Anda di halaman 1dari 2

Falsafah boleh difahamkan sebagai pemikiran atau pandangan yang benar, rasional dan bernas.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) telah digunakan di Malaysia bertujuan menjadi panduan bagi
semua aktiviti pendidikan. Matlamat FPK adalah melahirkan warganegara yang mempunyai sahsiah yang
baik, percaya dan patuh kepada tuhan,berilmu pengetahuan dan berfikiran kreatif dan rasional,
berkeupayaan memberi sumbangan kearah menambahkan kemakmuran masyarakat dan nergara. Pada
pandangan saya, matlamat pendidikan negara yang paling penting adalah untuk melahirkan
warganegara yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.

Dalam unsur intelek mempunyai kemahiran asas 3M iaitu membaca,menulis dan mengira. FPK
dari segi intelek dapat melahirkan warganegara yang mencintai ilmu pengetehuan, sanggup untuk
berkongsi ilmu dengan orang lain dan persekitaran, sering berusaha untuk memperoleh dan
mengembang ilmu yang benar. Dengan unsur intelek, pemikiran pelajar akan berubah dengan mengikut
perkembangan semasa dan tidak hanya menerima apa shaja yang disampaikan oleh guru serta malas
untuk berfikir dalam menyelesaikan sesuatu perkara. Dalam FPK, seseorang yang memiliki unsur intelek
ialah seseorang yang dapat berfikiran kreatif, inovatif dan kritis. Dengan kualiti-kualiti tersebut, FPK pasti
dapat melahirkan generasi muda yang dapat bersaing dengan insan-insan luar negera supaya negara kita
dapat berdiri sama tinggi,berduduk sama rendah dengan negara yang moden. FPK boleh memastikan
generasi muda dapat memikirkan sesuatu perkara dengan lebih kritis dan tidak mudah terpesong oleh
sumber yang tidak sahih. Tujuan melahirkan insan yang berintelek boleh dicapaikan dengan
meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam ICT.

Kecerdasan emosi sebagai keupayaan untuk mengiktiraf perasaan sendiri dan perkara lain-lain
bagi mendorong diri kita sendiri dan menjayakan pengurusan emosi diri. Kecerdasan emosi merangkumi
beberapa aspek iaitu pengendalian diri, semangat dan ketekunan serta kemampuan memotivasikan diri
sendiri dan bertahan menghadapi kegagalan. Dalam konteks pendidikan, kecerdasan emosi merupakan
salah satu perkara yang penting dalam mencapai kejayaan. Dengan memiliki kemampuan untuk
mengawal emosi, apabila seorang pelajar mengalami kegagalan dalam pelajaran, dia akan mampu
mengawal keadaan dirinya secara positif dengan memotivasikan dirinya sendiri serta menganalisis
kelemahan dirinya sendiri. Perkembangan emosi yang sempurna mampu mengawal tingkah laku yang
baik. Aspek emosi penting dalam pembelajaran (pelajar) kerana kecerdasan emosi dilihat sebagai faktor
yang mempengaruhi pembelajaran seseorang pelajar. Seterusnya, memberi implikasi ke atas
pencapaian akademik pelajar. Keupayaan pelajar yang dapat mengawal emosi membolehkan mereka
menghadapi pelajaran dengan lebih baik tanpa dipengaruhi oleh unsur-unsur kerisauan. takut gagal atau
tidak yakin pada diri sendiri. Aspek emosi dalam pendidikan (guru) juga merupakan aspek yang penting
selain pelajar. Seorang guru yang baik seharusnya mempunyai kecerdasan emosi dengan mengawal
perasaan diri dan tidak mudah meradang dalam sebarang situasi, guru juga harus bersifat sabar,
berkebolehan memotivasikan diri sendiri. Secara ringkas, unsur emosi merupakan sesuatu unsur yang
penting dalam melahirkan generasi muda yang memiliki semangat kekitaan dan perpaduan, tenang dan
kawal semasa menghadapi sesuatu masalah.

