Anda di halaman 1dari 13

1.

0 PENGENALAN
Dalam tugasan ini, saya akan mengupas sedikit sebanyak berkaitan tentang tugasan
yang saya akan lakukan. Tugasan pada kali ini berkisar tentang dunia pendidikan di negara
kita, Malaysia. Hal ini berkait rapat dengan bidang pendidikan dan profesion keguruan yang
merupakan salah satu profesion yang terpenting bagi sesebuah negara, kerana gurulah yang
merupakan tonggak dalam memastikan segala hasrat kerajaan tercapai untuk meletakkan
pendidikan di negara kita setaraf dengan negara maju yang lain. Golongan guru hendaklah
memastikan status perguruan sentiasa berada tahap yang tertinggi dari semasa ke semasa
dan dihormati seterusnya dapat merealisasikan hasrat kerajaan untuk meletakkan profesion
perguruan pada tahap yang tertinggi seiring dengan tahap kemajuan pendidikan negara.

Pendidikan yang terbaik mestilah datang dari pendidik atau guru yang yang terbaik.
Namun, kurangnya penghayatan seseorang guru terhadap Falsafah Pendidikan Kebangsaan
menyebabkan pembelajaran dan pengajaran itu tidak dapat disampaikan dengan baik malah
objektif pengajaran tidak dapat dicapai. Hal ini menyebabkan ilmu yang disampaikan itu tidak
memberi kesan secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang
dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani bertepatan dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan (FPK). Apabila anak didiknya itu tidak memperolehi input yang
berkesan , maka ilmu yang disampaikan itu gagal diterima oleh pelajarnya menyebabkan
pelajar tersebut tidak seimbang diantara akademik, emosi, fizikal serta moralnya dan gagal
mematuhi kehendak FPK.

Dalam tugasan yang pertama saya akan menghuraikan lebih lanjut berkaitan dengan
konsep FPK. Tidak cukup dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan sahaja, definisi dan
maksud sebenar negara bangsa juga dirungkai. Hal ini untuk melahirkan modal insan yang
benar-benar berkualiti menerusi pendidikan di negara kita. Sebagai golongan terpelajar
adalah perlu bagi guru sentiasa peka kepada aspek peningkatan kualiti dalam pengajaran dan
pembelajaran di bilik darjah agar apa yang diinginkan dalam proses pendidikan di Negara kita
tercapai. Sedar atau tidak, guru dan pendidik ini merupakan agen pembina negara bangsa
yang kelak akan memacu negara Malaysia mencapai tahap pendidikan tertentu seirung
dengan Wawasan 2020.

Dalam tugasan ini juga, kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk
menemuramah seorang guru cemerlang (GC). Kami diberi pendedahan bagaimana
penghayatan seorang guru terhadap FPK dapat melahirkan pelajar yang cemerlang sesuai
dengan aspirasi sistem pendidikan pada masa kini.

1
TUGASAN 1
2.0 Huraian bagaimana seorang guru sebagai agen pembina negara bangsa dapat
menterjemah elemen dan kandungan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam amalan
profesionalisme di bilik darjah.

2.1) DEFINISI DAN KONSEP NEGARA BANGSA

Konsep negara bangsa dimanifestasikan oleh pemikiran, nilai sosiobudaya, lambang


dan sentiasa berpegang pada jati diri dan kerohanian yang tinggi dalam setiap individu malah
merangkumi masyarakat, kaum dan suku bangsa. Malaysia melalui beberapa proses
pembinaan negara bangsa yang berhubungkait dengan cita-cita negara, nasionalisme dan
kesetiaan politik di dalam sesebuah negara. Melalui asas kehidupan rakyat yang beragama,
keturunan, adat resam, kepercayaan dan tradisi budaya yang berbeza boleh memupuk
perpaduan bangsa yang jitu. Sesebuah negara terutamanya yang didiami oleh masyarakat
yang pelbagai kaum acapkali menjadikan pembinaan negara bangsa sebagai matlamat utama
yang ingin dicapai.

