Anda di halaman 1dari 6

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

PENDAHULUAN Falsafah Pendidikan Kebangsaan telah dirangka berdasarkan ideologi dan falsafah yang terkandung dalam Laporan Pendidikan dan Akta Pendidikan, Rukun Negara serta ideologi budaya masyarakat Malaysia yang diumumkan pada tahun 1988 berbunyi : "Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara Falsafah pendidikan kebangsaan mempunyai beberapa kategori atau aspek yang penting termasuklah pembentukan, analisis dan implikasi terhadap sistem pendidikan Negara. Dalam pada itu, ideologi kebangsaan termasuklah Rukunegara, Dasar Ekonomi Baru, dan Dasar Pendidikan Kebangsaan dirujuk Seperti yang kita sedia maklum, Negara kita Malaysia adalah sebuah negara yang sedang membangun setelah mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Justeru itu, agak penting bagi kita mempunyai falsafah pendidikan kita sendiri. Setelah menyedari hakikat tersebut, maka pada tahun 1988, Falsafah Pendidikan Negara (FPN) telah digubal berdasarkan dokumen-dokumen dasar dan ideologi negara. Kini, FPN dikenali sebagai Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Secara ringkasnya (FPK) menggariskan segala istilah, pemikiran, dan prinsip berkaitan dengan bidang pendidikan negara di negara kita. Dengan kata lain, ia menggabungkan matlamat, dasar-dasar dan amalan-amalan pendidikan sebagai satu entity keseluruhan yang tekal, jelas dan logik. Falsafah Pendidikan Kebangsaan Kebangsaan ialah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi setiap individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta member sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negera. Idea untuk menggubal FPK telah wujud atau tercetus pada tahun 1979 lagi apabila penerbitan laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran. Laporan tersebut mengandungi beberapa isu penting yang berkaitan dengan pendidikan termasuk prinsip, nilai dan hala tuju pendidikan. Selain itu, laporan itu juga mengemukakan peri pentingnya kita mempunyai suatu falsafah pendidikan yang mementingkan pembangunan kemanusian Berdasarkan petikan di atas, kita telah mengetahui bahawa pembangunan manusia yang inginkan oleh kerajaan merangkumi aspek mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.

Analisis Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)

Elemen dalam FPK

Analisa Perlu menyesuaikan dengan pelbgai perubahan seperti KEkonomi dan ICT Perubahan kepada pengurusan pengetahuan dengan kemahiran dan pengetahuan terkini Pendidikan seumur hidup Setiap individu dianugerahkan kebolehan dan potensi semulajadi dari Allah yang mungkin tidak disedari Potensi dan kebolehan ini perlu sentiasa diperkembangkan dan dipertingkatkan melalui interaksi dengan persekitaran dan pendidikan yang berkualiti Potensi dan kebolehan domian perlu dipupuk secara bersepadu dan menyuluruh dari segi intelektual, rohani (agama), emosi, fizikal Menghargai pengetahuan, perwatakan yang baik, ketahanan dan cabaran Rasional, sihat, bekerjasama , sentiasa cuba menyelesaikan masalah Saling berhubung dengan dengan diri sendiri, persekitaran dan Tuhan Mengakui Tuhan sebagai pencipta Budaya ilmu Menyebar maklumat Cekap dalam memahami prosedur dan pengetahuan kemahiran Sopan dan berdisiplin Boleh membezakan baik buruk, nilai mulia Menghargai kemanusiaa, kewarganegaraan dan aspek kerohanian Daya tahan yang kuat untuk menghadapi percanggahan, stabil dan tenang Badan yang sihat Boleh mewujudkan pertalian yang baik dengan orang lain Melalui kerjasama, timbangrasa dan hormat Kesefahaman dalam keluarga Semangat kenegaraan dan cintakan tanah air Menghargai dan mengamalkan rukunegara Patuh dan memelihara perlembagaan Membangunkan ekonomi melalui pelbagai cara

