Anda di halaman 1dari 21

Bincangkan faktor-faktor yang memainkan peranan

penting dalam membangkitkan semangat


nasionalisme dalam kalangan orang Melayu
sebelum Perang Dunia Kedua.

Semangat nasionalisme dalam kalangan orang Melayu telah


ada sejak campur tangan British pada tahun 1874. Dengan adanya
semangat nasionalisme, maka penguasaan penjajahan ke atas negeri-
negeri Melayu tidak berlaku secara aman damai tetapi sebaliknya
ditentang oleh masyarakat tempatan. Penentangan ini dilakukan oleh
pejuang-pejuang tanah air seperti Dato’ Maharaja Lela, Dato’
Bahaman, Tok Janggut, Haji Abdul Rahman Limbong, Mat Salleh,
dan lain-lain lagi mencerminkan penentangan rakyat tempatan
terhadap kuasa asing di negara ini. Oleh itu, terdapat beberapa faktor
yang membangkit semangat nasionalisme dalam kalangan orang
Melayu. Faktor-faktor ini dapat dilihat melalui faktor dalaman dan
faktor luaran.

Faktor-faktor dalaman merupakan peristiwa-peristiwa yang


tercetus di Tanah Melayu dan memberi pengaruh yang sangat besar
dalam membangkitkan dan menyemarakkan semangat nsionalisme
orang Melayu. Antara faktor dalaman ialah agama. Pada penghujung
abad ke-19 dan awal abad ke-20, masyarakat Melayu terutamanya
yang tinggal di bandar-bandar berasa tidak puas hati dengan keadaan
ekonomi, sosial dan politik mereka. Mereka mulai sedar bahawa
kedudukan ekonomi dan sosial terancam sebab adanya masyarakat
dari luar, iaitu kaum imigran seperti Cina dan India. Oleh yang
demikian, orang Melayu sedar bahawa mereka perlu bertindak bagi
membawa perkembangan ekonomi dan sosial ke atas masyarakat
mereka supaya tidak lagi mundur dalam bidang tersebut. Kesedaran
ini telah melahirkan kumpulan-kumpulan kecil yang berpengaruh
dalam masyarakat Melayu untuk memperjuangkan kemajuan orang
Melayu dalam bidang ekonomi dan sosial.

Kesedaran ini melahirkan 3 golongan di bandar-bandar untuk


memperjuangkan kepentingan masyarakat Melayu pada awal abad ke-
20. Antara ketiga-tiga golongan ini, golongan yang berpendidikan
Arab memainkan peranan penting dalam gerakan Pemulihan Islam di
kalangan masyarakat Melayu. Mereka berpendidikan Arab dan
melanjutkan pengajian Islam ke Universiti Al-Azhar di Kaherah,
Mesir. Golongan berpendidikan Arab ini yang mula-mula sekali
menyuarakan rasa tidak puas hati mereka terhadap keadaan ekonomi
dan sosial orang Melayu pada masa itu. Mereka dari golongan ini
hampir keseluruhannya memperoleh pelajaran dari Timur Tengah dan
terpengaruh dengan gerakan pemulihan yang berlaku di sana.
Golongan ini menerima pelajaran dan inspirasi dari gerakan
pemulihan Islam moden dan gerakan Pan-Islamisme yang diasaskan
pada penghujung abad ke-19 dan awal abad ke-20 oleh Imam Syeikh
Muhammad Abduh dan Sayid Jamaluddin al-Afghani. Di antara
penuntut-penuntut Melayu yang membawa pengaruh dari Timur
Tengah ialah Syeikh Muhammad Tahir bin Jalaluddin, Syed Syeikh
Ahmad al-Hadi, Haji Abbass Muhammad Taha dan Syeikh
Mohammad Salim al-Kalali.

Sekembalinya dari Timur Tengah khasnya dari Mesir ke tanah


air pada awal abad ke-20, mereka telah berkhidmat dalam jabatan
agama di negeri-negeri Melayu. Oleh sebab fahaman mereka
berkenaan ajaran agama Islam baru dan agak berlainan dengan
fahaman seperti kepercayaan bidaah dan khurafat yang sedia berakar
umbi di negeri-negeri Melayu, mereka mendapat tentangan daripada
golongan ulama tua yang kolok dan ortodoks. Golongan ortodoks ini
memusuhi bukan setakat fahaman baru dalam agama, tetapi juga
memusuhi perjuangan nasionalisme Melayu yang dibawa dan
dirancang oleh revolusioner ini. Mengikut revolusioner ini, Islam
memerlukan perubahan dan penafsiran baru dan sesuai untuk
menghadapi cabaran dunia yang menghadapi perkembangan pesat.

Faktor kesedaran orang melayu tentang kemunduran mereka


juga turut menjadi punca dalaman kebangkitan nasionalisme di Tanah
Melayu. Orang melayu menjadi penduduk pribumi tetapi masih
tertinggal jauh dalam bidang ekonomi dan sosial. Walaupun ekonomi
Tanah Melayu yang berasaskan getah dan bijih timah berkembang
pesat, tetapi orang mealyu tersisih daripada kegiatan ekonomi
komersial tersebut. Kegiatan ekonomi kapitalis dikuasai oleh orang
Cina dan pedagang-pedagang Eropah. Banyak ladang getah dan
lombong bjih timah dimiliki dan diusahakan oleh orang Eropah.
Manakala orang cina pula menguasai sektor ekonomi di kawasan
Bandar seperti menjadi peniaga.