Dalam mengamalkan hidup bermasyarakat, perlunya kita bersatu-padu tanpa


pemisahan mahupun diskriminasi dalam masyarakat yang tinggal di negara tesebut. Tidak
seharusnya rakyat dipisahkan melalui perbezaan kepercayaan, bahasa pertuturan, jenis
pekerjaan, penempatan dan apa jua sebab dan ransangan yang boleh membawa kepada
permusuhan dalam kalangan masyarakat. Perlulah diingat bahawa ciri-ciri sebuah negara
bangsa terdiri bukanlah hanya dengan konsep menggabungkan menggabungkan dua
perkataan iaitu negara dan bangsa. Oleh itu, adalah kurang tepat jika ada beranggapan
bahawa negara bangsa adalah gabungan dua faktor fizikal tersebut tanpa proses
penghayatan konsep tersebut.

Pendidikan ialah pemangkin kepada pembinaan negara bangsa terutama bagi


menyemai semangat kenegaraan khususnya pada peringkat awal perkembangan pelajaran
diteruskan pada peringkat pendidikan tinggi. Penyertaan yang menyeluruh dari guru-guru dan
pelajar-pelajar adalah sangat penting dalam merealisasikan pembinaan negara bangsa sejak
dari bangku sekolah. Faktor pemangkin perlu difahami, dihayati dan diaplikasikan untuk
mengukuhkan usaha pembinaan bangsa Malaysia.

2.2 Elemen-elemen Utama Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)

Berdasarkan pernyataan yang ditunjukkan di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan,


pendidikan di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan. Definisi sebenar pendidikan ialah
proses pemerolehan ilmu pengetahuan dan kemahiran serta penyerapan nilai murni supaya
menjadi modal insan yang berilmu pengetahuan, berkecekapan, bertenaga mahir dan

2
berakhlak mulia. Kini, kewujudan persepsi sesetengah mesyarakat yang menganggap
bahawa hanya golongan dan peringkat umur tertentu sahaja yang perlu menerima pendidikan
haruslah dikikis dari mentaliti mereka, hal ini kerana proses pendidikan adalah proses
sepanjang hayat. Umumnya, pendidikan secara berterusan ini bermula dari pendidikan asas
yang diajar semasa di peringkat awal kanak-kanak iaitu di rumah mahupun di tadika, lalu
pendidikan disambung pula di sekolah rendah, kemudian melalui fasa remaja di peringkat
sekolah menengah dan diteruskan pula di peringkat yang lebih matang iaitu di Institusi
pendidikan tinggi. Namun tetap sahaja, pendidikan tetap tidak akan berakhir disini, malah
ianya akan bersambung samada secara pembelajaran kendiri berbentuk ICT, secara atas
talian (online) dan melalui media massa. Ini telah menjadi hasrat utama FPK kerana
pendidikan berterusan membolehkan kita menangani arus perkembangan ekonomi yang
pesat seiring dengan kemajuan Teknologi Maklumat dan Komunikasi.

Selain itu, kerajaan juga ingin memperkembangkan lagi potensi individu supaya
lahirnya individu yang produktif dan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.
Seseorang individu perlu melengkapkan diri dengan pelbagai kebolehan dan keupayaan
malah segala bakat yang berpotensi untuk dikomersialkan perlu dicungkil dan digilap sebaik
mungkin. Oleh itu, melalui persekitaran dan tehap pendidikan yang tinggi mampu
mengembangkan lagi keupayaan dan bakat yang sedia ada. Hal ini semestinya memerlukan
sentuhan halus daripada ahli pendidikan amnya dan guru-guru khususnya bagi mencungkil,
memupuk dan memperkembangkan potensi mereka ini. Jika diberi peluang dan saluran yang
betul, potensi ini mampu berkembang ke tahap yang cemerlang seterusnya mengharumkan
nama negara Malaysia.