Usaha yang berterusan

Mengembangkan potensi individu

Menyeluruh dan bersepadu

Seimbang dan harmoni Kepercayaan teguh serta bertaqwa kepada Tuhan Warganegara Malaysia yang berpengetahuan dan berketerampilan Mempunyai tahap moral yang tinggi Mampu mencapai kesejahteraan diri ditahap tinggi Boleh menyumbangkan kepada keharmonian dan kesejahteraan dalam keluarga, masyarakat dan negara

CABANG-CABANG FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Dalam Falsafah Pendidikan Negara, terdapat dua aspek yang boleh dirujuk iaitu cabang-cabang falsafah dan elemen-elmen yang terkandung dalam FPK itu sendiri. Antara cabang-cabang falsafah ialah : i. Metafizik. Ciri-ciri FPK bagi Metafizik ialah menyeluruh dan bersepadu yang bermaksud, badan ilmu sejagat haruslad diajar oleh guru dan mesti dipelajari oleh muridnya. Ini bermaksud, guru mestilah mencurahkan segala ilmu yang telah ditetapkan sukatannya oleh kerajaan kepada seitap murid. Dengan itu, potensi dan kebolehan individu penting untuk berkmbang secara menyeluruh dan bersepadu. Epistemologi iaitu usaha yang berterusan. Maksud usaha berterusan di sini ialah, ilmu sentiasa berubah dari semasa ke semasa kerana cabang ilmu sangat luas dan tiada satu pun ilmu yang mutlak. Implikasi terhadap cabang ini ialah penyesuauan diri amatlah perlu mengikut peredaran zaman dan perkembangan semasa misalnya teknologi ICT, k-ekonomi dan sebagainya. Penekanan ilmu juga akan menggalakkan lagi perkembangan dan boleh meluaskan lagi pengetahuan dan kemahiran diri. Selain itu, boleh menyebabkan pekenanan kepada pembelajaran sepanjang hayat. Aksiologi. Cabang aksiologi pula terbahagi unsur kepada dua iaitu, kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan yang bermaksud unsur kewujudan dan peranan beragama. Dan unsure kedua ialah berakhlak mulia dan bertanggungjawab yang bermaksud peranan nilai moral, etika dan sahsiah. Logik. Logik ialah berketerampilan yang bermaksud kepentingan dan penaakulan sah dan tidak sah.

ii.

iii.

iv.

Seterusnya, marilah kita mengkaji maksud yang tersirat setiap elemen yang terdapat dalam FPK. Pendidikan adalah suatu usaha berterusan bermaksud pendidikan merupakan satu proses pemerolahan dan pemindahan ilmu serta kemahiran dan nilai murni yang berlaku secara berterusan dari kecil sehinggalah ke akhir hayat. Jadi, pendidikan yang bermula dari awal kanak-kanak amatlah penting untuk membentuk asas sahsiah kanak-kanak dalam lingkungan umur antara satu hingga enam tahun. Sahsiah yang dibentuk kemudiannya akan terus berkembang sepanjang tempoh persekolahan. Apabila tamat persekolahan, setiap individu masih juga perlu untuk meneruskan peningkatan ilmu, kemahiran dan akhlak mereka. Oleh itu, proses pendidikan yang berterusan ini mampu untuk membantu individu menyesuaikan diri dengan pelbagai perubahan.

Perkembangan potensi individu pula bermaksud setiap individu telah pun dianugerahkan bakat, potensi dan kebolehan yang mungkin terpendam. Bakat, potensi dan kebolehan ini sebenarnya dapat dicungkil, dipupuk atau dikembangkan lagi bagi menyerlahkanya. Melalui interaksi sosial dengan orang lain atau pun peredaran alam sekitar dapat menjelmakan bakat, potensi serta kebolehan seseorang individu. Oleh sebab itu, setiap individu perlukan pendidikan kerana pendidikan boleh memperkembangkan lagi bakat, potensi dan kebolehan mereka.