Keadaan ini mula disedari oleh peniaga-peniaga keturunan arab


yang tinggal di Negeri-Negeri Selat terutamanya Singapura. Dalam
bidang pendidikan pula, orang Melayu tertinggal jauh kerana system
pendidikan melayu tidak mempunyai nilai untuk meningkatkan taraf
dan kedudukan orang melayu dalam bidang ekonomi. Orang melayu
mula sedar bahawa mereka perlu mempertahankan hak mereka di
Tanah Air sendiri apabila orang cina Peranakan di Negeri-Negeri
Selat dan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu mendesak supaya diberi
hak yang sama dengan Melayu daripada kerajaan British. Orang
Melayu sedar permintaan orang Cina tersebut akan menggugat
kedudukan mereka sebagai penduduk pribumi. Situasi ini telah
menyemarakkan semangat nasionalisme orang melayu untuk
mempertahankan kedudukan mereka di Tanah Melayu.

Selain itu, rakyat juga menderita di negara sendiri akibat dijajah


bangsa asing. Kesengsaraan yang dialami oleh orang-orang Melayu
dalam kehidupan seharian dan penipuan yang dilakukan Jepun telah
mendorong orang-orang Melayu bangun dan mewujudkan organisasi
anti-Jepun. Maka wujudlah askar-askar wataniah dan Force 136.
Mereka akhirnya menjadi tulang belakang kepada askar Melayu
setelah negara mencapai kemerdekaan. Selain itu, pemimpin
organisasi ini juga telah menjadi orang-orang terpenting dalam
menegakkan nasionalisme Melayu seperti Kapten Hussin Onn.
Penipuan dan tingkah laku pemimpin Jepun dalam dolak dalik mereka
untuk memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu merupakan
satu seksaan batin kepada pemimpin Melayu yang bekerjasama
dengan Jepun. Dalam hal ini, ia semakin menebalkan rasa benci dan
meningkatkan kadar nasionalisme Melayu. Mereka akhirnya
memberikan kerjasama kepada organisasi-organisasi anti-Jepun
dengan membekalkan maklumat agar dapar mempertingkatkan
keberkesanan penentangan mereka. Selain itu, PETA boleh dikatakan
menjadi duri dalam daging kepada pentadbiran tentera Jepun.

Antara lain, dasar penjajahan Barat juga telah menimbulkan


semangat nasionalisme ke dalam jiwa penduduk Tanah melayu.
Ketika penaklukan British ke atas Tanah Melayu, Pihak British telah
berpuas hati dengan kaedah pengukuhan kuasa, pengaruh dan
kedudukan ekonomi mereka di tanah melayu. Pihak british kemudian
telah memulakan proses menginstitusikan berbagai bidang kerajaan
yang merangkumi hampir semua aspek kehidupan politik, ekonomi
dan sosial. Usaha mencapai tujuan ini paling pesat dilakukan di
negeri-negeri melayu bersekutu.

Akibat daripada keadaan ini, institusi melayu tradisional dan


elit melayu tradisional mendapati diri mereka terpaksa mengambil
peranan yang semakin kecil dan hal ehwal kerajaan dan pentadbiran.
Tambahan pula, pihak British telah mula membawa masuk imigran
cina dan india secara besar-besaran untuk mengeksploitasi sumber-
sumber ekonomi yang masih belum diterokai oleh masyarakat melayu
dengan sepenuhnya. Keadaan menjadi lebih buruk menjelang tahun
1921, dimana daripada jumlah 1320000 orang penduduk negeri-
negeri melayu bersekutu, 511000 adalah orang melayu, 495000 orang
cina dan 305000 orang india. Keadaan ini menyebabkan kaum
pendatang mula menguasai ekonomi di tanah melayu. Kaum melayu
mulai sedar yang mereka telah ketinggalan dalam pembangunan
ekonomi dan sosial di mana orang bukan melayu menjadi peserta
yang kuat. Langkah-langkah yang di ambil oleh pihak british ini telah
menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan orang melayu, kerana
mereka sedar hak mereka sebagai rakyat pribumi sedikit demi sedikit
diambil alih oleh pihak pendatang dan kaum penjajah.

Faktor lain seperti bahasa dan kesusasteraan. Melalui faktor


bahasa dan kesusasteraan ini, tulisan Jawi telah diperkenalkan sebagai
tulisan rasmi Bahasa Melayu. Pengaruh Arab turut wujud hasil dari
peranan golongan agama dan bagi menggantikan penggunaaan tulisan
rumi yang diperkenalkan penjajah. Ini sebenarnya membayangkan
kelunturan budaya Melayu dalam negara sendiri. Antara lain ialah
kewujudan sasterawan yang dilahirkan oleh sekolah-sekolah Melayu
dan MPSI. Dalam pada itu. bahasa Melayu sebenarnya semakin
hilang peranan dalam sistem pendidikan Inggeris dan Jepun. Ini dapat
memperlihatkan hilangnya kewibawaan dan pertuanan Melayu.
Bahasa Melayu hanya digunakan dalam Sekolah Melayu.

