Anda di halaman 1dari 16

1.

0 PENGENALAN

Menurut R.G Collingwood dalam “The Idea of History “(1946), Idea pensejarahan telah

dimulakan untuk membuat penilaian tentang nilai sejarah yang akan menjadi pengajaran dan

menyebarkan ketamadunan sejak dari awal. Collingwood juga menyatakan perbezaan

fundamental iaitu mengetahui perkara yang sedang berlaku (sains semulajadi) dan mengetahui

sejarah adalah berbeza. “...Lebih baik seorang sejarawan yang terlatih membuat

penilaian dan menjatuhkan hukuman moral daripada orang ramai yang tidak terlatih

membuat pengadilan”. Pernyataan tersebut telah diungkapkan oleh Qasim Ahmad, iaitu

salah seorang ahli sejarawan yang banyak menyumbangkan idea – ideanya melalui karya -

karya penulisan sejarah.

Daripada gambaran yang diperolehi daripada pernyataan tersebut, beliau

menyimpulkan bahawa tugas pengadilan moral itu sepatutnya dilakukan oleh golongan –

golongan sejarawan yang terlatih berbanding orang ramai atau golongan masyarakat yang tidak

terlatih. Sejarawan terlatih yang dimaksudkan sudah tentu merupakan mereka yang mengkaji

sesuatu fakta berdasarkan sumber – sumber dan bukti yang sahih tanpa wujudnya

sebarang tokok tambah. Mereka akan mencari kebenaran dalam sesuatu fakta sebelum

menyimpulkan atau membuat sebarang pengadilan atau memberi hukuman. Manakala

orang ramai yang tidak terlatih sudah tentu bukanlah daripada golongan sejarawan

mahupun mereka yang melibatkan diri dalam bidang – bidang profesional yang mengkaji setiap

fakta melalui setiap sumber yang ada.

Persoalan mengenai isu pengadilan moral ini merupakan satu isu yang sentiasa menjadi

kontroversi dalam kalangan ahli – ahli sejarawan sendiri. Hal ini berikutan,
wujudnya beberapa aliran yang menyokong dan menentang pengadilan moral dilakukan oleh

sejarawan. Bagi pihak yang menyokong tugas pengadilan moral tersebut, antara hujah yang

diutarakan bagi mempertahankan pendirian mereka ialah seseorang pelaku dalam sejarah itu

bertanggungjawab di atas perlakuannya, lantas ia patut dipersalahkan kalau berlaku salah, dan

diakui kebaikannya kalau ia berlaku baik.1 Manakala pihak yang menentang pengadilan moral

mengatakan bahawa pengadilan moral itu tidak patut dilakukan, kerana di antara si

pengkaji sejarah dengan si pelaku (masyarakat) yang dikajinya itu, mungkin terdapat sistem nilai

yang berbeza.2

2.0 APAKAH PENGADILAN MORAL ?

Definisi

Menurut Qasim Ahmad dalam bukunya, Karya Sejarah: Pendekatan dan Persoalan

(1991/1996), beliau mendefinisikan istilah pengadilan moral sebagai perlakuan

menjatuhkan hukuman atau mengenakan penilaian tertentu terhadap sesuatu peristiwa sejarah

atau kepada seseorang pelaku di dalam sejarah. Ini misalnya, dalam penulisan seseorang ahli

sejarah wujud pernyataan – pernyataan yang mengatakan sesuatu peristiwa itu adalah

tidak baik, individu tersebut bersalah, masyarakat pada zaman itu mundur dan sebagainya yang

menunjukkan penyataan atau penilaian terhadap sesuatu kejadian atau peristiwa dalam sejarah.

Terdapat dua aliran dalam pengadilan moral iaitu aliran konservatif dan aliran progresif.