Antara maksud bagi elemen perkembangan individu secara menyeluruh dan bersepadu pula ialah, bakat, potensi dan kebolehan tidak boleh dikembangkan secara berasingan sebaliknya perlu dihubungkait atau diselaraskan bagi mengelakkan pertentangan antara satu sama lain. Sekurangkurangnya, perkembanga bakat, potensi serta kebolehan mestilah merangkumi keempat-empat aspek iaitu intelek, rohani, emosi dan jasmani.

Elemen insan yang seimbang dan harmonis pula ialah, setiap individu mestilah mempunyai ilmu (intelek), sahsiah yang baik (emosi), percaya kepada tuhan serta mempunyai akhlah yan terpuji (rohani) serta kesihatan diri yang baik (jasmani). Keempat-empat aspek tadi perlulah seimbang untuk menghasilkan individu yang mampu hidup secara harmonis dengan diri dan juga orang lain. Individu seperti ini tidak akan mempunyai sebarang masalah dalam menempuh apa juga cabaran kehidupan dan mampu menghadapi serta menyelesaikan pelbagai masalah dengan baik.

Unsur intelek ialah mempunyai kemahiran 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Selain itu, setiap individu mestilah sentiasa berusaha untuk mengembangkan lagi ilmu yang benar. Unsur intelek juga ialah berkemahiran dalam berfikir secara kreatif, kritikal dan reflektif. Untuk terus memastikan kemajuan dalam keluarga masyarakat dan negera, individu perlu untuk berkonsi ilmu dengan orang lain dan persekitaran.

Menyedari dan percaya kepada Tuhan ialah salah satu daripada unsur rohani. Kita mestilah bersyukur dengan pemberian tuhan dan mempunyai akhlak yang mulia dan berpegang dengan nilainilai murni supaya dipandang tinggi oleh masyarakat.

Unsur emosi pula ialah mempunyai emosi yang matang dan stabil serta dapat memiliki dan memupuk perasaan kasih saying sesama insan. Mempunyai sifat kekitaan dan perpaduan amatlah penting bagi mengeratkan serta mengukuhkan lagi kekuatan masyarakat kita yang berbilang kaum dan bangsa.

Unsur yang terakhir ialah unsur jasmani. Unsur ini ialah menyedari tentang kepentingan kesihatan fizikal. Mestilah mengembangkan bakat dan kemahiran teknikal, manipulative dan sosial. Menggunakan kemahiran kecergasan fizikal untuk memanfaatkan masyarakat. Kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan merupakan satu elemen yang amat penting dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Kita mesti mengakui tentang kewujudan Tuhan dan mengakui bahawa Tuhan sebagai pencipta manusia dan alam. Selain itu, kita juga mesti menyedari bahawa setiap fenomena alam merupakan peraturan yang telah ditetapkan oleh tuhan. Setiap individu mesti bertanggungjawab ke atas segala perbuatan dan tindakannya. Setiap individu juga mesti mengamalkan setiap ajaran agama yang dianutinya. Elemen yang lain ialah, rakyat Malaysia yang berilmu tinggi. Setiap individu mestilah menyintai ilmu pengetahuan. Jika kita cinta akan ilmu, kita akan berminat untuk menuntut pelbagai ilmu kerana ilmu itu luas. Dalam FPK, terdapat juga rakyat Malaysia yang berketerampilan, berakhlak mulia, serta bertanggungjawab. Berketerampilan bermaksud mempunyai kecekapan dan kompetensi diri serta berkebolehan untuk menjalankan tugas dengan sempurna. Berketerampilan boleh dipupuk dalam setiap diri individu jika mempunyai kekuatan dalam intelek, rohani, emosi dan jasmani. Manakala berakhlak mulia pula ialah mempunyai perwatakan diri yang baik dan berpegang kepada nilai-nilai murni dan moral sebagai prinsip hidup. Untuk memastikan kita hidup dalam masyarakat yang

harmoni dan bersepadu, nilai-nilai moral yang baik perlu untuk menjamin masa depan negara. Bertanggunjawab pula bermaksud boleh dipercayai serta menyedari bahawa setiap tugas dan tanggungjawab merupakan amanah dan harus dilaksanakan dengan baik. Sebgai rakyat Malaysia, kita mesti menjalankan tanggungjawab kita dan mematuhi rukun negara. Contohnya mematuhi undangundang ataupun peraturan yang telah digubal oleh kerajaan.