Perkembangan potensi dari segi intelek semestinya memerlukan daya berfikir secara
kritis dan kritis(KBKK), penguasaan kemahiran 3M iaitu membaca, mengira dan menulis serta
berkebolehan untuk memanfaatkan ilmu, kemahiran untuk manfaat diri sendiri, masyarakat
bahkan negara. Melalui unsur jasmani, kesihatan tubuh badan individu perlu dititikberatkan
dengan menjaga kesihatan diri dan kerap beriadah begi meningkatkan metabolisme badan.
Memanfaatkan kemahiran fizikal secara teknikal mampu meningkatkan daya pengeluaran dan
memberi sumbangan kepada kemajuan negara. Unsur emosi juga sama penting bagi
mawujudkan perasaan jiwa yang sihat dan kuat, memiliki tingkah laku yang terkawal serta
memiliki perasaan kasih sayang bagi memupuk semangat kekitaan yang akan menjamin
perpaduan negara. Seterusnya dari aspek kerohanian, perasaan cintakan tuhan dan
mensyukuri segala nikmat pemberiaan tuhan penting bagi membentuk akhlak mulia dan
sahsiah yang terpuji.

3
Di samping itu, kerajaan inginkan perkembangan potensi dijalankan secar menyeluruh
dan bersepadu. Apa yang dimaksukan dengan penggunaan frasa secara menyeluruh dengan
bersepadu ialah potensi individu diperkembangkan sehinnga ke tahap optimumdengan
mengintegrasikan potensi tersebut dengan menghubungkaitkan potensi seiring dengan
bakatnya. Oleh itu, para guru perlu memberi penekanan ke[ada aktiviti kokorikulum di
samping kurikulum yang dijalankan di bilik darjah agar perkembangan potensi akademik dan
kokurikulum berjalan seiring dan seimbang.

Bukan itu sahaja, pembentukan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani
dan intelek dan harmonic satu kemestian kerana individu ini sentiasa kreatif dalam
menyelesaikan masalah, laksanakan tanggungjawab dengan baik malah mereka ini juga
dipercayai memiliki kesedaran yang tinggi tehadap tanggungjawab diri, keluarga, masyarakat
dan negara.

Selain itu, individu hendaklah berpegang kepada kepercayaan kepada Tuhan kerana
secara fitrahnya manusia memerlukan hidup bertuhan malah dengan mematuhi akan
kewujudan Tuhan, maka individu akan bertanggungjawab dengan Tuhannya dan bersedia
memikul tanggungjawab untuk melestarikan alam ini. Malah kita seharunya yakin bahawa
alam ini tidak terjadi dengan sendirinya melainkan dengan kekuasaan Yang Maha Esa.
Dalam mengecapi kehidupan bertuhan, manusia akan patuh pada peraturan agama yang
ditetapkan malah mnjadikan individu lebih cenderung untuk memajukan alam dan sedar akan
tanggungjawabnya ke atas perbuatan diri sendiri. Dalam konteks sekolah, pentingnya
peranan guru bagi menerangkan aspek-aspek asas agama supaya mereka dapat
mengaplikasikannya dalam dunia realiti.

Seterusnya, rakyat Malaysia perlu mempunyai ilmu pengetahuan dengan memupuk


sikap suka membaca dan cintakan ilmu pengetahuan malah golongan intelektual ini boleh
menjadi medium penyebaran ilmu keserantau dunia. Aspek ketrampilan perlu dijaga kerana
individu ini memiliki ilmu pengetahuan di dada malah memiliki kemahiran yang sesuai dalam
perlaksanaan tugasnya secar cekap dan efisien. Selain itu, kerajaan sering menyarankan
rakyat agar memiliki tingkah laku yang sopan, berdisiplin dan aplikasikannya dalam kehidupan
supaya lahirnya rakyat yang berakhlak mulia. Mereka yang memiliki elemen ini mampu
mmbezakan perkara yang baik dan sebaliknya serta keyakinan yang tinggi terhadap amalan
nilai murni.

Semua rakyat perlu peka bahawa mereka mempunyai tenggungjawab tertentu


terhadap diri sendiri, bangsa dan negara. Menyedari akan tugas yang perlu dilaksanakan
dengan sempurna serta berusaha meningkatkan daya pengeluaran dengan mematuhi

4
undang-undang negara dan berusahakan memajukan diri adalah merupakan ciri-ciri rakyat
yang bertanggungjawab.

