Anda di halaman 1dari 37

PENGHARGAAN

Bismillahirahmanirahim…

Alhamdullilah,bersyukur ke hadrat ilahi dengan limpah rahmat serta nikmat


masa,nyawa tenaga yang dianugerahkan kepada saya dan ahli kumpulan dapat juga saya
menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.

Pertamanya, saya dan ahli kumpulan ingin sampaikan penghargaan ini kepada pensyarah
yang saya hormati Dr. Mohd Norawi Ali kerana sudi mendengar, melihat dan memberi
komen terhadap pembentangan saya dan ahli kumpulan saya sebelum ini. Segala komen yang
diberikan akan saya jadikan iktibar dan akan melakukan yang terbaik pada masa akan datang.
Selain itu, dengan tunjuk ajar serta bimbingan telah membuka ruang untuk saya menyiapkan
tugasan ini dengan suksesnya.

Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada ahli kumpulan pembentangan saya
dan ahli kelas tutorial yang banyak memberi peringatan terhadap setiap apa yang saya telah
alpa. Mereka membantu saya dengan menjawab setiap pertanyaan yang saya uterakan kepada
mereka.

Akhir madah, saya dan ahli kumpulan mengucapkan terima kasih kepada mereka
yang terlibat secara lansung atau sebaliknya dalam pembikinan kerja kursus ini. Sekian
Terima kasih.

1
ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKA SURAT


1) PENGENALAN 3-5
2) OBJEKTIF KAJIAN 6
3) SKOP KAJIAN 6
4) METODOLOGI KAJIAN 7
5) DAPATAN KAJIAN 8 - 21
6) RUMUSAN 22
7) BIBLIOGARAFI 23
8) LAMPIRAN
8.1 Protokol Soalan 24
8.2 Transkrit Responden 25 - 36
8.3 Gambar Responden 37

2
TAJUK : KEPENTINGAN PEMBIMBING RAKAN SEBAYA DALAM KALANGAN
REMAJA

1.0 PENGENALAN

Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) adalah seorang murid yang telah dilatih
dalam bidang kemahiran asas komunikasi dan kaunseling. Ia berfungsi sebagai
seorang kawan yang berkesan kepada rakan sebaya, terutama kepada mereka yang
memerlukan pertolongan. PRS tidak berfungsi untuk memberi nasihat dan
menyelesaikan masalah rakan-rakan tetapi menjadi seorang pendengar yang peka
kepada perasaan orang lain, berminat dan mengambil berat serta rela memberi
khidmat dalam sistem sekolah.

Program Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) adalah satu program untuk melatih
para belia dan remaja agar dapat menguasai kemahiran membantu supaya mereka
dapat membantu rakan pelajar yang memerlukan pertolongan dari segi mental, sosial
atau emosional, di samping melatih mereka membantu diri sendiri.Selain itu, khidmat
“pelajar membantu pelajar” merupakan satu khidmat sokongan yang penting di dalam
perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling. Kursus ini dijalankan secara teori dan
praktikal.

Program ini berasaskan konsep bahawa rakan sebaya merupakan orang yang
paling rapat dan paling memahami masalah yang dihadapi oleh seseorang remaja.
Dengan itu mereka merupakan orang yang paling tepat bagi memberi nasihat bagi
menangani sesuatu masaalah.Program ini merangkumi bidang yang luas termasuk
membantu mempelajari Teknologi Maklumat, Pembelajaran Bestari, Cara Belajar,
malah digunakan dalam kempen anti dadah.

Konsep asas program PRS ialah "Rakan Bantu Rakan". Rakan boleh dalam
lingkungan umur yang samaatau lebih tua atau muda. Nama Pembimbing Rakan
Sebaya adalah sama dengan program lain seperti Mentor Sebaya, Kaunselor Sebaya,
Adik angkat, Kelompok Sokongan Sebaya, College Sistem, Buddy atau Tutor Sebaya.

3
Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) boleh membantu untuk meningkatkan lagi
keberkesanan program bimbingan di sekolah. Pembimbing Rakan Sebaya merupakan
satu tenaga positif untuk membolehkan program bimbingan mencakupi kelompok
pelajar-pelajar yang mungkin sukar didampingi oleh guru bimbingan dan kaunseling
atau guru-guru lain. PRSini merupakan khidmat sokongan kepada Perkhidmatan
Bimbingan dan Kaunseling.

Golongan remaja boleh berkomunikasi dengan rakan sebaya mengenai


masalah atau hal yang mengganggu mereka, dengan lebih mudah dan lebih berkesan
lagi. Di tiap-tiap sekolah memang wujud sekumpulan kecil pelajar yang tidak boleh
menerima dan membina perhubungan dengan orang dewasa dan pihak berkuasa
sekolah. Pengaruh rakan sebaya dapat mempengaruhi golongan remaja ini.

Oleh itu, dengan latihan dan asuhan yang sesuai, Pembimbing Rakan Sebaya
hendaklah diwujudkan di sekolah untuk membantu remaja yang mempunyai masalah.
Nama-nama lain yang mempunyai maksud yang sama dengan PRS ialah Kaunselor
Sebaya, Tutor Sebaya, Mentor Sebaya, Buddy, kakak/abang angkat atau kelompok
sebaya sokongan

4
Pembimbing Rakan Sebaya secara ringkas

Pembimbing Rakan Sebaya atau PRS merupakan murid yang berkhidmat


membantu pelajar lain, terutama mereka yang memerlukan pertolongan
dalam mengendalikan masalah.

PRS akan dilatih dalam bidang perhubungan manusia supaya ia berupaya


menggalakkan kawan-kawan berbincang tentang masalah, pandangan,
kebimbangan dan lain-lain perkara.

Maklumat-maklumat yang diberi akan dirahsiakan.

PRS dilatih untuk menjadi seorang kawan yang berkesan melalui pembinaan
hubungan yang berasaskan rasa hormat dan faham.

PRS akan diselia dengan teliti oleh Guru Bimbingan semasa mereka
menjalankan tugas.

Kelebihan bagi PRS adalah mereka bukan sahaja menolong kawan-kawan


memahami diri dan masalah, tetapi juga mereka sendiri akan belajar
memahami diri mereka sendiri (dikenali sebagai kesedaran-kendiri)

Falsafah Pembimbing Rakan Sebaya

Falsafah asas program PRS adalah berdasarkan slogan "Bantu Diri Supaya
Berupaya Membantu Orang Lain". Oleh itu diperingkat sekolah, konsep PRS adalah
Rakan Bantu Rakan. PRS yang terpilih akan diberikan latihan-latihan asas dalam
hubungan membantu. Kemahiran-kemahiran asas ini diharapkan dapat dipraktikkan
oleh PRS untuk membantu rakan-rakan mereka yang memerlukan pertolongan dari
segi emosi, akademik, perkembangan diri dan pelbagai lagi.

5
2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Terdapat beberapa objektif kajian yang telah digariskan untuk menjalankan


kajian ini. Antaranya ialah :

2.1 Mengenal pasti ciri-ciri yang perlu ada pada pembimbing rakan sebaya.

2.2 Mengenal pasti kepentingan PRS dalam aspek akademik.

2.3 Mengenal pasti kepentingan PRS dalam aspek sahsiah.

2.4 Mengenal pasti kepentingan PRS dalam aspek emosi.

3.0 SKOP KAJIAN


Bagi menjayakan tugasan yang diberi, kajian ini telah dilakukan di sekitar
kawasan USM. Bilangan responden yang terlibat adalah seramai 3 orang iaitu terdiri
daripada warga USM sendiri. Responden yang diambil untuk membuat kajian ini
terdiri daripada peringkat umur dan latar belakang yang berbeza yang mengikut
kehendak pensyarah. Responden 1 merupakan pelajar tahun 1 dari pusat pengajian
ilmu pendidikan, responden 2 pula terdiri daripada Majlis Perwakilan Pelajar (MPP)
USM manakal responden 3 ialah penjual di kafe desasiswa Restu.

