekod


tahun 1924 jumlah pelar yang terdapat di sekolah-sekolah Inggeris di negeri-negeri Melayu
bersekutu dan negeri-negeri selat mengikut kaum ialah pelajar Cina seramai 20 116 orang,
Melayu 3850 orang dan India seramai 4613 orang. Dasar Inggeris sendiri ini tidak mahu
orang Melayu lebih berpelajaran kerana menganggap akan mengancam keselamatan dan
akan menggerakkan penentangan terhadap penjajah. Pemerintah Inggeris mengumumkan
(1924) tidak mahu mengeluarkan lebih ramai lepasan sekolah Inggeris dengan alasan takut
berlaku pengangguran kerana peluang pekerjaan adalah terhad. Bahkan ada pentadbir
Melayu yang sendiri beranggapan demikian kerana menganggap bilangan yang kurang

19 William R. Roff, 1975,Nasionalisme Melayu,Kuala Lumpur: Universiti Malaya, Hlmn 25.

13
berpelajaran lebih baik. Ini seperti ditegaskan oleh Raja di Hilir Perak pada tahun 1930
dalam Majis Perundangan.20

4.1.2 DASAR PECAH DAN PERINTAH

Dasar migrasi yang diperkenalkan oleh British telah menggalakkan penghijrahan beramai-
ramai orang Cina dan India ke Tanah Melayu sehingga menyebabkan pembentukan
masyarakat majmuk di Tanah Melayu. Melalui dasar ini juga pihak British telah menentukan
dan memisahkan penglibatan setiap kaum dalam bidang ekonomi, tempat tinggal dan juga
pendidikan. Terdapat perbezaan di antara ketiga-tiga kaum tersebut seperti orang Melayu
beragama Islam akan tinggal di kawasan luar bandar dan bekerja sebagai penanam padi,
pekebun kecil dan nelayan. Terdapatbilangan orang Melayu yang semakin bertambah dalam
bidang perniagaan tetapi kebanyakkan orang Melayu yang tinggal di bandar bekerja sebagai
buruh.

Orang Cina pula tinggal di kawasan bandar dan menjadi peniaga manakala orang
India pula tinggal di kawasan penanaman getah. Kesan kewujudan masyarakat majmuk
yang di bawa oleh pihak penjajah ini menyebabkan kurangnya persefahaman antara
mereka. Sekiranya ketiga-tiga bangsa ini tidak saling memahami akan menyinggung
perasaan antara satu sama lain, ianya akan menyebabkan perpecahan kaum dan melahirkan
sentimenperkauman dalam kalangan masing-masing.21

Kemasukkan orang India dan Cina secara besar-besaran bertujuan bagi menampung
keperluan tenaga kerja di lombong dan di ladang yang mengkehendaki buruh yang murah
dan cekap. Hal ini juga telah mewujudkan masyarakat berbilang kaum dan masalah
perhubungan ras yang rumit. Kaum India dan Cina sangat kuat berpegang pada kebudayaan
dan nilai sosial mereka masing-masing. Dasar pecah dan perintah yang diperkenalkan oleh
Barat ini telah menyesatkan pengaruh nilai budaya rakyat asal negara ini yang
bertunjangkan kepada pegangan hidup orang Melayu dan bumiputera sendiri.22

Selain daripada itu juga, pengenalan dasar pecah dan perintah ini telah
menyebabkan berlakunya masalah dalaman berlaku dalam negeri Melayu sehingga
berlakunya perang saudara antara pembesar dengan kegiatan kongsi gelap Cina. Perkara

20 Mohd. Isa Othman, 2002, Sejarah Malaysia (1800-1963), Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn
Bhd, Hlmn 216.
21 Rosliha Muhammad, 2000, Kesan Kolonialisme Ke Atas Peradaban Melayu: Rujukan Khas Kepada Kuasa

Penjajah, http://studentsrepo.um.edu.my/491/6/BAB5.pdf diakses pada 02 Mei 2015.


22 A. Aziz Deraman, 2001, Masyarakat dan Kebudayaan Malaysia, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,

Hllmn 126.