Paling penting, rakyat mestilah mampu mencapai kesejahteraan diri melalui daya
ketahanan yang tinggi dalam menghadapi cabaran hidup serta bijak dalam menjalinkan
perhubungan. Akhir sekali, kerajaan mengesyorkan agar rakyat sentiasa produktif dan
memberi sumbangan kepada negara. Melalui latihan yang kerap dan tenaga yang mahir
mampu meningkatkan daya pengeluaran negara seterusnya mampu memupuk semangat
keharmonian kekeluargaan dan memupuk penguasaan yang tinggi terhadap kemahiran
teknologi dan sains.

2.3 Bagaimana guru dapat menterjemah elemen dan kandungan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan dalam amalan professional bilik darjah.

Sebagaimana kita semua sedia maklum, profesion dan kerjaya sebagai seorang guru
adalah antara kerjaya yang tertua di dunia. Profesion perguruan adalah antara beberapa jenis
pekerjaan yang penting dalam proses pembangunan manusia, masyarakat dan negara.
Profesion perguruan merupakan kerjaya paling utama dalam proses penimbaan ilmu
pengtehuan kepada individu dan masyarakat. Dalam meniti era pascakemerdekaan ini,
peranan guru menjadi semakin kompleks, rumit dan mencabar. Oleh itu, golongan guru
hendaklah memastikan status perguruan sentiasa berada pada tahap yang tertinggi dari
semasa ke semasa dan dihormati seterusnya dapat merealisasikan hasrat kerajaan untuk
meletakkan profesion perguruan pada tahap yang tertinggi.

Dalam menterjemah elemen Falsafah Pendidikan Kebangsaan, seorang guru itu


haruslah memberi layanan yang sama kepada semua pelajarnya tidak kira agama, bangsa,
keturunan dan warna kulit. Hal ini adalah untuk mengelakkan berlakunya diskriminasi keatas
pera pelajar. Menurut Kamus Dewan edisi keempat diskriminasi bermaksud layanan yang
berbeza terhadap kaum yang berlainan kerana beranggapan bahawa terdapat keadaan tidak
seimbang dari segi kemahiran, kebolehan dan keistimewaan.

Amalan profesionalisme di dalam bilik darjah yang boleh diamalkan ialah sifat
semangat dalam sesi pengajaran dan pembelajaran serta mempamerkan keyakinan dalam
perkara yang hendak diajar. Guru boleh menunjukkan kesungguhan semasa mengajar
melalui nada suara dan gerak geri yang menggambarkan bahawa perkara yang hendak diajar
adalah penting dan menarik. Guru juga perlu kelihatan bertenaga dan gembira semasa
mengajar. Guru yang cemerlang akan menyediakan objektif pengajaran dengan jelas agar
segala aspirasi dan matlamatnya tercapai. Isi pelajaran dan aktiviti pengajaran disusun
mengikut objektif agar memudahkan guru sewaktu pengajaran dijalankan. Ini seterusnya

5
menyumbang kepada pencapaian pelajar dan mampu menjadikan pelajar tersebut sebagai
pembina negara bangsa.

Selain itu, amalan guru yang cemerlang mempunyai tahap retorik yang baik dalam
bilik darjah. Menurut Asmah Hj Omar (1998), retorik bermaksud kajian tentang penggunaan
bahasa secara berkesan. Berdasarkan pada konteks yang bersesuaian, retorik juga dapat
diertikan sebagai keupayaan menggunakan bahasa secara berkesan atau ciri-ciri yang
berkaitan dengan bahasa. Hal ini sangat penting kerana kaedah penyampaian adalah
perkara paling penting dalam kerjaya sebagai seorang. Bukan itu sahaja, retorik juga
dimaksudkan sebagai seni menggunakan atau memakai bahasa yang indah dan menarik
untuk memujuk atau mempengaruhi pemikiran para pendengar iaitu suatu seni yang
menggunakan bahasa lisan atau cara untuk berkomunikasi. Hal ini sangat penting kepada
guru-guru untuk memberi penghayatan kepada para pelajar agar mereka dapat memahami
apa yang disampaikan. Pemilihan perkataannya sangat sesuai digunakan tanpa mengguris
perasaan mana-mana pihak.
Guru yang mamatuhi Falsafah Pendidikan Kebangsaan seharusnya mempunyai
kompetensi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Pecahan nilai profesional iaitu
kompeten menyatakan tentang kemampuan dan kecekapan seseorang guru dalam
menyiapkan tugas yang diarahkan dengan hasil yang berkualiti serta efisien dalam tempoh
yang telah ditetapkan. Guru harus bersikap kompeten dalam melaksanakan tugasnya di
sekolah malah guru perlu memastikan muridnya menghasilkan tugasan yang diberikan adalah
berkualiti. Dengan cara ini, guru dapat mewujudkan pembelajaran yang berkesan dan
menyemai sikap kompeten dalam diri murid-murid. Perkara ini merujuk kepada pengetahuan,
pengalaman dan kemahiran yang dimiliki seseorang guru dalam mengasuh pelajarnya. Guru
yang sentiasa berusaha mempelajari perkara-perkara baharu melalui pembacaan, menghadiri
seminar, bengkel atau kursus yang diadakan. Guru sebegini tahu untuk memilih strategi yang
sesuai digunakan untuk mengajar murid-muridnya. Maka, guru ini akan mengambil berat
tentang gaya pembelajaran yang berbeza untuk mereka. Kemahiran seorang guru dalam
teknik penyoalan sehingga mampu memberangsangkan minda murid melahirkan pemikiran
di luar kotak untuk menjawab persoalan yang dikemukakan.