6
4.0 METODOLOGI KAJIAN

Bagi menjayakan kajian ini terdapat metodologi kajian tertentu yang telah
digunakan untuk mndapatkan maklumat yang bekaitan dengan tajuk tugasan. Antara
metodologi kajian yang digunakan ialah :

4.1 Buku rujukan

Buku rujukan telah menjadi panduan asas bagi menyiapkan tugasan


yang diberikan. Banyak maklumat yang diperolehi melalui buku rujukan.
Kunjungan ke perpustakanyang terdapat di USM telah dilakukan seperti
kunjunganke perpustakaan Hamzah Sendut untuk mendapatkan buku rujukan
yang berkaitan dengan tajuk tugasan yang diberi. Beberapa buah buku telah
dipinjam daripada perpustakaan untuk dibuat rujukan

4.2 Temu Bual

Aktiviti telah dijalankan terhadap beberapa orang responden yang terpilih


untuk mengambilpandangan daripada mereka mengenai pembimbing rakan sebaya.
Temu bual ini dilakukan kepada tiga orang responden. Terdapat beberapa soalan yang
telah diajukan kepada responden yang terlibat.Jawapan yang diberi oleh responden
telah direkodkan semasa aktiviti temu bual dijalankan untuk dijadikan sebagai bahan
bukti penulisan kajian. Responden 1 merupakan pelajar tahun 1 dari pusat pengajian
ilmu pendidikan, responden 2 pula terdiri daripada Majlis Perwakilan Pelajar (MPP)
USM manakal responden 3 ialah penjual di cafe desasiswa Restu.

7
5.0 Dapatan Kajian

5.1 Ciri-Ciri Yang Perlu Ada Pada Pembimbing Rakan Sebaya.

Kajian luar negara dan tempatan telah membuktikan bahawa


pembimbing rakan sebaya mempunyaipengaruh yang kuat terhadap remaja.
Dalam usaha mencari identiti diri, remaja banyakbergantung kepada rakan
sebaya untuk mendapat panduan hidup ke arah yang mereka ingini.Jika rakan
sebaya yang digauli itu mempunyai pengaruh negatif, maka remaja itu akan
terikut-ikut dengan perlakuan negatif juga. Oleh itu, pembimbing rakan sebaya
telah diwujudkan dijalankan supaya pengaruh negatif itu dapat digantikan
dengan pengaruh positif bagi membolehkan remaja membina nilai hidup yang
sihat untuk menyediakan mereka menjadi orang dewasa yang matang dan
bertanggungjawab. Pembimbing rakan sebaya inilah yang akan membantu
melatih remaja dengan beberapa kemahiran untuk mempengaruhi remaja
supaya lebih baik lagi melalui pembinaan perhubungan mesra dan menjadi
contoh teladan.

5.1.1 Sentiasa Membantu Remaja Ketika Susah Dan Senang.

Kesemua responden bersetuju dengan ciri PRS yang sentiasa


membantu remaja ketika susah dan senang. Responden mengatakan
ada peribahasa mengatakan rakan ketawa senang dicari tetapi rakan
tangis sukar ditemui. Oleh itu, PRS perlu sentiasa membantu pelajar
yang memerlukan. Dalam memilih PRS ciri ini perlu ada supaya
mereka sentiasa dapat membantu remaja yang memerlukan tanpa
mengira waktu dan ketika. Jelaslah, PRS yang sebegini mampu
mengisi kekosongan dan sentiasa ada saat diperlukan.

Responden juga bersetuju kerana remaja yang bermasalah ini


tidak akan teragap-agap untuk meminta bantuan daripada PRS kerana
mereka tahu PRS akan sentiasa membantu mereka semasa mereka
memerlukan pertolongan. Oleh itu, untuk menjadi PRS ciri ini mesti
ada pada PRS supaya PRS dapat menbantu orang yang memerlukan
walaupun apa-apa jua keadaan.

8
5.1.2 Menunjukkan Teladan Yang Baik Kepada Remaja

Kesemua respoden berpendapat untuk menjadi PRS perlulah


menunjukkan teladan yang baik kepada remaja agar mereka menjadi
PRS sebagai suri teladan kepada mereka. Sudah pasti PRS tidak mahu
menjadi seperti disebabkan nila setitik habis rosak susu sebelanga.
Disebabkan oleh sesetengah PRS yang tidak elok kerana menunjukkan
teladan yang tidak baik seperti ponteng kelas, mencuri dan sebagainya.
Oleh itu, PRS perlu menunjukkan teladan yang baik agar pelajar lain
turut mengikutinya juga dan nama baik PRS juga dapat dijaga daripada
tercemar.

Responden turut bependapat mestilah menunjukkan teladan


yang baik kepada remaja agar remaja turut mengikutinya. PRS jangan
sesekali sikap yang tidak elok dan bertentangan dengan konsep dan
falsafah PRS. Biarlah PRS ini menjadi suri teladan kepada remaja lain
untuk melakukan kebaikan juga.

5.1.3 Sentiasa Mengajak RemajaKe Arah Kebaikan

Kesemua responden berpendapat berpendapat ciri PRS yang


baik adalah PRS yang sentiasa mengajak remaja melakukan kebaikan.
Sebagai contohnya PRS mengajak remaja pergi solat berjemaah di
masjid atau di surau sekolah. Perkara ini dapat mencegah remaja
melakukan aktiviti yang tidak berfaedah seperti lepak dan sebagainya.
Perkara ini bukan sahaja dapat mencegah remaja daripada melakukan
perkara negatif, malah remaja berkenaan turut mendapat pahala juga
kerana melakukan kebaikkan.

Sebagai PRS sudah semestinya tugas mereka adalah mengajak


remaja melakukan kebaikan. Hal ini kerana, ia bersesuaian dengan
peranan PRS itu sendiri iaitu membimbing seseorang ke arah kebaikan.
Justeru itu sebagai PRS janganlah takut untuk mengajak remaja untuk
membuat kebaikan.

9
5.2 Kepentingan Pembimbing Rakan Sebaya Dalam Aspek Akademik.

Kecemerlangan akademik menjadi idaman kepada semua pelajar yang


menununtut ilmu. Mohammad Shahtar Sabran (2005) melaporkan kejayaan
akademik dinilai berdasarkan keputusan peperiksaan. Sekiranya pelajar itu
memperoleh keputusan yang rendah dalam peperiksaan, ini bermakna
akademik mereka tidak cemerlang. Jika mereka memperoleh keputusan
peperiksaan yang tinggi, maka pelajar tersebut merupakan orang yang
cemerlang dalam bidang akademik. Banyak jenis peperiksaan besar yang
dijalankan untuk mengukur prestasi akademik pelajar seperti UPSR, PMR,
SPM dan STPM bagi diperingkat sekolah. Bagi pelajar yang belajar di
universiti mereka dinilai melalui Grade Point Average (GPA) atau Cumulative
Grade Point Average (CGPA).