Menurut Kamus Dewan edisi ketiga, pengadilan membawa maksud perihal atau

perbuatan mengadili sesuatu perkara. Manakala moral membawa tiga maksud iaitu ajaran atau

pegangan bukan buruk baik sesuatu perbuatan, kelakuan atau kewajipan, sikap atau cara

1
Ahmad, Qasim. Karya sejarah: pendekatan dan persoalan. Dewan Bahasa dan Pustaka, 2004. Hlm 35
2
Ahmad, Qasim. Karya sejarah: pendekatan dan persoalan., 2004. Hlm 35
berkelakuan yang berasaskan atau yang diukur dari segi baik buruk sesuatu akhlak. Moral yang

kedua iaitu berkaitan dengan apa yang betul atau adil dan yang terakhir iaitu semangat untuk

menghadapi ejekan atau olokan demi mempertahankan kebenaran. Oleh itu, pengadilan moral

menurut Kamus Dewan tersebut ialah sesuatu perihal atau perbuatan yang mengadili

sesuatu perkara yang berkaitan dengan kelakuan seseorangsama ada buruk atau baik demi

mempertahankan kebenaran atau keadilan.

Dengan menolak objektiviti dan menerima subjektiviti dalam sejarah, maka dengan

sendirinya seorang sejarawan kelihatan seakan-akan cuba memihak atau bersikap berat sebelah

(bias) dalam penulisan karya dan kajiannya. Dari sinilah pula lahirnya masalah etik atau

pengadilan moral (moral judgement), iaitu apabila sejarawan didapati dengan sengaja atau tidak

sengaja menilai atau menghukum sesuatu, baik dengan memuji atau menghina dengan

menggunakan istilah atau perkataan-perkataan seperti baik, adil, kejam, ganas atau label-label

yang digunakan oleh media barat terhadap golongan Muslim seperti terrorist, aggressor,

militant, fanatic dan sebagainya.3

3.0 ALIRAN KONSERVATIF

Pertama sekali bagi golongan yang menerimanya, sebagai aliran konservatif,

kemunculannya boleh dikatakan bermula dengan kemunculan kesedaran tentang sejarah itu

sendiri. Dan dalam hal ini, Herodotus sendiri dikatakan telah merintis jalan melakukannya,

dengan cara memuji kemenangan Greek dalam pertempuran di Marathon dan Salamis 4.

Herodotus juga menganggap Athens sebagai penyelamat kepada negara-negara Greek.

Sebaliknya dia menuduh raja-raja Parsi sebagai angkuh, kejam, zalim dan pelbagai lagi sifat

3
Abdullah, Abdul Rahman Haji. Pengantar ilmu sejarah. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan
Malaysia, 1994.Hlm . 113
4
Abdullah, Abdul Rahman Haji. Pengantar ilmu sejarah., 1994.Hlm . 114
negatif yang lain kerana tindakan mereka yang cuba menakluki Greek. Bagaimanapun,

Herodotus turut menyesali tindakan Athens yang menyokong pemberontakan Ionia, serta memuji

keberanian askar-askar Parsi sekalipun tewas dalam pertempuran dengan Salamis. Dalam

konteks ini, Herodotus telah dikatakan dan didakwa dipengaruhi oleh tradisi epic sejak Homer,

dengan menjadikan karyanya untuk menunjukkan keberanian dan keperwiraan orang-orang

Greek yang berjaya mempertahankan maruah dan kedaulatan mereka daripada serangan musuh

yang jauh lebih besar dan kuat.

Dengan kebangkitan pensejarahan Rom, unsur pengadilan moral telah dipergunakan

dengan seluas-luasnya. Sebagai contoh, Livy telah mengagungkan dan memuji zaman Rumawi

kuno kerana masyarakatnya memuliakan nilai-nilai utama Rumawi (virtus Romana), sebaliknya

mengutuk zaman baru kerana masyarakat zaman baru telah mengabaikan kod etika itu. Demikian

juga dia memuji zaman lama yang mengamalkan sistem republik yang menjaga kebajikan dan

hak asasi rakyat. Tacitus pula sebaliknya telah mengutuk sistem diktator yang diamalkan oleh

maharaja-maharajanya5. Menurutnya, fungsi utama dan yang terpenting dalam sejarah ialah

mengenang jasa-jasa daripada dilupakan, serta mengelak daripada celaan dan kutukan oleh

generasi akan datang. Begitu juga menurut Plutarch, yang turut menekankan persoalan

pengadilan moral dalam karyanya “Parallel Lives”, bahkan mendapat sambutan yang

memberangsangkan menerusi karyanya itu. Sekiranya diperhatikan, memang dapat dilihat

bahawa terdapat sifat kebangsaan dalam kalangan masyarakat dan sejarawan Rom. Oleh itu,

mereka terdorong dan gemar memuji bangsa Rom sebagai bangsa yang terbaik, dan sebaliknya

mengeji atau memperkecilkan bangsa-bangsa yang lain. Tetapi secara umumnya, memang tidak

5
Abdullah, Abdul Rahman Haji. Pengantar ilmu sejarah. , 1994.Hlm . 115
dapat dinafikan bahawa tujuan utama tindakan dan cara ini dilakukan adalah tidak lain dan tidak

bukan untuk membimbing masyarakat Rom ke arah suatu keadaan atau sifat yang mulia.

