Anda di halaman 1dari 4

Jelaskan tentang kepentingan teori kecerdasan emosi Goleman dan bincangkan bagaimana guru

mengaplikasi teori kecerdasan emosi dalam proses pengajaran dan pembelajaran

Kecerdasan emosi (EQ) adalah keupayaan untuk mengawasi perasaan, emosi dan
tingkah laku diri sendiri dan orang lain. Terdapat lima domain kecerdasan iaitu
kesedaran diri, kawalan diri, motivasi diri, empati dan kemahiran social. Didalam
kecerdasan emosi dua aspek kecerdasan lain iaitu kecerdasan interpersonal dan
intrapersonal juga dirangkumi.
Dengan menguasai teori ini, setiap individu dapat meningkatkan pencapaian diri,
motivasi diri dan matlamat hidup. Pelajar dapat mendorong diri mereka untuk
memahami kemampuan diri dan mengenalpasti kelebihan potensi diri. Dengan
dorongan yang diberi mereka sedar akan kebolehan diri. Disini guru memainkan
peranan yang penting untuk menonjolkan potensi pelajar. Guru harus mempunyai
aktiviti pembelajaran yang berkesan. Dengan penglibatan pelajar didalam aktiviti
tersebut, pelajar merasakan mereka mempunyai kelebihan tersendiri. Pelajar
diberikan peluang untuk menunjukkan potensi diri mereka. Pelajar akan merasakan
diri mereka lebih dihargai.
Guru juga perlu mewujudkan suasana pembelajaran dan pengajaran yang seronok.
Motivasi dan kata-kata semangat haruslah diberikan, agar pelajar terus
bersemangat dan minat untuk belajar. Dengan ini akan meningkatkan prestasi
pelajar.
Jika berlaku ketidakfahaman antara guru dengan pelajar, ini akan mengakibatkan
pembentukan emosi yang negatif. Masalah disiplin juga akan turut meningkat.
Oleh itu, guru merupakan individu yang memainkan peranan dalam meningkatkan
kecerdasan emosi pelajar.
Berasaskan teori hierarki keperluan Maslow, bincangkan keperluan yang perlu
dipenuhi oleh seseorang individu dalam mencapai matlamat yang dikehendaki.

Menurut Maslow untuk mencapai kesempurnaan kendiri, seseorang itu perlu


mencapai beberapa tahap. Ianya bermula daripada tahap asas aitu keperluan
fisiologi diikuti oleh keperluan keselamatan dan seterusnya kepada keperluan
sosial. Akhirnya mencapai tahap kesempurnaan kendiri. Oleh setiap keperluan
perlu diberikan dengan sempurna. Secara langsung individu dapat memotivasikan
diei mereka ke peringkat yang lebih tinggi iaitu mencapai tahap kesempurnaan
kendiri atau matlamat.
Melalui Hierarki Maslow terdapat dua keperluan asas iaitu keperluan fisiologi dan
keperluan psikologi. Keperluan fisiologi ialah keperluan paling asas seperti makan,
minum, bernafas, berkumuh, rehat dan tidur. Manakala keperluan psikologi pula
adalah mendapat keselamatan, kasih sayang, harga diri dan kebenaran diri.
Keperluan pada aras rendah perlu dipenuhi terlebih dahulu sebelum individu
memikirkan peringkat yang seterusnya.
Jika keperluan-keperluan ini tidak dipenuhi dengan sempurna, ianya akan
menggangu motivasi seseorang individu tersebut. Sebagai contoh, kita dapat lihat
remaja yang sering kurang kasih sayang akan menimbulkan masalah disekolah
mahupun di luar sekolah. Hal ini kebanyakan ibu bapa sering mengabaikan
mereka. Ibu bapa mereka cuma menyediakan keperluan seperti tempat tinggal,
makanan dan kewangan. Namun begitu, keperluan kasih sayang amat kurang
diberikan. Oleh itu ia akan menyebabkan gangguan fisiologi dan psikologi
terhadap pelajar.
Kesimpulannya, setiap keperluan perlu diberikan dengan sempurna agar setiap
individu tersebut dapat mencapai matlamat yang dikehendaki. Jika keperluan
tersebut tidak diberikan dengan sempurna ini akan menimbulkan masalah yang
lain. Oleh yang demikian, ibu bapa dan guru perlu memainkan peranan yang
selayaknya.
Bincangkan mengapa penghargaan dapat membina persepsi positif terhadap diri
seseorang individu.
Menurut Skinner perkembangan keperibadian seseorang terjadi akibat daripada
respond terhadap adanya rangsangan dari luar. Oleh itu dengan memberikan
penghargaan kepada individu dapat membina persepsi positif terhadap diri
seseorang individu. Individu akan bertindak menurut apa yang diiginkan kerana
untuk mendapatkan hasil daripada apa yang individu tersebut inginkan. Oleh itu,
dengan memberi penghargaan yang positif, individu tersebut akan bertindak
dengan positif.
Oleh itu, guru perlu memberikan penghargaan kepada pelajar apabila selesai
melakukan tugasan. Dengan ini akan merangsang pelajar untuk melakukan tugasan
tersebut dengan baik pada masa akan datang. Ganjaran yang bersesuaian perlu
diberikan agar ia dapat memberi rangsangan kepada pelajar dan membina persepsi
positif terhadap diri mereka. Dengan ini mereka akan merasa lebih yakin terhadap
diri mereka.Berbanding dengan pelajar yang sering dimarahi. Ia akan
menyebabkan pelajar tersebut tidak yakin dengan diri sendiri. Bahkan mereka akan
merasakan rendah diri. Ada yang lebih teruk pelajar akan menjadi agresif jika
dimarahi. Oleh itu, pendekatan penguat negatif dan penguat positif harus diberikan.
Kesimpulannya, melalui penghargaan yang baik ia akan membina keyakinan diri
seseorang dan juga membina persepsi positif. Dengan memberikan rangsangan
yang baik ia akan mendorong pelajar untuk berindak dengan positif.
Bincangkan peranan guru dalam meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi bagi
meningkatkan minat dan perhatian pelajar melalui strategi pengajaran yang
bersesuaian
Setiap pelajar mempunyai pelbagai jenis kecerdasan. Menurut Howard Gardner
terhadapat lapan jenis kecerdasan. Oleh itu, gaya pembelajaran guru harus lah
memenuhi kecerdasan yang terdapat pada pelajar. Guru perlu menggunakan
pendekatan yang berkesan agar dapat meraikan kecerdasan yang terdapat pada
murid.
Dalam meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi di kalangan pelajar, guru perlu
memahami latar belakang pelajar terlebih dahulu. Dengan mengenali latar
belakang pelajar, ianya lebih mudah untuk guru merancang staregi pengajaran
yang bersesuaian. Guru perlu melibatkan pelajar ketika waktu pembelajaran dan
pengajaran. Pendekatan guru juga perlulah dengan menggunakan pelbagai kaedah
dan aktiviti ketika waktu pnp. Dengan melibatkan pelajar ia dapat membantu
pelajar untuk mengasah kemahiran berfikir mereka. Soalan-soalan yang bersuaian
patut diberikan selepas mereka melakukan aktiviti tersebut. Dengan ini pelajar
dapat memahami tentang apa yang mereka pelajari dengan lebih mudah. Dengan
pengalaman yang mereka lakukan ia dapat merangsang daya pemikiran mereka.
Bahkan juga ia dapat meningkatkan lagi minat mereka dalam pelajaran tersebut.
Oleh itu, amat lah penting bagi guru dalam merancang strategi pengajaran yang
berseuaian dalam meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi.

Anda mungkin juga menyukai