5.2.1 PRS Dapat Membantu Meningkatkan Prestasi Akademik


Remaja

Menurut responden PRS dapat membantu meningkatkan


prestasi akademik pelajar kerana untuk menjadi seorang PRS pelajar
akan ditapis terlebih dahulu, pelajar yang benar-benar layak sahaja
berhad menjadi PRS. Untuk melepasi penapisan ini mereka perlu
mempunyai keputusan yang baik dalam bidang akademik barulah
mereka dipilih sebagai ahli PRS. Selepas mereka dipilih mereka
haruslah meningkatkan prestasi mereka ke tahap yang lebih cemerlang
kerana PRS akan menjadi suri teladan kepada pelajar yang lain. Oleh
itu, prestasi akademik PRS itu sendiri dapat ditingkatkan sebelum PRS
membantu orang lain.

10
Selain itu, menurut responden juga sudah menjadi
tanggungjawab pembimbing rakan sebaya untuk membantu remaja
yang lemah dalam pelajaran. Remaja yang kurang berpretasi dalam
pelajaran akan dibimbing oleh PRS supaya lebih berpretasi dalam
akademik mereka. Kebanyakkan PRS terdiri daripada orang yang
cemerlang dalam bidang akademik. Oleh itu, tidak mustahil lah PRS
ini mampu untuk mengajar remaja yang lemah dalam pelajaran dengan
menggunakan ilmu yang mereka yang ada walaupun tidak banyak ia
dapat mebantu meningkatkan prestasi remaja berkenaan.

Responden juga mengatakan apabila PRS itu mempunyai


pencapaian akademik yang cemerlang di sekolah, mereka akan
menjadi suri teladan kepada pelajar yang lain sebagai aspirasi untuk
berjaya seperti mereka juga. Pelajar lain akan mengikuti contoh yang
baik yang dilakukan oleh ahli PRS kerana mereka juga ingin berjaya.
Perkara ini sedikit sebanyak memberikan semangat kepada pelajar
yang lain untuk belajar bersungguh-sungguh supaya mendapat
keputusan yang baik ataupun cemerlang. Jelaslah, PRS dapat
membantu meningkatkan prestasi akademik remaja yang lain.

5.2.2 PRS Dapat Membantu Menaikkan Motivasi Remaja Untuk Belajar.

Menurut responden PRS dapat Membantu menaikkan motivasi


remaja untuk belajar keranaPRSakan memberi nasihat kepada pelajar,
terutamanya kepada pelajar yang malas dan suka bermain-main.
Perkara ini dapat membuatkan pelajar tersebut mempunyai kesedaran
untuk belajar dengan bersungguh. Sebagai contohnya PRS
menceritakan kesan negatif yang akan bakal berlaku sekiranya malas
untuk berlajar. Melalui nasihat ini motivasi pelajar untuk belajar dapat
ditingkatkan daripada malas belajar kepada rajin untuk belajar kerana
takut merima nasib yang sama seperti yang diberi tahu oleh PRS

11
Responden juga mengatakan PRSdapat menaikan motivasi
pelajar yang lemah atau tidak pandai dalam sesuatu subjek. Ada
sesetengah pelajar yang lemah atau tidak pandai akanmalas untuk
berusaha kerana mereka menganggap orang lemah atau tidak pandai
ini tidak akan berjaya dalam peperiksaan. PRSakan menghapuskan
tanggapan mereka dengan memberi nasihat supaya jangan mudah
berputus asa kerana kerjayaan adalah milik semua, terutamanya milik
orang yang rajin berusaha. Perkara ini akan menyebabkan pelajar
berkenaan bersemangat untuk belajar dengan bersungguh-sungguh.

Akhir sekali responden beri tahu bagi pelajar yang tidak tidak
mempunyai hala tuju yang jelas, PRSakan mendekati pelajar tersebut
dan bantu pelajar berkenaan untuk menentukan hala tuju pelajar
berkenaan. Kadang kala pelajar yang tidak mempunyai hala tuju jelas
dalam pembelajaran mereka menjadi faktor mereka tidak bermotivasi
dalam hidup. Apabila pelajar mempunyai hala tuju yang jelas, mereka
akan bermotivasi untuk belajar dengan bersungguh-sungguh kerana
mereka ingin mencapai perkara yang diinginkan oleh mereka.

5.2.3 PRS Menjadi Pemudah Cara Kepada Remaja Untuk Mendapat


Maklumat Mengenai Hal Pelajaran.

Menurut responden PRS dapat memudahkan pelajar untuk


mencari maklumat berkaitan dengan pelajaran kerana pelajar boleh
menanyakan PRS yang mempunyai pengalaman dalam pelajaran untuk
mencari maklumat dengan mudah. Setiap PRS mempunyai
pengalaman yang berbeza dalam pelajaran. Jika pelajar ingin
mengetahui sesuatu perkara berkaitan dengan hal pelajaran, mereka
boleh berjumpa dengan PRS yang berpengalaman untuk mengetahui
dengan lebih lanjut lagi.

12
Menurut responden lagi pelajar juga boleh minta pendapat atau
pandangan PRS mengenai hal pelajaran. Sebagai contohnya pelajar
boleh menanyakan pendapat PRS mengenai kos yang mereka ambil
adakah bersesuaian dengan mereka ataupun tidak. PRSakan membantu
pelajar tersebut dengan memberi tahu penglaman yang beliau ada dan
mencadangkan yang terbaik untuk pelajar berkenaan. Perkara ini
memudahkan pelajar untuk memilih kos yang bersesuaian dengan
mereka tanpa pening kepala untuk memikirnya dan memilihnya.

Selain itu, responden turut mengatakan bahawaPRS dapat


memudahkan pelajar untuk mengetahui sesuatu perkara tanpa
berjumpa dengan guru. Kebanyakkan pelajar tidak suka untuk
berjumpa dan menanyakan soalan pada guru. Pelajar lebih suka
menanyakan soalan kepada rakan sebaya mereka untuk mengetahui
sesuatu perkara yang mereka tidak faham. Malah, untuk berjumpa
dengan PRS lebih mudah berbanding dengan guru yang sibuk dengan
tugas, mereka peluang untuk berjumpa dengan guru sukar dan rumit.
Kadang-kadang ada pelajar pergi ke bilik guru untuk menanyakan
sesuatu akhiranya mereka didenda atas sebab tertentu. Perkara ini
menyaebabkan pelajar malas untuk berjumpa dengan guru.

13
5.3 Kepentingan Pembimbing Rakan Sebaya Dalam Aspek Sahsiah.

Ahmad Fadzli Yusof & Afyan Mat Rawi (2007) melaporkan sahsiah
dari segibahasa, didapati bahawa “sahsiah” adalah perkataan asal Bahasa Arab
yangbersinonim dengan keperibadian atau peribadI. Selain itu, sahsiah juga
disinonimkan dengan kata perwatkan, personality pembawaan dan keoknuman
manakala dalam Bahasa Inggeris pula membawa maksud “whole nature” atau
“characterof a person”atau dalam Bahasa Melayu bermaksud sifat
keseluruhan atau perwatakan seseorang. Jadi, secara umum, dapat disimpulkan
bahawa pembangunan sahsiah ini boleh dirumuskan sebagai pembentukan
keseluruhan keperibadian, personaliti, sifat dan perwatakan atau karakter
seseorang.

Selain itu, terdapat juga satu rumusan yang menyatakan bahawa


sahsiah ialah ciri-ciri keseluruhan tingkah laku yang tetap pada seseorang
individu, tetapi berlainan dengan orang lain. Ia mewakili perwatakan
seseorang individu yang dapat diperhatikan dan dinilai melalui tingkah laku
yang ditunjukkannya.
Mengikut perspektif Islam pula, telah diringkaskan bahawa pembangunan
sahsiah boleh diertikan sebagai membina akhlak, peribadi dan tingkah laku
dengan matlamat menjadikan seseorang itu bertamadun, berintelek,
mempunyai nilai murni dan berdaya maju.