Pada zaman pertengahan pula, sejarawan Kristian merupakan golongan yang paling

banyak mengamalkan pengadilan moral, selaras dengan peranan mereka sebagai tokoh-tokoh

agama yang bertanggungjawab mengajarkan nilai moral kepada kepada para penganutnya.

Ironinya, Pada zaman ini juga pengaruh pengadilan moral mula dipertikaikan. Walaupun pada

dasarnya jelas dapat bahawa aliran konservatif masih kuat pengaruhnya dalam kalangan

masyarakat. Contoh utama, tokoh sejarawan yang terkenal pada abad ke-18 seumpama Gibbon,

Hume, Rollin, Robertson, Raynal dan Voltaire. Semuanya mendapat kata sepakat dan sebulat

suara menerima konsepsi Bolingbroke bahawa sejarah ialah pengajaran falsafah melalui teladan

(philosophy teaching by example), dan golongan sejarawan merupakan golongan yang perlu

memainkan peranan dan bertanggungjawab untuk mengajarkannya. Malah pada abad ke-19 juga,

terutama di England pada zaman Queen Victoria (1837-1901), ia merupakan zaman moraliti,

atau moraliti merupakan zamannya (zeitgeist), hingga pengaruhnya meliputi setiap bidang

kehidupan dan ilmu pengetahuan. Pada zaman inilah terkenalnya zaman gaya Victoria (Victorian

style), dengan tokoh-tokoh sejarawan merupakan pemimpin moral. Antara tokoh pada zaman ini

ialah Lord Acton yang juga dilantik sebagai Regius Professor di University Of Cambridge.

Menurutnya walaupun pendapat-pendapat berubah, tabiat-tabiat berubah, kepercayaan-

kepercayaan timbul dan tenggelam tetapi hokum moral telah diukirkan di atas kepingan logam

yang abadi (Opinions alter, manners change, creeds rise and fall, but the moral law is written

on the tablets of eternity)6

6
Abdullah, Abdul Rahman Haji. Pengantar ilmu sejarah., 1994.Hlm . 116
E.H Carr turut menyokong pengadilan moral menerusi bukunya “What Is History?” yang

jelas menggalakkan aspek pengadilan moral dalam kehidupan kerana menurutnya, Pengadilan

moral dapat digunakan untuk mengajar masyarakat akan kepentingannya bertujuan untuk

mendidik, Menyanjung kepada mereka yang berjasa dan merendahkan mereka yang berdosa. 7

4.0 ALIRAN PROGRESIF

Aliran progresif merupakan golongan yang menolak konsep pengadilan moral, sesuai

dengan ciri konflik yang terdapat dalam aliran sekular tersebut, maka timbullah reaksi terhadap

golongan konservatif. Ini bermula dengan kemunculan sejarah saintifik atau objektif yang

dipopularkan oleh Leopold Von Ranke (1795-1886) pada abad ke-19. Menurut Ranke, oleh

kerana matlamat kajian sejarah adalah untuk memaparkan sejarah seperti perkara yang

sebenarnya berlaku, maka unsur pengadilan moral haruslah diketepikan kerana ia bukanlah

tugas-tugas ahli sejarah. Penulisan sejarah objektif tidak dapat dicapai sekiranya ahli sejarah

dipengaruhi oleh pengaruh atau nilai sezaman (zeitgeist)8. Ranke secara dasarnya berpegang

kepada konsep “wei es eigentlich gewesen” iaitu menceritakan sejarah seperti sebenarnya

berlaku.9 Kaedah pengkajian secara saintifik dan kritis ini telah membawa pembaharuan dalam

bidang sejarah iaitu bersifat objektif, saintifik, dan berasaskan penyelidikan yang sistematik. 10