Rohani membawa maksud batin yang berkaitan dengan roh, rohaniah ataupun jiwa. Rohani
menjurus kepada amalan keagamaan seperti kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Unsur rohani
dalam FPK boleh ditanamkan dalam hati generasi muda dengan menekankan pendidikan agama dan
pendidikan moral. Generasi muda dapat menyedarkan tuhan sebagai pencipta alam semesta dan
kewujudan benda-benda di sekelilingnya. Unsur rohani merupakan unsur yang penting kerana
seseorang yang kuat emosi dan ketahanan mentl dapat menghadapi cabaran dan masalah dalam dunia
pendidikan. Seseorang yang berpegang teguhh kepada agama dalam menyelesaikan masalah dengan
sabar dan memiliki nilai-nilai murni yang baik. Seseorang yang mempunyai unsur kerohanian akan
berpegang teguh dan mengamalkan ajaran agama masing-masing. Secara tidak langsung, gejala negatif
dalam kalangan pelajar di sekolah seperti gangsterisme,ponteng sekolah,vandalism akan berkurangan.
Pelajar akan menjadi lebih bertanggungjawab dan mengamalkan nilai-nilai murni dan berakhlak mulia
dalam kehidupan seharian.Dengan ini, seseorang akan berfikir sebelum bertindak kerana orang
tersebut akan bertanggungjawab atas perbuatannya dan tidak akan menghasilkan suasana yang
berkucar-kacir. Dengan unsur rohani pasti dalam membantu pencapaian akademik pelajar dan
menujukkan perkembangan positif. Hal ini demikian kerana, pelajar dapat belajar dalam suasana
pembelajaran yang selesa dan baik.

Dari segi jasmani iaitu pendidikan dicapai menerusi aktiviti-aktiviti jasmani yang melibatkan
otot-otot dan sendi. Aktiviti-aktiviti tersebut bertujuan untuk melahirkan individual yang bukan sahaja
otak cerdas dan juga badan cergas. Dalam unsur tersebut, ia terbahgi kepada aspek kognitif, aspek
afektif dan aspek psikomotor. Yang pertama, dalam aspek kognitif melibatkan rangsangan pemikiran
yang terdiri daripada elemen kreativiti, penyelidikan, perkaitan, kebolehan, pengamatan dan
pengukuhan.Sebagai contoh, sebelum mengikuti pendidikan luar, pelajar perlu mempelajari cara
melaksanakan sesuatu aktiviti yang hendak dilakukan dari segi teknik dan disiplin. Kefahaman dan
penghayatan cara atau teknik melaksanakan aktiviti pendidikan luar membawa kepada pelaksanaan
aktiviti dengan lebih cekap dan berkesan. Selain itu, dalam aspek aferktif yang tertumpu kepada
perkembangan individu dan kemahiran bersosial. Perkembangan individu melibatkan sikap, emosi dan
dapat dipupukan melalui pendidikan jasmani kerana hubungan akan terjalin ketika melakukan aktiviti
secara berpasukan ataupun semasa menjalankan aktiviti luar. Pendidikan Jasmani adalah suatu medium
yang dapat membantu dalam pembangunan sosial. Hal ini demikian kerana, ia akan mendorong
seseorang menjalinkan persahabatan dengan rakan-rakan semasa melibatkan diri dalam sesuatu aktiviti.
Ini akan membantu seseorang menjadi lebih pandai bergaul dengan orang lain berbanding dengan orang
yang tidak menerima pendidikan jasmani. Aspek psikomotor yang memberi tumpuan kepada perihal
kuantiti pergerakan yang mampu dipamerkan. Dengan pendidikan jasmani, ia akan melahirkan seorang
yang kuat lentur, mempunyai daya tahan kardiovaskular, ketangkasan, kepantasan dan kelajuan. Secara
ringkas, pendidikan jasmani haru diajar mengikut FPK kerana membantu membangunkan dan
meningkatkan keupayaan fizikal dan kecergasan seseorang individu, membantu individu mencapai
kesihatan yang optimum dan memberi sumbangan kepada masyarakat.

Konklusinya, FPK adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi
individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari
segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Oleh
ity, peranan guru amat penting dalam menyahut cabaran yang terkandung di dalam FPK. Kerjasama
pihak pelaksana dan pihak NGO dalam pendidikan dapat menjayakan transformasi pendidikan mengikut
FPK. Saya yakin bahawa kejayaan sesebuah sekolah dalam merealisasikan FPK adalah bergantung
kepada semua aspek seperti aspek-aspek kemimpinan,budaya sekolah, aktiviti ko-kurikulum,guru dan
juga disiplin.

Anda mungkin juga menyukai