Kesimpulannya, dirumuskan bahawa pembangunan sahsiah merupakan


penampilan kendiri seseorang secara keseluruhan iaitu dari aspek fizikal,
emosi, spiritual, cara berfikir dan berinteraksi. Ia juga tidak dapat dipisahkan
dengan kepercayaan agama. Oleh itu, ia memberi kesan yang amat besar
dalam kehidupan individu dan masyarakat.

14
5.3.1 Membantu Remaja Bersikap Lebih Baik, Berkeyakinan Tinggi
Dan Berfikiran Matang

Menurut responden, Pembimbing rakan sebaya perlulah


memiliki perlakuan atau sahsiah yang baik sebelum membantu rakan
mereka ke arah yang lebih baik. Oleh disebabkan itu, sebelum
seseorang murid itu dilatik menjadi Pembimbing Rakan Sebaya,
mereka akan ditemu ramah oleh guru mereka dahulu. Hal ini demikian
kerana untuk mendapat keyakinan bahawa seseorang murid itu dapat
membimbing rakan mereka. Oleh itu, pembimbing rakan sebaya di
sekolah perlulah memiliki akhlak yang baik supaya menjadi contoh
yang baik kepada rakan sebaya mereka.

Selain itu, responden turut mengatakan bahawa segala


perbuatan yang dilakukan oleh seorang pembimbing rakan sebaya itu
penting. Hal ini demikian kerana perbuatan mereka akan dipandang
oleh rakan sebaya yang lain. Justeru itu, jika seseorang pembimbing
rakan sebaya itu menunjukkan sikap yang tidak baik, berkemungkinan
rakan sebaya akan turut meniru perbuatan mereka. Seterusnya, nasihat
yang diberi oleh pembimbing rakan sebaya turut akan dituruti oleh
remaja jika PRS itu sendiri menunjukkan contoh yang baik dan tidak
bercakap kosong sahaja.

Menurut responden lagi, pembimbing rakan sebaya dapat


membantu remaja befikiran matang. Hal ini demikian kerana
pembimbing rakan sebaya dapat membantu remaja membezakan
perkara yang baik dengan buruk. Seperti sedia maklum bahawa remaja
di sekolah ini belum mencapai tahap matang lagi. Kebanyakkn remaja
tidak berfikir panjang untuk melakukan sesuatu tindakan dan kesannya
atas perbuatan mereka itu. Hal ini demikian kerana mereka tidak dapat
mengetahui akibat daripada tindakan yang mereka lakukan. Oleh itu,
pembimbing rakan sebaya disini dapat menolong rakan mereka dengan
memberi nasihat dan sebagainya.

15
5.3.2 Membantu Membentuk Keperibadian Diri Remaja

Menurut responden, pembimbing rakan sebaya dapat


membantu membentuk keperibadian diri remaja kerana rakan sebaya
ialah pelajar-pelajar atau remaja yang mempunyai umur yang hampir-
hampir sama di antara satu sama lain. Seseorang remaja cenderung
untuk menuruti tingkah laku kumpulan yang mana ia berada di
dalamnya. Mereka akan mencuba atau melakukan apa yang akan
dilakukan oleh kumpulannya. Oleh itu, pembimbing rakan sebaya
perlu menunjukkan contoh sahsiah yang baik kepada pelajar atau
remaja berkenaan supaya mereka menjadi baik juga.

Responden juga memberi tahu jika kumpulan yang diikutinya


itu suka membuat perkara negatif seperti menghisap rokok maka
kemungkinan besar mereka juga akan turut menghisap rokok juga.
Bagi remaja, dengan mencontohi rakan sebaya, mereka akan belajar
satu tingkah laku yang baru dan cuba disesuaikan dengan
personalitinya. Oleh itu, Pembimbing Rakan Sebaya yang di tubuhkan
untuk membantu rakan sebaya mereka yang mempunyai masalah
sebegini.

Selain itu responden turut mengatakan Pembimbing Rakan


Sebaya dapat mengajak rakan mereka melakukan aktiviti-aktiviti yang
berfaedah. Aktiviti-aktiviti positif dapat membantu remaja mengetahui
personaliti yang baik. Sebagai contoh menyertai aktiviti yang
dianjurkan oleh sekolah mereka seperti debat, pantun dan sebagainya.
Oleh itu, disini remaja dapat membentuk keperibadian diri yang baik.

16
5.3.3 Membantu Mengurangkan Salah Laku Disiplin Dalam Kalangan
Pelajar

Menurut responden, pembimbing rakan sebaya dapat


megurangkan salah laku disiplin rakan sebaya kerana pembimbing
rakan sebaya merupakan penghubung dengan kaunselor sekolah.
Pembimbing rakan sebaya akan merujuk kaunselor sekolah jika
terdapat sebarang masalah. Sebagai contoh, apabila seseorang remaja
itu melakukan kesalahan disiplin pembimbing rakan sebaya akan
merujuk atau melapor kepada kaunselor sekolah. Berbeza dengan
pengawas sekolah, mereka akan terus melapor kepada guru disiplin
jika seseorang pelajar itu melakukan kesalahan dan terus mendapat
denda atau hukuman.

Selain itu responden juga mengatakan bahawa seseorang


pelajar yang bermasalah disiplin mesti mempunyai alasan tersendiri
melakukan sesuatu kesalahan. Justeru, pembimbing rakan sebaya
memainkan perranan penting disini kerana mereka perlulah
mengetahui punca terebut supaya mereka tidak melakukan kesalahan
disiplin. Oleh itu, salah laku disiplin dalam kalangan pelajar dapat
dikurangkan.

Di samping itu, reponden turut menyatakan bahawa untuk


mengurangkan salahlaku disiplin dalam kalangan remaja, seseorang itu
perlulah memberi teguran secara berhemah untuk menjaga perasaan
remaja itu. Teguran dihadapan orang ramai atau di depan rakan-rakan
sebaya yang lain merupakan cara teguran yang tidak sesuai kerana ia
dapat menyebabkan remaja itu malu, rendah diri dan seterusya remaja
itu akan semakin memberontak.

17
5.4 Kepentingan Pembimbing Rakan Sebaya Dalam Aspek Emosi.

Zuraidah Abdul Rahman (1988) melaporkan emosi berasal dari


perkataan Latin iaitu “movere” yang bermaksud pergerakan menjauh. Pada
kata dasarnya “move” bermaksud bergerak manakala penambahan imbuhan
“e” di akhir kata yang bererti jauh menyebabkan perkataan tersebut bermaksud
pergerakan menjauh.

Tepat dengan pandangan sarjana barat iaitu Chaplin, telah memberi


pandangan mengenai emosi iaitu suatu keadaan yang terangsang dari
organisma yang mencakup perubahan-perubahan yang disadari, yang sifatnya
mendalam dari perubahan perilaku tersebut.

Menurut Daniel Goleman, emosi adalah setiap kegiatan atau


pergolakan perasaan, pikiran, nafsu, setiap keadaan mental yang hebat dan
meluap-luap. Daniel juga mengatakan bahwa emosi merujuk kepada suatu
perasaan dan pikiran-pikiran yang khas, suatu keadaan biologis dan psikologis
dari serangkaian kecenderungan untuk bertindak.

Sungguhpun begitu, emosi secara kesimpulannya dapat dikatakan


bahawa respons terhadap suatu perangsang yang menyebabkan berlakunya
tindakan disertai perasaan yang kuat dan biasanya mengandung kemungkinan
untuk meletus.