Menurut Ishak Saat (2005), yang menyokong pendapat Croce telah menyatakan bahawa

ahli sejarah tidak berkeupayaan untuk melihat sesuatu dari lubuk hati manusia.11 Pendapat Croce

ini adalah berasaskan kepada alasan iaitu ketidakupayaan ahli sejarah dalam memahami isi hati

7
Carr, Edward Hallett, and Ab Rahman Ismail. Apakah sejarah?. Dewan Bahasa dan Pustaka, 1988.
8
Abdullah, Abdul Rahman Haji. Pengantar ilmu sejarah. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan
Malaysia, 1994.Hlm . 116
9
Muhd Yusof Ibrahim & Mahayuddin Haji Yahya, Sejarawan dan Pensejarahan, hlm. 280.
10
Arba’iyah Mohd Noor, 2002, Ilmu Sejarah dan Pensejarahan, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm.
102.
11
Suntharalingam. R.. Pengenalan Kepada Sejarah. Kuala Lumpur: 1985, Marican & Sons hlm. 91
si pelaku dalam sejarah, ahli sejarah juga cenderung berprangsaka terhadap si pelaku serta

kekurangan bukti bagi menjatuhkan pengadilan moral ke atas pelaku.12 Dengan kata lain, apabila

ahli sejarah itu membuat pengadilan moral ia mungkin tidak dapat bersikap adil kepada orang

atau masyarakat yang dikaji atau diadilinya.

Sebagai aliran progresif, golongan ini wajar mempertahankan sejarah sebagai disiplin

tersendiri dan terpisah daripada disiplin-disiplin lain. Bagi Herbert Butterfield, beliau

berpendapat bahawa pengadilan moral tidak bersangkut-paut dengan penyiasatan (sejarah) dan

asing kepada ruang intelek sejarah saintifik. Sedangkan menurut G. Kitson Clark pula, adalah

lebih baik jika ahli sejarah cuba memahami dan menjelaskan sesuatu daripada bertindak sebagai

seorang hakim. Masalah-masalah moral terpisah daripada sejarah dan sepatutnya diserahkan

kepada ahli agama, ahli falsafah atau ahli perundangan.

Berdasarkan golongan progresif, terdapat dua alasan utama untuk menolak pengadilan

moral. Pertama, kita tidak dapat menerapkan pengadilan moral dalam sejarah justeru nilai

tersebut bersifat relatif atau berubah mengikut ruang dan waktu. Yang Kedua, Sejarah sebagai

disiplin ilmu yang khusus dan tidak harus bercampur-aduk dengan bidang agama dan moral.13

12
Suntharalingam R., Pengenalan Kepada Sejarah: Kuala Lumpur, 1985, Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm.93
13
Abdullah, Abdul Rahman Haji. Pengantar ilmu sejarah., 1994.Hlm . 117
5.0 KELEMAHAN DALAM PENGADILAN MORAL

Pengadilan moral juga mempunyai kelemahan. Hal ini kerana pengadilan moral bersifat

tidak objektif, separuh, separuh masak, beremosi, tidak adil dan ada kepentingan. Penilaian

berbeza dalam kalangan ahli sejarah tentang pelaku sejarah iaitu samada baik atau buruknya

pelaku sejarah. Ahli sejarah sebagai individu yang terikat dengan masyarakatnya, tidak bebas

dan menjatuhkan hukuman yang bersifat berat sebelah dan berdasarkan tafsiran peribadi, nilai

tertentu yang sesuai dengan kehendak masyarakat dan persekitarannya. Pengadilan moral juga

mempunyai masalah kerana ia digunakan sebagai alat untuk menjatuhkan atau memburukkan

pihak lain yang banyak diaplikasikan untuk memihak kepada sesetengah pihak, peperangan.

Pengadilan moral ini bersifat kolonial dan lebih kepada propaganda, dan dari suatu segi sejarah

propaganda boleh menjejaskan konsep penulisan sejarah yang saintifik. Tetapi kenyataan

menunjukkan bahawa karya-karya sejarah yang paling berpengaruh ialah karya yang bersifat

propaganda. Misalnya, karya klasik Clarendon, History Of The Rebellion atau karya Henry

Wilson, Rise and Fall of the Slave Power in America yang membuat pengadilan moral yang

berat sebelah dan cenderung untuk mempengaruhi minda pembaca menerusi propaganda14.