Guru yang cemerlang mempunyai kualiti peribadi yang mantap. Ianya merujuk kepada
seorang guru yang begitu proaktif, yakin dan sentiasa bersemangat sehingga mampu
memotivasikan muridnya untuk belajar kerana mereka merupakan role model.. Mereka
sentiasa datang awal ke sekolah dan bersedia untuk berkhidmat kepada anak didiknya. Hal
ini menunjukkan kesungguhan seorang guru dalam usaha untuk melahirkan modal insan yang
cemerlang gemilang dan terbilang seperti yang disarankan oleh mantan perdana menteri kita
yang ke empat, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Kesungguhan yang ditunjukkan oleh guru

6
sebegini, sudah pasti akan melahirkan pelajar yang mempunyai jati diri yang mantap supaya
menjadi rakyatnya menjadi Negara bangsa yang bersatu.

Di samping itu juga, guru yang cemerlang dan mengamalkan elemen tersebut akan
bertanggungjawab dalam melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, intelek
dan rohani. Guru sebegini sentiasa peka terhadap keperluan muridnya seperti gaya
pembelajaran. Terdapat perbezaan cara atau gaya pembelajaran pelajar dalam menimba ilmu
pengetahuan. Hal ini kerana tidak semua murid mampu menguasai pembelajaran yang diajar
oleh guru dengan cepat. Oleh itu, guru berperanan mengubah suai cara pengajarannya
mengikut kesesuaian agar peluang pembelajaran adalah untuk semua murid bukan tertumpu
kepada murid yang cemerlang sahaja bertepatan dengan aspirasi pendidikan yang
meletakkan pendidikan untuk semua bukan terhadap individu yang tertentu sahaja.

Untuk menjadikan amalan guru cemerlang di sekolah sebagai Pembina Negara


bangsa, guru tersebut mestilah memberi sepenuhnya kepercayaan kepada sistem pendidikan
di negara kita. Hal ini kerana sudah pasti pihak kerajaan akan merancang sisitem pendidikan
yang sahabis baik untuk melahirkan insan yang berkualiti serta seimbang dari jasmani, emosi,
rohani dan intelek bertepatan dengan falsafah pendidikan kebangsaan.

Dalam konteks sekolah, alat bantu mengajar menjadi satu penanda aras kepada
keberkesanan sesebuah proses pengajaran dan pembelajaran. Guru yang professional dan
berkebolehan sentiasa mengerah idea pada tahap yang optimum bagi menyediakan alat
bantu mengajar yang menarik dan berinovatif dalam pelaksanaan kurikulum di bilik darjah.
Antara bahan ransangan yang boleh dijadikan rujukan dan panduan guru adalah seperti buku
teks, buku rujukan, kad imbasan, carta, slaid ataupun pita rakaman. Guru juga perlu kreatif
kreatif dalam mempelbagaikan aktiviti dan alat bantu mengajar tersebut supaya tidak tersasar
dari objektif sebenar pengajaran dan selaras dengan silibus murid-murid.

