Anda di halaman 1dari 5

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah:  SJKT LADANG KIRBY                                 Kod Sekolah: NBD 4074

1. Nama Guru PN.RATNAMALA L.MARIMUTHU

2. Judul Mengurus Disiplin Pelajar 3. Bidang: Kaunseling

4. Pengarang Abdullah Sani Yahaya 5. Muka Surat:244

6. Terbitan PTS Publications & Distributors sdn. bhd

7. Sinopsis :

Buku ini membincangkan tentang disiplin pelajar dan panduan untuk menanganinya.
Kandungannya merujuk Laporan Kabinet 1979 apabila sebahagian besar syor itu, banyak tertumpu
kepada persoalan disiplin pelajar. Selain itu, masalah disiplin dalam kalangan pelajar tidak akan
berhenti dan selesai begitu sahaja, tetapi berkehendakkan kepada usaha berterusan bagi menjamin
keutuhan individu remaja yang kental dan memacu negara ini ke era yang lebih gemilang.

     Disiplin bukan suatu sekatan, tetapi satu cara teratur dalam melaksanakan satu warisan budaya
bangsa yang dapat dilanjutkan dengan pembaikan di sana sini. Apa yang membimbangkan ialah
pengaruh mendatang yang tidak berjaya dijaring dan dijala oleh generasi muda hari ini.Gejala ini
dikhutiri akan memberikan kesempatan kepada orang luar untuk menguasai minda anak watan
kita.

   Buku ini menjelaskan tentang disiplin pelajar, pelbagai masalah disiplin, mengenal sahsiah
individu, kesan-kesan sahsiah pelajar yang tidak formal, kepentingan interaksi pelajar, pelbagai
salah laku pelajar, cara pembangunan generasi mendatang, disiplin dalam bilik darjah, sekolah
kondusif, hubungan antara disiplin dengan sosio emosi, tingkah laku Devian, peranan bimbingan &
kaunseling dan pembimbing rakan sebaya dalam menangani disiplin pelajar.

   Oleh itu, harapan dan impian semua pihak  agar generasi pelajar ini dapat membesar menjadi
orang yang baik, mempunyai imej bermoral tinggi, bersikap waja diri dan tidak melihat institusi
sekolah sebagai tempat tahanan dan  kongkongan.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

     Buku ini menerangkan faktor mempengaruhi disiplin pelajar seperti cara asuhan dan didikan di
rumah, sikap negatif ibu bapa terhadap pembelajaran, persekitaran tempat tinggal juga banyak
membentuk perilaku pelajar, sikap guru yang tiada ketulenan sewaktu mengajar dan ketiadaan
motivasi dalaman dalam diri pelajar berkenaan.

    Selain itu, permasalahan disiplin yang menjadi isu negara juga dibentangkan seperti ponteng
sekolah, ponteng kelas, datang lewat, pakaian berfesyen dan selekeh, rambut tidak diurus dengan
baik, merokok dan dadah. Permasalah ini berpunca dari diri pelajar itu sendiri, pengaruh rakan,
pengaruh media, kurang kawalan ibu bapa, kurang kawalan pihak sekolah dan masyarakat yang
tidak lagi memainkan peranannya

    Di samping itu, terdapat saranan untuk  membaiki masalah ini seperti penerapan nilai dalam bilik
darjah, pemupukan nilai d rumah, pemupukan nilai dalam kalangan rakan, pemupukan  nilai di
sekolah dan membudayai ilmu. Terdapat juga cadangan untuk memantapkan program Pembimbing
Rakan Sebaya. Hanya rakan sebaya yang lebih arif dan dekat dengan rakan mereka.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

   Buku ini banyak menyalurkan idea bagaimana kaedah dan pendekatan yang sesuai untuk
mengubah tabiat pelajar kepada sikap yang positif. Tugas guru sering berhadapan dengan pelajar
yang banyak menimbulkan karenah. Pelajar sekolah seringkali melakukan salah laku dan acap kali
menimbulkan provokasi kepada guru. Oleh itu, kandungan buku ini amat sesuai supaya
permasalahan pelajar ini ditangani dengan berkhemah serta bijaksana. Guru perlu mengawal
disiplin dengan bijak supaya tidak  akan mengakibatkan tindakan yang kurang bijak seperti
melempang dan memukul pelajar. Para pelajar yang baik boleh digunakan untuk membimbing
pelajar yang bermasalah ini dan walau apapun tindakan ingatlah guru-guru merupakan ibu bapa
kepada pelajar-pelajar ini di sekolah. Di samping menyalurkan ilmu adalah menjadi tanggungjawab
seorang guru untuk mendidik pelajarnya supaya dapat mengamalkan nilai-nilai yang baik.

10 Kesimpulan

Konklusinya, guru perlu memainkan peranannya dengan lebih aktif, gigih, kerja keras,
bersemangat , dan mengawal kemarahan dalam usaha menangani masalah disiplin ini. Pelajar
adalah aset berharga yang perlu ditangani dengan bjaksana.