Jika dapat kita perhatikan, perbahasan dalam MMN dan MMP


menggunakan Bahasa Inggeris. Perkara ini pernah dibantah oleh Raja
Chulan akan kepinggiran Bahasa Melayu dalam bahasa undang-
undang dan juga penggunaannya dalam MMN dan MMP kerana
wakil Melayu tiidak faham apakah yang dibahaskan. Semua ini telah
menyedarkan orang Melayu akan kepinggiran bangsa dan bahasa
Melayu. Jadi, gelanggang bagi orang Melayu melahirkan
ketidakpuasan melalui adalah karya sastera. Secara tidak langsung,
dapat memperkukuhkan perjuangan orang Melayu dalam meletakkan
taraf bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Rasmi
negara selepas merdeka. Dalam puisi Omar Mustaffa yang tersiar
dalam Utusan Melayu keluaran 18 Januari 1913 menggesa orang
Melayu supaya rajin bekerja dan jangan membiarkan kekayaan
diambil oleh bangsa lain. Selain itu, terdapat juga puisi lain seperti
Sedarlah oleh Mahmud Ahmadi, Semenanjung oleh Harun
Aminurashid (1919), Seruan Kebangsaan oleh Melati Pahang (1937)
yang menggesa orang Melayu mencari ilmu dan Serunai Pujangga
oleh Anum (1940) yang menggesa orang Melayu bersikap berani dan
sanggup berkorban.

Selain puisi, novel juga dikarangkan untuk membangkitkan


semangat kebangsaan. Antaranya ialah Hikayat Faridah Hanum oleh
Syed Syeikh al-Hadi (1925) yang mencadangkan wanita perlu diberi
pendidikan, Melor Kuala Lumpur oleh Harun Aminurashid (1930),
Putera Gunung Tahan oleh Haji Muhammad yang mengecam British
melalui kisah lucu dengan tujuan memupuk semangat cinta akan
negara, hidup maju dan bebas daripada penjajahan dan Anak Mat Lela
Gila oleh Ishak Haji Muhammad (1941) menyeru orang Melayu
berjuang mencapai kemajuan.Cerpen merupakan cerita pendek yang
mempunyai masihat. Kebanyakan cerpen menyeru rakyat bekerja
untuk kemajuan dan kemerdekaan negara. Di antara cerpen yang
terkenal ialah Cerita Awang Putat oleh Abdul Rahim Kajai yang
menyeru orang Melayu supaya rajin bekerja; Anak Dibuat Demal, Di
Sini Kita Bukannya Orang Dagang dan Siasat Yang Tiada Diminta
yang ditulis oleh Shamsuddin Salleh; Rumah Besar Tiang Sebatang
oleh Ishak Haji Mahmud yang menyeru orang Melayu menbenci dan
menentang penjajahan British. Melalui cerpen yang disiarkan, para
pembaca akan mengetahui dasar perjuangan yang hendak
disampaikan.

Antara kejayaan orang Melayu dalam bidang sastera pasa masa


itu ialah melahirkan para pejuang sastera dalam Asas 50 dan Asas 66.
Penubuhan persatuan yang memperjuangkan bahasa seperti PASPAM
(berjuang bagi menjadikan dan memperkasakan Bahasa Melayu
seperti sebelum penjajahan ) turut diwujudkan. Antara kejayaan lain
adalah penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka yang berperanan
sebagai pembina dan pengembang bahasa Melayu dan alat penyatuan
bangsa. Ini dapat menyumbang ke arah pembentukan bangsa Melayu
melalui penggunaan Bahasa Melayu. Dengan itu, Melayu tidak lagi
berpecah dan dikenali dengan keturunan seperti Jawa, Banjar, Bugis
dan lain-lain.
Tambahan lagi, faktor lain ialah sistem pendidikan. Terdapat
sekolah-sekolah pondok, madrasah, sekolah-sekolah melayu dan
sekolah inggeris yang disediakan bagi orang melayu. Sekolah-sekolah
melayu telah mula dibuka di kawasan-kawasan barat dan selatan
tanah melayu sejak tahun 1880-an lagi. Pada dasarnya, tujuan british
bukanlah untuk melahirkan golongan cerdik pandai dikalangan orang
melayu. Mereka hanya ingin melihat anak-anak orang melayu
menjadi lebih pandai sedikit daripada ibubapa mereka. Yang belajar
di sekolah Inggeris pula ialah anak-anak golongan bangsawan yang
ingin dijadikan oleh orang British sebagai pegawai dan pentadbir
bawahan sahaja. Oleh kerana penyediaan sekolah-sekolah melayu
oleh orang inggeris ini bukan satu yang ikhlas, maka tidak terdapat
buku-buku teks dan kurikulum yang sesuai. Maka surat khabar
melayu telah digunakan sebagai bahan pengajaran, umpamanya 'jawi
peranakan', 'khizanah al-ilmu' dan taman pengetahuan. R. J.
Wilkonson selaku penyelia sekolah-sekolah (1877-1895) mendapati
bahawa surat khabar melayu bersama pendidikan secara amnya, telah
menyumbngkan terhadap kemajuan intelek dan material orang
melayu. Pendedahan kepada dunia luar melalui surat khabar, telah
membuka mata orang melayu, terutamanya generesai muda terhadap
isu-isu yang mempengaruhi orang melayu.