Walaupun begitu, perlu diingatkan bahawa sebelum memulakan sesi pengajaran, guru
perlu melakukan kajian dan mengambil kira kerelevenan sesuatu teknik pembelajaran
berdasarkan situasi tertentu misalnya dengan melakukan sedikit lakonan, perbincangan
secara berkumpulan ataupun simulasi dan lakonan. Guru memerlukan perancanga awal bagi
memboleh semua pelajar melibatkan diri secara langsung. Hal ini kerana, bagi menarik minat,
respon yang positif serta penyertaan yang aktif dalam kalangan murid-murid bukanlah
sesuatu yang mudah. Namun jika teknikn pembelajaran diadaptasi dengan baik, maka
hasilnya pelajar akan menguasai kemahiran tersebut malah mereka akan mengalami suatu
pengalaman belajar yang menarik, barangkali akan diingati sampai bila-bila.

Selain itu, guru sepatutnya bijak dalam mengaitkan sesuatu tajuk yang diajar dengan
pengalaman murid murid bahkan lebih berkesan jika tajuk tersebut dikaitkan dengan perkara-

7
perkara yang sering mereka lakukan dalam kehidupan seharian. Guru tidak seharusnya
terlalu bergantung dengan teori semata-mata, perlunya pengaplikasian ilmu agar
membolehkan daya imaginasi murid-murid berkembang dan mereka lebih memahami
konsep-konsep tersebut. Sesudah berakhirnya sesebuah tajuk, eloklah sekiranya guru-guru
melakukan sedikit penilaian bagi meninjau keberkesanan pengajaran dan menguji samada
objektif pengajaran tercapai atau tidak. Penilaian yang menyeluruh itu penting dengan
mengambil kira aspek-aspek tertentu. Antaranya, guru perlu menguji keseluruhan perkara-
perkara yang telah disampaikan, mengukur keseluruhan pembelajaran. Setelah itu,
kelemahan yang ada perlulah diambil kira bagi memperbaiki teknik pengajaran dari semasa
ke semasa.

Kebiasaannya, setiap sekolah pastinya menyediakan unit bimbingan dan kaunseling


khusus untuk para pelajar bagi mengawal masalah disiplin yang dicetuskan oleh murid-murid.
Selain itu, guru haruslah bijak bermain dengan emosi murid-murid dan membentuk disiplin
murid-murid berdasarkan kepada kesedaran terhadap keperluan sebagai seorang insan yang
masih bergelar pelajar. Hasilnya, apabila nilai disiplin tertanam kemas dalam peribadi setiap
murid-murid maka segala salah laku dan hal ehwal murid dapat dikawal.

Guru yang profesional haruslah mempunyai kecekapan dalam sesuatu bidang.


Seseorang guru perlu mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang mendalam tentang
bidangnya. Pengetahuan yang baik membantu guru mengajar dengan penuh yakin tanpa
ragu-ragu. Guru yang mengetahui bidangnya dengan mendalam juga dapat menggunakan
kecekapannya itu untuk merancang dan mengajar dengan baik. Seharusnya, guru juga perlu
menyedari bahawa tidak semua yang dipelajari di pusat pengajian, dapat memenuhi
keperluan di sekolah bahkan ilmu itu hanya sedikit sahaja. Apabila guru yang
berpengetahuan mengajar di sekolah maka, akan lahirlah Negara bangsa yang
berpengetahuan.
Sudah terang lagi bersuluh, pendidikan merupakan satu acuan dan medium yang
penting dan menjadi pencetus dalam melahirkan modal insan yang berjaya membina negara,
berdaya saing malah tidak mustahil mereka mampu memacu negara kearah merealisasikan
Wawasan 2020. Peranan seorang guru sangat penting sehinggakan wujudnya kata-kata
hikmat ini, “tatkala mana seorang doktor silap dalam mengendalikan peralatan bedahnya,
maka matilah seorang pesakit, namun apabila seorang guru khilaf dalam menyampaikan
ilmunya, maka rosaklah satu generasi.” Falsafah Pendidikan Kebangsaan sangat releven
untuk dijadikan sebagai resepi dalam alam pendidikan, dibantu pula dengan peranan seorang
insan yang bergelar guru. Gabungan mantap kedua-dua elemen dipercayai mampu mencipta
sebuah transformasi pendidikan malah martabat seorang guru tidak seharusnya dipandang
rendah kerana mereka ini bertindak sebagai agen pembina Negara Bangsa.