14
tersebut merupakan satu cara yang menghalalkan mereka campur tangan secara langsung
dalam negeri Melayu (A. Talib 1986). Kemasukan mereka dalam negeri Melayu hanya untuk
menguasai pentadbiran dan mengeksploitasi kekayaan hasil buminya secara maksimum.
Faktor kemanusiaan yang dijelaskan oleh Frank Swettenham (1948) sekadar mengaburi
pandangan penduduk Tanah Melayu ke atas muslihat sebenar British yang penuh dengan
diplomasi. Mereka mengamalkan konsep matlamat menghalalkan cara dalam kegiatan
Imperialisme dan Kolonialisme di Tanah Melayu.23

4.1.3 KESAN DALAM KESUSASTERAAN MELAYU

Bidang yang turut tidak ketinggalan menerima kesan daripada kolonialisasi itu adalah bidang
kesusasteraan Melayu yang dianggap mengalami perubahan yang signifikan kesan daripada
proses kolonialisasi barat. Pandangan ini antaranya terkandung dalam syarahan pengukuhan
Syed Naquib Al Attas yang menganggap bahawa kesusateraan Melayu selepas era
penjajahan telah beranjak daripada semangat dan tradisi Islam akibat campur tangan orang
Barat. Kesan pengaruh barat telah menjejaskan kesusasteraan Melayu dan Al Attas
menganggap kehadiran pengaruh Barat menyebabkan kegiatan kesusasteraan Melayu tidak
dapat mencerminkan sifat dan ciri kebudayaan Melayu yang sebenar. Kehadiran orang Barat
dianggap oleh Al Attas telah menganjakkan semangat dan tradisi Islam yang sebelum ini
mendasari kegiatan kesusasteraan Melayu.

Dasar-dasar yang diperkenalkan oleh penjajah-penjajah Barat bersifat


“Deislamization” yang meminggirkan peranan dan kepentingan Islam dan ianya merupakan
lanjutan daripada sentimen permusuhan lanjutan daripada era perang salib. Menurut Al
Attas “permusuhan tradisi” antara Islam dan Kristian pada awalnya dimanifestasikan sebagai
melalui misi peluasan wilayah dan serangan ketenteraan kini beralihkepada peperangan
intelektual yang meletakkan minda dan pemikiran umat Islam sebagai sasaran utama
sepertimana yang dikatakan dalam petikan di bawah:

“The confrontation between Western culture and civilization between Islam …has now
moved on tointellectual level and we must realize, then, that this confrontation is by nature
a historicallypermanent one. Islam is seen by the West as posing a challenge to its very way
of life”

Seperti yang telah dijelaskan di atas, pelaksanaan dasar-dasar Barat di Tanah


melayu tidak mengambil kira peranan dan kepentingan Islam. Dasar ‘Deislamization’ ini

23Kassim Thukiman, 2002, Malaysia Perspektif, Sejarah dan Politik, Johor Darul Ta’zim: Universiti Teknologi
Malaysia, Hlmn 74.

15
bertujuan untuk menjarakkan dan kemudian memutuskan masyarakat Melayu daripada
tradisi Islam yang sebelum ini mendasari kehidupan mereka. Hal ini berlaku dalam bidang
pendidikan terutama sekali apabila Barat memperkenalkan sekolah vernakular yang
berteraskan pengenalan jati diri dan identiti kaum yang menggantikan sistem pendidikan
Islam. Selain daripada itu juga, perubahan itu turut memberikan kesan kepada persuratan
Islam yang berteraskan sistem tulisan dan ejaan Jawi. Seterusnya, kebanjiran genre-genre
dari Barat ini juga memberi impak kepada tradisi persuratan Islam apabila karya-karya
sastera Melayu moden menjadi semakin berani memperagakan falsafah dan pemikiran
Barat.24