Di samping itu, pendidikan agama yang dijalankan di sekolah-


sekolah pondok dan madrasah telah mendapat sambutan hebat
penduduk tempatan. Melalui sistem pendidikan ini, mereka dapat
mempertahankan nilai-nilai keislaman semasa kemasukan kuasa
british dan kemasukan kaum imigran. Namun demikian sekolah-
sekolah seumpama ini kurang memainkan peranan untuk menanan
semangat kebangsaan pada tahap-tahap awal. Walau bagaimanapun,
menjelang tahun 1900, bila islam memasuki era reformasi, maka
barulah sekolah-sekolah pondok dan madrasah telah membuka minda
kaum melayu terhadap masalah-masalah politik yang dihadapi oleh
mereka di tanah melayu. Sukatan dan dasar yang tidak selaras
membangkitkan rasa tidak puas hati orang Melayu terhadap layanan
Inggeris.Kesimpulannya, perkembangan pendidikan, terutamanya
pendidikan melayu telah memainkan peranan penting dalam
kesedaran kebangsaan di kalangan orang melayu.

Selain itu, kemunculan golongan intelektual juga antara faktor


dalaman kebangkitan semangat nasionalisme. Mereka terpengaruh
dengan idea-idea dan falsafah politik demokrasi, liberalisme, sistem
parlimen, perlembagaan dan nasionalisme. Sistem pendidikan yang
sama antara penduduk juga memberikan peluang orang-orang Melayu
menerima semangat kebangsaan. Jika dibandingkan dengan sistem
Inggeris, mereka tidak memberikan peluang yang sama. Orang-orang
Melayu tidak diajar secara akademik, tetapi hanya dalam bidang
kemahiran. Dalam zaman pendudukan Jepun sukatan yang diajarkan
meliputi bidang-bidang Matematik, Pertanian, Sains dan pelbagai
subjek akademik lain. Hal ini mendedahkan orang-orang Melayu
kepada ilmu pengetahuan. Guru-guru Melayu dihantar ke Jepun untuk
menambahkan pengetahuan berbahasa. Melalui kegiatan ini, ia
sebenarnya menambahkan intelek Melayu yang akhirnya dapat
digunakan untuk mencetuskan semangat dan kesedaran nasionalisme .

Antara golongan terpelajar seperti Raja Chulan, Eunos


Abdullah dan Dato’ Onn Jaafar. Dato Onn Jaafar dapat menyatukan
persatuan-persatuan Melayu dan menubuhkan UMNO bagi
menentang Malayan Union. Beliau berjuang melalui akhbar Warta
Malaya dan Lembaga Melayu dengan membuat bidasan dan kritikan
serta mengadakan rapat umum. Ibrahim Yaakub pula adalah pejuang
MPSI yang telah menubuhkan Ikatan Pemuda Semenanjung bagi
mencetuskan ketidakpuasan hati layanan Inggeris terhadap soiso
ekonomi orang Melayu terutama dalam bidang pendidikan. Ahmad
Boestaman adalah pejuang KMM yang mencetuskan idea merdeka
pada tahun 1939, tetapi tidak menerima sambutan. Beliau
memperjuangkan ketuanan Melayu dan perkembangan sosio ekonomi
serta politik Melayu.

Selain itu Dr. Buhanudin Al-Helmi juga antara golongan


intelektual dan merupakan pemimpin PKMM yang tidak sehaluan
dengan Inggeris dan mencari kemerdekaan bagi Tanah Melayu.
Sekolah-sekolah agama telah didirikan di Singapura, Melaka dan
Pulau Pinang. Di Negeri-negeri Melayu telah didirikan di Teluk Intan
(Perak), Kuala Terengganu (Terengganu) dan Muar (Johor). Sekolah
agama yang penting di Singapura ialah Madrasah al-Iqbal al-
Islamiyah, di Melaka ialah Madrasah al-Hadi dan Pulau Pinang ialah
Madrasah al-Mashor. Sistem persekolahan di sekolah itu mengikut
sistem yang terdapat di Mesir dan di Barat. Pelajar-pelajar yang
menuntut di sekolah ini akan sedar akan kelemahan mereka dalam
agama Islam dan mereka didorong untuk berusaha bersungguh-
sungguh lagi supaya tidak keluar dari ajaran Islam yang sebenar.

Raja Chulan (Raja Dihilir) merupakan ahli Majlis Pusat dan


beliau perjuangkan hak dan keistimewaan orang Melayu. Beliau juga
mengenengahkan isu kepinggiran Bahasa Melayu. Di samping itu,
Maktab Melayu Kuala Kangsar dan Maktab Perguruan Sultan Idris
(MPSI) juga bertanggungjawab dalam membangkitkan semangat
nasionalisme di kalangan penduduk. Guru-guru dari MPSI telah
menyedari masalah yang dihadapi oleh orang Melayu. Mereka
berazam untuk mengatasi masalah ini dan memperkenalkan satu
generasi baru orang Melayu yang akan membela bangsa dan negara
mereka. Graduan MPSI menubuhkan Persatuan Sastera Melayu pada
tahun 1923 bagi menggalakkan pertumbuhan sastera dan
membangkitkan semangat nasionalisme .

