Anda di halaman 1dari 4

KESAN PENINGGALAN PENJAJAHAN TERHADAP

TANAH MELAYU
April 16, 2018

PORTUGIS DI TANAH MELAYU

Portugis telah menjajah Melaka dari tahun 1511-1641 selama lebih kurang 130 tahun.
Banyak kesan peninggalan Portugis yang dapat dilihat hingga ke hari ini, antaranya
lahirnya masyarakat Serani beragama Kristian di Melaka hasil perkahwinan orang
Portugis dengan penduduk tempatan. Wujud beberapa perkataan yang berasal daripada
bahasa Portugis yang digunakan dalam Bahasa Melayu seperti almari, tuala, jendela
dan garpu. Tarian dan nyanyian masyarakat Portugis di Melaka menjadi warisan
kesenian negara. Sebahagian daripada binaan tinggalan Portugis seperti ‘A Farmosa’
dan ‘Gereja St. Paul’.

EKONOMI:
Portugis telah menyerang Melaka pada 1511 M. Portugis merupakan Negara Eropah
pertama yang sampai ke Pulauan Melayu. Tujuan Portugis bertapak di Kepulauan
Melayu khususnya di Melaka adalah untuk menguasai perdagangan rempah yang
sebelum dikuasainya oleh pedagang-pedagang dari Itali.
POLITIK:
Orang Portugis mengetahui pentingnya Melaka sebagai pusat perdagangan.
Albuquerque membina sebuah kota di Melaka yang di beri nama Kota A'Famosa.
Portugis dengan segera menjalinkan hubungan persahabatan dengan orang Pegu,
Jawa, Hindu, Cina, Siam dan juga penduduk dari Sumatera. Tujuannya untuk
memulihkan perdagangan yang terganggu akibat dari perang Portugis-Melaka. Selain
itu Portugis cuba membolot perniagaan rempah.

SOSIAL:
Selain perdagangan, satu lagi sebab penting yang mendorong orang Portugis
meluaskan pengaruhnya ialah kerana agama. Orang Portugis ingin mengembangkan
agama meluk Kristian Katolik. Mereka juga memaksa orang-orang Melayu memeluk
agama Kristian di samping menikai perempuan-perempuan Melayu secara
paksaan.Wujudnya Melayu-Riau di Johor serta penggunaan almari,tuala,grafu dan lain-
lain.

BANGUNAN PENINGGALAN PENJAJAHAN PORTUGIS:


BELANDA DI TANAH MELAYU

Belanda menawan Melaka pada tahun 1641 daripada Portugis. Antara kesan yang
ditinggalkan oleh penjajahan belanda di tanah melayu adalah beberapa tinggalan
binaan yang dibina semasa penjajahan pada masa dahulu seperti bangunan
Stadhuys,Melaka dan Kota Belanda (Ducth Fort),Pulau Pangkor.

EKONOMI:
Kedatangan kuasa Barat di Asia Tenggara telah merubah keadaan ekonomi negara yang
dijajah. Di Tanah Melayu, kegiatan perlombongan dan perladangan getah telah dijalankan
secara besar-besaran bagi memenuhi keperluan perkilangan di Britain. Manakala di
Indonesia, Belanda telah memperkenalkan beberapa dasar Ekonomi yang hanya
menguntungkan mereka seperti Dasar Kultur, Dasar Liberal, dan Dasar Etika. Dasar-dasar
ini dilaksanakan dengan penuh muslihat sehingga menjadikan Belanda sebagai satu kuasa
Barat yang kaya di Eropah. Tetapi masyarakat peribumi di Indonesia masih lagi mundur
ditindas semata-mata untuk kepentingan pihak Belanda.
JEPUN DI TANAH MELAYU

EKONOMI:
Matlamat Jepun untuk menguasai Tanah Melayu ialah untuk mengesploitasi bahan-bahan
mentah dan meluaskan pasaran.Hasrat ini tidak tercapai kerana perang yang berlarutan dan
terpaksa menghadapi sekatan ekonomi Barat. Tambahan pula jalan perhubungan darat
banyak yang musnah kerana semasa British berundur, mereka mengamalkan dasar bumi
hangus. Banyak lombong dan peralatan dimusnahkan. Semasa pendudukan Jepun, Tanah
Melayu menghadapi tekanan ekonomi.Inflasi meningkat kerana Jepun mencetak wang
tanpa kawalan. 65 juta wang diedarkan dalam masa dua bulan dan 285 juta wang kertas
diedarkan sehingga Februari 1943. Jepun juga cuba memonopoli ekonomi Tanah Melayu.
Permit-permit perniagaan dikeluarkan oleh pentadbiran tentera bagi memastikan syarikat-
syarikat Jepun diberi layanan istimewa.

Anda mungkin juga menyukai