Hal ini boleh dikaitkan dengan pengaruh subjektiviti sejarawan itu sendiri yang dapat

dilihat melalui tafsiran yang diberikan kepada istilah persamaan (equality) dan kebahagiaan

(happiness) yang terkandung dalam Perisytiharan Kemerdekaan Amerika (1776). Begitu juga

dengan kebebasan (liberty) dan persaudaraan (fraternity) yang tercetus dalam Revolusi Perancis

(1789)15.

14
Abdullah, Abdul Rahman Haji. Pengantar ilmu sejarah., 1994.Hlm . 109
15
Abdullah, Abdul Rahman Haji. Pengantar ilmu sejarah., 1994.Hlm . 110
6.0 KEWAJARAN PENGADILAN MORAL DALAM KEHIDUPAN

Pada pandangan kami, seorang ahli sejarah wajar mempunyai pendirian untuk melakukan

pengadilan moral dalam sesebuah penulisan sejarah mereka kerana si pelaku dalam sejarah harus

bertanggungjawab di atas perlakuannya. Sekiranya si pelaku diangggap bersalah ia harus

dihukum dan begitu juga sebaliknya. Mengikut pandangan Qassim Ahmad lagi, si pelaku yang

melakukan kejahatan dari segi lahiriah atau secara luaran walaupun ia berhasrat atau bermotif

suci, ia akan dihukum juga dalam mahkamah dan didakwa melakukan kesalahan dari segi

undang-undang dan moral.16 Isu pengadilan moral merupakan antara isu yang sering dikaitkan

dalam sejarah. Isu ini sering dibahaskan oleh ahli-ahli sejarah dan menjadi kontroversi yang

berpanjangan. Ringkasnya, pengadilan moral boleh didefinisikan kepada sebarang bentuk pujian

atau kritikan terhadap seorang tokoh atau peristiwa melalui penulisan sejarah.

Mengikut pandangan Louis Gottschalk, sejarah merupakan matapelajaran yang mengkaji

mengenai kehidupan silam manusia.17 Moral pula berasal daripada bahasa latin iaitu perkataan

“mores” yang membawa maksud cara. Manakala “moralatis” pula membawa maksud

perwatakan dan tingkah laku yang diterima. Secara umumnya, konsep-konsep ini merujuk

kepada konsep tingkah laku manusia sama ada salah atau betul.18 Konsep pengadilan moral pula

berbeza sedikit dengan konsep moral. Sebagai contoh, mengikut Qasim Ahmad, pengadilan

moral membawa maksud satu perlakuan untuk menjatuhkan hukuman ataupun tindakan

mengenakan penilaian tertentu terhadap sesuatu peristiwa sejarah ataupun kepada seorang ahli

sejarah. Misalnya, di dalam sebuah penulisan seorang ahli sejarah ada dinyatakan sesuatu

peristiwa itu tidak baik, pahlawan itu bersalah, masyarakat pada zaman itu mundur, system
16
Hj. Ishak Saat, Sejarah Sosial Masyarakat Melayu. Selangor : (2005). Karisma Publication Sdn. Bhd
17
Gottschalk. L, Understanding History. United State of America : 1963, Alfred A Knopf. hlm. 41.
18
Vishalache Balakrishnan, Pendidikan Moral Untuk Universiti dan Kolej. Shah Alam: 2009, Arah Pendidikan
Sdn. Bhd. hlm. 2.
politik tidak progresif dan sebagainya.19 Ahli sejarawan barat iaitu Andrian Oldfield juga

merumuskan bahawa pengadilan moral adalah berbentuk penilaian baik ataupun buruk dalam

bentuk pujian atau kutukan yang dibuat berdasarkan peristiwa ataupun perlakuan seorang pelaku

dalam sejarah seperti “…pengadilan moral terutama pengadilan moral berbentuk pujian atau

kutukan. Penyataan moral bergantung kepada perbezaan tahap samaada baik atau buruk…”

Adrian Oldfield juga dalam rencananya yang bertajuk "Moral Judgements in History"

menganggap bahawa masalah pengadilan moral tidak dapat dielakkan (inevitable) dalam

penulisan sejarah.