                                                              
BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah:  SJKT LADANG KIRBY                                 Kod Sekolah: NBD 4074

1. Nama Guru PN.RATNAMALA L.MARIMUTHU

2. Judul Kejurulatihan dan Sains Sukan 3. Bidang: Pendidikan

4. Pengarang Haji Gapor Ahmad 5. Muka Surat:151

6. Terbitan Utusan  Publications & Distributors sdn. Bhd

7. Sinopsis :

Buku ini mengulas pelbagai kaedah dan persoalan dalam bidang sukan mahupun sains sukan.
Ianya merangkumi aspek teori, latihan fizikal dan mental serta pengaplikasiannya dalam
mempertingkatkan prestasi sukan.

    Antara lain, pengkhususan kepada jurulatih sukan yang serius sewaktu merancang dan
melaksanakan latihan untuk meningkatkan prestasi atlet. Kandungannya juga dapat
meningkatkan pengetahuan jurulatih dalam bidang kejurulatihan. Manakala aspek lain pula
dikhususkan untuk guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan dan peminat Sains Sukan dalam
bidang pedagogi dan perancangan yang berkesan dalam sukan.

   Permulaan buku ini memberi peluang kepada pembaca mengenali aspek yan berkaitan
dengan asas kejurulatihan sukan. Penulis cuba menonjolkan pendekatan saintifik dalam asas
kejurulatihan. Di sampin itu, ianya menjadi sumber rujukan yang baik kepada jurulatih yang
giat melatih dan mencari ilmu kejurulatihan.

   Pendekatan buku ini berasaskan teori kejurulatiha sukan yang membahagikan latihan
kepada empat bidan iaitu fizikal dan fisiologikal, teknkal, psikolgikal dan taktikal. Bidang
fizikal dan fisiologikal menyentuh aspek suaian anatomi dan fisilogi asas, teori kecergasan
serta prinsip dan kaedah latihan sukan. Semua aspek ini terdapat dalam buku ini.

    Bidang teknkal meliputi aspek kemahiran sukan seperti kemahiran asas, kemahiran
lanjutan, kemahiran individu dan berpasukan. Bidang mental atau psikologikal menyentuh
aspek seperti motivasi, imej kendiri, penetapan matlamat, ketenangan dan komunikasi dalam
sukan. Manakala bidang taktikal pula meliputi aspek sistem pertandingan, kekuatan dan
kelemahan lawan, seta set-pieces.

  Pengarang juga berniat untuk menyebarkan ilmu kejurulatihan dengan harapan ramai
jurulatih baru muncul di samping meningkatkan pengetahuan orang ramai tentang
kecergasan fizikal dan kesihatan masyarakat.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

     Buku ini menerangkan ilmu kejurulatihan sukan amat luas dan dalam skopnya. Oleh itu,
pembelajaran dan kajian secara sainstifik serta usaha-usaha yang lain perlu dilakukan untuk
membantu jurulatih sukan memperkayakan ilmu pengetahuan, memurnikan kaedah dan cara
serta pedekatan dalam membimbing atlet untuk mencapai kecemerlangan.

    Buku ini jga memberi kefahaman tentang pengertian sukan dan menghuraikan konsep-
konsep latihan sebagai ilmu asas keperluan melatih. Beberapa huraian mengenai
kejurulatihan dan siste tubuh badan manusia turut membantu pembacanya mengenali
aspek-aspek asas mengenai falsafah serta pembinaan fizikal manusia.

    Menelusuri buku ini mengingatkan kita bahawa jurulatih sukan harus sentiasa menimba
ilmu supaya kaedah, pendekatan dan taktikal mereka sentiasa releva dan kemas kini.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

   Buku ini banyak menyalurkan idea bagaimana kaedah dan pendekatan yang sesuai untuk
melatih atlet awal remaja. Idea yang dikemukakan membantu guru mengenal bakat,
mengembangkan bakat dan menajamkan bakat pelajar di sekolah. Di samping itu, terdapat
juga idea bagaimana untuk mengekalkan minat atlet terhadap sukan yang mereka ceburi.

   Asas yang penting ialah corak latihan yang baik untuk mengembangkan bakat seseorang
atlet. Setiap atlet perlu diasuh kemahiran asas kepada pemahiran spesifik. Atlet yang ramai
perlu diorganisasikan secara baik. Aspek yang sering dilupai ialah pemakanan atlet. Atlet
perlukan pemakanan yang baik dan lengkap. Ilmu ini penting untuk guru yang melatih
pasukan sekolah untuk memacu pasukannya menempa kejayaan.

   

10 Kesimpulan

Konklusinya, kejurulatihan sukan mempunyai talian yang rapat dengan sains. Asas-asas sains
dalam latihan sukan pastinya dapat membantu jurulatih meningkatkan kualiti latihan. Bibit-
bibit kecemerlangan sukan pasti dapat dirasakan apabila jurulatih mengaplikasikan teori-
teori sains dalam latihan sukan.

Anda mungkin juga menyukai