Seterusnya, perkembangan media massa turut memainkan


peranan yang penting dalam gerakan kesedaran di Tanah Melayu.
Idea nasionalisme lahir melalui surat khabar, majalah, novel dan
rencana. Surat khabar digunakan sebagai medan untuk menyedarkan
masyarakat melayu terhadap keadaan mereka di tanah air mereka
sendiri. Satu daripada bahan bacaan terawal ialah 'pengetahuan
bahasa', hasil karya raja Ali Haji yang disusun pada tahun 1858.
Karya ini membicarakan budaya melayu yang kian berubah akibat
pengaruh british dan imigran cina, disamping itu karya ini juga
memperihatkan peri pentingnya bahasa melayu dalam budaya
masyarakat melayu seagai alat menyatukan kaum melayu melalui satu
identiti bahasa.Sebagai contoh, pada 23 Julai 1906, akhbar al-Imam
telah diterbitkan di Singapura. Akhbar ini diterbitkan oleh golongan
kaum muda yang dipimpin oleh Syed Syeikh al-Hadi, Syeikh Tahir
Jalaluddin, Syeikh Mohammad Salim al-Kalali dan Haji Abbass
Mohammad Taha. Seruannya diteruskan oleh akhbar lain seperti
Neracha, Tunas Melayu, al-Islam, al-Ikhwan dan Pengasoh.

Selain itu, pada tahun 1939, akhbar Utusan Melayu telah


diterbitkan. Pengarang yang pertama ialah Rahim Kajai dan
pengarang yang terkemuka pula ialah Ishak Muhammad atau dikenali
sebagai Pak Sako. Akhbar ini menjadi lambang perpaduan dan
kegigihan orang Melayu. Bangsa Melayu diminta berusaha dengan
gigih untuk kemajuan. Penerbitan Utusan Melayu turut menerbitkan
Utusan Zaman dan Mastika. Selain akhbar yang disebut di atas,
terdapat juga akhbar Warta Malaya (1930), Majlis (1935), Fajar
Sarawak dan sebagainya. Selain itu, kemunculan alat pencetak telah
mencetuskan kesedaran kebangsaan melalui penertbitan akbar,
majalah & novel. Dalam masa yang sama, muncul golongan
wartawan yang komited dan sedar akan nasib bangsanya. Golongan
wartawan telah membangkitkan isu-isu kemunduran masyarakat
Melayu dalam semua aspek seperti sosial, pendidikan, ekonomi dan
politik.

Faktor terakhir adalah perkembangan sistem perhubungan.


Sistem perhubungan yang telah dimajukan oleh pihak British adalah
demi kepentingan ekonomi mereka. Walau bagaimanapun ianya telah
membantu menyelesaikan halangan geografi di kalangan masyarakat
melayu. Umpamanya, pada tahun 1910, terdapat lebih daripada
2400km jalanraya terturap. Sistem perhubungan ini dapat membantu
merentasi sikap kekampungan, kedaerahan dan kenegerian.
Masyarakat melayu tidak kira dari daerah atau negeri yang berlainan
dapat berhubung di antara satu sama lain. Keadaan ini secara tidak
langsung dapat menyatupadukan penduduk melayu, yang seterusnya
mewujudkan identiti kebangsaan. Idea dan pemikiran pemimpin-
pemimpin melayu yang berjiwa kebangsaan tersebar dengan pantas
kepada masyarakat di kawasan perkampungan, melalui sistem
perhubungan jalan raya dan jalan keretapi.
Bagi faktor luaran, ianya merupakan peristiwa-peristiwa yang
tercetus di luar Tanah Melayu tetapi memberi kesan yang sangat besar
kepada perkembangan semangat nasionalisme orang Melayu di Tanah
Melayu. Faktor-faktor luaran menjadi pemangkin untuk
mempercepat kebangkitan semangat nasionalisme orang Melayu.

Antara faktor luaran ialah Gerakan Pemulihan Islam di Mesir.


Gerakan Pemulihan Islam bermula di Mesir sejak tahun 1850. Konsep
pan-islamisme telah mula diutarakan oleh Syed Jamaluddin al-
Afghani, seorang pemuda reformis islam timur tengah yang radikal
dan revolusioner pada akhir abad ke 19. Gerakan ini dipimpin oleh
Sayid Jamaluddin al-Afghani sendiri dan Syeikh Muhammad Abduh.

Syeikh Muhammad Abduh dilahirkan di Mesir pada tahun 1829


dan mendapat ijazah dari Universiti al-Azhar. Beliau menjadi Mufti
Besar dari tahun 1899 hingga beliau meninggal dunia pada tahun
1905. Syeikh Muhammad Abduh telah menyesuaikan prinsip-prinsip
Islam menurut kehendak azan moden, tetapi tidak terkeluar dari
prinsip dan semangat agama Islam yang sejati. Ajaran beliau adalah
berdasarkan kepada ajaran Allah dan Rasul seperti yang tercatit di
dalam al-Quran dan al-Hadis. Yang disesuaikan ialah perkara-perkara
dan hal-hal takwim serta pentafsiran Islam mengenai sesuatu pendapat
atau hukum di dalam al-Quran. Ajaran dan pandangan beliau di
anggap baru, prgresif dan revolusioner dan amat sesuai dengan
zamannya.