4.1.4 KEMUNCULAN BANDAR-BANDAR MODEN

Kesan kolonialisme Barat ke atas Tanah Melayu telah menyebabkan kemunculan bandar-
bandar moden yang dikaitkan dengan proses urbanisasi yang dikaitkan denga perubahan
sosiobudaya dan sosial. Manakala di kampung-kampung pula terus ketinggalan dalam arus
pemodenan. Pembangunan yang tidak seimbang ini telah memberi kesan yang buruk
tehadap masyarakat di Tanah Melayu. Hal ini demikian kerana masyarakat di bandar
dilengkapi dengan kemudahan jalanraya, sistem pengangkutan dan kemudahan kesihatan.
Manakala penduduk yang tinggal di kampung-kampung terus ketinggalan di dalam arus
pembangunan. Pembangunan ini jelas sekali merugikan orang Melayu yang masih lagi
menetap di kampung sebagai petani dan nelayan, manakala mereka yang hidup mewah
terdiri daripada kaum Cina yang menguasai ekonomi dan tinggal di bandar sehingga kaum
Melayu terus ketinggalan.

Kemunculan bandar-bandar moden ini juga menyebabkan berlakunya banyak gejala


sosial kerana di bandar ramai generasi muda menikmati keseronokan dan hiburan. Tanpa
jati diri yang kukuh mereka akhirnya terlibat dalam aktiviti yang tidak bermoral seperti
pelacuran ataupun penagihan dadah yang bertentangan dengan ajaran Islam. Keruntuhan
moral ini telah berlaku dalam kalangan remaja Melayu dan secara tidak langsung telah
meruntuhkan institusi peradaban Melayu dan agama Islam. Sikap pihak kolonial yang lebih
menumpukan keuntungan tanpa mengambil peduli kehidupan masyarakat Melayu telah
mewujudkan ketidakseimbangan dari konsep urbanisasi ataupun perbandaran.25

24 Mohd Zariat Abdul Rani, 2006, http://www.myjurnal.my/filebank/published_article/24078/Article_13.PDF


diakses pada 08 Mei 2015.
25 Rosliha Muhammad, 2000, Kesan Kolonialisme Ke Atas Peradaban Melayu: Rujukan Khas Kepada Kuasa

Penjajah, http://studentsrepo.um.edu.my/491/6/BAB5.pdf diakses pada 08 Mei 2015.

16
4.1.5 KERUNTUHAN SOSIAL

Masyarakat Barat dan Timur jauh berbeza dan Barat menganggap masyarakat Melayu
ketinggalan zaman. Namun apabila Barat menjajah di Tanah Melayu, mereka telah
memperkenalkan sistem pendidikan Barat dan menerapkan nilai-nilai budaya Barat dalam
masyarakat Melayu. Perkembangan budaya kolonial yang moden dianggap suatu perubahan
yang membawa kepada kemusnahan tradisi budaya Melayu oleh mereka yang mendukung
nilai-nilai kebangsaan. Melalui pendekatan ala barat ini juga serta pengenalan dasar pecah
dan perintah telah mendorong wujudnya pengaruh budaya asing yang diterapkan dalam
masayarakat Melayu. Pertembungan budaya ini turut memberikan kesan yang negative
terhadap pembentukan budaya masyarakat Islam yang berlandaskan syariat Islam. Lantaran
itu, perubahan nilai norma yang asli telah di pengaruhi dengan unsur budaya asing yang
khusus kepada kaum cina dan india yang berbeza aliran agama telah mewujudkan suasana
yang kurang selesa masyarakat melayu.Selain daripada itu juga, pendedahan kepada
budaya Barat menyebabkan nilai kebudayaan tempatan semakin merosot akibat pengaruh
luar seperti pergaulan bebas perempuan dan lelaki yang bertentangan dengan ajaran Islam
dan budaya masyarakat Melayu.26 Kesan daripada itu, wujudnya pergaulan bebas di antara
kaum telah mengundangkan kepada gejala sosial yang boleh merosakkan nilai budaya
Melayu yang sememangnya perlu bebas daripada terjebak dengan pengaruh-pengaruh
negative ini.