18
5.4.1 Dapat Mengawal Individu Yang Mengalami Masalah

Menurut responden, rakan sebaya merupakan tulang belakang bagi


seorang guru untuk memberi khidmat kaunseling kepada pelajar melalui aspek
tingkah laku, pertuturan serta pemikiran. Di dalam sebuah sekolah, hanya dua
hingga tiga orang sahaja guru kaunseling yang ditempatkan. Hal ini
menunjukkan bahawa, masih ada berlaku masalah dalam kalangan murid di
sekolah kerana tiga orang tidak dapat menandingi jumlah pelajar yang begitu
ramai.

Oleh itu, Kementerian Pendidikan Malaysia telah membuat keputusan


untuk menubuhkan pembimbing rakan sebaya (PRS). Responden turut
berpendapat bahawa, melalui kewujudan PRS, masalah yang dialami oleh
pelajar sedikit sebanyak akan dapat diselesaikan secara betul. Bukan itu
sahaja, malah ada interaksi antara pelajar dengan pelajar serta guru dengan
pelajar akan lebih banyak.

Menurut Nursuhaili, (2010), selain daripada mengembangkan


kebolehan dan kognisi sosial, rakan sebaya juga turut mempengaruhi sikap
dan tingkah laku seseorang individu. Hal ini dapat menunjukkan bahawa
pembimbing rakan sebaya lebih berkesan dalam mengawal emosi pelajar yang
disebabkan faktor kesamaan usia.Remaja yang bermasalah ini juga akan dapat
mengurangkan bebanan atau tekanan yang dihadapi apabila segala masalah
yang dihadapi dapat dikongsi dengan PRS. Pelajar yang bermasalah itu bukan
sahaja dapat membina persahabatan secara positif malah turut dapat
membantu mewujudkan sikap-sikap positif dalam dirinya.

19
5.4.2 Membina Kasih Mesra Dan Saling Membantu Dalam Kalangan Pelajar

Pada pandangan responden itu sendiri, budaya kasih mesra ini pasti
akan terbentuk. Hal ini demikian kerana pembimbing rakan sebaya yang sudah
semestinya rakan sekelas atau rakan satu sekolah. Maka, apabila mereka
berkenalan antara satu sama lain, pasti kasih sayang akan terbina secara
automatiknya, oleh sebab masing-masing menunjukkan perasaan sayang
sesame mereka. Apabila timbulnya rasa kasih sesama mereka, mereka pasti
tidak lagi kekok untuk bercerita atau bergurau senda kerana sudah terbiasa
dengan suasana keakraban itu.

Reponden juga berpendapat bahawa, dengan adanya PRS, sesebuah


sekolah itu mampu mewujudkan sebuah suasana yang bahagia di dalam kelas.
Apabila masing-masing peka terhadap rakan sekelas, mereka akan lebih
mudah untuk mengenal pasti sebarang masalah awal yang berlaku. Sebagai
contoh, masalah ponteng kelas. Masalah ponteng kelas umumnya berlaku
kerana, ahli di dalam kelas tidak peka terhadap kehadiran rakan-rakan di
dalam kelas. Sehingga menyebabkan mereka tidak teragak-agak untuk
ponteng kerana merasakan ketidakhadiran mereka di dalam kelas tidak akan
diketahui.

Kewujudan pembimbing rakan sebaya, boleh menimbulkan perasaan


sayang, serta cinta akan sekolah. Hal ini akan menyebabkan para pelajar mula
rajin untuk ke sekolah serta lebih bijak dalam menangani isu-isu berkaitan
disiplin atau salah laku. Bukan itu sahaja, malah budaya saling membantu juga
akan timbul dalam diri pelajar.

20
5.4.3 Remaja Dapat Membezakan Antara Aspirasi Dan Inspirasi

Responden telah meyatakan bahawa aspirasi didefinasikan sebagai


keinginan atau kehendak yang kuat untuk mencapai sesuatu atau mewujudkan
sesuatu, misalnya cita-cita. Manakala inspirasi pula bermaksud sesuatu yang
menggerakkan hati untuk mencipta sesuatu, dalam erti kata lain adalah ilham.
Maka, dalam mencapai aspirasi, seseorang itu memerlukan inspirasi.

Responden turut berpandangan bahawa aspirasi dan inspirasi ini


sebenarnya saling berkait antara satu sama lain. Responden telah menyatakan
pesanan Profesor Muhaya yang pernah berpesan dalam motivasinya bahawa
dunia dalaman menentukan dunia luaran. Hal ini bermaksud, sekiranya
seseorang itu sering berfikiran positif, maka tidak mustahil jika dia menjadi
sesorang yang turut positif dalam tindak tanduknya.

Responden myatakan bahawa jika seseorang itu bergaul atau berkawan


dengan pembimbing rakan sebaya yang secara langsung dapat dilihat sebagai
contoh kepada rakan-rakan, sudah tentu seseorang itu sedikit sebanyak turut
menjadi seorang yang positif seperti PRS itu. Hal ini kerana mereka seolah
olah diajak untuk bergerak secara positif. Tepat dengan hujah Datuk Dr. Hj
Fadzillah Kamsah yang menyatakan bahawa orang-orang yang cemerlang dan
hebat bermula dalam pergaulan daripada cetusan aura apabila dikelilingi
rakan-rakan yang hebat.

21
6.0 RUMUSAN

Pembimbing rakan sebaya memainkan peranan yang penting dalam membantu


remaja yang mempunyai masalah di sekolah ataupun masalah peribadi. Pembimbing
rakan sebaya merupakan orang yang kedua selepas guru yang dapat membantu pelajar
yang bermasalah di sekolah. Pembimbing rakan sebaya lebih berpontensi untuk
mendekatkan diri dengan pelajar yang bermasalah kerana mereka sebaya. Perkara ini
memudahkan pembimbing rakan sebaya untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi
oleh pelajar tersebut.

Ciri-ciri yang perlu ada pada setiap pembimbing rakan sebaya adalah sentiasa
membantu orang lain, menunjukkan teladan yang baik dan mengajak melakukan
kebaikkan. Jika seseorang ingin menjadi pembimbing rakan sebaya mereka perlu ada
ciri-ciri tersebut agar mereka dapat mengubah pelajar lain ke arah yang lebih baik.
Ciri yang paling utama yang perlu ada dalam diri pembimbing rakan sebaya adalah
sentiasa membantu orang yang memerlukan. Membantu orang lain merupakan
tanggunjawab pembimbing rakan sebaya.

Terdapat beberapa kepentingan pembimbing rakan sebaya dalam kalangan


remaja. Kepentingan ini dapat dibahagikan kepada tiga aspek iaitu aspek akademik,
aspek sahsiah dan aspek emosi remaja. Perkara ini jelas terbukti pembimbing rakan
sebaya dapat memberikan kesan yang positif kepada remaja kerana terdapat banyak
kepentingannya kepada remaja. Pembimbing rakan sebaya dapat membantu remaja
menjadi modal insan yang berkualiti, berguna, bersahsiah dan berbudi bahasa.

22
7.0 BIBLIOGRAFI
7.1 Buku

Mohammad Shahtar Sabran. (2005). Rahsia Kecemerlangan Akademik. Kuala


Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

Ahmad Fadzli Yusof, Afyan Mat Rawi. (2007). Resipi Kejayaan Untuk
Pembimbing Rakan Sebaya. Kuala Lumpur : PTS Millennia Sdn Bhd.