Matlamat-matlamat Gerakan Pemulihan Islam ialah


memperjuangkan konsep Pan-Islamisme, iaitu penyatuan umat Islam
di seluruh dunia. Selain itu, gerakan ini turut bermatlamat untuk
membebaskan agama Islam daripada kepercayaan kolot dan ortodoks
yang tiada kaitannya dengan ajaran Islam yang sebenar.Antara lain
ialah memulihkan agama Islam mengikut ajaran Islam yang
terkandung dalam al-Quran dan Hadith. Turut bermatlamat untuk
mencapai kemajuan dalam bidang ekonomi dan sosial mengikut al-
Quran dan Hadith dan yang terakhir ialah membebaskan negara Islam
dari pengaruh penjajahan Barat. Pada masa itu juga, ramai orang
melayu yang telah pergi ke luar negeri, terutamanya ke timur tengah
untuk mempelajari agama islam. Tidak kurang juga yang pergi
menunaikan fardhu haji. Perkembangan reformisme di timur tengah
itu telah mempengaruhi kedua-dua kumpulan tersebut. Mereka mula
menyebarkan gagasan baru kepada masyrakat melayu berlandaskan
agama islam.

Konsep Gerakan Pemulihan Islam ini telah memberi ilham


kepada pelajar-pelajar Melayu yang menuntut di Universiti Al-Azhar,
Mesir untuk berjuang di negara sendiri. Pelajar-pelajar yang
berpendidikan Arab dari Mesir pulang ke Tanah Melayu dan menjadi
pelopor Gerakan Islah-Islam. Mereka berusaha menyatupadukan
masyarakat melayu berdasarkan identiti agama islam. Tokoh-tokoh
terkenal ialah Syed Sheikh Ahmad al-Hadi, Syeikh Tahir Jalaluddin,
Syeikh Mohammad Salim al-Kalali dan Haji Abbass bin Mohammad
Taha. Mereka menyebarkan idea-idea Islam-Islamiah atau pemulihan
agama Islam serta konsep Pan-Islamisme di kalangan kaum Melayu
menerusi majalah al-Imam.

Faktor kedua ialah Gerakan di Turki yang dapat dibahagikan


kepada tiga gerakan iaitu Gerakan Pan-Islam, Gerakan Khilafat dan
Gerakan Turki Muda. Bagi Gerakan Pan-Islam, ianya adalah satu
gerakan untuk menyatukan umat Islam di dunia di bawah Empayar
Turki atau Empayar Uthmaniyah. Gerakan Pan-Islam mahu
menentang penjajahan Barat dan menghapuskan kepercayaan kuno
yang bertentangan dengan ajaran Islam. Empayar Turki ditubuhkan
oleh Usman pada tahun 1300. Ulama Syeikh Haji Wan Ahmad dari
Pattani ingin menyatukan Kelantan dan Pattani. Beliau ingin
menentang Siam dan menubuhkan Kerajaan Islam di bawah naungan
Turki tetapi gagal. Pahang mendapatkan bantuan Turki (1890-an)
untuk menghalau British tetapi gagal. Mehemet Kiamil Bey cuba
mengembangkan pengaruh Pan-Islam di Johor tetapi gagal. Semasa
Perang Dunia Pertama, Turki dan Jerman berpakat menentang kuasa
Berikat.

Umat Islam di Tanah Melayu sangat menghormati Empayar


Turki dan segala perkembangan di Turki mempengaruhi mereka.
Turki mengisytiharkan peperangan jihad terhadap kuasa Berikat
(Amerika Syarikat, Britain dan Perancis). British cuba menyekat
berita dari luar tetapi gagal. Masih ada berita yang sampai ke Tanah
Melayu melalui suratkhabar dan surat peribadi pejuang-pejuang Pan-
Islam. Pejuang Islam di Singapura, iaitu Kassim Ismail Mansur dan
Nur Alam Syah mempengaruhi dasar India yang beragama Islam
melancarkan dahagi. Askar-askar India diberikan keyakinan bahawa
pakatan Jerman-Turki akan menang dalam Perang Dunia Pertama.
Pada bulan Februari, askar India melancarkan dahagi di Singapura,
tetapi dapat dihapuskan oleh askar British. Askar-askar India berjaya
membunuh lebih 40 orang British dan hampir berjaya menakluki
Singapura.
Bagi gerakan Khilafat pula, pakatan di antara Jerman-Turki
tewas dalam Perang Dunia Pertama. British cuba menguasai Turki.
Orang Islam di India membentuk Gerakan Khilafat untuk
mengekalkan kuasa Turki dan sistem Khilafat. Gerakan Khilafat yang
ditubuhkan di Singapura dikawal rapi oleh British. Yang terakhir
sekali ialah Gerakan Turki Muda yang dipimpin oleh Mustapha
Kamal Attaturk yang bergerak untuk memodenkan Turki. Golongan
Turki Muda menyebarkan semangat kebangsaan di Turki. Turki
diisytiharkan sebagai Republik pada tahun 1923 dan sistem Khilafat
dimansuhkan. Abdul Kadir Adabi mengecam gerakan Turki Muda
kerana memasuhkan sistem Khilafat. Golongan Turki Muda dikatakan
tidak mementingkan agama dan undang-undang Islam dalam
perkembangannya. Abdul Kadir Adabi atau Abdul Kadir bin Ahmad
adalah seorang penulis dari Kelantan. Akhbar Pengasoh, al-Ikhwan
dan Saudara turut menyiarkan tentangan terhadap Turki Muda.