4.2 EKONOMI

4.2.1 PEROMBAKAN EKONOMI TRADISIONAL

Golongan Tuan tanah bertukar menjadi pemodal yang menguasai punca perindustrian.
Perubahan itu sendiri memungkinkan perombakan ekonomi tradisional orang Melayu atas
dorongan peluasan kuasa Inggeris itu tadi. Pihak Inggeris kini menumpukan perhatian
kepada bahan mentah dalam sektor perkilangan di samping mencari pasaran hasil
pengeluaran mereka di tanah jajahan. Motif perniagaan dan perdagangan pada mulanya
bertukar menjadi penaklukan negeri-negeri Melayu yang kaya dengan bahan mentah melalui
saluran halus dan diplomasi mereka. Kepentingan ekonomi menentukan dua cara hidup
yang berbeza dan melahirkan konflik perbezan dalam bidang politik, ekonomi dan sosial.27

26Ibid,
Diakses pada 08 Mei 2015.
27Kassim Thukiman, 2002,Malaysia Perspektif, Sejarah danPolitik, Johor Darul Ta’zim: Universiti Teknologi
Malaysia, Hlmn 120.

17
Pada awal kurun ke-19, tanah Melayu dibawah penguasaan British dan kedatangan
mereka sudah tentu untuk mengeksploitasi sumber-sumber ekonomi semaksimum mungkin.
Oleh sebab itu, mereka harus campur tangan dalam urusan pentadbiran tanah Melayu agar
kepentingan mereka dalam ekonomi tidak terjejas. Bagi mencapai matlamat mereka, British
telah membentuk sebuah kerajaan dan pentadbiran yang cekap untuk menggelakkan
halangan dan gangguan yang mungkin berlaku. Mereka telah memperkenalkan beberapa
dasar yang dianggap baru bagi masyarakat tempatan seperti kapitalisme dan
komersialisme.Dasar yang diperkenalkan oleh British ini telah memberikan keuntungan
kepada pihak mereka sendiri.

Seterusnya pada tahun 1900 hingga tahun 1941 pula memperlihatkan kemunculan
bidang-bidang ekonomi yang baru seperti perusahaan getah, kelapa sawit dalam bidang
pertanian dan bijih timah serta arang batu dalam aktiviti perlombongan. Berikutan daripada
perkembangan ini, pihak penjajah telah memasukkan buruh-buruh asing dari China dan
India ke Tanah melayu dalam memajukan sektor ekonomi kapitalis. Persaingan yang wujud
menyebabkan kemusnahan sistem ekonomi tradisional Melayu.28 Kemasukan ramai buruh-
buruh asing ini telah menyebabkan persaingan antara kaum dalam bidang ekonomi
tradisional dan moden sehingga akhirnya ketegangan antara kaum telah membawa kepada
permusuhan.

4.2.2 DASAR EKONOMI BEBAS

Penjajahan British seringkali diungkapkan sebagai era pembangunan ekonomi Tanah Melayu
yang begitu drastic dan pesat. Hal ini berkait rapat dengan Dasar Ekonomi British yang
mengamalkan dasar migrasi yang longgar. Menerusi dasar ini, British menggalakkan
kehadiran ramai pekerja-pekerja dari India dan China sebagai sumber tenaga kerja dalam
melakukan kerja-kerja perlombongan dan perladangan. Hakikatnya, masyarakat imigran ini
merupakan faktor penting yang membolehkan penampungan keperluan kolonial dari segi
tenaga buruh samaada dari peringkat kurang mahir ataupun peringkat pentadbiran rendah.
Hal ini juga mendorong kepada penyaluran modal-modal daripada masyarakat perdagangan
di Negeri-negeri Selat ke Tanah Melayu.

Selain daripada orang Cina dan India, orang Jawa juga digalakkan juga oleh British
untuk menjadi buruh dalam sektor pertanian dan perladangan. Orang-orang Jawa
digalakkan menjadi buruh di Tanah Melayu menerusi sistem sistem Shikh yang

28Rosliha Muhammad, 2000, Kesan Kolonialisme Ke Atas Peradaban Melayu: Rujukan Khas Kepada Kuasa
Penjajah, http://studentsrepo.um.edu.my/491/5/BAB4.pdf diakses pada 02 Mei 2015.