Manakala Abdul Rahman Haji Abdullah memerihalkan pengadilan moral adalah suatu

peristiwa sejarah ataupun perbuatan atau perlakuan yang mendorong pernilaian yang memuji

atau mengeji dengan menggunakan istilah seperti baik, kejam, jahat dan sebagainya bagi

menunjukkan pujian ataupun kutukan serta label-label yang digunakan oleh media Barat

terhadap golongan muslim seperti militant, fanatic, separatist, extremist dan sebagainya.

Penggunaan perkataan mahupun frasa dalam penulisan sejarah yang menggambarkan nilai moral

Contohnya, seperti kes Nazi di Jerman yang melibatkan pengadilan moral dipersetujui

oleh Lucy Dawidowicz di dalam bukunya “ The War Against the Jews” dengan tegas dan

mengatakan kes pembunuhan beramai-ramai orang Yahudi (holocaust) – “tidak membenarkan

sikap berkecuali” di pihak ahli sejarah.20

Oleh itu,jelaslah penggunaan perkataan tersebut menyerupai dengan hukuman moral

terhadap pelaku sejarah.21 Oleh hal yang demikian unsur pengadilan moral banyak membantu

dalam membuat tafsiran dalam sejarah. Pengadilan moral dalam kehidupan sememangnya wajar

19
Qasim Ahmad, Karya pendekatan dan persoalan , Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka 2004, hlm.127-128
20
Qasim Ahmad, Karya Sejarah, Kuala Lumpur :Dewan Bahasa dan Pustaka, 1991 hlm 36
21
Ishak Saat. Ilmu Sejarah Antara Tradisi Dan Moden, 2005,hlm. 83.
dilakukan. Hal ini kerana, pengadilan moral merupakan tindakan yang rasional dalam

membentuk daya pemikiran generasi muda pada masa kini. Pengadilan moral ini jelas

menunjukkan kewajaran dalam konteks kehidupan kerana menurut Voltaire, seorang ahli sejarah

Perancis pada abad ke-18, telah melihat tugas sejarah sebagai “mengajar kita kewajiban-

kewajiban kita dan hak-hak kita”. Sejarah perlu bertindak sebagai pembela keadilan dengan

memuji mereka yang berjasa dan memalukan mereka yang berdosa. Dan sekiranya raja atau

menteri berasa tidak senang hati dengan tindakan ahli sejarah ini, Voltaire mengingatkan mereka

bahawa “sebagai para pegawai awam mereka harus bertanggungjawab untuk tindakan –tindakan

mereka kepada orang ramai…bahawa sejarah adalah saksi dan bukan pemuja”. Selari dengan

pendirian para pemikir Zaman Kesedaran, Voltaire merasakan bahawa sejarah yang berasaskan

kepada unsur kerasionalan boleh membantu masyarakat memerangi kejahatan seperti

fanatisisme, kekejaman, keganasan dan kepercayaan ajaib dan sebaliknya memupuk nilai-nilai

yang mulia seperti kebebasan agama dan politik, keadilan bagi semua lapisan masyarakat dan

bangsa.22

Pengadilan moral ini turut disokong oleh Lord Acton, Profesor sejarah di University Of

Cambridge dan berandaian bahawa setiap insan di dunia ini seharusnya diadili oleh “nilai-nilai

ulung” yang mendukung manusia. Acton menyangkal tanggapan bahawa kanun moral am tidak

wujud kerana perlu mengambil kira aspek keadaan masa, kelas yang mana individu berasal,

pengaruh sekeliling sehinggakan tiada sesiapa boleh diadili.23 Sejarah dan pengadilan moral

tidak boleh dipisahkan agar dapat digunakan sebagai pedoman kepada cara hidup manusia.

22
Suntharalingam, R. Pengenalan kepada sejarah. Marican, 1985. Hlm 93
23
Suntharalingam, R. Pengenalan kepada sejarah. Marican, 1985. Hlm 94
Ahli sejarah Rom juga menitikberatkan pengadilan moral terhadap peranan individu

dalam sejarah itu sendiri. Ahli sejarah Rom menggunakan watak-watak sebagai contoh yang

paling berkesan untuk mengajar masyarakat. Misalnya, Sallust dalam karyanya Conspiracy of

Catiline telah membuat perbandingan antara watak yang mulia dan watak yang jahat. 24