Namun demikian, terdapat pandangan yang baik mengenai


Turki Muda, iaitu mereka membangkitkan semangat kebangsaan di
Turki, ekonomi Turki dikuasai semula oleh orang Turki dan bukan
oleh orang Yahudi dan Kerajaan Turki memberikan peluang yang luas
kepada rakyat untuk menguasai bidang ekonomi. Kegiatan Turki
Muda memberikan perangsang kepada golongan Kaum Muda di
Tanah Melayu untuk menentang penguasaan British. Kaum Muda di
Tanah Melayu telah menubuhkan Kesatuan Melayu Muda (KMM)
pada tahun 1938 untuk bergiat dalam politik.

Faktor luaran yang ketiga ialah pengaruh dari Jepun.Sejak


tahun 1868, Jepun muncul sebagai negara yang moden dan kuat.
Pemimpin-pemimpin Meiji seperti Maharaja Mutsushito telah
memodenkan negara Jepun. Jepun mengubahsuai teknologi Barat
untuk kegunaannya. Jepun berjaya meniru teknologi Barat, sekaligus
membuktikan rakyat Asia bijak. Perkara ini telah mewujudkan Ilham
dan keazaman dalam jiwa rakyat Asia. Antara kemenangan Jepun
terbesar ialah apabila dapat mengalahkan Eropah. Kesan daripada
kemenangan ini, orang Asia dan Melayu mulai sedar akan
kepentingan pelajaran, teknologi dan perpaduan. Faktor-faktor inilah
yang menjadikanr akyat kuat menentang penjajah. Dalam masa yang
sama, ianya juga memberi kesan kepada pemikiran tokoh-tokoh awal
Tanah Melayu.Dalam peperangan yang berlaku di antara Rusia
dengan Jepun (1904-1905) menyaksikan Jepun telah memperolehi
kemenangan. Kejayaan ini telah memberi ilham dan kesedaran kepada
orang Asia termasuk orang melayu bahawa barat tidaklah sekuat
seperti yang digeruni oleh mereka. Perang tersebut telah
membuktikan bahawa, sesebuah negara tidak mengira saiznya, boleh
menjadi kuat seperti Jepun melalui kemajuan teknologi dan
pendidikan.

Pada tahun 1907, seorang tokoh bernama Abdullah Abdul


Rahman telah menghasilkan karya berjudul 'Mataharai Memancar'
(The Rising Sun) yang menceritakan sejarah Jepun. Karya ini telah
dialihbahasakan oleh beliau daripada karya Mustafa Kamal dari Turki
yang asalnya daripada bahasa arab. Menurut Za'ba, karya ini telah
berjaya merangsang pembaca serta menimbulkan perasaan bangga
dan harapan untuk membawa pembaharuan di timur dan ini
termasuklah kepada pembaca melayu. Masyarakat melayu mula
percaya bahawa dengan adanya teknologi dan pendidikan, mereka
juga boleh menghalau keluar orang British dari Tanah Melayu.
Hakikat ini telah disedari oleh golongan terpelajar di Tanah Melayu.
Di antara mereka ialah Syed Sheikh al-Hadi yang mula menggalakkan
orang melayu memajukan diri mereka dalam aspek ekonomi dan
sosial, melalui ajaran Islam. Perkembangan di Jepun mengalahkan
kuasa Rusia telah membawa kesedaran dan keyakinan bahawa orang
melayu juga boleh mempertahankan kepentingan mereka daripada
terus di tindas oleh pihak British. Selain itu, turut timbulnya Gerakan
Kesedaran Kebangsaan China. Pada tahun 1911 berlaku Revolusi
China yang dipimpin oleh Dr. Sun Yat Sen. Beliau telah berjaya
menumbangkan kerajaan Manchu dan menubuhkan sebuah negara
republik China. Keadaan ini membangkitkan kesedaran rakyat Tanah
Melayu untuk menentang British.

Faktor luaran yang keempat pula merupakan pengaruh dari


Indonesia. Gerakan kemerdekaan rakyat Indonesia menentang
pemerintahan Belanda telah memberi semangat kepada golongan
melayu yang inginkan pembebasan daripada penjajahan British.
Beberapa parti politik telah ditubuhkan ditubuhkan di Indonesia.
Antaranya ialah Sarekat Islam. Sarekat Dagang Islam diasaskan oleh
Raden Mas Tirtoadisoeryo pada tahun 1909. Nama Sarekat Dagang
Islam ditukar kepada Sarekat Islam pada tahun 1912. Sarekat Islam
ialah parti politik yang pertama di Indonesia. Pemimpin Sarekat Islam
yang terkenal ialah Omar Said Tjokroaminoto dan Agus Salim.