18
membolehkan orang Jawa yang bekerja dapat mengerjakan haji ke Mekah. Kontrak ini
menyebabkan mereka terpaksa berkhidmat kepada syarikat-syarikat tertentu. Selain
daripada itu, orang Cina juga banyak terlibat dalam kegiatan pertanian komersial yang
dinamakan sistem Kangcu di Johor dan Seberang Perai.29

5.0 ANALISIS

Secara kesuluruhannya, penjajahan kuasa Barat di Tanah Melayu telah memberi kesan yang
amat mendalam terhadap penduduk Melayu yang beragama Islam. Hal ini demikian kerana,
motif utama kedatangan Barat ke Tanah Melayu bukan sahaja ingin memonopoli ekonomi
dan mengambil alih pentadbiran, tetapi kedatangan mereka secara tidak langsung
membawa corak kehidupan mereka yang bertentangan dengan budaya ketimuran sehingga
berlakunya pelbagai perubahan bukan sahaja dari segi politik dan ekonomi malah dari segi
sosial. Kesan daripada kedatangan penjajah ke Tanah Melayu telah memberikan gambaran
yang cukup berdasarkan sumber sejarah yang jelas menunjukkan bahawa mereka
berpegang kepada konsep 3G yang di amalkan. Dapat dilihat melalui pengenalan dasar
British sedikit demi sedikit telah merombak dalam semua aspek untuk mengekalkan
penguasaan yang lebih lama terhadap Tanah Melayu. Oleh sebab itu, British harus
menguasai sistem Politik Tanah Melayu untuk menguasai sumber ekonomi di Tanah untuk
jangka masa yang lebih lama. Penguasaan British ke atas Tanah telah mengubah kaca mata
orang Melayu kepada corak lebih baharu berdasarkan dasar yang telah diperkenalkan.
Sememangnya tidak dapat di nafikan bahawa kedatangan British ke Tanah Melayu
membawa kepada kesan yang positif dan negatif akan tetapi ianya lebih menjuruskan
kepada kesan yang negatif. Hal ini disebabkan oleh kewujudan dasar pecah dan perintah
yang diperkenalkan telah mewujudkan jurang pemisahan berdasarkan skop bidang ekonomi
yang diusahakan. Lantaran itu, wujud pengaruh-pengaruh budaya yang berbeza antara
kaum imigran dengan orang Melayu yang melanggar nilai budaya dan pegangan agama
Islam yang di amalkan. Wujudnya kegiatan pelacuran, berjudi dan menghisap candu telah
mewujudkan pengaruh nilai yang melanggar norma kehidupan penduduk asal. Selain itu,
pengenalan dasar British juga telah menyebabkan berlakunya ketegangan kaum yang
menyebabkan konflik perkauman wujud sehingga mencetuskan peristiwa 13 Mei yang
menjadi peristiwa pahit bagi penduduk di Tanah Melayu. Di ruang lingkup ini juga, jelas
memperlihatkan bahawa kewujudan dasar British tidak memberikan impak positif dalam

29Kassim Thukiman, 2009, Hubungan Etnik di Zaman Kolonial,


http://eprints.utm.my/14548/1/KassimThukiman2009_HubunganEtnikdiZamanKolonial.pdf diakses pada 08 Mei
2015.

19
konteks perbezaan kaum yang wujud malahan mewujudkan ketegangan kaum yang
mengorbankan begitu ramai manusia yang terdiri daripada kaum Melayu dengan kaum Cina.