Zuraidah Abdul Rahman. (1988). Boleh Saya Tolong Anda : Pengenalan


Konsep Pembimbing Rakan Sebaya dan Program Latihannya. Kuala Lumpur :
PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

23
8.0 LAMPIRAN
8.1 Protokol Soalan
Soalan yang diajukan kepada responden
1) Ciri-ciri yang perlu ada pada pembimbing rakan sebaya.
 Adakah PRS perlusentiasa membantu remajaketika susah dan senang?
 Adakah PRSmenunjukkan teladan yang baik kepada remaja?
 Adakah PRS perlu sentiasa mengajak remajake arah kebaikan?
2) Kepentingan pembimbing rakan sebaya dalam aspek akademik.
 Adakah PRS dapat membantu meningkatkan prestasi akademik
remaja?
 Adakah PRS dapat membantu menaikkan motivasi remaja untuk
belajar?
 Adakah PRS menjadi pemudah cara kepada remaja untuk mendapat
maklumat mengenai hal pelajaran?
3) Kepentingan pembimbing rakan sebaya dalam aspek sahsiah.
 Adakah PRS membantu remaja bersikap lebih baik, berkeyakinan
tinggi dan berfikiran matang?
 Adakah PRS membantu membentuk keperibadian diri remaja?
 Bagaimanakah PRS membantu mengurangkan salah laku disiplin
dalam kalangan pelajar?
4) Kepentingan pembimbing rakan sebaya dalam aspek emosi.
 Adakah pembimbing rakan sebaya dapat mengawal individu yang
mengalami masalah? Berikan ulasan anda.
 Adakah wujud budaya kasih mesra sesama pelajar sekiranya ada
pembimbing rakan sebaya disekeliling mereka?
 Bagaimana melalui PRS seseorang itu mampu membezakan antara
aspirasi dan inspirasi?

24
8.2 Transkrit responden

Ciri-Ciri Yang Perlu Ada Pada Pembimbing Rakan Sebaya

1. Adakah PRS perlu sentiasa membantu remaja ketika susah dan senang?

Kesemua responden bersetuju dengan ciri PRS yang sentiasa


membantu remaja ketika susah dan senang. Responden mengatakan ada
peribahasa mengatakan rakan ketawa senang dicari tetapi rakan tangis sukar
ditemui. Oleh itu, PRS perlu sentiasa membantu pelajar yang memerlukan.
Dalam memilih PRS ciri ini perlu ada supaya mereka sentiasa dapat
membantu remaja yang memerlukan tanpa mengira waktu dan ketika. Jelaslah,
PRS yang sebegini mampu mengisi kekosongan dan sentiasa ada saat
diperlukan.

2. Adakah PRS perlu sentiasa Menunjukkan Teladan Yang Baik Kepada


Remaja?

Kesemua respoden berpendapat untuk menjadi PRS perlulah


menunjukkan teladan yang baik kepada remaja agar mereka menjadi PRS
sebagai suri teladan kepada mereka. Sudah pasti PRS tidak mahu menjadi
seperti disebabkan nila setitik habis rosak susu sebelanga. Disebabkan oleh
sesetengah PRS yang tidak elok kerana menunjukkan teladan yang tidak baik
seperti ponteng kelas, mencuri dan sebagainya. Oleh itu, PRS perlu
menunjukkan teladan yang baik agar pelajar lain turut mengikutinya juga dan
nama baik PRS juga dapat dijaga daripada tercemar.

3. Adakah PRS perlu sentiasa mengajak remaja ke arah kebaikan?

Kesemua responden berpendapat ciri PRS yang baik adalah PRS yang
sentiasa mengajak remaja melakukan kebaikan. Sebagai contohnya PRS
mengajak remaja pergi solat berjemaah di masjid atau di surau sekolah.
Perkara ini dapat mencegah remaja melakukan aktiviti yang tidak berfaedah
seperti lepak dan sebagainya. Perkara ini bukan sahaja dapat mencegah remaja

25
daripada melakukan perkara negatif, malah remaja berkenaan turut mendapat
pahala juga kerana melakukan kebaikkan.

Kepentingan Pembimbing Rakan Sebaya Dalam Aspek Akademik.

1. Adakah PRS dapat membantu meningkatkan prestasi akademik


remaja?

Jawapan responden 1
Kepentingan PRS dalam aspek akademik yang pertama adalah
PRS dapat membantu meningkatkan prestasi akademik pelajar kerana
untuk menjadi seorang PRS pelajar akan ditapis terlebih dahulu,
pelajar yang benar-benar layak sahaja berhad menjadi PRS. Untuk
melepasi penapisan ini mereka perlu mempunyai keputusan yang baik
dalam bidang akademik barulah mereka dipilih sebagai ahli PRS.
Selepas mereka dipilih mereka haruslah meningkatkan prestasi mereka
ke tahap yang lebih cemerlang kerana PRS akan menjadi suri teladan
kepada pelajar yang lain. Oleh itu, prestasi akademik PRS itu sendiri
dapat ditingkatkan sebelum PRS membantu orang lain.

Jawapan responden 2

Ya, ia dapat membantu meningkatkan prestasi akademik


remaja. Hal ini kerana sudah menjadi tanggungjawab pembimbing
rakan sebaya untuk membantu remaja yang lemah dalam pelajaran.
Remaja yang kurang berpretasi dalam pelajaran akan dibimbing oleh
pembimbing rakan sebaya supaya lebih berpretasi dalam akademik
mereka. Kebanyakkan pembimbing rakan sebaya terdiri daripada orang
yang cemerlang dalam bidang akademik. Oleh itu, tidak mustahil lah
pembimbing rakan sebaya ini mampu untuk mengajar remaja yang
lemah dalam pelajaran dengan menggunakan ilmu yang mereka yang
ada walaupun tidak banyak ia dapat mebantu meningkatkan prestasi
remaja berkenaan.

26
Jawapan responden 3

Apabila pembimbing rakan sebaya itu mempunyai pencapaian


akademik yang cemerlang di sekolah, mereka akan menjadi role model
kepada pelajar yang lain untuk berjaya seperti mereka juga. Pelajar lain
akan mengikuti contoh yang baik yang dilakukan oleh ahli
pembimbing rakan sebaya kerana mereka juga ingin berjaya. Perkara
ini sedikit sebanyak memberikan semangat kepada pelajar yang lain
untuk belajar bersungguh-sungguh supaya mendapat keputusan yang
baik ataupun cemerlang. Jelaslah, pembimbing rakan sebaya dapat
membantu meningkatkan prestasi akademik remaja yang lain.

2. Adakah PRS dapat Membantu menaikkan motivasi remaja untuk


belajar?

Jawapan responden 1

Kepentingan yang kedua PRS dalam aspek akademik adalah


PRS dapat Membantu meningkatkan motivasi remaja untuk belajar. PRS
dapat membantu meningkatkan motivasi untuk belajar kerana pembimbing
rakan sebaya akan memberi nasihat kepada pelajar, terutamanya
kepada pelajar yang malas dan suka bermain-main. Perkara ini dapat
membuatkan pelajar tersebut mempunyai kesedaran untuk belajar
dengan bersungguh. Sebagai contohnya PRS menceritakan kesan
negatif yang akan bakal berlaku sekiranya malas untuk berlajar.
Melalui nasihat ini motivasi pelajar untuk belajar dapat ditingkatkan
daripada malas belajar kepada rajin untuk belajar kerana takut merima
nasib yang sama seperti yang diberi tahu oleh pembimbing rakan
sebaya.

27
Jawapan responden 2

Ya, PRS dapat menaikkan motivasi pelajar yang atau tidak


pandai dalam sesuatu subjek. untuk belajar. Ada sesetengah pelajar
yang lemah atau tidak pandai malas untuk berusaha kerana mereka
menganggap orang lemah atau tidak pandai ini tidak akan berjaya
dalam peperiksaan. Pembimbing rakan sebaya akan menghapuskan
tanggapan mereka dengan beri nasihat supaya jangan mudah berputus
asa kerana kerjayaan adalah milik semua, terutamanya milik orang
yang rajin berusaha. Perkara ini akan menyebabkan pelajar berkenaan
bersemangat untuk belajar dengan bersungguh-sungguh.