Rakyat Malaysia yang berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta mampu memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara merupakan elemen yang penting dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Kita sebagai rakyat Malaysia perlu berfikiran waras dan berjiwa tenang bagi menghadapi cabaran hidup yang semakin mencabar. Setiap individu juga perlu berusaha untuk memupuk perpaduan rakyat melalui sifat toleransi, bertimbang rasa, kekitaan, hormat-menghormati dan bertolak ansur bagi mengukuhkan lagi perpaduan sesama rakyat Malaysia yang berbilang kaum ini. Untuk memberi sumbangan terhadap keharmonian negara kita perlu berusaha untuk memajukan ekonomi negara, mengekalkan kestabilan politik serta mematuhi perlembagaan dan peraturan negara. Kita juga mesti berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri dan dapat memberi sumbagan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga masyarakat dan negara. Untuk mencapai kesejahteraan diri, individu perlu mempunyai daya tahan fizikal dan mental yang tinggi. Berkebolehan untuk mengharungi liku-liku hidup juga amatlah perlu. Seperti elemen yang terdapat dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan, individu yang mampu mencapai kesejahteraan diri akan mampu untuk member sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

RUMUSAN

Falsafah adalah satu pendekatan yang menyeluruh terhadap kehidupan dan dunia ini dan merupakan satu kajian mencari kebenaran dan nilai dalam hidup.

Falsafah pendidikan adalah satu kajian mengenai pendidikan dari segi maksud, tujuan dan kaedah, merupakan satu inkuiri terhadap minda semula jadi, semula jadi manusia, dan bagaimana pendidikan dan masyarakat saling berhubung antara satu sama lain.

Sistem pendidikan di Malaysia adalah berasaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Falsafah Pendidikan Negara adalah berasaskan falsafah pendidikan barat iaitu :

i.

Perennialism berfokus kepada perkembangan diri dengan tujuan utama adalah pendidikan ialah untuk mengajar nilai dan ilmu sejagat serta memupuk nilai rasional dan intelek. Essentialism melihat pendidikan sebagai persediaan untuk kerjaya dan kewarganegaraan. Sekolah memainkan peranan penting dalam membantu perkembangan intelek seseorang individu. Guru mempunyai kuasa terhadap pengajaran dan kurikulum. Progressivism menyarankan bahawa kebenaran itu adalah relatif dan tentatif. Ilmu membawa kepada pertumbuhan dan perkembangan. Pendidikan haruslah menyediakan murid supaya boleh menyesuaikan diri dengan perubahan situasi melalui usaha koloboratif. Rekonstruktionism menyarakan pembaikan dan pembangunan semula masyarakat. Sekolah dianggap tempat untuk mengenal pasti penyakit masyarakat dan mencari jalan untuk mengurang dan mnyelesaikan masalah.

ii.

iii.

iv.

Objektif utama Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah untuk menghasilkan perhubungan melalui nilai-nilai murni seperti kepercayaan kepada Tuhan, peribadi yang baik, bertanggungjawab, setia kepada negara serta mampu memberi sumbangan kepada kemajuan negara serta menggalakkan perpaduan antara manusia yang berbilang bangsa.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan boleh dijadikan rujukan kepada pendidik memahami sistem pendidikan kebangsaan, penyuluh kepada murid, menyumbangkan bimbingan dan halatuju kepada semua usaha pendidikan, samada dalam atau luar institusi pembelajaran. Ia menyediakan polisi dan pertimbangan asas untuk merancang kurikulum sekolah,mereka cipta bahan pembelajaran dan menentukan strategi untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Anda mungkin juga menyukai