6.0 KESIMPULAN

Penjajahan British di Tanah Melayu telah membawa satu perubahan yang besar terhadap
penduduk Tanah Melayu khususnya dari segi sosial. Penyebaran agama kristian telah
berlaku di rantau ini setelah kedatangan kuasa barat namun tidaklah begitu ketara. Di
Tanah Melayu, pengaruh peradaban Barat lebih merujuk kepada bidang material dan banyak
mempengaruhi kebudayaan dan institusi-institusi sosial. Namun, ajaran Islam di Tanah
Melayu tetap menjadi pegangan utama masyarakat Melayu. Pengaruh peradaban Barat
dapat dilihat melalui sistem pendidikan, kewujudan masyarakat majmuk, dan kewujudan
bandar-bandar moden. Kesan kolonialisme ke atas Tanah Melayu telah memberi kesan
bukan sahaja dari segi politik dan ekonomi, tetapi juga merangkumi aspek sosial. Legasi
kolonialisme di Tanah Melayu juga secara tidak langsung mengubah pemikiran masyarakat
seiring dengan arus pemodenan. Pendekatan ala Barat ini memperlihatkan bahawa wujud
pendekatan bagi memperluaskan pengaruh budaya Barat yang bercanggah dengan sistem
yang di amalkan oleh masyarakat Melayu. Perluasan kuasa bagi mendapatkan tanah jajahan
bagi British mencapai kenyataan setelah penguasaan dari aspek pemerintahan Tanah
Melayu di kuasai bagi membolehkan British mampu menguasai seluruh aspek di Tanah
Melayu. Melalui penguasaan tersebut juga telah menyebabkan institusi pemerintahan beraja
di Tanah Melayu semakin tergugat dan Sultan hanya berperanan sebagai ketua bagi agama
Islam dan adat isitiadat melayu sahaja. Perubahan ini dapat di lihat pada masa kini yang
corak pemerintahan yang di amalkan adalah kesan daripada kedatangan barat ke Tanah
Melayu. Namun demikian, perubahan yang di alami ini telah meyekat kekuasaan Sultan
yang berkuasa mutlak kepada sistem demokrasi berparlimen yang bendahara yang
memegang tampuk pemerintahan bagi mengurus tadbir negara dan bukan lagi Sultan.
Sultan hanya memainkan peranan sebagai lambang negara dan ketua bagi agama Islam.
Perubahan ini juga telah mewujudkan suasana masyarakat majmuk yang berbilang yang
terdiri daripada berbilang kaum iaitu kaum Melayu, Cina dan India.Hal ini juga telah
mewujudkan perubahan sosioekonomi masyarakat Melayu mengikut penentuan bidang
melalui dasar yang diperkenalkan.

20
7.0 RUJUKAN

BUKU

Ghazali Basri. 1999.Gerakan Kristian. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Ruslan Zainuddin. 2003.Sejarah Malaysia. Kedah: Universiti Utara Malaysia.

A. Aziz Deraman. 2001.Masyarakat dan Kebudayaan Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.

Universiti Malaya. 2001.Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Kuala Lumpur: Universiti
Malaya.

Kassim Thukiman. 2002.Malaysia Perspektif. Sejarah dan Politik. Johor Darul Ta’zim:
Universiti Teknologi Malaysia.

William R. Roff. 1975.Nasionalisme Melayu. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Mohd. Isa Othman. 2002.Sejarah Malaysia (1800-1963). Kuala Lumpur: Utusan Publication
& Distributors Sdn Bhd.

Ismail Hussein. 1993.Tamadun Melayu Jilid Dua. Selangor: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Chin Yee Mun. 2010. Kenegaraan Malaysia Edisi Kedua. Selangor: Pearson Malaysia Sdn.
Bhd.

INTERNET

Rosliha Muhammad. 2000.Kesan Kolonialisme Ke Atas Peradaban Melayu :- Rujukan Khas


Kepada Kuasa Penjajah.http://studentsrepo.um.edu.my/491/6/BAB5.pdf diakses
pada 02 Mei 2015

Kassim Thukiman. 2009.Hubungan Etnik di Zaman Kolonial.


http://eprints.utm.my/14548/1/KassimThukiman2009_HubunganEtnikdiZamanKolon
al.pdf diakses pada 08 Mei 2015

Mohd Zariat Abdul Rani. 2006

http://www.myjurnal.my/filebank/published_article/24078/Article_13.PDF di akses
pada 08 Mei 2015

21

Anda mungkin juga menyukai