Abdul Rahman Haji Abdullah dalam bukunya menyatakan bahawa terdapat dua tindakan

yang perlu diambil kira dalam melakukan pengadilan moral, iaitu yang pertama, pengadilan

moral hanya dilakukan terhadap tindakan yang disengajakan atau diniatkan, bukannya yang

berlaku secara tidak sengaja. Menurutnya, dengan prinsip ini tidaklah dihukum orang yang tidak

siuman atau orang yang terpaksa melakukan sesuatu kejadian atau peristiwa itu. Yang kedua

ialah, pengadilan moral itu bukan sahaja dilakukan berdasarkan kepada niat atau tujuannya,

bahkan juga pada cara tindakannya. Terdapat dalam kalangan sejarawan yang berpendapat

bahawa asalkan perbuatan yang dilakukan membawa kebaikan pada orang ramai maka, niat

serta tujuannya kuranglah diambil perhatian. Adakalanya juga mereka berpendapat walaupun

tindakan yang dilakukan amatlah kejam dan tidak elok, namun masih boleh dimaafkan

seandainya niat atau tujuannya baik. Maka asalkan salah satu diantaranya baik, bolehlah

mendapat pujian daripada sejarawan.25

Pengadilan moral juga ditujukan kepada bangsa-bangsa yang dipaparkan dalam

pensejarahan Rom. Pada amnya, ahli-ahli sejarah Rom melihat bangsa Rom sebagai satu-satunya

bangsa yang mulia kerana memiliki sifat-sifat yang baik, sedangkan bangsa-bangsa asing

diperlihatkan sebagai mencerminkan kecacatan tertentu yang menyebabkan malapetaka.26

24
Suntharalingam, R. Persejarahan Barat. Fajar Bakti, 1987. Hlm 58
25
Abdul Rahman Haji Abdullah, 1994. Pengantar Ilmu Sejarah. Hlm.120
26
Suntharalingam, R. Persejarahan Barat. Fajar Bakti, 1987. Hlm 59
7.0 PENGADILAN MORAL MELIBATKAN SUBJEKTIVITI DAN OBJEKTIVITI

Konsep objektif dan subjektif amat berkait rapat dengan persoalan pengadilan moral. Hal

ini wujud kerana adanya pertentangan prinsip di antara kedua – dua aliran pemikiran tersebut

mengenai pengadilan moral dalam sejarah. Konsep objektiviti merupakan satu konsep yang

hanya menerima kebenaran dalam fakta sejarah melalui bukti – bukti yang diperolehi hasil

daripada kajian saintifik. Manakala, konsep subjektiviti merupakan perkara yang berkaitan

dengan diri, pendirian, sudut pandangan, ideologi, orientasi dan budaya seseorang penulis atau

sejarawan. Dalam aspek ini, ia boleh menimbukan bias atau sikap berat sebelah dalam

memaparkan sesuatu peristiwa sejarah itu.27

Menurut Leopold Von Ranke iaitu pengasas kepada aliran objektivis dan dianggap

sebagai bapa pensejarahan moden28, beliau berpendapat bahawa matlamat pengajian sejarah

adalah untuk menggambarkan kejadian – kejadian ”sebagaimana sebenarnya berlaku” (Wie

es eigentlich gewesen ), yang membiarkan fakta – fakta sejarah bercakap dengan sendirinya

tanpa penglibatan sejarawan. Peter Geyl iaitu seorang historisisme berkata, ia bermakna

menjauhkan diri daripada pengadilan, penerimaan atau pengakuan yang tidak ada darjah – darjah

kecuali dari apa yang dibekalkan oleh proses sejarah sendiri.29 Sejarah harus dipersembahkan

secara objektif tanpa berat sebelah, emosional mahupun pengadilan moral. Fakta berasaskan

sumber utama yang sahih mesti dijadikan sandaran dan hujahan. Donald V Gawronski dalam

History meaning and method: A primier of historical method (1969) menyatakan bahawa fakta

sejarah mesti tidak dipengaruhi oleh perasaan memihak dan prasangka. Ini penting supaya ia

27
Muhd Yusuf Ibrahim, 2000. Ilmu Sejarah: Falsafah, Pengertian dan Kaedah. Edisi kedua: Dewan Bahasa dan
Pustaka, Kuala Lumpur, hlm. 219
28
Muhd Yusof Ibrahim & Mahayuddin Haji Yahya, 1998, Sejarawan dan Pensejarahan, Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka, hlm. 276.
29
Abdul Rahman Haji Abdullah,. Pengantar Ilmu sejarah. Dewan Bahasa dan pustaka, Kuala Lumpur/ Pusat
pengajian Luar kampus Universiti sains Malaysia,Pulau Pinang 1994, hlm. 106
bebas daripada sifat berat sebelah, mempunyai kepentingan peribadi dan agenda tertentu.30 Ini

bermakna aliran objektivis telah terang – terangan menolak konsep pengadilan moral, yakni

yang melibatkan perasaan, pandangan dan pendirian si penulis sejarah.