8
9
10
11
RUMUSAN
Kesimpulannya, dalam meniti arus globalisasi yang semakin mencabar ini, jelaslah
bahawa Malaysia sangat memerlukan komitmen guru-guru diperingkat sekolah bagi
merealisasikan hasrat mencapai tahap pendidikan bertaraf antarabangsa yang mampu
meletakkan pendidikan sepertiga atas. Sememangnya, Kementerian Pendidikan bertekad
untuk melahirkan insan yang seimbang pembangunan, rohani, emosi, jasmani dan intelek
sebagaimana yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Negara. Insan sebeginilah yang
berupaya mendokong Wawaan 2020.

Hakikatnya, memang benar bahawa bagi mencapai tahap yang dikatakan sekolah
cmerlang dan berkesan dalam merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan bukanlah
satu perkara yang mudah. Oleh itu, semua pihak haruslah berganding bahu untuk mejayakan
hasrat ini. Pelbagai aspek perlu ditikberatkan misalnya kepimpinan sesebuah sekolah,
budaya sekolah, kokurikulum yang mantap, perana guru sebagai pembina negara bangsa dan
seterusnya pengawalan disiplin yang baik.

Selain itu, Ibu bapa juga memainkan peranan penting dalam membimbing dan
mengasuh anak-anak mereka di rumah sebelum mereka dihantar ke sekolah atau keluar dari
rumah agar mereka mempunyai jati diri yang mantap dalam menghadapi cabaran dan
rintangan arus perdana globalisasi. Dapat dilihat, semenjak dahulu lagi pelbagai usaha telah
dilakukan bagi meningkatkan tahap pendidikan negara. Usaha tersebut berterusan
pelaksanaannya sehingga kini dengan penambah baikkan kualiti pendidikan dengan
melakukan beberapa anjakan terhadap pendidikan. Modal insan yang cemerlang adalah hasil
didikan daripada pendidik yang cemerlang dengan ciri-ciri profesionalisme guru yang
cemerlang. Namun usaha meningkatkan kemajuan serta kemudahan sekolah perlu dihayati
dan ditangani bersama demi membentuk sekolah yang berkesan dan merealisasikan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan dan aspirasi pendidikan negara.
Saya berharap semua pihak memberi sokongan sepenuhnya kepada warga pendidik
terhadap jatuh bangun pendidikan negara bukan hanya menunding jari jika terdapat
kekurangan dalam pendidikan kepada guru. Seperti yang kita tahu tugas sebagai guru bukan
mudah, ia menggalas harapan bangsa. Hal ini kerana profesion ini memerlukan komitmen
yang tinggi dalam menjaga, mendidik atau membimbing pelajar sehingga mereka mencapai
kejayaan dan bersedia untuk menghadapi cabaran pada masa akan datang.

12
RUJUKAN

Abdullah mohd nor, rashidi azizan (1994). Pendidikan guru : Fakulti Pendidikan Universiti
Kebangsaan Malaysia : Selangor

Abd, Ghafar Md. Din (2003) . Prinsip Dan Amalan Pengajaran. Utusan Publication
Distributors Sdn. Bhd.Kuala Lumpur

Asmah Hj Omar (2010) . Wacana Temu Duga Dan Wawancara. Dawana Sdn. Bhd.
Selangor, Malaysia.

Habibah Elias, Kamariah Abu Bakar, Rahil Mahyuddin (2009). Amalan Pengajaran
Berkesan. Karisma Publication Sdn. Bhd. Selangor Darul Ehsan.

Kamus Dewan (1984). Dewan Bahasa Dan Pustaka : Kuala Lumpur

Mohammed Sani Ibrahim, Norasmah Othman, Zamri Mahamod (2007). Profesionalisme


Guru Novis. Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia : Selangor

13

Anda mungkin juga menyukai