Jawapan responden 3

Bagi pelajar yang tidak mempunyai hala tuju yang jelas,


pembimbing rakan sebaya akan mendekati pelajar tersebut dan bantu
pelajar berkenaan untuk menentukan hala tuju pelajar berkenaan.
Kadang kala pelajar yang tidak mempunyai hala tuju jelas dalam
pembelajaran mereka menjadi faktor mereka tidak bermotivasi dalam
hidup. Apabila pelajar mempunyai hala tuju yang jelas, mereka akan
bermotivasi untuk belajar dengan bersungguh-sungguh kerana mereka
ingin mencapai perkara yang diinginkan oleh mereka.

3. Adakah PRS menjadi Pemudah cara kepada remaja untuk mendapat


maklumat mengenai hal pelajaran.

Jawapan responden 1

PRS menjadi pemudah cara kepada remaja untuk mendapat maklumat


mengenai hal pelajaran. PRS dapat memudahkan pelajar untuk mencari
maklumat berkaitan dengan pelajaran kerana pelajar boleh menanyakan
pembimbing rakan sebaya yang mempunyai pengalaman dalam pelajaran
untuk mencari maklumat dengan mudah. Setiap pembimbing rakan sebaya
mempunyai pengalaman yang berbeza dalam pelajaran. Jika pelajar ingin

28
mengetahui sesuatu perkara berkaitan dengan hal pelajaran, mereka boleh
berjumpa dengan pembimbing rakan sebaya yang berpengalaman untuk
mengetahui dengan lebih lanjut lagi.

Jawapan responden 2

Ya, ia dapat memudahkan pelajar untuk mendapat maklumat berkaitan


dengan pelajaran. Hal ini kerana pelajar boleh minta pendapat atau pandangan
pembimbing rakan sebaya mengenai hal pelajaran. Sebagai contohnya pelajar
boleh menanyakan pendapat pembimbing rakan sebaya mengenai kos yang
mereka ambil adakah bersesuaian dengan mereka ataupun tidak. Pembimbing
rakan sebaya akan membantu pelajar tersebut dengan memberi tahu
penglaman yang beliau ada dan mencadangkan yang terbaik untuk pelajar
berkenaan. Perkara ini memudahkan pelajar untuk memilih kos yang
bersesuaian dengan mereka tanpa pening kepala untuk memikirnya dan
memilihnya.

Jawapan responden 3

Pembimbing rakan sebaya dapat memudahkan pelajar untuk


mengetahui sesuatu perkara tanpa berjumpa dengan guru. Kebanyakkan
pelajar tidak suka untuk berjumpa dan menanyakan soalan pada guru. Pelajar
lebih suka menanyakan kepada rakan sebaya mereka untuk mengetahui
sesuatu perkara yang mereka tidak faham. Malah, untuk berjumpa dengan
pembimbing rakan sebaya lebih mudah berbanding dengan guru yang sibuk
dengan tugas, mereka peluang untuk berjumpa dengan guru sukar dan rumit.
Kadang-kadang ada pelajar pergi ke bilik guru untuk menanyakan sesuatu
akhiranya mereka didenda atas sebab tertentu. Perkara ini menyaebabkan
pelajar malas untuk berjumpa dengan guru.

29
Kepentingan pembimbing rakan sebaya dalam aspek sahsiah.
1. Adakah PRS membantu remaja bersikap lebih baik, berkeyakinan
tinggi dan berfikiran matang?

Jawapan responden 1
PRS dapat membantu remaja bersikap lebih baik, berkeyakinan
tinggi dan berfikiran matang. PRS perlulah memiliki perlakuan atau
sahsiah yang baik sebelum membantu rakan mereka ke arah yang lebih
baik. Oleh disebabkan itu, sebelum seseorang murid itu dilatik menjadi
Pembimbing Rakan Sebaya, mereka akan ditemu ramah oleh guru
mereka dahulu. Hal ini demikian kerana untuk mendapat keyakinan
bahawa seseorang murid itu dapat membimbing rakan mereka. Oleh
itu, pembimbing rakan sebaya di sekolah perlulah memiliki akhlak
yang baik supaya menjadi contoh yang baik kepada rakan sebaya
mereka.

Jawapan responden 2
Ya, kerana segala perbuatan yang dilakukan oleh seorang
pembimbing rakan sebaya itu penting. Hal ini demikian kerana
perbuatan mereka akan dipandang oleh rakan sebaya yang lain. Justeru
itu, jika seseorang pembimbing rakan sebaya itu menunjukkan sikap
yang tidak baik, berkemungkinan rakan sebaya akan turut meniru
perbuatan mereka. Seterusnya, nasihat yang diberi oleh pembimbing
rakan sebaya turut akan dituruti oleh remaja jika PRS itu sendiri
menunjukkan contoh yang baik dan tidak bercakap kosong sahaja.

30
Jawapan responden 3
Pembimbing rakan sebaya dapat membantu remaja befikiran
matang. Hal ini demikian kerana pembimbing rakan sebaya dapat
membantu remaja membezakan perkara yang baik dengan buruk.
Seperti sedia maklum bahawa remaja di sekolah ini belum mencapai
tahap matang lagi. Kebanyakkn remaja tidak berfikir panjang untuk
melakukan sesuatu tindakan dan kesannya atas perbuatan mereka itu.
Hal ini demikian kerana mereka tidak dapat mengetahui akibat
daripada tindakan yang mereka lakukan. Oleh itu, pembimbing rakan
sebaya disini dapat menolong rakan mereka dengan memberi nasihat
dan sebagainya.

3. Adakah PRS membantu membentuk keperibadian diri remaja?

Jawapan responden 1
PRS dapat membantu membentuk keperibadian diri remaja
kerana rakan sebaya ialah pelajar-pelajar atau remaja yang mempunyai
umur yang hampir-hampir sama di antara satu sama lain. Seseorang
remaja cenderung untuk menuruti tingkah laku kumpulan yang mana ia
berada di dalamnya. Mereka akan mencuba atau melakukan apa yang
akan dilakukan oleh kumpulannya. Oleh itu, pembimbing rakan sebaya
perlu menunjukkan contoh sahsiah yang baik kepada pelajar atau
remaja berkenaan supaya mereka menjadi baik juga.

Jawapan responden 2
Ya, jika kumpulan yang diikutinya itu suka membuat perkara
negatif seperti menghisap rokok maka kemungkinan besar mereka juga
akan turut menghisap rokok juga. Bagi remaja, dengan mencontohi
rakan sebaya, mereka akan belajar satu tingkah laku yang baru dan
cuba disesuaikan dengan personalitinya. Oleh itu, Pembimbing Rakan
Sebaya yang di tubuhkan untuk membantu rakan sebaya mereka yang
mempunyai masalah sebegini.

31
Jawapan responden 3
Pembimbing Rakan Sebaya dapat mengajak rakan mereka
melakukan aktiviti-aktiviti yang berfaedah. Aktiviti-aktiviti positif
dapat membantu remaja mengetahui personaliti yang baik. Sebagai
contoh menyertai aktiviti yang dianjurkan oleh sekolah mereka seperti
debat, pantun dan sebagainya. Oleh itu, disini remaja dapat membentuk
keperibadian diri yang baik.

Bagaimanakah PRS membantu mengurangkan salah laku disiplin


dalam kalangan pelajar?