Agama Islam menjadi faktor utama menyatukan orang Islam di


Indonesia supaya menentang penjajah Belanda. Cawangan Sarekat
Islam di Johor ditubuhkan oleh Haji Ibrahim bin Sidin dari Singapura.
Cawangan Sarekat Islam di Johor tidak mendapat sambutan yang
memuaskan. Penentangan terhadap British di Terengganu (1928)
dimulakan oleh Syarikatul Islam yang diketuai oleh Sayid
Muhammad dari Johor. Pertubuhan sulit ini berpengaruh kuat di
Beserah hingga ke Kemaman. Sayid Muhammad dipercayai ingin
meluaskan cawangan Sarekat Islam di Terengganu. Pengaruh Sarekat
Islam tersebar ke Tanah Melayu pada 1920-an melalui ceramah dan
kelas agama oleh guru-guru agama dari Sumatera.

Akhbar Sinaran Zaman dan Idaran Zaman yang diterbitkan oleh


Syed Syeikh al-Hadi menceritakan perjuangan Sarekat Islam. Syed
Syeikh al-Hadi mengambil Mohammad Yunus bin Abdul Hamid
menjadi pengarang di akhbarnya. Mohammad Yunus adalah ahli
Sarekat Islam dan penerbit akhbar Sinaran Zaman di Sumatera. Parti
politik yang kedua pula ialah Parti Komunis Indonesia (PKI). PKI
diasaskan oleh Semaun, Tan Malaka dan Darsono pada tahun 1920.
Kebanyakan orang Melayu tidak menyertai PKI kerana ajaran
komunis yang bertentangan dengan agama Islam. Ahli-ahli PKI
termasuk Tan Malaka cuba menyebarkan fahaman komunis di
Singapura tetapi tidak berhasil. Tan Malaka berpendapat bahawa
orang Melayu sukar dipengaruhi kerana mereka berfahaman
konservatif. Sutan Jenin dari Sumatera dapat mengembangkan
pengaruh Komunis di Tanah Melayu pada tahun 1930-an. Yang
terakhir sekali ialah Parti Nasional Indonesia (PNI). PNI diasaskan
oleh Sukarno dan Sartono pada tahun 1927. Pemuda-pemuda
Indonesia memperjuangkan kebebasan mereka melalui tulisan,
pergerakan sosial dan kebudayaan. Pelajar MPSI dipengaruhi oleh
perjuangan PNI yang mengamalkan dasar tidak bekerjasama dengan
penjajah. Dasar tidak bekerjasama ini telah diamalkan oleh pejuang
nasionalis di India yang diketuai oleh Mahatma Gandhi. PNI
mengamalkan ideology yang menganjurkan revolusi untuk
menggulingkan kerajaan Belanda. Pengaruh dari luar yang tersebar
melalui majalah dan akhbar dapat membangkitkan semangat
kebangsaan di kalangan orang Melayu. Mereka berjuang untuk
memajukan bidang sosial, ekonomi dan politik orang Melayu.
Penduduk Tanah Melayu menguatkan semangat dan bersatu padu
untuk melepaskan diri daripada kuasa penjajah.

Faktor kelima adalah Gerakan Kesedaran Kebangsaan Filipina.


Jose Rizal memimpin perjuangan rakyat Filipina menentang
penjajahan Sepanyol. Beliau telah menubuhkan Liga Filipina untuk
memajukan orang Filipina dan menuntut Sepanyol memberi layanan
adil kepada rakyat. Melaului gerakan ini juga telah member kesedaran
kepada openduduk di Tanah Melayu untuk bangkit dari terus dikuasai
oleh kuasa asing.

Faktor terakhir adalah Gerakan Kesedaran Kebangsaan India.


Gerakan ini dipimpin oleh Mahatma Gandhi. Tujuan gerakan ini
adalah untuk membebaskan India daripada penjajahan British.
Penduduk di Tanah Melayu juga turut mempunyai keinginan yang
sama iaitu ingin membebaskan diri daripada penjajahan Brirish.
Dengan itu, gerakan ini telah memberi semangat serta kesedaran
kepada penduduk Tanah Melayu untuk terus bangun dari penindasan
yang berleluasa di Negara sendiri.

Kesimpulannya, faktor-faktor dalaman mempunyai peranan


yang tersendiri dalam membangkitkan semangat nasionalisme
penduduk Tanah Melayu. Contohnya ialah agama, system pendidikan,
kesedaran tentang kemunduran orang melayu, bahasa dan
kesusasteraan serta perkembangan media massa, Jadi faktor-faktor
inilah antara yang banyak membantu kearah proses kemerdekaan
rakyat. Selain itu, peranan pengaruh luar merupakan faktor penting
kebangkitan nasionalisme Melayu. Akibatnya, timbul persatuan
Melayu pada tahap-tahap berlainan. Kemudiannya, Kongres Melayu
Se Malaya diadakan pada 9 Ogos 1939 bertujuan memupuk
perpaduan di kalangan orang Melayu. Antara lain ialah usaha
persatuan-persatuan Melayu merintis jalan penubuhan UMNO pada
tahun 1946.

Anda mungkin juga menyukai