Anda di halaman 1dari 12

 Pengaruh barat dalam kebudayaan Melayu

sememangnya sangat jelas. Pengaruhnya


boleh dilihat dari aspek ekonomi, sosial,
kesenian, politik dan lain-lain.
 Mengamalkan sistem ekonomi secara
kapitalis yang menjadikan faedah (riba)
sebagai asasnya.
 Contohnya dalam berhutang, penghutang
dikenakan faedah sebanyak beberapa peratus
dari jumlah yang dipinjam. Ini sebenarnya
menindas penghutang dengan faedah yang
dikenakan.
 Barat juga memperkenalkan sistem ekonomi
sosialis iaitu produk dan pendapatan akan
menjadi milik kerajaan.
 Ini kelihatan berat sebelah. Oleh itu, undang-
undang buruh ditubuhkan untuk melindungi
hak pengusaha agar kelihatan lebih saksama.
 Seterusnya, sistem Ekonomi Campuran juga
diperkenalkan.
 Sistem ini adalah gabungan sistem ekonomi
sosialis dan kapitalis.
 Ekonomi masyarakat Malaysia juga
dibahagikan mengikut bangsa semasa
pemerintahan barat yang mengamalkan
dasar “pecah dan perintah”.
 Ini menyebabkan berlaku jurang perbezaan
ekonomi antara orang Melayu, Cina dan India.
 Barat telah memperkenalkan sistem
demokrasi.
 Sistem ini telah berjaya menghapuskan
sistem feudal Melayu zaman itu yang
mengamalkan Pemerintahan Beraja.
 Demokrasi mengutamakan suara rakyat dan
rakyat berkuasa penuh dalam penentuan
pemimpin mereka.
 Terdapat pelbagai jenis demokrasi yang
diperkenalkan oleh barat antaranya
Demokrasi Berparlimen.
 Malaysia telah mengamalkan Demokrasi
Berparlimen sejak mendapat kemerdekaan
daripada British.
 Demokrasi Berparlimen ini diamalkan di
bawah pentadbiran Raja Perlembagaan.
 Pengaruh lebih kepada cara berfikir yang
dianggap moden iaitu berfikiran terbuka.
 Pemikiran yang terbuka contohnya
masyarakat sudah kurang mempercayai
tentang perkara-perkara yang digelar
pantang larang, petua dan lain-lain dan
sesetangah orang menganggapnya sebagai
karut.
 Barat juga mengamalkan sosial kekeluargaan
tidak sesuai diamalkan oleh kita. Sebagai
contoh, barat mula mengiktiraf
bersekedudukan tanpa nikah, pasangan
sejenis, keibubapaan tunggal dan lain-lain.
 Perkara ini tidak sesuai sama sekali dengan
masyarakat Islam di Malaysia.
 Barat cuba mencari alternatif lain
menggantikan institusi kekeluargaan dan
antara alternatif yang dicadangkan ialah
bersekedudukan tanpa nikah, pasangan
sejenis, keibubapaan tunggal, kehidupan
berkelompok, dan didikan anak secara
professional (Eliot, 1986).
 Perkara ini melanda masyarakat timur
termasuk Malaysia secara perlahan-lahan,
namun institusi kekeluargaan masyarakat
Islam di Malaysia masih utuh dengan
berlandaskan Islam.
 Dunia mula diperkenalkan dengan aliran-
aliran muzik barat yang pelbagai antaranya
kumpulan-kumpulan artis yang beraliran
rock, balada, pop, jazz, dan lain-lain.
 Setiap aliran ini mempunyai identiti dan imej
yang tersendiri.
 Seni hiburan barat ini menjadi ikutan negara
lain termasuklah Malaysia.
 Ini telah menyebabkan seni tradisional sudah
mula dipinggirkan sehingga ke hari ini.
 Seni reka bentuk pula, boleh dilihat dari
bangunan-bangunan yang dibina dengan
rekabentuk yang dianggap moden oleh orang
ramai.
 Contohnya, Menara Berkembar Petronas
contohnya, dibina dengan berkonsepkan
silinder yang diideakan oleh barat.

Anda mungkin juga menyukai