Sebenarnya ahli sejarah berbelah bagi dan sentiasa menghadapi masalah untuk menulis

karya sejarah kerana sentiasa bertelingkah pendapat antara satu sama lain. Antaranya adalah

seperti E.H Carr dan R.G Collingwood, memang terdapat perbezaan yang bukan sahaja tentang

tanggapan tentang bagaimana mahu menulis sejarah.31

8.0 RUMUSAN

Kesimpulannya, berbalik kepada soalan perbincangan mengenai setuju atau tidak

pendapat yang dikemukakan oleh Qasim Ahmad, bahawa pengadilan moral itu lebih baik

dilakukan oleh sejarawan terlatih berbanding masyarakat yang tidak terlatih, maka kami

simpulkan di sini untuk menyebelahi pengadilan moral sebagai hasrat untuk memberi didikan

kepada masyarakat akan sesuatu perkara.

Terdapat pendapat yang dinyatakan oleh H. Butterfied mengenai peranan seorang

sejarawan, iaitu menceritakan peristiwa itu sejelas yang mungkin. Jadi segala keburukan didalam

sesuatu peristiwa yang terkutuk itu patutlah diterangkan sejelas – jelasnya. Oleh itu, beliau

berpendapat bahawa kiranya sesiapa yang membaca kisah itu mempunyai perasaan peri

kemanusiaan, mempunyai peraturan etika, maka pembaca dengan sendirinya akan

menghukum jahat sesiapa yang patut dihukum jahat. Sebaliknya, kalau pembaca yang berkenaan

tidak mempunyai kehalusan perasaan, maka betapa banyak penilaian dan penganalisisan

30
Artikel bebas
31
Muhammad Yusof Ibrahim, Pengertian Sejarah, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia,
hlm 20
moral yang diutarakan, tidak mungkin akan mengusik hatinya. Namun begitu, ini akan

menyebabkan pengadilan moral itu berlaku dalam pemikiran pembaca tanpa mereka sedari.

Benarlah bahawa kita semua tidak dapat lari daripada pengadilan moral.

Berdasarkan kepada pendapat tersebut, maka dapat dilihat bahawa di antara

kedua – dua pihak yang dikemukakan oleh Qasim Ahmad, kami bersetuju bahawa pengadilan

moral wajar dilakukan dengan syarat perlu mengambil kira aspek kebenaran dan kejujuran dalam

menilai erti sejarah dan hanya ahli sejarah yang diiktiraf sahaja yang boleh mengadilinya.
BIBLIOGRAFI

Abdul Rahman Haji Ismail, 1985, Apakah Sejarah (terjemahan), Kuala Lumpur, Dewan Bahasa
dan Pustaka.

Abdul Rahman Haji Abdullah, 1994, Pengantar Ilmu Sejarah , Pulau Pinang, Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Abdul Rahman Haji Abdullah, 1994, Pengantar Ilmu Sejarah, Pulau Pinang, Pusat Pendidikan
Jarak Jauh, USM.

Arba’iyah Mohd Noor, 2002, Ilmu Sejarah dan Pensejarahan, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa
dan Pustaka.

Muhd Yusof Ibrahim, 1975, Pengertian Sejarah, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.

Muhd Yusof Ibrahim & Mahayuddin Haji Yahya, 1998, Sejarawan dan Pensejarahan, Kuala
Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.

R. Suntharalingam, 1985, Pengenalan Kepada Sejarah, Kuala Lumpur, Marican dan Sons (M)
Sdn Bhd.

R. Suntharalingam, 1987, Pensejarahan Barat, Petaling Jaya, Fajar Bakti.

Qasim Ahmad, 1991, Karya Sejarah : Pendekatan dan Persoalan, Kuala Lumpur, Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Anda mungkin juga menyukai