Jawapan responden 1
PRS dapat membantu megurangkan salah laku disiplin rakan
sebaya kerana PRS merupakan penghubung dengan kaunselor sekolah.
Pembimbing rakan sebaya akan merujuk kaunselor sekolah jika
terdapat sebarang masalah. Sebagai contoh, apabila seseorang remaja
itu melakukan kesalahan disiplin pembimbing rakan sebaya akan
merujuk atau melapor kepada kaunselor sekolah. Berbeza dengan
pengawas sekolah, mereka akan terus melapor kepada guru disiplin
jika seseorang pelajar itu melakukan kesalahan dan terus mendapat
denda atau hukuman.

Jawapan responden 2
Ya, seseorang pelajar yang bermasalah disiplin mesti
mempunyai alasan tersendiri melakukan sesuatu kesalahan. Justeru,
pembimbing rakan sebaya memainkan perranan penting disini kerana
mereka perlulah mengetahui punca terebut supaya mereka tidak
melakukan kesalahan disiplin. Oleh itu, salah laku disiplin dalam
kalangan pelajar dapat dikurangkan.

32
Jawapan responden 3
Bagi mengurangkan salahlaku disiplin dalam kalangan remaja,
seseorang itu perlulah memberi teguran secara berhemah untuk
menjaga perasaan remaja itu. Teguran dihadapan orang ramai atau di
depan rakan-rakan sebaya yang lain merupakan cara teguran yang
tidak sesuai kerana ia dapat menyebabkan remaja itu malu, rendah diri
dan seterusya remaja itu akan semakin memberontak.

Kepentingan pembimbing rakan sebaya dalam aspek emosi.

1. Adakah pembimbing rakan sebaya dapat mengawal individu yang


mengalami masalah? Berikan ulasan anda.

Jawapan responden 1
Remaja lebih bijak mengawal nafsu dan perasaan serta dapat
mengurangkan tekanan dan beban masalah yang dihadapi. Rakan sebaya
merupakan tulang belakang bagi seorang guru untuk memberi khidmat
kaunseling kepada pelajar melalui aspek tingkah laku, pertuturan serta
pemikiran. Di dalam sebuah sekolah, hanya dua hingga tiga orang sahaja
guru kaunseling yang ditempatkan. Hal ini menunjukkan bahawa, masih
ada berlaku masalah dalam kalangan murid di sekolah kerana tiga orang
tidak dapat menandingi jumlah pelajar yang begitu ramai.

Jawapan responden 2
Kementerian Pendidikan Malaysia telah membuat keputusan untuk
menubuhkan pembimbing rakan sebaya (PRS). Responden turut
berpendapat bahawa, melalui kewujudan PRS, masalah yang dialami oleh
pelajar sedikit sebanyak akan dapat diselesaikan secara betul. Bukan itu
sahaja, malah ada interaksi antara pelajar dengan pelajar serta guru dengan
pelajar akan lebih banyak.

33
Jawapan responden 3
Menurut Nursuhaili, (2010), selain daripada mengembangkan
kebolehan dan kognisi sosial, rakan sebaya juga turut mempengaruhi sikap
dan tingkah laku seseorang individu. Hal ini dapat menunjukkan bahawa
pembimbing rakan sebaya lebih berkesan dalam mengawal emosi pelajar
yang disebabkan faktor kesamaan usia.Remaja yang bermasalah ini juga
akan dapat mengurangkan bebanan atau tekanan yang dihadapi apabila
segala masalah yang dihadapi dapat dikongsi dengan PRS. Pelajar yang
bermasalah itu bukan sahaja dapat membina persahabatan secara positif
malah turut dapat membantu mewujudkan sikap-sikap positif dalam
dirinya.

2. Adakah wujud budaya kasih mesra sesama pelajar sekiranya ada


pembimbing rakan sebaya disekeliling mereka?

Jawapan responden 1
PRS dapat membina kasih mesra dan saling membantu dalam
kalangan pelajar. Budaya kasih mesra ini pasti akan terbentuk. Hal ini
demikian kerana pembimbing rakan sebaya yang sudah semestinya rakan
sekelas atau rakan satu sekolah. Maka, apabila mereka berkenalan antara
satu sama lain, pasti kasih sayang akan terbina secara automatiknya, oleh
sebab masing-masing menunjukkan perasaan sayang sesame mereka.
Apabila timbulnya rasa kasih sesama mereka, mereka pasti tidak lagi
kekok untuk bercerita atau bergurau senda kerana sudah terbiasa dengan
suasana keakraban itu.

Jawapan responden 2
Denganadanya PRS, sesebuah sekolah itu mampu mewujudkan
sebuah suasana yang bahagia di dalam kelas. Apabila masing-masing
peka terhadap rakan sekelas, mereka akan lebih mudah untuk mengenal
pasti sebarang masalah awal yang berlaku. Sebagai contoh, masalah
ponteng kelas, masalah ponteng kelas umumnya berlaku kerana, ahli di
dalam kelas tidak peka terhadap kehadiran rakan-rakan di dalam kelas.

34
Sehingga menyebabkan mereka tidak teragak-agak untuk ponteng kerana
merasakan ketidakhadiran mereka di dalam kelas tidak akan diketahui.

Jawapan responden 3
Kewujudan pembimbing rakan sebaya, boleh menimbulkan perasaan
sayang, serta cinta akan sekolah. Hal ini akan menyebabkan para pelajar
mula rajin untuk ke sekolah serta lebih bijak dalam menangani isu-isu
berkaitan disiplin atau salah laku. Bukan itu sahaja, malah budaya saling
membantu juga akan timbul dalam diri pelajar.

3. Bagaimana melalui PRS seseorang itu mampu membezakan antara


aspirasi dan inspirasi?

Jawapan responden 1
Remaja dapat membezakan antara aspirasi dengan aspirasi.
Aspirasi didefinasikan sebagai keinginan atau kehendak yang kuat untuk
mencapai sesuatu atau mewujudkan sesuatu, misalnya cita-cita. Manakala
inspirasi pula bermaksud sesuatu yang menggerakkan hati untuk mencipta
sesuatu, dalam erti kata lain adalah ilham. Maka, dalam mencapai aspirasi,
seseorang itu memerlukan inspirasi.

Jawapan responden 2
Aspirasi dan inspirasi ini sebenarnya saling berkait antara satu
sama lain.Profesor Muhaya yang pernah berpesan dalam motivasinya
bahawa dunia dalaman menentukan dunia luaran. Hal ini bermaksud,
sekiranya seseorang itu sering berfikiran positif, maka tidak mustahil jika
dia menjadi sesorang yang turut positif dalam tindak tanduknya.

Jawapan responden 3
Responden myatakan bahawa jika seseorang itu bergaul atau
berkawan dengan pembimbing rakan sebaya yang secara langsung dapat
dilihat sebagai contoh kepada rakan-rakan, sudah tentu seseorang itu

35
sedikit sebanyak turut menjadi seorang yang positif seperti PRS itu. Hal ini
kerana mereka seolah olah diajak untuk bergerak secara positif. Tepat

dengan hujah Datuk Dr. Hj Fadzillah Kamsah yang menyatakan bahawa


orang-orang yang cemerlang dan hebat bermula dalam pergaulan daripada
cetusan aura apabila dikelilingi rakan-rakan yang hebat.

36
8.3 Gambar responden

Gambar 1: Nor Ilya Nazifar Binti Rosli merupakan seorang pelajar daripada pusat Pengajian
Ilmu Pendidikan tahun 1

Gambar 2: Muhamad Uzair Bin Ahmad merupakan seorang pelajar Majlis Perwakilan
Pelajar (MPP) USM

Gambar 3: Munah Binti Awanng merupakan seorang penjual di kafe desasiswa


Restu

37

Anda mungkin juga menyukai